Monday, July 16, 2012

Untuk Dia [15]


BAB 15

ANARESA dan Aziana mengeluh berat.  Aku tahu kedua-duanya tak puas hati dengan keputusan aku tapi itu adalah muktamad.  Tak mungkin aku tarik balik melainkan takdir benar-benar mahu menolak aku menjadi isteri Zafrin pada usia aku sekarang. 
“Gilalah kau ni, Mi…,” marah Anaresa. 
Aku sengih saja.  “Agaklah gila tapi tak adalah gila sangat.  Aku buat untuk kebaikan dia apa.”
“Memanglah, Mi… tapi jauh tu ke Jerman.  Aku tak pernah tahu pun,” tukas Anaresa. 
“La… nak tahu buat apa.  Biarlah dia.  Itu masa depan dia.  Aku siapa nak halang?”  soal aku lembut.  Penat dah diasak oleh soalan-soalan mereka ini. 
“Yalah, Mi… aku rasa tak salah kalau Rin pinang kau awal-awal.  Bukannya tak elok pun.  Lagi baik apa kalau dia nak halalkan hubungan korang.  Dia serius tu,” sokong Aziana pula. 
Wajah keduanya aku pandang.  Mereka tak faham apa yang aku rasakan kini.  Aku mahu Zafrin mengejar cita-citanya dulu.  Aku tak mahu menjadi penghalang.  Aku nak sokong dia hingga ke akhirnya andai itu untuk kebaikan. 
“Bagi jelah dia kejar cita-cita dia tu,” selaku lalu aku bangkit dari duduk dan terus menapak di atas kaki lima fakulti. 
Aziana dan Anaresa bangkit juga membontoti langkah aku yang kian lemah.  Aku juga longlai.  Semakin hari semakin menghampiri tarikh yang sepatutnya dan aku sudah berhari-hari tak bersua dengan Zafrin. 
“Rindu dialah, Resa…”  Aku mengaku sudahnya bila Anaresa menyapa bahu aku.
Wajahnya aku pandang dan dia senyum.  Nampak sedikit tembam sudah.  Mahu lepas bersalin kena diet kemain sepupu aku ni.  Wajah bujur sirih itu hampir hilang sudah. 
“Mak Ngah dengan Pak Ngah dah bagi, kau tu tak nak.  Kenapa?  Kau ingat mudah ke lelaki nak serius macam tu, Mi?” 
Aku diam memikirkan soalan Anaresa.  “Aku tak nak sekat impian dialah, Resa.”
“Impian tu boleh sama-sama capai, Mi.   Aku tahu kau bercita-cita tinggi dan Rin tu jenis main-main sikit.  Dah lama habis belajar dia masih kerja macam tu je.  Ni tunggu sambung belajar sampai ke Jerman sana.  Kau tak risau ke?”  tanya Anaresa dengan wajah kalut.
“Nak risau apa?” 
Risau Rin sangkut dengan orang lainlah.”  Pantas Aziana menyampuk.
“Kau ni…. cuba mendoakan yang baik-baik sikit.  Ini tidak… kau pergi doakan Si Rin tu jatuh hati dekat orang lain kenapa?”  tegurku pada Aziana.  Agak tak puas hati di sini.
Dia sengih.  “Dah tu orang ajak nikah kau tak nak.  Jadi macam Resa ni mudah.  Kahwin je terus.  Sekarang dah berisi pun,” sambung Aziana lagi. 
Aku menggeleng.  Langkah aku mati.  Bahu keduanya aku tepuk perlahan dan mengukir senyuman bahagia dalam derita.  Bakal derita merindu. 
“Aku lain, Resa lain.  Rin lain dan Abang Zafran juga lain.  Sebab tu aku nak bagi peluang untuk dia kejar impian dia dulu.  Jodoh kami akan menyusul kemudian,” ujarku positif.
Yalah, selain positif apa lagi yang mampu aku lakukan?  Berserah saja.  Ada juga rasa hendak menghalang tapi tak mungkin aku tarik balik kata-kata aku.   Tanpa sedar, aku mengeluh berat. 
“Nak mudah, kau nikah je dulu.  Nanti ikut Rin pergi Jerman.  Syok tu dok negara orang.”  Anaresa memberi cadangan pada aku.
Aku senyum dan menggeleng.  “Dia nak bela aku kat Malaysia pun tak berapa nak lepas lagi, ini nak bawa aku ke Jerman pulak?” 
Kami sudahnya ketawa.  Memang lucu bila fikirkan tapi itulah kebenaran.  Zafrin masih belum stabil dan aku mahukan  yang terbaik buat dia.  Cinta dan kasih aku pada dia adalah bukan syarat untuk menyekat segala apa  yang dia mahukan sebelum ni. 
Selagi masih belum terikat, dia bebas melakukan apa saja untuk kebahagiaan dia dan andai aku adalah kebahagiaan dia, aku mahu dia hormati keputusan aku. 

