Wednesday, March 20, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 10


BAB 10

BAHUKU dicuit sedikit.  Aku berpaling dan Nine sedang tersenyum sambil menghulurkan sebotol air mineral padaku.  Aku yang sedang bercakap di telefon, menyambut huluran itu dan berlalu, menjauh dari dia beberapa tapak.

No, Amar… you have to understand me.  I tengah jalankan tugas.  Atas arahan.  I tak buat semua ni saja-saja.  Lagipun, I dah dapat sikit maklumat.  Cumanya, Nine macam tak tahu apa-apa.  I tak nak desak dia.  Tapi, I tetap akan sediakan report balik ibu pejabat nanti,” ujarku bila tiba-tiba menerima kata-kata Amar yang berbaur amarah saat aku menjawab panggilannya. 
Salah aku.  Tak sedar akan Amar yang pastilah sedang kerisauan.  Nine hilang.  Aku juga.  Memang salah aku dan padanlah andai Amar mengamuk sakan.
I don’t trust him!”  tekan Amar di hujung talian.
Aku mengeluh.  “Apa yang you tak nak percaya?  I pun tak percayakan sesiapa, Amar.  Tapi ini arahan Tuan Radzi.  Selagi dia di sini, bawah tanggungjawab kita... I akan jalankan tanggungjawab I,” tekanku sedikit geram dengan sikap Amar.
Dalam hati aku terdetik, jika cemburu sekalipun... biarlah pada yang sepatutnya.  Aku bukan seseorang yang layak untuk dia cemburui.  Dalam hati aku, jujur diakui... aku tergerak hati dengan sikap dan usikan Nine tapi setakat itu saja.  Tiada lebih.  Aku yakin.
“I risaukan you, Naina...”
I know.  I tahu you risaukan I dan I nak pesan berkali-kali pada you, I tahu jaga diri.  Sekarang ni, I dengan Nine dekat Putrajaya.  I jadi driver dia.  Malam ni dia bermalam dekat Renaisance.  You, kalau tak puas hati dengan dia, you boleh datang serang dia malam ni.  I ada kerja nak jalankan sekarang.  You jaga diri,” pesanku biarpun hati mendongkol geram dengan sikap Amar. 
Talian aku matikan langsung.  Aku raup wajah berkali-kali bersama nama Allah yang aku sebut.  Sabar aku kian carik.
“Siapa?” 
Aku terkejut sendiri.  Tangan mendarat pada dada dan aku usapnya perlahan.  Sungguh, aku terkejut dengan teguran Nine. 
“Amar?”  tanya dia lagi.
Tidak dapat tidak aku mengangguk. 
“Dia nak apa?” 
Aku menggeleng.  Tak kutemui jawapan buat waktu ini.  Keliru dengan sikap Amar.  Nampak kian hilang kemesraan dan kematangan dalam diri dia.
“Dia mesti nak you, kan?” 
Kata-kata Nine kali ini membuatkan aku memandang dia tajam. 
“Apa maksud you?”  tanyaku buat-buat tidak tahu seraya membuka tutup botol air mineral tersebut.
“Maksud I... kalau betul Amar nak  you, dia kena langkah mayat I dulu.  Over my dead body first tapi tak tahu kenapa, biarpun masa tu I dah jadi mayat dan Amar langkah mayat I, I tak rasa you akan pilih dia akhirnya...” 
Nine senyum bersama makna tersirat yang penuh mendalam.  Aku pula... bingung.
“Encik Nine...”  Nama Nine aku seru lembut. 
Duduk di tepi tasik,  berdekatan dengan bangunan Perdana Putra yang gah, mengambil angin lewat pagi  yang agak hangat waktu ini.  Lengang.  Waktu yang tepat untuk bersiar-siar.  Tidak sesak.  Mendamaikan. 
“Boleh I tanya satu soalan?”  sambungku mengemukakan soalan. 
Nine mengangguk memberi izin.  Mata itu sesekali menjeling aku tapi tidak lama bila dia lemparkan pandangan dia jauh ke tengah tasik yang mula menampakkan fatamorgana.  Bebayang keindahan yang akan hilang dalam waktu yang singkat. 
“Kenapa you selalu cakap bukan-bukan dekat I?”  Terasa telus saja soalan itu tapi itulah yang berlegar dalam kepalaku.
Tawa kecil Nine  meletus.  Tapi tak  panjang bila dia terbatuk kecil.  Topi di atas kepalanya dibetulkan.  Aku pula menyentuh rambut yang menyentuh cuping telinga. 
“Kenapa you tanya soalan tu?” 
Aku kerutkan dahi.  Cukup tak suka bila soalan aku dijawab dengan soalan.  Rasa teramat bodoh sungguh saat ini.
“Tak apa  tak nak jawab.  I tak paksa.” 
Aku lantas bangkit dan menapak pada pagar.  Memerhatikan air tasik yang tenang.  Nak ajak Nine naik cruise pun, bukan masa  yang sesuai.  Menggelegak kepala nanti. 
“I suka you,” akui Nine yang entah bila ada di sebelahku.
Kepalaku spontan berpusing memandang dia.  Pandangan yang penuh rasa terkejut biarpun telah kujangkakan daripada awal lagi tentang perasaannya padaku.  Tentang pandangannya pada aku.  Pandangan yang penuh bernafsu.  Pandangan yang punya jiwa dan bernafas. 
