Tuesday, February 07, 2012

Bila Nak Saksi? [19]

[19]

MELELEH akhirnya airmataku bila Usop cium pipi aku. Aku heret bantal dan turun ke bawah. Aku lebih rela lena di dalam bilik stor kat dapur. Nasib baik semua dah lena. Kalau tak mesti mama tanya kenapa sedangkan aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku nak tanya je nanti atau aku nak tengok je setakat mana mereka nak berlakon lagi.

Penat bergelok ke kiri dan ke kanan, aku akhirnya terlena. Sedar-sedar je aku dengar orang mengaji. Lebih baik aku bangkit cepat-cepat sebelum mama dan abah sedar aku kat bilik stor.

Bila aku buka pintu, aku sekali lagi terkejut bila aku tersepak sesuatu. Terus aku merangkak menjauh daripada objek itu. Takutnya saat ini membuatkan aku tak mampu berdiri. Mengesot dan merangkak je.

“Mama… ada penjahat!!” jeritku kuat.

Aku dengar suara abah dan mama serta Abang Jeff kalut-kalut daripada atas. Dan-dan tu, lampu terpasang dan aku aku terus mengesot mendapatkan mama.

“Lit takut ma…,” aduku sambil memaut kaki mama.

Abah ketawa. “Kamu bergaduh ke apa ni? Asal pagi je kamu berdua nak buat drama. Pagi je buat drama. Apa hal kamu berdua ni? Golek-golek sampai bilik stor ke? Tak cukup besar ke bilik Lit tu?”

Aku terus berpaling ke belakang bila abah berkata demikian dan aku tengok, Usop sedang duduk bersandar pada dinding dan menggosok kepalanya dengan wajah yang menyeringai.

“Eh, awak buat apa kat situ?” tanyaku kasar.

“Hah, buat apa kamu berdua kat sini, Sop?” tanya mama pula.

“Err… Lit merajuk ma… dia lena dekat stor. Sop ketuk pintu dia tak nak buka, Sop tunggu jelah depan stor ni sampai terlena. Tak sampai hati nak tinggal dia sorang, ma… bah,” jawab Usop.

Alahai, cantik dia punya muka. Memang aku tak boleh nak buat apa dah sebab semua orang dah tahu tapi aku kena cepat ni. Kena cepat lagi setapak nak kenakan mereka ni.

“Sampailah hati Lit biar suami Lit tidur kat situ, kan?” tegur mama.
Aku angkat tubuh dan diam merenung Usop yang sedang tahan ketawa.

“Pagi-pagi je buat kecoh!” Abah terus heret mama berlalu.

“Sejuklah yang… tidur atas lantai ni,” beritahu Usop padaku.

“Memang patut pun. Lagi elok awak beku kaku terus,” bentakku lalu aku terus berlalu.

Geram sungguh! Bila aku lalu Abang Jeff, dia pandang ke lain. Aku tahu, Kak Shima tak akan bagi tahu Abang Jeff yang aku dah tahu pasal semua ni. Tengoklah nanti. Aku pula kenakan dia.

“Abang pun sama jugak! Tak suka abang!” marahku lalu aku berlari naik ke atas. Langsung terlupa yang bilik tu nanti bakal dimasuki oleh dia.

Masuk je dalam bilik, aku terus hempaskan daun pintu sekuat hati. Memang aku geram. Aku hempaskan tubuhku ke katil dengan kasar. Airmata meleleh lagi. Sampai hati semua orang.

Bila dah nak teresak-esak, aku kalihkan badan dan tertiarap lalu aku sembamkan wajah aku ke atas tilam. Tiba-tiba bau wangi je. Bau macam Dashing untuk jejaka tampan. Masa ni mula la terbayang wajah Remy Ishak aku tu. Aku dekatkan semua mukaku ke tilam dan sah, haruman Dunhill Desire tak silap aku.

Eleh, ingatkan Dashing tadi. Aku suka Dashing tu sebab Abang Remy yang buat iklan tu. Cuba orang lain buat, tak ada aku minatnya. Aku tahu ni haruman tubuh Usop. Aduhai, tergugatlah pulak jiwa wanita ni. Wangi dia lain macam. Ke sebab dia suami aku baru aku rasa lain macam je wangi ni?

