Friday, May 10, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 5


BAB 5

AKU HULUR duit pada pelayan, Ayie tarik dan letak dalam beg tangan aku yang ternganga. 
“Biar Ayie bayar,” ujar dia.
Aku ceber bibir.  Dalam hati berkata sendiri, ada ke duit budak sekolah ni nak bayar harga aku makan.  Ini dekat Hotel Quality okey.  Tapi, bukan aku nak.  Dia yang ajak ke sini sebab katanya nak privacy sikit. 
“Biar kakak bayarlah,” tolak aku. 

Ayie pun menolak sama.  “Ayie bayar...”  Kali ini suara dia berubah tegas sikit.
Aku ketap bibir.  Kenapa pulak dah dia ni?  Rasanya masa makan tadi elok je makan, lepas tu dia sengih cakap aku kena belanja dia sebab dia dah kepak kepala bayar duit tiket pergi dan balik. 
“Ayie mesti dah kepak beli tiket return ke Jerman sana, kan?”  tanya aku.
“Tu papa belikan.  Yang sekeping lagi tiket keluarga pak su dan pak ngah sponsor.”  Selamba dia
“Errr... sekeping lagi?”  Dahi aku dah berkerut.  Jantung bagai kena palu lagi.
“Untuk siapa?” 
“Siapa-siapa jelah...” 
Dia senyum dan meletakkan note RM50 sebanyak tiga keping di depan pelayan tersebut. 
“Owh... Ayie nak nikah dengan kakak sebab parent Ayie suruh, ya?  Lepas tu nak fly balik Jerman dengan awek Ayie, kan?  Kan?  Kan?”  duga aku dengan jari telunjuk yang bergerak pada dia.
Ayie sengih menyenget.  “Kalau kakak tak nak ikut,” selar dia.
Aku telan liur.  “Are serious, Zakhri Adha?”  soal aku berubah mendatar.
“Which part?”  Dia tongkat dagunya.
“Semuanya...” 
Ya, semuanya.  Dari hal rancangan orang tua kami, persetujuan dia, pelajaran dia, jarak usia kami dan juga kehendak dia sendiri. 
“Part mana yang kakak rasa Ayie tak serius?”  soal dia kembali.
Aku mengeluh tipis.  “Ini soal masa depan kita.  Masa depan Ayie yang pasti...”
“Ayie ingatkan kita dah capai kata sepakat semalam dan juga tadi.  Tiba-tiba kakak ragu lagi eh?  Sebab apa?  Umur Ayie?” 
Cepat-cepat aku angguk.  Gila tak risau dengan jarak umur kami.  Boleh jatuh tersembam aku dimain-mainkan budak ni nanti.  Tercalar kredibiliti Pengurus Projek syarikat papa. 
“Ini akan jadi satu masalah nanti, Ayie?  Do you realize it?  Atau Ayie saja buat-buat tak sedar?  Kalau kata Ayie berminat, kakak boleh kenalkan Ayie dengan Juita tu.  Dia bujang lagi dan rasanya baya Ayie...”
Dah kenapa pulak dengan aku?  Tiba-tiba nak jodohkan calon suami sendiri dengan orang lain?  Huh... tapi, dah terlepas cakap, kalau Ayie setuju aku tinggal diam sudah. 
“Yang tadi tu?” 
Aku angguk.
“Tak naklah...” 
“Sebab?” 
“Cantik sangat...”  Dia senyum. 
Eh, ada pulak macam tu.  Nak kata Juita lagi cantik dari aku lah tu.  Tapi apa ada hal.  Cantik sikit-sikit sudah.  Bak kata orang, sesedap mata memandang. 
Beauty lies in the eyes of the beholder...” sela aku.
Ayie senyum.  “You got the point.  Dah tu kena nak sua bakal suami sendiri kat orang lain?  Kalau nak sangat, lepas kita settle down, kakak sign borang lain, Ayie naik pelamin sekali lagi.  Okey macam tu?” 
“Tak okey!”  Berkerut dahi aku menerima kata-kata dia. 
Dan cepat pulak aku menjawab tak.  Tak pasal-pasal mengundang rekahan senyuman pada bibir Ayie. 
“Tengok… kakak sendiri tak suka…” 
“Ya, memanglah.  Perempuan mana sudi diduakan.  Sebab tu kakak nak kira Ayie kenal dengan Juita.  Kira sesuai bergandinganlah… tapi jangan duakan dia pulak,” pesan aku serius. 
Nampak macam ya je Ayie tu setuju bila aku bagi cadangan paling bernas ni.  Air yang masih tersisa disisipnya perlahan.  Nampak macam tak cukup sampai kering air dalam gelas tu pun dia dok sedut lagi hinggakan dah keluar bunyi pun. 
Malu kat orang.  Huh…
“Masalahnya, Ayie suka yang macam kakak.  Yang penting matang.  Ayie tak suka sangat nak pujuk-pujuk perempuan ni.  Kakak-kakak Ayie tu sampai sekarang kuat merajuk.  Mengada lebih.  Mungkin ni salah satu sebab kenapa Ayie suka cari perempuan lagi tua dari Ayie kot.  Tentang masa depan Ayie tu, kita bina sama-sama.  Lepas ni tak jadi masa depan Ayie dah... masa depan kita.  You and me.  Aryana dan Zakhri Adha,” jawab dia panjang.
Aku pandang bening mata Ayie.  Nampak ketulusan tapi tak cukup kuat untuk buat aku yakin sepenuhnya untuk pertaruhkan hidup dengan dia. 
