BAB 13
MAMA sibuk di
rumah. Persis lipas kudung yang nak berjalan cepat sedangkan tak cukup
kaki tangan. Lama aku perhatikan mama
dan aku kalih pada abah yang duduk bersantai lepas balik dari masjid tadi.
“Kesian pulak
Rina tengok mama tu, bah?”
Abah buka cermin
matanya dan melipat kitab tafsir yang dia pegang sebelum menoleh pada mama yang
sedang membelek barang yang aku beli beberapa hari sudah daripada Semua House.
“Biarlah dia…
bukan Rina tak tawakan nak pakai perunding je.
Dah mama ghairah nak buat sendiri untuk anak dara dia. Tak ada apalah tu,” sela abah senang.
Aku melepaskan
keluhan kecil dan bangkit menuju ke arah mama tapi tak sempat aku sampai pada
dia, dua orang kakak iparku terlebih dahulu mendekat pada mama dari dapur. Tiba-tiba je keluar.
“Banyak nak kena
buat, ma?” soal kak long.
“Mie dah mula
cuti lusa. Nanti Mie tolong mama,
ya?” tokok kak ngah pula.
Baik sungguh
koleksi menantu mama ni dan tambah lagi
seorang menanti yang juga baik dan comel.
“Toksahlah,
Resa. Kamu tu baru je habis pantang. Mie pulak dah menghitung hari. Terberanak nanti, macam mana?”
“Alaa… kita kan
bakal ada dua orang doktor, ma,” jawab kak ngah sambil menjeling ke arahku yang
sudah melabuhkan duduk di sisi mama.
Mama senyum dan
aku jegilkan mata pada mereka berdua dan mereka hanya ketawa lalu menarik
plastik sebesar alam tu.
“Semua ready made ke?” soal kak long.
Aku angguk.
“Itulah… mama
suruh beli yang biasa tu je. Nanti mama
riaslah sikit. Ini dia belinya yang dah
siap. entah berapalah harga cantik macam
ni.” Mama menggeleng dan membelek
koleksi tapak hantaran yang dah siap itu.
“Berapa,
Rina?” soal kak ngah sambil melunjurkan
kakinya.
“Dalam seribu
lebih jugaklah.”
“Membazir je,”
cemik mama.
Aku ketawa. “Rina pun rasa membazir tapi Doktor Zayed
cakap, biarlah. Untuk kali ini je. Tak berhabis untuk bakal isteri, untuk siapa lagi.”
“Waaa…
romantiknya,” puji kak ngah dan kebetulan pula suaminya baru saja duduk di
sisi.
“Romantiklah
sangat,” cemik angah padaku.
“Romantiklah
daripada abang tu… siap minta along sponsor lagi wedding kita dulu,” ungkit kak
ngah dan angah ketawa.
“Bukan semua…
sikit je. Lagipun, along dah janji masa
tu. apa salahnya dia berhabis sikit
untuk adik lelaki dia ni…”
“Emm… sekarang
ni berhabis untuk adik perempuan pulak.”
Entah dari mana,
suara along pula bergema. Dia menjeling
pada kami dan duduk di sisi abah yang sedang menonton televisyen.
“Abang tu… itu
pun nak berkira. Abang ada adik
perempuan sorang je tau,” ujar kak long membela aku.
Dan aku, gelak
sakan. Mama hanya senyum sambil terus
membelek barangan itu lagi. Angah sudah mengekek dan abah juga sama.
Aku pandang
along yang sedang menonton National Geoghrapic.
Rambutnya masih kemas. Cuma
tubuhnya sedikit berisi hendak dibandingkan dengan dulu dan bila aku kalih pada
isterinya, wanita ini nampak lebih tua daripadaku. Barangkali kematangan dan pengalamannya
menjadi ibu menjadi dia nampak berusia sedangkan akulah yang lebih tua dari
dia.
“Seronok tak jadi
isteri?” Tiba-tiba ringan lidahku
menyoal kak long dan kak ngah.
Mama terhenti
daripada terus membelek barang tadi.
Tiga pasang mata itu sekali harung memandang aku dan aku hanya mampu
tersengih.
Kak long
angguk. Kak ngah juga.
“Kak ngah
terlambat rasa sebab nak kejar cita-cita…”
“Dan kak long
pulak, biarpun awal-awal dah rasa macam mana jadi seorang isteri, kak long tak
pernah kesal.” Dia menjeling suaminya
dan seperti berbicara dengan hati, along juga berpaling dan mengenyit mata pada
isterinya. Waaa, dan aku… jealous.
“… biarpun hanya
jadi surirumah sekarang,” sambung kak long penuh keyakinan.
Aku angguk dan
mengesot mendekat pada kedua-duanya.
Perlahan-lahan aku paut bahu mereka dan memeluk erat. Pipi kak long dan kak ngah menjadi mangsa bibirku
tapi tak lama bila Zara Auni dan Zara Aina berlari-lari turun dari atas.
“Aina sampai
dulu…” jerit Aina.
“Mana ada… kena
sentuh papa dulu,” jawab si Auni pula tapi lepas tu mereka diam bila along
bangkit bercekak pinggang.
“Papa pesan
jangan berlari turun tangga. Tergolek
karang!” Bulat mata along dan kedua-dua
kembar tahunya menikus.
Dua-dua tunduk
dan mengangguk. Langkah mereka mula
sopan dan kami hanya tersenyum senang melihatkan kemeriahan keluarga kami. Kala ini, aku nampak Zayed duduk bersembang
dengan along dan abah. Mesra dan sangat
rapat. Waktu itu akan tiba. Akan hadir juga dengan izin Allah yang maha
Esa.
Aku naik ke
bilik dan kebetulan telefonku menjerit nyaring.
Pantas aku menjawabnya bila nama Zayed tertera.
“Macam
mana? Mama suka?” tanya dia.
“Suka je tapi
dia kata kita membazir.”
“Zayed kerja
penat-penat untuk kebahagian mama dan ayah Zayed dan tak lama lagi hanya untuk
Rina dan bakal anak-anak kita.”
“Kita?” dugaku.
Malu pula bila Zayed sebutkan soal anak.
“Kitalah. Anak yang beribukan Zafrina binti Zaini dan
berbapakan Ahmad Zayed bin Zakaria,” jawab dia lembut.
“Amboi sekarang…
lembut gigi dari lidah, ya?”
sindirku.
Tapi sungguh,
jika dulu haram nak berbicara seperti ini dan aku yakin, dia sedikit demi
sedikit menunjukkan rasa hatinya padaku dalam cara yang aku sendiri hanya mampu
tersenyum menerimanya.
“Eh, bila masa
Rina rasa gigi Zayed? Tak pun bila masa
Rina sempat rasa lidah Zayed ni?” Dia
ketawa lepas setelah mengenakanku.
“Amboi… bicara
bahasa kunyit, ya?”
“Belajar
sikit-sikit.”
“Bukan sekarang
nak belajar benda tu semua,” selaku.
Dia ketawa
lagi. “Habis tu bila?”
“Tunggu dah
kahwin nantilah…”
“Owh tidak… dah
kahwin nanti, orang tak belajar dah… Zayed terus praktikal je.”
Aku tahan sesak
nafas. Termalu sendiri dengan usikan
Zayed ni.
“Eh, dah malam
la… Rina nak tidurlah. You too… sweet dream,” ujarku dan tak
sempat nak putuskan talian, Zayed memanggil.
“Zayed tak
romantik macam Ziyad tapi untuk Rina, Zayed akan belajar jadi romantik,”
beritahu dia.
Aku sengih
kecil. “Tak perlu pun. Zayed dah sedia romantik dengan cara Zayed
sendiri. Lepas kahwin nanti boleh nak
romantik lebih-lebih.”
“Kalau lepas
kahwin, Zayed tak nak jadi romantik..”
“Dah tu… nak
jadi apa?”
“Nak jadi papa
cepat,” jawab dia dan aku mengertilah akan apa yang bermain di fikirannya kini.
“Rina rasa Zayed
letih ni… itu yang meraban ni. Dah pergi tidur sana…,” suruhku tapi dia tak
mahu pulak.
“Kita tunggu dan
lihat. Siapa lebih romantik dari siapa,
ya? You
or me?”
“Of course me…,” jawabku yakin.
“Okay then… jangan terlalu yakin. Takut terkedu, terkelu, terkaku nanti,” pesan
dia sedikit sinis.
Eleh… macam ada
senjata rahsia la pulak. “Ada rahsia ke?”
“Yeah… tapi tak
boleh bagi tahu sekarang. Tunggu masa tu
sampai,” jawab dia.
Aku ketawa
lagi. Zayed… Zayed… kadang-kadang aku
rasa dia lagi menakutkan dari Ziyad.
“Nite, sayang you…,” ucap dia spontan
lalu dia matikan talian.
Dan aku…
kelu. Sayang you? Kedai Sayang You ke apa? Zayed ni bukan boleh ambil kira kalau bab-bab
bersayang-mayang ni. Haih…
HARI INI bermula
hari baru lagi. Seperti biasa, tugas
kepada masyarakat aku galas dengan semangat baru. Biarpun keletihan semalam belum lagi reda
tapi semangat baru tetap ada.
Kehidupan
sebagai seorang doktor macam kami, beginilah.
Langsung kesuntukan masa tapi hari ini, ada satu berita yang
menyenangkan hati. Cuti diluluskan dan
bukan seminggu tapi dua… bukan dua minggu tapi dua hari. Aku mengeluh.
Tak jadi nak seronok.
“Doktor,” tegur
Mia tiba-tiba.
Aku berpaling
pada dia yang tersenyum.
“Ada patient,” beritahu Mia padaku.
“Urgent ke?” Aku mula nak cemas.
Mia tersenyum
dan menggeleng. “Tapi luka hati,”
beritahu Mia padaku.
“Hah? Luka hati?
Itu serious, Mia. Jom cepat,” ajakku tapi Mia tetap berjalan
sopan santun.
Baru saja aku
tolak pintu bilik kecemasan, aku nampak seorang lelaki berunifom putih dari
leher sampailah ke kaki. Bila aku
berpaling pada Mia dia tersengih-sengih.
“Who’s that?” soalku bergumam.
“Kapten Ziyad,”
jawab Mia dan aku ketuk kepala sendiri sebab nak ketuk kepala Mia tak sampai
hati.
“Why don’t you tell me ealier, Mia?” Aku ketap gigi.
“Dia cedera, doktor.”
“Saya bukan
pakar hati…”
“Tapi penawar
hati I ada dengan you,” sampuk Ziyad yang entah bila berdiri tegak di depanku
dengan tangan yang berdarah.
Mataku
membulat. Kain kasa merah itu
menunjukkan dia sedang mengalami luka teruk.
Kemudian aku pandang Ziyad.
“Kenapa
ni?”
Aku pandang Mia
dan mengisyaratkan dia membantuku membersihkan luka Ziyad dengan segera.
“Luka masa buat
latihan tadi…”
“Pakai uniform putih buat latihan?” tanyaku panas sambil membuka balutan pada
tangannya.
Dia
menggeleng. “Latihan kebakaran dekat office.”
“Sampai
terluka? You navy, hero di lautan bukan abang bomba hero di daratan memadam
kebakaran,” sindirku geram.
Asal ada pesakit
je, mesti wajah Ziyad. Setelah balutan
tangannya aku buka, tidaklah teruk sangat lukanya. Tapi nampak dah kena jangkitan sikit. Aku pandang wajah Ziyad dan melihat pada
dahinya yang ditutupi sedikit rambut dan
aku selaknya sedikit.
“The
stitches on your forehead is not fully recovered, Encik Ziyad. Be more
carefull next time,” nasihatku lalu aku berpaling pada Mia.
“Kenapa tak
cakap dia injurt?”
“Dia tak
izinkan, doktor,” jawab Mia. Haih…
macam-macam. Hangat tiba-tiba hati
aku.
“He’s our patient. Lain kali dia cedera kena bagitahu. Kalau dia
tak cedera, sila suruh dia balik.” Geram
juga aku dengan dua orang makhluk ni.
“Memang I bukan
bomba tapi I selamatkan orang. Pintu
bilik air terkunci then I pecahkan,” jawab Ziyad macam jauh hati sikit.
Aku sengih dan
berundur ke belakang sedikit. Memberi
laluan pada Mia mencuci luka Ziyad walaupun nampak dari air wajah Ziyad dia tak
senang bila Mia mendekat.
“Dengan tangan
you? Wow… amazing. I rasa you ni macam
Fantastic Four pulak…”
“Tak ada four.
I ni one an only,” jawab dia dengan wajah yang menyeringai bila Mia
mula jahit luka kecil itu.
“Yeah… you are the only one. So, be more carefull. Ingat parent
kalau nak buat apa-apa yang berbahaya.
Esok I tak ada kat sini dah. Ada
tempat lain pulak. You jangan nak
luka-luka lagi,” sindirku lalu aku berlalu ke sinki hendak mencuci tangan.
Suasana sepi dan
aku senang hati melihat Mia melayani Ziyad.
Nampak sesekali Mia menjeling pada Ziyad tapi Ziyad tetap keras membatu
bagaikan Mia langsung tak menarik perhatian dia.
“So, macam mana persiapan?” soal Ziyad padaku. Tiba-tiba.
“Persiapan?”
“Your wedding,” ujar Ziyad nampak seperti
kecewa.
“Insya-Allah
berjalan lancar. Buat biasa-biasa je.”
“It can’t be. You
both doctor. Itulah… kalau you
dengan I, boleh kahwin lalu bawah pedang dengan pancaragam sekali. Silap-silap I boleh request kahwin atas kapal lagi.”
Huh… ingatkan
dah bertaubat bila tanya tentang persiapan kahwin aku dan Zayed. Tapi hampagas punya navy. Melencong kapal pulak.
“Doktor pun
manusia. Biasa-biasa sudah. Lagipun, I takut nak lalu bawah pedang. Takut pedang tu terlucut dari pegangan dan
jatuh kena kepala I. Macam mana? Baru nak mula hidup berumah tangga. Dan satu lagi, I tak suka kapal kot. Mabuk laut.
Nanti sepanjang hari kahwin tu I muntah je manjang,” sindirku geram.
Ziyad senyum
herot. “You terlalu sukar untuk I
dapatkanlah, Zafrina…”
“Dan you pun tak
mudah untuk I hindari,” selaku dan kala ini, Mia sudah siap menjahit luka
Ziyad.
“Okay, done.
You may leave. Nak MC
tak?”
Ziyad
menggeleng. “I got a lot of things to do sebelum I belayar balik ni,” beritahu
Ziyad padaku.
Aku
menyengetkan kepala. “Hope
you ada masa wedding kami nanti.”
“Yeah… I wajib
ada,” jawab Ziyad dengan senyuman macam ada tanduk dekat kepala dia.
Aku mencemik
sedikit dan Mia tersenyum simpul. Aku
mengerti apa yang bermain dalam fikiran Mia tapi biarlah. Setidak-tidaknya Mia boleh menjadi saksi jika
Ziyad ni macam-macam perangai.
“Kalau macam tu,
hati-hati. Ya, you navy. Gagah perkasa tapi you
manusia biasa. Jangan buat perangai
macam alien,” pesanku lagi dan saat
ini, daun pintu terkuak.
Wajah seorang
lagi pegawai berbaju putih seperti Ziyad muncul tapi kali ini tak ada paku dan
juga logo helang pada dadanya seperti mana Ziyad.
“Ya, cari
siapa?” tanya Mia sopan.
Daun pintu
ditolak lebar dan seorang tentera laut tegak berdiri di depan kami. Tiba-tiba je dia tabik dengan tubuh yang
tegap pada Ziyad.
“Tuan tak
apa-apa ke, tuan?”
Erk… aku
pegun. Macam apa dah dia punya
soalan. Nak ketawa tapi aku mengerti
bahasa tentera lalu aku pandang Ziyad.
“My man,” jawab dia.
“Ya, saya tak
apa-apa. Tunggu kat luar, kejap lagi saya keluar,” arah Ziyad dan sekali lagi
tentera itu tabik pada Ziyad dan berlalu setelah menggariskan senyuman keras
pada kami.
“Wow… you amaze me, sir. Ops… Kapten Ziyad,” ujarku.
Ziyad
senyum. “So, think twice about my proposal, angel,” bisik dia dan aku pantas
menggeleng.
“Someone, somewhere… out there is coming for
you,” ujarku pada dia dan Ziyad menggeleng bersama senyuman.
“Who?”
“God
knows.”
Ziyad kenyitkan
mata padaku dan dia sudah sedia hendak berlalu tapi langkahkah terhenti bila
wajah Zayed muncul di depan kami. Wajah
yang penuh cemas.
“Sayang… that girl.” Zayed tiba-tiba panggil aku sayang dan kali
ini rasanya dia memang nak panggil aku begitu bukan sebab Ziyad ada.
“Siapa?” Kakiku serentak menapak menuju ke pintu bilik
kecemasan.
“I’m pretty sure… it’s her,” tekan Zayed
lagi.
“Who…”
Zayed tak
menjawab sebaliknya dia menarik tanganku dan membawa aku melangkah pantas
menuju ke luar dan bila aku tiba di lobby,
beberapa orang kakitangan hospital sedang menolak pesakit masuk ke dalam bilik
kecemasan.
“Who’s
this?”
Aku amati
wajahnya betul-betul dan bila rambut panjang yang berserabai itu aku selak,
ternyata aku cam wajahnya. Biarpun wajah
itu dibasahi darah, aku masih mampu cam dia.
“Ya Allah… Zayed
please… help,” rayuku dengan sepenuh
hati.
“Apa dah
jadi?” tanyaku kemudiannya.
“Kena
langgar.” Jawapan Zayed membuatkan kau
mengerti dan bila kami mahu memasuki bilik kecemasan, gadis yang aku temui di
perhentian bas depan HKL tempoh hari pantas bangkit dengan tubuh yang
lemah.
“Tak nak… aku
tak nak masuk hospital,” raung dia.
Kami menahan
tapi kudratnya luar biasa bila dia akhirnya melompat turun dari katil itu dan
berlari ke arah daun pintu yang kebetulannya ada Ziyad di situ. Gadis itu langsung melanggar Ziyad dan hanya
selang beberapa saat, gadis itu terkulai di dalam pelukan Ziyad yang ternyata sudah kotor dengan darah
merah.
Wajah Ziyad
tegang. Aku juga. Hanya Zayed yang tenang.
“Leave this to me. And you sayang… trust me. Kita rujuk dengan
pakar yang tahu tentang hal tu.”
“I worry about her…”
“Abang tahu…
abang tahu. Kita bantu dia seperti mana
Rina nak kita bantu dia sebelum ni,” pujuk Zayed dan dia berlari ke arah
Ziyad yang nampak hendak menolak tubuh
yang kaku itu.
