Thursday, February 02, 2012

Bila Nak Saksi? [13]

[13]

MATA Usop merah menyala menahan marah. Aku pun tak kalah. Aku tenung mata dia juga sampailah bahuku ditepuk orang dan bila aku kalih, ternyata Kak Shima melihatku dengan wajah yang berkerut hebat. Ada gusar di wajah itu.

“Lit, jomlah balik. Abang Jeff dah telefon suruh balik ni,” ajak Kak Shima berbisik.

Aku tahu dia risau aku bertumbuk dekat tengah-tengah pasaraya ni. Itulah dia, tadi kalau pergi kopitiam tu tak adalah aku sakit hati macam ni. Ini nak juga makan con-sundae tu.

“Emm… jomlah. Lit pun tak sudi nak hadap muka lelaki mata keranjang macam ni,” balasku sambil menjeling ke arah Usop.

Aku berpaling dan menarik tangan Kak Shima tapi mata aku ni tertancap pula pada wajah cemberut milik Shila. Cik Rambut Karat! Itulah citarasa Usop yang sebenarnya. Padahal dulu kemain marahkan aku sebab tak bertudung sampai ke usik dengan lelaki tepi jalan. Hari ni, dia dah buktikan memang dia punyai citarasa yang sangat tinggi. Tak padan dengan diri. Pakai cenuai ke apa Usop ni.

“Hah, nak pergi mana pulak? Sedang elok jumpa abang, Lit nak balik sorang-sorang? Tak nak balik dengan abang? Sebab ni lah abang macam ni… Lit bukan nak hirau abang sangat kalau kat rumah. Lit buah hal sendiri.” Usop tiba-tiba bersuara.

Mata Kak Shima membulat. Mulut dia melopong habis. Aku tahu dia terkejut dengan kata-kata Usop dan aku lagilah terkejut. Padahal aku main-main je kot. Aku mula la nak menangis bila jadi macam ni. Mesti Kak Shima syak bukan-bukan. Habislah aku.

“Jelita!!” seru Kak Shima tegas dalam suara yang cukup perlahan.

“Apa kau buat ni? Sungguh ke kau memang dah nikah dengan Usop? Kau jangan cari maut Lit. Tahu dekat abah, mama,

Abang Jeff nanti, masak gulai lemak kau nanti,” marah dia menggumam.
Aku menggeleng perlahan menidakkan.

“Tak kak… Aku saja kenakan Usop tadi,” ucap bersungguh-sungguh bila pandangan Kak SHima padaku kala ini, adalah pandangan tak percaya.

Mampus kau Jelita. Cari nahas lagi. Sekarang tanggung sendiri. Nescaya akan sampai ke telinga mama. Pitam aku. Masa ni rasa macam nak pergi duduk Gunung Tahan je. Jauh dari semua orang.

“Kalau tak kenapa Usop boleh mengaku tu? Ingat senang ke nak mengaku soal nikah kahwin ni?” marah dia padaku.
Dia ketap gigi kuat. Aku telan liur yang terasa kelat dan payau.

“Sungguh, kak. Eii, dia ni… orang main-main je kot,” rungutku lalu aku kembali pada Usop.
Menghadap tubuh tinggi sasa itu sekali lagi. Aku bercekak pinggang.

“Kenapa awak buat saya macam ni, hah? Kenapa nak mengaku pulak?” marahku.
Dia menggariskan senyuman sinis buatku.

“Oh, kalau saya buat awak tanya, ya. Kalau awak buat, saya tak kisahlah, macam tu?” herdik Usop.
Aku telan liur. Memang aku salah tapi biasalah. Aku masih nak tegakkan benang yang basah.

“Dah tu, awak pergilah mengaku dekat Shila tu saya bukan sesiapa pada awak. Mari sini saya pergi mengaku sama. Clearkan dan settle!” tekanku dan belum sempat berpaling, Usop menahan.

“Oh, senang-senang awak ya main-mainkan orang macam ni?” tanya dia agak tegas.

“Sekarang ni siapa yang mainkan siapa?” Aku mula nak beremosi ni. Pada aku, dia yang mainkan perasaan aku.

“Awak yang mainkan saya,” jawab dia.

Aku menggeleng. “Awak tu haaa…”

“Kenapa saya pulak?”

“Cakap suka…” Erk. Suaraku tenggelam kat situ. Tak sanggup nak habiskan ayat.

“Kenapa? Tak berani nak cakap saya suka awak? Tak berani nak tanya? Tak berani nak luah awak suka saya jugak?” tanya dia sinis.

Aku telan liur. Eh lelaki ini. Kalau aku lagi besar dari dia, lama dah aku sumokan dia ni. Kalau suka, buat apa mesra dengan perempuan lain. Berbelit betul dia ni.