**

KUIZ terakhir sebelum peperiksaan akhir sudah selamat aku jawab.  Lega rasanya buat hari ini tapi minggu depan, setelah cuti study week, peperiksaan akhir akan bermula.  Tahun ni kena target anugerah dekan lagi.  Andai tidak buat  malu saja. 
“Aku nak balik dah ni.  Naik komuter.  Azi, kau hantar aku ke Padang Jawa boleh tak?”  Anaresa bersuara saat kami sama-sama menapak keluar daripada dewan kuliah.
Aziana mengangguk.  “Nanti aku bagitahu budak Jimmy tu.” 
“Kau Mi?” 
“Motor aku ada, kan?” 
“Eh… bukan ke kau datang dengan aku ke tadi?”  soal Aziana lagi.
Aku tepuk dahi.  Terlupa.  Sudah beberapa hari Gilera itu tidak dihidupkan.  Sudah jarang sebenarnya menunggang kuda merah itu sejak bercinta ni.  Lebih tepat lagi sejak berubah perlahan-lahan menjadi wanita ni. 
“Kau ingat apa, Mi?”  soal Anaresa berbisik. 
Aku sengih dan menggeleng.  “Dah dua hari Rin diam je,” aduku.
“Tak call dia ke?”  Giliran Aziana pula menyoal kala kami sama-sama sedang menghampiri kawasan letak kereta.  Masih belum nampak kelibat Jimmy lagi.
“Tak…” Aku menjawab ringkas membuatkan Anaresa dan Aziana mengeluh berat. 
Call jelah kalau dia tak call!”  marah Aziana. 
“Malaslah.  Aku rasa dia tengah busy tu.  Nanti kalau dia ingat, dia call la.  Aku kan nak final…”
“Aku pun wei…” Anaresa ketap gigi.
Aku sengih.  “Kau tak jumpa dia ke kat rumah, Resa?” 
“Tak pun.  Aku banyak rehat dalam bilik sekarang sejak perut berisi ni.  Bukan aku  yang pening lebih-lebih.  Abang Zafran.  Aku relaks je.”
“Dia pergi mana?”
“Balik lambat sikit la tu,” jawab Anaresa. 
“Kalau rindu, call jelah Mi.  Apa yang payahnya?”  tegur Aziana lagi.
“Memang tak payah tapi aku tak ada kredit nak call!”  Aku memberi jawapan mati.
Malas hendak berbicara tentang hal ini lagi, aku panjangkan langkah mendahului mereka bila aku nampak kelibat Jimmy yang sedang melambai ke arah kami bertiga. 
“Hai Jimmy…”  Aku menyapa Najmi.  Dia senyum dan angguk. 
“Balik dengan kami ke?”  soal dia. 
Wajah aku berkerut.  Rasa nak cepuk pun ada dia ni.  Boleh dia tanya macam tu.  Macam tak sudi je aku tumpang dia selama ni.
“Habis tu kau nak suruh aku jalan kaki ke?” 
Dia menggeleng dan tersengih lagi.  “Bukan sebab tadi aku nampak…”
“Rin hantar Mi balik!” 
Erk… tak sempat Jimmy menghabiskan ayatnya, ada suara lain menegur aku di belakang.  Bila aku berpaling ternyata Zafrin.  Berwajah lelah dan keruh.  Agak terbakar sikit kulit muka itu hari ini memandangkan cahaya matahari masih terik di atas kepala.
“Eh, kau buat apa kat sini, Rin?” 
“Kan Rin dah cakap, Rin hantar Mi balik,” ulang dia.
Aku senyum.  Senyuman yang agak janggal mendengarkan kemesraan tutur katanya pada aku.  Rasa lain macam.  Meremang seluruh jasad.
“Kau cakap apa?” 
“Rin hantar Mi balik!”  tekan dia sambil mengetap gigi. 
Aku angguk.  “Tapi… bila Rin sampai?” 
“Tadi lagi.  Abang suruh ambil Kak Long tapi Kak Long nak balik dengan KTM.  Rin nak jumpa Mi kejap.”
Aku pandang Anaresa yang baru mendekat.  Dia senyum lagi. 
“Aku call Rin cakap kau tak ada kredit nak call dia.  Lagipun, aku cakap kau rindu dia.  Betulkan, Mi?  Kau rindukan Rin, kan?” 
