BAB 16
PINTU kereta di
buka luas. Pemandu yang kemas memakai
kemeja hitam dan juga demim biru gelap itu menunduk sedikit pada Ariq bila Ariq
menjatuhkan kaki ke tanah.
Kali ini aku
yakin yang memang Ariq bukan orang kebanyakan.
Bukan calang-calang orang. Dia
turun dan pintu kereta ditutup kembali membiarkan aku seorang cuba terkial-kial
menolak pintu kereta mewah ini.
Tak sedar, pintu
kereta dibuka dari luar dan wajah Ariq yang masih sugul terbias di depan
mata. Tangannya digerakkan sedikit
mempersilakan aku keluar tapi aku hanya membatu. Terpaku seketika melihat Ariq di bawah
simbahan neon malam di depan flat tempat aku menyewa.
“Tak nak
turun?” soal dia barulah aku terngadah
sendiri.
“Err… nak… nak,”
jawabku gagap dan Ariq tersengih tipis.
Bila aku sudah
menjauh dari pintu kereta, dia menutupnya sedikit kasar dan mengeluh
berat. Tangan diseluk ke dalam poket jeans.
Rambutnya sedikit kusut. Tak
nampak lagi Ariq yang guna produk ketam pokoknya. Sangat berbeza dan aku tahu, akulah
puncanya.
“Are you okay, abang?” Tiba-tiba dan sangat spontan, aku bertanya
begitu. Terasa risau sungguh
sebenarnya.
Ariq sengih
paksa. “Terbalik dah. Patutnya abang tanya Cinta okey tak? Sebab Cinta yang…”
“No, abang!” pangkas aku menghentikan suara Ariq.
Matanya aku
renung sedikit tajam. Memberi amaran
dalam diam akan apa yang sedang terbit dari celah bibirnya.
“Jangan panggil
saya Cinta. Saya rasa pelik sebab tak
ada siapa pernah panggil…”
“Kalau macam tu,
abang panggil. Cinta Nur Naqiah… Cinta…
Cinta…”
Aku tekup
telinga bila Ariq mengulang nama aku.
Naik berdengung telinga.
“Naqi tak nak
abang panggil Naqi Cinta… sebab pada awalnya bukan Naqi cinta abang dan jangan
cuba ubah panggilan antara kita,” pesanku sedikit tegas.
“Dah tu, abang
panggil Naqi sayang? Boleh?” duganya tak kalah.
Aku tahu, Ariq
masih berharap agar jawapan aku tadi berpihak padanya tapi aku masih bertegas,
jawapan aku adalah untuk kebaikan semua.
Lebih-lebih lagi dia.
“Abang dah
panggil tadi sekali, kan?” Aku
mengingatkan dia yang sememangnya terlanjur berbicara memanggil aku sayang yang
tanpa dia tahu, telah membawa darahku mengalir menongkah arus.
“Sekali tak
cukup. Abang nak panggil buat
selamanya. Setiap saat, setiap
masa. Bila abang celik dari lena, bila
abang lena setelah jaga. Abang nak
panggil Naqi sayang. Sampai ke akhir
nyawa abang, abang nak panggil Naqi sayang.
Biarpun Naqi membenci, abang tetap nak panggil sayang. Biarpun pada Naqi ini semua dah terlambat,
abang tetap nak panggil sayang,” ujar Ariq bersungguh-sungguh.
Telinga aku
mendengar tapi mata ini memandang langit yang kelam. Sekelam minda aku saat ini. Tak mampu berkata-kata melihatkan kesungguhan
Ariq. Mahu menerima dia, tapi ada banyak
perkara yang menghalang dan aku perlu bertegas dengan keputusan aku yang telah
aku ambil. Tak mungkin aku berundur
biarpun seinci.
Nafas tenang aku
lepaskan. Lega bila aku hamburkan tangis
biarpun di depan Ariq. Masa itu usah aku
kira malu, janji hati aku lega dan bahu aku sudah terasa ringan. Terasa lepas bebanan namun kenapa rindu aku
pada mak semakin menggebu? Adakah mak
juga sedang merindui aku atau boleh jadi dia sedang menyumpah aku kerana
tangisan Kak Diah, aku tak pasti.
“Abang boleh
panggil sayang tapi bukan pada Naqi.
