BAB 22
PERBUALAN MAK NGAH dan
Nine mengetuk gegendang telinga saat aku sedang membilas pinggan kotor. Aku panjangkan leher sedikit, menjenguk ke
ruang depan. Nine sedang bersandar pada
bingkai pintu, menemani mak ngah yang menyapu serambi.
“Seronok dok
kampung?” Itulah soalan mak ngah.
“Kat mana-mana pun pada
saya seronok, janji ada teman. Hati tak
sunyi,” jawab Nine penuh mesra.
Aku pandang lagi. Dari kejauhan, nampa k
jugak Nine senyum biarpun senyuman itu nampa k
mengeraskan wajah dia. Bilasan akhir
pada pinggan terakhir selesai. Aku letak
cermat dia tas penapis dan berlalu, duduk di atas tangga. Memasang telinga yang pasti.
Mak ngah mendekati
pintu. Susuk tubuhku aku nampa k jelas. Sedang mengelek baku l kain dan memegang sebatang
penyapu.
“Sebab ada Naina ke
apa?” Suara mak ngah jelas mengusik.
Nine menggeleng. “Sebab buat pertama kali rasa diterima oran g lain…” Dia
menelan liur seketika.
“... yang benar-benar
terima saya tanpa apa-apa syarat.”
Bibirnya merekah lagi dengan senyuman tapi sayang... hambar.
Kepalanya ditoleh ke
pintu dapur dan aku cepat-cepat menyorokkan diri di balik dinding, tak mahu
Nine mengesan aku yang sedang mengintip perbualan dia dan mak ngah.
Wajah mak ngah nampa k berkerut dengan
kata-kata Nine. Boleh jadi dia rasa
terbelit dan aku sudah biasa dengan ayat-ayat Nine yang boleh buat aku berfikir
banyak kali sebelum menjawabnya.
“Naina dah cerita
tentang kamu. Kata dia kamu ada
yatim. Macam dia. Tak ada orang tua. Selama ni membesar dengan siapa?” Perbualan mereka berubah serius. Nada mak ngah juga kian mendatar.
Nine tunduk. Dipatahkan sebatang demi sebatang
jari-jemarinya yang jelas runcing dan kasar.
“Dengan sorang bapak
angkat, mak ngah...”
“Tapi, macam tak bahagia
je?”
Nine panggung
kepala. Dia memandang mak ngah, senyum
dan menggeleng.
“Bahagia je Cuma ada
rasa kosong dalam hati. Payah nak
cerita, mak ngah. Ada masanya saya sendiri tak faham apa yang
kosong tu sampailah saya jumpa Naina,” jelas Nine sepatah-sepatah.
Mata mak ngah tepat
memandang Nine. Jarang-jarang
berkedip. Renungan tidak percaya.
“Setidak-tidaknya, ada
yang bantu membesarkan, betul tak?” duga
mak ngah dan sekali lagi Nine senyum tawa dan mengangguk.
“Sekarang kerja dekat
mana? Memang selama ni tinggal di Bangkok ke?”
“Ha’ah...” Kepala disandarkan pada bingkai pintu sebelum
menyambung.
“Masa saya umur belasan
tahun, saya diambil dari sebuah rumah anak yatim dan dibawa menetap di sana . Bapak angkat saya tu orang sini tapi dia
berhijrah dari banyak tempat sebelum betul-betul kukuhkan perniagaan dia di sana . Saya kerja dengan dia.”
Terangguk-angguk mak
ngah menerima penjelasan Nine.
“Sekarang ni, cuti ke
apa?” tanya mak ngah.
Raga besar itu
diletakkan di tepi pintu. Dia juga
melabuhkan duduk di sisi Nine yang nampaknya sedang merenung jauh ke tengah laman
sana . Terlindung wajah dia kini.
“Saya berhenti sebab
saya nak tinggal di Malaysia
selamanya. Hujan emas negeri orang,
lebih baik negeri sendiri yang hujan batu ni, mak ngah,” jawab Nine berkias.
Aku ketap bibir. Sedih mendengarkan ayat-ayat dia. Sejak dari semalam lagi dan membawa ke pagi
tadi. Kini sudah lepas waktu makan
tengah hari pun, dia masih nampak sayu. Ada yang berbuku di
hatinya yang tak mampu dia lepaskan.
