Monday, July 02, 2012

Untuk Dia [1]


BAB 1

MATA ini aku redupkan sedikit memerhatikan gelagat lelaki yang ada di depan aku.  Dari tadi aku nampak dia.  Berhenti depan kedai sana, dia dan motornya.  Berhenti di traffic light, dia dan motornya juga.  Dah la motor warna hijau lumut.  Geli aku melihatnya.
Aku perlahankan motosikal dan biarkan dia memotongku dulu setelah lampu isyarat bertukar hijau.  Mudah cerita, biar dia jalan dulu.  Tak lalu aku nak tengok dia dan motosikalnya itu.    
Jalan sikit, lampu merah lagi.  Terpaksa berhenti lagi dan mamat tu semedang berpijak pada tembok jalan raya dan aku selamba menghentikan motosikalku di sisinya.  Dia menjeling dalam topi keledar full face dia tu dan aku juga angkat viser topi keledarku dan menjeling balik. 
“Cantik motor, bang?”  tanya dia berbaur sinis. 
Aku pandang motorsikal Gilera merah garang yang memang milik aku dari dua tahun sudah.  Hadiah daripada mak dan ayah setelah aku menangis dua hari dua malam.  Dekat nak jadi Kassim Selamat dah baru aku dapat dan itu pun sebab aku ada kaki kipas yang memang tak pernah padam.  Sepupu aku, Anaresa.  Dah kahwin pun.  Ni nak pergi jumpa dia.  Tergesa-gesa sebab dah janji. 
“Bolehlah dari motor LC warna hijau lumut tu,” selaku sinis jugak.
Dalam hati aku gelak mengekek.  Padan muka.  Sengaja tegur aku kenapa?  Nak beramah mesra tak kena tempat. 
“Oii… apa maksud kau, hah?”  Dia berdiri di atas motorsikalnya.
“Emm… itulah maksud aku.”
“Eleh… bajet bagus ke pakai Gilera.  Marilah raceTest highway.  Nak?”  cabar dia dan aku tak sempat nak menjawab, telefon bimbit dalam poket jeans bergetar kuat. 
Cepat-cepat aku tarik dan aku sumbat dalam topi keledar dekat pada telinga bila nama Anaresa tertera pada skrin. 
“Ya, sayang…”  Aku tersengih sendiri bila Anaresa merengus. 
“Banyaklah kau punya sayang.  Pukul berapa nak sampai.  Azi dah dekat nak sampai dah.  Kau ni… cuba tepat masa sikit!”  rungut dia. 
Aku ketawa lagi dan aku perasan, mamat di sebelah ni menjeling tajam.  Eleh, tak puas hati.  Kejap lagi tunggu kau.  Aku bagi kau makan asap.
“On the way ni.  Banyak pulak traffic light hari ni.  Penyibuk jalan raya pun ramai!”  Sengaja aku kuatkan suara biarpun aku tahu, mamat sebelah ni tak dengar sebab topi keledar dia. 
“Emm… cepatlah sikit!”  tekan Anaresa lagi.
“Baiklah.”  Nak tak nak kena iyakan saja kata-kata isteri Abang Zafran ni.  Sejak jadi isteri, suka membebel pada aku. 
Talian mati dan aku terus simpan telefon bimbit dalam poket jeans dan kebetulannya, lampu merah bertukar hijau. 
Baru aku pulas minyak, sekali terlupa nak bagi signal nak ke kanan dan sudahnya, aku dilanggar oleh mamat Yamaha LC ni.  Dia tergolek, aku juga sama tapi aku terus angkat Gileraku.  Sayang andai tercalar balar.  Orang mula berkerumun dan mamat itu juga bangun tapi dia langsung mendapatkanku. 
“Kau gila ke, hah?  Bawa motor berapa lama ni?  Lesen kau lesen terbang ke?  Motor mahal kau ni tak ada signal ke, bongok!”  Dia menghamburkan marah sekuat hatinya. 
Aku telan liur.  Motorsikal aku tongkat baik-baik.  Tercalar sikit yang membuatkan hati aku turut tercalar.  Pakwe saya!  Jerit hati aku tak puas hati. 
