Thursday, July 05, 2012

Untuk Dia [6]


BAB 6

GILERA aku letak elok di tempat yang disediakan setelah aku tiba di Fakuliti Kejuruteraan Kimia.  Aku melangkah sambil menyumbat earphone ke telinga dan terus menggumam lagu One Direction bertajuk What Makes You Beautiful.  Lagu baru dari kumpulan baru yang memang layan.  
Setiap kali mendengar lagu ni, aku memang suka sebab kena dengan diri aku.  Apa yang buatkan aku cantik ada menjadi diri aku sendiri. 
Berjalan sendirian untuk ke kelas setelah beberapa hari bercuti kerana sakit.  Tak sempat habiskan cuti sakit, aku sudah ke kelas.  Bosan sendirian.  Bukan boleh belajar pun kalau sendirian. 
Kelas petang yang akan bermula sebentar saja lagi.  Bila ingatkan wajah cuak Zafrin beberapa hari sudah bila diugut oleh abang-abang itu, sungguh aku nak ketawa tergolek-golek di atas lantai ni. 
Biar dia tahu penangan Haqimah ni macam mana?  Jangan ingat aku semudah itu untuk dia buli.  Benar aku juga bimbang akan dia.  Risau dia cedera parah  memandangkan kedua-dua abang itu boleh tahan susuk tubuhnya. 
Rasanya sekali kena cepuk, Zafrin terlentok pasrah rasanya.  Aku tekup mulut dan ketawa perlahan namun tidak lama bila hati ini diserang rasa rindu tiba-tiba.  Sejak bila pandai rindu, aku juga tak pasti yang pasti sejak aku tahu wujudnya lelaki bernama Zafrin bin Zaini tu dalam dunia ni. 
Aku mengeluh kecil tapi tak lama bila bibirku menguntum senyum kembali.  Padan muka dia dan terus saja menapak dan terus menapak hingga ke makmal yang aku tuju. 
Bila aku masuk melalui pintu belakang, aku nampak Aziana, Anaresa dan Jimmy sedang rancak berbual.  Perlahan-lahan aku rapati mereka tapi langkah kau pegun tiba-tiba bila Anaresa menyebut nama itu dengan penuh serius. 
“Betul ke awak cakap ni, Resa?”  soal Jimmy kalut. 
Anaresa mengangguk mengiyakan sesesuatu yang masih lagi kabur pada fikiran aku.  Sesuatu yang tak mampu aku tebak lagi setakat ni.  Perlahan-lahan aku mendekat sedikit dan terus aku duduk selang sebaris dengan meja mereka.  Tunduk sedikit memandangkan masing-masing sedang membelakangi aku. 
“Teruk ke?”  soal Aziana pula. 
Sekali lagi Anaresa mengangguk seketika dan menggeleng kemudiannya.  Jimmy dan Aziana mengeluh.
“Apalah kau ni, Resa?  Teruk ke tidak?”  tekan Aziana sedikit keras. 
Anaresa ketawa kecil.  “Tak adalah teruk tapi teruk jugaklah,” jawab sepupu aku tu penuh sandiwara.
“Eh…”  Anaresa buat muka terkejut.
“Kau tak cakap lagi pada Mi pasal ni, kan?”  Mata dia bulat dan bila Aziana menggeleng wajah aku pula berkerut. 
Apa yang sedang diorang rahsiakan daripada aku ni?  Azi pun nampak biasa je sehari dua ni.  Tak ada apa-apa pun tapi hari ni lain pulak.  Tak pernah-pernah kami bertiga berahsia melainkan dengan Jimmy yang baru masuk buku. 
“Emm… aku bukan apa.  Mi kan tak suka Zafrin tu.  Jadi, tak payahlah dia tahu yang Zafrin tu terlantar sekarang ni.”
“Teruk jugaklah dia kena debik, kan?”  tanya Aziana dan Anaresa mengangguk. 
“Taklah teruk sangat sebab dia boleh bercakap lagi tapi berbalut tu yang buat dia nampak teruk,” akui Anaresa akhirnya. 
Jantung aku bagaikan mahu luruh.  Pantas aku berdiri dan mencerlung pandang pada mereka bertiga yang jelas nampak terkejut dengan kehadiran aku.
“Eh, Mi?”  seru Anaresa dengan wajah terperanjat dia tu.  Nampak macam buat-buat terperanjat tapi boleh jadi terperanjat sungguh.
Baru aku faham maksud teruk dia tu macam mana tapi sungguh aku terkejut.  Tak sangka Zafrin betul-betul kena tumbuk dan semuanya salah aku.  Salah percaturan.  Biarpun aku memang marah sangat pada dia hari tu, tapi aku tak adalah sanggup sampai dia kena pukul dan abang-abang tu pun, tak sangka sanggup debik Zafrin. 
“Betul ke aku dengar ni, Resa?”  tanyaku.
Dia nampak gagap dan tercengang.  “Err… bukan ke kau MC lagi hari ni?”  soal dia mengalih soalan aku. 
Aku menggeleng.  “Kau jawab soalan aku dulu!”  Aku berkeras sedikit.
Dia diam dan lambat-lambat dia mengangguk.  Jatuh saja kepala Anaresa buat kali kedua, aku terus berlari keluar dari makmal dan terus berlari menuju ke tempat letak motosikal. 
Baru saja enjin aku hidupan dan topi keledar tersarung di kepala, telefon bimbit bergetar di dalam poket jeans.  Cepat-cepat aku tarik dan SMS daripada Anaresa aku baca. 

