Monday, June 04, 2012

Suami Tak Kuhadap 12


BAB 12

TIDURKU terganggu.  Entah bila aku terlena dan entah bila pula aku memanjat katil, aku juga tidak sedar.  Tangan ini terasa pedih.  Mata pula terasa agak berat.  Kepala punya menyengat. 
Lampu di meja sisi samar-samar saja.  Ada  yang ke kalut persis lipas kudung di depan almari solek yang telah pecah berderai cerminnya.  Aku angkat kelopak mata dan dalam kesamaran, mataku terbias dengan susuk tubuh lelaki yang aku kenal.
 
Bunyi kaca yang berlaga sesama sendiri menerjah telinga.  Dalam kesamaran lampu tidur, aku kecilkan pandangan memandang dia dan benar, Budriz sedang mengutip dan menyapu kaca-kaca yang berselerakan.  Setelah seketika, dia berlalu ke bilik air dan membawa kain buruk.  Lantai itu dilap penuh cermat.  Matanya tiba-tiba beralih padaku dan aku pantas merapatkan kelopak mata. 
Tidak berkudrat lagi hendak bertekak waktu ini.  Aku perlukan rehat kerana esok, masih terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku hadapi lantas aku kembali pejamkan mata kerana aku yakin, Budriz tak akan berani bertindak lebih dari tadi. 
Cukuplah sekali dia menyentuh bibirku dan aku haramkan hak dia ke atas diriku.  Benar itu satu dosa namun, hati ini tidak rela.  Memandang dia saja membuatkan hatiku mati apatah lagi membenarkan dia menghampiri. 
Aku sedar, hak dia ke atasku adalah mutlak.  Seperti mana katanya namun tak mudah untuk hati ini cair dalam sehari setelah bertahun dibalut salju.  Tak mudah untuk aku lemah hanya dengan pengakuan cintanya.  Segala palsu pada pendengaranku.  Palsu kerana kerasukan nafsu dan kehendaknya kerana aku tidaklah senaif mana hendak menilai renungan dan ungkapan cinta seorang lelaki yang mendambakan sayang. 
Ayah juga pernah menyayangi ibu tapi akhirnya, hanya kedukaan yang tinggal buat ibu dan aku.  Budriz juga sama.  Tiada  yang berbeza.  Perlahan-lahan, aku terlelap lagi.  Namun tidak lama bila aku rasanya, ada yang mengelus belakang tanganku lembut dan sekelipan dia mengucupnya tipis. 
Aku angkat kelopak mata sekali lagi dan aku lihat Budriz sedang duduk di atas bangku kecil di sisi katil.  Kala dia menarik tanganku ke atas ribaannya, aku biarkan saja.  Tangan itu penuh dengan luka dan serpihan kaca yang mungkin terbenam di dalam kulit belakang tanganku itu. 
“Sayang marah abang, kenapa mesti nak sakitkan diri sendiri?”  Budriz bersuara sendiri tanpa tahu aku yang telah tersedar dari lena. 
Tangan ini dilap perlahan dan lembut.  Kemudian, jari kasar itu menguis sedikit di tempat-tempat yang luka.  Kemudian, dilap pula dengan kain basah membersihkan darah yang sudah membeku. 
“Tahan sikit sayang… abang letak ubat dekat luka ni,” pujuk dia padaku bagaikan aku ini terbuntang matanya. 
Kala ini, ada rasa pilu hadir.  Ada rasa rindu yang menderu-deru.  Rindu pada ibu.  Dulu ibu sentiasa membersihkan lukaku.  Sentiasa bersikap begini juga.  Bertutur sendiri dalam pada aku hampir terlelap sendiri.  Membuai lenaku bersama senyuman dan kucupan hangat di dahi. 
Tapi hari ini, aku sedang melalui perkara yang sama.  Cuma, berbeza segalanya.  Dia adalah lelaki yang aku benci namun dialah yang paling dekat denganku kini. 
