Tuesday, April 03, 2012

Kerana Sekali Cinta [5]

BAB 5

PERJALANAN terasa sepi. Aku berpaling pada Anaresa sekilas tapi dia masih memandang ke luar. Aku intai tahap kelajuan dan kemudiannya kalih pada sebelah kananku.

Berderet motor dan kereta lain memotongku. Siap ada yang tinggikan lampu lagi memberi isyarat dan aku cepat-cepat memberi isyarat hendak ke lorong yang paling kiri sekali. Dah perlahan, tukar jelah lorong. Tahap kelajuan 60km/jam. Laju dah tu. aku ketawa sendiri. Saja nak berlama-lama dengan tunang sendiri. Nak pupuk cinta antara kami. Nak bagi dia kenal sikit hati budi aku.

“Encik…” Anaresa memandangku.

“Emm…,” jawabku tanpa melihat dia.

“Kenapa motor yang lalu lalang ni lagi laju dari kereta encik ni? Ke kita ni mengundur ke belakang?” soal dia dengan raut yang polos. Berkerut-kerut wajah tu.

Aku kerling pada dia dan menjeling tajam. Perli nampak. Sela hatiku.

“Kita bukan mengundurlah, yang. Tapi, kita ni memandu berhemah. Mana boleh laju-laju. Perlahan sudahlah. Nanti berderet surat cinta sampai kat rumah,” jawabku lembut.

“Erk, surat cinta? Berderet? Ramainya makwe.” Ada nada cemburu di situ. Aku senyum.

“Itulah. Abang ni limited dekat Malaysia ni. Ramai orang nak. Sebab tu banyak surat cinta sampai,” ujarku sengaja mengusik emosi dia.

Anaresa membetulkan duduk. Dia kalih padaku sedikit.

“Kalau ramai, kenapa nak dekat Resa? Baru kenal je pun. Entah-entah Resa jahat ke, apa ke? Encik tak takut?” tanya dia pula.
Nak takutkan aku nampak. Eleh, macam aku takut. Tubuh kecil je.

“Sebab abang suka yang abang buru, bukan yang buru abang. Cumanya, yang hantar surat cinta tu, abang kena menyerahlah. Nanti abang kena kahwin dengan dia, lagi payah, kan?”

“Ada pulak macam tu? Kahwin jelah. Senang kita putus tunang je,” cemiknya.

“Adalah, yang. Nanti tak bayar saman laju karang, tidur lokap, macam mana? Kenalah layan semua surat cinta tu,” akuiku bersama tawa halus.

Dia merengus. “Ingatkan sungguh. Suka mainkan orang. Bencilah!” Dia merungut lantas membawa tangannya bersilang ke dada dengan bibir yang sengaja dia muncungkan.

Merah delima merekah bibir tu. tak sedar, aku telan liur. Lepas tu, aku tepuk dahi sendiri. Apa aku fikir ni. Ya Allah. Padahal ibu Anaresa dah pesan tadi, jaga diri jaga iman.

“Tepuk dahi nanti akal jadi tepu,” sindir dia.

“Eleh, tolong sikit ya. Tak akan tepunya. Ni otak engineer tahu tak? Sentiasa bergerak,” ujarku juga mencemik.

“Oh, encik kerja engineerlah, ya? Ingat lawyer. Tapi, rasa macam lawyer je, kan?” Dia memandangku macam ada sesuatu yang tak kena.

“Nak tuduh abang loyar buruk lagi la tu,” selaku tak puas hati.

Dia ketawa. “Ada bukti kot. Sebab, biasanya lelaki yang suka baca ni…” Anaresa angkat sebuah novel yang terselit pada dinding kereta.

“…memang ada jiwa halus yang sukar untuk kita duga, tau?”

Aku telan liur. Terbentang nama Ann Rahana pada kulit depan novel tu. Aduhai, janganlah dia tanya macama-macam. Aku malas nak ulang tayang kisah pilu tu lagi dah. Dah elok dah kisah bahagia nak bermula.

