Wednesday, October 31, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 2


BAB 2

LEWAT malam aku tersedar.  Sungguh terkejut dengan vibrate telefon yang telah aku letak pada mode senyap tapi lupa buang mode getar.  Tak pasal-pasal kepala aku bergetar sama memandangkan telefon tersebut telah kuletak di bawah bantal. 

Tanganku meraba-raba telefon bimbit tersebut setelah mengangkat kepala sedikit di dalam kepekatan bilik.  Sakit kepala punya pasal.  Tak boleh nak lelapkan mata biarpun ada sedikit cahaya, lalu aku gelapkan seluruh bilik.
“Rina!” 
Tak sempat aku mengucapkan hello atau memberi salam, namaku diseru penuh cemas dihujung talian.  Siapa pulak tapi mendengarkan pada suara itu sudah cukup membuatkan bulu romaku meremang.  Jadi, tahulah aku siapa yang ada di hujung talian.
“Err… Zayed?”  soalku.  Hilang gelaran abang pada pangkal namanya. 
Setelah jenuh mencerna, menilai dan menelan segala apa  yang abah katakan padaku, biarlah aku simpan panggilan keramat itu buat yang halal.  Yang pasti jika tidak Zayed pun, pasti ada yang lain. 
“Zayed?”  soal dia pelik tapi aku biarkan saja biarpun aku mengerti.
“Pukul berapa ni?  Kenapa Zayed call?”  Cepat-cepat aku  ubah topik dan mengalihkan telefon sedikit menjauh daripada telinga. 
Aku pandang skrin yang terang.  Samsung Galaxy Note yang aku dapat daripada along beberapa minggu sudah.  Detik waktu semakin menghampiri sepertiga malam.  Setelah itu, aku kembali lekapkan telefon ke telinga.
“Err… ya..ya.  Zayed… Zayed…,” sahut dia sedikit kalut.
“Rina tahu Zayed.  Kenapa?  Zayed bertugas ke?” 
“Erm… Zayed bertugas tapi kami tak cukup doktorlah malam ni, Rina.  Rasa tak menang tangan dalam labour room ni.  Kebetulan ada patient yang nak kena ceaser jadi Zayed nak minta tolong Rina datang tolong,” beritahu dia.
Mata yang layu terbuntang luas tiba-tiba.  Aku mengerutkan wajah.  Memang benar, aku bertugas di wad post-natal dan ante-natal sekarang tapi aku tidak on-call sekarang.  Masih ada beberapa jam berbaki sebelum aku melapor diri ke hospital. 
“Rina tak on-call…”
“Ya…”  Dia mencatas laju.
I know you are not on duty.  I am asking for your help, Rina… please,” rayu Zayed lagi.  Suaranya agak lelah di hujung talian sana.
Aku diam tak terkata apa.  Buat pertama kalinya Zayed meminta tolong dan yang sedihnya saat aku menikmati saki-baki cuti yang tersisa beberapa jam saja lagi. 
“Nurse semua?” 
“Ada but I need you here!” tekan Zayed membuatkan jantungku hampir terlompat keluar. 
Itulah dia.  kadang-kadang kata-katanya saja sudah mampu membuatkan aku tersalah kira.  Jadi, usah salahkan aku jika aku persembahkan cinta ini buat dia.
“Ehem… ehem…”  Pantas aku menenangkan perasaan sendiri.  Tidak mahu terus tersalah sangka dengan sikap dan layanan Zayed. 
Okay then.  I’ll be there less than an hour,” jawabku bersetuju lalu aku matikan talian tanpa memanti Zayed bersuara. 
Cepat-cepat aku bangkit dari katil dan terus memetik suis  lampu memberi cahaya pada seluruh bilik.  kaki ini pantas menapak ke bilik air.  Rambut yang panjang aku ikat tocang satu.  Setelah mencuci muka dan menggosok gigi, aku terus keluar dari bilik air dan berlalu ke almari pakaian. 
Sehelai blouse putih dan sepasang jeans biru gelap aku capai dan aku gantikan pakaian tidur yang sedia tersarung pada tubuh.  Setelah anak tudung aku kemaskan di kepala, sehelai selendang aku belit ala kadar dan beg tangan aku capai. 
Buat kali terakhir aku melihat penampilan ringkasku di dalam cermin, aku kaku tanpa senyuman.  Mati bersama perasaan yang kupaksa berlalu bersama Zayed.  Aku hela nafas dan terus berlalu keluar daripada bilik.  Buat pertama kalinya aku akan berdepan dengan lelaki yang aku cinta, dengan rasa hendak menolak dia menjauh.
Baru saja kaki ini hendak memijak anak tangga pertama, suara along menegur.  Bila aku berpaling, dia sedang mememang kotak tertulis perkataan Avent. 
“Rina nak pergi mana masa ni?”  tanya along.
Wajahnya berkerut di dalam penampilannya yang nampak sedikit serabut.  Berkain pelikat dan berbaju T warna hijau muda dengan rambut yang sedikit kusut. 
“Rina ada urgent call dari hospital.  Zayed needs help,” jawabku.  Terlaju saja lidah menyebut nama Zayed. 
Semakin berkerut wajah along.  “Hai… kata cuti, kan?  Bukan on-call pun,” protes along.
Aku angguk.  “He needs my help,” jawabku sekali lagi lantas aku berlalu membiarkan along masuk ke biliknya semula membawa alat pengepam susu badan. 
Barangkali, tubuh kak long sudah tidak boleh menampung susu yang ada.  Daripada terus menitis, aku nasihatkan dia pam saja dan simpan susu tersebut.  Khasiatnya tak mungkin hilang malah akan memberikan penghasilan susu  yang lebih lagi. 
“Hati-hati memandu,” laung along sedikit kuat saat aku sedang memegang tombol pintu.
Tanpa berpaling aku mengangkat tangan dan bila daun pintu aku rapatkan, aku terus berlalu ke arah Honda Jazz milikku. 
Dalam kepala terasa ralat juga. Kenapa ini abah berkata demikian?  Tak mudah hendak aku tukar rasa hati ini daripada cinta menjadi sahabat tapi Zayed tak memberikan aku ruang membuatkan aku terhimpit dan kini, aku harus menolak dinding yang semakin menyempit itu.