Setelah seketika, dia letakkan kembali tanganku di sisi katil.  Tidak terasa pedih ubat yang disapunya.  Kemudian, aku dapat rasakan Budriz beralih tempat.  Dia kini sedang melutut dekat dengan kepalaku yang sedang berbaring mengiring. 
Pipiku disentuh halus dengan hujung jarinya.  Kepalanya menyenget sedikit.  Barangkali hendak menatap wajahku tanpa dia tahu, aku sedang melihat segala tindakannya. 
Abang tak akan buat macam tadi lagi, Syai.  Abang tak nak Syai sakitkan tubuh sendiri sebab terlalu marahkan abang,” ucapnya berbisik. 
“Mujur terdetik di hati abang nak jenguk Syai di bilik bila Syai tak turun-turun ke bawah dan kata hati abang betul biarpun abang risau Syai mengamuk.  Jantung abang hampir terhenti degupannya tengok kaca bersepah, darah menitis di atas lantai dan tangan Syai luka.  Kenapa macam ni, sayang?  Apa lagi yang harus abang katakan untuk buat Syai tak bertindak macam ni?”  Dia terus bertanya sendiri. 
Sesekali ada keluhan  yang dia lepaskan.  Kemudian, tangannya naik menyentuh anak rambutku dan menguak rambutku ke belakang. 
“Atau Syai menderita lagi sebab pengakuan cinta abang pada, Syai?” 
Aku telan liur mendengar pertanyaannya.  Rasa hendak saja kujawab dan kuherdik dia dengan ungkapan cinta basi itu namun aku tahan hati.  Bukan waktu ini yang sepatutnya aku menjerit lantang. 
“Jangan macam ni lagi.  Hati abang berdarah tengok Syai terluka.  Syai tak pernah tahu tapi abang lalui.  Syai hanyut dengan dendam dan kebencian tapi abang tenggelam dalam cinta Syai sejak dulu.  Cinta yang tak pernah Syai rasa, sayang.  Syai isteri abang dan abang adalah suami biarpun Syai tak pernah nak hadap.  Abang janji, sayang… janji dengan diri sendiri.  Hari ni, Syai abang bukanlah suami yang tak pernah Syai hadap dan satu hari nanti, Syai akan hadap abang dengan kerelaan hati Syai.  Tidurlah sayang.  Tidurlah.  Abang tak usik Syai tanpa izin.  Abang nak Syai rela,” sambungnya panjang lebar terus berbisik di depan wajahku. 
Dekat dan terlalu dekat hinggakan hembusan nafasnya hangat menyapa wajah.  Tanpa kuduga, Budriz menjatuhkan bibirnya lama pada  ubun-ubunku lama membawa rasa syahdu yang tak pernah aku rasakan.  Ada keikhlasan yang bercampur baur dengan kejelekan tanpa sedar, ada air hangat mengalir di juring mataku. 
Aku buka mata setelah yakin yang Budriz sedang bangkit menjauh dariku.  Benar yang dia sedang melangkah keluar dari bilik.  Bila dia rapatkan daun pintu, aku telek tanganku yang berbalut sedikit.  Baru terasa pedih.  Tidak sedar yang fizikal ini tercedera kerana luka di hati terlalu dalam gurisannya. 
Suis lampu di meja sisi katil aku petik.  Tubuh ini aku angkat dan menyandarkan belakang tubuhku pada katil.  Kepala ini terdongak sedikit dan mata ini aku pejam serapat-rapatnya.  Berharap agar ini hanya mimpi.  Berharap agar segalanya dusta belaka.  Berharap yang ikatan ini adalah palsu. 
Namun sayang beribu kali sayang kerana bila aku buka mata, luka ini benar.  Hangatnya kucupan Budriz masih terasa pada ubun-ubunku.  Kali pertama kerana kala kami diakad nikahkan siang tadi, aku langsung tidak menyambut salamnya dan tidak sekali pun aku membenarkan dia menyentuh kulitku.