“Terima kasih,” balasku ringkas. 
Sesungguhnya, aku kehilangan kata.  Tak tahu hendak berkata apa melainkan ucapan terima kasih semata-mata.  Rasa malu menjalar dalam diri biarpun bukan pertama kali aku menerima kata-kata berbaur cinta daripada lelaki.  Tapi, Nine adalah yang pertama membuatkan aku tak mampu merenung dalam matanya. 
“Terima kasih je?” 
“You expect I nak jawab apa?”  Aku mengerling dia.
Nine kedipkan matanya sekali.  “I expect more.  Macam you cakap, I suka you jugak... boleh tak macam tu?” 
Aku menggeleng. 
“I bertugas sekarang...”
“Kalau luar tugas?”  cantas Nine tidak sabar.
Still the same.  You amanah I.  I akan jaga you dengan nyawa I tapi soal suka atau tidak, eloklah you letak tepi je, Encik Nine,” nasihatku pada dia.
Tapi, Nine bukanlah  jenis mengalah.  Bukan jenis macam Amar.  Sekali aku menjeling, kecut.  Jalan menunduk.  Nine lain.  Dia merenung dan terus merenung.  Tajam menikam.  Bagai tembus ke belakang.  Tak ubah seperti kaliber Lapua .322 yang mampu menembusi badan dan meninggalkan kesan yang amat hebat.
“Tapi, we already kissed,” ujar Nine tiba-tiba.
Spontan, aku tekup mulut sendiri dan melarikan wajah.  Nine ketawa. 
“You sengaja atau memang you nak selamatkan I hari tu?” 
Aku tahan nafas.  Tak mahu cepat melatah. 
“I tak ada pilihan masa tu.  I terpaksa...”
Kepala Nine nampak terangguk-angguk. 
Let say masa tu, I cakap I sengaja buat-buat pengsan tapi I masih sedarkan diri, you marah tak?”  duga Nine.
Kali ini, aku memusingkan tubuh empat puluh lima darjah.  Menghadap dia sepenuhnya. 
“Itu soal hidup mati, macam mana Encik Nine boleh buat main-main?”  soalku kembali dengan oktaf suara yang sudah meningkat sedikit.
Rasa diperbodohkan sedangkan aku hampir melayang separuh jiwa melihatkan dia terluka dan tercungap-cungap nafasnya. 
“I memang hampir tak sedarkan diri masa tu.  Tapi, tiba-tiba I nampak cahaya dan I rasa ada sesuatu yang lembut singgah pada mulut I... meniup udara kuat ke dalam dada I, menekan dada I dan bila wajah itu dekat lagi memberi bantuan pernafasan pada I, I rasa hangat titisan airmata orang tu.  I cuma nak tahu, dia tu menangis ke masa buat CPR pada I?  Kalau, ya... kenapa dia menangis sedangkan I bukan sesiapa?  Setakat amanah saja dan I yakin, dia telah jalankan kerja sebaik mungkin atau you tahu kenapa dia menangis, Naina?”  Nine tenang bersuara.  Merenungku dengan pandangan yang amat lembut dan  menggoda.
Aku memutarkan kembali ingatan aku pada hari kejadian.  Dua kali aku menyapa bibirnya.  Dua kali aku menahan getar di dalam dada.  Dua kali jantung aku hampir terhenti dan aku mula yakin, dua titis airmata aku menitik atas wajah Nine.
“Mungkin dia terkejut...,” selaku tapi Nine menggeleng.
“Masa tu... I mula rasa yang dia sukakan I.  You percaya tak?”
Terkedu aku dengan sikap tenang Nine.  Dia yang Nine maksudkan adalah aku.  Dia yang dia maksudkan adalah yang berada di depannya kini.  
“Kalau dia yang you maksudkan tu adalah I... I suka nak jawab yang I hanya jalankan tugas...”
Wajah kecewa Nine terbias pada pandangan mataku.  “You percaya cinta pandang pertama?” 
Aku menggeleng.  “I tak pernah jatuh cinta...”
“Tak apa... sebab wajah dan sikap you dah cukup untuk orang jatuh cinta pada you.  Tapi, I... tak ada sebab untuk suka you.  Lagipun, I rasa tak layak pun.  Kita baru kenal.  You pun jalankan tugas. I ni je pandai ambil kesempatan pada you...”  Nine ketawa seusai berkata demikian.
“Lagipun, esok I dah nak balik Bangkok... lepas kejadian hari tu, tak pasti bila lagi kami akan ke sini.  Atau elok je kami tinggal di mana kami bermastautin, kan?  Masa tu, I takut tak ada ruang nak beritahu you tentang apa yang hati I rasa.  So, sebab tu I ajak you temankan I hari ni alang-alang you halang pemergian I,” tokok Nine lagi.
“Biarpun I dah tahu jawapan you, Naina dan dengan I, you tak payah jatuh cinta sebab I sendiri jatuh dalam cinta you.  Di tempat yang paling dalam,” sambung dia sedikit lirih.
Aku menelan liur sebutir-butir.  Lelah jasad aku dengan karenah Nine.  Lemas jiwa ini dengan renungan dia yang begitu berombak. 
Lambat-lambat, aku mengoyak senyuman tipis.  Senyuman yang jarang-jarang aku ukir.  Senyuman khas buat dia.  Khusus untuk resah hatinya. 