“Tak nak ingat dia!” bebelku sendiri.

Aku tarik bantal dan tekup muka. Nak menangis tak jadi. Hari masih awal. Orang lain mesti sibuk nak berjemaah dan aku, lebih baik tidur kejap. Nak atur strategi baru ni. Hampir saja kau lena, aku dengar suara mama.

“Jelita… buat apa tu? Lena balik ke?” Mama ketuk pintu beberapa kali.

“Taklah. Lit rehat je. Sakit tubuh ni,” laungku pula. Sudahnya maam diam dan aku dengar pintu ditolak dari luar dan dia duduk di birai katil.

“Lit tak sembahyang lagi la, ma? Bagi Lit rehat kejap,” pintaku dengan wajah yang masih tertutup oleh bantal.
Mama diam. Aku dengar helaan nafas dia je. Aku tolak bantal dari wajahku dan aku lihat memang dia bukan mama! Usop!

“Buat apa dalam bilik orang?” tanyaku dengan suara yang meninggi.

Sungguhlah. Aku tak sengaja. Sebab aku rasa aku ni bukan isteri dia je. Tu yang jadi macam ni. Asyik melengking je. Bila ingat tu barulah aku berlembut sikit takut jadi kurang ajar nanti.

“Abang nak mandi ni. Lit siapkan baju abang. Abah ajak berjemaah kat masjid,” ucapnya sambil menekup mulut yang sangap.

Aku cepat-cepat bangkit menjauh daripada dia. Dia memandangku dengan renungan yang penat.

“Eii, awak siapa nak suruh-suruh saya? Dahlah masuk bilik orang? Awak ni memang muka temboklah Usop! Datang rumah orang mengaku saya isteri awak, lepas tu suka-suka awak je masuk bilik saya? Awak tak belajar agama, ya?” ejekku.

Usop senyum dan menekup lagi mulutnya yang sangat.

“Yang… kita gaduh lepas Subuh nanti, boleh tak? Tolong sediakan baju Melayu abang dulu. Lambat nanti. Orang dah nak azan ni,” suruh dia dan dengan selamba dia tanpa rasa bersalah dan muka tak malu dia tu, dia tarik tuala aku dan berlalu ke bilik air.

“Tuala saya tu!” tegurku tegas.

Langkah Usop pegun saat dia menolak daun pintu bilik air. Dia berpaling dan tersenyum.

“Sharing is caring, kan?” balasnya lalu dia masuk dan merapatkan daun pintu.

Aku melopong! Dia memang semakin berani. Atau dia dah boleh agak aku dah tahu semua ni? Kena cari Kak Shima!

Bila aku dengar air bercucuran di dalam bilik air, aku terus rapat ke beg pakaian Usop. Kosong! Mana pergi pakaian dia. Geram dah ni. Entah-entah dia bawa beg kosong tapi tak boleh jadi sebab semalam berat je aku angkat.

Aku melangkah ke arah bilik air dan aku ketuk pintu tu sekuat hati. Ketuk punya ketuk, akhirnya terketuk dahi Usop.
Tak sedar bila dia buka pintu. Aku ketawa melihatkan dia menggosok dahi. Sikit je dia buka pintu. Aku buat-buat pandang ke lain.

“Apa sayang ni? Sakit abang!” Dia merungut.

“Maaflah….” Dalam hati aku nak je aku cakap memang patut pun. Patut kena ketuk lagi kuat biar betul balik tune dia.

“Apanya?” Dia angkat dagu.

“Pakaian mananya? Beg tu kosong je.”

Dia senyum. “Jelita yang memang jelita… pakaian biasa dekat mana? Dekat dapur ke dekat dalam almari?” soal dia sinis lantas dia kembali rapatkan pintu.

Aku mengetap gigi kuat. Dia ni. Mesti letak dalam almari aku la tu. Bila aku hampir pada almari dan menolak pintu luncur almari aku ni, ternyata kemas je dia susun pakaian dia.

Jeans dia sedang elok ada bersama jeans aku. Kemeja dia elok je tergantung bersama kemeja aku. Baju Melayu dia cantik je tergantung bersama baju kurungku dan aku teringat sesuatu!