“Mampu ke Syai nak hadap semua ni, bu?  Tanpa ibu dan tanpa sesiapa.  Syai ada keluarga pada hakikatnya namun Syai sendiri, bu,” keluhku sambil memandang ke arah kipas  yang ligat berputar.  Menahan dari gugurnya airmata ini lagi. 
Wajah ini aku raup lama.  Perlahan-lahan aku tarik lutut rapat ke dada dan aku sembamkan wajahku di atas lutut.  Memeluk lututku erat.  Mengimbau kembali kejadian paling malang dalam hidupku. 
Bila tersedar dari pitam beberapa hari sudah, Budriz setia di sisi.  Nenda, Aunty Sarimah, ayah dan bonda ada bersama juga. 
“Berapa bulan, Syai?”  tanya ayah kala itu. 
Aku mengerutkan wajah dan menggeleng berkali-kali menidakkannya.  Tubuh Budriz yang duduk di birai katil, aku tolak sekuat hati menghalau dia jauh dariku. 
“Syai tak mengandung, yah!  Syai tak pernah buat perkara terkutuk tu!”  tekanku geram. 
Ayah menggeleng.  “Sampai pitam kamu nak cakap kamu tak berisi lagi?  Kalau Budriz sendiri mengaku yang kamu berdua dah terlanjur, apa lagi yang kami tak nak percaya, Syai?”  soal ayah lagi.  Jelas yang dia tidak mempercayaiku.
“Budriz!”  Aku menyeru dengan suara yang masih mampu kubendung kelantangannya. 
Dia panggung kepala dan memandangku. 
“Kenapa kau buat aku macam ni, Budriz?  Apa yang kau nak buktikan pada keluarga kau?”  soalku. 
Dia tetap diam.  Soalanku tidak bersambut.  Kali ini, ayah pula mendekat padaku.  Bila Aunty Sarimah bangkit ayah pula mengambil tempat di birai katil.
“Ayah tak kata ayah percayakan Budriz, Syai.  Tapi, bila Syai dan dia tertangkap dalam keadaan macam tu, apa lagi yang kami nak fikir, kecuali nikahkan kamu berdua?”  ulang ayah sekali lagi.
Tangan yang cuba membelai rambutku, aku tepis kuat.  Tak sudi andai dia mahu memanjakanku kini.  Kala ini, aku tak perlukan perhatiannya, aku hanya mahukan secebis kepercayaan buatku. 
“Syai tak akan kahwin ayah.  Dia perangkap Syai dan Syai tak mengandung.  Syai pitam sebab Syai tak sihat.  Sebab Syai kurang makan.  Sebab Syai terkejut dengan jantan jahat ni!”  tekanku sambil menjeling ke arah Budriz tajam. 
“Jaga sikit kata-kata Syai tu, nak!”  Ayah memberi amaran bersama mata yang dia lirikkan sedikit ke arah Aunty Sarimah dan nenda. 
“Jangan terlalu lantang bersuara macam ni.  Syai tu perempuan.  Syai tu anak ayah.  Bukan ke arwah ibu mengajar Syai dah cukup?  Kenapa nak jadi kurang ajar?  Terima je kehendak Budriz.  Dia nak bertanggungjawab pun dah cukup baik!”  tekan ayah lagi. 
“Syai tetap tak nak ayah!”  tekanku lalu cuba untuk bangkit namun pantas di halang oleh Aunty Sarimah yang entah bila berada di sisiku.
“Syai… cakap terus terang dengan kami.”  Aunty Sarimah menyoal lembut. 
Telapak tangan itu sudah menyapa bahuku.  Suaranya lembut memujuk.  Renungannya tidaklah setajam ayah dan nenda. 
Mata ini membalas pandangan Aunty Sarimah dan menggeleng perlahan.  Bibirku terkatup rapat.  Sering kalah kala melihatkan renungan Aunty Sarimah.  Persis redupnya renungan arwah ibu. 
“Syai cakap betul-betul?  Kenapa sampai pitam?  Betul ke Syai dengan Budriz…”  Kata-katanya terhenti di situ. 
