Wednesday, December 28, 2011

Bila Nak Saksi? [Prolog]

PROLOG

MULUT aku terkunci rapat bagaikan kena gam bila pipi gebuku ini menerima tamparan daripada seorang wanita. Abang aku pula bukan nak menolong tapi dia bantai gelak.

Balik karang aku mengadu kat mama. Biar padan muka dia. Mama suruh dia teman aku untuk jadi penjaga aku, tapi dia pulak yang menokok tambah bara pada hati aku yang dah berasap ni.

“Memang betina tak sedar diri,” tuduh perempuan depan aku ni lagi. Aku terkulat-kulat pandang kiri kanan.

Malu memang malu. Sampaikan con-sundae yang abang aku belanja tu cair meleleh kat tangan. Langsung aku tak rasa nikmat aiskrim itu sebab awal-awal dah rasa penampar wanita tu. Lebih hangat dari biasa.

“Err, kejap kejap, cik. Siapa yang cik cakap betina tak sedar diri tu?” tanya aku geram. Cik aku gelarkan dia maknanya aku masih mampu menahan sabar la tu.

Sebenarnya aku lagi geram kat abang aku tu. Dia tersenyum-senyum je tanpa ada rasa hendak menolong. Ada yang nak kena karate dulu ni. Telinga aku dah berasap ni ha. Hidung dah mendengus keluar asap macam naga.

“Kaulah. Dasar betina tak sedar diri. Kau rampas boyfriend aku, kenapa?”

Aku kerutkan kening. “Siapa boyfriend awak?” tanya aku geram. Aku jeling abang Jeffry sekali lagi. Aku jungkit kening, abang Jeff aku jungkit bahu. Maknanya tak tahu la tu.

“Eh, kau jangan buat-buat tanya la, betina. Dahlah rupa buruk, selekeh. Ada hati nak boyfriend aku. Eh, aku pun tak tahu la apa yang kau dah gadai untuk dia sampai dia boleh pilih kau?” herdik dia padaku. Amboi, sesedap rasa dia saja mengata aku padahal aku langsung tak ada kena mengena dalam ini wayang gambar.

“Eh, cik kak! Apa hal awak melolong kat sini menuduh orang macam-macam, hah? Padahal saya tak kenal pun awak ni. Saya ni tak ternilai tau tak, jadi tak ada istilah gadai menggadai. Ingat saya ni pajak gadai je?” marah aku pula.

Geram dah diherdik oleh perempuan ini sesuka hati. Mujur juga orang tak ramai waktu ni sebab dah agak petang. Mata dia bulat tapi mata aku lagi bulat dan mulut aku lagi petah. Kalau tak, tak ada gunanya aku menang bahas dulu.

“Dan lagi satu. Siapa boyfriend awak tu? Siapa? Remy Ishak ke sampai saya nak gilakan dia?” Dia terkulat-kulat pulak dengar soalan aku. Err, nampak sangat aku sukakan Remy Ishak tu.

“Buruk ke tak rupa saya ni, saya anugerah Tuhan. Yang awak tu perangai lagi buruk. Kalau macam ni lah, saya memang tahu sangatlah sebab awak ke tinggal. You deserved it!” tekan aku keras. Sengaja aku perli dia.

Mata dia merah. Dia mula jadi nenek lampir. Mulut terkumat-kamit membawa jampi serapah pada aku.

“Kau memang kurang ajarlah, betina!” jerit dia tiba-tiba. Baru saja dia nak capai rambut aku, aku terlebih dahulu sua con-sundae aku yang sedang cair tu ke muka dia.

Huh, puas hati aku bila muka itu putih bersolek aiskrim. Abang aku gelak tergolek-golek. Terduduk-duduk atas bangku kat tepi dinding tu.

“Lain kali, jangan cari pasal dengan guru karate.” Gumamku keras. Dia dah mula menangis.

Aku terus melangkah mendekat pada abang Jeff. Sakan dia ketawa tanpa dia tahu, aku memang dah pasang niat nak karate dia.
Geram toksah diungkap. Mood aku nak beli barang pun dah terbang jauh. Mood nak sepak orang je sekarang. Kalau balik, aku ada karung guni kat rumah. Kalau tak ada, aku tendang je batang pisang abah kat belakang rumah tu. Tanpa menanti abang Jeff, aku melangkah keluar daripada pasaraya.

“Eh, nantilah abang.” Suara abang Jeff mengah. Dapat juga dia kejar aku.

Pintu kereta aku tarik kasar bila abang Jeff menekan punat pada alat kawalan kereta. Aku langsung masuk ke dalam perut kereta. Panas tak hilang lagi ni padahal hari dah dekat lewat petang.

“Kenapa marah sangat ni?” tanya dia tanpa riak bersalah.

“Abanglah tu, ketawa kenapa? Bukan nak menolong,” marahku. Dia senyum saja sambil menghidupkan enjin kereta.

“Pergaduhan perempuan. Malas abang nak campur tangan. Lagipun, Lit kan guru karate, tak ada apa nak risau. Tapi, abang memang tak boleh lupa la, masa Lit tonyoh aiskrim kat muka dia. Menangis ha dia tu.” Abang Jeff gelak lagi.

Bibir aku pun menguntum senyum tanpa paksa. Memang aku rasa lucu jugak. Belum sempat dia nak tarik tocang kuda aku ni, aku dulu bertindak. Adillah sebab tadi dia tuduh aku. Dia mulakan, aku tamatkan. Puas hati!!

“Tapi, betul ke Lit tak kenal perempuan tadi tu?” Pertanyaan Abang Jeff membuatkan aku terfikir sejenak. Siapa dia, ya? Kenapa dia tuduh aku macam tu?