~~> bersambung
RM : Maaf kalau ada grammar salah... nnt sy betulkan ya... kakak2 editor sume busy n saya tak sabar nk bg anda baca... hehehe..
uiks bomba di sebut dlm ni hahahahaha. okeyyyy adakah that girl angel utk ziyad pndai lak cr tempat landing. so p main jauh2 jgn dok kacau Dr Rina lagi ye Ziyad hehehee..
ReplyDeleteSaya pon fikir benda yang sama. Hope that they are meant for each other. Mesti menarik kisah cinta Ziyad dengan Atai. Eceh~~
Deletewooooooowwww , macam ade feeling yg Mia ni dengan Ziyad ! yaaaayyyyy :D i want Zayed and Zafrina !
ReplyDeletewahhh.. dah berabg sayang dah zayed nie
ReplyDeletebest..keep it up!!!!!!
ReplyDeletewah!!! ziyad da mcm leh terima hakikat tu...
ReplyDeleteso sweet la zayed.. thanks kak rehan ! :)
Caya la Zayed....
ReplyDeletedah abang sekarang...
kah kah kah kah...
sweet nya dia...
tetiba perempuan tu muncul semula...
ReplyDeletesiapakah? adakah akan wujud watak perempuan itu?
bestnya tiap kali refresh ada n3 baru...rasanya Ziyad masih mengharap Zafrina walaupun sehingga saat akhir selagi mereka belum diijabkabulkan...
ReplyDeletewah...angel ziyad dah jatuh dalam pelukan dia. and....another mini siri will be born. tak gitu tuan tanah? *mengharap dgn mata puss in the boots*
ReplyDeleteas I said kat Kisah Hati FB, tension! selagi tak tahu apa akan jadi :)
ReplyDeleteadakah??angel ziyad that girl?sequel2 rehan..:)
ReplyDeleteOHMYGODDD! ZAYED IS KILLING ME! ROMANTICNYAAAA! Envy rina very much. Thanks kak Rehan, teruskan meng-update. Sila terus tak sabar utk bg kitaorg baca. Goodjob and nak 14 pulak, hehe demand.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteZiyad biarlah Rina dan Zayed bahagia.... Biarkan Rina dan Zayed berusaha merawat .... mungkin that girl bakal bidadari Ziyad... hehehe....
ReplyDeletekerana takut ayat cinta Ziyad lebih gula sanggup juga tuan Dr. belajar ayat cinta terlebih madu pulak ya...
wah!!!! dah berabang-sayang nie.... da lwan dgn Rina ker?? heheheheh Zayed si comel... heheheh... thanks kak rehan :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
wah.. dr zayed dah ber abang dan sayang la...
ReplyDeleteromantik betul.. tak sabar nak tunggu wedding mereka..
nak lagi
terima kasih kak dah lama tunggu.. ari ni dapat baca lebih..
Zayed sweet....(abang dtg dh)...
ReplyDeletemuehehehee...i loike lg 1000x..
ReplyDeleteUist...suspen lak
ReplyDelete-ieja-
hahaha...kan betul tekaanku...zayed tetap pujaan htiku....ziyad ambik jele mia tu hehehe...
ReplyDeletewow...interesting...ade watak br...
ReplyDeleteoppss dah baca 2 3 bab baru teringat nak komen. sori ^^ ziyad n mia or that petgirl?? hehe
ReplyDeletezayed owh zayed.kamu mmg mencuit hati akk.trlalu simple orgnya tp bila b'kata2 mmg mmpu buat kita trsenyum mndgr.
ReplyDeletewah, zayed dh de kamajuan...
ReplyDeletehi, sorry just nak share info, in navy rank usually yang berpangkat Kapten adalah orang yang dah servis over 25 years age around late 40 or early 50. bagi watak ziyad ni I rasa sesuai you put as a Leftenan Komander which is around age 30 to 35 appointed as Ship Commanding Officer. >_<
ReplyDelete