Tuesday, November 20, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 11


BAB 11

KATA mama, nak mudah, buat persiapan bila ada masa terluang.  Hari ini, aku ada seminar di Hospital Besar Kuala Lumpur.  Keluar saja dari bilik seminar, aku terus berjalan menuju ke perhentian bas hendak ke Jalan TAR, mahu ke Semua House.  Tadi, datang dengan kenderaan hospital dan balik sendiri.  Tak sampai hati nak susahkan pemandu yang barangkali ada urusan lain memandangkan waktu kerja sudah tamat. 

Bila aku sampai di perhentian bas di depan Hotel Grand Season, ramai pulak orang.  Termasuklah pelajar-pelajar.  Sama seperti aku dulu.  Kelek buku setebal alam dan pakai cermin mata bagaikan kanta namun tetap bergaya. 
Aku senyum.  Mujur mataku masih sihat.  Tak memerlukan  cermin mata.  Berkat amalanku memakan lobak merah dan juga berselawat setiap kali membasuh mata setelah bangkit dan hendak tidur. 
Bila sebuah bas UKM datang, pelajar-pelajar terus menyerbu masuk.  Barangkali mahu kembali ke kampus atau boleh jadi mereka ada rombongan lain, aku tidak pasti.  Apa yang pasti, tempat duduk lengang dan aku, boleh duduk bagi menghilangkan lenguh kaki. 
Baru saja aku mahu labuhkan duduk, tiba-tiba hon berbunyi kuat membuatkan fail putih yang ada dalam peganganku terlepas penangan rasa terkejut.  Cepat-cepat aku berpaling dan kulihat sebuah kereta Honda Integra hitam metalik berhenti tepat di depanku. 
Dengan cermin gelapnya.  Kalau kena saman dengan JPJ saja je sedekahkan duit saja sebab  tak mengikut peraturan.  Aku juga tak pasti siapa tapi biarkan saja.  Tak ada kaitan.  Tapi, fail yang ada di kaki ini ada kaitan lantas aku tunduk mengutipnya. 
Setelah itu, aku duduk dan menyilang kaki.  Fail putih sempena seminar tadi aku belek-belek.  Seminar untuk doktor-doktor seperti kami yang masih tidak punyai hala tuju dalam bidang pakar dan ada juga beberapa ilmu yang aku sendiri malas nak bercerita lagi.  Otak dah tepu. 
Lama-lama aku terpandang lagi Honda hitam metalik tadi.  Jujur aku tak nampak pemandunya.  Apa yang aku perasan, dia hanya memerhati ke arah stesen bas bagaikan menanti seseorang yang ternyata tiada yang lain selain aku kala ini. 
Aku kalih ke kanan.  Tiada orang.  Aku kalih pula ke kiri, ada seorang wanita menapak mendekat pada stesen bas dan dia menggariskan senyuman padaku.  Bila aku membalas dia mula menunduk melarikan wajahnya yang nampak pucat.  Nampak selekeh dan tidak bermaya.  Sesekali dia mengusap kasar lengannya dan terbatuk kecil. 
Lama aku perhatikan dia.  Aku tahu dia tidak selesa tapi entah mengapa, hatiku rasa terpanggil hendak menegur lantas aku terlupa akan kereta yang ada di depanku saat ini.  Perlahan-lahan aku mengesot pada dia.  Bila jarak kedudukan kami kurang dari dua meter, aku menegur dia lembut.
“Assalamualaikum,” sapaku. 
Dia berpaling sedikit dan menunduk tapi sayang, salamku tidak bersambut malah dia menoleh ke arah lain.  Nampak sedikit cuak.
“Dari mana?”  tanyaku lagi. 
Entah mengapa Zafrina ni ramah pun aku tak tahu.  Tapi yang pasti, aku yakin dia perlukan pertolongan apatah lagi melihatkan tubuhnya yang kian menggigil sedangkan hari masih agak hangat.  Matahari masih ada biarpun waktu sudah mengesot ke petang. 
“Cik tak sihat ke?” 
Dia diam lagi.  Tapi, aku tak mahu berputus asa.
Nampak menggigil tubuh cik.  Cik demam ni,”  dugaku bila melihatkan simpton yang ada padanya. 
Dia menggeleng pula kali ini.  kali ini, aku beranikan diri lagi mendekat pada dia dan bila jarak kami kurang dari semester, dia bingkas bangun.  Aku terkejut sendiri dan memandang dia yang sedang merenungku tajam.
“Saya tak demam.  Jangan jaga tepi kain orang!”  tekan dia dan dia terus mahu berlalu tapi sayang bila langkahnya pincang dan dia jatuh terduduk.
Cepat-cepat aku bangkit dan membantu dia bangkit.  Pejalan kaki yang lain sekadar memandang dan bila aku memegang tangannya yang sejuk bagaikan ketulan ais, mengertilah aku akan keadaannya bila melihatkan hidungnya yang berair dengan rambut yang tidak berapa kemas serta baju-T yang sedikit terlondeh di bahu kiri.
Ya Tuhan… semuda inikah dia menjadi penagih?  Getus hatiku berbicara dengan Allah yang maha mengetahui.  Aku telan liur namun tangannya masih kemas menggenggam lengannya. 
“Cik tak apa-apa ke?”  soalku dan dia menggeleng lalu merentap tangannya agar lepas dari peganganku. 
Aku membiarkan saja.  Aku tahu emosinya tidak stabil dan hatiku memberat pada dia.  Mahu membantu dia kerana kurasakan dia masih belum terlajak jauh. 
“Saya tak apa-apa.  Terima kasih,” ucap dia dan dia terus bergegas pergi. 
Aku tidak mampu lagi menghalang namun aku yakin, gadis itu masih terlalu muda.  Rasanya jauh lebih muda dariku tapi mengapa begitu?  Adakah dia mahu kembali ke Chow Kit sana.  Ke lorong-lorong gelap?  Saat ini, aku mula kembali pada ketentuan Allah.  Berharap moga kami dipertemukan sekali lagi dan saat itu, moga terbuka hatinya untuk menerima bantuan dariku yang tidak seberapa ini. 
“Astghfirullahhal’azim…”  Aku beristighfar panjang sambil mengurut dada dan bila berpaling, aku pula hampir terduduk melihatkan lelaki di depanku ini.
“Mengucap panjang nampak?”  tegur dia dan aku menjarakkan kedudukan kami yang rapat beberapa tapak ke belakang. 
“Haih… you ni.  Itu bukan mengucap, itu beristighfar.  You ni buat I terkejut.  Kalau pitam tadi, macam mana?”  tegurku sedikit marah.
Dia sengih dan menjuihkan bibirnya ke hospital.  “HKL kat sebelah ni je.  Tak pun IJN sana.  Dekat juga.  I dukung you pergi sanalah.  Nak rawat tak reti sebab I bukan doktor.  Kalau you lemas kat laut I tahulah nak buat apa pada you.” 
Kening Ziyad terjongket tinggi.  Eleh…aku mencemik.  Bukan aku tak tahu akan apa yang bermain dalam kepalanya.  Kalau lemas pertolongan cemas yang utama ada CPR.  Ada hati dia nak CPR dengan aku. 
Mind your own business, Encik Ziyad,” ujarku mengingatkan dia usah melebihi garisan. 
Seraya itu aku menapak semula duduk di perhentian bas.  Lambat pulak teksi hari ini.  Kalau ada yang lalu pun mestilah penuh dengan penumpang dan aku malas hendak naik bas sebab tak reti.
And my business is you, Zafrina,” jawab dia setelah dia juga melabuhkan duduk di sisiku. 
Aku pandang dia dan kereta Honda hitam itu silih berganti.  Lama aku amati pada  cermin depannya dan baru aku terkesan akan pelekat kenderaan tertulis Royal Navy of Malaysia.  Kemudian aku memandang dia sekilas.
“You rupanya, Encik Ziyad dalam kereta tadi.  I ingatkan siapa.”
“Haruslah I.  I saja nak jemput you tapi tengok you ralit sembang dengan minah pet tu tadi, risau I dibuatnya,” ujar Ziyad telus.
Aku pandang dia tak berkelip.  “Tak baik cakap dia minah pet, Encik Ziyad.”
“Eh, memang betul dia minah pet, kan?  Dunia sekarang ni, manusia mudah tewas dengan nafsu…”
“You pun tak kurang, Encik Ziyad,” sinisku dan aku ketawa sedikit.
Ziyad juga sengih.  Bagai langsung tak berkesan dengan sindiranku.  Dia bangkit dan bersandar pada palang besi dan membuka cermin mata Ray Bannya.  Matanya tunak memandang wajahku dan aku seperti biasa, menala pandangan ke arah lain.  Tengok monorel lalu lalang kat laluan atas pun seronok juga dari pandang wajah Ziyad. 
“I tewas dengan you je, Zafrina.  Dengan perempuan lain diorang yang tewas dengan I.”  Menjawab betul budak Ziyad ni. 
Jadi, betullah kata Zayed tentang Ziyad.  Dia memang kasanova nombor satu.  Berapa lama berada di lautan menghadap kerja-kerja, aku mengerti bila sesekali dia terlepas ke daratan, perangai dia akan menggeletis lain macam.
Sorry, Encik Ziyad.  I tak makan kata-kata kasanova.” 
Dan Ziyad, ketawa lagi sekali.  Aku pandang dia pelik dan menggeleng lalu aku bangkit mahu berlalu.  Sesekali aku pandang ke kiri dan ternyata, gadis tadi masih menapak perlahan-lahan.  Dilanggar orang pun dia buat tak tahu.  Ada ketika hampir jatuh dan aku sendiri otomatik mahu terangkat tubuh.
Don’t look at her, Rina.  Just look at me.  She is nothing!”  tegur Ziyad sambil menjeling ke arah gadis yang berjalan terhuyung-hayang itu.
“Tak baik, Encik Ziyad.  She is something to me.  As a doctor, I care for those people like her.”  Aku mula rasa sedih bila Ziyad memandang dia sehina itu.
“Dia tu sampah masyarakat…”
“Dan kitalah yang perlu membersihkan sampah tu.  Selagi mampu kita kitar semula dan tidak mencemarkan bumi yang Allah bagi pinjam ni,” cantasku mendatar. 
Ziyad jongket bahu dan mencebirkan bibirnya sedikit.  “Whatever and…”  Dia meleretkan kata.
What are you doing here?”
Course,” jawabku sambil mata masih melihat pada dia yang semakin menjauh.
What kind of course?  Nak ambil speciality?” 
Aku menggeleng.  “Kursus biasa-biasa saja.  Tak terfikir lagi nak ambil bidang apa,” jawabku seraya berpaling bila teringatkan sesuatu yang meralatkan.
And you…”  Mataku terjegil pada Ziyad.
“Macam mana you tahu I ada kat sini?  You stalk I, ya?”  tebakku tapi Ziyad ketawa seraya menggeleng. 
“Tak ada makna I nak stalk.  I nak tahu I tanya je.  I call hospital you then dia kata doktor cantik manis dan tegas bernama Zafrina binti Zaini ada kursus dekat HKL dari jam berapa sampai jam berapa.  Sebab tu I kat sini.  Nak ajak you balik.”
Huh, selamba bomba je budak Ziyad ni siasat tentang jadual aku hari ni dan siap terpacak di sini nak ajak aku balik. 
“Toksahlah, kejap lagi Zayed datang.”  Aku membohongi dia dan dalam hati berdoa moga Zayed punyai telepati denganku. 
Dengarkanlah suara hati ini wahai kau pemilih hatiku, Ahmad Zayed. 
“Bukan Zayed kerja malam ke?”  tanya dia.
“Tak lah.  Dia dah kerja siang.  Sama dengan I,” jawabku.