“Tolong sikit, ya… saya tak akan jatuh cintalah dengan lelaki mata keranjang macam awak ni.”

“Tapi, saya cintakan awak, awak nak buat apa?” Usop jungkit kening mencabarku pula. Akhirnya, dia membuat pengakuan.

Aku terkedu. Pertama kali Usop menyatakan cinta. Aku nampak keikhlasan di dalam matanya tapi bila Shila tiba-tiba muncul di sisi Usop, aku butakan mata. Butakan hati.

“Ni… cinta awak, kan?” tanyaku sambil melirik ke arah Shila yang sedang berpeluk tubuh.

Usop memandang aku dan Shila silih berganti namun kemudiannya dia rapat padaku dan terus memeluk bahuku rapat padanya.

“Sorry, Shila. I nak hantar wife I balik dulu. You balik sendiri, ya?”

Selamba dia je Usop ni panggil aku isteri dia. Kata nak tamatkan lakonan ngok ngek ni tapi dia teruskan lagi.
Shila nampak terkedu dan marah. Usop terus menarik aku mengikuti langkahnya.

“Jom Shima, aku hantar kau balik… Lagi lama buat drama tengah-tengah laluan orang ni, buat malu je,” ajak dia saat melalui Kak Shima.

Dan, kakak ipar aku tu pun diam je mengikuti kami dari belakang. Diam sesungguhnya diam.

“Dan abang nak hantar isteri abang ni balik dengan selamat,” gumam Usop padaku bersama sengihan yang sangat menakutkan. Masa ni, aku baru nampak gigi taring Usop tu. Sungguh aku rasa dia macam drakula. Kecut dah ni!

“Lepaslah…” Aku tolak tangannya dari bahuku tapi sayang, kejapnya pelukan dia memang tak mampu aku lepaskan diri.
Aku tarik tangan Kak Shima memohon bantuan dalam diam tapi Kak Shima macam dah bisu.

“Abang tak nak lepaskan isteri abang ni. Dah lama tanggung rindu. Alang-alang sayang menyerah, abang tak nak lepaskan,” ucap dia lagi sambil mengangkat kening pada Kak Shima.

Makinlah berkerut muka kakak ipar aku ni. Dah lah tengah mengandung tu kot. Habislah anak buah aku pun berkerut sama.

“Usop… stop it!” tegurku keras.

Langkah kami terhenti. Usop tunduk mendekatkan wajahnya ke telingaku.

“Awak yang mulakan, jadi biar saya yang tamatkan!” bisiknya tegas dan penuh kesungguhan. Aku telan liur berkali-kali.

***

KAK Shima daripada tadi dok tekan kepala dia. Lepas berjemaah Isyak tadi, dia terus terbungkang je atas katil aku. Bukan nak meleraikan malah nak mengusutkan lagi ada.

“Kak, tolonglah aku,” rayuku pada dia.

“Nak tolong apa?” tanya dia lantas bangkit memandangku dengan mata yang tajam.

“Kau yang cari pasal tau tak? Kenapa kau malukan keluarga Lit? Hari tu mama suruh kahwin kau berdalih. Tengok-tengok kau kahwin dengan Usop ni kenapa? Kahwin tak apalah, kahwin senyap-senyap tu. Jangan cakap kau mengandung sudahlah. Mampus kau kena pancung!” marah dia berapi-api.

Aku pandang ke pintu. Huh, nasib baik terkunci rapat. Buatnya dinding bilik aku ni ada kebocoran, mahu parah aku kalau mama dan abah dengar.

“Kak, aku tak kahwinlah dengan dia. Tadi tu aku saja nak kacau dia. Dia tu pun satulah. Main mengaku je. Kalau tak biarlah. Aku saja je usik.” Aku terus merungut.

Merungut menyesali diri sebenarnya. Menyesal sangat dengan tindakan aku kali ini.

“Jangan berdalih lagi la, Lit. Cuba fikir macam mana nak bagi tahu dekat mama, abah dengan Abang Jeff ni. Nanti tak pasal-pasal pulak abang kau tu cakap aku subahat dengan kau!”

Aduhai… subahat apa pulak la kakak aku ni.

“Subahat apa, kak? Benda tak ada apa pun. Memang kami tak nikah pun. Tak ada kaitan apa pun haa… Nak bagi tahu abah pasal apa lagi?” tanyaku geram.

Memang aku geram. Kenapalah dia tak nak percayakan aku ni? Aku ni dulu kawan baik dia, sekarang ni adik ipar dia. Macamlah aku pernah tipu dia.

Tadi pun, mujur jugak Kak Shima pujuk Usop biar kami balik sendiri je. Kalau tak lagi la nahas. Dalam hari aku ni berterima kasihlah pada Kak Shima.

