Friday, May 25, 2012

Suami Tak Kuhadap 10

BAB 10

KAKIKU pegun bila terdengar suara Budriz yang sedang bercakap di telefon. Tidak jadi aku hendak menyeru dia. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu membuatkan suaranya agak jelas di pendengaranku. Perlahan-lahan, aku rapatkan tubuh ke dinding dan memasang telinga terhadap perbualannya bila dia kedengaran merayu-rayu.


“Nenda… Riz tak boleh,” ucap dia lembut.

Aku mengerutkan wajah. Nenda? Nenek dia barangkali. Darah keturunan Syed dan Syarifah ini membiasakan panggilan yang menjengkelkan. Barangkali berasa megah dan hebat berdarah keturunan Arab itu. Barangkali darah mereka kuning. Cemikku di dalam hati.

Budriz terdiam. Aku dengar dia menghela nafasnya berat. Bila aku intai, dia sedang meramas rambutnya. Tabiat yang satu itu sukar hendak dia ubah barangkali. Bila dia berpaling, aku cepat-cepat bersembunyi.

“Arwah ayah kahwin dengan bonda dah jodoh dia. Tanpa bonda Riz tak akan wujud dalam dunia ni,” ujar dia lagi.

Langsung tidak dapat aku tangkap akan hal ini. Apakah sebenarnya yang sedang dia bualkan. Rasa hendak saja bertanya namun aku hanya diam. Berat lidah hendak menutur kata setelah perkara beberapa hati sudah.

Kini, langkah dan gerak geriku sentiasa diperhati. Bila di luar rumah, ayah dan Mak Usu kerap menemani biarpun aku berdiri atau duduk bagai patung bernyawa. Aku melepaskan lelah di balik dinding. Perlahan-lahan, aku menjatuhkan tubuh, duduk mencangkung sambil menyembamkan wajah pada lutut. Rambut yang lepas bebas, aku biarkan saja.

“Maafkan Riz, nenda. Nenda akan suka dia. Itu yang Riz berani jamin. Riz akan jemput nenda nanti masa majlis tu.” Suara Budriz mengetuk telingaku lagi namun aku masih tunduk saja.

“Tak… tak… Kami akad nikah dulu minggu ni. Riz yang minta macam tu,” ujar dia.

Aku tersenyum sinis. Mengejek diri sendiri. Rupanya aku yang kalah tapi bukankah permainan baru bermula dan untuk aku aku akui kekalahan. Minggu ini tidaklah lama lagi. Esok lusa, tiba juga hari yang mereka tetapkan.

Kadang-kadang, benakku diserang satu persoalan yang sukar aku cari jawapannya. Apakah makna sayang yang sentiasa Budriz ungkapkan? Sejak dari dulu, dia agak baik melayani namun aku yakin, dia hanya mahu mengaburi hati dan fikiranku akan sikap jahatnya yang membuat aku menjadi begini.

Adakah benar sayang seorang abang pada adik atau lebih dari itu? Jika abang dan adik, mengapa harus dia memasang jerangkap samar ini? Membiarkan kami disalah ertikan oleh ayahku dan bondanya lantas meminta kami dinikahkan? Tidak terasa janggalkah hendak menukar status kami ini?

“Nenda… tolong faham. Riz…” Dia kelu lagi bersama keluhan berat.

“Esok Riz balik rumah nenda,” sambung dia sejurus kemudian dan setelah itu sepi tanpa ada suara lagi.

Barangkali perbualan tamat begitu saja. Aku tidak tahu apa pangkal apa hujungnya. Ada rasa sebu di hati. Selebihnya rasa marah yang membuak-buak. Biar apa yang terjadi, aku tidak mahu Budriz mengikat aku sehingga mati bersamanya.

Baru saja kau hendak bangkit, tubuh Budriz sudah sedia ada di sisiku. Dia memandangku penuh mesra.

“Bakal isteri abang buat apa kat sini? Rindu abang ke?” gurau dia dan aku mencemik.

Rambut yang menutup separuh wajahku, aku kuak kasar ke belakang. Tubuh ini aku angkat berdepan dengan Budriz. Agak dekat juga.
Dulu dia tidaklah setegap ini. Tinggi itu sejak dulu lagi. Hingga aku perlu mendongak memandang wajahnya kala kami berhadapan begini. Tapi, susuk tubuhnya sudah nampak sasa.

“Jangan buat aku tampar kau lagi, Budriz!” Aku memberi amaran keras.