Tapi pada Kak Diah. Abang boleh
bahagiakan dia dan panggil sayang seumur hidup abang,” ucap aku aku sambil
menelan liur. Bimbang Ariq
menerkam.
Dia sengih sinis
dan mendekat setapak pada aku lantas aku juga mengundur setapak. Mengundur juga biarpun tadi kononnya tak nak
berganjak biarpun seinci. Melihatkan
renungan dan rahang Ariq yang turu naik, siapa pun pasti kecut.
Kalau orang
lain, pasti longlai di kaki Ariq melihatkan renungan dia saat ini. Dengan rupa paras dan bentuk tubuh yang
memang menjadi idaman, semua orang pasti tergoda tapi aku tak mampu memandang
itu semua kerana apa yang aku cari adalah keberkatan dalam hidup, dalam sebuah
perhubungan.
Langkah demi
langkah, hingga akhirnya aku sudah rapat pada dinding kereta milik Ariq. Aku tahu, dari jelingan hujung mata, aku
Nampak pemandunya sedang memerhatikan kami dari dalam cermin sisi tapi perbuatan Ariq saat ini bagaikan hanya ada kami berdua saja. Tanpa yang lain.
“Naqi nak naik
atas. Penat,” ucap aku pantas dan cuba
melepasi Ariq tapi dia lebih pantas menarik lenganku kasar dan menolak aku
kembali bersandar pada dinding kereta mewah ini.
Aku telan liur
dan membalas renungan dia. “Dah
lewat. Abang baliklah. Call Kak Diah sekali. Tentu dia sedih abang tinggalkan dia macam tu
je.” Sekali lagi aku cuba berbahasa tapi
Ariq tetap begitu. Tiada langsung tanda
hendak berganjak.
“Macam tu je?”
Dia menyoal tenang.
Aku kerutkan
kening. “Macam apa?”
“Macam
ni...” Bibirnya tercebir sedikit.
“Abang luahkan
cinta, Naqi juga cintakan abang, tapi terhalang sebab masalah Naqi, tak boleh
nak luahkan pada abang, nyanyikan lagu untuk abang, kemudian lari, menangis. Abang kejar
kita bertekak dan abang hantar balik. Naqi
tetap nafikan cinta kita lepas tu suruh abang balik? Hrmm? Is that easy for you, girl?” Kening Ariq terangkat tinggi bersama wajah yang
direndahkan sedikit hendak menyamai wajahku.
Jujur aku katakan,
setiap kali dia memanggil aku ‘girl’ pada hujung soalannya, aku rasa
disayangi. Aku ketap bibir dan
menjarakkan lagi kedudukan kami biarpun aku tahu sudah tiada ruang untuk aku
berlalu. Jika Ariq mahu, dia mahu
mengucup aku tanpa mampu aku halang tapi aku yakin, dia tak mungkin begitu.
“Not easy for me… either for you,
abang. Tak mudah untuk kita semua,
termasuk Kak Diah…”
“Stop mention her name.” Ariq memberi amaran tapi aku tetap buat tidak
tahu.
Jika nama Kak
Diah boleh buat dia pulang dan terus hilang dari pandangan mataku, aku mahu
menyebut nama Kak Diah sepuas hati.
“Kenapa nak
suruh berhenti sebut nama dia? She’s my sister. She is your LOVE, abang. Berkali Naqi katakan, this is too late and the reason why…” Aku berjeda seraya menghela nafas yang
kembali berat menghempap dada.
“…you knew it. Semua ni bukan dalam kudrat Naqi dan
hargailah apa yang dah abang dapat dengan susah-payah. Hargai dia… Cinta Nur Nadiah dan biarkan
Cinta Nur Naqiah ni begini je seumur hidup,” sambungku dalam pada cuba
mendamaikan hati sendiri.
Mata Ariq dan
mataku bersabung. Ariq tak kalah, aku
juga tak tewas. Bila sekali lagi aku
cuba berlalu, lengan aku dipaut dan kali ini lebih keras bila dia menolak aku
rapat ke kereta semula dengan wajah yang sudah hampir pada wajahku.
Aku kaget bila
Ariq membuka mulut.
“Kalau macam ni
boleh buat Naqi berhenti sebut nama dia dan cakap mengarut, I will not hesitate to touch your tounge,
Naqiah!” gumam Ariq keras dan aku
cepat-cepat memalingkan wajah ke sisi kiri.
Bila wajah Ariq
menjauh, barulah aku kembali memandang dia bersama tawa yang aku buat-buat dan
airmata yang kembali berjuaraian ke pipi.
Dalam hatiku
menjerit hiba. Sampai begini layanan
Ariq pada aku sedangkan aku telah berusaha
untuk kebahagian dia. Tak pernah
aku meminta lebih melainkan meminta dia meninggalkan aku sendiri tapi dia…
“Setakat ini je
ke persepsi abang tentang Naqi?” Bibirku
bergetar cuba membendung tangis yang kembali bermula.
Kening Ariq
berkerut. Aku tahu dia tidak mengerti
dengan soalan aku dan mudah untuk aku terangkannya.
“Kalau ini macam
ni abang boleh layanan budak jalanan macam Naqi, boleh diheret dalam pelukan
abang sesuka hati abang, boleh dicium ikut suka abang, di mana harga Naqi dalam
hati abang? Atau Naqi ni perempuan ke
berapa dah abang layan macam ni? Dan
abang ingat, Naqi tak semudah tu walaupun Naqi ni terbiar?” Suaraku cukup perlahan menuturkan kata.
Ariq nampak
terpempan sendiri dengan soalan yang aku ajukan. Biarlah begitu. Aku mahu dia tahu yang aku
ini mahal harganya. Hati aku tak mungkin
mampu dia beli dengan pengakuan cinta yang berubah arah.
“No…”
Dia menggeleng.
“Abang tak
maksudkan macam tu, Naqi. Abang tak
pernah ada niat nak sentuh Naqi pun.
Abang… sungguh a… abang…” Ariq
menyambung gagap.
“Abang apa? Abang tak sengaja tapi abang ada niat. Lepaskan Naqi, abang.. dan percayalah abang
akan bahagia. Kalau kata abang tolak Kak
Diah dan bukan dengan Naqi, pasti akan ada orang lain. Satu lagi abang kena percaya, semua ni tak
mudah untuk kita sebab Naqi tahu dan abang juga tahu, kita tak akan ada restu
keluarga…”
“Abang tak
perlukan tu!” pangkas dia yakin.
Aku ketawa
sinis. “Berapa lama abang tak perlu
restu orang tua? Mungkin abang kuat nak
hadap hidup tanpa restu orang tua tapi Naqi dah lama tandus dengan kasih sayang
mak. Naqi perlukan restu dia untuk
pastikan hidup Naqi juga direstui Tuhan.
Hidup ini bukan kerana cinta semata-mata, abang tapi juga kerana
pengorbanan,” pujukku lembut berharap benar Ariq mengerti akan apa yang aku
sampaikan.
Aku ini anak
yang tidak dipandang mak dan aku juga tak akan heret dia untuk menjadi anak derhaka pada orang tuanya.
“Abang hilangkan
semua ketandusan kasih dalam hati Naqi…,” sela Ariq yakin tapi aku tetap
menggeleng.
“Terima kasih,
abang. Untuk ketahui yang abang juga cintakan Naqi biarpun dah terlalu lambat
dah cukup untuk hilangkan sedikit dahaga ni.
Abang baliklah. Naqi naik dulu
dan Naqi harap…” Aku menapak melepasi
Ariq dan bila bahu bertemu bahu, aku menjeling dia sedikit. Dia yang terdiam terus.
“…kita tak jumpa
lagi lepas ni, bang,” sambungku lalu aku terus menapak lemah.
Baru beberapa
langkah kau menapak, aku dengar pintu kereta dibuka dan bila aku berpaling
sedikit aku lihat pemandunya sedang berbisik dekat dengan telinga Ariq. Ariq menjegilkan matanya. Terkejut dan aku mengerutkan kening bila
muncul rasa ingin tahu.
Tak sempat aku
berlalu, Ariq menyambar pergelangan tanganku lagi.
“Apa ni?” tanyaku keras. Sudah mula marah.
“Kita ke suatu
tempat,” ajak Ariq serius.
Aku ketap
bibir. “Nak ke mana lagi? Abang tak dengar Naqi cakap tadi, Naqi nak
naik rehat dan kita tak akan jumpa lagi selepas ni. Abang baliklah…”
“Tolong,
Naqi. Kita ke satu tempat…”
“Mana?” Mataku terjegil tiba-tiba bila bercakap
dengan orang tak reti bahasa Melayu.
“Hotel? Rumah Tok Kadi?” perli aku pada Ariq.
Geram sungguh
dengan dia yang suka menarik aku mengikut kehendaknya. Jika dulu, aku tak kisah diperlakukan begitu
tapi hari ini, aku mahu menjadi seorang wanita.
Wanita Islam yang memelihara semuanya.
Bibir Ariq
senyum menyenget. “You wait, girl. Sebelum
abang bawa Naqi check-in hotel, abang
bawa Naqi pergi rumah Tok Kadi dulu tapi sekarang, there’s one more important thing.
Come!”
Ariq terus
menarik tanganku usai berkata-kata tak sempat aku menolak dan juga membentak, tubuh kami sama-sama duduk di
dalam BMW X7nya dan kereta terus melunjur laju membelah malam.
Nak ke
mana? Hatiku bertanya sendiri. Mula risau dengan tindakan Ariq yang tak
terjangka setiap kali pun. Melihatkan
dia yang kadang-kala tersengih sendiri, aku jadi kecut lalu cardigan yang
membalut tubuhku, aku belit lagi ke tubuh dan selendang tipis yang terbelit di
leher aku buka dan dengan perlahan-lahan, aku letak di atas kepala. Menolak rambut yang terjuntai ke dahi agar
tersorok di bawah selendang yang selama ini membelit leher.
Saat aku
berpaling memandang Ariq, rahangnya jatuh.
Mulutnya terlopong dan matanya memandang aku tidak berkelip-kelip.
“Maha Suci
Allah yang menciptakan kejadian langit
dan bumi.” Hanya itu yang aku dengar
dari bibir Ariq.
KAMI akhirnya
tiba di sebuah rumah banglo mewah yang
tersergam. Aku tidaklah jakun kerana
rumah mak dan ayah juga agak besar.
Cumanya, dalam saiz yang sebegitu luas, tiada tempat untuk tubuh kurus
aku ini.
“Dato’ Seri dan
Datin Seri tunggu tuan muda kat dalam,”
beritahu pemandu tersebut begitu tertib.
Hujung bibirku
naik sedikit. Terasa aneh tapi lebih
kepada jengkel dengan kata-kata dan caranya melayani Ariq.
“Jom, kita
turun,” ajak dia dan aku hanya mengikut.
Kami sama-sama
menapak ke dalam rumah yang pintunya
sudah sedia ternganga lebar. Mataku melilau lagi dan baru hendak bertanya
pada Ariq, dia sudah bersuara.
“Ini bakal rumah
Naqi. Rumah keluarga abang,”
ujarnya.
Aku telan liur
dan menjatuhkan kembali selendang ke bahu bila kaki mula menjejaki marmar rumah
yang berkilat dan Nampak sangat mahal.
“Kita buat apa
kat sini?”
“Mummy dan papa
nak jumpa bakal menantu dia…”
“In the middle of the night?” tanyaku tidak percaya.
Ariq jungkit
bahu. “I don’t know it either.
Kenapa mummy nak abang bawa Naqi tapi abang percaya pasti ada sebab
munasabah. Jom…” Tangannya dihulurkan tapi aku biarkan saja
tangan Ariq jatuh kembali ke sisi tubuhnya.
Dia mengeluh
menggambarkan yang dia sedang kecewa denganku tapi aku lagi kecewa dengan sikap
dia. Tak mampu aku bayangkan jika benar,
Kak Diah pulang dalam tangis dan mak bertanya.
Pastilah semua salah jatuh ke bahuku lagi.
Bila kami tiba
di tengah-tengah ruang rumah, seorang perempuan anggun berpaling dan seorang
lelaki separuh umur juga bangkit menyambut
kedatangan kami.
“Mummy… papa…,”
sapa Ariq sambil menyalami tangan kedua-dua orang tuanya.
Aku pula kaget
sendiri. Tak tahu hendak berbuat apa
melainkan turut tunduk menghulur salam buat mereka dengan tangan yang seram sejuk. Ini bukan apa yang aku mahukan tapi kenapa
tercampak di sini bersama Ariq dan kedua-dua orang tuanya?