“Best novel ni, kan? Resa dah baca jugak. Hari tu pun, Resa nampak encik beli novel dari penulis yang sama. Baca kemain. Tak panggung kepala langsung. Ada apa ya dengan dia?” tanya Resa bernada curiga.

Aku diam. Mata ini terus terpaku pada jalan raya yang mulai agak sibuk. Kelu nak menjawab soalan Resa. Tak tahu hendak menipu atau berterus terang.

“Resa pun baca novel ni. Menarik kan, cara dia menulis?” tanya Resa lagi.

“Emm…” Hanya itu yang mampu aku jawab waktu ni.

“Kenapa ya encik suka baca novel? Lelaki ni jarang sangat yang membaca ni. Nak-nak novel cinta? Rasa macam pelik pulak. Atau encik ni mat bunga?” telah dia bersama sekuntum senyuman manis.

Aku mencemik tanpa memandang dia. “Mat Bunga apa pulak? Membaca jambatan ilmu apa. Tak salah, kan? Apa-apa pun layan jelah, janji berbentuk ilmiah dan ada pengajaran.”

Huh, pandai aku menjawab. Tapi, rasanya mesti dia nak tanya yang lain lagi. Anaresa diam membelek novel pertama Ann Rahana itu. Sudah lama tersimpan di celah dinding kereta. Aku sendiri terlupa. Sudah bertahun.

“Tapi ni novel cinta. Novel sentap jiwa. Baca cerita ni boleh berkabung dua minggu tak lalu makan. Padanlah encik mengayat ayah saya kemain, ni mesti belajar dari novel, kan?” tebak dia mengusik aku lagi.

“Mana adalah.” Aku capai novel tu tapi Anaresa cepat-cepat mengelak. Dia ketawa. Apa yang lucu pun aku tak tahu.

“Abang tak mengayat ayah Resa pun. Surat tu untuk Resa apa. Resa tu mungkir janji. Kata nak balik hujung minggu tapi tak sampai. Abang yang sampai dulu,” rungutku mendatar.

“La.. Resa baliklah. Cuma lambat je sikit. Kan naik bas. Bukannya Resa ada Mazda macam encik.” Dia menyindir lagi sambil menepuk dashboard keretaku.

Sedang elok itu, aku hentikan kenderaan bila tak sempat nak kejar lampu isyarat yang sudah bertukar merah. Sikap yang sangat buruk. Lampu kuning, tambah kelajuan, bukan perlahankan kenderaan.

Aku pusing kepalaku memandang Anaresa. Nampak comel dia dengan fesyen tudung belit-belit tu. Biarpun nampak agak tak kemas tapi sesuai dengan dia. Nampak aktif. Bibir ini menguntum senyum.

“Tepuk kuat-kuat karang, kemek kereta ni. Ansuran tak habis lagi ni. Nanti tolak duit hantaran, nak?” soalku sinis.
Anaresa buat muka. “Eleh, kedekut betul. Buka pintu ni, Resa naik bas,” suruh dia serius.

Aku ketawa lepas. Fuh, lega bila Anaresa tak lagi terus bertanya tentang penulis novel tu. Buatnya dia usul macam-macam tentang penulis novel tu, haruslah aku kumpul dosa sebab niat menipu tu dah ada.

Sedang aku renung dia, sekali lagi dia cuba buka pintu kereta tapi aku lelar pergelangan tangan dia sekali lagi dan tanpa sedar, ada satu renjatan dalam tubuhku ini.

Rasa bagaikan darah sedang menongkah arus membuatkan tanganku melekap terus pada tangan Anaresa biarpun aku rasa dia cuba menarik tangan di dari genggamanku.

“Eh, encik pegang Resa kuat sangat ni. Lepas boleh tak?” tanya dia polos sambil terus menarik tangannya.

“Resa nak pergi mana?” tanyaku dengan degupan jantung yang hampir mematahkan tulang rusuk. Gemuruh!

“Nak naik baslah. Kata nanti kemek kereta Resa buat, payah pulak,” jawab dia merajuk. Bibir merah itu muncung dah dekat boleh sangkut barang dah.

“Abang gurau jelah. Kalau nak suruh Resa naik bas, baik abang toksah terkejar ke sini. Dahlah mama suruh bersihkan laman rumah petang ni,” ucapku berterus terang.

Tanpa ku duga, Anaresa menghamburkan tawa. Tangan kirinya menekup mulut menahan mulut yang ternganga lebar. Aku bulatkan mata melihat dia. Comelnya. Bakal isteri siapalah ni?

“Gelak kenapa?” soalku tak puas hati. Pautan pada lengannya aku lepaskan. Fuh, mujur tak melekap terus.

Kalau macam ni, memang tak sempat tunggu hujung bulan sebab, hati aku dah rasa lain macam. Jiwa ni tak nak dengar kata dah. Ada kehendak yang sukar hendak aku kawal dah sebenarnya dan ini akan membahayakan kesihatan dan iman.

“Resa… err… Resa ketawa… ketawa se… bab…” Nafas dia mengah akibat ketawa yang bersisa.

Aku hela nafas sikit bagi menenangkan hati yang agak resah. Spontan, aku kalih ke belakang bila teringatkan pesan bakal ibu mertuaku tadi. Memang andai berdua, akan ada yang ketiga dan yang ketiga itu haruslah bertanduk.

Aku raba kepalaku. Huh, tak tumbuh tanduk lagi dan aku cepat-cepat mengucap dan beristighfar memohon ampun dari Allah atas rasa yang menyapa seketika tadi. Berdosa tak masal.

“Amboi dia… happy nampak,” sindirku.

“Maaflah,” pinta dia manja sambil mengesat juring matanya.

“Resa ketawa sebab lucu dengar awak kena bersihkan laman rumah. Tapi, betul ke?” tanya dia tak percaya.

Aku angguk. “Betullah. Lebih-lebih lagi nak sambut menantu sulung ni, mama kemainlah suka dia. Itu yang abang nak kita nikah hujung minggu ni. Resa sudi tak?” provokku.

Untung-untung Anaresa angguk dan akulah yang paling gembira. Baru kenal pun tak apalah. Dah kalau Allah kata dia jodoh aku, aku terima dengan hati yang penuh syukur. Aku tayang wajah selamba biarpun aku nampak wajah resah Anaresa kala ini. Dia telan liur berkali-kali.

“Resa rasa kita baru kenal. Baru bertunang semalam. Sangat baru kita kenal. Encik tak rasa ni semua mengarut ke?” soal dia dengan wajah yang berkerut seribu.

Aku lebarkan senyum. “Kenapa Resa fikir mengarut? Takut saya main-mainkan Resa?”

Dia diam dan tunduk melarikan wajahnya daripada tikaman mataku. Jemari itu bermain dengan key-chain yang tergantung di beg galasnya. Key-chain Angry Bird! Sabar jelah.

“Tak adalah main-main…,” jawab dia lambat.

“Dah tu?”

“Err… Resa macam tak sedia lagilah,” akui dia akhirnya. Dia pandang aku pula.

“Tak sedia kenapa? Resa boleh terus belajar apa. Pihak universiti tak halang pelajar kahwin, kan? Ada yang mengandung pun pergi kuliah. Usung perut sana sini. Tak peliklah,” selaku menghalau resahnya.

“Err… yang itulah yang buat Resa takut.” Resah sungguh suara itu mengakuinya.
Aku senyum. Padanlah mama pesan kemain pada aku pagi tadi, Anaresa juga rasa perkara yang sama rupanya.

“Dah kahwin kenalah mengandung. Tak peliklah. Kenapa? Malu?” usikku.

Sejak bila aku jadi macam ni, sungguh aku tak tahu. Tapi aku rasa, Anaresa penyebab utama. Sebab perangai dia, umur dia yang terlalu muda dari aku menyebabkan aku rasa yang aku ni baru berusia 25 tahun. Zaman gila-gila remaja.

“Ala, tak mengandung pun tak apalah. Lagipun, Resa main dengan kimia tu semua, nanti tak elok untuk baby,” jawab dia pantas. Pandai dia elak.

“Tapi, kalau dah sah… mengandung tu mesti apa.” Aku tak mahu kalah mengusik dia.

Suka sungguh tengok muka dia merah padam. Malu atau marah, mungkin bercampur baur. Dia ketap bibir bawahnya. Aduhai, lagilah nampak comel. Rasanya, aku terlalu membuang masa menjadikan hidup aku terlalu serius, bertemu dan pernah jatuh cinta dengan wanita yang serius dan lokek dengan senyuman selama ini.

Tapi, bila Allah bawa Anaresa dekat denganku, rupanya cinta ini indah. Memang indah. Padanlah aku tengok Zafrin bergayut tiap-tiap malam. Zafrina senyum sorang-sorang di depan televisyen melayan hero-hero Koreanya.

Baru nak tatap wajah tunangku sekali lagi, aku terkejut sendiri. Hon dibunyikan di belakang. Kuat je. Rupanya, lampu dan hijau, jadi aku tukar gear dan terus menekan pedal minyak hendak masuk ke lebuhraya dah.

Kereta terus meluncur tapi Anaresa gumam sendiri. Membebel aku la tu. Aku jeling dia dan mencuit bahunya sikit. Dia elak bagaikan aku sentuh kulit dia pulak. Tapi baguslah dapat tunang macam ni. Menjaga kehormatan.

“Kenapa Resa diam?” tanyaku memecahkan hening.

“Tak ada apa,” jawab dia agak resah.

Memang dia cakap tak ada apa, tapi aku tahu ada apa. “Ala, abang tahu Resa nak cakap sesuatu, kan? Cakaplah. Abang sudi dengar. Lagipun kita lambat lagi nak sampai ni. Jalan macam dah jammed ni.”

Aku mengeluh kecil bila membelok masuk ke lebuhraja Klang-Shah Alam. Memang dah mula bergerak perlahan. Tapi, elok juga. Boleh berlama-lama dengan si dia.

“Resa tak tahu macam mana Resa boleh terima lamaran encik semalam padahal kita baru kenal,” ucap dia akhirnya.

“Okey, lepas tu?” Sengaja aku mahu dia meneruskan kata.

“Tapi, ada satu perasan yang berbisik dekat sini.” Dia lekapkan telapak tangan ke dadanya sendiri.

“Apa yang dibisikkan?” Aku mula teruja nak tahu.

“Terima offer encik untuk pembiayaan untuk Resa seumur hidup tu. Nanti kalau tak cukup belanja, encik ada untuk Resa minta,” ujarnya lurus dan bendul.

Sungguh lurus malah pakej dengan bentul. Wajah itu memang beriak tenang. Sedikit kerut di antara keningnya menjelaskan betapa dia bersungguh-sungguh menuturkan kata.

"Erkk… pasal tawaran tu ke Resa terima pinangan abang semalam?” tanyaku tak percaya.

Tapi, aku harus percaya bila Anaresa mengangguk laju-laju. Mata bundar itu nampak agak bersalah tapi aku tak tahu nak kata apa. Kalau sebab tu budak sekolah ni terima aku, apa nak buat. Cincin dah tersarung, lepas akad nikah nanti, pandai-pandailah aku ikat dia luar dan dalam. Mama larang pun, apa susah. Hak aku kot.

Mengeluh juga aku dibuat budak sekolah ni. Ingatkan terpikat pada wajah ala-ala Asyraf Muslim aku ni. Rupanya terpikat pada tawaran terhad aku tu. Tapi, tawaran tu bakal mengikat dia dunia dan akhirat padaku, jadi aku angguk saja menerima pengakuan dia.

“Kalau macam tu, abang tambah sikit syarat dalam tawaran tu aci tak?” soalku bila mendapat satu lagi akal nak kenakan dia.
Dia jungkit kening tipis yang sedia cantik terletak tu. “Apa dia?”

“Batalkan game netball Resa tu kalau Resa kata kena tarikh kita nikah.”

Dia menggeleng. “Tak boleh. Resa salah sorang pemain harapan. Nanti puan marah pulak. Lagipun, game ni peringkat…”

“Asia Tenggara, kan?” selaku sinis. Dia senyum lebar. Sepet mata tu.

“Kalau macam tu, kita lewatkan sikit. Nanti abang cakap dengan keluarga abang tapi abang add-on satu syarat lain pulak.”
Kali ini batu betul-betul syarat yang aku nak kenakan dia. Jagalah dia. Aku tahu dia akan melopong tak pun, dia hentak lagi dashboard keretaku. Paling buruk, dia hentak aku dengan beg galas dia dan aku harus bersedia.

“Apa lagi.” Anaresa merengus geram.

“Ehem… ehem…” Aku membetulkan suara sikit. Hendak melantunkan syarat ini tanpa tersekat-sekat sikit pun.

“Tak ada syarat untuk tidak mengandung, okey?” Aku angkat kening serentak.

Anaresa bulat mata dan seperti ku telah, sungguh dia hempuk aku dengan beg galas dia tu. Syok je kena tibai. Rasa keras je beg tu. Ada batu ke apa.

Aku menahan beg tu dari terus kena rupa aku. Calar nanti, dah kurang tampan. Siapa yang rugi, dia jugak.

“Tak naklah syarat tu. Kalau macam ni, tak nak kahwinlah,” rungut dia.

“Anaresa binti Abdullah, dah kahwin kenalah semua tu. Tak apalah. Sekarang tak nak. Nanti bila abang tak nak, Resa jangan dok main sua pulak,” ujarku bernada rajuk.

Padahal dalam hati memang nak ketawa. “Hah, lagi satu nak tanya ni.”

“Emm… Apa dia lagi?” Dia menjawab malas. Tak pandang aku pun.

“Boleh tak jangan panggil abang encik? Kita beza 11 tahun. Resa panggil abang aci tak?” tanyaku.

Dia memandangku sekilas. “Kata tak lama lagi. Sekarang panggil encik jelah. Dah selesa macam tu,” jawab dia.

“Rasa jurang sangatlah.”

“Memang jurang apa. Resa baru 20 tahun tapi encik dah 31 tahun. Dah macam jurang mariana tu. Dalam….,” jawab dia mencemik sikit.

Ada je dia nak kenakan aku. “Baguslah. Matang apa. Haqmi awak tu umur berapa?”

Tiba-tiba teringatkan mamat tu di tengah-tengah jalan raya yang sesak ni. Tekanan sungguh apatah lagi tengok mamat motor bawa pembonceng yang berpeluk rapat-rapat tepi kereta aku ni. Sakit mata!

“Haqmi Resa, ya?” tanya dia dengan senyuman manis.

Sebut je Haqmi, terus kuntaman senyum itu semanis madu. Cemik hatiku sendiri. Aku jeling dia memberi amaran tentang rasa hati yang cemburu ni.

“Haqmi dengan Resa sebaya . Kenal dah lama. Sekampung katakan. Sekuliah pulak tu,” sambung dia tanpa rasa bersalah.

“Oh, padanlah Resa ulang alik dengan dia je, ya? Syok tak naik motor?”

“Best sangat!” Dia lekapkan kedua telapak tangannya ke pipi. Buat muka teruja.

“Kalau macam tu, esok abang jual kereta, kita beli motor. Layan lipat, layan selekoh berdua, nak?” tanyaku.

“Eiii… gatallah tu,” marah dia mungkin dia dah dapat agak apa yang bermain di dalam fikiranku.

“Dah tu, nampak suka sangat bertempek macam tu.” Aku sindir dia dengan bibir yang terjuih pada lelaki dan perempuan yang baru saja melalui kami.

Duduknya, aduh! Kat belakang tu boleh duduk seorang lagi. Rapat macam kena gam gajah. Pelik sungguh budak-budak sekarang. Tapi, tunang aku pun dengan Si Haqmi tu pun macam tu agaknya.

“Resa dengan Haqmi macam tu ke?” Ada rasa tak puas hati dalam soalanku kali ini.

“Lagi rapat,” jawab dia dengan senyuman yang semakin melebar.

Huh, sungguh dia memang sengaja nak mencabar kejantanan aku. Aku berpaling pada dia dan tersengih saja. Tahan perasaan sendiri. Tak nak cepat melatah.

“Nanti dah kahwin, kita naik motor ek. Abang tak suka bawa orang tak halal peluk abang,” ujarku sinis lagi. Tapi, Anaresa senyum.

“Hah, syarat abang tadi nak yang mana satu ni. Sila pilih. Ada dua je. A dan B. tak ada yang ketiga. Eh ada yang ketiga. Kahwin minggu ni,” tekanku serius mematikan senyuman manis dia tu.

“Errr…” Dah mula gagap dah si comel ni.

“Resa pilih. Abang tunaikan salah satu tu,” ucapku lagi sedikit mendesak.

“Kalau Resa pilih yang ketiga tadi, aci tak?”

Aku langsung berpaling pada dia bila dia berkata demikian. Maknanya yang ketiga tu kahwin hujung minggu ni? Dia ni biar betul. Kata baru kenal aku? Hebat sungguh budak sekolah ni.

“Betul ke Resa nak…”

Tak sempat aku habiskan ayat, bam!! Keretaku terhenti tapi bukan sebab aku brek tapi aku terlanggar kereta orang kat depan. Mati aku bila yang keluar tu seorang lelaki Melayu dengan wajah yang sudah merah padam.

~~> bersambung

32 comments:

  1. sweet lar diorg...cepat kawen, k...nak tengok perangai si zaf dan resa pas kawen lak..hehehe

    ReplyDelete
  2. akhirnya. setelah lma menunggu. yeay dah nk kahwin, tp kasilah main netball. hehe

    ReplyDelete
  3. kelakarnya orang tua bercinta dgn budak sekolah...harubiru jadinya...hahaha

    ~kak min~

    ReplyDelete
  4. kawin minggu ni, lepasmtu boleh teman resa main netball...
    -che`leen-

    ReplyDelete
  5. asyik bercinta dalam kereta sampai xcident ye...

    ReplyDelete
  6. Haha abeh la zaf,.terbang duet tuk hntaran,.kne byr kete org tu keke

    ReplyDelete
  7. Akhirnya... selaps beribu-ribu kali merayu, berguling didpn kak Rehan... ada n3 juga... hahahaha..... comei lah dirog nie... baca pun sengih aje... hahahahha

    ReplyDelete
  8. hahaha..kesiannya zafran...tengah asyik masyuk bercinta..terlanggar keta depan...tu diaaa..Rehan best sangat...cepat2 sambung ye...tak sabar nak tunggu...sebab best sangat rasa macam pendek je n3 ni..hihihi...

    ReplyDelete
  9. alahai dik..first time akak baca citer adik ni akak tersenyum sorang sorang..citer yg penuh ceria..usik mengusik diantara tunang yg berusia 20 tahun ngan lelaki macho yg sepatutnya matang boleh jadi tak matang pemikirannya..macam org cakap..when yr in love..u act funny and U do not realize who U r anymore...U R not yr truthself anymore with that somebody which U love with yr whole heart kan..
    Yg d last part mmg happening kan...mamat poyo tu langgar buttock kereta org..
    Keep up d gd work dik..akak really suka citer ni..santai dan lawak giler..
    Teruja nak tahu dia org kawen bila ek..kereta mamat poyo tu kan kena repair..

    ReplyDelete
  10. hahahaha....sendiri yg offer utk kwen hujung minggu...sendiri yg terkejut..kelakar lah...
    dh kwen nnt msti lg sweet kn...
    -miss A-

    ReplyDelete
  11. err,cam plek plak bila AKU tu lelaki..slalu baca baca AKU tu pompuan,kekekekeee..tp best gak lar!..

    ReplyDelete
  12. hahahahahaaa.. kan dah kemek mazda ko..layannnnnnnnnn

    ReplyDelete
  13. kete sapalah die langgar tu..

    ReplyDelete
  14. syarat 1. tak leh tak mengandung.. syarat 2. naik motor lepas kahwin.. syarat 3. kahwin minggu ni.. biar betul resa ni pilih no. 3 :D haruslah si zaf tu trkejut beruk smpai eksiden.. muahaha

    ReplyDelete
  15. Baru bagi alasan x nak kahwin cepat2,lah nie dh pilih no 3 lak...huhuhu

    ReplyDelete
  16. bestttttt rehan suka sgt zaf yg baru nie... umur 25 tahun tu...tq rehan

    ReplyDelete
  17. resa nk zaf temankan dia time lawan netball agaknya.....musykil hubungan resa-haqmi, x kan naik motor kot

    ReplyDelete
  18. hahahaha...memain jek kj diaorg ni kan..xserius lgsung..dah tau resa tu budak2 g..y g layan ape hal hehehe kan dah xcdent tu

    ReplyDelete
  19. Sweet nya .... Zaf dan Resa ni... gelak sambil senyum seorang-seorang....hahaha

    ReplyDelete
  20. ini msti langgar keta mukhlis kan3..hahah pastu ade anahara dlm keta tu plak..kih3

    ReplyDelete
  21. tkejut punya psl dgr resa ajak kawen hujung bulan terus x sedar langgar bontot keta org hahaha. apa daa zafran ni, nebes lebey dr resa lak. si usop pun x mcm ni hahahaha. apapun seronok n lyn bc citer ni. rasa2 mcm haqmi tu pompuan la bkn lelaki, apapun tahniah cik penulis. cepat2 la up sambungan citer ni. dh addicted dgn penulisan rehan ni

    ReplyDelete
  22. hahaha.....klakar btul si zaf nie,x mnyempat nk kawen nye...cepat smbung akak....

    ReplyDelete
  23. Best RM...senyum je manjang baca e3 ni....

    ReplyDelete
  24. hahaha kelakar sesangatlah rm. sya pun agak gak yg dia lggar keta muklis. hihihi

    ReplyDelete
  25. hahaha kelakar sesangatlah dia ni rm. sya pun agak gak dia langgar keta muklis. hihihi cpt smbung lgi.

    ReplyDelete
  26. x sangka pulak RM leh wat cter yg buat saya x keluar air mata..best..!!

    ReplyDelete
  27. hahahahah... zaF TERKEDU.....

    ReplyDelete
  28. aiseh..excident lak xpasal2
    terencat lak sesi tawar menawar ni..hihi
    wuih! zaf ni mesti mengamuk mama
    sbb xjaga bakal menatu comel dia baik2.. ;)

    ReplyDelete
  29. ops terlanggar.haha terkejut amat ya,dpt offer 1minggu.

    ReplyDelete
  30. mmg sweet xtrkata smpai dah rempuh keta org dah tu zaf oiii.kot yer pun teruja. ^^

    ReplyDelete