Nampaknya, Aunty Sarimah juga lebih percayakan anak saudaranya berbanding aku yang bukan sesiapa di kalangan mereka.  Aku pandang wajah ayah yang muram, wajah Mak Usu yang mengalirkan airmata dan wajah nenda yang masam mencuka dan akhirnya wajah Budriz yang tunduk bagaikan pesalah. 
“Syai dah cakap… Syai tak sihat.  Kenapa susah sangat semua orang nak percaya?  Kalau macam ni, Syai akan tinggalkan rumah ni.  Budriz tak perlu bertanggungjawab apa-apa atas Syai dan semua orang tak perlu risau lagi!”  ujarku agak keras biarpun separa berbisik. 
“Aunty percaya Syai dan Budriz sebab Budriz dan Syai dan akan buat perkara terkutuk tu tapi aunty percaya, bila Budriz bertindak lebih cepat daripada akalnya, pastilah dia sedang merencanakan sesuatu yang baik untuk Syai.  Cinta mungkin,” tebak Aunty Sarimah waktu itu. 
Semua orang tak akan mengerti.  Semua orang tak akan faham.  Di hati Budriz hanyalah dendam semata-mata.  Cinta adalah mustahil untuk kami.  Segalanya tidak mungkin antara kami.  Tak pernah ada rindu melainkan benci yang membuak-buak dan hari ini, kebencian itu semakin utuh bertapak di hati. 
Aku renung Budriz tajam.  Dia juga memandangku dan Aunty Sarimah kala itu dan dia mendekat pada nenda dan bondanya lalu dibisikkan sesuatu pada kedua-duanya. 
“Kenapa kamu tak sudah-sudah nak bantah cakap nenda, Budriz!”  marah nenda tiba-tiba. 
“Berapa kali nenda dah pesan pada kamu… cukuplah arwah abah kamu kahwin dengan orang bukan dari darah keturunan kita.  Ini kamu pun sama.  Malah kamu sanggup buat macam ni semata-mata nak suruh nenda setuju dengan pilihan kamu!”  tekan nenda lagi.
Aku telan liur.  Wajah Aunty Sarimah aku pandang dan dia mengedipkan matanya sekali lalu tapak tangan itu mengusap bahuku lembut.
“Bonda… dah Riz nak, kita izinkan saja,” pujuk Aunty Sarimah.
“Masalahnya perempuan tu tak nak!”  bantah nenda dengan jari telunjuk yang tajam dituju padaku. 
Memang aku tak pernah ingin hendak bersuamikan dia malah sesiapa saja.  Aku sudah biasa mendidik diriku tegar bersendiri.  Namun, apakah permainan Budriz kala ini?  Aku tidak tahu.  Sungguh aku tidak mengerti.
“Nenda… restui kami.  Dia tak setuju sebab dia takutkan nenda.  Tapi, Riz tahu…”  Budriz berhenti  berkata-kata dan dia berpaling merenungku.
Bila mata kami beradu, dia bagaikan berbicara.  Berbicara bahasa yang tidak mudah untuk aku ertikan lantas kubiarkan saja lidah itu terus ringan berbicara. 
“… dia cintakan Riz.  Dia cinta sangat-sangat sampai tak tahu bezakan sayang dan benci.” 
Setelah beberapa ketika dia memaut tangan nendanya, Budriz melangkah ke arahku dan Aunty Sarimah.  Lalu dia duduk mencangkung di depan kami.  Belakang tanganku disapa sedikit dan belum sempat aku menepis, dia pantas menggenggamnya erat. 
“Andai Syai tak cintakan abang pun, abang akan buat Syai sampai cintakan abang!”  tukasnya tegas bersaksikan Auntry Sarimah.
Dan aku, kelu sendiri tidak mampu berkata-kata lagi bila nenda juga sudah menjatuhkan  kepala memberi izin.  Akhirnya malam ini, aku temui jawapan pada paksaan Budriz.  Pada perangkap yang dia pasang untukku.  Cinta!  Cinta yang tak pernah ada dan cinta yang telah aku haramkan buat selamanya. 