Anaresa memang macam-macam sejak jadi isteri ni.  Pandai dia kenakan aku.  Belum sempat aku mengadu, dia terlebih dahulu bertindak. 
“Tak susahkan ke?”  Aku menyoal pulak tak mahu menjawab soalan Anaresa ajukan tadi. 
“Kalau susahkan, Mi nak Rin balik ke?” 
Aku telan liur dan menggeleng.  “Yalah-yalah… jom-jom kita gerak.  Aku belanja kau minum air sirap, ya?” 
Aku berlalu meninggalkan mereka bertiga.  Langkah Zafrin laju menuju ke arah Perodua Alza milik abahnya.  Bila kami sama-sama masuk ke dalam perut Alza, dia terus menekan pedal minyak dan kereta terus meluncur keluar dari fakulti dan seterusnya menuju ke pagar utama UiTM ini. 
Sepanjang perjalanan kami diam saja.  Zafrin memandu terus menuju ke Taman Tasik Shah Alam.  Hari biasa begini orang kurang.  Jadi, boleh lepak dengan tenang.  Sejurus keluar dari perut kereta, aku labuhkan duduk di atas tembok menghadap ke arah tasik. 
“Mi rindu tapi Mi buat tak tahu je, kan?”  tanya dia memulakan bicara.  Sedikit berjauh hati. 
“Mana ada kredit nak call,” selaku.  Dia merengus. 
“Alasan sungguh!”  sindir dia.  Aku hanya diam.  Memang benar aku beralasan. 
“Rin dah dapat surat tawaran tu,” ujar dia.
Jantung aku bagai nak luruh.  Tapi, bibir ini tetap menguntum senyum.  Bermakna tak lama lagi kami terpisah oleh jarak dan waktu tapi insyaAllah hati kami akan bersatu dalam lembayung rahmat Allah nanti. 
“Tahniah…”  Aku buat suara teruja. Siap dengan mata yang kelip-kelip lagi. 
“Bila pergi?”  tanya aku.
“Tak lama lagi,” jawab dia menyembunyikan hakikat. 
“Tak nak bagi tahu, ya?” 
“Surprise dulu tarikh tu.”  Dia senyum.
Kami kembali sepi.  Sejak hal ini kami bahaskan, aku rasa hubungan kau dan Zafrin lagi dingin dari dulu.  Sesekali bila aku fikirkan, baik masa kami bertekak dulu.  Meriah dan terubat juga rindu biarpun hati ni sakit bila dia menyindir.  Setidak-tidaknya, kami tidak rasa asing sangat. 
Namun hari ni, aku jeling dia, dia senyum.  Begitulah sebaliknya.  Bagaikan kehilangan kata. 
“Err… Rin lagi sekali nak pinang Mi,” ucap dia lambat-lambat.
Sudah kuagak apa yang dia mahu katakan.  Aku tahu dia merajuk dengan aku dalam dua hari ni.   Sebab tu aku sendiri malas nak menelefon dia.  Malas hendak menambah minyak tanah pada bara yang masih merah.
“Keputusan aku tu muktamad, Rin.  Pinangan tu aku dah lama terima tapi bukan untuk waktu sekarang.  Aku nak kau belajar dulu.  Jangan risau, aku tunggu kau nanti.  Pergi belajar dengan senang hati dan balik juga dengan senang hati, ya?” 
Dia menggeleng.  “Kita nikah dulu.  Kita sama-sama ke sana.  Rin kerja kat sana bela Mi,” cadang dia.  Sama dengan cadangan kawan-kawan aku tadi.
“Tak boleh, Rin…”  Aku menggeleng. 
“Aku kan belajar kat sini.  Mana boleh tinggal.  Kau pergi jelah.  Aku tak kisah tapi jangan kau fikir aku tak kisahkan kau pulak.  Aku kisahkan kau sebab tu aku nak kau pergi belajar.  Aku tunggu kau kat sini.  Sila jangan risau!”  ujar aku lagi cuba meyakinkan dia. 