Perlahan-lahan, aku atur
langkah memanjat anak tangga. Jeans skinny aku sapu belakangnya. Baju T berkolar berwarna merah hati ini aku
kibas sedikit. Meminta angin masuk
menghembus kulit badan yang terasa sedikit lekit. Panas.
Mendengar derap tapak
kaki pada lantai kayu, mereka sama-sama berpaling. Wajah mak ngah melangut. Nine juga tapi tidak lama sebelum dia
melarikan bola matanya kembali ke tengah laman.
“Dah siap, Naina?”
“Dah mak ngah...” Aku senyum.
Mak ngah bangkit bersama
keluh sedikit kasar. Memegang birai
pintu dan mencapai raga tadi serta penyapu yang bersandar pada dinding.
“Emm... mak ngah nak
rehat kejap. Dah kenyang, mata mulalah
berat...” Dia ketawa kecil dan terus
mengatur langkah perlahan-lahan ke arah dapur.
“Nine nak makan apa
malam nanti? Mak ngah masak istimewa
untuk Nine,” jerit mak ngah bertanya pada Nine sedang elok dia melepasi ambang
pintu.
Suara mak ngah
hilang. Nine ketawa kecil dan menepuk
lantai di sebelahnya, meminta aku duduk di situ.
“Kenapa ketawa?” Punggung aku labuhkan bersama soalan yang
diajukan.
“Seronok, Cik Naina,”
jawab dia.
“Perut kenyang mesti
seronok, kan ?” duga aku sekadar hendak berbahasa.
“Naa...” Bibirnya terceber.
“Sebelum ni macam-macam
hidangan ada tapi jiwa saya tetap lapar.
Rasanya bukan lapar tapi tahap kebulur.
Sekarang ni, rasa makin terisi dan terus terisi.”
Bermakna sungguh
kata-kata Nine. Aku naikkan hujung
bibir. Tiba-tiba kehilangan kata. Dalam kepala berperang sesama sendiri. Antara kehendak aku untuk menuntut bela atas
pemergian ayah dan umi dengan mencari dalang yang sebenarnya dan juga
permintaan Nine yang aku rasakan cukup berat hendak aku tunai namun terlalu
jujur menyapa hati.
“Kenapa diam?”
“Diam kenapa?”
Soalan itu terpacul
serentak dari mulut kami masing-masing.
Pantas kami saling memandang.
Lama-lama bunga tawa pecah.
“Saya tanya dulu,” ujar
Nine.
Sambil membuang pandang
ke tengah laman dan jauh juga ke tengah bendang
yang nampak menghijau, mendamaikan jiwa dan hati yang agak resah, aku
hanya guriskan senyuman. Mengalah.
“Tak ada apalah... saja
berfikir. Bagi otak berkembang sikit. Rasanya lepas kena tumbuk banyak kali hari tu, otak saya dah tak betul...” Aku tekan sisi kepala sedikit kasar.
“...saya rasa saya bukan
saya,” gumam aku dengan nada yang sedikit menakutkan.
Tak ubah bagai hendak mengusik
anak kecil dengan nada suara yang kononnya ngeri.
Nine buat wajah
kecut.
“I wonder who are you?” bisik
dia.
Dari hujung mata, aku
nampak dia mengoyak senyuman tipis.
“A ghost,” balas aku, juga dengan nada berbisik. Mata terjegil sedikit.
Tawa Nine meledak tapi
tak lama, bila dengar mak ngah berdeham dari dapur. Memberi amaran barangkali.
“Then... you are the most beautiful ghost I’ve ever seen. Are you a ‘puntianak’? Perlu saya cucuk paku atas tengkuk, untuk
terus nampak you cantik macam ni?” tanya
Nine dengan wajah serius.
“Pernah jumpa hantu
ke?” selaku sinis.
Nine tidak
menjawab. Hanya menggeleng sambil sebelah
tangannya menggendang lantai. Sedikit
merdu bunyi yang dialukan. Rasanya sudah lama tidak bersenandung. Kali
terakhir telinga aku tersapa oleh bunyi-bunyian yang merdu ada pada majlis
makan malam pelatih di PULAPOL dulu.
Setelah itu, dihantar menjalani latihan khas, telinga aku hanya dijamu
dengan bunyi ledakan bom dan juga ledakan peluru-peluru dan juga kaliber sahaja.