TIBA di Hospital Besar Selayang, aku terus saja berlari ke dalam bilik bersalin.  Ramai benar bakal-bakal ibu malam ni.  Serun aku dibuatnya bila melihat ada yang terjerit terlolong.  Rasa imuninasi yang aku pelajari dulu dan aku lihat setiap hari tidak berbekas di dalam diri.  Melihatkan keajaiban kejadian manusia yang lahir dari saluran sesempit itu membuatkan aku mengucap nama Allah berkali-kali.  Maha suci Allah yang maha menjadikan umat manusia. 
“Eh, Doktor Zafrina dah sampai?” 
Aku senyum pada Mia, seorang jururawat muda.  Rasanya sebaya denganku dan antara yang paling rapat dengan Zayed. 
“Maaf, terlambat sikit.  Lampu jalan padam.  Tak boleh bawa laju-laju.”  Aku sengih bila menyedari alasan bodoh itu.
 “Lampu kereta rosak ke, doktor?”  tanya dia bersama senyuman mengusik.
Aku sengih dan mengangguk.  “Saya pakai torchlight.  Tu lambat sikit,” jawabku sedikit loyar buruk lalu aku berlalu ke dalam.  
Benar lampu jalan padam tapi macamlah lampu kereta pun padam.  Ingat aku pakai lampu suluh ke bawa kereta tapi biarlah.  Aku malas hendak memandu laju-laju memandangkan jalan agak licin setelah hujan.  Tak sedar bila masa hujan menyimbah bumi.
Kakiku terus melangkah mendekati Zayed dalam keadaan diri yang masih begini.  Siap beg tangan dan juga wedges setebal dua inci lagi.  Apa nak kisah.  Bukan aku bertugas.  Aku hanya berdiri di sisi Zayed tanpa menyapanya memandangkan dia sedang memasang tiub saluran kencing pada seorang pesakit. 
Aku pejamkan mata seketika.  Mujur aku ini seorang doktor lalu aku mengerti akan prinsip kedoktoran dan juga sumpah hipocrates yang perlu aku taati.  Zayed tekun melakukan tugasnya.  Sumpah, sebagai seorang wanita jika dia adalah suami, aku pasti cemburu tapi inilah kami.  Berdepan dengan segala macam hal.  Tapi, dia adalah Doktor Zayed.  Seorang doktor pakar di hospital ini.  Yang terlalu komited dengan kerjaya dan tekun merawat pesakit.
Aku pandang Zayed yang berhati-hati memasang tiub pada saluran kencing.  Urinary catheter yang diperbuat daripada getah yang dimasukan ke dalam pundi kencing pesakit melalui uretra yang menjadi saluran bagi pesakit ceaserian membuang air kecil tanpa perlu bangkit setelah menjalani pembedahan.
“Okey, done!  Dalam sepuluh minit lagi kita masuk bilik bedah.  Mia, you dah cakap dengan Zul, kan?” tanya Zayed bila dia tegakkan tubuh  yang tinggi sasa itu.  Zul, adalah seorang pakar bius. 
Mia berlalu dan Zayed berpaling padaku dan menarik sedikit hujung lengan bajuku agar aku mengikut dia.