“Payah nak percaya dah kau korang laki bini ni….” Kak Shima mengeluh seraya bangkit menuju ke pintu.
Belum sempat dia tarik daun pintu, Abang Jeff dah muncul dulu tersengih penuh makna.

“Oh, korang ni mengumpat abang ya?” teka dia.
Eleh dia ni. Orang tengah tension ni. Dia boleh pulak perasan sendiri.

“Perasanlah abang ni…,” balas Kak Shima lemah. Dia mengeluh lagi.

Dia menapak perlahan mahu berlalu dan bila melalui abang aku tu, abang aku terus saja peluk pinggang isteri dia.

“La, kau buat apa dekat isteri abang ni, Lit? Sampai lembik member? Kau karate bini abang ke, dik?” tanya dia.

Aku cepat-cepat menggeleng. Memang aku ada serabutkan kepala Kak Shima hari ni, tapi tak adalah sampai nak karate dia. Aku sayang dia tu.

“Mengarutlah abang ni,” tegur Kak Shima membelaku.

“Kakak ada isi kot, bang.” Aku sengih sehabis daya biarpun bibir aku ni kaku nak senyum bila dok ingatkan ugutan Usop tu.

“Eh, ye ke, yang? Waaa kena pergi cek ni.” Abang aku dah buat teruja dah.

“Emm, pendek kata tak habis la Kak Shima sekolah,” usikku dan Kak Shima bulatkan mata, buat muka kelat.

“Kau dengki sebenarnya,” sela Abang Jeffry lalu dia memapah isterinya keluar.

Pintu tertutup rapat dan aku, terus saja rebahkan tubuh di atas tilam. Gila takut ni. Aku capai sebiji buku. Novel cinta lagi. Baru je beli kat Popular masa belikan buku untuk Wahyudah tempoh hari. Jodoh Itu Milik Kita tajuk dia. Dan adakah jodoh aku dan Usop milik kami? Payah dah sebab perkara semakin rumit. Salah siapa? Mestilah salah aku.

Mama… nak menangis ni. Hatiku menyeru nama mama dan tak sampai sekejap, mama dah muncul di ambang pintu bilik aku. Huh, baru seru.

Aku buat-buat baca buku.

“Sejak bila baca novel terbalik?” tanya mama.

Aku terus saja bangkit dan memang, aku pegang novel tebal berwarna hitam dengan kulit yang bagaikan kad kahwin tu terbalik. Tertangkap oleh mama.

“Buat apa tadi kat bandar?” tanya mama lembut.

“Saja jalan-jalan. Kakak nak makan airkrim. Lit temankanlah,” jawabku tenang.

“Ingatkan jumpa Usop…”

Gulp. Aku telan liur. Novel tu cepat-cepat aku letak ke tepi. Mata mama aku pandang. Tangan mama aku raih. Nak minta ampun siap-siap kalau betul mama dah tahu tentang hal ini.

“Mama dah tahu ke?” tanyaku risau.

Mama mengangguk dan aku terus memeluk mama dan menangis.

“Lit minta ampun mama. Lit tak sengaja…,” rayuku dalam tangis.
Mama tolak bahuku. Dia memandang aku dengan riak yang pelik.

“Mama tahu Lit jatuh cinta pada Usop dan sengaja atau tak, soal hati ni memang macam tu lah.”
Erk, tak jadi nak menangis dah sebab mama maksudkan lain. Mati-mati aku ingatkan mama tahu tentang hal siang tadi.

“Err, macam mana mama tahu?”

“Mama kan mama Lit. Mama tahulah. Sekilas ikan di air, mama tahulah jantan betina ikan tu,” jawab mama berkias.

“Tapi, dia tak sukakan Lit la, ma…”

Aku dah lupa Usop cakap dia cintakan aku siang tadi. Tapi cinta ke macam tu? Macam lebih nak balas dendam je. Hai lah Cik Hati, kenapa sukar nak cerna rasa ini?

“Kenapa pulak Lit rasa macam tu?”

“Entah.” Aku jungkit bahu.

“Hai… Lit ni payahlah nak jatuh cinta. Atau Lit tak sedar Lit dah jatuh cinta ni?” tanya mama lagi.

Aku lagi la tak tahu. Entah macam mana aku nak jawab soalan mama tu. Sudahnya, aku rebahkan tubuh ke tilam. Aku tarik bantal dan tekup muka. Rasa nak menangis pun ada sebab hati aku menipu aku selama ni. Eleh, salahkan hati pulak.

“Emm, jangan bunuh diri tekup muka pakai bantal tu sudah,” sela mama sinis lalu aku dengar dia berjalan ke pintu. Mama ni, ada ke cakap macam tu.

***

MEMANG aku lega bila Usop tak lagi hubungi aku. Emel pun tidak. SMS dan panggilan telefon jauh sekali. Aku pula dah nekad nak berhenti mengajar kelas karate dengan alasan abah larang bergiat dalam karate lagi lepas kena belasah hari tu.

Hari ni, aku pergi temuduga. Jawatan sebagai seorang Interior Designer di sebuah syarikat baru sebab masa aku sampai memang keadaan pejabat setingkat ni masih ada kelam kabut. Yuta Architecture Consultant. Yuta? Macam Yusoff Taiyoob pulak.

Yang tukang temuduga tu seorang perempuan. Baik dan sopan. Bertudung kemas. Aku pula, masih macam ni. Tak terlintas lagi nak tutup kepala. Aduhai, bilalah nak berubah ni Lit? Tanyaku pada diri sendiri.

Bila Usop nak lilit selendang pada kepala Shila, tahu pulak aku marah. Haishh…

“Macam mana interview?” tanya Abang Jeff bila aku lepak dengan dia petang tu. Dia minta aku teman dia beli barang untuk Kak Shima sikit.

Kami pusing-pusing Parade daripada tadi lagi tapi satu apa pun Abang Jeff tak beli lagi. Sudahnya kami duduk je atas bangku kayu ni.

“Bolehlah. Syarikat baru kot. Nampak tunggang langgang lagi. Ada rezeki dapatlah tu,” jawabku sambil menikmati con-sundae yang Abang Jeff belanja.

“Dapat tu nanti. Jawatan tu memang untuk Lit apa?”

Aku berpaling pada Abang Jeff. Jawatan untuk aku?

“Err, maksud abang?”

“Dah kebetulan syarikat baru. Dari pengalaman abang kan, biasa kalau syarikat baru ni, dia akan ambil orang yang mula-mula pergi temuduga. Ni pengalaman abanglah,” jawab dia tenang.

Aku hela nafas lega. Baru nak fitnah abang sendiri tadi tapi bila dia menjawab tenang dan padat, aku angguk mengiyakan.

“Boleh jadi juga,” selaku.

Sebenarnya aku rindu pada budak-budak tu semua. Dah seminggu aku tak pergi latih mereka. Usop pun langsung tak ajak aku ke sana. Atau dia memang pilih Shila. Habis tu buat apa nak mengaku aku ni isteri dia pada Shila dengan Kak Shima. Tak pasal-pasal, pening kepala kakak ipar aku tu. Ni Abang Jeff tak tahu lagi. Kalau dia tahu…hai… aku menggeleng berkali-kali.

“Kenapa pulak kau ni, dik?” tanya dia.

“Tak ada apa. Rasa rindulah kat budak-budak tu, bang,” akuiku jujur.

“Dah tu, diri sendiri yang nekad tak nak pergi sana dah. Tanggung jelah,” ucap Abang Jeff sinis.

Dia ni membencikan betullah. Aku harap dia back-up sikit tapi langsung tak. Sudahnya aku bangkit hendak menapak mencari barang yang masih tak jumpa. Hari dah lewat petang ni. Nanti mama bising pulak.

Baru je aku nak menapak, tiba-tiba seorang perempuan datang meluru ke arahku. Siapa dia ni? Rambut hitam agak perang sikit. Pendek je rambut dia. Cecah bahu je. Rasa macam cam, tapi entah. Tak kenal kot.

“Hey…”

Siap je dia sebut ‘hey’ tu, aku gamam. Pedihnya pipi. Terus kelu kejap.

***

MAMA dah mula menangis di sisi abah. Abah pula dari tadi dok usap kepala tak ada rambut dia tu. Abang Jeff diam di sisi Kak Shima. Aku pulak? Memang nak menangis juga masa ni.

“Sampai hati Lit buat mama macam ni? Mama tak marah Lit nak kahwin dengan siapa pun tapi Lit tak boleh nak kahwin senyap-senyap macam ni,” rintih mama.

Aku gamam lagi. Dalam hati aku menidakkan segalanya.

“Lit memang tak kenal…” Belum sempat aku menghabiskan ayat aku tu, aku berpaling pada lelaki ini.

“Awak ni siapa?” Aku tanya lelaki ini sekali lagi.

Berani dia masuk rumah aku dan porak perandakan keluarga bahagia aku ni. Dahlah tadi aku kena pelempang dengan seorang perempuan. Dan-dan tuduh aku rampas teman lelaki di. Aku ni, seorang teman lelaki pun tak ada lagi.

“Lit tak kenal abang ke?” tanya dia lagi.

Aku menggeleng. Nak ber abang-abang pulak. Aku terus saja nak koyak sijil nikah palsu kat tangan aku ni bila abah marah.

“Kamu jangan nak koyak surat nikah tu, Jelita. Kamu ingat senang nak buat baru?” tengking abah kuat. Dia mengeluh lagi.

Aku dah rasa nak menangis. Terus tak jadi nak koyak. Tapi aku genggam kuat-kuat bagi kedut. Aku nak bakar je kejap lagi.