Aku tarik laci ketiga. Masih tak berusik. Aku tarik pula laci kedua juga tak terusik dan aku tarik laci paling atas. Bulat mataku demi terpandangkan pakaian kecil dia, dia letak bersama dengan pakaian kecil aku. Apa hal ni?

“Usop!!!” jeritku kuat.

“Apa awak usik ni?”

Aku tarik baju melayu dia dan aku tolak laci itu kuat. Buat malu je. Dahlah main longgok je sebelum ni. Ni dah elok terlipat. Mesti dia yang lipat. Malu betullah.

Sedang aku mengamuk menggosok baju dia, dia keluar dengan memakai tuala je. Masa ni, aku cepat-cepat pergi buka pintu lebar-lebar. Usop memandangku pelik.

“Kenapa nak buka pintu? Nak suruh satu rumah nampak abang tak pakai baju? Macam tu?”
Aku menjeling tajam.

“Sepatutnya awak tu tidur dekat laman, tau tak? Dahlah tidur dalam bilik anak dara orang. Saya tak kira, saya nak cakap dekat abah kejap lagi yang awak tu bukan suami saya. Kali ini jangan harap saya nak tahan kalau awak nak kena belasah pun,” bebelku lalu aku gosok pula bajunya.

Seluar yang dah siap bergosok tu aku letak di atas tilam. Usop ketawa kecil dan dia merapatkan daun pintu. Aku menjerit.

“Kenapa tutup? Awak nak buat jahat kat saya la tu, kan?”

Usop menggeleng. “Apa sayang merepek pagi-pagi ni? Cepatlah… abah dah tunggu tu,” ujarnya lagi.

Aku kalih pada jam. Eh, dah nak azan kejap lagi. Biasa abah kalau berjemaah, mesti dia sampai dulu sebelum orang azan. Lebih elok macam tu katanya. Ni sebab Usop, abah lambat jenuh aku kena bebel. Aku cepat-cepat menggosok bajunya sampailah Usop rapat pada almari dan dia tarik laci pertama tu.

“Jangan!!” larangku dengan nafas yang mengah.

Tindakannya terhenti. “Kenapa pulak? Abang nak ambil pakaian abanglah.” Dia buat muka polos.
Aku menggeleng.

“Biar saya ambil.” Aku matikan sterika dan terus hampir pada laci tu.

Perlahan-lahan aku tarik dan aku ambil sehelai lalu aku hulurkan pada dia.

“Nah… awak punya.”

“Abang tak nak yang ni tak selesa.” Dia menolak.

Aku letak semula seluar kecil tu dalam laci dan aku tarik yang lain pula. Bila aku hulur, Usop menggeleng.

“Yang ni pun abang tak nak.” Dia geleng lagi.

Aku dah mula angin. Pagi-pagi ni bagi aku panas.

“Dah tu kalau tak selesa beli buat apa?” tanyaku kasar lalu aku tendang laci tu dan berlalu ke pintu nak keluar dah. Tak kuasa nak bertekak pagi-pagi ni.

“Abang nak pakai yang ni, boleh?” tanya dia.

Aku berpaling dan bila aku tengok, dia angkat aku punya pakaian dengan wajah sengih gatal. Aku terus berlari dan merampas pakaian tu tapi sebab dia tinggi, aku tak dapat nak capai.

“Bencilah!!”

Aku hentak kaki dan terus berlalu keluar meninggalkan Usop dengan gelak tawanya. Suka sangat buat aku sakit hati. Kalau lama-lama macam ni, memang dia boleh jadi duda sebab aku yang kojol dulu.

Aku terus atur langkah ke bilik kakak dan abang aku. Sampai je depan pintu, Abang Jeff dah muncul dulu sambil membetulkan songkoknya. Abang aku ni tak pernah pakai kopiah sebab dia kata tak macho. Eleh, macho la sangat.

“Hah, apa hal ni? Usop mana? Dah siap dah?” tanya dia terkejut dengan kemunculanku.

“Tepilah, abang. Pergilah cari adik ipar abang tu sendiri,” ucapku dengan nada merajuk lalu aku tolak Abang Jeff.