-          Rin ada di spital Selayang.

Huh… jauhnya aku nak merempit daripada Shah Alam ke Selayang tapi sebab Zafrin terlantar kerana aku, nak tak nak, aku akan pecut selaju mungkin.  Minyak aku pulas dan terus saja memecut laju menuju ke destinasi.

**

TIBA saja di Hospital Selayang setelah hampir sejam aku meredah Lebuhraya Persekutuan dan juga Jalan Kuching, aku akhirnya sudah terpacak tepat di pintu masuk Hospital Selayang.  Siren ambulan yang bingit benar-benar membuatkan jantung aku hampir berhenti berdegup. 
Aku bukan boleh.  Risau kalau ada siren berbunyi kuat ni.  Dengan pelajar-pelajar perubatan yang keluar masuk dengan wajah bangga, aku terkebil-kebil sendiri.  Perlahan-lahan aku beranikan diri melangkah ke dalam hospital dan langsung menuju ke kaunter pendaftaran. 
“Err… cik boleh tanya?”  Aku menyapa lembut. 
Waktu ini rasanya masa melawat hampir tamat.  Tapi aku tetap nak jenguk Zafrin.  Tak nampak dari dekat, dari jauh pun jadilah.  Janji aku tahu keadaan dia. 
“Ya, cik…” Jururawat muda itu tersenyum dan aku terus meletakkan topi keledar aku di atas kaunter. 
“Err… saya nak melawat kawan saya.  Nama dia Zafrin bin Zaini.  Dia dok wad mana, ya?” 
Dia angguk dan terus tersenyum.  Bagus betul orang kerja dengan masyarakat ni.  Mudah dapat pahala sebab suka bersedekah dengan senyuman.
“Kejap ya saya check dalam sistem.”
Aku ketuk sedikit topi keledar menahan kalut di dalam hati.  Menanti jawapannya dengan penuh debar.  Sungguh aku rasa nak melalak andai benar Zafrin dipukul kerana aku beberapa hari sudah. 
“Okey, cik… Dia dah dibenarkan keluar hari ni dan rasanya dalam sejam tadi,” beritahu jururawat itu padaku.
Dahiku berkerut.  Sejam?  Maknanya dia dah ada kat rumah dia sekarang.  Kata Anaresa agak teruk.  Berbalut sana sini.  Dah tu tak kan keluar cepat sangat? 
“Err… dia dah sembuh ke?” 
“Kalau doktor dah bagi keluar tu maknanya dia dah sembuh dah tu, cik,” jawab dia dan aku terus berlalu dari situ dengan rasa hampa sikit. 
Nak jumpa Zafrin tiba-tiba.  Melonjak rasa dalam hati ni nak jumpa dia.  Selagi aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku tak akan puas hati. 
“Ya Allah… apa aku dah buat pada Zafrin ni?”  Aku meraup wajah dan melabuhkan duduk di atas kerusi di tepi vendor machine Cola-cola ni.  Bersandar dalam kepenatan dan kelelahan yang tak mendatangkan hasil.
Mata aku pejam sedikit.  Letih tubuh.  Lelah nafas.  Tercungap-cungap menyedut oksigen.  Ada pulak aku yang masuk wad ni karang.  Waktu ni aku rasa nak menangis.  Tak dapat aku bayangkan keadaan Zafrin dicepuk hari tu.  Aku tak sangka dan sungguh aku tak terniat.  Asyik dia je kenakan aku, nak juga aku kenakan dia sekali dan itupun terus terlantar. 