Dia tersenyum tipis. “Berani nak tampar abang?”

“Bukan kau pernah kena pelempang ke?” Bibirku senyum sinis.

“Memang.” Dia angguk sikit.

“Dan tamparan Syai tu melekat terus ke hati dan jiwa abang,” sahut dia pantas.

Aku mencerlung pandanganku padanya. Memberi amaran dalam diam yang aku benci kala dia berkata demikian. Aku jelek mendengarnya.

“Abang sendiri dah balas balik tamparan Syai tu. Balas semula tindakan Syai yang sanggup berkali-kali simbah air pada abang di khalayak ramai. Abang balas sekali je untuk semua yang telah Syai buat pada abang dari kita kecil sampai sekarang ni. Abang dikatakan membela Syai masa Syai kantoi ponteng, berkawan dengan budak-budak merokok, melawan cikgu dan buat abang kena surat amaran dari cikgu sebab cinta sedangkan Syai adik abang. Namun, Syai tak bagi abang akuinya sampai kini. Abang balas balik perbuatan Syai lari dari rumah ni dulu tanpa mampu abang jejak. Balasan Syai bersama lelaki lain tanpa abang izinkan. Abang memang marah bila Syai layan abang macam tu dari dulu hingga kini dan abang rasa, inilah hukuman terbaik buat Syai. Tinggal di sisi abang seumur hidup untuk tebus segala silap salah Syai pada abang,” ujar dia panjang lebar dengan wajah yang agak aneh di mataku, membuatkan aku telan liur sendiri berkali-kali.

Kecut juga rasa hati bila dia berkata demikian. Ternyata sayangnya padaku, tidaklah seperti yang dia maksudkan di balik sinar matanya. Segalanya hanya kerana dendam juga dan pastilah membuatkan aku lebih benci pada dia.

“Memang kau nak balas dendam pada aku, kan Budriz? Memang kau dah lama benci aku. Tapi, aku pelik kenapa kau cari aku berkali-kali? Kenapa hampiri aku andai kau benci dan dendam? Malah kau sekali lagi cuba hancurkan seluruh hidup aku. Kenapa tak pernah puas, Budriz? Tak cukup ke kau dan bonda kau ada ayah? Tak cukup ke kau saksikan aku hampir tersungkut kehilangan ibu aku? Hinggakan kau nak seret aku hidup bersama kau menjadi suami isteri?” Aku menyoal dia kembali.

Ada nada lirih dalam suaraku. Rasa sesak kerana menahan amarah yang sedang bertahan dari membentak.

Kali ini, aku mahu membuat sedikit urusniaga dengannya. Andai dia mampu berkompromi, aku mahu lupakan dia dan seluruh ahli keluarga. Biarlah aku dianggap tidak wujud kerana aku benci bila mereka mengambil berat akan diri ini.

“Kenapa?” Budriz jungkit kening.

“Syai takut nak hidup dengan abang? Atau Syai takut…” Dia diam dan bibir itu tersenyum nakal. Nampak jahat amat di mataku.

Dia menolak bahuku dengan hujung jarinya membawa aku terdampar pada dinding lalu dia membawa tubuhnya berdiri dekat di depanku. Wajah itu kian mendekat dan terus mendekat hingga akhirnya,nafas hangat itu menyapa telingaku kala rambutku diselaknya lembut.

“Syai takut abang hukum Syai lebih dari ini? Menjadikan darah kita benar-benar bersatu?” sambung dia.

Bila aku berpaling secara spontan, hidung kami berlaga. Aku tolak tubuhnya kuat membuatka dia berganjak beberapa tapak ke belakang namun bibir itu tetap tersenyum begitu.

“Memang dasar jantan puaka. Kau jangan ingat aku akan tunduk dengan permintaan bodoh kau ni, Budriz! Menangis airmata darah sekalipun, aku tak akan angkat mana-mana jantan menjadi suami aku! Kau faham!” tempikku akhirnya.

Hujung minggu yang sepatutnya tenang begini pula akhirnya. Bergema seluruh rumah dua tingkat milik ayah ini. Mataku meratah wajah itu penuh lahap. Bila aku mendekat pada dia dengan nafas yang mengah, dan kala aku angkat sekali lagi tanganku ke arah wajahnya, Budriz pantas menyambar pergelangan tanganku.

Cengkamannya kuat dan kiat mencengkam tapi air wajahnya tenang saja.

“Abang pernah cakap. Abang akan buat darah kita bercantum. Abang kata dan abang akan kota, Syai. Munafik kalau memungkiri janji,” ucapnya penuh sinis.

“Kau tak akan berjaya buat aku tunduk pada kau, syaitan. Kau tak akan mampu buat aku terima kehadiran kau dalam hidup aku!” balasku tidak gentar.

“Sebab Syai cintakan orang lain? Sebab Syai suka Faez yang pengecut tu? Baru sekali abang gerak, dia lari macam lipas kudung.” Tawanya meletus penuh ejekan.

Aku terdiam seketika. Pantas fikiran ini menerawang mengingati wajah Faez kali terakhir dia hadir menemuiku kala itu. Wajah itu nampak takut dan benar. Dia telah diugut. Kata-katanya juga jelas yang dia ketakutkan.

Tidaklah sedih hati ini malah semakin benci aku pada keduanya. Aku kembali memandang Budriz yang masih menggenggam tanganku.

“Kau tahu tak apa baiknya Faez pengecut tu dengan kau yang terlalu berani ni?” soalku bersama senyuman tipis yang aku gariskan buat dia.

Budriz diam. Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak. Bibir itu juga mati senyumannya.

“Bezanya, Faez pernah miliki aku walaupun aku tak sepenuhnya cinta dia. Tapi, kau…” Aku larikan mataku dari atas ke bawah. Melihat ke arah susuk tubuh Budriz dari hujung rambut hingga hujung kaki.

“… tak akan pernah. Mati hidup semula aku tak akan jadi milik kau walaupun dalam mimpi, Syed Ahmad Budriz!” sambung separuh berbisik.

Wajahnya berkerut. “Abang buktikan abang mampu. Abang akan beli Syai. Tapi bukan dengan wang ringgit. Tapi abang akan beli Syai dengan kasih sayang abang. Dengan cinta yang Syai sendiri tak mampu hidup andai tiada abang di sisi. Abang akan beli dengan keikhlasan abang sampai Syai rasa Syai sendiri nak jual diri Syai pada abang. Buat Syai menyerah tanpa abang paksa. Sebab abang… dah lama…”

Pang!!

Belum sempat dia habiskan ayatnya, aku selagi lagi menampar pipinya. Lagi kuat malah lebih pedih telapak tanganku.
Bibirku bergetar hebat. Aku mahu meraung sekuat hati. Aku benci dia berkata begitu. Aku benci dia. Benci yang sukar hendak aku gambarkan dengan apa saja bahasa di dalam dunia ini.

“Syai,” seru dia jelas tidak berpuas hati dengan tindakanku.

“Jangan kau sesekali berani akui apa yang aku meluat nak dengar. Jangan buat aku bunuh kau, Budriz. Jangan buat aku hilang pertimbangan dengan pengakuan kau tu!” tempikku kuat.

Budriz gamam. “Abang… abang…”

Bibir itu nampak bergetar hendak mengungkap kata namun dia diam sudahnya. Pipinya nampak merah bila kulit yang agak cerah itu menerima tamparanku.

“Aku nak kau cakap pada ayah. Aku tak salah dalam hal. Kau yang buat kita tertangkap Budriz. Aku tak mungkin menjadi milik kau biarpun pada hujung jari!” tekanku bersama mata yang sudah berair.

Lantas itu, aku terus berpaling hendak berlalu. Rancanganku hancur lebur. Budriz juga bertahan demi keputusannya dan aku perlu mengambil keputusan sendiri seperti sebelum ini.

Belum sempat taku berpaling, bahuku dicengkam kuat dari belakang. Dia membalikkan tubuhku menghadap dia.

“Mungkin tidak pada hujung jari Syai… sebab abang akan takluki seluruh diri Syai dari hujung rambut sampai hujung kaki!” tekan dia lalu dia lepaskan aku kasar dan menapak ke dalam biliknya.

Daun pintu dihempas kuat. Berdentum bunyinya dan bila aku mendongak ke atas, Mak Usu sedang menitiskan airmatanya mengalir laju.

***

SETELAH segalanya terjadi juga dalam hidupku dan Budriz, rupanya semakin banyak ranjau yang berduri. Setelah kami terikat, hatiku makin kelabu. Aku pejam mataku rapat membawa kembali kejadian malang dalam hidup ini.

Kepala ini pening dan rasa berputar seluruh alam. Makan minum dan tidur yang tidak terjaga dengan baik sejak akhir-akhir ini, memberi kesah sudah. Aku bertahan dan terus bertahan. Biar rebah, aku juga akan bangkit. Biar tersungkur, aku akan mengorak ke depan biarpun hanya merangkak. Biar apa yang dikata, aku bertegas dengan keputusanku.

“Kamu dengar tak ni, Syaima?” tanya ayah membuatkan pandanganku pantas beralih dari seraut wajah tenang itu.

“Syai tetap dengan keputusan Syai, yah,” ujarku tegas tanpa memandang ayah.

Ayah mengeluh. Mak Usu juga. Budriz diam membisu. Namun, mata itu penuh berharap memandangku. Berharap aku jatuhkan kepala menerima segalanya. Dan itu adalah sesuatu yang tak akan berlaku di dalam hidupku.

Setelah segalanya dia rampas, hari ini hidup aku juga dia ingin rampas dariku sendiri dan apa lagi yang tinggal jika tiada apa yang berbaki?

“Tolonglah, nak. Jangan pertahankan sesuatu yang memang tak benar. Syai tertangkap dalam keadaan macam tu pun, Syai masih tak nak terima Budriz?” tanya ayah dengan suara yang semakin lemah.

“Budriz… kenapa kamu boleh hilang pertimbangan macam ni?” Suara Mak Usu lembut menyapa telingaku. Airmatanya tidak sudah-sudah mengalir melihat pada anak lelakinya itu.

“Riz minta maaf, bonda. Tapi, Riz cintakan Syaima dari kecil lagi, bonda,” luah Budriz mengakui perasaannya padaku akhirnya.

Aku tarik nafas sedalam mungkin. Mata ini aku pejam rapat-rapat. Akhirnya, setelah aku jenuh melarang, dia menuturkan juga dan kali ni di depan ayah dan bondanya. Hebatnya sakit di dalam dada. Bertahan dan terus bertahan dari terus menghamburkan airmata mendengarkan pengakuannya.

“Berapa kali aku perlu tampar kau baru kau rasa kau berpihak di bumi nyata, Budriz?” tanyaku dengan gigi yang aku ketap hebat. Geram sememangnya geram.

“Kamu cinta Budriz, kan Syaima?” soal ayah menyampuk. Bukan menyoal tapi lebih kepada menebak sendiri. Memberi jawapan pada soalan dia sendiri.

“Syai tak pernah ada apa-apa rasa pada dia, yah!” tegasku menggeleng.

Wajah tua itu aku renung semahuku. Aku mahu ayah mengerti akan apa yang hati ini katakan. Aku mahu ayah membuat aku tersenyum kali ni saja.

“Kalau tak ada rasa, tak mungkin ayah tangkap dengan mata ayah, kamu sedang…” Dia menggeleng berkali-kali menyatakan rasa kesal yang tak berkesudahan dengan sikapku.

“Tak sanggup ayah nak sebut pun, Syai.” Dia mengeluh.

“Kenapa ayah tak pernah nak mengerti perasaan dan hati Syai? Kenapa ayah? Kenapa ayah lebih percayakan mereka dari darah daging ayah sendiri?” Aku terus menyoal biarpun aku tahu, ayah tak mungkin memberikan jawapan yang aku mahu.

“Ayah bukan tak percayakan Syai… tapi sebab mata kepala kami sendiri nampak dan Budriz akuinya. Apa lagi yang Syai nak tegakkan?”

Ayah menyapa lembut belakang telapak tanganku yang menggeletar menahan gelodak jiwa yang membahang.

“Ayah sayangkan Syai. Silap ayah dulu sebab biarkan Syai sendiri. Ayah tak baik melayan kamu. Tapi, bagi ayah jalankan tanggungjawab ayah. Budriz baik. Dia cintakan kamu dan kamu…”

“Syai benci dia, ayah!” pangkasku.

“Mungkin mulut kamu kata benci, Syai… tapi hati kamu… Allah saja tahu. Terimalah. Ayah dah uruskan segalanya. Jangan malukan keluarga. Minggu ni, akad nikah. Yang lainnya, terserahlah pada kamu berdua. Janji kamu halal untuk Budriz gauli. Itu dah cukup.”

Itulah keputusan ayah akhirnya. Keputusan yang berat sebelah. Keputusan yang diambil tanpa aku mampu membela diri.

“Budriz… buat kali terakhir aku katakan. Kau tak layak untuk cintakan aku. Tarik balik pengakuan kau atau kau akan menderita lebih teruk dari aku!” Aku memberi amaran tegas.