“Antara kita tak sesuai nak bincangkan hal ni.  I akan jaga you selagi I diperlukan tapi untuk soal cinta... hati... perasaan...”  Aku menggeleng mesra.
“... I tak rasa I sesuai nak belajar semua tu.”
Nine nampak tercengang tapi dia ukir senyum juga seraya  mengangguk. 
“Seperti yang I jangka.  Memang itu jawapan you,” tukas dia lantas dia kembali memandang ke tengah tasik.
So, apa yang menarik dekat Putrajaya ni?  Dah lama sangat I tak datang sini.  Dah banyak membangun.  Bandar pintar yang dulunya macam tak logik nak dibina tapi berdiri gah kini.  Tersusun, teratur... cantik dan canggih,” puji Nine. 
Aku senyum lagi.  Lega bila dia mengubah topik. 
“Entahlah...”  Aku jongket bahu.
“I sendiri jarang ke sini.  Lepas tamat latihan, I terus posting.  Balik kampung sekejap je jumpa mak saudara I dan lepas tu terus dapat tugas.  Iaitu you,” balasku.
Nine ketawa.  “Padanlah you pun sesat tadi.  Lepas jambatan, jambatan kita jumpa.  Pusing lagi, jumpa jambatan lagi.  Pening I... tapi nasib baik you yang bawa I... kalau orang lain I terjun tasik dah,” gurau Nine bahagia. 
Bahagia yang dibuat-buat... boleh jadi.  Hati aku merumus sendiri. 
“Kalau you nak Amar atau orang lain temankan you, I tak ada hal.  Boleh je nak call bos I sekarang.  Nak?”  tanyaku bernada ugutan.
Nine menggeleng laju sambil menggawang-gawangkan tangannya.  Lama kami saling merenung hingga akhirnya tawa kami pecah berderai.  Bila aku masih tertawa, Nine sudah mati tawanya.  Hanya gurisan senyuman tipis yang menghiasi bibir nakal itu.
“Kata hati I memang tepat.  You memang tersangat cantik kalau ketawa.  Kenapa you susah nak ketawa, ya?” 
“Ehem...”  AKu berdeham panjang.  Cuba hentikan tawaku dengan tiba-tiba.
Biarpun Nine memandang, aku lebih selesa memandang ke arah lain. 
“Tak ada perkara yang boleh buat I ketawa,” jawabku.
“Mesti ada sesuatu yang telah ragut tawa you, kan?” 
Aku diam.  Tidak menjawab pertanyaan Nine.  Dalam kepala nama arwah ibu dan ayah naik lagi.  Berlegar membelit otak yang kian berserabut.  Mereka terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya setelah ayah menerima anugerah daripada PDRM atas khidmat cemerlangnya menumpaskan  jenayah besar masa tu. 
Sungguh aku tak mengerti kerana usia saat itu terlalu muda dan mentah.  Hendak menangis pun aku tak mampu kerana terlalu sedih.  Rasa kering airmata.  Siasatan yang dijalankan mengatakan ayah memang kemalangan.  Tapi, entah kenapa hati aku kuat mengatakan lain.  Seperti dirancang.  Seperti orang mahu ayah padam dari dunia sementara ini.
“Sebab parent you?”  tebak Nine.
Aku berpaling pada dia.  “Macam mana you tahu?” 
“Kan you pernah cakap, you tak ada parent.”  Dia senyum dengan jawapan yang tenang terlontar dari celah bibirnya.
Mengimbau kembali kata-kata aku pada Nine, aku juga tersenyum tawar.  Rasa sendiri sungguh dalam dunia ni.  Kerana rasa sendirian inilah menjadikan aku sanggup mempertaruhkan nyawa buat agama, Negara dan bangsa. 
“You pun tak ada parent dah, kan?” 
“Erm... I pun tak ingat I ada parent ke tidak, Naina.  Rasanya bila I dah mula pandai melihat, merasa... I ada Uncle Ben je.  Tak lama lepas tu, ada Naim.  Bila dah besar sikit barulah I tahu, I ni anak angkat,” jawab Nine jujur.
At least you ada seseorang untuk you bersandar bila you lelah,” balas aku persis memujuk.
Nine menggeleng.  “You tak faham dan rasanya you tak akan faham apa yang I lalu.  Lagipun, kalau kata I dah ada tempat untuk bersandar... you juga dah temui tempat untuk you bersandar kalau you lelah.” 
Dahiku berkerut.  Dalam diam aku menyoal pada Nine tentang maksud kata-katanya.
“Sini... you boleh bersandar kat sini bila-bila masa je andai you berasa lelah...” Nine menepuk bahunya perlahan. 
“... dan tangan ni...”  Dia menggoyangkan jari telunjuknya pula di depan aku.
“... akan menyapu airmata you kalau you menangis,” sambung Nine serius. 
Liur  yang aku telan terasa pahit.  Peluh kian merenik di dahi.  Rusuk pula  hampir patah satu persatu menahan hentakan hebat dari dalam dada dan yang pastinya, hati aku merasa sebu.  Apatah lagi melihatkan rambut yang agak panjang itu terjuntai ke dahi.  Langsung tak ditolak ke belakang.   Tak sedar, airmata mengalir setitis.  


Dzulkarnain a.k.a Nine (pakwe terbaru RM)  LOL

~~> bersambung

RM : Entah apa RM melalut pun dah tak tahu... kena penyakit Imsomnia dah beberapa hari.  Oh great RM.  by the way, RM akan ada di KB Mall Jumaat (22.03) 3-5 ptg & Sabtu (23.03) 12-2 ptg.  Yg sudi, jom... dan dah buka balik komen anonymous...  T_T

27 comments:

  1. sambil berehat, layan bab ni dulu...ayat 9 jiwang tahap langit ke tujuh tu....

    ReplyDelete
  2. nak tumpang sandar kat bahu Nine tu leh tak??????

    ReplyDelete
  3. salam k rehan.. adoiyaii. bukan setakat naina ja terasa sebu hati.. farah pun sekali.. tapi tetap best mcam biasa.. and penuh suspens macam biasa jugak.. x leh nk agak next episode.. hiih

    ReplyDelete
  4. senyum smpi ke telinga.... :)

    ReplyDelete
  5. tulang rusuk ku patah riuk, remuk.. tak dapt sandar di bahu nine... kecewanya..

    ReplyDelete
  6. belahan jiwa... hari ni untuk meluahkan perasaan hati ja.. so sweet.... hehehe

    ReplyDelete
  7. laju-laju buai ku lajuuu...terbuai2 rasenye hatiku nih..nk tumpang sandar gak ler..heh..

    ReplyDelete
  8. sian naina & nine...sape2 yatim piatu...

    ReplyDelete
  9. Nine ni ble buat org melting la..sweet tul..naina pon dh pandai ketawa...

    ReplyDelete
  10. pergh..kedua duanya ada duka yg sama..tiada parents ..dan mereka adalah manusia manusia yg masih mencari erti sebuah bahgia..

    ReplyDelete
  11. mmm...
    so sweet...

    i like sembilan...

    ReplyDelete
  12. wow sumpah hensem pakwe baru kak rehan :D

    ReplyDelete
  13. Seksanya nk tggu next epsd..adeh (-_-")

    ReplyDelete
  14. auwww... nine ni jiwangnya..
    naina terharu.. =)

    ReplyDelete
  15. Rehan...mana awak cari hot stuff si nine ni? Punyalah perrghh!... Adoyai... Mengetarrkan jiwaaaa.....

    ReplyDelete
  16. Romantiknya nine. Bisakah akan ku dapat.. Naina walaupun dah suka ngan nine terpaksa pendamkan rasa hati sbb rasa tamggungjawab pd tugas. Rm - dlm ramai2 hero nine the best..

    ReplyDelete
  17. hi! brp rame la ya pakwe RM neh? hope nain n naina. amar jenis fause jek. hihihi next entry ya.

    ReplyDelete
  18. Kak Rehan nanti ada tak novel Cinta Biar Saja Ada di KB Mall...

    ReplyDelete
  19. seterusnya.......sambungan ceritanya

    ReplyDelete
  20. Hensemnya nine...

    ReplyDelete
  21. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 1756
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete