Monday, June 25, 2012

Suami Tak Kuhadap 20


BAB 20

BUDRIZ angkat tubuh sasanya.  Berdiri tegak di depanku yang masih mengusi nasi yang masih banyak berbaki di dalam claypot itu.  Nasi dimasakkan dengan keju dan juga cendawan.  Langsung tidak mampu kutelan.  Apatah lagi mengingatkan kebaikan Budriz dalam setiap layanannya.
“Tak nak makan, jomlah kita masuk beli barang,” ajak dia sambil menolak kerusi dan mendekat ke sisiku.

Pantas aku tolak claypot tersebut dan menyisip saki baki ice lemon tea dan turut bangkit juga.  Bila hendak menolak kerusi, Budriz terlebih dahulu menariknya.  Aku pandang dia pelik.  
Eleh, macam dekat hotel la pulak.  Padahal foodcourt Carefour je pun.  Desis hatiku mengejek dia.  Budriz senyum tiba-tiba bagaikan mengerti akan apa yang bermain di dalam mindaku.
“Esok-esok kita tak busy, abang bawa makan dekat hotel.  Lebih proper dan mood pun romantik masa tu.  Privacy sikit.  Dah jom…”  Dia terus menarik tanganku dan menggenggam jemariku erat agar menapak rapat di sisinya. 
“Buat senarai tak?”  tanya dia saat kami sama-sama memasuki pagar untuk ke dalam pasaraya besar. 
Aku telan liur dan menggeleng. 
“La… kan abang dah cakap banyak hari, kena buat senarai.  Mudah kerja.  Ni nanti teraba-raba nak cari barang!” 
Budriz mengeluh kecil dan bercekak pinggang seketika memandangku tapi lambat-lambat, wajah seriusnya hilang.  Wajah tegangnya kendur. 
Abang gurau je.  Abang dah buat senarai tu awal-awal lagi sebab tahu isteri abang ni tak akan buat,” ujarnya seketika kemudian lalu dia menarik sebuah troli dan ditolak cermat memandangkan pengunjung agak ramai kala ini. 
“Eleh… kalau tak ada pun, macamlah tak boleh beli barang.  Teraba-raba apa?  Raba apa-apa yang diperlukan jelah.  Kenapa?  Kau tak ada mata nak raba barang-barang yang kau nak beli?”  sindirku pedas. 
Budriz tetap begitu.  Senyum dan terus tersenyum malah semakin melebar pula bibir itu merekah dengan senyuman.  Dia membetulkan kolar bajunya sedikit dan tunduk kepala itu dekat pada telingaku. 
Abang reti raba apa yang ada pada isteri abang je.  Yang lain kena ada senarai.  Kalau tak, tak jumpa,” usik dia dan aku terus saja menepuk bahunya kuat membuatkan wajah Budriz menyeringai menahan pedih.
“Kau jangan macam-macam hal, Budriz.  Kau patut bersyukur aku tak buat pasal tenagh-tengah orang ramai ni!”  larangku keras. 
“Berani?  Tak malu?” 
“Jangan cabar!” 
Aku mengetap gigi bila merasakan Budriz sengaja mencabarku kala ini.  Dia senyum menyenget. 
Abang tak cabar.  Abang tanya,” selanya mudah.
Troli itu ditolak ke depan lagi.  Menuju ke tempat makanan basah.  Membiarkan aku melangkah pantas mengejarnya.  Pelik dengan diri sendiri.  Mengapa harus begini?  Tidakkah mudah untukku berpatah balik saja dan terus lari dari hidup dia selamanya?  Tapi sayang, bila kakiku pantas membuntuti langkah Budriz dan bila aku semakin hampir, dia berpaling dan melambaiku.
“Jalan la dekat abang.  Nanti orang usik, awak pergi simbah dengan apa-apa jenuh abang nak leraikan pergaduhan nanti,” sinis dia membuatkan aku menjeling tajam pada dia.
“Kalau aku nak simbah pun… kaulah orangnya.  Orang lain tak mungkin!”  tekanku geram. 
Dia senyum.  “Sebab tu abang kata biar abang je sebab kalau orang lain, mesti tak dapat bertahan.  Abang je mampu hadap Syai biarpun Syai tak pernah nak hadap abang!” 
Dia menyindirku lagi dengan wajah tenangnya itu membuatkan aku memakukan langkah sedangkan Budriz terus mara menuju ke tempat makanan basah.  Dia sedang membelek-belek ayam yang ada.  Kemudian, berlalu mengisi ikan dan juga udang serta sotong.  Dibeli bagaikan tidak mahu keluar rumah selama setahun membuatkan aku menggeleng sendiri..
Entah mengapa, ada sesuatu berbisik di peluput telingaku.  ada elusan angin tenang yang mula menyapa.  Rasa baju mengelus rambutku lembut kala ini.  Terasa sepi di tengah-tengah lautan manusia yang lalu lalang membuatkan aku terus terpaku melihat pada lelaki itu.  Tanpa sedar bibirku menguntum senyum.  Buat pertama kalinya.  Bukan kupaksa, jauh sekali kudesak. 
Bila aku tersedar susuk tubuh Budriz tiada lagi terbias di mataku membuatkan aku memanjangkan leher mengintai kelibatnya tapi sayang bila ada kelibat lain yang menyapa korneaku. 
Bila kuamati dan terus aku tunakkan renungan mataku, ada rasa lain tiba-tiba.  Rasa marah dan dendam membara kembali.  Senyum kumati dan bila aku mahu melangkah, bahuku ditepuk lembut.
“Sayang!”  Budriz menyeru pelik.
Aku berpaling pada dia seketika dan bila aku kalih kembali pada apa yang aku fokuskan sebentar tadi, jasad itu lenyap dan aku mengeluh sendiri.  Menggeleng perlahan dan meraup wajahku. 
“Kenapa?”  soal dia lagi. 
Aku menggeleng dan terus mengikuti langkahnya bila Budriz mengajakku  memilih sayur-sayuran pula.
“Banyaknya lauk!”  komenku tidak puas hati. 
“Mana ada banyak.  Stok seminggu.  Abang makan banyak.  Nanti masak banyak-banyak sikit.  Kasi suami gemuk nanti orang kata Syai isteri yang pandai jaga suami…”
“Dah tu, aku kering orang cakap kau tak pandai jaga aku lah nanti?”  Aku mencemik.
“Haaa… sayang tak mungkin kurus sebab abang tak sempat nak sedut semua zat-zat sayang lagi.  Nanti abang dah sedut apa yang patut, masa tu boleh kurus,” guraunya bersama sengihan nakal yang tak lekang dari bibir yang sensual kemerahan itu. 
“Kau nampak ni?!”  Aku angkat penumbuk sedikit pada dia dan dia terus ketawa biarpun ada beberapa orang sedang memerhatikan ke arah kami.
“Tak baik angkat tangan pada suami macam tu sayang…”  Dia berpesan sambil tangan itu ligat membelek helaian daun sawi yang hijau menyegar. 
“Tolong abang ni.  Cepat siap, cepat balik, cepat boleh rehat, cepat boleh bermanja.”
Dia menyiku lenganku sedikit dan aku hanya kaku membeku.  Tiada daya hendakku layan karenah Budriz kala ini bila kepala dan mindaku tidak lepas dari mencari wajah tadi. 
“Cari siapa?”  soal dia tiba-tiba. 
“Tengok orang.”
“Oh selama ni Syai tak pernah tengok orang ke?” 
“Aku tengok kau je selama ni,” jawabku geram sambil tangan ini mengisi tomato di dalam plastik putih itu. 
“Habis tu, abang bukan orang?” 
“Kau orang jugak.  Orang asing.  Menyibuk dalam hidup aku tak sudah-sudah!”  Aku menjawab dengan nada yang mendatar tanpa memikirkan kesannya pada hati Budriz.
Dia diam dan menghampiriku.  Plastik di tanganku, bertukar tangan.  Sudahnya Budriz ikatkan.
“Baguslah juga kalau Syai rasa Syai pandang abang je sebelum ni.  Setidak-tidaknya, abang tahu mata Syai tu tak lepas dari abang, kan?”  sinis dia lantas dia berlalu ke kaunter untuk menimbang semua barang membuatkan aku terkedu sekali lagi. 
Terperangkap dalam ayat yang aku luahkan untuk menyakiti hatinya.  Sudahnya, aku yang terkedu sendiri.  Kaku lagi hinggalah dia berpatah semula dan menolak troli itu menuju ke tempat buah-buahan pula. 
“Budriz…” 
Aku menyeru dia namun mata ini tepat memandang ke hadapan melihat manusia yang agak ramai hari ini.  Masih cuba mencari-cari kelibat tadi.  Bimbang juga andai itu hanyalah permainan mata yang kabur pandangannya.  Malah hati juga turut kabur.
Dari ekor mata, aku tahu Budriz sedang merenung sisi wajahku sambil menolak troli dengan penuh hati-hati.  Troli yang hanya berisi beberapa jenis barang basah dan sayur-sayuran saja. 
“Ya sayang…,” sahutnya mesra membuatkan aku berpaling pada dia. 
“Kenapa suka panggil aku sayang?”
“Sebab abang memang sayangkan Syai.  Syai isteri abang.  Amanah abang.  Haruslah abang sayang,” jawab dia yakin.
Bibirku senyum menyenget.  Sinis pada dia tapi dia tetap tenang begitu.  Melangkah perlahan dan bila aku menjauh sedikit, dia tarik pinggangku agar berjalan rapat padanya. 
“Sayang cuba jalan dekat-dekat abang sikit.  Dahlah orang tengah ramai ni.  Kena langgar karang.  Atau…”  Bicara Budriz mati.
Langkah kami juga pegun dan dia melepaskan pegangannya pada troli lantas menarik bahuku menghadapi dia.  Selendang di leherku ditarik lembut persis mahu membuka lilitannya. 
“… sayang suka abang tambat kita berdua dengan kain selendang ni?  Macam tu?”  sambung dia menyoalku dengan penuh kenakalan. 
Pantas aku menarik kain tersebut dan merengus kecil.  “Kau jangan buat gila!” tekanku agak marah lantas melangkah juga. 
Budriz tiba di sisiku kala aku sedang memilih epal hijau yang nampak segar dan basah.  Bibirku tersenyum.  Kecur air liur kala ini.  Satu-satunya buah yang menjadi kegemaranku dari dulu biarpun ibu sentiasa melarang.  Tidak elok makan buah yang masam begini. 
“Sayang ni dari dulu lagi kan arwah ibu dah pesan.  Epal hijau ni masamlah, yang.  Makruh makan masam-masam.  Tumpul otak.”  Budriz melarang tiba-tiba lalu dia ambil plastik yang aku pegang dan meletakkan kembali buah epal tersebut.
“Syai suka makan!”  tegasku.  Tanpa sedar, menyebut namaku penuh mesra.
Budriz senyum tiba-tiba.  “Abang tahu Syai suka makan.  Tapi tak elok sangatlah, yang makan masam-masam.  Apa kata ambil yang merah ni,”  cadangnya dan terus menyentuh epal merah pekat itu lalu diisi ke dalam plastik.
Aku hanya memandang dia seketika.  Memandang lelaki yang sedang tekun memilik buah epal merah itu untuku. 
“Aku tak suka.  Lagipun bukan kau yang makan.  Aku nak makan!”  tekanku lagi. 
“Aku pulak?” 
Tindakan Budriz terhenti.  Dia menggeleng dan mengilas sekeliling seketika melihat orang ramai yang juga ada di situ dan dia menggariskan senyuman tipis buat salah seorang pengunjung yang juga sedang memilih buah yang sama. 
“Cantik, kan?  My wife?”  tanya dia tiba-tiba pada seorang wanita berbangsa Cina yang sudah nampak separuh umur. 
Wanita Cina itu senyum dan mengangguk.  “Sangat cantik woo… Itu bibir macam itu cerita Snow White saja.  Lu untung ar dapat ada wife ini punya cantik,” jawab wanita itu dalam pelatnya. 
Aku telan liur dan menjegilkan mata pada Budriz tapi dia sekadar buat tidak tahu dan terus mengisik beberapa biji lagi buah di dalam plastik itu. 
Aunty… lu rasa gua tak handsome ka?” 
“Mana boleh?  Lu handsome dapat wife cantik.  Itu macam gergaji membelah pinang.  Orang Cina kata muka lu dua orang ada feng-shui la,” jawab wanita itu lagi.
Hampir saja aku tergelak sendiri mendengarkan peribahasa Melayu yang dirosakkan wanita Cina itu tapi aku tahan hati dan cepat-cepat aku menghampiri Budriz. 
“Apa kau cakap ni, hah?”  gumamku. 
“Saja nak tanya.  Abang ni tak kacak ke sampai sayang tak mahu tengok abang.  Ternyata abang kacak jadi sila tengok.  Nanti rugi je dapat suami handsome tapi tak tahu nak nikmati dan tak reti nak hargai,” cebik dia padaku. 
Aku telan liur dan terus menarik dia dari situ membuatkan Budriz cepat-cepat menarik troli.  Namun belum pun sempat dia meletakkan epal merah yang dipilihnya tadi ke dalam troli, epal tersebut jatuh ke lantai menghalang laluan orang ramai dan bila aku angkat wajah, di depan kami jelas wajah yang membuatkan aku terkedu sendiri. 
“Perempuan kalau degil dan tak dengar kata suami, memang tak layak dibuat isteri dan tak layak untuk sambung keturunan!”  tekannya dan Budriz kaku. 
Buah-buahan tadi langsung tidak dikutip dan kami kini sedang bersabung empat pasang mata.  Ada sepasang mata  yang cantik alisnya yang sedang tersenyum mesra penuh kelembutan. 
“Err…. Nenda!”  Budriz bersuara akhirnya dan dia pantas tunduk mengutip epal yang berterabur.
Aku diam bila ada dua pasang mata merenungku.  Sepasang mata nenda dan sepasang lagi mata yang cantik dan lembut renungannya.  Nampak seperti Budriz saja wajah itu.  Barangkali daripada keturunan yang sama. 
Bibirku kaku dari senyuman biarpun si dia terus tersenyum mesra.  Nenda tersenyum sinis padaku dan dia terus memaut jemari gadis ini mengheret gadis itu rapat padanya. 
“Tak reti nak salam, Syaima!”  Teguran nenda membuatkan aku kembali tersedar. 
Renunganku pada gadis itu tercantas dan aku lambat-lambat menghulurkan jari dan itu pun setelah Budriz menolak lenganku.  Kala beralih pada wanita jelita ini, dia menggenggam jemariku erat. 
“Syarifah Nurina,” ucapnya lembut dan sopan. 
Benar seperti kutelah.  Mereka dari keturunan yang sama.  Aku gariskan senyuman tipis.  Antara rela dan tidak bila Budriz menyalami nendanya.  Tunduk hormat mencium jemari tua itu.
“Syaima,” jawabku ringkas. 
Dia senyum dan mengangguk. 
“Lama tak jumpa abang,” ucap dia pada Budriz pula setelah Budriz angkat kepala dan senyuman mesra Budriz pada wanita itu menggambarkan ada sesuatu antara mereka berdua membuat hati terasa sedikit tersiat tiba-tiba. 
“Errr… lama jugak lepas Nurin ke oversea,” balas Budriz pula. 
“Bila balik?”  Giliran Budriz pula menyoal.
“Minggu sudah.  Tak sangka abang dah diikat,” sela Syarifah Nurina bernada kesal biarpun bibir itu menguntum senyum. 
Abang tak diikat, tapi abang yang ikat diri abang sendiri.”  Budriz ketawa.  Tidak kutahu dia mana lucunya. 
Dia kembali memandang nenda.  “Nenda beli apa ni.  Kuat pulak nenda Riz ni berjalan ya?”  usik Budriz mesra tapi nenda tetap begitu.
Sengih menyenget padaku.  Penuh sinis dan pandangan yang menyakitkan hatiku membuatkan aku menghela nafas berat bertahan dari menghamburkan marah.