Budriz menggeleng. “Abang lelaki yang berpegang pada janji dan kata-kata. Abang janji nak bawa Syai kembali pada ayah, abang tunaikan. Abang berjanji untuk Shai, abang akan tunaikan jugak. Abang tahu, Syai cintakan abang sebab tu Syai rela perlakuan abang selama ni,” ujar dia berbohong lagi.

Entah kali ke berapa, dia memfitnahku. “Kau tahu tak kau dah berkali-kali fitnah aku?” soalku tenang.

Dia menggeleng. “Abang yakin dengan kata hati abang. Abang memandang dengan hati, merasa dengan jiwa dan menilai dengan akal. Syai jangan nafikan hubungan kita lagi. Abang tak akan berganjak dari keputusan abang biar apa pun Syai nak lakukan!” tegasnya tidak tewas dengan permintaanku.

“Dan aku juga sudah terbiasa memungkiri janji dan memalukan orang, Budriz!” balasku pula penuh keras dan kasar.

Kaki ini menapak pada dia. Budriz juga tidak kalah. Terus menapak juga mendekati dan bila aku genggaman penumbuk, ada suara memberi salam.

“Assalamualaikum!”

Tanpa sempat kami menjawab, seorang wanita yang kukira sudah lebih separuh abad itu masuk ke rumah dengan langkah perlahan. Namun, air wajah itu menampakkan dia masih anggun pada usia itu. Hanya kedutan yang kian jelas di kulitnya.

Bersamanya juga adalah Puan Syarifah Sarimah. Bekas majikanku yang merangkap ibu saudara Budriz.

“Bonda! Kak Mah!” tekan Mak Usu lantas berlari menuju ke arah dua wanita tersebut. Puan Sarimah senyum tapi tidak yang seorang lagi itu.

Aku terdiam. Budriz telan liur. “Nenda buat apa kat sini? Kan Riz janji nak balik jumpa nenda nanti,” sampuk Budriz pula dan tahulah aku, inilah wanita yang berbual dengannya di telefon semalam.

“Nenda tunggu kamu lambat sangat. Nenda nak tengok drama apa lagi kamu nak buat ni. Drama sama dengan arwah ayah kamu atau tak?” Suara itu jelas menyindir.

Matanya memandangku penuh jengkel biarpun Mak Usu perlahan-lahan menuntun dia duduk.

Ayah diam bila nenda bersuara. Mak Usu juga. Malah Budriz juga nampak kalutnya. Aku menjauh dari dia dan dia terus menerpa ke arah nendanya dan mencium tangan wanita itu lama.

Bila dia mendongak, aku lihat wajah Budriz resah. Genggaman tangannya erat menyapa tangan nendanya. Dia memandangku dari atas ke bawah. Melihat padaku yang sekadar memakai jeans dan t-shirt lengan pendek saja.

“Nenda tak setuju!” tekan dia tiba-tiba.

Biarpun tidak kutahu apakah yang tidak dipersetujuinya, aku yakin itu adalah berkaitan dengan perkahwinan gila ini membuatkan aku ketawa sendiri.

“Syaima!” tegur ayah. “Kamu ketawa kenapa?”

“Lucu tengok drama keluarga bahagia ni,” jawabku bersama tawa yang masih tersisa.

Wajah nenda nampak lain. Semakin tajam mata itu merenungku. Aku pula terkebil-kebil menahan rasa pening berpusing. Mata ini sudah berpinar sana sini. Aku picit pangkal hidungku sikit mahu menghalau rasa pening ini.

“Ini ke anak perempuan kamu, Syakri?” tanya nenda pada ayah. Ayah angguk saja.

“Ini ke perempuan yang kamu nak buat menantu, Jalina?” Dia beralih pula pada Mak Usu. Mak Usu juga jatuhkan kepala.

“Dan kamu Budriz, ini ke perempuan yang kamu gilakan sangat sampai sanggup ikut jejak langkah arwah ayah kamu nikahi perempuan yang bukan dari darah keturunan kita?” bentak dia pada Budriz.

“Betul tu, Budriz. Toksah la kau nak nikahi aku. Keinginan kau tu baik sangat tapi sayang bila niat kau busuk macam bangkai,” herdiku pada dia.

Sengihku semakin melebar. Menyenget ke kiri sinis pada mereka. Ternyata, takdir juga tidak akan menjodohkan kami. Budriz bangkit dari terus melutut. Dia menapak ke belakang sedikit demi sedikit lalu hampir padaku.

Tanganku digenggamnya erat. Biar hebat aku membentak, genggaman itu tak longgar. Tak lepas malah semakin kejap.

“Maafkan Riz sebab mungkir janji dengan nenda untuk kembalikan darah keturunan Syed Syarifah keluarga kita. Tapi, Riz ni darah dah bercampur dengan orang biasa, nenda. Lagipun…”

Dia berpaling padaku sepenuhnya. Aku yang sedari tadi bertahan dari rebah mula terhuyung hayang sedikit bila Budriz memaut bahuku memaksa aku turut menghadap dia. Aku pisat-pisatkan mata beberapa kali namun aku tersedar bila telapak tangan Budriz jatuh ke perutku.

Dia berpaling pada nendanya. “Dalam perut Syaima ada cicit nenda. Anak Riz,” ujar dia tenang dan berbohong lagi.

Nenda bangkit terkejut. Matanya bulat dan merah.

“Kamu cakap apa Budriz?” tanya nenda kuat.

“Nenda perlu restui kami sebab kalau tak restu pun, Riz cukup dah restu bonda. Anak kami akan membesar, nenda. Dia perlukan Riz dan Syai,” ujar Budriz lagi penuh yakin.

“Budriz!” pangkas Puan Sarimah.

“Apa yang Riz cakap ni? Bila kamu dan dia…”

“Dah lama, Mak Long,” balas Budriz pantas.

“Apa kau cakap ni, Budriz? Sampai macam ni sekali kau pelahap nak nikah dengan aku?” tanyaku sambil menahan kepala yang semakin berat.

“Ya, sayang. Seperti abang cakap pada ayah dan bonda, abang bertanggungjawab atas Syai selamanya,” bicaranya persis memujukku.

“Abang buktikan!” tekan dia penuh makna.

Aku menolak tubuhnya dari terus rapat padaku hingga menyebabkan tubuhku sendiri terhuyung hayang menahan imbangan yang hampir hilang.

Aku menggeleng. Memandang seorang demi seorang dan akhirnya, aku jatuh terjelepuk biarpun hebat aku cuba bertahan demi tubuh yang kian lemah ini. Pandanganku gelap segalanya.

“Syai…”

Aku tersentak. Ada suara menyeruku. Ada derap tapak kaki menuju ke arahku dan aku hanya mampu membatukan diri bila Budriz merapatkan daun pintu bilik.

~~>bersambung

71 comments:

  1. hehhe. smbung la lagi cepat! nak baca lg
    -fs-

    ReplyDelete
  2. RM....best sgt...tak sbr nak bc next chapter....tahniah....

    ReplyDelete
  3. hahaha..kebas pipi SAB kena lempang....
    garang betul Syai ni, harap2 kejap lg jinak lah yer..

    ReplyDelete
  4. hah...knp pengsang ? takkn mengandung betul2 kut ? kan diorng tk bt ap2 pun ... ni mesti kes pening kepala melayan Budriz yg tak habis2 desak Syai kahwin dgn dy

    ReplyDelete
    Replies
    1. kn si Syaima tu dh byk hari xmkn....

      Delete
    2. a'ah..syaima dah lama x makan. sbb tu dia pengsan.

      Delete
  5. Tak sabar nak tggu next entry!syok la cite ni kak rehan:)

    ReplyDelete
  6. apakan akan terjadi??jeng..jeng...jeng..heheheh

    ReplyDelete
  7. best.... cpt sambung.. benci betul ngn budriz ni... kesian syai...

    ReplyDelete
  8. Eee....geramnya dengan Budriz...
    Sian dekat Syaima asyik kena fitnah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... sye sokong

      Delete
    2. sye pn skong 270%..hihihi

      Delete
  9. hayyo kan dah dapat 1 lagi penampar. hayyoooooo. apela Budriz nih wat? lagi la susah nak tackle syaima kot. abisla.....hahahahhaahha. cecepat ek smbg cik penulis. da makin excited da citer nih,terbaikkkkkkkkla

    ReplyDelete
  10. stress baca ni

    ReplyDelete
  11. Makin panasss...

    ReplyDelete
  12. best best...x saba nk tnggu esok...

    ReplyDelete
  13. Apasal lah si Syai ni tak lari jer drp rumah tu.... Kok yer pun, drive ler pergi kedai mamak kat mana2 utk mengalas perut... Kalau berhari2 tak makan, bukan aje tumbang dan pengsan, akal fikiran pun boleh jadi mereng....

    I like this plot line.... Something new....and refreshing.... Boleh tak buat plot line bagi Syai dpt lari drp cengkaman "trio manja" (ayah, Bonda & Budriz) walaupun hanya sekejap saja? Kesian kat Syai, boleh jadi mental sbb teruk kena kontrol + kekurangan makanan + hati asyik nak marah jer....

    Sambung ler lagi.... Tak sabar nak baca sambungan yg seterusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaima memang nak lari dari rumah pun...siap bawa beg bagasi lagi. Cuma masa dia nak keluar tu, Budriz menghalang. Rujuk Bab 9.

      Delete
  14. tq RM..senyumm je tgk2 de entry baru..
    -WN-

    ReplyDelete
  15. Best giler..cpt sambung yer..

    ReplyDelete
  16. x saba nk tggu sambungannye....
    nk lgi2

    ReplyDelete
  17. makin menjadi-jadi BUDRIZ ni...but i like it !...huhu

    ReplyDelete
  18. at last de gk en3,.dari pg tunnggu keke
    what will happen next?? ngeh3

    ReplyDelete
  19. best....best...nak baca lagi..good luck

    ReplyDelete
  20. alamak,hari2 kna lempang mmg hilang hensem si hero..hehehehee

    ReplyDelete
  21. sedih...bila lah si SAB nak guna cara lembut,, biar si Syaima terharu,,kalu dilawan semakin menggila si Syai ni ehehe

    ReplyDelete
  22. Cerita ni memang membuat kta jd gila.Bila ptg tak sabar nak tgu n3 baru.Syabas RM.Saya dah jd peminat setia anda.

    ReplyDelete
  23. x thu sape yg gila...
    syaima or budriz....
    dua2 sma gila...

    ReplyDelete
  24. xsabar nk tnggu next n3...

    ReplyDelete
  25. Ish, tak puas hati pulak dgn Budriz ni, kesian pulak dekat Syai tu, sampai ayah dia pun tak percaya, but as usual, terbaik lah kak Rehan!

    ReplyDelete
  26. Adakah Maksu itu berketurunan Sharifah jugak? Sbb drp penceritaan, bapa Budriz ialah Syed manakala isterinya bukan berketurunan Syed/Sharifah. Sementera Syed Budriz berketurunan Syed/Sharifah sbb bapanya Syed...

    Soalannya adakah Maksu@Bonda adalah ibu kpd Budriz?

    I'm totally confused.... Pls enlighten me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ade keturunan syed ialah bapa budriz. dah meninggal. mak budriz orang biasa. mak su@ bonda mmg ibu kepada budriz. maybe sebab dah terbiasa ngan smue gelaran nak bagai tue yang panggil bonda. rasanya still boleh gune gelaran syed lah. tak silap lah.

      Delete
  27. Saya penat baca. Mksdnya selepas perbualan pnjng berjela berantai rantai. Hujah dan cerita. dari mula saya stress dah. :) tpi terbaik.

    ReplyDelete
  28. dah confuse sket...dari cara percakapan Budriz mcm dia btol pernah wat x senonoh kat Syaima tp Syaima je yg x prasan..blh ke?...Hihihi...pape pun sangat best! Terima kasih tulis novel ni~

    ReplyDelete
  29. best2~~hopefully malam ni atau esok ada new n3 lagi! ahaks~~keep it up RM ~~~ :D

    ReplyDelete
  30. ada typo la karehan.gertak jadi gerak.

    "baru sekali abang gerak, dia lari macam lipas kudung"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan dia memang nak tulis gerak. typo rupanya.

      Delete
  31. huh...makin rancak plak cter ni...
    every day buka blog RM nk tgk next n3....
    upload next n3 cpt2 tau...x sabo dh ni...:)

    ReplyDelete
  32. tetiba rasa macam nak kasi Budriz tu makan penumbuk sebiji je..dasar puaka...

    ReplyDelete
  33. panas panas hangat menyengat... hehe... tp geram juga tngok syaima .. asyik nak fkr psl dendam jer..

    ReplyDelete
  34. rasanya ai faham knp budriz buat mcm tu..papepun ai tggu rehan sambung lagi..:)

    ReplyDelete
  35. bila buat mcm ni...
    org akan fikir syai tu pengsan sebab pregnant
    hmmm...kita tengaok mcm mana budriz nk beli syai..
    mampu ke tidak?

    ReplyDelete
  36. shuke2...xsbr bc seterusnye...

    ReplyDelete
  37. Budriz ni mungkin bukan anak bonda tapi dipelihara oleh bonda seperti anak sendiri....Maka bukanlah abang tiri kepada Syai....hanya meneka...

    ReplyDelete
  38. Wah.. ada plot baru...

    Ada arwah abah, nenda, and Syai pengsan...

    Suka, suka....

    ReplyDelete
  39. saya suka! saya Suka! Saya Suka!

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. lagi suka ... makin best nie cerita ooo

    ReplyDelete
  42. smbunglh cpt2x kak rehan.what happened?

    ReplyDelete
  43. Boleh tak nak cadangkan bhw Syai bawak ayah, maksu dan budriz pergi buat pregnancy test kat klinik atau beli jer pregnancy test kit dan buat kat rumah utk membuktikan bhw Syai tak mengandung....

    Boleh tak Syai keluar drp rumah tu dgn memandu keretanya sendiri?

    ReplyDelete
  44. ap akn trjdk?/ syai dbawa ke klinik?? dan doktor hanya mengatakn yg dye kurg brtenaga tnpa mngatakn bhwe dye mngndung?? hehehe...
    ( trbuat skrip sndiri lak)

    ReplyDelete
  45. alah.. boleh je kowt masa nikah nanti, kan kena dapatkan persetujuan daripada pihak pengantin perempuan, rasanya kalau syaima nak malukan budriz dan ayah dia yang macam setan tu, syaima boleh je batalkan pernikahan tu.. syaima ni tak una otak eh.. stress lah baca novel ni. seyes...

    tak suka kena kongkong sampai macam tu sekali.

    ReplyDelete
  46. Wah....menarik cerita nih,sya ska dengan jalan ceritanya berbeza dengan cerita yang lain n i like thiss story the mosttt

    ReplyDelete
  47. sambung RM...makin mencabar kisah dorang ni..
    x sbr nak tau...
    wahhh ari ni dpt komen bila bc guna lappy..
    selalu gne phone je..nk komen pn x bleh...
    nice RM..ske baca citer awak...

    ReplyDelete
  48. nk lg plsssssssssssssssss

    ReplyDelete
  49. best la...x sabo menunggu entry seterusnyer...nk skg buleh..??????????

    ReplyDelete
  50. Cerite yg sgt baik menyayat hati nurani ku ini RM Tahniah.
    Kalau bolih bukukn secepat munkin tak sabar nk tahu penghujung cite ni. Another gifted from Allah pergunakanlh sebaik2 anugerah ini ye RM. Akak doa agar RM akan terus berkarya dan sentiase diberi idea2 yg bernas semoga bolih dijadikan penduan dan selitkn pengajaran agama didalam setiap karya RM . Akak rasa mcm nak suruh aje si Syai tu lari dari si bud & famili bahagia dia tu biar mereka tercari2 lagi.

    ReplyDelete
  51. salam..kenapa dh xde sambungan???

    ReplyDelete
  52. hai pening kepala dengan dia org ni semua. but mkin best. good Rehan....

    ReplyDelete
  53. brani mati la SAB ni kan..tp i like..brani buat brani tggung br la jantan nmnya ekeke..to SAB sila pertahankan syai..sy stuju je anda jdkan Syai isteri tu

    ReplyDelete
  54. syai mungkin boleh lari.. tp mesti penulis nak cari kelainan kan.. cukuplah fiah sorang je y bawak diri.. hehe.. x tahulan nak benci atau nak suka kat budriz nih? adeehh

    ReplyDelete
  55. sukenye citeny!!
    bile nk sambung,, tetunggu2 ny..

    ReplyDelete
  56. Rehan nak gntung kmi smpai bila? setiap masa ternanti. ade pluang psti buka blog ni... lum lik cuti gi ke? rndu kt syai n budriz....

    ReplyDelete
  57. bestla rm....saya sokong rm 100 %

    ReplyDelete
  58. Salam RM

    Wow...I like yang dialog yang bidas menbidas tuuu...Tapikan kesian Syai....perempuan sepatutnya ada hak memilih....hish.....perit seh kena kahwin orang yang kita menyampah....selisih....

    tak boleh ang....kat seh

    Budriz muka tembok...Syok Sendiri....

    ReplyDelete