Sorry… baru sampai tak sempat nak tukar uniform,” ujarku bila kami ada di depan pintu bilik bersalin. 
Since when?” Zayed senyum.  Dia berpeluk tubuh yang nampak kepenatan. 
“Hah?”  Aku terlopong.  Apa yang dia maksudkan?
“Sejak bila?” ulangnya dalam bahasa pula.
Aku mendengus kecil.  “Since when, sejak bila… kan sama tu!”  tegurku sedikit keras lalu aku letakkan lipat lengan blouse.  Mahu bersedia untuk ke bilik bedah bersamanya sebentar lagi.
Zayed tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum lagi.  kali ini senyuman yang nampak kelat.  Barangkali sudah 24 jam dia tidak lelapkan mata.  Dia membuka sarung memegang stetoskop miliknya dan kembali berpeluk tubuh.
“Betullah tu.  Rina memang pandai,” puji dia.
Aku mencemik.  Eleh, budak sekolah rendah sekarang pun dah tahu maksud semua itu.  Bukankah ada Oh My English.
“Sejak bila pandai panggil abang tanpa Abang Zayed?  Sejak bila pandai panggil Zayed je?”
Seperti yang kutelah, Zayed menyoal juga perkata ini.  Aku hanya senyum padanya.  Senyuman yang kumahu menjadi milik dia selamanya tapi biarlah tidak pada Zayed pun, aku akan ukir senyuman ini pada semua pesakit berharap agar mereka lekas sembuh. 
“Panggilan abang tu hanya untuk yang halal di sisi Rina.  Dalam keluarga Rina pun, tak ada abang.  Ada along, angah dan abah.  Abang tu, insyaAllah sikit masa lagi kalau Allah hantar jodoh yang baik buat Rina,” selaku lantas aku berlalu biarpun nampak Zayed bagaikan mahu menahan. 
Sengaja aku mahu duga hatinya.  Biar dia tahu yang aku ini tidaklah menanti dia semata-mata tapi sayang, Zayed terlalu tenang orangnya. 
Sebelum aku melewati ambang pintu dan berlalu ke bilik persalinan, aku sempat menangkap senyuman yang tersungging pada hujung bibir Zayed.  Senyuman yang tak mampu kupastikan maksud di sebaliknya. 
Baru saja aku letak beg tangan dan mahu mengenakan kot putih itu, Zayed muncul membuatkan jantung aku hampir terlompat. 
“Zayed…”  marahku sedikit. 
Sorry.  Abang tak sengaja.”  Dia ketawa dan mengangkat tangannya tanda meminta maaf.
“Kenapa?  Rina nak ready dah ni,” tekanku tapi dia menggeleng.
Nope… abang tak suruh Rina datang untuk bantu abang buat operation tapi abang nak minta Rina temankan abang je,” ujar Zayed membuatkan aku tak jadi menukar pakaian.
“Apa pulak ni?  Kemain call orang jam 3.00 pagi.  Awak nak apa sebenarnya Zayed?”  Aku mula melahirkan rasa geram.  Sungguh tak puas hati.
“Zayed nak Rina,”  beritahu dia lalu dia menutup daun pintu rapat dan aku terdorong ke belakang beberapa langkah hingga akhirnya terperangkap pada locker lalu kaku di situ. 

~~> bersambung

69 comments:

  1. saje je zayed ni. rindula tu baru sehari cuti.

    ReplyDelete
  2. good gurlz.. jual mahal skit kt mamat tu..
    haha.. xthu.. OMG.. zayed nk goda rina k..?

    ReplyDelete
  3. haaaa abg zayed...nk lg RM... :)

    ReplyDelete
  4. kak rehan..sebelum ni sya bca semua crita yang kak rehan tulis malah dah ada koleksi nvel yang keluar..tapi sya baca di blog juz sbgai silent reader..tapi ari ni tergerak ati nak komen kat sni..semua crita ka rehan mmg best dan mantap..dan SAM kli ni pun x menghampakan..best sngat2..x sbar nk tggu entry seterusnya...:)

    ReplyDelete
  5. "zayed nak rina"...sweet je ayat nie..hihi

    ReplyDelete
  6. Eceh...zayed main2 pulak yea...jual mahal skit rina...
    -ieja-

    ReplyDelete
  7. Abang Zayed nak Rina... sukerrr
    tp Rehan , awat sitit jer.. lagi lah..

    ReplyDelete
  8. terase mcm pendek aje...ahahahahah tamak kan.... terbaekkkk la

    ReplyDelete
  9. Walawei....Zayed kalu lmbt mmg gigit jari la...hahahhhahahahahhahahha

    ReplyDelete
  10. hamboi dr zayed, kejutkan anak dara org suh teman ppg buta ya... thanks rehan

    Hairiah

    ReplyDelete
  11. Jangan cair, rina. jual mahal sikit, baru tahu zayed bersungguh ke tidak.

    ReplyDelete
  12. Hahahahaha...
    Zayed...zayed...
    Adehhh...
    Rina salah mentafsir zayed...

    ReplyDelete
  13. Hahahahaha...
    Zayed...zayed...
    Adehhh...
    Rina salah mentafsir zayed...

    ReplyDelete
  14. waaa......sadis sungguh.....hehehe

    ReplyDelete
  15. errrrkk..Zayed pun suka Rina ke?

    ReplyDelete
  16. erk....Zafrina, pls jual mahal sikit ya. biar Dr Zayed tu kena kerja keras sikit untuk dapat hati Dr Zafrina ni ...

    ReplyDelete
  17. esok sambung lg rehan..

    ReplyDelete
  18. jual mhl ckit,,bgus rina... nk lg RM,,sume citer RM best :)

    ReplyDelete
  19. juz f0r info..urine cath tu nma dye Foley's Catheter,n0t only use f0r caeser pt but als0 f0r normal vaginal delivery :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Putri. You are right! Besides that, the procedure can be done by GP or nurses. But normally if we go to private hospital or for special cases, the gyne will do it.

      Ha satu lagi, normal delivery is called SVD or spontaneous vaginal delivery which means without the use of forceps, vacuum, etc.

      Ayooo, RM don't be mad at me this is just 0.001% of medical terms. :D

      Delete
    2. masa akak bersalin anak yg 1st ( SVD) Dr lelaki yg wat,
      aduh malu gila... sajalah nak kongsi pengalaman

      Hairiah

      Delete
  20. Zayed nak Rina... tp Zayed saya nak kat awak!!!
    hehehe pingsan saya klu dulu2 bakal suami (sekarang dah jadi suami hehehe)cakap lagu ni kat saya!!!!!

    ReplyDelete
  21. i need you here........ zayed nak rina...
    wuuu...nick pn cair kna ayt ni. rina ag la yg sah2 ada feelink kat abg doc tu....

    ReplyDelete
  22. zayed nak rina.... but i more N more pls
    thumb up for the good job keep it up
    all your stories make my day full of joy :)

    ReplyDelete
  23. sambung lagi.... nak tengok zayed next move and how zafrina reacts pulak... kalau zayed selow sgt, bye-bye zayed.... hihihi....

    ReplyDelete
  24. I need u here..i pun need u k.rehan..k.rehan buat sy cepat2 nk blik keje n buka page ni...hihi..thanks k.rehan...

    ReplyDelete
  25. heeee... suke la bile zayed kate i need u ..
    thanks sbb update.. kalau rajin update la selalu.. :D

    ReplyDelete
  26. eh salah bukan i need u la..
    zayed nak rina.. hehehe pepandai je pi translate

    ReplyDelete
  27. Serius x sweet bile ckp mcm tu kul 3 pg. off day pulak tu... Zayed is quite selfish!

    ReplyDelete
  28. OMG! Baru dua bab, but I've already in love with Abang Zayed! Goshhh. Rina jual mahal sikit centu, bagus bagus. Perli perli sikit baru best! Anyway, keep it up kak Rehan! Waiting for more! Goodluck! :)

    ReplyDelete
  29. jual mahai kit rina..uji hati abg zayed tu diaaaa..lau nak rina, cepat2 a kawen..hehehe

    ReplyDelete
  30. zayed nak Rina.. kami nak rehan sambung lagi.. cepat2 RM

    ReplyDelete
  31. Uiks cpt aja bsambungnya haishhhh br nk feeling kih kih. Amboi zayed dh praktis nmpk, mcm compom dh status tu hihi

    ReplyDelete
  32. haish...slalu hati xtentu hala bila baca citer2 kak rehan ni...tp awat sket sgt arini kak??xpuas bace...cpt2 up n3 bru ye...double thumbs up kak rehan...

    ReplyDelete
  33. Dear rehan, i think this is going to be my favorite RM's novel :) tahniah!

    ReplyDelete
  34. akak!! hahaha..serius laaa.. nak terkeluar jugak jantung ni! - nrl

    ReplyDelete
  35. oh my abg zayed...kenapa abg zayed ssh sgt nk luahkn perasaan pd rina...kata nak rina..

    ReplyDelete
  36. Ble x kalau nk ckp TAKPUASLA.NKLAGI. AGak RM marah x..hehe..hati ni dh rasa walang dh ngan zayed+rina..sweet tul zayed. sggp duh rina dtg awal pg sbb rindu..olololo..tu blum ckp 1 hari off..buatnya rina cuti semgg..hmmpikir sendiri la

    ReplyDelete
  37. Ala2, Grey's Anatomy. Reminds me to Derek Shephard n Meredith Grey. Cara mengayat Zayed nmpk matang!

    ReplyDelete
  38. Bila gugurkan panggilan abang, baru Zayed tertanya2
    good job Rina, ingat pesan abah;
    n Zayed, kalau nak panggilan abang dikembalikan
    cepat2 next move!!!

    RM nak lagi, tengok apa reaksi Zayed bila Rina lari-lari anak

    - Maya -

    ReplyDelete
  39. up g rina...biar main tarik tali...tarik2 than kasik lepas!but jangan sentap terus dek,putus sat g dua2 nganga..ikut cakap baba dek n jual mahal tau dek,tahap gaban nye mahal...

    ReplyDelete
  40. setuju ngan rina. xyah pgl Zayed abang keke. bagi Zayed buka mata buka hati luas2 siapa rina di hati dia cewwahhh,.ayat cam penulis novel xbertauliah keke,. teruskan mengarang ye cik writer^^,.sy tgu next en3 hehe

    ReplyDelete
  41. 0_o..... hahhahhahahahha speechless!!!!!! XD next ntri.... hehehehe..... best gless!!!!!!
    go kak rehan go.... love u so much hahahha :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  42. for sure, cerita ni sangat best... harap2 dapat buat printed version mcm KIM tu plus hero n heroinnya malu2 kucing :)
    btw "imunisasi" yang akak refer tu adakah subjek dalam kedoktoran or sistem imunisasi? sebab kalau subjek, biasanya dikenali Immunologi..

    ReplyDelete
  43. fuh berdebar baca last2 tu, zayed nak melamar ke? dah lama x baca cerita pasal doktor, teruja :)

    ReplyDelete
  44. Zayed rindu kt Rina sehari x jumpa dah angau.... kalau 1 minggu mahu jadi bangau pulak.... hehehe....

    ReplyDelete
  45. Biar Rina jual mahal but not RM. Today ada n3 lagi yer, tqvm. KH

    ReplyDelete
  46. ala saya dah kompius dah. dulu dok tergila2kan abang budriz tp sekarang ni hati dah berpaling arah kat abang doktor la pulak.... ha ni sapa yg nak bertanggungjawab..... jawab RM jawab.... hehehe

    ReplyDelete
  47. alololooo...tergamam gak ngan ayat jiwang karat tu..heheh..jual mahal sket rina..bior zayed plak terkejar2..chaiyokk..

    ReplyDelete
  48. Hailahhh...baru sehari rina cuti dh rindu......nice kak.....

    ReplyDelete
  49. Kasi "up skit" rina jg jual murah... tp jgn jual mahal sgt nanti zayed tak nak plak.. hehehe.. Next entry please...

    ReplyDelete
  50. wah...ada citer dokter2 plak...
    best3x.... nak lg...

    ReplyDelete
  51. sweet je si rina & zayed.. but lau dua2 bz bila masa nye nak ada baby kan rina kan... nak n3 lagi ye RM

    ReplyDelete
  52. rehan cepat la... dah sasau kami menunggu ni...

    ReplyDelete
  53. lari 2 anak ja tau rina..jgn lari pecut kang dr zayed x sempat kejar...sat ni dr zayed kejar nurse mia pulak...tak mo..tak mo....kan haru kami semua

    ReplyDelete
  54. zayed nie senget lah. main2 lak. haish. dr zafrina, sila tinggalkan zayed tue. bagus pun takde abg dah. patutny aku ko je. haish

    ReplyDelete
  55. ei...zayed ni bila rina dh x panggil abg br nk sedar yg dia suke rina ke?

    ReplyDelete
  56. x panggil abg pown nk tanye sbb ke?? ksian pkul 3 pg kene g hospital smate2 nk temankan dye je?? hoho.. tp best cite nie..

    ReplyDelete
  57. Zayed nak rina.dah tahu nak,ckpla.klu xsmpt nak kawen pun lagi at least hadap family rina.bukn susah pun.ur choice la zayed.adui.rina,akk suka sikap kamu. ^^

    ReplyDelete
  58. adoi la hai...zayed ni bikin panas jek tau...

    ReplyDelete