Pintu bilik ditolak tiba-tiba membuatkan ingatan beberapa hari sudah yang membawa aku kepada sebuah pernikahan segera ini terbang menjauh dan membawa wajah Budriz semakin mendekat. 
“Eh, sayang dah bangkit.”  Dia senyum dan terus melangkah lantas duduk di birai bersama semangkuk makanan dan segelas air masak. 
“Makan sikit sayang.  Abang ingat nak kejut Syai bangkit, tapi alang-alang dah bangkit ni, kita makan sikit.  Abang suapkan,” ujarnya ceria.
Bila sudu itu disuakan ke bibirku, aku berdiam diri.  Tidak pernah berselera sejak bersua dengannya. 
“Makan sikit, sayang,” pujuk dia lagi. 
Aku menggeleng.  “Aku dah lama hilang selera sejak aku bertemu dengan kau Budriz!” 
Dia mengeluh.  Mangku itu diletakkan di meja sisi katil dan dengan selamba, dia mendaratkan tangannya ke lututnya dan diurutnya lembut.  Pelik bila aku pula tidak mahu membentak seperti selalu.  Hanya membiarkan saja.  Barangkali, kudrat yang hanya sedikit tersisa ini menghalang aku menepisnya. 
“Apa yang abang perlu buat untuk buat Syai makan sikit?  Syai tak ada tenaga.  Sebab tu pitam, kan?”  soalnya polos.
“Dan kau pulak ambil kesempatan mengatakan yang aku pitam sebab mengandung anak kau!”  pangkasku. 
“Abang tak kata tapi bila nenda, bonda, ayah dan aunty fikir macam tu abang sendiri…”  Bicaranya mati.  Dia merenungku kembali. 
“Abang tak tahu nak menidakkan macam mana bila abang dah mulakan semua ni.  Yang abang tahu, abang perlukan Syai dalam hidup abang.  Untuk lengkapkan hidup abang sebagai seorang lelaki,” sambung dia tidak lama setelah itu. 
Terdiam aku dibuatnya.  Lantaran itu, pengakuan cintanya hadir berdengung di dalam kepala.  Mata aku pejam seketika mencari kata hendak bersuara.  Apa lagi yang harus aku katakana.  Kepala ini sibuk mencerna dan merangka perkara esok.  Bila aku buka mata, Budriz setia merenungku tidak berkelip-kelip.
“Makan sikit sayang.”  Budriz terus memujuk tapi aku tetap membatu.
“Syai tak makan tak ada kudrat nak bergerak nanti.  Esok abang kerja, yang.  Bonda dengan ayah pun nak balik dah.  Nanti tinggal Syai sorang-sorang kat rumah.  Makan sikit, sayang.  Abang risau ni,” luah dia bersungguh-sungguh. 
Kata-kata Budriz langsung tidak kuhiraukan.  Aku memandang ke arah beg pakaian yang ada di depan almari.  Beberapa helai baju juga berselerak di situ.  Budriz mengikut arah anak mataku sebelum dia memaut pipiku memandang wajahnya.
“Syai jangan sesekali fikir nak tinggalkan rumah ni.  Abang tak benarkan!”  pesan dia mengerti akan apa yang berlegar di dalam benakku kini. 
Aku senyum sinis.  “Kalau kau ikat aku, mungkin aku tak keluar,” selaku tenang. 
“Abang tak nikahi Syai untuk Syai tinggalkan abang.  Abang nak Syai ada dekat dengan abang.  Please, sayang.  Jangan seksa abang macam ni,” rayu dia. 
“Kau yang seksa aku, Budriz.  Dari dulu, kau tak pernah puas nak seksa aku.  Sampai saat ini kau terus nak seksa hati dan jiwa aku, kan?”  Matanya aku renung dalam-dalam. 
Budriz mengesotkan tubuhnya semakin dekat denganku dan perlahan-lahan tangannya turun melurut pada hujung jariku yang ada dipeha.
“Sayang dah tahu jawapannya.  Abang cintakan Syai.  Abang nak bantu Syai.  Abang nak pulihkan Syai.  Abang tak nak Syai terus sakit…”
“Aku tak sakit, Budriz.  Kenapa?  Kau rasa aku gila?”  tukasku keras.
Dia menggeleng pantas.  “Abang tak maksudkan itu, sayang.  Dah berkali abang katakan, abang tak nak Syai terus tenggelam dalam dunia Syai sedangkan kita mampu bina dunia kita yang lebih indah.  Sekali je abang mohon, Syai redha.  Syai terima segalanya dengan ikhlas,” nasihat dia lagi. 
Tangannya aku tepis kasar.  “Kau jangan bercakap soal redha dengan aku Budriz bila kau sendiri tak redha dengan hidup kau!”  tekanku.
“Apa yang abang tak redha?”  soalnya.
“Kau tak redha bila aku katakan benci kau…”
“Sebab kebencian tu satu penyakit, Syai.  Kebencian tu satu penyakit hati yang boleh membunuh jiwa.  Menjadikan Syai manusia yang semakin jauh dari dunia bahagia.  Membawa Syai menderita diburu bayangan derita Syai sendiri sedangkan ada yang sudi mengubati,” cantasnya berbisik.
“Aku tak sudi kau ubati untuk aku, Budriz!  Aku lebih sanggup mati dari jadi isteri kau!” 
Budriz berpaling menghadap dinding dan melepaskan keluhan yang panjang.  Kemudiannya, dia berpaling semula kepadaku.  Lututnya diangkat sebelah dan menindah pehaku sedikit. 
“Nur Syaima… awak tu sekarang isteri saya.  Isteri Syed Ahmad Budriz.  Abang ni suami Syai walau apa pun Syai kata.  Benci, meluat, tak hadap… yang penting hubungan kita ni Allah pandang, Syai.  Izinkan abang jaga Syai.  Zahir dan batin.  Hati dan nurani.  Sampai bila Syai nak hidup macam ni, sayang?”  tanya dia dengan wajah yang semakin dekat dan terus mendekat padaku. 
“Abang cintakan Syai.  Percaya pada abang, sayang,” rayu dia bersama hembusan nafas yang hangat menyapa wajahku membuatkan aku memejamkan mata seketika. 
Wajah Budriz  yang hanya beberapa inci dari wajahku, tidak kutolak.  Tidak rasa hendak kutampar seperti sebelumnya.  Malah, aku renung pula dia dengan mata yang semakin redup dan berair.  Aku rindu ibu.  Terlalu rindu dan Budriz tidak mampu merubah apa-apa di dalam hati ini. 
“Syai nak kan, hidup dengan abang?”  tanya dia resah. 
Lambat-lambat, aku menggeleng.  “Tunggu aku mati hidup balik dulu, Budriz.  Dan waktu itu baru aku pertimbangkan untuk terima kau jadi suami aku!”  sinisku. 
Serta-merta, wajah Budriz menjauh.  Dia mengetap giginya hebat lalu dia bangkit pantas. 
“Jangan jadi orang tak beriman, Nur Syaima!  Mati hidup balik pun, abang tak akan lepaskan Syai dari hidup abang.  Apa pun jadi, abang akan buat Syai jatuh cinta dekat abang.  Abang akan buat Syai merayu-rayu kasih sayang abang.  Abang akan buat sampai Syai tak mampu tanpa abang!”  tekan dia agak keras. 
“Abang ke bawah kejap.  Syai makan bubur tu.  Abang nak tengok bubur tu habis bila abang naik nanti!”  arah dia tegas dan mula menapak ke arah pintu. 
“Aku akan makan… tapi bukan bubur ni,” ucapku tenang menghalang langkah Budriz. 
Dia berpaling dan tersenyum.  Kemudian dia berpatah balik padaku lantas mencangkung di sisi katil menyoroti mataku. 
“Sayang nak makan apa?  Abang minta bonda masakkan.”
Aku melebarkan sengihanku.  “Aku nak makan kau.  Boleh kau suruh bonda kau masakkan kau untuk aku makan?”  tanyaku sinis dan Budriz terkedu lama.

~~> bersambung

Cik Penulis : Maaf.. cuti je mesti lost in the light..huhu..maaf2 atas kekurangan.

43 comments:

  1. huhuhu...kerasnya hati syai ni...best2

    ReplyDelete
  2. syai x habis2 sakitkan hati Budriz. kesia dia. harap2 dyorang berbaik.
    -yana-

    ReplyDelete
  3. syai-syai... geleng kepala eden dibuatnya.. hmm, luas betul selera.. budriz pun nak dimakannya..adehh

    ReplyDelete
  4. kak rm,..baru 12 bab,..tp rasa mcm dah lama sgt kak rm tulis psl kekerasan hati syai...nak bace pun xsanggup. heheh. nak jugak tgk mcm mana bila hati syai lembut...heeeeeee

    ReplyDelete
  5. bestla.... tak sabar nak baca lagi...

    ReplyDelete
  6. Selera syai tinggi .. Ade nk makan budriz .. Huhuhu ..

    ReplyDelete
  7. Akhirnya Ada n3 baru....alahai syai sian kat abg budriz, lembut2 kan lah hati yg keras mcm batu tu..kak nak lagi...

    ReplyDelete
  8. Syai x berfikir dgn logik akal, ini semua qada' & qadar yg tlh ditetapkan...bukan salh budriz...akibat dendam kesumat, walau solat sebyk mana tetap rasa x bahagia dan tenang. Tidak sempuna iman seorg islam kalau salah satu rukunnya masih tidak kita percaya. Syai x percaya qada' & qadar, suratan yg ditetapkan ke atasnya..rasanya roh ibunya juga x tenang di sana akibat sikap syai yg sgt biadap dan menderhaka kpd ayahnya. Sampai bila agaknya syai nak insaf dgn kesilapan maha besar dia ni....

    ReplyDelete
  9. Ingat dh tak ada n3 baru lagi rupanya masih ada
    suka sgt dpt baca n3 baru tak menghampakan langsung... tk RM, jgn lupa cpt sambung ye...

    ReplyDelete
  10. bahagia ny bila tiap kli bukak blog ni de en3 bru keke
    Budriz nk jwb pe eh bila Syai ckp nk kn dia,.keke
    tpi mmg ati batu btol si Syai tu,.

    ReplyDelete
  11. adeh la...keras2 kerak ns rendam air lembut jua..hehehe SAB sabo jek la..dah tu keputsan anda nk beristerikan syai tu,mmg makn hati ulam jantung la..syai tu degil tp dlm hati ade taman..

    ReplyDelete
  12. takut juga kan bila baca cerita ni... takut jadi isteri yang terlalu banyak berdosa pada suami.... kesabaran suami yang kuhadap ....hehehe

    ReplyDelete
  13. ermm....dah x lama dah tu budriz...hehe...keep it up!

    ReplyDelete
  14. rasanya kita perlu ltakkan diri di tempat Syai.
    Bukan mudah dia menjaga ibunya ketika sakit n menguruskan semunya sorg diri bagi gadis seusianya..
    mmg sukar nk maafkan org bila dh bencikan diorg..

    ReplyDelete
  15. Citer ni makin best .Saya lebih suka Syai bersikap keras hati daripada berlembut dengan budriz ..... biar Budriz rasa bersalah .

    ReplyDelete
  16. nice...
    smbung lg RM..
    si budriz bg btl2 br tau..

    ReplyDelete
  17. geramnya kat syaima tp bilala mereka nk bahagia..
    mcm mnala budriz nak lembutkan hati syai yg lebih keras dripada batu?
    srnk nov nie ada sdikit kelainan drpd biasa..
    pleazzz cpt update x sbr nk bca lg...