“Eh eh budak ni. Gaduh dengan laki dia, kita pulak kena,” rungut Abang Jeff lalu dia menapak maju ke bilikku.

Aku masuk ke dalam bilik selangkah sebelum aku berundur semula. Aku intai Abang Jeff. Sungguh, dia masuk bilik aku. Aku pun, mula nak mengintip. Nasib baik Kak Shima tengah mandi agaknya. Terjingkit-jingkit aku melangkah ke arah bilikku semula dan ternyata, pintu tidak ditutup rapat. Peluang terbuka lagi.

“Lit mana, Jeff?” tanya Usop pada abang aku. Aku lihat Usop sedang menyikat rambutnya. Sikat dengan jari pun dah boleh. Macam iklan syampu tu.

“Kat bilik aku. Mengadu dengan Shima la tu. Sampai bila kau nak buli dia macam tu, Sop. Kejap lagi dia buli kau balik, baru kau tahu?” Abang Jeff mengeluh dan menggeleng.

“Nantilah dulu… aku tak suruh dia mengaku dulu baru aku cakap hal sebenar,” jawab Usop.

Mengaku? Mengaku apa pulak ni? Nak suruh aku mengaku yang aku ni isteri dia yang sah dulu, macam tu? Dan harapan tinggal harapan jelah awak, Usop!

“Tapi, aku rasa dia dah tahulah, Sop. Adik aku tu cerdik dia lain macam sikit,” bantah Abang Jeff risau.

Aku ketawa kecil. Cerdik ek? Memang aku cerdik pun. Sebab HPNM aku gred lagi tinggi daripada abang aku. Keputusan SPM pun aku lagi hebat daripada dia.

Usop ketawa. “Dia memang cerdik. Tu aku akui dan aku juga rasa dia dah tahu yang aku ni memang suami dia betul-betul. Cuma tak pasti sangat sejauh mana dia tahu. Dia tu keras hati sangatlah Jeff. Kadang-kadang hampir tewas aku ni. Masa kat rumah sewa aku semalam, belah dia suruh aku beli pampers wanita tu,” beritahu Usop.

Erk… pampers dia cakap? Abang Jeff ketawa mengekek.

“Lepas tu kau pergi belilah?”

Usop angguk menjawab pertanyaan abang aku tu. “Belilah… sayang bini tapi sudahnya dia cakap dah ada. Dia saja nak kenakan aku tu. Malunya, Tuhan jelah tahu. Eii, nasib baik aku ingat dia tak boleh sembahyang. Kalau tak, memang aku heret dah dia masuk bilik,” sambungnya lalu dia ketawa juga.

Erk… aku terbatuk kecil tapi nasib baik sempat kawal. Meremang seluruh tubuhku bila Usop berkata demikian. Ada niat tu. Lelaki memang lelaki.

“Kau ni gilalah Sop. Aku rasa baik kau mengakulah. Aku takut nanti bila dia dapat tahu lebih lagi, memang payahlah nak pujuk. Kau tak kenal lagi Jelita biarpun kau dah lama kenal dia pada hakikatnya.”

Hah, dah lama kenal? Aku syak lagi. Memang sah Usop dah lama kenal dan intip aku. Tak salahlah aku tuduh dia spy selama ni. Dia memang spy abang aku. Dulu tu, elok je abang aku sampai nak jemput, mesti dia lesap. Tahu pulak mana satu kereta abang aku.

“Nantilah dulu. Aku suka tengok muka dia marah… mengamuk-mengamuk tapi buat juga apa yang aku suruh,” ucap Usop puas.

Eleh, aku tak buat karang, dah berdosa pulak. Bisik hatiku sendiri.

“Aku kenal dia, Jeff. Jangan risau. Kau yang amanahkan adik kau pada aku, kan? Jadi, kau kena percayakan aku. Titik!” ujar Usop pada Abang Jeff membuatkan abang aku tu mengangguk sendiri.

Amanah? Memanglah dia ada sebut sebelum ni. Aku ni amanah dia tapi masa tu aku rasa aku ni amanah dia sebab aku berkhidmat dengan dia tapi ini sudahnya maksud amanah tu. Dan bila, dia kenal aku, itu aku nak sangat tahu.

“Jeffry…. Yusuff… kamu tak siap lagi ke? Orang azan dah ni,” laung abah dari bawah dengan sangatlah kuatnya.

Abah ni, orang nak tahu rahsia ni dia menjerit pulak. Usop dan Abang Jeff cepat-cepat melangkah ke pintu dan aku terus membuka langkah seribu lari ke bilik sebelah. Huh, nasib baik tak tertangkap.

Aku rapatkan pintu bilik Kak Shima dan masa tu dia sedang keringkan rambut dia.

“Kau apa hal?” tanya Kak Shima pelik.

“Shi, kau ada cakap pada abang tak yang aku dah tahu pasal semua ni?”

Kak Shima menggeleng. “Tak ada dah. Aku tak sanggup dah nak tipu kau lagi. Serik aku! Nanti anak aku tengok je apa yang aku buat. Jenuh nanti!” Dia buat muka takut.

Haa, tahu takut. Nanti jangkit dengan si anak baru tahu. Yang si bapak ni pulak, tak serik-serik lagi. Apa yang menyebabkan mereka buat macam ni pada aku? Yang ni paling memusykilkan kau.

“Aku dengar abang sembang dengan Usop tadi. Diorang macam dah boleh agak aku tahu tapi Usop kata aku tak tahu lagi. Dia kata nak aku mengaku dulu. Mengaku apa? Kau tahu tak?” Aku berpaling pada Kak Shima.

Dia jungkit bahu tanda tidak tahu. Masa tu dia dah nak sarung telekung ke tubuh. Subuh hari, kami bertekak. Memang tak betul dah rasanya. Dulu aman damai je bangkit pagi-pagi. Sekarang ni huru-hara aku dibuatnya. Gamat satu rumah.

“Pecah tembelang lagi ke?” tanya Kak Shima. Aku pula mengangguk.

Dia ketawa. “Jujur cakap, aku tak tahu dah yang lain. Cuma masa aku heret kau masuk Megamall hari tu dan tak jadi pergi kopitiam tu sebab abang kau suruh. Aku tahu Usop tunggu kau kat situ. Aku ingat masa kau mengaku kau isteri Usop dekat Megamall hari tu, aku terdiam tu sebab terkejut aku ingat kau dah tahu. Rupanya kau nak mainkan dia,” ucap Kak Shima sambil membentangkan sejadahnya.

Aku bulatkan mata. Ya Tuhan, sungguh tertib rancangan mereka ni. Sampai macam tu sekali ha.

“Patutlah kau beria je tak jadi pergi minum kopi, kan?” sinisku. Dia sengih.

“Tapi, masa tu memanglah aku nak mainkan dia. Kalau aku tahu aku dengan dia betul-betul suami isteri, aku lipat je Usop dengan perempuan tu kat situ jugak,” luahku keras.

Kakak iparku ini ketawa kecil. “Tak apalah. Sebab kau tak boleh sembahyang lagi, kira kau selamatlah. Aku takut nanti kau dah selamat… Usop pun selamat.”

“Eh kau ni…” Tak sempat aku nak marah, dia dah angkat takbir. Jagalah kau nanti kak, aku geletek kau sampai maut.

Aku terus saja keluar sebab tak nak kacau Kak Shima solat. Nanti hilang kusyuk. Hari cuti macam ni, aku nak check emellah sementara semua orang tak balik lagi. Abah kalau dia ke masjid hari cuti ni, balik lepas solat Dhuha la.
Aku rasa, mesti Usop lena dekat dalam masjid tu sementara menantikan abah. Padan muka dia.

***

AKU duduk di dalam bilik di meja belajar. Komputer riba aku ONkan. Tak lama kemudian, muncul skrin gambar aku sekeluarga. Tak lama kena tukar gambar dah. Kena tambah lagi dua orang. Suami aku dan anak buah aku. Makin meriahlah raya tahun ni.

Aku cucuk internet dan terus aku google emel aku. Tekan je Yahoo!, ada emel baru. Tak banyak tapi satu je! Aku tekan pada emel tu. Mata aku bulat lihatkan alamat emel tersebut.

YUTA Architecture Consultant! Syarikat itu hari. Sengihku melebar. Tarikh emel ni semalam punya. Aku yakin ada berita baik. Cepat-cepat aku tekan OK dan ternyata aku diterima. Belek punya belek, tarikh lapor diri hari Isnin ini.

“Cepatnya,” rungutku.

“Em.. betullah abang cakap, dia memang akan aim orang pertama kot. Syarikat baru yang desperate!” sambungku lalu aku log keluar dan terus rebahkan tubuh ke katil. Tak sedar bila aku rapatkan mata dan terlenalah. Apa lagi?!

Sungguh aku betul-betul lena sampaikan Usop boleh muncul dalam mimpi aku. Aku lihat wajah Usop ada depan mata aku. Masa ni aku nampak dia comel je dalam baju melayu krim dia tu. Dia buka kopiah dia dan dia pacakkan rambut dia.

“Abang dah lama balik ke?” tanyaku.

Dia angguk dan tersenyum. Aku pula masih terbaring melihat dia. Indahnya mimpi. Hai, bilalah kami nak macam ni. Aku nak je tapi dia tu suka dalih-dalih kenapa?

“Sayang tak nak bangkit lagi ke? Dah pukul berapa ni?” tanya dia lembut.

Aku menggeleng. “Lit nak rehat kejap lagi. Kepala ni dah weng dah!”

‘Weng’ tu aku selalu pakai dengan Kak Shima bila kepala ni rasa pening je dengan masalah.

“Weng?” tanya Usop tidak faham.

“Pening…,” jawabku.

“Nak abang picitkan?” tanya dia semakin mesra.

Oh, indahnya mimpi. Tapi, kalau tersedar ni, tak adanya aku macam ni. Alang-alang mimpi indah ni, layan kejap.

“Tak apalah. Abang pergilah tukar baju. Nanti Lit bangkit kita sarapan,” balasku manja.
Usop ketawa kecil sambil menekup mulutnya. Apa yang lucu pun aku tak tahu. Dia tarik tanganku memaksa aku bangkit.

“Lit mimpi ni kot?” tanya dia dan aku angguk. Memang aku sedang layan mimpi pun.

“Bangkitlah. Abang nak berkebun jap lagi ni. Ganti pokok pisang abah yang Lit rosakkan hari tu. Bangkit, ya sayang.” Dia terus menggesa mesra.

Aku geleng. “Nak rehatlah kejap!”

Aku beratkan tubuh tapi Usop tak kalah. Dia tarik sampailah aku bangkit terduduk.

“JOm, abang mandikan, nak?” tanya dia.

Aku senyum dengan wajah yang merah bila Usop mencempung tubuhku ke dalam gendongannya dan dia bawa aku ke dalam bilik air. Dia letakkan aku di atas mangkuk tandas.

Sedang elok je aku senyum melayan mimpi indah ni, aku rasa air mengalir laju di atas kepalaku.

Aku pantas bulatkan mata dan meraup wajahku berkali-kali. Hah, aku kat mana ni? Bilik air? Dan Usop?
Dia ketawa terbahak-bahak sambil menyinsing seluarnya.

“Mimpi indah, ya? Nah abang mandikan.” Dia jirus lagi segayung air di atas kepalaku.

Aku tersentak. Aku tak mimpi dan ini realiti. Mati-mati aku ingat aku mimpi. Tak rupanya. Aduhai, teruklah macam ni. Dah basah kuyup suami aku mandikan dengan pakaian lengkap.

“Usop!!! Awak ni!!!” tempikku kuat lalu dia berlari keluar. Tak sempat aku nak karate dia.

~~~> bersambung

Cik Penulis : Lepas ni lambat sikit update sebab cik penulis akan kesibukan. Kalau ada... adalah ek.. seperti biasa, harap layan, komen dan maaf atas kekurangan... luv u all..

27 comments:

  1. aduuii,,usop n jelita tha best rehan...

    ReplyDelete
  2. hehehe.... ingatkan mimpi indah ye puan jelita... hahaha... saje2 kene siram ngan air... huk2...

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHAHAHA...

    pecah perut ketawa dgn gelagat usop jelita

    ReplyDelete
  4. hehehe kelakar tul lit ni, adalak x perasan mimpi ngan kenyataan. kan dah kena jirus ngan en suami. mmg padan tul diorg berdua, satu keras kepala satu lg kuat ngusik. bijak tul cik penulis kita ni garap kisah diorg ni. enjoy bc sambil ketawa sorg2. harap2 di sambung cepat sikit. 'curi' masa ek cik penulis u yg baru hehehe-kak zaiton

    ReplyDelete
  5. allaalaa...
    nk lg..
    best r,bila la 22 nk admit.

    ReplyDelete
  6. hehehe...blh lak mimpi mcm tu..sya tggu dgn sbr next nya nnti kak..

    ReplyDelete
  7. hahahaha.. adoii la litt.. kantoi la cmni..?? kata nak balas dendam kt usop..nak main2kan dia.. adesss

    ReplyDelete
  8. wowwwwwwwwww bestnya...nak lagi....

    ReplyDelete
  9. hahaha...tergelak-gelak seorg....sampai kena tegur kat member sebelah.....Lit & Usop....best.....

    ReplyDelete
  10. hikhikhik.. adehh, adeh.. ape la usop ni.. suke cari pasal..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah... rasa dah macam tiga suku gelak sorang....sabor je lah. Apsal la klakar sangat citer ni wei... Memang padan la Jelita ngan Usop tu. Haaa dah jelas YUTA tu syarikat Usop kalau tak takkan lah Jeff cakap camtu kat Jelita. Best ni... satu persatu misteri terungkai....

    Well done Rehan. Chaiyo!!!

    -ety.s

    ReplyDelete
  12. RM napa meleret2 cita dia?

    ReplyDelete
  13. Yuta tu mesti cantum nama yusuf dan jelita kan. Anyway, cerita ni memang sempoi. Cepat2 update.

    ReplyDelete
  14. aduh... sampai mimpi n realiti pun x blh beza ke??
    inilah padah owg bercinta.. haha..
    terbaiklah kak an!!!!
    u ni buat ai mkin jatuh cinta dengan usop tau..
    ahahhaha...

    ReplyDelete
  15. nampaknya skrg ni edisi kena mengena la pulak.

    ReplyDelete
  16. Wah ! sungguh best ! adeh ! sweet lah Usop dgn Lit ni . hehe

    ReplyDelete
  17. best sgt....da mmg jtuh hati da ngn lit ngn usop nihhhhhh..:)

    ReplyDelete
  18. RM cerpen o e-novel awak mang da best.. heheeheh lit ngn usop ni kelakar romantik hahaahah sangat terhibur sampaixthan nak bacanet n3.. thx RM

    ReplyDelete
  19. hahaha best tahap gaban dah ni....

    ReplyDelete
  20. best betullah cite ni. sambil baca sambil ketawa. tahniah pada penulis kerana berjay buat cite yg memang best jalan citenya. comel betullah gelagat lit dgn usop ni.

    ila danish

    ReplyDelete
  21. hahaha... apelah nak jadi dgn dua org suami isteri ni...
    dalam gaduh gaduh sayang pun boleh lagi bergurau... nak
    lagi cepat sambung next n3 ye...

    ReplyDelete
  22. mmg weng lh 2 org neh =)
    hehehhe

    ReplyDelete
  23. tetiba jer rasa geram kat lit ni..hurmm..
    usop ni banyak sgt rahsia nyer..tp mmg best!
    ske ngan usop yg sabar,tenang dgn segala kerenah lit
    usop sgt comey & lawak..hihihi
    best! Deabak!! Rehan... ;)

    ReplyDelete
  24. Arghhhh, x sabarnya nak beli novel ni!

    ReplyDelete
  25. best2! sgt suke ngn watak usop n lit..so sweet..comellya diorag..emm, bestnya klu bakal hubby i pon mcm tu...eh, berangan lak..hihii

    ReplyDelete
  26. hahaha.. kelakar2.. nak laaaaggiiiiiiiiii!!!! usop n jelita sangat best!!! tpi RM ade buat bnyk ksalahan tatabhse skit.. susah skit utk phm laa

    ReplyDelete