“Kakak bukan apa, Ayie... kakak tak nak satu hari nanti urusan perjodohan ni menimbulkan masalah.  Pada keluarga kakak, memang nampak tak ada masalah.  Pa dan mama pun nampak berkenan sungguh dekat Ayie tapi kita pun tak kenal rapat.  Baru kenal dua hari…”  Jari aku tegak dua batang di depan dia.
“… sangat singkat, dik…” 
Eh, aku tekup mulut.  Terlepas panggil dia adik sebab aku memang memandang dia bagai seorang adik saja. 
Ayie menceberkan bibir mendengarkan aku memanggil dia adik. 
“Adik?  Erm… menarik jugak tu.  Boleh je panggil adik ke apa ke sekarang.  Dah settle semua hal nanti, Ayie naklah dengar kakak panggil Ayie macam mama panggil papa,” pinta dia dengan mata yang sengaja dia kedipkan.
Langsung tak menjawab soalan budak ni.  Sekali aku luku, terus gugur rambut dia tak tumbuh-tumbuh.  Dia tak tahu kot, sekali aku sekeh, terencat dia. 
“Mama Ayie panggil papa Ayie apa?” 
“Abang…”
Huh, laju je dia jawab.
“Dah tu, kakak-kakak awak nak panggil saya apa?”  tanya aku geram.
“Arya la…diorang tu kira kakak lah nanti.” 
“Dah tu, Ayie nak panggil adik kakak Si Aryan yang lagi tua daripada Ayie tu apa?”
“Aryan la… elehh panggilan je pun.  Tak berbekas.  Janji kedudukan Arya dan Ayie dalam keluarga dua-dua belah pihak nanti…”
Huh, serius dia ni pandai berkata-kata.  Petah sungguh.  Ahli debat ke apa dulu ni?
“Such a talker la Ayie ni…”
“Born with it,” jawab dia bangga.
Aku jelirkan lidah sedikit.  Mula nak meloya. 
“Berbalik pada apa yang kakak risau tadi, kan… pasal masa.  Kita tak kenal lama.  Keluarga kita dah kenal lama apa.  Nak tahu tak rahsia Ayie, Ayie ni lagi percayakan keluarga daripada diri sendiri.  Since mama dan papa percayakan kakak, Ayie sekali ganda percayakan pilihan diorang,” putus dia. 
Positif sungguh budak ni. 
Aku picit pangkal hidung.  Berbalam pandangan masa ni.  Perut dah kenyang tapi kenapa aku rasa masih lapar.  Lapar nak makan orang.  Nak makan budak depan aku ni buat satay atau Ayie golek.  Huh…
“Payah betul nak buat Ayie faham, kan?”
“Sama lah… payah jugak nak buat kakak faham.”  Dia membidas tenang.
Kemudian dia bersandar pada belakang kerusi.  Rata-rata orang dah mula beransur keluar.  Yang aku risau pulak sekarang, ada ke duit nak balik.  Hehhh..
Jam sudah menginjak ke angkat dua lima belas.  Dah lepas waktu dah. 
“Tak apalah, Ayie… kita balik dulu.  Kakak nak masuk kerja dah ni. Ayie mesti nak keluar dengan kawan-kawan kan, jarang-jarang balik Malaysia.  Nantilah, ada masa, berjodoh kita jumpa lagi dan kita cuba faham diri masing-masing, okey?” 
Waktu ni aku dah bangun.  Nak gerak dah sementelah pula pelayan tadi dah datang bagi duit baki pada Ayie yang juga dah bangun sama. 
“Tak keluar dengan kawan pun…,” selanya.
Aku toleh pada dia.  “Special eh?”  tebak aku. 
Dia menggeleng jugak. 
“Mama… dia ajak beli barang untuk hantaran.” 
Buk… beg tangan aku jatuh ke kaki.  Rasa tak ada kudrat tiba-tiba nak pegang beg tangan tu.  Terkaku bagai patung yang bernyawa. 
Ayie tunduk mengutip beg tangan aku dan bila dia mencangkung kemudian mendongak memandang aku, rasa gemuruh dalam dada. 
You are really serious, kan Ayie?”  soal aku saat kami berdua tercegat berdiri di depan pintu masuk hotel. 
Dia angguk tak menanti lagi.  “Damn serious, Aryana…” tekan dia sangat tegas dalam suara yang begitu datar. 
Tiada lagi kakak pada panggilan dia.  Bila dia memanggil aku Aryana, rasa gegak gempita dalam dada.  Bagai gendang kuat dipalu.
Mata bertentangan mata.  Jiwa bagai berbicara. 
“From now on, I want to call you, Arya.   Just like others… okay?”  soal Ayie serius.
Aku terkulat-kulat tak terkata.  Terkejut pun ya.
“Boleh tak?”  tekan Ayie.
“Tapi…”  Aku nak bantah tentang isu dah mula aku rasa basi.  Isu umur. 
“Kalau pasal umur tu, pass… tak nak cerita lagi pasal tu.  Percaya pada keluarga kita, okey?   Arya?”  pinta dia memangkas kata-kata aku.
It is really awkward, Ayie…”
“Tak ada apa yang pelik, Arya… treat me as a man.  You will find there’s nothing weird,” ujarnya. 
Ayie sedikit berubah sekarang ni.



PINTU bilik mama aku ketuk beberapa kali.  Bila aku dengar suara mama memberi izin untuk masuk, aku tolak daun pintu perlahan-lahan.  Papa pun ada bersandar pada katil, membelek buku di tangan dan buku itu adalah novel. 
Minat papa dari dulu.  Mama pula nampak sedang menghadap laptop di sebelah papa.  Tak ada kerja lain, pastilah sedang membetulkan manuskrip yang dihantar oleh penerbit. 
“Kenapa, Arya?”  soal mama. 
Dia senyum.  Pembacaan papa juga terhenti. 
“Nak tolak Ayie ke?”  sela papa telus. 
Aku merengus pada papa.  Ada ke cakap macam tu. 
“Tak adalah… Arya ada hal nak tanya sikit.  Saja nak cari kepastian.  Kot-kot papa dengan mama tahu,” ujar aku.
Papa tepuk tilam di depan dia, minta aku duduk di situ.  Mama yang sedang berlunjur menarik kaki dia dan memasang simpuh, duduk rapat pada bahu papa.  Buku yang ada di tangan papa, diletakkan di sisi. 
“Best ke novel tu?”  tanya aku bila melihat novel yang punyai kulit warna biru dihiasi dengan kuntuman bunga ros dan juga telapak tangan yang menadah kuntuman ros itu.  Bagai menadah setitis kasih sayang. 
Huh, aku pula dah buat tafsir tentang novel tu.  Tajuk tak perasan pun. 
“Best jugaklah… papa dah lama tak baca novel ni.  Dah tua-tua ni ubah minat baca buku-buku ilmiah la pulak.  Tapi, dah mama highly recommended, papa baca jelah kejap.  Papa ni, baca cerita sesiapa pun cerita mama jugaklah yang melekat di hati,” puji papa dan dia melirik pada mama. 
Aku rasa… haiiii… romantis sungguh orang tua aku.  Bila agaknya aku nak macam ni. 
“Tapi, kenapa papa tak bagi Arya menulis?” 
Papa dan mama berpandangan.  “Sebab mama untung ada suami yang suka membaca.  Arya nanti, kalau tak dapat suami yang suka membaca, jenuh Arya kena sekat.  Lagipun, dunia penulisan sekarang ni dah macam dunia artis.  Mama dulu pun kemain kena kejar dengan peminat.  Papa tak suka Arya lalu perkara  yang sama.  Lagipun, nanti papa bersara, bolehlah Arya, Aryan dan Ayie uruskan syarikat tu.  Kalau tak Arya, siapa lagi, kan?  Kebetulan Arya belajar bisnes, Aryan engineering dan Ayie tu pun sama.  Lengkap dah tu…”
Aku mengangguk-ngangguk berkali-kali.  Mula mengerti perancangan papa untuk masa depan kami.  Apa yang aku banggakan, papa langsung tak usik syarikat atuk dan nenek.  Semua tu pak long yang uruskan.  Syarikat yang ada ni, diusakan sendiri dengan susah payah yang katanya, bermodalkan bayaran royalti mama sepanjang mama menjadi penulis.
Cumanya, teringat pada Aryan, dia ada impian hendak merantau.  Tersekat juga.  Macam aku sudah lama reda.  Aryan tu, nak ke dia reda. 
Teringat pasal Ayie pulak, macam tak ada pilihan lain.  Mama pernah pesan, cari orang yang cintakan kita, yang sayangkan kita.  Bila sampai waktu, Allah akan buka hati kita untuk menerima, mencintai dan menyayangi dia kembali sebagai mana telah Allah fitrahkan. 
Tapi, sungguh ke Ayie?
“Pasal Ayie tu, Arya curiga sikit.”  Okey, aku dah mula nak luah rasa hati ni. 
Mama dan papa diam.  Nampak tekun mendengar. 
“Kami tak pernah kenal tapi dia setuju macam tu je… macam ada benda tak kena.  I smell something hanyir, pa… ma…”
Papa buka kopiah di atas kepalanya.  Dia memandang aku kemudian dahi dia berlapis sedikit memandang mama.  Hati aku mula la curiga lagi.  Serius bau hanyir makin menyengat.
“Kenapa Arya fikir macam tu pulak?” tanya mama.
Tak menjawab dulu, aku mengesot sedikit ke belakang dan merebahkan tubuh di depan mama dan papa.  Selesa.  Letih hari ni.  Sepagian tak buat kerja, dah petang baru terburu-buru nak siapkan semua.  Mujur demam dan selsema dah baik.
“Yalah… dia muda ma… bukan setahun atau dua tahun tapi dekat tujuh tahun.  Malu pulak rasa bila Ayie mengaku tunang Arya tadi dekat ofis.  Mujur rupa dia tak nampak macam umur dia.  Kalau tak… hai…”  Menggeleng aku mengingatkan tingkah Ayie siang tadi. 
Tu belum lagi sikap dia masa kami lepas makan tadi.  Paling senang dia cakap…
“Ayie tak hantar Arya naik ofis.  Tahu naik sendiri, kan?  Nak lintas jalan tu, tengok kiri, kanan, kiri… Ayie balik dulu.  Assalamualaikum.” 
Itu saja pesanan dia dan dia terus menapak menuju ke arah Pertama Kompleks.  Tak tahulah dia datang dengan apa. 
“Kalau uncle Zaf, aunty Resa dan Ayie sendiri tak kisah, apa yang menyebabkan Arya nak kisah?”  Suara papa bergema dalam telinga.
Aku mendongak pada papa. 
“Mahu Arya tak kisah.  Papa tahu kan anak papa ni umur berapa sekarang?  Orang tak mengata ke nanti?”
“Aryana… mengata apa?  Apa yang kurang pada Arya papa ni?  Sekarang masa yang elok untuk Arya settle down.  Nabi dengan isteri baginda pun berjarak.  Tapi, Khadijah angkat Rasullullah sebagai seornag suami dan menghormati baginda lebih dari segalanya.  Papa tak kata Arya jadi sehebat Khadijah.  Tak mampu kita nak saingi isteri baginda tapi Arya boleh contohi Khadijah,” nasihat papa.
Aku angguk.  Banyak kebenaran.  Umur hanya angka.  Kalau Ayie tulus, aku sudi nak terima.  Lagipun, aku dah hampir masuk ke angka tiga puluh tinggal beberapa tahun je lagi.  Sementelah pula, aku mana ada kawan istimewa.  Teman lelaki dan teman wanita biasa tu ramailah. 
Yang lelaki, pun macam yang Aryan kena.  Sebab aku cucu Tan Sri dan anak pada Encik Mohd Mukhlis yang berjaya dan Puan Anahara yang glamour tu..  Ayie pulak, kalau papa dah bagi pelepasan, bermakna dia memang okeylah.  Kot…
“Kalau dia nak Arya sebab Arya ni anak papa?  Dia mungkin fikir Arya ni pewaris papa…” 
Papa gelak tiba-tiba.  “Dah memang Arya pewaris papa nanti.  Tapi, Ayie tak macam tu.  Keluarga dia pun kaya apa.  Uncle Zaf tu pun dah ada syarikat consultant apa.  Isteri dia tu pensyarah tau.  Adik-adik Uncle Zaf tu semua berjaya.  Tak silap yang nama Zafrin tu berpangkat jugak dekat Sime Darby tu.  Isteri Zafrin tu pun pensyarah.  Yang bongsu, Zafrina tu doktor tau.  Suami dia yang Doktor Zayed tu la…” 
Habis papa korek pasal ahli keluarga Ayie. 
“Kalau kata apa-apa jadi dekat papa pun, papa lagi percayakan Uncle Zaf tu jaga keluarga kita tau… tapi, sekarang ni nak rapatkan hubungan lama.  Eratkan yang mana dah dekat.  Kalau pasal umur, papa rasa tak ada masalahlah…,” sambung papa lagi.
Mama pula tarik tangan aku.  “Arya tahu kan Ayie balik kejap je.  Dalam dua minggu je.  Lepas tu dia nak final dah.  Kalau kata setuju, nak langsung terus atau tak, terserah pada Arya.  Mama yakin, Ayie tak memaksa…” 
Aku tak tahu buat apa melainkan angguk, angguk dan terus angguk.  Macam mesin dah.  Tekan set ‘angguk’… aku pun angguk jelah.  Huh…
Bak kata Ayie, dia lebih percayakan keluarga daripada pilihan sendiri.  Agaknya aku macam dia juga.  Selama ni, tak pernah bantah kata-kata mama dan papa.  Apa salahnya kali ini pun aku ikut juga.  Hikmah di depan hari kita tak tahu.
Pantas, aku bangkit.  Tangan mama dan papa aku paut.  Bibir aku mengulum senyum.  Senyuman bertenaga.  Bersemangat. 
“Arya lebih percayakan pilihan mama dan papa daripada pilihan Arya sendiri.” 
Okey, aku pinjam kata-kata Ayie siang tadi.  Tapi, apa ada hal.  Yang baik aku sebarkan. 
Mama dan papa mengangguk.  “Yakin?”  soal mereka hampir serentak.
“Kalau ma dan pa yakin?”
“Dua ratus peratus yakin,” jawab papa dan mama peluk aku erat.
Aku sengih pada papa yang sedang mengusap kepala aku.  Hendak dibandingkan dengan Aryan, memang papa sayangkan aku lebih.  Bila aku tanya, dia kata aku lahir dalam kesukaran biarpun adanya aku ini adalah kerana cinta dan kasih dia pada mama. 
“Kakak…” 
Pelukan terlerai bila Aryan menegur dengan muka mencebik pada aku.  Sejak kes hari tu, langsung tak sempat nak meluku  kepala dia.
“Apa?”  tanya papa.
“Aryan panggil kakak.  Ada call untuk dia,” jawab Aryan dan terus saja keluar dengan muka merajuk sebab ma dan pa sayang aku lebih. 
“Arya turun dulu eh…,” pinta aku sambil menyusur turun daripada katil.
“Tidur awal sikit.  Sepertiga malam bangkit, solat isthikarah.  Itu keputusan yang tepat,” pesan mama lembut sebelum aku rapatkan daun pintu. 
Ibu jari aku tegak bersama seulas senyuman.  Mama memang cool.  Padanlah papa sentiasa hot. 
Kaki aku laju menuruni anak tangga mendekati meja di sisi tangga hendak mencapai gagang telefon.  Aryan yang sedang bergolek di atas sofa aku pandang. 
“Aryan merajuk ke?”  soal aku.
“Pasal apa?” 
“Ma dan pa sayang kakak lebih…” 
Dia jengulkan kepala dan mencemik.  Buat muka busuk.  
“Tak mainlah merajuk…”  Kemudian dia kembali menonton televisyen.  Konon letih lepas pergi meeting dengan papa siang tadi. 
“Hello?”  Sapa aku bila teringatkan gagang yang dah melekap ke telinga.
“Arya.”
Ayie?  Malam-malam ni pun call buat apa? 
“Ayie nak apa?” 
“Nak Arya…” 
Gulp… aku menelan liur berkali-kali dengan jawapan Ayie yang aku rasakan cukup tak munasabah.  

~~> bersambung

RM akan edit balik nanti.  baiki umur untuk dua2 watak neh... ejaan, grammar dan semua2 lah.  for the time being, puan pruf read RM busy... dia tak sempat nak jenguk  lagi. sorry for any inconvinience eh.. 

30 comments:

  1. tang salah ejaan umo tu blkang kira karehan..crita ni ttp best..nak lagi nak lagi

    tengok kiri, tgk kanan tgk kiri, lintaslah debgab selamat

    hahaha.kat Jerman pun ada iklan ni eh?

    >>k<<

    ReplyDelete
  2. Rasa mcm mlm ni sya akn tdur lena bertemankan si Ayie dlm mimpi. Haha...

    Cite karehan memey xkan mengecewakan saya.

    ReplyDelete
  3. Kak next n3 hehehe. Bestttttttt

    ReplyDelete
  4. walaweii..meremang bulu roma untk sesaat. hahaha.
    syabas sis rehan. kekeke :)

    ReplyDelete
  5. nak lagiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  6. Bestnye,rm cepat2 ye siapkn. Fighting..

    ReplyDelete
  7. 'Kecairan' sngat kt Ayie yg matang itu...
    they complete each other

    ReplyDelete
  8. haaa. kan dh dtg matang ayie tu....aweet ayie.. tq rehan

    ReplyDelete
  9. Bestla rm. Keep up the good and freshh idea of writing style. Kami pembaca akan trus sokong dan doakan yang terbaik buat rm

    ReplyDelete
  10. "Born with it"...hehhehe i like

    ReplyDelete
  11. Sonok citer ni lain drpd yg lain rs comel je ayie ni hehehehe.... lelaki matang yg sangat manja

    ReplyDelete
  12. ni mcm konfem blk jerman berdua dh nih.. suke2.

    ReplyDelete
  13. bling bling bling jerrr bila baca n3 SAK....sudah jatuh cinta dgn ayieee.....

    -sab-

    ReplyDelete
  14. tersenget2 mulut tahan senyum..heh..nakal sungguh dak ayie ni..

    ReplyDelete
  15. sian aryan merajuk dier..
    baik anak2 mama ngn papa ni..
    mendengar kata..

    ReplyDelete
  16. Bersemangat betul Ayie nak kan Aryana....
    semoga berjaya.... kami mendoakan.... hehehe

    ReplyDelete
  17. cool pasangan hot... hanyir di mana2...

    ReplyDelete
  18. Rasanya rm bg la perbezaan umur yg kecil.ni 7 tahun jauh sgt at lest 2 tahun ok la kot.apap pun best.

    ReplyDelete
  19. hehe..CooL!but buat lh knflik ckit kak rehan..mcm sng sgt arya nk stuju...buat2 jual mhl ckit..hik3...bru thrill!!yeayyy..go goo kak rehan..luv...:)

    ReplyDelete
  20. kak RM..Cpt la sambung lg...hehehhe..mmg terbaikk la..

    ReplyDelete
  21. nak ayie n arya gak ...hehehe

    ReplyDelete
  22. bestnya...n3 kak rehan..pleseee...cepat! excited nie..

    ReplyDelete
  23. Arya kne 'bguru' ngan uncle Zaf...care2 bcinte ngan budak skolah...:D

    ReplyDelete
  24. Bestnye cite ni... Klu bley nk cerpen jgak, bley x k RH

    ReplyDelete
  25. best >_< x tau nk ckp ap dah slain ckp best hahahha :)

    ReplyDelete
  26. best..nyer... rasaanyer RM dah masuk part anak2 plak kan, anak2 watak dalam novel2 sebelum ni.. suka sangat... citer dia menarik

    ReplyDelete
  27. haha..habis suma salasilah nama2 dlm nvel k.rehan kluar..best la..bnyak btul idea.. :D

    ReplyDelete