Sunday, April 15, 2012

Kerana Sekali Cinta [14]

BAB 14

MATA terbuka dengan sendirinya. Hening sungguh kala ini. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik yang bersahut sahutan dan juga titisan air hujan yang berbaki. Bila masa hujan, aku sendiri tak tahu.

Aku cuba kalih ke kiri, tapi tubuh terasa sakit. Rasa longgar sendi. Penat sungguh kerja kahwin ni. Awal-awal tadi tidaklah terasa sangat tapi kala ini, ada rasa lenguh yang menggigit seluruh tubuh. Menghalang aku dari terus lena.

Tangan ini jatuh di tempat tidur Anaresa tapi sayang, tubuh kecil itu tiada di sisiku. Aku mula risau. Bimbang dia lena di
ruang tamu, atau bersama kakak-kakak atau ibunya setelah apa yang berlaku antara aku dan dia. Rasanya tak ada salahpun. Atau mungkin dia rasakan aku mungkir janji. Parah macam ni.

Sedaya upaya aku cuba juga bangkit hendak mencari dia. Buatnya sungguh dia keluar daripada bilik ini, jenuh mahu menjawab andai ayah dan ibu bertanya.

Baru saja hendak menyentuh suis lampu, bilik terang terlebih dahulu dan wajah Anaresa dengan rambut yang basah muncul tersenyum di depanku. Aku kala ini, tidak mampu hendak berbuat apa. Hendak membalas senyumannya atau terus kelatkan wajah menahan sakit tubuh yang kian menggigit.

“Abang nak pergi mana?” Suara itu lembut separuh berbisik biarpun wajah itu kian merah.

“Abang cari Resa.”

“Resa tak ke mana pun. Nak cari buat apa?” soal dia lalu dia rapatkan daun pintu.

Langkah itu mendekat padaku lalu dia duduk di birai katil mengelap wajah dan kemudian jatuh ke lehernya yang putih bersih itu. Aku telan liur lagi. Gemuruh dalam dada. Berdentum guruh dalam diri ini.

“Ingatkan Resa masuk bilik ibu lagi,” jawabku jujur.

Dia ketawa sikit namun mata itu langsung tidak memandangku. Nampak lain pula dia kala ini. Nampak dewasa. Nampak sebagai seorang wanita. Bukan lagi seorang perempuan yang berumur 20 tahun.

“Resa mandi,” sela dia ringkas.

Aku pula masih terpacak berdiri di depan dia memujuk hati agar percaya yang dia adalah wanita sekarang. Bukan lagi seorang gadis yang lurus dan kalut itu. Dia wanita di sisiku, wanita yang memberi kasih dan menerima sayang dariku.

“Awalnya mandi?”

Aku kerling ke arah jam di dinding. Baru menginjak ke angka 4.30 pagi. Subuh lagi sejam lebih baru masuk.
Dia bangkit dan mendekat pada almari. Sehelai tuala dia keluarkan dan dia kembali hampir padaku. Tuala itu dia hulurkan dan bila aku tidak menyambut, dia sangkut di bahuku.

“Abang pun pergilah mandi. Kejap lagi semua orang bangkit dah. Payah pulak,” ujarnya.

Aku kerutkan dahi. Apa yang payah? Mandi bukan payah pun. Kalau kata tak ada tab mandi, rumah aku pun tiada tab mandi juga.

“Kejap lagilah abang mandi. Nak rehat kejap. Abang sakit tubuhlah, yang,” ujarku lalu aku melangkah perlahan ke arah katil.
Menahan kesakitan yang menggigit. Lenguh berdiri dan ke sana sini menyambut tetamu semalam. Pergi tapak pun tak pernah macam ni. Aku boleh duduk ikut suka aku je.

“Kenapa pulak?” soal dia risau.

Langkah dia juga mendekat padaku dan bila aku rebahkan tubuh tertiarap di atas katil, dia juga duduk di birai katil dekat dengan kakiku. Aku benamkan wajah pada cadar itu dan sungguh, fikiran kembali melayang ke arah peristiwa itu. Aku senyum sendiri. Malu!

“Abang sakit ke?” Suara Anaresa berbaur risau.

Aku angguk tanpa memandangnya. “Tubuh abang rasa kena gigit je.”

“Erk… siapa gigit?”

“Erk… siapa gigit?” gumamku bertanya pada diri sendiri. Sedaya upaya aku cuba kalihkan tubuhku menghadap dia.

Wajah itu nampak suci je dengan rambut yang masih basah. Aku tarik tangannya dan biarpun pada mulanya dia menggeleng namun akhirnya, dia relakan dirinya. Bila kepala itu jatuh di atas bahuku, aku kucup kepalanya hangat.

“Abang penat ni. Melayan tetamu semalam. Lenguh sikit sendi-sendi ni. Ingat nak rehat je malam tadi, tapi Resa tak bagi pulak,” usikku.

Dia merengus kecil dan cuba bangkit tapi aku lebih cepat memaut kembali bahunya menghalang dia dari bangkit.

“Bencilah abang ni,” marah dia.

Aku hanya mampu tersenyum. “Maaflah. Tapi, dah Resa nak menghalang. Abang mana tahu bila masa abang bertindak. Maaf sangat-sangat, ya?” pintaku pula.

Bukan bersungguh-sungguh pun. Sekadar hendak meredakan rasa marah dia tu. Anaresa diam saja. Aku intai sikit wajah itu dan rupa-rupanya dia sedang menitiskan airmata.

“Eh, kenapa pulak nak menangis ni?”

Serta merta aku tolak tubuh itu dan menarik wajahnya bertatapan denganku. Airmata suam yang mengalir melalui juring mata itu aku seka dengan ibu jari.

“Kenapa sayang?” soalku lebih lembut dari tadi. Rasa bersalahlah pulak. Akad nikah menangis, malam tadi menangis dan pagi ini juga dia menangis.

“Resa yang patutnya minta maaf pada abang,” ucap dia tersekat-sekat.

“Tak adalah. Nak minta maaf kenapa?”

“Sebab… sebab Resa letakkan syarat bukan-bukan pada abang sedangkan tanggungjawab Resa melayani kehendak abang selagi tak bercanggah dengan hukum Allah. Malam tadi, Resa ingat kalau abang tidur lepas tu abang tak ikhlas maafkan Resa, Resa akan dilaknat oleh malaikat sampai pagi sebab menolak hak abang. Resa salah pada abang. Tapi, Resa takut. Bukan niat Resa nak nafikan hak abang,” ujar dia panjang lebar.

Aku ketap bibir menahan senyum tapi bunga senyum itu tetap menghiasi bibir ini. Pipinya aku sapa lembut dan aku belai semesra mungkin.

“Tapi, Resa layan, kan? Habis tu apa yang buat Resa rasa bersalah?”

Memang tepat jodoh yang telah Allah tolak padaku ini. Memang dia bukan lagi anak gadis yang kalut itu tapi dia adalah wanita yang menjadi pelengkap tulang rusukku yang hilang selama 31 tahun ini.

Biarpun patah bicaranya masih kedengaran lurus dan polos, dia adalah wanita kini. Setelah apa yang terjadi antara kami, dia adalah isteriku. Isteri yang tahu akan hukum-hukum Allah dalam rumah tangga.

“Resa takut Resa tak ikhlas malam tadi,” akuinya.

“Resa ikhlas tak?”

Dia diam mengetap bibir. Mata itu terpejam rapat biarpun jemarinya masih ada di dalam genggamanku.

“Abang tanya ni, sayang… Resa ikhlas tak malam tadi?”

Lambat-lambat dia angguk dan kemudiaannya menggeleng. Apa kena isteri aku ni? Angguk dan geleng dalam satu masa membuatkan aku mengeluh sendiri.

“Kalau Resa tak ikhlas tak apa. Abang minta maaf dan abang maafkan kalau betul Resa tak ikhlas,” ujarku memujuk dia.

“Resa ikhlas. Resa memang ikhlas sebab Resa tahu hak abang. Cuma Resa macam tak percaya yang Resa ni…”

“Resa dah jadi isteri?” pangkasku mematikan suaranya.

Dia angguk. “Isteri yang sebenarnya isteri.”

Mengerti dengan maksud di sebalik kata-katanya, aku kedipkan mata sekali mengiyakan kata-katanya.

Tubuh itu aku tarik dan dia sendiri mendekat padaku. Hilang segala lenguh sendi bila tubuh yang kedinginan itu ada dalam pelukan.

“Saat abang lafaz sakinah itu, Alhamdulillah Allah telah titipkan sepenuh kasih sayang dan cinta dalam hati abang buat Resa. Abang usik Resa bukan kerana kehendak abang semata-mata tapi kerana tuntutan agama,” bisikku tenang.

Tangan Anaresa semakin membelit tubuhku memberi makna padaku yang dia juga sudah sudi menerima aku seadanya aku biarpun waktu perkenalan kami terlalu mentah dan baru. Rambut itu aku belai lagi. Basah menggoda.

“Memang sebuah perkahwinan menjanjikan semua itu tapi kita harus sedar, tanggungjawab kita sebagai suami dan isteri. Resa tanggungjawab abang sekarang. Tanggungjawab dan amanah yang telah Allah dan keluarga Resa bagi pada abang. Nafkah Resa abang berhak bagi yang sepatutnya dan Resa juga begitu. Redha seorang isteri ada pada suaminya. Resa tahu itu, kan?”

Dia mengangguk di dadaku. “Resa tahu dan sebab tu Resa menyerah pada abang.”

“Terima kasih, sayang,” ucapku romantis dan aku eratkan pelukan.

Bila dia juga mengetatkan pelukannya, wajahku menyeringai lagi. Memang menyengat. Mahu aku cuti seminggu ni kena pergi SPA.

“Yang, jangan peluk abang kuat sangat, yang…” Aku tolak tubuh itu sedikit menjauh.

Wajah Anaresa nampak berubah. Dia langsung bangkit dan aku kembali terbaring menahan sakit dengan wajah yang berkerut seribu.

“Eh, abang sakit ke?” Dia mula tak tentu arah.

“Aduh, tolong abang, yang. Ya Allah, sakitnya. Yang, abang… minta maaf… ka…”

Aduh. Sungguh aku sakit kala ini. Sampai tak mampu berkata-kata. Terasa insaf diri. Entah bagaimana sakitnya sakaratulmaut nanti andai sebegini sedikit pun aku sudah mengeluh berkali-kali.

“Abang kenapa ni?” Suara Anaresa semakin takut.

Aku pegang dada. “Ya Allah, sakitnya.”

Telapak tangan Anaresa memegang pipiku dan aku nampak ada air jernih yang mula bertakung pada tubir matanya.

“Abang sakit apa ni? Tadi lagi Resa tengok abang tahan sakit. Abang cakaplah dengan Resa. Resa sayang abang. Lepas ni Resa tak ngelat lagi. Resa sedia je untuk abang,” janji dia dan aku tidak mampu bersuara.

Aku pejam mata. Dalam hati dah ketawa golek-golek melihatkan dia begitu risau melihat aku yang menahan sakit. Bukan sakit serius pun. Sakit tubuh je. Lenguh!

“Abang cakaplah dengan Resa. Resa nak buktikan Resa juga mampu jadi isteri pada abang biarpun Resa baru 20 tahun. Abang tua pun tak apalah. Resa sayang abang. Abang jangan tinggalkan Resa,” ngongoinya. Ada sendu sudah.

Aku lantas buka mata. Tua dia kata aku. “Abang bukan tualah, yang. Abang matang. Resa pun haruslah jadi matang macam suami Resa,” jawabku dengan wajah yang masih berkerut menahan sakit.

“Ya, Resa minta maaf. Tak sengaja mengata abang tua tapi abang kenapa. Abang sakit mari kita ke hospital,” ajak dia seraya menarik tanganku.

“Tak naklah. Sakit abang bukan boleh baik kalau pergi hospital pun,” ujarku pada dia.

“Habis tu kenapa?”

“Resa tanyalah diri sendiri.”

“Apa yang Resa buat? Salah Resa ke?” Wajah itu monyok memandangku. Jemarinya menggenggam erat tanganku.

“Memanglah salah Resa. Siapa suruh ganas sangat. Pandai je cakap abang ganas, padahal Resa tu,” selaku serius.

Dia tekup mulut. “Abang ni…. Benci!” marah dia.

“Resa ingat abang sakit sungguh. Sakit mengada,” cebik dia lantas dia bangkit hendak berlalu dari katil tapi aku tarik semula tangan itu.

“Abang sakit betul. Penat kenduri semalam ni. Picit abang sikit, yang,” rayuku menggoda. Mata ini aku kedipkan berkali-kali.

Dia senyum dan rapat semula padaku. “Sakit kat mana ni?”

“Kat sini.” Aku lekapkan jarinya ke bibirku.

“Bencilah!” Dia mencemik dan aku terus ketawa.

***

SALAM kedua aku berikan. Pertama kali menjadi imam pada isteri sendiri membuatkan airmataku bergenang tanpa ku pinta. Ada rasa syahdu singgah di hati. Nikmat yang telah Allah berikan padaku setelah kehilangan satu waktu dulu, lebih hebat indahnya hendak dibandingkan dengan kesakitan yang tidak seberapa itu.

Zikrullah dan istighfar meniti di bibir memuji keagungan Tuhan yang memberi nikmat setelah sedikit dugaan dulu. Menitis juga setitis airmataku kala ini lalu aku seka cepat-cepat bersama bibir yang menguntum senyum.

Tanganku angkat ke langit. Wajah juga mendongak hendak merayu dan bermohon pada Dia yang Maha Memberi.

“Sesungguh Ya Allah, indahnya nikmat ini biarpun rasanya aku tidak layak untuk ini. Indahnya nikmat ini biarpun aku adalah hamba yang sering mengeluh menjadi orang yang tewas. Indahnya anugerah dan nikmat ini ke atas kami. Ampuni kami, ibubapa kami dan tuntutkan bahtera kami ke jannah kerana segala yang terjadi adalah kerana kehendak-MU,” bisikku syahdu.

Telapak tangan aku raup ke wajah. Aku kalih pada Anaresa yang cantik dalam telekung putih bersulam emas dari kain jenis Casarubia yang memang mama pilih khas untuk dia.

“Cantik isteri abang,” pujiku.

Dia senyum malu. “Abang pun handsome,” balas dia.

Tangan ini aku hulurkan pada dia lantas dia sambut dan mengucupnya lembut dan bila wajah itu memandangku kembali, aku sapa kepalanya lantas bibir ini singgah lagi ke dahinya.

“Terima kasih sudi menjadi suri di hati abang. Jangan rasa Resa muda sebab abang dah mula nampak Resa sedang menjadi seorang wanita di sisi suami.”

Dia angguk. “Resa cuba. Kalau Resa silap, abang tegur. Tapi, semalam tu…” Suaranya terhenti.

“Apa pulak semalam?” Berkerut dahiku. Ada je tak kena dengan dia ni. Baru aku puji jadi wanita, dia kembali jadi budak perempuan pulak dah.

Dia tunduk. Perutnya dipegang dan mengertilah aku akan apa yang dia risaukan. Tubuh itu aku paut. Indahnya dia berada di dalam telekung putih suci itu benar-benar membuatkan cinta ini tiada tersisa di dalam hati. Menjadikan cintaku padanya jatuh berkali-kali.

Usah kata sekali malah sudah tidak terkira terjatuhnya hati dan cinta ini pada dia. Mujur juga dia sudi kutip dan menyimpannya elok. Andai tidak, harus tersepak masuk ke longkang.

“Kemesraan kita abang mulakan dengan doa dan salam. Bila Resa menyambut salam, abang yakin Resa sendiri bersedia untuk hakikat macam ni, kan? Andai kata Allah titipkan satu nyawa dalam rahim ni…” Aku pegang perutnya juga.

“… kita terima. Ini rezeki dan pengikat kasih kita. Resa boleh, kan?” Aku tolak tubuh itu.

Bahunya aku pegang dan wajah itu aku soroti lembut. Dia memandangku lama dan akhirnya dia mengangguk.

“Kalau Resa tak boleh?”

“Sayang… bila Tuhan anugerahkan rezeki tu buat kita, pastilah Dia berikan sekali kekuatan untuk Resa laluinya. Andai Resa tak cukup kuat, abang pinjamkan kekuatan abang. Sampai akhirnya, abang akan ada dengan Resa. Yakinlah sayang, abang akan ada dengan sayang. Tenanglah sayang. Abang ada untuk sayang bersandar,” pujukku lagi.

Dia angguk lambat-lambat. Tanpa silu, dia memaut tubuhku ke dalam pelukannya. Ada tangisan lagi yang menyapa telinga.

“Terima kasih sebab sudi halau takut Resa. Terima kasih sudi ajar Resa tentang cinta,” ucap dia.

Aku tepuk belakangnya lembut. “Sama-sama tapi abang nak balasan.”

“Erkk… balasan?” tanya dia. Pelukan terlerai.

“Yalah, Resa nak tinggal rumah sewa dulu, kan? Jadi tinggalkan abang bekal sikit.”

“Bekal? Resa jarang masak kat rumah sewa tu. Beli bungkus je. Nanti balik rumah mama, Resa masakkan, ya?”

Aku ketap bibir menahan gelak. Dia kembali menjadi budak sekolah dah. Susah hendak menuntun dia menjadi wanita yang matang sepenuhnya. Tapi, hati ini terhibur dengan setiap tingkah dan tuturnya. Ada tawa dan tangis dalam sekelip mata.

“Makanan tu buat apa? Perut kenyanglah tapi batin abang tak kenyang,” selaku.

Dia memandangku polos. “Habis tu Resa nak kena buat apa?”

Aku kerling jam di dinding. 6.30 pagi. Kat luar masih juga senyap dan sepi. Rasanya ayah dan ibu terlena kembali angkara penat yang masih belum hilang. Aku bangkit dan membetulkan baju melayu dank ain pelikatku. Tangan Anaresa aku tarik. Telekung di tubuhnya aku tarik dan aku sangkut di penyidai. Songkok aku buka dan aku letakkan di atas almari solek.

Wajah mulus itu aku renung lagi. Dia nampak terpinga-pinga saja dengan tindakanku. Getah rambutnya aku tarik.

“Kenapa?” soal dia.

“Teman abang tidur kejap,” jawabku dan dia hanya melangkah saja bila aku menarik dia.

Benar, bila Tuhan menolak dia menjadi jodoh buatku, dia memang terus dekat di hati. Cinta yang hanya separuh sebelum ini, kini menjadi miliknya sepenuhnya.

“Abang cintakan isteri dan bakal ibu pada zuriat abang ni,” bisikku dekat di telinganya.

~~> bersambung

Cik Penulis : Malam pulak update.. Mahu keluar berjimba-jimba.. nye'hek sikit..hehe.. luv u..n luv me too..

46 comments:

  1. terbanggggggggg...aih,baca cerita ni asyik nk terbang je :D

    ReplyDelete
  2. caya lerrr resa... hilang habis kalut n takut

    ReplyDelete
  3. haih.....melayang layang rasanya bila baca karya RM ni....Zailda

    ReplyDelete
  4. subhanallah.. indahnya nikmat kurniaan Ilahi buat hamba-hambaNya yang redha dan bersyukur.. RM, semoga kita semua dikurniakan Allah swt rasa bahagia yang sama.. amin

    ReplyDelete
  5. dah kawin dua puluh tahun tapi baca n3 ni masih terasa macam pengantin baru...tahniah Rehan ..memang hebat garapan anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terasa sgt macam baru je kawin tapi pada hal dah tujuh belas tahun amatlah hebat garapan awak rehan kpda saya juga tahniah........

      Delete
  6. mmg superb la idea kak rehan. haha laju je update. i like it. heheh!

    ReplyDelete
  7. Bestnyer.. Tunggu mln ni plak sambungannya.. Hehe
    -ika hatika-

    ReplyDelete
  8. cukup rasa....sampaikan senyum meleret...
    tahniah

    ReplyDelete
  9. you are the best lah rehan..mmg terbaik..garapan yang sangat membuai rasa...novelis lain dr yang lain cara you tulis..

    ReplyDelete
  10. speechless.........tahniah rehan

    ReplyDelete
  11. aduhai..boleh tersenyum jer ble bc kisah ni... tahniah!!!

    ReplyDelete
  12. Hahaha...tewas jgk rupanya...hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Hahaha...tewas jgk rupanya...hehehehe...

    ReplyDelete
  14. hahaha,,,
    tp ada pekatan yg tertinggal sikit"ain pelikatku"
    ptt kain pelikatku...
    wah syok la byk n3...
    -miss A-

    ReplyDelete
  15. I like u rehan,cepat,pantas dan laju ha ha..

    ReplyDelete
  16. Bila cinta berbalas, hati berbunga-bunga. Tapi bila yang dikasihi hanya bertepuk sebelah tangan sakit jiwa rasa sungguh tersiksa. Teruskan berkarya Rehan.

    ReplyDelete
  17. hehehe...suke sgt ngan dorg ni...comel je...
    besss!!

    ReplyDelete
  18. Seriously best. Arrhh. Can't stop smiling. :)

    ReplyDelete
  19. besstttt sgt2....senyum sorg2 bca cter nie...asyik dk imagine klu la aku dpt laki cm si zafran 2...romantika de amor btul...=)

    ReplyDelete
  20. speecheless! thanks sis rehan.. malam2 terbuai perasaan haihh =)

    ReplyDelete
  21. Senyum sampai telinga...x sabar nak tunggu next chapter....

    ReplyDelete
  22. xtau nk komen mcm ne..melayang jiwa ku...:)

    ReplyDelete
  23. pergh rehan..akak tabik lah kat rehan..citer yg penuh ngan maksud yg mendalam..diantara bicara seorg suami ngan isteri yg masih terlalu muda untuk mengerti maksud perkawenan tu..dan minah tu mmg nampak polos..dan blur..

    ReplyDelete
  24. adui...rasa sweet sangat baca bab ini.bila cinta datang tiada apa yg dapat menghalang.terbaik RM

    ReplyDelete
  25. waduh.......mmg best sngt..tk trkata...sukaaaaaa...ada part yg lucu mgelikn hati...mbuatkn sya ketawa...senyum....trbuai.... sya seketika... bila part yg sngt indah & romantik..sayu nya bila zafran mdoakn dlm solat....heheee moga bunga2 cinta zafran tak trbuang kat longkang msuk dlm hati resa...

    ReplyDelete
  26. adusss. sweet nye,, romantika de amour....tq rehan

    ReplyDelete
  27. rasa mcm tngah ats kyangan mlayang-layang....& aku haruslah mnjadi resa itu...hahahahahah

    ReplyDelete
  28. adoiiii..dh cm senget pale hr nie bca bab nih...t'buai2 rsa nyer...aduhaiii...sgt2 romantik...gelak,senyum,sengih..haihhh..mcm2 rsa dh nie...tq so much my lovely sis...

    ReplyDelete
  29. Adui.........aku pulak yang rasa melayang-layang. Zafran.....apasal romantik sangat ni.

    ReplyDelete
  30. Zaf memang romantik.... Jaga Resa n bakal anak-anak baik-baik tau ....
    hehehe.... mesti Resa comelkan bila blur ....

    ReplyDelete
  31. rasa mcm terawang2an jerk baca....
    sweet jerk resa ngan zafran nie....
    tp mmg betul...dapat suami tua dr kita bertahun2 mmg best...
    romantik sangat....suka..:)

    ReplyDelete
  32. sweetnya...
    kebahagian terserlah... ;-)

    ReplyDelete
  33. amboiiiihhh zafrannn..hahaha.. nakal sungguh.. haha..
    x tahu nk komen ap dah.. sweet sngat...

    ReplyDelete
  34. de suami cam zafran sumpah x cari lain...hi2, cik penulis dah khwin x yah la dok asing2 nanti bnyk halangan..

    ReplyDelete
  35. maaf ann..sy jenis bc slow sbb inginkn feel dtg dgn sdri.. as ur req..ini komen sy..ksc 13 agak mendatar mungkin anda menulis dgn hati yg tiada perasaan tp sy rasa bab itu cuma bg memanjangkn cerita shj..tp ksc 14 kembali kpd landasan yg sebenar semula..iatu karya yg baik.rumusan sy... anda membuat byk kesilapan ayt2 dlm bab 14 mungkin ats desakan fan anda atau ada sesuatu yg sy tidak ketahui..sbgai pembaca sy org jenis tidak menyukai karya yg terburu2 iatu tiada ketelitian sbb bg sy penulis yg baik harus menjaga kredibilitinya dlm berkarya.bg sy kualiti lbih penting dr kuantiti.pengajaran yg anda cuba terapkan pd bab ini tersangat baik.."isteri yg halal tetap berdosa jika menolak hukum" ia tak seperti kalangan nashkah yg lain yg cuba menyongsang arus seperti menyokong atau mendidik pembaca supaya tidak melayan suami sendiri dgn alasan yg tak munasabah.dlm hal ini sy amat menyokong usaha anda... satu lg sy mendapati tiada unsur2 seksi@18sx pd bab ini cuma sedikit ayat2 yg biasa digunakan sahaja dan jgn khuatir pada isu ini... cadangan sy pd anda ialah..anda perlukan time mangmt..sperti setiap karya akan di post seminggu cuma 1x shj..sbb anda mempunyai byk lagi karya yg terlewat..dgn ini anda dapat mebina rasa keinginan pd hati pembaca anda supaya menunggu bab selanjutnya kerana bukan semua peminat anda menyukai 100% KSC spt sy yg lebih menyukai SAPK selepas TK..dgn itu anda memberi kesamarataan kpd peminat anda..sekian terima kasih.... bluecardina GT4@AMA.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh.... susah nk jumpa, payah nak dapat komen mcm nihh... =)

      Delete
    2. setuju dengan komen BlueCaldina gtr

      Delete
  36. panjangnya komen... updates seminggu skali tue lama sgt.. klu mcm fixed kan masa contoh setiap weekend dan pertengahan minggu tue mcm ok lah. so kesalahan ejaan dpt dielakkan.

    ReplyDelete
  37. k.rehan...xtahu nak ckp apa dah...sweet gilerr...hehehehe

    ReplyDelete
  38. Rase terbang je bace.. Mmg sweet sgt.. ;)

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Weng. Skjp....hehehehehehe

    ReplyDelete
  41. perkahwinn memang cepat mematangkan seorg gadis mnjd seorg wanita yg penuh dgn sifat lemah lembut disebalik mnja&tegasnya.

    ReplyDelete