Andai mama dan abahnya tahu akulah punca anak bujangnya lebam sana sini atau lebih teruk patah riuk tulang temulangnya, tak tahu mana harus aku campakkan wajah aku ni.  Mengeluh tak sudah dengan gurauan aku kali ni. 
Aku tunduk membawa dahiku menyentuh topi keledar.  Nak menangis boleh tak?  Tapi, ada rasa ego yang menghalangnya.  Dalam pada membendung rasa sebu dalam dada, ada suara yang menegur. 
“Bang… vendor machine ni telan duit sayalah, bang,” ujarnya lembut. 
Aku pandang ke dinding dan mengetap bibir.  Abang dia panggil aku?  Muka macam ni punya comel pun dia tak dapat bezakan antara abang dan kakak. 
“Tolong, bang… Saya nak air coke ni,” sambung dia lagi dan aku terus saja bangkit tanpa melihat ke arah empunya suara lantas aku sepak vendor machine itu kuat. 
Serta merta setin air jatuh dan aku terus bercekak pinggang depan dia.  Bila aku pandang wajah aku, aku terdorong sedikit ke belakang melihatkan wajah yang sedang meneguk air tin tersebut. 
“Terima kasih.  Sedap air hasil tendangan kau ni, Mi.”
Zafrin sedang berdiri tegak di depan aku.  Bersandar pada vendor machine dengan wajah yang tersenyum menyenget.  Lantas air tin itu diteguknya lagi. 
“Kau nak?”  tanya dia sambil menyuakan tin itu pada aku yang masih kaku. 
Aku larikan anak mata aku pada sekitar tubuhnya.  Tak ada balutan, tak ada lebam dan jauh sekali patah riuknya.  Sihat sejahtera je. 
“Kau sihat-sihat je, kan?”  soal aku. 
Zafrin tersengih dan menilik tubuhnya sendiri.  Kemudian dia mengangguk dan merenung aku lagi. 
“Seperti yang kau lihat…”
Huh, buat penat aku berkejar ke sini je tapi…  “Tapi, Resa kata… dan nurse tu kata tadi kau baru keluar wad?”  Aku menyoal tanda tak puas hati.  Tak percaya yang dia sihat saja.  Sedang tersenyum sinis siap minum air bergas lagi. 
“Memang aku masuk wad tengah malam semalam…”
“Tapi, Resa cakap…”  Suaraku mati biarpun aku yang memangkas kata-kata Zafrin. 
“Itulah masalah kau!”  tekan dia tiba-tiba.  Menggeleng tak puas hati.
“Apa masalah aku pulak?  Kau la ada masalah sebab Resa cakap kau yang sakit!”  bentak aku pula. 
Dia senyum sinis.  “Masalah kau suka memangkas cakap orang tua.  Tak dan aku habis cakap, kau dah pangkas.  Mana nak tahu cerita?” 
Aku telan liur.  Ada benar juga.  Bukan saja nak pangkas tapi aku terkejut.  Memang macam tu kalau dah terkejut. 
“Huh, buat penat aku berkejar ke sini macam orang bodoh je.  Rupanya kau sihat tak jejas apa pun,” rungut aku menahan sebal.  Aku mencemik tapi Zafrin mengenyit mata.  Erk… semput nafas aku kejap.  Haih…
Dia ketawa besar.  “Itu pun nak gelabah kau, Mi,” usik dia dan aku mencebikkan bibir. 
“Memang aku masuk wad semalam.  Gastriklah, Mi.  Kaulah… aku makan sikit pun berkira.  Macamlah aku tak boleh ganti balik makanan kau tu.”
“Eleh… sikit apa?  Dahlah tak minta.  Main sebat je,” sinisku.  Zafrin senyum.
“Baru sesuap je tapi kau tu berlakon dengan airmata palsu kau tu.  Mujurlah aku ni lagi bijak dari kau, tau tak?”  Dia jongket kening dan tersenyum bangga. 
“Apa maksud kau?”  Aku mula pelik. 
Rasa macam dia ada pedajalkan aku lagi ni.  Aku toleh kiri kanan.  Bersedia dengan sebarang kemungkinan.  Berjaga-jaga.
“Eh… eh…”  Dia memetik jarinya di depan mata aku. 
“Kau intai apa?  Takut aku buat jahat lagi ke?  Kau ni, curiga kat aku saja!” 
“Mahu tak curiga, dah kau tu memang sengaja kenakan aku!”  ejek aku geram. 
Dia senyum lagi dan kali ini, killer grin.  Killer smile yang sedang menikam hati dan perasaan aku perlahan-lahan.  Fuh… berderau darah aku bila Zafrin semakin lebarkan senyum.  Kening lebatnya, bibir yang merah sensual itu serta redupnya pandangan dia membuatkan dunia berhenti berputar seketika. 
“Jangan senyum macam tulah!”  tegurku agak perlahan.  Tak tahan godaan.
Zafrin jongket lagi kening dia  yang hitam lebat itu.  “Kenapa?  Takut jatuh cinta?”  tebak dia dan aku telan liur dengan mata yang bulat. 
“Tak ada maknanya,” dalihku.
“Tak apalah.  Nanti aku buat jadi bermakna...”  Dan dia ketawa lagi. 
“Emm… pasal Kak Long tu aku tak tahu apa motif dia cakap macam tu tapi memang aku masuk wad semalam.  Tahan lapar dua hari, Mi… mengidam nasi kau tu.  Nanti kau tapaukan lagi kita share berdua.  Jimat sikit.”
Amboi, senang hati dia nak aku beli.  Dahlah aku pun tengah berjimat lagi ni.
“Lagipun, mujur aku tak kena cepuk dekat abang-abang tu,” luah dia setelah tawanya terhenti.
“Macam mana kau lepas?”  soal aku ingin tahu.
Dia senyum lagi dan jemarinya menggamit ke belakang.  Dua orang lelaki yang aku kenal itu menghampiri.  Macam mana mereka berdua boleh ada di sini pulak?  Aku telan liur yang terasa kelat.  Dahaga tiba-tiba.
Zafrin paut bahu aku.  “Kan betul saya cakap, bang.  Dia ni isteri saya tapi dia ada masalah kat sini sikit…” Zafrin tekan kepalanya. 
“… sebab tu dia cakap macam tu hari tu.  Dia hilang ingatan dalam beberapa ketika dan ni dah dia ingat balik, dia datanglah cari laki dia ni,” ujar Zafrin tenang dan bersungguh-sungguh.
Kedua-dua orang lelaki di depan aku mengangguk.  “Emm… maaflah, dik.  Mujur jugak terserempak dengan kau kat sini. Lain kali jaga bini baik-baik kalau tahu bini tu tak betul!”  ucap salah seorang daripadanya dan berlalu. 
Aku jegilkan mata.  Tak betul?  Aku pandang Zafrin yang sedang menatap aku.  Tangan itu masih utuh memeluk bahu aku.  Kembang kuncup hidung aku ni kala ini tapi dia masih tenang menghirup mulut tin coke itu. 
“Kau kata aku apa?”  tanyaku mengetap gigi.
Fair and squarelah,” selanya dan dia terus tersenyum, melepaskan pelukan pada bahu aku dan terus menapak meninggalkan aku sendiri bersama gelak tawanya.
Teruk aku kena main tapi Anaresa pun?  Haih… 

~~> bersambung

Cik Penulis : Setelah kesulitan pasti ada kemudahan dan yang benar tu akan tersingkap juga nanti. (Apa kaitan?) Hehe.. tak ada kaitan tapi muhasabah diri sempena buku baru ni.. Salam Nifsu Syaaban teman2.

35 comments:

  1. cian mi kena main ngan zaf n resa...

    ReplyDelete
  2. Best!
    Memang pasangan serasilah tu

    ReplyDelete
  3. best....terbaekkk...tp pendek...heheh

    ReplyDelete
  4. at last...ur story mmg super cute & super ohsem!!

    ReplyDelete
  5. asyik mi jek terkena.. :)

    ReplyDelete
  6. hahahahaha.. Zafrin dah mula nak suka dengan haqmi lah tu.. next n3 dah startlah bunga-bunga cinta dia org yek rehan..

    ReplyDelete
  7. wah!! ni baru padan!! sama2 suka mengena..sweet sgt!!!terima kaseh RM!! waiting for nxt n3...

    ReplyDelete
  8. kcian mi...
    jht tul resa ni...
    x lama lg brputikla cnta antr dorng 2..

    ReplyDelete
  9. the sengal couple...huhu
    malam kang RM next ep....

    ReplyDelete
  10. mi cepat buat zafrin jeles
    asyik dia buli je,kasi buli sma dia plak

    ReplyDelete
  11. sweet couple.... zafrin, pendekkan jadi rin, dh macam nama pompuan, hagmi, pendekan jadi mi.. mcm lelaki memang couple huru hara, haru biru ..hehehe..tq rehan

    ReplyDelete
  12. haha..
    cun je kisah dorang ne...

    swit. klakar . pokoknye SUKEEEE

    ReplyDelete
  13. hahahaha haqmi terkena balek ;)

    ReplyDelete
  14. uIshhhh... Rin ngan resa nie saje je tau,.
    Sian kat haqmi...
    Jauh merempit tu..
    Hope jodoh milik mereka

    ReplyDelete
  15. dan2 j kna tipu.....

    ReplyDelete
  16. hehe... comel jer diorg ni....tp pendek sgt la... xpuas bc..hehe

    ReplyDelete
  17. Suka...cute story

    ReplyDelete
  18. kcian mi ask kne je an zafrin ..
    RM STK dh xde k ???
    best ..

    ReplyDelete
  19. STK jap ek.. kita cool down dulu ngn UD sbb sy tgh siapkan BNS ni..nk kena hantar dh..huhu..

    ReplyDelete
  20. Pendek sangat lah entry utk UD ni, :( tak puas. Apa apa pun, still best dan comel cerita ni! Suka Zafrin pulak ;)

    ReplyDelete
  21. hahaha..serius best..br start lyn citer ni..thums up lah kak.. =)

    ReplyDelete
  22. hahaha klaka la Fahmi.... best - usma

    ReplyDelete
  23. x baik tau Zaf buat Mi macam tu.... kasihan dia .... dahlah budak masih sekolah lagi...

    ReplyDelete
  24. hishhh apaelah zafrin nie .....tapi tak pe lps ni Mi jual mahal ,, elak aje dari jumpa c Zafrin nie biar dia rasa .. lost, ajar sikit ..... bla dah lama tak gaduh kemudian jeng jeng.....

    ReplyDelete
  25. sweet couple....thumbs up utk RM...

    ReplyDelete
  26. haha lawaklh cite ni kak rehan. :D

    ReplyDelete
  27. sweet nye..........hah amek kau mi,kena dah.heheheeeeeee

    ReplyDelete
  28. makin bc cter ni rasa mcm duk ala2 zmn remaja pulk.lebih kurg mcmni la thp sengalnya.

    ReplyDelete