“Ala… maaflah, bro.  Aku terlupa.  Lagipun kau yang langgar aku.  Aku dah lah nak cepat ni.  Kira halallah.  Motor aku pun calar.  Motor kau tu dah buruk sebab tu kau biar tergolek je, kan?”  sinisku di luar sedar.  Aduhai… patut minta maaf tapi menyindir orang lagi.
“Dik… okey ke ni?”  tanya salah seorang daripada orang yang ramai-ramai ni. 
Lelaki pula tu dan ada hati nak sentuh bahu aku.  Pantas aku mengelak dan mendengus. 
“Tanya dengan mulut, bang.  Bukan tanya dengan tangan.  Karang…”  Aku kepal penumbuk dan lelaki  itu terkebelakang. 
Tahu takut, sinis hatiku.  Bila aku pandang mamat LC tadi, nampak siku dia cedera.  Berdarah tapi macam tak ada apa-apa.  Macho konon.
“Apahal kau kurang ajar sangat ni?  Dahlah tak minta maaf… menyindir aku pulak.  Kau salah tau tak?”  bentak dia seraya membuka topi keledarnya dan mendekat padaku.
Bila dia kuak rambutnya ke belakang… aduh!  Hati aku terpanah.  Ada degup indah.  Berdebar-debar dan lidah kelu sebentar.  Kacaknya!  Hanya itu hati aku mampu sebut bersama bibir yang bergetar melihat dia semakin rapat pada aku.  Mati!
Kacaknya dia.  Dari mana turun hamba Allah ni?  Fuh, seumur hidup tak pernah aku jumpa lelaki kacak macam ni.  Tapi, ayah lagi kacak.  Tak percaya, tengok gambar dia masa muda-muda.  Berseluar yenki, jambul di depan.  Seorang lagi suami Anaresa.  Berkarisma juga orangnya dan yang ketiga adalah… dia!  Dia!  Dia di depanku kini. 
Bila dia makin hampir, aku masih tegak berdiri.  Orang ramai mula kecoh.  Telinga semakin bingit bila ada yang ingat kami akan bergaduh tapi aku hanya kaku.  Sepi sungguh masa ni dan bila dia betul-betul berdiri di depan aku, rupanya aku hanya separas dagu dia saja.  Kalau kena ketuk, mahu lagi pendek. 
“Kau pandang apa, hah?  Ni nak kira macam mana?”  sergah dia membuatkan aku kembali tersedar  yang aku kini, ada di tengah-tengah jalan raya dan orang ramai sedang melihat pada kami. 
“Pandang kaulah!”  jawabku selamba. 
“Woi, bro… ni nak kira macam mana ni?  Macam mana?”  Dia ketap giginya sampai aku nampak rahang itu turun naik. 
Mata ini aku pejam celik pejam celikkan berkali-kali.  Dia tersengih sinis. 
“Terkebil-kebil.  Tahu takut.  Bayar sekarang, aku kira settle!”  ujar dia lagi. 
Bayar?  Huh… dengar perkataan bayar, hilang wajah kacak dia.  Langsung tak kacak.  Menyakitkan mata ada. 
“Amboi… kau yang langgar aku.  Nak bayar apa.  Lagipun, aku sekolah lagi.  Mana ada duit!”  Aku terus melawan. 
Orang macam ni, tak boleh diberi muka.  Samseng jalan raya!  Aku mencemik benci.  Tapi dalam hati, mula tumbuh taman bunga.  Lagi pedih, taman bunga ros yang memang aku tak suka. 
“Kau ni, kan…”  Selamba, mamat ni cekak kolar t-shirt yang aku pakai. 
Terangkat kaki aku waktu ni.  Tercekik nafas tapi aku tidaklah mampu hendak menepis kulit bukan muhrim itu semudahnya.  Biarpun ganas dan tak bertudung, bersentuhan antara bukan muhrim memang aku jaga dari dulu.  
Itulah didikan mak dan ayah.  Biarpun kerap kali kena bebel tak pakai tudung.  Macam sengaja nak bagi api neraka jilat.  Itulah sindiran ayah setiap kali tapi aku tetap buat tak tahu. 
“Woi… apa ni bro cekak-cekak kolar baju aku ni?!”  tanyaku marah dan serentak itu aku terus buka topi keledarku dan menguak rambut yang sudah agak panjang ni ke belakang. 
Tak adalah panjang mana.  Cuma bahagian belakangnya dah mula mencecah kolar baju tapi sekali tengok, memang macam lelaki lagi. 