Tamat saja cuti beberapa
hari nanti, aku akan mendengar lagi bunyi tembakan bila menjalani latihan
penembak tepat. Letih. Ada masanya hidup bagai tiada tujuan
melainkan hanya sumpah setia pada Negara biarpun nyawa terkorban.
Menjadi perwira, diangkat
gambar merata-rata. Dianugerahkan pingat
untuk dikenang tapi akhirnya, sejauh mana bahagia yang aku mahukan. Kini, bila ada tujuan, muncul hal arwah ayah
dan umi. Tidak satu tapi dua bila Nine
juga muncul menjadi salah satu tujuan hidup di mana aku mahu menoktahkan
segalanya dan bermula dengan huruf baru iaitu Dzulkarnain.
“Saya nak jumpa awak
lagi esok, lusa, minggu depan, tahun depan, satu dekad lagi dan satu kurun
lagi, Naina...”
“Moga Tuhan
mengizinkan...” sambung aku menamatkan ayat Nine.
Dia mengiyakan namun
tetap ada tapi nya.
“Kenapa saya rasa masa
untuk kita semakin singkat?” Suara dia
kedengaran tulus menyoal.
“Hidup kita memang
singkat, Nine... saya atau awak, esok lusa entah berpeluang tengok keindahan ni
lagi, kan?” aku senyum dan memandang dia
sekilas sebelum melunjurkan kaki dan menyilangkannya.
Lega... setelah penat
berdiri membantu mak ngah di dapur.
Berbeza semangat aku jika waktu menjalankan tugas. Rasa tak pernah lelah.
“Tapi, walau apapun yang
jadi nanti, sama ada awak atau saya tak ada lagi dan tak mampu bersama, saya
harap salah seorang antara kita akan hidup dengan bahagia,” sambung aku.
Lama Nine diam. Cuba menghadam kata-kata aku. Kepalanya terdongak, menadah siling. Alisnya nampak bergerak-gerak. Rahangnya jelas kelihatan, menampakkan dia
seorang lelaki yang benar-benar lelaki.
Janggut sedikit dan
kumis tipis menghiasi atas bibirnya
sekarang ini menjadikan dia lelaki idaman wanita tapi dalam hati lelaki ini,
hanya ada aku.
Buat pertama kali
merenung dia, ada rasa sayu menujah hati.
Siapa dia sebenarnya?
Sesungguhnya, aku tak percaya akan teori Amar. Jauh tersasar. Sebelum ini telah aku sedar, dia terlalu
kacak dan tegap orangnya tapi tersorok dengan pakaian hitam yang sering menjadi
alas tubuhnya. Hari ini, bila dia santai
begini, mata dan setiap gerak gerinya bagaikan merayu kasih, mengharap sayang.
“Siapa awak sebenarnya,
Nine?” Rasa berair mata aku waktu
ini.
Tak tahu kenapa, hati
aku terasa amat sebu. Nafas aku kian
sesak dan tebing kelopak mata terasa suam.
Semuanya tiba-tiba.
Aneh...
Nine bangkit. Wajah aku langsung tidak dipandang. Dia berlalu ke birai pagar kayu yang masih
utuh. Baru saja dicat dengan warna hijau
lumut. Dilabuhkan punggungnya pada pagar
dan dia memandang aku lama.
“Siapa awak?” Sekali
lagi soalan itu bergema.
“Saya nak tahu...” Aku bergumam sendiri, melarikan wajah bila
mata Nine semakin tajam menikam bola mata.
Rasa tembus ke belakang
kepala.
“Saya tak baik, Naina...
tapi saya cuba menjadi yang terbaik. Saya
jahat, Naina tapi saya berlari jauh untuk tinggalkan semua yang jahat. Saya manusia, Naina tapi sebelum ini saya tak
rasa saya ni manusia sebelum saya jumpa awak.
Sebelum saya pandang anak mata awak.
Sebelum saya tahu wujudkan wanita nama Naina dalam dunia ni,” jawab dia
bermadah.
Aku kerutkan
kening. Cuba mengerti tapi sayang,
pening juga.
“Be frank to me...”
“Yeah... saya dah
jujur. Terpulang pada awak nak
tafsirkan. Cuma satu saya nak tanya dan
saya perlukan jawapan. Bukan jawapan
dunia biarpun awak bukan apa-apa pada dunia ni, tapi jawapan awak sebab awaklah
dunia saya.”
Aku ketap bibir.
Dalam kepala aku
memikirkan sesuatu. Nine dengar
perbualan aku dan mak ngah pagi tadi.
Dia dengar dengan jelas. Itu ayat
yang aku katakan pada mak ngah tentang dia dan saat ini, dia sedang mengatakan
ayat yang sama pada aku.
“I am sorry...” Rasa bersalah
menyerang tiba-tiba hingga aku perlu ucapkan maaf.
Takut dia terkecil hati
dengan kata-kata mak ngah.
“Naa...” Dia menggeleng. “Don’t
be. Tak ada siapa salah. Saya cuma nak tahu satu jawapan daripada
mulut awak...”
“Apa?” Cepat saja aku menyoal.
Nine menjeling. “Gelojoh.”
Sebutir-sebutir dia sebut suku kata daripada perkataan itu.
“It’s a mean word la,” bantah aku.
Nine menggaru janggut
dia. “Kalau itu mean word, apa yang tak mean
nya?”
“Tak sabar? Perhaps…” Kening aku terangkat tinggi dan Nine hanya
senyum bersama kening yang juga terangkat.
“Okey, kurang
sabar. So, my officer… let me ask you this…” Dia bangkit daripada pagar serambi.
Langkah diatur.
Kemas.
Bergaya… biarpun dalam
pakaian biasa namun tegapnya tubuh dia mampu memakukan pandangan aku buat
seketika.
Tangan diseluk ke dalam
poket track bottom. Rambut yang sudah
panjang mencecah kolar baju itu diraup berkali-kali.
“Saya nak tahu, kalau
kita diberikan waktu untuk kongsi hidup kita biarpun kita tak tahu untuk berapa
lama, sampai bila dan di mana… awak sudi terima sambut huluran tangan
saya?”
Tenang.
Cukup bersahaja.
Jujur malah aku rasa
ketulusan hati dia menembak tepat ke jantung aku. Seram sejuk.
Malah terasa sedikit gementar.
“I think, I shoot on the target, Naina… Sharp. Hundred. Dan apa jawapan awak?” gesa dia lagi.
Perlahan-lahan, dia
duduk mencangkung tepat di depan aku.
Tegak hanya dengan bertahan dengan hujung kaki saja.
“Awak… se… sedang lamar
saya ke?” Menggigil suara aku.
Ketakutan ini adalah
lebih daripada ketakutan bila kepala aku diacu muncung pistol Neo tempoh
hari. Sungguh.
Tangan Nine nampa k bergerak-gerak
hendak meraih jari-jemari aku. Tapi, aku
nampa k dia
menahan kehendaknya. Aku tahu dia
mengerti yang aku seorang wanita.
Biarpun tidaklah sempurna, maruah dan adat aku junjung melainkan
waktu-waktu tak terduga.
“Lagipun, awak dah
pernah kiss saya… kat sini…” Dia
sengih. Jari telunjuknya rapat pada
bibirnya sendiri.
“… so awak kena
bertanggungjawablah dan ragut separuh keturunan saya.”
Tak sedar, aku tekup
mulut dia. Suaranya kuat sungguh. bagai sengaja dikuatkan. Nak suruh mak ngah dengar barangkali. Aku berkalih ke belakang. Lega bila mak ngah tidak muncul.
Tapi…
Bila aku kalih kembali
ke depan, wajah Suryani yang sedang menjegilkan matanya berdiri tegak di atas
anak tangga terakhir. Memandang kami
dengan mata yang terkebil-kebil.
“Ha… Kak Nai cium Aba ng Nine dan itupun
dekat…” Dia berdecit.
“Mulut?” Suryani terjerit atau lebih tepat lagi
sengaja dia menjerit.
Mak ngah tergesa-gesa
keluar daripada dapur.
“Apanya Yani? Apa yang mulut-mulut ni?” soal mak ngah bercekak pinggang dengan senduk
di tangan.
Aku bulatkan mata pada
Suryani memberi amaran. “Don’t you dare…” gumam aku pada dia.
Nine aku hadiahkan
dengan jelingan maut. “You too… jaga awak, Nine!”
Menggelegak hati. Pantas aku bangkit dan menjauh sedikit
daripada Nine dan Suryani yang nampa knya sudah menjadi
satu pasukan. Menembak hendap aku tanpa
apa-apa pertahan.
“Tak ada apalah, mak
ngah. Jom Naina tolong mak ngah
masak.”
Mak ngah pun pelik. Kata hendak rebahkan badan, tapi di dapur
juga dia.
Sebelum sempat
melangkah, telinga aku sempat tersapa oleh keluhan tipis Nine. Dia sedang meramas rambutnya. Nampak sedikit kesal.
“I am sorry… I mean no harm…”
Bibir dia berbicara.
Tapi aku hanya
meluruskan dua batang jari dan menegakkan ibu jari, menggayakan pistol di
pegang dan aku halakan ke tepi kepala sendiri.
“Don’t die… I.Love.You…” Gera kan demi gera kan
bibir itu berkata tanpa suara.
Aku telan liur. Tak sedar, terpeluk lengan mak ngah.
“Eh apa ni? Terkejut mak ngah,” rungut dia.
“Apa apa, mak. Kak Nine lamar Kak Nai tapi dia…”
“Tolak?” pangkas mak ngah dengan mata bulat.
“Eh mana ada?” dalih aku.
Lengan Suryani aku tarik
sedikit kasar hingga dia mengaduh.
“Kakak bukan cium dia,
ya… masa tu dia kena tembak. Kakak buat
CPR je,” jelas aku pada Suryani dekat pada cuping telinga dia.
“Kira cium jugaklah, kan ?” Dia gela k.
“Yani!” Aku ketap gigi. Geram.
“Hah, dah kena tolak
budak Nine tu?” sergah mak ngah pada
kami yang sedang berbisik-bisik.
“Tak tolak, mak ngah…
dia diam… bukan ke perempuan kalau diam tu…”
“Tanda setuju…” Suryani menjerit menyambung kata-kata
Nine.
Aku pandang dia. Dia tunduk menggaru kepala.
Mak ngah senyum dan
Suryani, memandang aku penuh makna.
Pandangan penuh persoalan.
... bersambung
RM : Lovey dovey saja... Bilalah nak masuk part aksi neh... ohmai...
Wahhhhh... Nine ♡♥♡ Naina! Mak Ngah.. terima lah Nine tu. Sama2 anak yatim piatu.
ReplyDeleteNaina....terima aje Nine...bahagia bersama....insyallah ada hikmah mereka berdua bertemu....Kesian Nine....yg berusaha utk jadi insan semula.....
ReplyDeletenine sgt misteri....lawak la naina ni...diam tanda setuju kan? ha ambik...hehehe
ReplyDeleteX sabar nak tau kisah yg seterusnye.ape2 RM saya nak ucapkan syabas STK mmg the best.nnak tgu nine ngan naina pula apa endingnye...
ReplyDeleteX sabar nak tau kisah yg seterusnye.ape2 RM saya nak ucapkan syabas STK mmg the best.nnak tgu nine ngan naina pula apa endingnye...
ReplyDeletehahahhaha.... serious comel gila :D
ReplyDelete-Syira Azmi-
alahai cair2 ni..help...haha
ReplyDeleterm...kasi dia kawin dulu le....lepas tu baru masuk part aksi...hehehhe
ReplyDeleteohmai RM..xpe RM..suka part lovey dovey nih...muehehhee...
ReplyDeleteoh maiii cepatlah RM sambung N3 ni tak sabor da ni nak tahu klimak citer ni sesak plak dada tunggu n3 seterusnya
ReplyDeleteI.LOVE.U.TO..
ReplyDeletewahhh...
ReplyDeletelove in the air...
bunga-bunga je rasa nya...(walaupon tgh sakit nie..huhu)
thank k.rm..
hurm saya rasa nine salah sorang yg terlibat dgn kemalangan maut parents @ ibu bapa naina.. betul tak RM?
ReplyDeletebest........tq rm atas n3 ni.
ReplyDeletebila lg n3 baru yer.....
Sori. nk komen dr smlm lg tpi internet pulak wt hal. slp typo agaknay kak nain tengah lamar kak nai. mgkin abang nain tengah lamar kak nai kan? ya sy smkin tkut bila meka sndiri x tau brp lama meka dpt pertahankn hubungan meka. Mgkin ada slh sorg yg akan mati dulu. sadis giler part tu kan?
ReplyDelete