Mataku menjeling
Ariq yang kembali berdiri di sisi aku.
“Riq terkejut dapat
call mummy? Kenapa?
Dah lewat ni, Riq nak kena hantar Naqiah balik,” ujar Ariq sopan.
Aku hanya
berdiri tegak dengan mata yang terkebil-kebil bila dua pasang mata itu merenung
aku dari bawah ke atas dan begitulah sebaliknya.
“Naqiah?” tanya papa Ariq.
Aku angguk.
“I thought you’re with Nadiah? Not
Naqiah?” soal mummy Ariq pula dan aku
mula yakin, dia sudah tahu akan perkara
yang telah terjadi malam ni.
“Err…” Ariq yang kehilangan kata menjeling aku yang sedari tadi menunduk. Tak berani hendak mengangkat wajah.
Mummy Ariq
bangkit perlahan dan menapak penuh tertib ke arah kami.
“Are okay,
Muhamad Nashriq?” soal mummynya
kemudian.
Ariq garu kepala
dan menggeleng. “Not so okay.”
“Kenapa? Keluar first
date pun boleh tak okey dan tiba-tiba tertukar pasangan? Pelik…”
Mummy Ariq memberi komennya. Tenang
dan tak ada oktaf yang mahu menunjukkan suaranya bakal meninggi.
“She’s about to leave me,” jawab Ariq dan
menjeling padaku.
Aku menelan
liur. Berani sungguh Ariq berkata
demikian di depan mummy dan papanya. Berani
sungguh lidah itu menyindir aku. Jika mampu,
aku sudah berlari tapi demi rasa hormat pada orang tua yang masih bertutur, aku
pakukan kaki. Menanti lagi butir patah
perkataan yang boleh jadi akan menyakitkan hati dan telinga.
“Mummy ingat
Ariq yang tinggalkan dia? Kenapa Ariq
cakap dia yang tinggalkan Ariq?” soal mummy Ariq sinis.
“Betul tu,
Nashriq? Ini ke Nadiah?” Giliran papa dia pula menyampuk.
Aku sudah tak
betah duduk. Berdiri rasa nak
tumbang. Chandelier rasa sudah bergoyang
mahu jatuh ke atas kepala aku.
Wajah Ariq aku
pandang dengan hujung mata. Dia masih
tenang bila diasak oleh kedua-dua orang tuanya.
“I love her, mummy… papa. I love
Naqiah, buat Nadiah,” akui Ariq tanpa menyorok.
Mata mummy dan
papanya membulat tapi tidaklah lama melainkan dia kembali tersenyum semula dan
bila pandangan kami bertaut seketika, aku yakin senyuman itu penuh sinis.
“Jangan risau,
Dato’ Seri dan Datin Seri berdua… saya tak cintakan dia,” ujarku pula setelah
lama mendiamkan diri. Mahu memberi
penamat kisah ini begini saja tanpa ada sambungannya lagi.
Mereka bertiga
memandang aku. “Abang cintakan Naqi,”
tekan Ariq geram.
“Once you say yes, malam ni jugak kita
nikah!” sambung dia mengetap bibirnya
dengan kening yang berkerut.
“No, I will not cause I…”
“I just can’t believe this!”
Aku tersentak
sendiri bila ada satu suara lain yang menegur kami. Pantas aku berpaling ke muka pintu dengan
mata yang hampir terjojol keluar dan juga lutut yang kian longgar namun Ariq
sempat memaut pinggang aku sebelum aku benar-benar rebah.
Airmata kembali
mengalir dan rasanya, nasib aku akan lebih buruk setelah ini. Apa yang pasti, perjalanan ini benar-benar
tak mudah.
~~> bersambung
RM : sowi guys lambat up-date.. RM busy nak pindah randah woo... layan komen dan maaf atas kekurangan... <3 span="" yu="">
wow
ReplyDeletelama tunggu entry nie... sambung la lagi kak rehan... please!!!!
ReplyDeletehuhu...sape pulak tu....
ReplyDeletepasti si LOF and family...
ReplyDeletepasti si LOF and family...
ReplyDeletesetuju..haihhh mcm mna la si 'lof' ni blh ada kat sana ni...hmmm
Deletemesti si nadiah ada kat ctu skali..huhu
ReplyDeletemak naqi ke tu???