“Erk!!”  Mamat ni tercekik air liur sendiri.
“Hah, kenapa?  Nak bertumbuk?”  marahku kuat. 
Pantas dia lepaskan kolar bajuku dan berundur setapak.  “Kau ni…”
“Apa?  Apa?”  tanyaku sambil mengangkat wajah hendak menyaingi ketinggian dia. 
“Tak puas hati, kita ke balai.  Aku tak ada hal.  Kau nak bertumbuk kat sini pun aku tak ada hal. Orang ramai ni jadi saksi!”  ajakku megah. 
Dia senyum sinis.  “Kalau kau spesis aku, mudah aku ajak kau bertumbuk tapi rupanya…”  Kata-katanya terhenti.  Dia melihat sekujur tubuhku dari atas ke bawah yang anak mata yang galak itu. 
“… kau ni spesis tak ada tempat dalam bumi ni.  Jadi, aku lepaskan kau kali ni.  Tapi ingat…”  Jari telunjuknya diluruskan.
“… sekali lagi aku terserempak dengan kau macam ni, kena kau!”  Dia memberi amaran dan terus berlalu menghampiri motorsikalnya yang sudah sedia diangkat oleh orang ramai. 
Topi keledar tadi, tersarung di kepalanya dan aku ketap gigi menahan geram.  Bila aku mahu kembali pada motorsikal dan orang ramai juga sudah beransur pergi, ada deruman enjin motor di belakangku. 
Aku berpaling dan ternyata, mamat LC tadi.  Baru hendak sarungkan topi keledar, dia bersuara. 
“Kau jangan bagi aku jumpa kau lagi sekali kalau kau tak nak menyesal!”  tekan dia sekali lagi. 
Aku malas nak menjawab sebab tiba-tiba rasa bersalah melihatkan darah yang sedang meleleh pada siku kirinya. 
“Eh, siku kau berdarah tu.  Nak aku teman pergi klinik ke?”  tanyaku sopan. 
Heh, sejak bila aku sopan dan ramah macam ni pun aku tak tahu.  Sepanjang hidup aku, aku hanya kenal Anaresa dan Aziana.  Itupun, Anaresa dah ada suami dan kini tinggal Aziana saja dan sesekali si Najmi yang penyibuk tu menyempit. 
Dia tersengih lagi dan kali ini penuh sinis dia jeling sikunya yang memang jelas luka dan berdarah. 
“Aku kalau spesis macam kau yang nak teman, baik toksah.  Buat tambah beban dosa aku je menyempit dengan spesis tak dikenalpasti macam kau ni!”  ejek dia dengan bibir yang herot.
Aduhai… pandai-pandai dia je kata aku spesis tak dikenalpasti membuatkan aku memandang tubuhku sekali imbas.  Tak ada tak kena.  Jeans biru gelap yang agak lusuh sedikit, baju T yang berkolar dan juga kasut supra berwarna oren.  Yang penting tak mengikut bentuk tubuh dan tak menampakkan benjolan sana-sini.
“Mulut kau tu jaga sikit, ya?”  Jari telunjuk sudah lurus ke wajahnya dan dia mengelak sedikit bila jari aku terlalu hampir. 
“Huh… malang sungguh aku hari ni.  Jumpa spesis terancam macam kau ni.  Ingat… kalau aku jumpa kau lagi, memang siap kau aku kerjakan!”  tekan dia memberi amaran untuk kali ke berapa aku pun tak tahu dah.
“Eleh… kau ingat aku hadap sangat nak jumpa kau lagi.  Kalau aku jumpa kau lagi sekali, aku lebih rela kena cium dengan singa sarkas la wei!”  bentakku geram dan aku terus panjat motorsikal. 
Enjin aku hidupkan.  Pedih hati tengok motorsikal aku ni calar balar.  Bila aku hendak pulas minyak, dia menghampiri lagi. 
“Singa sarkas pun tak lalu nak tengok kau lah, minah bin mamat!”  tekan dia lantas dia menderum laju. 
Sengal!  Marah hatiku dan aku teruskan juga perjalanan menuju ke rumah mertua Anaresa dan kali ini dengan kelajuan yang amat perlahan.  Taman bunga semakin subur.  Parah!