No wonder mama I ajak dia datang rumah dia kata busy.  Ajak datang malam penat pulak,” bebel Ziyad.
“Kenapa ajak dia pergi rumah?”  Tiba-tiba ada rasa ingin tahu pulak.
“Sebab I nak suruh dia confess dengan mama tentang hubungan kita?”
“Kita?”  Keningku berkerut.
“Ya kita.  Us.  You and me.  Ziyad and Zafrina.  Doctor and captain.  Doesn’t it sounds good for us?”  tanya Ziyad gatal.
Aku mencemik.  “I ada Zayed dalam hati…”
“And I ada you dalam hati I,” cantas Ziyad tak reti bahasa. 
Sudahnya aku biarkan saja dan sudah bersedia hendak berlalu bila aku nampak sebuah teksi dari kejauhan.  Tapi, Ziyad menghalang.
Come… let me send you home,” ajak dia tapi aku menggeleng.
“I tak buat apa-apa pun.  Atau you nak ke mana-mana I boleh hantar dan temankan.  Siap pakej angkut barang you sekali.”  Dia menawar diri tapi aku tetap menggeleng.
“Rina, please…,” rayu dia dan aku merengus kasar. 
No.  You, please… don’t push me.”  Rasa nak hempuk saja kepala dia dengan fail putih ni. 
Please…” 
“I tak naklah!”  Aku dah mula marah.
“Tapi, I nak,” balas dia dan tersengih gatal.
“I mengadu karang,” ugutku.
“Nak mengadu, I adalah tempatnya.  I kan penjaga keamanan negara.  Nak-nak di perairan negara.  Apa-apa hal, mengadu je dengan I,” balas Ziyad.
Haih… kurang reti bahasa Melayu gamaknya dia ni.
“You ni dulu sekolah kat mana?”  tanyaku lembut.  Tersengih kejung.
“ATMA.  Mesti Zayed dah beritahu, kan?”  tebak dia.
Aku angguk dan mengetuk kepala sendiri tanda terlupa. 
“Latihan macam mana yang you lalui, ya?” 
“Macam-macam.”
Ada tembak-tembak tak?”  soalku lagi. 
Dia angguk bangga.  “Mestilah.  Itu cabaran menjadi tentera di raja.  Nak-nak kami  pernah pakai peluru hidup tau.”
Eleh… bangga memang membanggakan.  Tapi kalau perangai kasanova macam ni, ini bukan membanggakan tapi mengjengkelkan.
“Kalau macam tu, I rasa kepala you ni mesti ada peluru terlekat.  Sebab tu kurang sihat.  Nak I operatekan, tak?”  sinisku geram.
Ziyad duduk di atas palang besi sambil ketawa lepas.  Pelik sungguh aku dengan lelaki spesis macam ni.  Kenapalah lain benar dia dengan Zayed. 
“Kalau you nak operate, better you operate dada I terus.  Tengok apa hati I cakap tentang you.  Dengar apa  yang hati I rasa pada you,” ujarnya setelah tawanya reda.  
Aku ketap bibir dan bila mahu berlalu Ziyad menahan sekali lagi.  Aku mengeluh berat. 
“I am not for you, Encik Ziyad.  I dengan sepupu you dah nak kahwin pun…”
“Tapi belum lagi, kan?”
Aku angguk.  “Tapi, you mestilah doakan untuk kebahagian kami kalau betul you sukakan I.  you mesti nak lihat Zayed bahagia, kan?”  dugaku.
Tapi, Ziyad selamba menggeleng.  “Bahagia kami masing-masing.  Siapa cepat dia dapatlah…”
“Dah aku dah dapat dulu dari kau, Ziyad.  Aku dapatkan dengan kasih sayang Tuhan bukan macam kau, nak menang je.  Jangan sampai aku tumbuk kau kat sini, kau koma dua tahun dalam HKL sana.  Baru kau tahu siapa aku!” 
Aku terkejut bila ada suara menegur.  Bila aku kalih, mata dia merah dan aku lihat keretanya.  Entah bila ada di situ aku tak tahu.  Yang pasti telapati kami menjadi dan aku terus menapak duduk di belakangnya.  Ziyad sengih dan Zayed herotkan senyuman.  

~~> bersambung

48 comments:

  1. pergh!! zayed jd hero.. ziyad ni x reti bahase ker? menyampah ngan dier..
    malam ni nk mimpi zayed la. thanks kak sbb update :)

    ReplyDelete
  2. suwett...macam tu la Zayed...br nmpk manly!!

    ReplyDelete
  3. aduh...sengal betul la ziyad ni. annoying la pulak rasanya. masa baca IAM tak la pulak rasa si Mkhail tu annoying tapi Ziyad ni...eeee.... memang x suka dgn dia la. Cik writer, jgn ada twist twist hero kat mana-mana ya...

    ReplyDelete
  4. grrrrr geramnya ngan ziyad, nak rina ngan zayed je.

    ReplyDelete
  5. tumbuk la betoi2.. biaq betui sikit kepala otak Ziyad yang mereng tu...dalam islam pun cakap x boleh kacau tunang orang.. selamba badak sumbu je dia nak potong line.. hang khutbah sikit kat Ziyad ni Rehan...

    ReplyDelete
  6. Ziyaddddddd. hehehehe... he's cute, romantic and handsome mybe... hehe.. kak RM, ske tgk watak ziyadddd... rse mcm jtuh cinte dgn ziyad lak.... tp kn i rse, ziyad tu bkn skadar 'iklan' but mybe dye akn mnjdik seseorg yg pnting bg Rina... hehe.. tp klo rina dh bhge dgn zayed.. hope kekal ever after...

    ReplyDelete
  7. yes!yes!yes! zayed vs ziyad ....1 - 0.....

    ReplyDelete
  8. hambik ko captian america!!!! poyo baget bagus la tue!!!! nyampah.....

    ReplyDelete
  9. go zayed go zayed...swettt...tggu pe jadi.....

    ReplyDelete
  10. woah!!!! mr jealousy suda mali...... hehehhehe.... mati la ziyad hehehhe... kn x pasal2 zayed da mrah... :D... thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  11. wargh!! jatuh cinta pada captain Ziyad!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ziyad... suka watak tu...

      - ziyad kalo berpendirian tak perlu bertemankan zayed untuk terangkan ngan parent pasal jodoh dia... cuba berdiri atas kaki sendiri...

      - zayed dah ada pesaing baru kelam kabut nak ikat rina... cian rina... terus terang tu penting dalam perhubungan...

      - overall, tahniah kak Rehan, SAM sebuah cite yang menarik dan berjaya meledakan emosi pelbagai perisa terhadap watak-watak dalam SAM. tahniah.

      Delete
  12. Eii, sakit betul hati dgn Ziyad ni. Tak faham bahasa ke Rina taknak dekat kau! Ish kak Rehan, kalau kak Rehan buat Rina dgn Ziyad, sy taknak baca blog kak Rehan dah! *ayat-emo-dgn-Ziyad* bencilah Ziyad ni! :p anyway, thanks kak Rehan and tolong selalu update ya my lovely sister, please please please, thankyou and goodjob! :D

    ReplyDelete
  13. walaupun ada gaya twist antara yad & yid nie...
    hopefully akhirnya happy ending with yid.
    even yid bertindak bila rasa tercabar dan dicabar.at least better late then never kan? =)
    waitig for the next one

    ReplyDelete
  14. RM nk pilih ziyad ke zayed ke...xpe...I still akn baca SAM...and semua karya RM... Terbaekkkk....

    ReplyDelete
  15. Tak berani lak nak kena samada Zafrina will ends up with whom.... Sbb RM mmg terrorist utk twistkan jln cerita.... Dgn sentuhan jari-jemari, kang alih2 jer, kasih sayang Zafrina berubah drp Zayed kpd Ziyad. Hehehe.... May the best man wins....

    Nak lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kena" should be "teka" instead... What's wrong wz u, fingers?... Hahahaha.... poor eye and hand coordination... Hahahaha....

      Delete
  16. hero Rina sampai tepat pd waktunya keke,.kawen la cpt2 korang weh, aman ckit idop rina x kena kaco ngan Ziyad keke,.

    -biena-

    ReplyDelete
  17. ahhahah best gila kot . ziyad ni mulut dia mmg takde insuran langsung . zayed , mcm tu la , baru rina suka hahahaha

    ReplyDelete
  18. best man win...ziyad nk win cam ner hati rina dh berpunye...cari lh lain tk baik tau ganggu org nyer...

    ReplyDelete
  19. Rehan, I perasan u suka buat scene kat bus stop. SAM & IAM Ada scene kt bus stop. Kenapa ya? Rasanya u suka observe org lepak kt bus stop.
    Speaking of telepathy, reminds me to X-men! Haha... I love X-MEN too. But I like SAM more!

    ReplyDelete
  20. Sekali hero datang daaa....haha padan muka ziyad...

    -ieja-

    ReplyDelete
  21. Cepatle zayed dn zafrina nikah...x suka ziyad kacau. btahu je pd mak ziyad otak anak dia mereng.

    ReplyDelete
  22. eeiii sib baik zayed smpi..nyampah plak ngan ziyad ni..hehhe

    ReplyDelete
  23. Rehan....kenapa saya rasa Ziyad punya aura lebih kuat compared to Zayed.

    ReplyDelete
  24. perghhhh....hero sudah mari...next n3 plz...

    ReplyDelete
  25. Huhuhu...mcm tue lh bru real..telepati tue..mmg best. luv zayed & rina..ziyad plz behave yourself...hehehe

    ReplyDelete
  26. takut la kalo last2 zafrina dgn ziyad, RM nie unexpected tp zayed is the best=)

    ReplyDelete
  27. Zayed memang Hero Rina betul.... Tahu ja bila Rian ada masalah dengan si mamat 3suku tu.... kalau macam ni kak sue pun takut dengan Ziyad .... Baik kahwin cepat ...

    ReplyDelete
  28. Yea! !! Chaiyok Zayed! !! Tumbuk jer cousin ko yg x gentleman tuh...geramnye tgk si ziyad. Nape cedera ringan jer masa xcident? Nape x bg dia koma jer sampai rina n zayed slamat nikah? Buat susah org jer

    ReplyDelete
  29. nasib baik zayed dtg tepat pd ms...ssh btul ckap dgn ziyad yg x faham bahasa ni..argh...emo tetiba..

    ReplyDelete
  30. Hero malaya dah mai dah. Padan muka Ziyad, kasanova konon. Sampaikan hak sepupu sendiri pun nak dicantas juga. Mmg tak berhati perut!

    ReplyDelete
  31. arghhhhhh....nak zayed gakkkk......nyampah dgn ziyad...owh plsss....go away captain!!!!!!

    ReplyDelete
  32. senget nye ziyad...suke kat zayed n rina....love him damn much...hahahaha....tp klau ziyad xde sape pyer,pass kat sy k...hehehehe -mira-

    ReplyDelete
  33. arghhhh menyibuk jer ziyad ni nasib baik ada zayed...hehehe suke suke suke....

    ReplyDelete
  34. Abg hero dah sampai!!!! next entry please...

    ReplyDelete
  35. ahahahaaa..wow seme suka zayed ehh...kaka suka jantan kerek mcm ziyad...walaupon player mulut manis but sgt macho...

    ReplyDelete
  36. kak nora,kite suke jugak dgn ziyad...gentlemen n hensem...captain lg...huahuha.... - mira-

    ReplyDelete
  37. Karya RM selalu buat kak tak senang duduk la...cemana ni..kejap Ziyad, then Zayed. Kalu Ziyad tak wujud, mcm versi Zayed agak lembap sket kan...bila timbul, udah mcm melibang libukan jiwa....

    Apa2 pun...terimakaseh utk n3 ini dan sila teruskan....Mikhail & Alai bila bley dpt versi cetak...

    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
  38. Oh zayed..panjang umur..mmg hbt telepati ngan rina tu..

    ReplyDelete
  39. ziyad yg xfhm bhsa.ziyad yg xth adab.ziyad yg sngt2 merimaskan.Rina,dugaan time2 gini mmg makin kuat.zayed n rina kena hdpi dgn penuh kewarasan n kesabarn.

    ReplyDelete