Zafrin mengeluh.  Nampak lembut dan manja dia sekarang.  Dia bangkit dan meraup wajahnya sebelum kedua belah tangannya singgah di dalam poket jeans yang agak lusuh itu. 
“Berat hati nak pergi…”
“Kena pergi, Rin.  Cita-cita dan harapan mama dan abah kau tu…”
Dia angguk sudahnya.  “Janji tunggu aku?” 
Aku angguk bersungguh-sungguh.
“Kena tunggu.  Aku pergi untuk dia.  Dia  yang aku cinta,” pinta dia. 
Aku hanya gariskan senyuman tipis.  Bersyukur amat bila dia akhirnya nak pergi mengejar apa yang dia hajati sebelum hadirnya aku dalam hidup dia. 
“Tapi macam tak yakinlah…”
“Uiks… apa yang tak yakinnya?” 
“Takut Mi tak tunggu Rin…” jawabnya.  Wajah berkerut itu sudah menampakkan yang dia memang ragu-ragu. 
“InsyaAllah, orang tunggulah!” 
Dia senyum.  “Melainkan Rin ikat Mi in and out dulu.  Macam tu baru yakin.”
In and out?”  Aku bertanya dengan kerutan. 
Out… dengan ikatan pernikahan dan in dengan…”  Ayatnya mati.  Dia sengih jahat lagi.  
“Jangan kau nak calarkan otak, ya Rin!”  AKu memberi amaran dan dia ketawa.
“Betullah.  Itu jalan terbaik untuk ikat kau.  Kalau aku jahat la…”
Aku mencemik.  “Eleh… dah berubah langsung?  Ingatkan nak pakai nama je sekarang ni.  Tengok-tengok kembali ke pangkal jalan balik,” sindir aku.
Dia ketawa terbahak-bahak.  “Aku cakap macam tu tadi, nak pancing kau.  Kot-kotlah kau setuju nak kahwin dengan aku sekarang sebab tergoda dengan aksi manja dan menggoda aku tu.  Nampaknya kau memang tahan godaanlah Mi jadi dengan ini aku nak isytiharkan aku akan pergi dan akan kembali nanti.  Masa tu, aku heret kau nikah free sungguh kalau kau banyak dalih lagi,” ujar Zafrin. 
Free ke tidak, aku kisah.  Janji halal di sisi Allah.  Apa yang penting, aku nak kau berjaya dan stabil dulu.  Aku pun sama.  Bagi aku belajar ilmu rumahtangga lagi sebelum betul-betul ada rumah dan tangga biarpun masa tu kita duduk rumah tak ada tangga sekalipun.”  Aku membalas. 
“Kau memang uniklah, Mi…”
“Kami memang spesis unik.  Cumanya, beza tetap ada.  Kau kena ingat tu.  Aku Haqmi.  Aku ada cita-cita dan aku nak orang yang aku sayang berjaya.  Minggu depan aku dah final.  Aku harap kau doakan aku, ya?”
Zafrin angguk.  “Aku doakan.  Hanya untuk dia.  Dia yang aku cinta kerana Allah dan bukan kerana nafsu semata-mata,” balasnya dan mata itu redup merenung aku seketika sebelum kami sama-sama membuang pandang ke tengah tasik. 
Lega, memang lega. 
“Aku harap kau boleh terima aku seadanya, Rin,” ujarku separuh berbisik tanpa memandang Zafrin.
Dari ekor mata, aku tahu dia sedang merenung sisi wajah aku.  Selendang yang sedikit terbang dihembus angina, Zafrin pegang dengan hujung jarinya. 
“Kat luar ni insyaAllah aku boleh terima.  Kalau nak seadanya lagi, bagi aku tengok yang dalam nanti.  Masa tu segalanya aku terima seadanya,” jawab dia sedikit nakal.
Aku pandang dia dan sengih menahan malu.  Saja buat-buat tak faham dengan kata-kata. 
“Memang boleh tapi lepas tiga tahun nanti,” balasku dan wajah itu berkerut. 
“Lama gila!”
“Jangan gila sudah nanti.  Aku kahwin lain tak masal,” gurau aku dan dia terus kelatkan wajahnya.  Aku senyum lagi.  Comel sungguh dia ni.  