“Eh, jangan bergurau boleh tak?” Aku bertanya dengan suara yang meninggi dah. Tak boleh sabar dah sebab mama tengah menangis tu.

Tiba-tiba je Abang Jeff heret balik sebab ada lelaki yang datang rumah mengaku aku isteri dia. Nak kata Usop? Tak kanlah Usop wajah bersih, tampan, segak, kemas dengan rambut terpacak, misai tipis dan juga janggut sejemput. Siap pakai kemeja dan jeans ni. Memang tampan dan segak. Bezanya dengan Usop bagaikan langit dan bumi.

Aku tatap mata dia lama-lama dah bila dia sengih… aku pitam! Pitam dalam erti kata yang sebenarnya.

***

AKU paksa kelopak mata ni terangkat bila ada air yang merecik ke wajah. Bila aku bulatkan mata, wajah mama dekat padaku. Berbalam-balam rasanya pandangan ini.

“Apa dah berlaku ni, ma?” tanyaku sambil cuba bangkit.

Mama membantu aku duduk. Kak Shima juga ada di sebelah. Aku telan liur berkali-kali. Rasa dahaga sangat. Bila aku minta air, mama bagi aku segelas air putih. Aku teguk sopan. Hilang dahaga tapi resah tak hilang bila aku terpandang lagi lelaki di depan mata aku ni.

Memandang aku tepat dengan renungan yang sukar hendak aku ertikan. Lama aku pandang wajah dia, airmataku meleleh ke pipi.

“Kenapa Lit nak menangis? Kalau kata Lit kahwin dah pun, mama tak kan sampai nak buang Lit. Tapi satu je mama nak, Lit mengaku je. Lit pergi menikah bila ke Siam tu?”

Aku menggeleng perlahan. Tidak percaya akan musibah yang sedang aku lalui saat ini. Menyesal pula sebab atas dunia Tuhan dah turunkan kifarah buat aku sebab dajalkan Usop.

“Mak cik, saya…”

“Jangan panggil mak cik. Yusuff dan kahwin dengan Jelita, kan? Yusuff dah jadi sebahagian keluarga kami. Panggil mama. Mama tak benci kamu tapi mama terkejut je. Kenapa kamu bawa lari anak mama macam tu, Yusuff? Kan elok kamu datang minta cara baik,” luah mama lirih.

Ada esakan halus pada hujung suaranya. Aku terus diserang rasa bersalah. Tak sangka begini sekali aku terperangkap. Begini dalam aku terjerumus. Terdiam sudahnya. Terpasung lidah ini pada lelangit melihatkan renungan tajam abah dan keluhan Kak Shima dan airmata mama.

“Abah tak tahulah apa nak jadi dah sekarang ni. Kamu selesailah sendiri laki bini. Sorang tak nak mengaku laki, sorang lagi mengaku bini. Haihhh…”

Abah menggeleng lantas dia berdiri. Lelaki yang mengaku menjadi suami aku juga sama. Abang Jeff pun.

“Kalau ikut hati aku ni, aku ikat dekat pokok pisang kamu berdua ni!” tekan abah geram.

“Mamanya, marilah kita naik. Dah nak Maghrib ni. Kamu Yusuff… tinggal sini jangan balik dulu. Selesailah dulu kamu laki bini. Habis botak kepala abah fikir masalah kamu berdua ni,” sambung abah.

Dia berlalu dan diikuti mama.
Abang Jeff menepuk bahu lelaki bernama Yusuff tu beberapa kali.

“Kau selesai la sendiri. Si Lit ni bukan boleh dibuat main,” pesan Abang Jeff pada ‘adik ipar’ dia tu.

Bibirnya menguntum senyuman pahit. Pelik, kenapa Abang Jeff tak cepuk je lelaki tu? Tak kanlah abang aku pun tak percayakan aku jugak? Lebih rela percayakan orang luar ni?

“Sayang, mari naik berehat. Baby nak berehat jugak tu.” Abang Jeff menggamit Kak Shima.

“Kak, jangan tinggal aku dengan dia ni…”

Kak Shima menggeleng perlahan. “Kau selesailah baik-baik, ya?”

Dia juga bangkit lalu berlalu bersama suaminya dan kini, hanya aku dan dia ni di tengah-tengah ruang tamu.
Dia bangkit dan duduk di sisi aku tapi jauh sikit. Aku renung wajah itu tajam dengan airmata yang masih bersisa.

“Kenapa awak buat saya macam ni?” tanyaku geram. Dalam menangis pun aku luah geram jugak.

“Kan saya dah cakap, tak dapat awak cara baik saya buat cara jahat,” jawab dia tenang.

Tapi, aku tahu riaknya jelas menunjukkan dia rasa bersalah sebab membawa malapetaka dalam keluarga aku.

“Tak kanlah sejahat ni? Awak tak kesiankan mama dan abah saya ke?” tanyaku lagi.

Memanglah masa ni aku rasa nak siat-siat je kulit mamat ni. Aku rasa nak tendang je dia keluar daripada rumah. Tapi, sebab abah dah pesan biar aku selesaikan dulu. Aku nak tahu kenapa dia sanggup buat aku macam ni.

“Itulah… menyesal jugak saya buat macam ni. Ingat nak kenakan awak tapi alang-alang dah jadi macam ni, kena kahwin sungguh dah kita ni. Tapi, kenapa awak buat-buat tak kenal saya?”

Aku diam. Memang aku tak cam dia. Mama, abah dan Kak Shima juga tak cam. Abang Jeff pun pasti sebab dia terlalu lain. Tiada lagi rambut panjang, tiada lagi jeans lusuh dan koyak. Tiada lagi t-shirt yang selekeh. Rambut sudah kemas terpacak. Tiada lagi jambang dan misai yang tumbuh meliar. Dia memang lain. Bagaikan dua orang yang berlainan.

Riak wajah dan tutur katanya juga terlalu berbeza dengan Usop yang aku kenal. Sungguh lain. Mungkin betul, hari ni dia adalah Yusuff bin Yuzman. Bukan Usop Sontorian aku tu. Dah tu datang buat gimik pulak. Mampus kalau abah dengan mama tahu permainan gila kami ni.

Saling mencabar, saling ego, saling tak nak tunduk dan akhirnya, saling geleng kepala nak selesaikan hal. Abah bukan boleh, nanti dia suruh je Usop tidur dengan aku nanti. Mati kering la aku.

“Dah awak lain sangat dah. Awak sengih baru saya tahu itu awak. Cam dekat sengih jahat awak tu lah,” luahku geram.
Usop ketawa nipis. Tapi, kerutan di dahinya masih terang terentang.

“Maaflah buat awak terjebak macam ni. Kan dah cakap, jangan cabar saya. Saya pun sewel, main-main soal ni. So, macam mana nak selesaikan ni Lit?” tanya dia risau.

“Eh, bukan ke awak cakap saya mulakan awak nak tamatkan? Tamatkanlah sendiri. Jangan drag saya,” jawabku sinis memulangkah paku buah keras.

Usop mengeluh. Aku kerling dia dengan ekor mata. Aduhai, tersangatlah tampan Usop ni sebenarnya. Nampak bergaya. Berpelajaran.

“Dah puas tengok saya?” tanya dia tiba-tiba.

“Erk…” Aku tersedak air liur sendiri.

“Saya tahu awak cintakan saya, kan?” tanya dia jujur.

Aku menggeleng pantas. Usop mengeluh.

“Inilah yang buat saya jadi macam ni… kenapa payah nak mengaku sedangkan saya cintakan awak Lit?” tanya dia resah.

“Cinta apa? Awak tu ramai awek. Shila la, itu la ini la… Awak tak tahu petang tadi saya kena apa, kan?” tanyaku.
Dia menggeleng.

“Dah la petang tadi, saya dapat bala dah… ni awak pula bawak balak hempap atas saya. Teruk awak ni, kan?”
Sekarang ni sedih dah hilang, marahlah pula datang.

“Yalah, awak kena apa sampai awak kata saya ramai awek pulak?”

“Awak suka Shila, kan? Petang tadi ada lagi sorang awek cakap saya curi pakwe dia. Lepas tu dia tampar saya, awak tau tak?”

Usop bulatkan mata. “Dah tu awak tak tahan ke?”

“Tak sempat. Dia cepat sangat tapi saya tonyoh dia dengan aiskrim. Ni mesti awek awak jugak, kan?” tebakku geram.

Usop menggeleng. “Shila tu saya minta dia berlakon je sebenarnya. Dia tu tangkap cinta dekat saya, saya pun tak tahu nak buat macam mana. Petang tadi tu siapa, memang saya tak kenal.”

“Dah tu, Shila tu cantik apa. Kenapa awak tak nak?” AKu mula la nak tunjuk cemburu ni. Alang-alang dah pandai cemburu, aku cemburu la sikit.

“Cantik memang cantik tapi awak jelita. Bukan wajah awak tapi sebab awak tu memang Jelita. Shila tu siap hitamkan rambut lagi sebab dia tahu saya tak suka rambut karat dia. Lepas tu, siap potong bagi nampak remaja-remaja sikit,” luah Usop.

Hah? Aku melopong. Patutlah tadi rasa macam kenal. Aku kenal kot. Agaknya dia memang Shila la agaknya. Tapi, kenapa semua orang nak menjadi transformer ni? Semua nak bertukar wajah? Sampai aku tak kenal Usop dan Shila.

“Tapi, saya nak tahu kenapa awak buat saya dan keluarga saya macam ni?” tanyaku lagi.

“Awak tak tahu ke atau saja nak suruh saya ulang berkali-kali sedangkan awak sekali pun tak nak cakap awak cinta saya?” tanya dia menyindir.

“Masalahnya sekarang ni, bukan masalah cinta. Masalah kita lagi besar tau tak. Macam mana awak nak betulkan keadaan pada keluarga saya. Awak tak kenal abah dengan mama. Mungkin mama dengan abah boleh maafkan permainan ngok ngek kita ni tapi awak tak tahu Abang Jeff tu. Nampak je baik tapi, na’uzubillah…” Aku sengaja mengugut Usop supaya dia cepat-cepat selesaikan masalah ni.

Dalam hati aku sebenarnya berbunga bila Usop dah berkali-kali kata cinta dan hakikat sebenar dia dan Shila tapi bunga tu baru nak bertunas dah kena cantas bila teringatkan gurauan kasar Usop ni.
Macam mana nak selesaikan ni. Masalah besar nanti. Mahu aku kena halau daripada rumah gara-gara tindakan berani mati Usop ni.

“Saya tanya awak sekali lagi… kenapa awak sanggup berlakon macam ni? Siap transform diri lagi. Awak pergi spa, ya?”

Usop ketawa terpaksa. Aku pun satu, dalam pada keadaan kain tegang ni, boleh pulak aku buat lawak cakap Usop pergi spa.

“Inilah saya yang sebenarnya Lit. kan dah cakap, awak akan kenal saya dalam tempoh tiga bulan ni. Dan saya hanya ada satu sebab je kenapa saya sanggup buat macam ni. Sebabnya saya cintakan awak tapi awak banyak dalih. So, inilah cara nak ikat awak dan buat awak tahu apa itu cinta. Faham?” tekan dia.

Hati aku ni rasa berbunga je. Saya cinta awak juga. Ujar hatiku tapi payah nak zahirkan. Aku pun tak tahu kenapa.
Aku tepuk dahi. “Tapi, ini sangat melampau,” protesku agak kuat.

Cepat-cepat aku pandang ke atas takut-takut mama dan abah dengar.

“Sebab tu kita kena fikirkan cara nak selesai ni. Nak tak nak kena minta tolong Jeff la ni.” Dia mengeluh berat tapi aku terlopong.

Jeff? Siapa dia dengan abang aku tu? Jangan-jangan…

“Awak jangan nak cakap yang a…”

“Jelita!!!!”

Tak sempat aku bertanya pada Usop, suara abah kuat melaung namaku dari atas. Aku pantas bangkit bila abah menapak turun ke bawah. Hilang nama abang aku dalam kepala ni. Aku nampak wajah bengis abah je.

“Suruh suami kamu tu tukar baju. Dah nak Maghrib ni. Yang kamu pun terpacak kat situ buat apa? Tak sudah-sudah lagi nak buat abah sakit jiwa?” sindir abah lalu berlalu ke dapur.

Aku pantas menapak tapi baru je menapak selangkah, Usop menyeru aku.

“Kenapa pulak?” tanyaku geram.

“Lepas Maghrib ni saya minta awak terangkan pada keluarga saya hal sebenarnya. Ini bukan tentang cinta tapi soal maruah saya dan keluarga saya!” tekanku mengingatkan dia.

Usop sengih sambil tekup mulut. Dia ni memang bikin panas la. Dah salah tu boleh pulak ketawa.

“Yang awak sengih tu kenapa? Awak sengih macam tu pun saya tak akan cakaplah saya cinta awak. Mimpilah awak sampai bila-bila pun…”

Dia menggeleng pula.

“Belakang awak tu haa,” ujarnya.

Aku berpaling tapi tak ada apa pun. Dia ni saja nak mainkan aku.

“Apanya? Karang saya lipat awak kat sini karang. Elok-elok mama abah saya tak marah, saya pulak marah nanti!” Aku merengus.

“Baju awak tu ada…. Err…”

“Ada apa?” tanyaku lagi.

“Ada…” Usop juihkan bibirnya kea rah t-shirt labuh yang aku pakai.

Aku terus tarik belakang t-shirt dan mataku bulat bila melihatkan ada tompokan merah di situ. Aduhai… Malunya. ‘

“Bendera Jepun rupanya, patutlah lain macam barannya,” sela dia sambil tersenyum senang.

Aku tarik muka. “Dah tahu tak payahlah tegur. Eii, dia ni. Buat malu orang jelah.”

Aku terus melangkah tapi sempat lagi aku dengar Usop bersuara perlahan.

“Tak dapatlah abang malam ni,ya yang?”

Aku langsung tak pedulikan dia. Hal tak selesai lagi, dia nak cari penyakit lain pulak! Memang senget!

~~~> bersambung

CIk Penulis : Patut petang tadi dah boleh tapi ada masalah teknikal sikit. PC lupa password la pulak. pkai notebook ini sangatlah kecik dan tak selesa. enjoy n maaf andai tak puas hati. sy baiki utk next chapter pulak...

23 comments:

  1. hehehe kelakar la pula yg bhgn last tu. beraninya usop ngaku dh kawen siap bbw surat nikah tu...apalah akan jd lps ni kan, harap lit ngaku la dia cinta, ni asyik main tarik tali ja ngan usop hehehe-kak zaiton

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu le jelita main tarik tali sgt..kan usop dah buat cmtu.....dia kotakmn katanya ..x dpt cara baik .dpt cara jahat......tindakan berani mati tu.....sib baik lit pun cintakn dia just x ngaku je..rasanya company usop kot lit temuduga tu...abg jeff ni kwn usop kot/...rehan ..buat x sabar nak baca entry seterusnya.....

      Delete
  2. hhahhaa..klkar..sukaaa!!

    ReplyDelete
  3. Best la n3 kali ni ....Memang dua-dua gila(jelita dan Usop la)...Nekad betul ... Kelakar...Buat saya senyum sorang-sorang... Rasanya mesti Jelita gi interview kat syarikat Usop kan? ....Anyway all the best Rehan .... Can't wait for the next n3.... Chaiyo!!!

    -ety.s

    ReplyDelete
  4. nak tau banyak lagi pasal usop nie..

    ReplyDelete
  5. hai... nakal nya yusuff... barulah nampak siapa usop yg sebenarnya...
    kejab lagi terkedulah...guraulah lagi... memang sengaja cari nahas...
    ni memang family jelita berkomplot nak kenakan jelita.. nie...
    rehan... tyvm for n3.... :)

    ReplyDelete
  6. siyesli xtaw nk ckp mcm mn...
    hapy ade...
    skit kple pon ade...
    adoi...
    kahwin je la lit oi...

    ReplyDelete
  7. hahaa...lucu la part yg last tu ..tp mmg best la..

    ReplyDelete
  8. hahaha...tergelak seorang2.....memang gila2 lit & usop....

    ReplyDelete
  9. akhirnya baru tahu sebab apa lit tak kenal pada suaminya sendiri rupanya suami pura2 je. semuanya sebab ego masing2. tapi mmg kelakar la cerita ni.

    ReplyDelete
  10. abg jeff mesti komplot dgn usop ni....

    yuta = yusuf + jelita

    kelakar la citer ni kak rehan

    -lol-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah lah.. tak terfikir pulak gabungan nama dia owg berdua.. tp boleh agak tu usop pnya.. pergghh..
      terbaiklah pmbaca nihh

      Delete
  11. mmg terbaik la rehann...
    ni yg ad kt prolog 2 kn..

    ReplyDelete
  12. sy suka lelaki mcm usop nih!!
    sbb dia nmpak tegas n x tergolong dlm kategori lelaki ayt manis.. sy rasa,, lelaki yang kuat menyindiri ni sweet kot.. hahhaa.. be waiting for next entry... =)

    ReplyDelete
  13. hahaha....
    u ni RM,mmg ksi org cpt msk ICU n msk tnjung rmbutan
    semlm suspen,then bc teaser tok bab ni lg bkin suspen
    ni arini bl kuar full n3..walla,sy tahan ktawa tau..
    kang org tmpt kje ni ingt sy wayar putus plak
    mmg cool la r u ni...
    best la u RM....
    ~QZ~

    ReplyDelete
  14. hai... lawak juga si Usop ni ye.. tau takut ye lit dgn
    abah dn mama. lain kali nak pekenakan fikir dulu jgn
    terjah je kan dh susah diri sendri. RM cepat sambung lagi
    ye bestlah...

    ReplyDelete
  15. alahai... awak berdua ni memang nakal..... xdpt cara baik kan dah buat cara nakal.... peninglah awak berdua nak selesaikan....
    YUTA = Yusuf + Jelita..... so sweet... syg betul usop kat lit...

    ReplyDelete
  16. hahhaa... xdapat la abang malam ni ye, yang....

    usop ni mesti kawan abang jeff kan... ishhh... xsabar nak taw lg nih...

    ReplyDelete
  17. haishh .. best gila .. menunggu penuh debaran .. ehek! >_<

    gerenti la tuh yuta tu milik usop suntorian kite ..eegegee

    ReplyDelete
  18. giler kentang punya gempak la drama si Usop ni...
    mmg senget la Usop...
    mcm nk guling2 gelak dia mengusik Lit ^___________^

    ReplyDelete
  19. Hahahaha... Mantap kot. Sengal giler keje diorang nih. Memang idea ori la kak. MANTAPPPP,

    ReplyDelete