“Entahlah, bang. Memang Lit tak kenal la. Main sembur je,” rungutku. Memang geram.
Baru nak suruh abang aku gerakkan kenderaan empat roda dia ni, telefon bimbit dia menjerit kuat.

“Ya, mama,” jawab abang Jeff sopan. Dalam hati aku, mesti mama risau sebab dah remang senja tak jejak kaki ke rumah lagi.

“Apa??” Suara abang aku kuat bergema memenuhi ruang kereta kelisa aku ni. Aku kalih pada dia dan dia juga sama tapi dengan renungan tajam yang meresahkanku.

“Kenapa?” tanyaku setelah dia matikan talian. Risau pula rasa hati. Takut apa-apa terjadi pada mama.

Abang Jeff tak menjawab sebaliknya, dia terus menekan pedal minyak sekuatnya. Sampai aku tercampak rapat ke cermin. Bahaya betul!

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah di Jalan Haji Ahmad, abang Jeff diam je. Hanya rahang dia turun naik. Marah benar dia tapi aku sendiri tidak tahu apakah puncanya. Hanya kerana satu panggilan daripada mama, dia jadi macam ni.

Sampai di rumah, abang aku terus turun tanpa mematikan enjin dan bila aku turut turun, mama sudah berada di depan pintu. Perlahan-lahan aku keluar dari perut kereta dan menghampiri mama.

“Jelita!!!!!” jerit mama kuat tanpa sempat aku masuk ke dalam rumah. Baru saja aku mahu hulurkan salam, mama tarik pergelangan tanganku.

“Kenapa ni, ma? Main tarik-tarik ni?” Rasa pelik bila mama berkasar dengan aku. Tak pernah-pernah macam ni.

“Kamu jangan tanya, mama sebab mama yang sepatutnya tanya kamu,” ucap mama keras. Abah aku lihat duduk memicit dahi di atas sofa.

Bila aku kalih ke kanan pula, ada seorang lelaki yang tidak aku kenali. Siapa ni? Adakah kerana dia, mama dan semua orang bersikap begini?

“Siapa dia ni?” tanya aku di luar sedar.

Lelaki itu sejak dari tadi merenung aku dengan senyuman sinis yang tersungging di bibirnya. Nampak menyampah. Mama cubit lengan aku.

“Jangan buat-buat tak kenal, Jelita. Jangan nak berlakon lagi depan mama, abah dan abang Jeff,” tegur mama geram.
Aku menggeleng. “Lit memang tak kenal dia pun,” selaku pula.

“Kalau Lit tak kenal, macam mana dia boleh ada kat rumah kita? Mama tak hantar Lit belajar ke universiti untuk malukan mama! Dan Lit cakap, surat nikah ni palsu ke tulen?”

Mama suakan sekeping kertas bersaiz A4 depan mata aku. Bila aku ambil, ternyata nama aku yang tertera di atas surat nikah tu. Jelita binti Johari dan aku renung pula nama pengantin lelaki. Yusuff bin Yuzman!

Lelaki tadi mendekat padaku. Dia kini berdiri tepat di sisi aku dengan senyuman manis. Aku tebarkan pandangan ke abah, mama dan Abang Jeff. Masing-masing berwajah kelat.

“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit?” tanya dia tiba-tiba dan aku, kelu lagi tak terkata.

(nantikan kemunculan e-novel ini. tajuk macam cite sarat emosi je kot)

20 comments:

  1. cepat sambung ! nk tau, betul ke die dh kawin ? :)

    ReplyDelete
  2. wah..xsbrnye nk tunggu full cite ni..menarik..:)

    ReplyDelete
  3. Wow... opening yg grand... tak sabar nak baca. Citer u memang bagus2 la.. terangkat...

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tunggu..citer ni..betui ke..mrk da kawen..

    ReplyDelete
  5. cepat2 sambung..x sbr2..

    ReplyDelete
  6. opppsss... apa ni? dah kawin ke? apsal lak dia x kenal suami sendiri??? cik writer sambung cepat2 tau.. he3.. tertanya-tanya da ni...

    ReplyDelete
  7. wahhh.... best2.... cpt2 smbung yer.... tak sabar nak bce..... :)

    ReplyDelete
  8. hah!!! lit btul dh kawin k..x kn die ilang ingatan kot..heheh

    ReplyDelete
  9. intro yg menarik... RM ko memang gempak.. cepat sambung yek.... jgn kasi kitorg sesak nafas kt sini... hehehe tq RM

    ReplyDelete
  10. best2..ada enovel baru....

    ReplyDelete
  11. rehan bikin gempak lg... cepat2 tau smbung novel ni... i like ;-)

    ReplyDelete
  12. wah,,,, sngat2 menarik...
    memang wajar perempuan tu kena tenyeh dgan aiskrim.. best3...

    ReplyDelete
  13. wah2...suspen nie :)

    ReplyDelete
  14. saspen tahap petala lapan ni RM...

    Misha

    ReplyDelete
  15. apakah apakah?! takkan dia tak kenal suami dia sendiri! :O

    *baru nak start baca ni. hehehe!

    ReplyDelete
  16. tadi dah baca bab 1-10. then, baru baca prolog....

    mula tu rasa yusuf tu usop la kan....kan dia kata dia akan guna apa cara sekalipun utk dpt jelita......

    tapi x munasabah pulak si lit x kenal usop...???

    sangat saspen!!!!!

    ReplyDelete
  17. baca prolog lg skali...
    ni usop lepas make-over ke smpai lit xkenal??

    ReplyDelete
  18. waaaa apekah? Lit btol2 dah nikah ke?

    ReplyDelete