~~> bersambung 

Cik Penulis : Ganti STK... Mini Novel ja dan akan habis di blog.. Sebelum teruskan.. sila baca Mini Novel Ku Ingin Milikimu dan juga Kerana Sekali Cinta..  Ini adalah sequel ketiganya.. Layan.. 

49 comments:

  1. Like...Like...Like...tak sabar nak tggu next chapter...Tahniah RM...

    ReplyDelete
  2. tak sabar tunggu sambungan chapter ;)

    ReplyDelete
  3. Ini cerita mulanya. Best, tak sabar nak baca lagi, dan lagi, dan lagi....:)

    ReplyDelete
  4. like jugeee keke
    tgu next en3 lak^^

    ReplyDelete
  5. kelakarla 2-2 org nih... gaduh-gaduh dulu, lepas tu suka!

    ReplyDelete
  6. erkkk RM apa jd dgn STK?

    ReplyDelete
  7. best juga ye cite ni... RM STK dh tak ada n3 baru ke?

    ReplyDelete
  8. nice...grang btol dua² org ni...hehehe

    ReplyDelete
  9. suke2.tpi rindu kt STK lak huhuhu

    ReplyDelete
  10. besttt and mnarik.... bravo kak RM!!...

    ReplyDelete
  11. best2 ...mmg tgh konfius pon pasal hubngan hakmi dan adik zafran selama nie...heheh nasib baik ada sambg kisah diorang...RM teruskan yer mmg terbaikkkk...tp STK masih terus sambg kan ,nak tau gak kesudahan nyer :P

    ReplyDelete
  12. cayalah kak RM...mmg hebatla..mcm tau2 je apa yg sy nak..hehee..suka kisah haqmi dn adik zafran ni sbnrnye..hehe

    ReplyDelete
  13. panik bila RM private blog...
    fuhhh..!
    alangkah bestnye ada sequel Kerana Sekali Cinta
    nak tahu perkembangan kisah si Hakmi..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. yeagh...watak feberet jadi heroin...
    tapi sayang x smpat abeh baca STK..tahniah STK akan dibukukan.

    >>k<<

    ReplyDelete
  16. wahhh ! nie yg sayang Kak Rehan lebih nie. ade je idea nak kasi jantung nie kerja lebih masa kn. hehe. kelakar lar zafrin ngan haqmie nie , tengah jalan raya pun sempat lagi gaduh kn. hehh. thanks kak and don't ever give up ! good luck :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  17. Best cerita ni. Saya tunggu sambungannya. :)

    ReplyDelete
  18. bestttt. sukaaaa rehan... mcm cerita hagmi & adik zafran je, tp bukan ke dorg dh kenal dr sblm resa kawin, masa zafran tgh dok usha resa..apa2 pun suka je...tq rehan

    ReplyDelete
  19. Ni rupenyer insiden yg langgar tu.. Hahahh..

    ReplyDelete
  20. best-besttt! sambung lagi akak! hehe :D

    ReplyDelete
  21. stk dibukukan? so dah tak ada kat blog ke? ala tak best la mcm ni.......

    ReplyDelete
  22. Alaaa best nyer RM... at least angin nyer lain sikit dari STK.. yang ni boleh senyum sorang2 lagik...

    heheheheeee.... RM yg serba kebolehan dan penuh kepandian mencipta dan menarik perhatian pembaca utk 'nak lagi...'

    Padahal cerita RM semua berligar pada keadaan seharian tapi idea RM utk memanjangkan jln cerita mng geliga...

    tak sabor nak baca epsiode seterusnya... cepat2 yaa...

    ReplyDelete
  23. suke2 sequel cerita nih...all the best kak!

    ReplyDelete
  24. Ni mcm si Kimi je ni.....hihihi..suka...suka..

    ReplyDelete
  25. Assalam RM,
    STK akan dibukukan? tahniah..mmg tak sabar nk buat koleksi di samping TK.suke suke suke! mmg kak akan terus mengikuti RM utk nukilan selanjutnya..terimakaseh!!!

    ReplyDelete
  26. ni tuk haqmi plak ke???
    best..best...best..=p

    ReplyDelete
  27. suka2x..
    nak jg thu mcm mna la ksh hbngn dorng ni..

    ReplyDelete
  28. zafrin tu hensem. gerald anderson kan? hehehe =)

    ReplyDelete
  29. best sngt lh rehan,akak suke sngt crite ni.

    ReplyDelete
  30. hahaha..giler brutal la haqmie ni sanggup tu kena cium dek singa sarkas daripada berjumpa ngan zafrin lagi..
    tapi confirm ker tak akan berjumpa..hehe..

    **cerita ni dah nak habis,akak bru nak mula baca**

    ReplyDelete
  31. amboii.zafrin ni berani nyer buli haqmie yg brutal & garang tu..hehe
    best! deabak!

    ReplyDelete
  32. Rehan nak tegur sikit. Perkataan muhrim bermaksud org lelaki yg pakai ihram.
    Perkataan yg sebenar ialah mahram. Ramai dikalangan kita keliru dgn perkataan muhrim dan mahram ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Rehan sepatutnya bukan tegur cuma nak perbetulkan maksud perkataan MUHRIM ini.

      Delete
  33. HOHO like like like sgt sgt sgt..hee

    ReplyDelete
  34. waaahhh, ternyata ni sambungan novel 'Kerana Sekali Cinta' best2.. sempat pula bertanya-tanya cam mana kisah Hakmi ngan Zafran :) ^_^

    ReplyDelete
  35. huhuhu best---best---best

    -ika-

    ReplyDelete
  36. Dh agak mesti RM akan buat sambungan citer, kali nie pasal zafrin plak

    ReplyDelete