~~> bersambung

29 comments:

  1. gatal kan ko zafrin ...
    hahahaha

    hotmum

    ReplyDelete
  2. asal pendek je..nk lagi...

    ReplyDelete
  3. Best sngt..bg lh pnjng2 ckit Rehan..


    Ida

    ReplyDelete
  4. haihhh risau nyerr la rin ngan mi..bile dorg nak kwen..lagi tiga tahun? lame :(

    ReplyDelete
  5. hahahaaaa....
    tunggu lagi 3 tahun tau Rin..

    ReplyDelete
  6. Ha..ha..unik betul dorg becinta, brutal ya amattapi sempoi.....

    ReplyDelete
  7. hihihi..tq karehan tuk n3 neh.berbaloi bukak smula lappy.ad n3 bru rupanya. malunya kalo dpt kata2 tu dari seorang lelaki. sah2 saya cop dia gatal n x bermoral. hihihii
    p/s: agak kagum ngan Mi kerana msih berjaya mempertahan prinsip yang dipegang. tahniah. you go girl

    >>k<<

    ReplyDelete
  8. ooooooo...miang gatai no zafrin nie

    ReplyDelete
  9. lawak gila dudak 2 orang ni....
    Ikat dengan pertunangan sudahlah Rin....
    Mi tu cantik .... mahu x ada yang nak goda....
    hehehe...

    ReplyDelete
  10. RM cepatkan 3 thun tu.....nk cerita dorang kwen plak...msti suweet...heheh

    ReplyDelete
  11. couple yg unik tersendri..
    dh nk ending ker?? jgn la ending awk sgt ye kakRM

    ReplyDelete
  12. Comel gila Zafrin, gatal pun sama jugak! :D good job kak Rehan :)

    ReplyDelete
  13. hahaha..sweet dan klakar lah dorang ni suka sgt..
    ala rin ngan Mi ni 3thn bkn nya lama pun..cuma jauh diri ajer sbb mata dekat di internet ada skype kan haha..

    ReplyDelete
  14. la x jadi kawin ker
    xpe la mudah2an ada jodoh

    ReplyDelete
  15. ruby muksan redsJuly 16, 2012 at 5:25 PM

    3 tahun lama lg lah.hihihi sweet je zafrin n aqmi ni.. :)

    ReplyDelete
  16. 3 thn ke?pjg lg ke UD ni?hehehe

    ReplyDelete
  17. emmm...jgn la dibuatnye rin jmpe org lain atau digoda di sana? aduhhh... nape rs xsedap hti je ni

    ReplyDelete
  18. kwn2...angkat tgn doa ramai2...biar la ada jodoh antara mereka...amin...

    ReplyDelete
  19. manja2... haha. mi xtergoda readers yg pengsan. haha.

    ReplyDelete
  20. wooo lama gila 3 thn tu RM. Adakah di antaranya yg x stia? waduh jgn gitu. tggulah....

    ReplyDelete
  21. Adeh...sweet...#^_^

    ReplyDelete
  22. Sangat best..suka watak zafrin..-Nurul88

    ReplyDelete
  23. Rin.. Will miss u..
    3 tahun tu nak g oversea...
    Aduhai mi... Kenapa x nikah je dulu...
    Mesti banyak cabarannya lepas nie..

    ReplyDelete
  24. alolo, comelnyer diorang ni, hehe

    muda13

    ReplyDelete
  25. alahai... terasa kerinduan y mengunung..
    mcm manalah depa dah berpisah nnti kan.. ishh
    compem melalak x ingat dunia nih..

    ReplyDelete
  26. hmmm.....feeling ne ngan perangai Rin,aduhai..Romantik nye.tapi macam dh sampai part sedeh lh plak,bkn nye dekat german tu.pape pun rehan,biarlh hapy ending ye.tk sabar nk bc g.

    ReplyDelete
  27. Bangganya akak Cik Penulis ~~~~~~> alangkah indahnya cinta itu bila dibatasi akal sempurna tidak hanya bertunjang nafsu semata. Cinta dan cita bersatu dalam kebertanggungjawaban. I'm so proud of the characteristic of Haqimah that you developed my dearest RM. Keep it up!!!

    ReplyDelete
  28. punya sweet ni cerita...... suka2.... cinta jgn bersandartkan nafsu semata

    ReplyDelete