    ReplyDelete
  18. Wah..... puas rasa hati ada entry terbaru hari ni..... Mmg best dan jiwang jer.... Hahahaha....

    ReplyDelete
  19. best tu dia nak makan Budriz...tak sabar nak baca n3....sambungannya.........Kak Sari

    ReplyDelete
  20. tak sabar nak tunggu syai lembut :)

    ReplyDelete
  21. Macam2 dugaan yang Syaima lalui...kasihan dekat Syaima...

    ReplyDelete
  22. Fuuh~ aku pun nak makanlah..lapar ni ;p

    Kak Rehan, STK makin mengancamlah! :D

    ReplyDelete
  23. mmg dsyat tol la gram smpai klo budriz 2 klo ley dimakan dye nk mkn..mmg kras r ati syai nie so budriz pn kne la byk kn usaha ag ye

    ReplyDelete
  24. Pergh... pelbagai komen yang meruntun lagi menyesak jiwa. You're superblah my dearest RM.... Played very well with your loyal fans'/readers' feelings. Dekat sini RM nak bisik sikit.. my special request ni... Please.... kasi kaw-kaw romantik punya Budriz tu sampai Syai cair meleleh-leleh.. Kih.. Kih...

    ReplyDelete
  25. hisshh bila le nk insaf si syaima ni.... cam le dulu2 masa ibunye de dia tu baik sngt, asyik ponteng skola je...nxt n3 pls

    ReplyDelete
  26. brutal giler syai ni sampai nak mkn org
    mcm mane la budriz blh tahan kan

    ReplyDelete
  27. heee best2...lagi keras hati syai..lgi lembut+romantik budriz balas...mesty masyukkk..smpi syai cair..

    ReplyDelete
  28. haish kesian syai...dh la dpt bapak mcm ape ntah...pastu kne kawin dgn budriz yg psycho tu...klau btul syg budriz xkn malukan syai mcm tu...ckp mngndung la ape la...

    ReplyDelete
  29. kekawan! senarnya kta hnya memandang wtk dlm STK tpi adakah kta melihat msj yg nk RM smpaikan? ada msj bsr dlm story ni senarnya. cuba kaji! membaca dan menilai adalah lbh baik kan? truskn chapter strusnya ya RM. nice sgt story ni. Terpedaya gak bila bc kt fb smalam ingtkn takat tu jek.

    ReplyDelete
  30. best2...anyway, sian kat kedua2..masing nk pertahankan apa yg di rasa betul... ni yg wat tak sabar nk bc lg ni...

    huda1002

    ReplyDelete
  31. Aah akak.dh lame akak xp update. Hari2 tngk blog da update je x. Pasni rajin rajinkan update k..hihiii

    ReplyDelete
  32. syaima...syaima...
    buka la pntu ati skit....
    bljr la memaafkan...

    ReplyDelete
  33. selera btol si syai neyh...Budriz pown die nak "ngap"..hehehehe..wat eve pown..Kak RM>.gud job..cepat smbung ok..
    :)

    ReplyDelete
  34. haha best best . tapi dah lama sangat ni syaima ni berdemdam dgn budriz .

    ReplyDelete
  35. saya phm watak syai sebab syai adlh diri saya.........kdg2 bila hati dilukai dan luka itu dalamm,,,,,,,luka luaran hanya kan menjadi secebis luka dihati

    ReplyDelete
  36. walauweh, memg superb keras aah hati si syaima nih.u got a lot of work 2 do budriz

    ReplyDelete
  37. ciannye kat abg budriz <~ ABG ?? =)

    note : sis rehan, kim salam kat abg budriz ehh..ngeee

    lap u ~ fea humaira

    ReplyDelete
  38. kepala batu btoi syai tu ek...hahahaha
    tpi bes.. =)

    ReplyDelete
  39. best best,,mcm kita ada dalam dunia tu....rasa geram je,,,:D NICE JOB!! <3

    ReplyDelete