ReplyDeletesian naqi...
Auw!!!!!! Sape tu?? nak tgk naqi taksbr. Lawa sgt ke si nadiah tu
ReplyDeletemesti nadiah yg dtg...porak peranda la hubungan naqi dgn mak dia lg...
ReplyDeleteAlamak..suspense nya.. Mesti nadiah and mak meka...
ReplyDeleteni confirm 'lof' dgn mak dia ni....kalau dah macam ni jadinya... lari jauh2 la naqi... bawak diri... ariq pun lari jugaklah.. kalu tak lari karang kena paksa kawin dgn nadiah pulak... org kata kalau ada depan mata selalu dibenci..esok2 bila dah hilang terus baru nak tercari2... biar padan sikit dengan muka mak nadiah ni...
ReplyDeletearghhhh stress...thanx akak RM...dh lma tnggu entry bwu....:)
ReplyDeletetahan napas bace...siannye naqi...huhu..
ReplyDeletebetul..sy stuju..thn napas bace..
Deletesian naqi..pas ni mesti suma xsuka dye lg..
kak rm cm pndek je n3 ni..huhu
nananananana...
ReplyDeletedoesn't matter who's coming in the middle of the night kt rumah ariq.
coz i know ariq mesti protect naqi kehkeh
because: kerana
cause: penyebab.
Tq RM. X sbr nak tggu de next n3. Lagi haru la jwbnye...
ReplyDeleteMesti family naqi dtg..olo..ciannya naqi..oh..anginn..bawalah naqi pergi jauh..
ReplyDeleteni mesti kelurga Naqiah dan kak diah yang timbul kan..... kasihan Naqiah..... sediha sangatttt
ReplyDeleteADOI....apa pulak lepas ni
ReplyDeleteHH_814
makin beratla prob Naqi lepas nie..
ReplyDeletemesti Naqi yg dipersalahkan..
RM cepatlah terbangkan Naqi lari jauh dari semua org..
kesian Naqi..sedihnye..
tahan nafas aje baca n3 nie........x sabar tunggu next n3
ReplyDeleteciannye kt Naqi...confirm mak Naqi dgn Diah
ReplyDeletepasti tu suara DIAH.
ReplyDeleten Diah dtang ngan Mak Bapak dia, huaa...
lepas ni pasti en3 meleleh airmata, kut.. hehe
tak sabar nak tunggu..
ReplyDeletekejutan apa eak lepas ni...
alamak...
ReplyDeletedia abis time2 tgh suspen la pulak....
pulok doh....mesti mak naqi datang dgn ayah n nadiah.menangis lagilah naqi lepas ni.kesian dekat dia.
ReplyDeletewwannurr..
ReplyDeletemesti si lof ngan mak bapak dia..... peras santan der nampaknya....
lamanya tunggu tak sabar tunggu next entry...
ReplyDeletehmm,, siannya naqi.. byk betul dugaan dia.. :(
ReplyDeletex sabar nk tggu next en3..
-athirah-
bawaaa aku pergiiii-naqi *lagu zizan dengan kaka :D
ReplyDeleteahhhhh!!!! kak rehan ni pandai je buat ending.. ahahah... xsbr ni kak.. update lah cepat2!! eheh
ReplyDeleteAahhh!!! itu mesti mak dngan kak lof dia tu! kenpe saat ni jgk dia nk dtg?!! tpi xpe,Ariq mesti mnx izin untk berkwn ngan naqi. mak dia mesti x boleh nak tolak punyalah sebb... sebab... enthlah. terse aje aje bnde tu akn berlku. kak! teruskn usaha kak! Thanks kak rehan
ReplyDeleteterasa terawang-awang lah...................... esk nak lagi............
ReplyDeletehai sian naqi. family dia la yg dtg n suara yg dia dgr tu suara mak dia pastinya. tpi brilah peluang utk naqi pergi jauh dri dia org. brilah family dia trus merindu. tkrlah no hp naqi yg membuatkn siapa2 x dpt cri dia hgga ada pertemuan x dirancang antara naqi dan arik. next entry RM.
ReplyDeletesperkah gerangan diri itu???? jeng...jeng...jebg.. mcm nadiah je ^_^
ReplyDeleteThanks kak rehan for thie entry
-Song Hyun Sun-