“Saja Nurin ajak jalan-jalan.  Tak sangka terserempak dengan Riz kat sini.  Dah lama nenda suruh balik.  Dari sehari ke sehari, ada je kerja Riz.  Entah-entah rumah bonda pun Riz tak balik, kan?”  soal nenda menebak.
Aku pandang Budriz yang sedang menggaru kepala.  “Riz sibuk sikit, nenda.  Syai tak sihat sebelum ni!”  jawab dia mudah. 
“Tak sihat kenapa?  Tak nak kahwin pada asalnya tapi dah mengandung pulak ke?”
Berdesing telingaku mendengarkan kata-kata nenda Budriz kala ini.  Andai tidak difikirkan sisa hormatku pada yang lebih tua masih ada, sudah pastilah aku hamburkan maki hamun pada dia.
“Eh… nenda ni…”  Mata Budriz menjeling padaku seketika sebelum dia menarik aku rapat padanya.
“Syai senggugut teruk.  Tak adalah mengandung dah.  Tapi, kalau ada cepat-cepat Riz syukur je,” jawab dia ramah cuba menyembunyikan hakikat rumah tangga yang tidak pernah aku terima dengan rela. 
“Emm… didik sikit isteri Riz.  Jangan biar dia sesuka hati bercakap aku kau dengan suami.  Keturunan kita ada ada yang macam ni.  Nenda tak nak anak-anak kamu, cicit nenda macam ni.  Kamu bawa darah keturunan kita.  Biar tak ada kaya raya tapi darah kita tu, Riz kena jaga.  Ingatkan Riz nak jaga keturunan kita lepas arwah abah Riz dulu…”  Suara nenda terhenti di situ. 
Dia menjeling mesra pada Nurina dan kemudian tajam pula menikam mataku lantas beralih pada Budriz. 
“Minggu depan balik rumah nenda.  Kita buat majlis kesyukuran sikit sempena Nurina dah balik Malaysia tapi sayang, Riz dah kahwin pulak,” sindir nenda dan dia terus menarik tangan Nurina meninggalkan kami.
Budriz menelan liur memandang pemergian nenda dan Nurina.  Bila aku perhatikan, Nurina masih lagi berpaling dan tersenyum mesra pada Budriz.
“Siapa?” 
Budriz berpaling.  “Nenda kan…”
“Aku tahulah nenda kau.  Yang perempuan tu siapa?”  tekanku.
“Anak kepada kawan lama pada keluarga kami.  Abang dah lama tak jumpa dia.  Makin cantik lepas jadi doktor ni,” ucap Budriz sambil menggeleng dan tersenyum senang. 
Tanpa sedar, aku pijak kakinya agak kuat.  “Baik konon.  Kau renung anak dara orang tu baik sangat ke?” 
“Abang tak renung.  Abang pandang!”  balas dia tak mahu kalah.
“Yang Syai pihak kaki abang kenapa?  Cemburu?”
“Huh… tak ada masa aku.  Lebih baik kalau kau berkenan pada dia.  Mudah urusan aku nanti!”  selaku mudah.   
Aku terus berlalu menuju ke kaunter bayaran meninggalkan Budriz sendiri.  Bila aku mahu lepasi kaunter, dia melelar pergelangan tanganku lembut.
“Tak habis beli barang lagi ni, yang…”
“Kau beli la sendiri.  Kan kau ada senarai!”
Abang dah lupa letak mana,” jawab dia dengan riak tak bersalah. 
Aku berpaling pada dia.  “Ikut suka kaulah nak beli apa pun.  Aku tak lalu nak masak untuk kau!”  tekanku lagi.
“Okey… kita bayar ni.  Abang tak pandai nak teraba-raba beli barang dapur sebab tak reti.  Dah kata Syai tak nak tolong, malam nanti jangan kata apa kalau abang raba apa yang abang nak!”  Dia bersuara tidak kalah.
“Jangan kau terus duga aku, Budriz!”  Aku memberi amaran lagi.  Entah kali ke berapa.
“Siapa duga siapa?  Tengoklah nanti kalau tak percaya!”  ujarnya agak tegas lalu dia menolak troli ke kaunter bayaran. 
Beratur menunggu giliran dan aku terus berlalu keluar dari situ.  Geram rasanya melihatkan kesungguhan Budriz memerhatikan lenggok langkah Nurina.  Sumpah aku rasa tertipu lagi. 

**

KAKIKU melangkah sendirian membiarkan Budriz sendiri beratur membuat bayaran.  Kedai runcit Magazine.com aku dekati dan sebuah majalah Dara.com aku capai.  Membelek-belek gambar-gambar model muda menggayakan tudung dalam pelbagai fesyen.  Ranggi, moden namun tetap sopan. 
Aku pegang rambutku yang Budriz ikat tadi.  Lama-lama terdetik di hati.  Tidak mahukah aku menutup segala ini.  Sudah 27 tahun rambut ini terdedah kepada semua mata yang memandang.  Ibu pernah berpesan tapi hingga kini, tidak terjentik hatiku dengan semua ini tapi hari ini, lain pula. 
Bila aku berpaling, mataku terus tertantap pada susuk tubuh Budriz yang sedang membelakangiku. 
“Jagalahlah aurat ni untuk abang, sayang…”
Dalam kepalaku, masih terngiang-ngiang suara itu.  Menutup aurat adalah satu kewajipan buat muslimat.  Tidak sukar tapi entah bila aku mahu bermula. 
Aku mengeluh dan terus ke kaunter bayaran.  Hendak memilik majalah itu.  Mahu mencuba sesuatu yang baru malah diwajibkan pula.  Bila sudah membuat bayaran, aku terus menapak keluar sambil mata ini menatap penuh minat gambar-gambar yang dihidangkan di dalam majalah tersebut. 
“Cantik dan sopan…”  Aku berbicara sendiri.
Kaki ini terus melangkah dan melangkah hingga akhirnya, langkah ini mati kala aku terlanggar seseorang. 
“Maaf…” 
Aku angkat wajah setelah mengutip majalahku dan kala mata ini terbias akan wajah itu, yakinlah aku… bukan sekadar halusinasi lagi kala pertama kali terbias akan wajah itu di dalam pasaraya tadi.  Ternyata benar.
“Syai…”  Dia menyeruku penuh terkejut dan aku hanya diam saja.  Tiada beriak.
“Ya Allah… rindunya,” ucap dia lagi dan kala dia mahu menyapa jemariku, Budriz terlebih dahulu meraihnya.
Behave yourself, Faiz!”  tekan Budriz tegas.  Tanpa senyum.

~~> bersambung

Cik Penulis : Terima kasih atas sokongan dan sebarang teguran membina.  Mana yang baik saya olah dalam next bab.  InsyaAllah.. Allhamdulillah... 

41 comments:

  1. Terusan perjuangan yer cik rehan.. hehe. cerita awak tetap terbaik

    ReplyDelete
  2. awwwww . . hehe . nice...pbnyakkan lagi watak nurin tu..hehe..conferm meletup2 si syai tu nnt...hehe...good job sis ~ tsangatlah suke...hehehe . .
    mst cntik si syai kai tudung like jelita...hehe..si lit pon hubby tlg pkaikan..heheh . .

    good luck . . hehe ..

    ReplyDelete
  3. ishhhh.. kemunculan Faiz tanpa di duga dan adakah kehadiran syarifah nurina akan terbitnya rasa cemburu sedikit demi sedikit di dalam hati syaima.. menghitung hari lah jawabnya akak nie sbb nak tunggu bab 21.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Syai terdetik untuk pakai tudung..

    emm..nmpknya pelakon2 tambahan pun dah dah mula muncul.. apa lagi agaknya yang akan berlaku dalam hidup syai n budriz kan..keep writing kak..

    ReplyDelete
  5. wahh!!...lg konflik nnt... >,<...

    ReplyDelete
  6. kian stress...hehe..nurina pulak muncul..aduhai..

    ReplyDelete
  7. bagus gak, seri satu sama.... Budriz berjumpa Sy Nuraina sementara Syai bertemu Faiz... baru fair & square... hihihi....

    baik hati si syaima ni, walaupun tidak didesak & dipaksa, hatinya terbuka utk berhijab...

    ReplyDelete
  8. yalah, bgslah syai nk mula pkai tudung. konflik akn lbh rumit. mcm mn syai nk berubah pas ni. we wait n see. mgkinkah akhirnya budriz berkalih arah kpd SN lps syai wt dek kt dia. n akhirnya syai yg terhenyak oleh dendam yg dia suburkn dlm ati dia.

    ReplyDelete
  9. heee bes2 part syai cemburu....hope lepas ni dia btul2 pkai tudung dan budriz tkejut dgn prubhn 2...

    ReplyDelete
  10. Banyak typolah sayang. mengusi? ada lain2 jmpa t awak btlkan ye.lain2 nnt mss awak ubahlah ye rm

    budriz angkat tubuh sasanya? ni x kena ayat ni dik. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mama jia..leh tak add fb..nk pinang jadik proof reader ni..hehe..

      Delete
    2. Haha. tak apalah. saya selalu SR sahaja. Please umphh your mss ye dik. boleh bagi redakan sedikit ketegangan tu. Nak suruh proof read? haha. ni perli erk? haha

      Delete
    3. tak la kak mama jia..haha.jarang jmp pembaca mcm ni.. ada masanya penulis pon lost je manjang.. main taip je tp sudahnya hancur..hahaha.sy ikhlas terima teguran..akan usahakan lg..harap mama jia terus beri komen andai tak kena ek..

      Delete
  11. tak sabar nak tunggu next n3

    ReplyDelete
  12. sibuk je faiz ni...hehehe... harap2 nurina tu jadi watak baik lah...asyik ada perempuan perampas je dalam cerita2... kak rehan cuba buat nurina tu watak baik.. mcm yang akan bantu Syaima berubah ke... love kak Rehan :)

    ReplyDelete
  13. x hbs lg k prangai hitam syai tu...boring giler bila bdpan watak mcm syai...blagak bagus tp setiap detik wat dosa...apakh yg ingin dsampaikn dgn watak sbgitu....

    ReplyDelete
  14. wah...faiz da munculll..
    smbg lg RM..
    nice..

    ReplyDelete
  15. Assalam RM,

    Mmg terbaek...tak sabar tunggu impak SN n Faiz..Moga Syai lebih "membuka" hatinya kpd Budriz...

    ReplyDelete
  16. Nampaknya Syai masih main tarik tali dgn Budriz. Sampai bila lah mereka berdua ni nak berbaik, kesian kat si suami yg x henti-2 menagih sekeping hati milik seorang isteri..

    ReplyDelete
  17. Best best best. Budriz nakal eh, nak raba2 pulak. Hahaha. Kesian lah kat syai. Nenda budriz buat gitu kat syai. Syai dah lama menderita. Kasi chance lah kat syai tuk rasa bahagia. Syai pun satu, let go lah dendam yang ada kat diri tu syai. nanti memakan diri sendir, itu yang susah.

    ReplyDelete
  18. Kak rehan ku syg, tq sbb dah warna warni STK ni. tiba2 muncul sy nurina & faiz.hmm... pasni mesti Syai berperang dgn kehendak hati & realiti. kipidap the gud work!

    ReplyDelete
  19. dah pandai jealous nmpk? hahahahah. cam ade somting jeh dengan watak baru syarifah ngan faiz tuh? entah2 nanti diaorg komplot sama2 nak pisahkan syaima n budriz, tambah2 naenda kan x ske syaima sgt maah

    ReplyDelete
  20. plz...sambung cepat2.x sabar nak tau setiap en3. :D

    ReplyDelete
  21. saya membaca bukan untuk terhibur semata-mata, tetapi saya nak setiap saat yang saya gunakan untuk tekun membaca dr ayat ke ayat ada nilainya...sayang sekali saya gagal ketika membaca buah tangan RM yang ini.. dari bab 1 hgga 20 saya tak jumpa RM yang sepatutnya.. kenapa ye?

    ReplyDelete
  22. best2.....shai dah pandai nak cemburu...

    ReplyDelete
  23. congrates RM.. mmg best citer ni...hope fully dpt bc full secepat yg mngkn...

    ReplyDelete
  24. heh bgus2 dah start feeling n melting gan SAB dah..dah start jeles u..bgus2..SAB sila lipat gandakan usaha anda tuk melt kan hati syai y mcm kerak ns tu ekeke

    ReplyDelete
  25. heh bgus2 dah start feeling n melting gan SAB dah..dah start jeles u..bgus2..SAB sila lipat gandakan usaha anda tuk melt kan hati syai y mcm kerak ns tu ekeke

    ReplyDelete
  26. ujarnya seketika kemudian lalu dia menarik sebuah troli dan ditolak cermat memandangkan pengunjung agak ramai kala ini.

    Haiyooo....RM, awak nye ayat belit2. kepala Mama Jia pening bila baca. Nasib baik Jia si baby ni tak meragam. Hehe. (Mama Jia baca sikit-sikit ya) dulu SR sahaja. sekarang dah pandai nak komen. Hehe.

    Please gunakan struktur ayat lembut. bila awak nya mss dah keras sebab syai tolak dia, jgn kusutkan pembaca dengan keras2 juga,
    pening ooo.

    nnti pmbaca akan selak muka surat sebelah terus tutup buku. dlm ni semua kipas2 susah mati, diorang tahu best je baca. hahaha. kualiti awak kena jaga ya yang.

    ReplyDelete
  27. hehe... apapun saya suker watak syai... kalau asyik mendatar jer... romantik2 tu da biasa kat citer2 lain... ada kelainan sikit... baru adventure...

    nurina and faiz... cabaran utk syai untuk terima budriz, nendakan tak suker... buat kasik haru... lg best...syai da mula pakai tudung... ngamuk dalam keadaan sopan gitu... bleh.... ayat tak bape kasar tp pedas...

    ReplyDelete
  28. aduhaiii.. tak sangka sentuhan kali ini agak kecundang.. jujur sy agak lost lately.. jarang buat watak utama jahat mcm ni..sengaja cabar diri. berharap boleh buat n beri yg terbaik.. pada Aku70, mama jia dan alls... thanks sbb sudi beri komen n teguran membina.. harap sangat u all terus sudi beri komen membina buat saya..andai rasa lost..tolong tegur.. sbb sy penulis je.. perlukan pandangan pembaca.. sayang semua..

    ReplyDelete
  29. muncul sudah watak2 seperti nurina dan faiz..

    ReplyDelete
  30. ala ada spelling error..dah best tp bila baca ayat yang strukturnya tak bape betul mesti dua tiga kali kena baca balik bagi faham..apa2 pun best..
    suka baca cerita RM..dah lama baca tapi first time bagi komen..nak beli novel terlerai kasih tapi masih x sempat..sibuk dengan study..apa2 pun RM teruskan usaha..semua cerita RM sya baca..peminat novel setia..^_^

    ReplyDelete
  31. Seriusly n sjujurnya inilah citer yg akak x excited bbnding yg sblm ni.dr mula tajuk spi watak syai mmg akak kureng sikit. Keterujaan tiada utk STK .Mybe sbb watak tu agak keras, kasar n sgt pndendam. Tulisan rehan kli ni pun lain sgt. Agak kureng bila asyik scene sama gaduh pujuk gaduh pujuk. Mybe rehan tlalu mnekan diri utk beri yg tbaik n pmbaca asyik minta 2 .apapun akak doakan yg tbaik buat rehan. Pnulisan dlm TK,Sapk n Bns cukup mbuai perasaan n akak hrp rehan bole bg yg tbaik gak buat STK. maaf klu teguran ini mguris perasaan rehan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. RM ada bakat menulis. just mengkritik utk kebaikan. Insyaallah, perlhn2 la nak adjust balik manskrp. mana kurang tmbh, ye x rm?

      tang gaduh pujuk..gaduh pujuk tu I setuju. sampai dahi ni panas. bila nak habis gaduh ni daaa

      Delete
  32. oh. faiz penyibuk dah muncul...!

    ReplyDelete
  33. citer ni mmg best.just ade typing 2 error & ayt cm pening2 ckt nk phm..prsan dendm & bnci yg RM cuba smpaikan mmg tkesn kt hati sy..mybe ssh nk rs tebuai sbb skrg part tgh dendm membara, mybe dh smpi part syai menyesl dgn dendam yg dy simpan selama ni akn rs kesyahduan citer ni. tp sy mmg suke giler cter ni..laen dr yg laen, xmcm nvel melayu skrg yg jln citernye dh blh agk dr mula2 pmbacaan lg..trskn ush, sy pemint setia RM..

    ReplyDelete
  34. i like!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete