Wednesday, July 11, 2012

Untuk Dia [9]


BAB 9

AKU sengih sumbing.  Malu sungguh bila balik sepayung berdua dengan Zafrin tadi disambut oleh aunty dan uncle sekali.  Zafrina dan Abang Zafran je masih belum ada masa tu. 
Bila ingat Zafrin kena marah, aku tambahkan sikit lakonan aku ni.  Aku buat lagi muka monyok dan tayang lagi wajah sugul.  Cukup perasa dengan tubuh yang menggigil menahan sejuk. 
“Kamu jangan makan dengan mama dan abah sebab buat Mi macam tu!”  Tegas saja suara uncle memarahi anaknya. 
Aku ketap bibir menahan tawa bila wajah Zafrin monyok menekur pandangan ke lantai.  Ada ke patut itu hukuman untuk Zafrin.  Kalau kat kampung, memang kena kurung dalam rebanlah dia ni agaknya.
Dia juga basah sebenarnya.  Memang dia juga sedang menggigil menahan sejuk tapi kini nampak hangat menahan telinga akibat amarah kedua ibu bapanya. 
“Entah kamu ni, angah… ada mama ajar angah berkasar dengan perempuan?  Tak ada, kanCuba jadi macam along, kan lembut je dia layan perempuan.  Macam abah ni haa… barulah lelaki.  Ini tidak, kamu buat Mi sampai dia keluar rumah.  Dalam hujan pulak tu.  Kalau demam, macam mana?”  sembur aunty pula.  Nampak sangat tak puas hati.
Zafrin mengangguk lemah dan memandang aku seketika dengan pandangan yang sugul.  Lebih pada nak meraih simpati aku nampaknya.  Kononnya nak minta aku tahanlah mama dan abah dia dari terus membebel tapi aku buat tak tahu saja.  Dalam hati, aku bahankan dia.  Padan muka kau!
Ala… ma.  Mi ni bukan…”
“Jangan kamu nak kata dia bukan perempuan, Zafrin!”  tegur aunty memangkas kata-kata Zafrin agak kuat. 
Dia mengeluh.  “Angah tak kata dia bukan perempuan… tapi kalau betul perempuan, angah nak minta dia buktikan.”  Zafrin berani berkata demikian dan menjongketkan keningnya pada aku membuatkan aku telan liur sendiri.  Rasa masin bercampur air peluh. 
“Buktikan apa lagi?”  Aunty dah bercekak pinggang kali ni. 
Aku juga yang tahan tubuh yang sedang menggigil melihat keluarga ni bergaduh manja macam ni.  Hampir nak terbersin tapi aku tahan saja dengan memeluk tubuh bila jaket milik Zafrin masih ada pada tubuh aku.  Melekap kemas.  Terasa bagaikan pelukan lelaki itu pula hinggakan aku ukirkan senyuman tipis.  Malu sendiri.
“Err… nantilah.  Bukan sekarang,” ucap dia dan terus berlalu ke atas menuju ke bilik dia barangkali. 
“Emm… mengelak je.  Geram mama dengan budak sorang ni,” rungut aunty
“Tak apalah.  Mi biarkan dia tu.  Esok-esok pandailah dia melutut merayu.  Ni, pergi tukar baju dulu.  Pergi panggil Resa, ya?  Dia ada kat bilik tu haa… terlena barangkali,” suruh aunty dan aku terus memanjat ke atas menuju ke bilik Anaresa dan kali ini, aku pastikan betul. 
Setelah pintu terkuak, Anaresa memang terlena.  Nampak penat sungguh.  Tak sampai hati nak kejut, aku berlalu keluar semula dan mendapatkan aunty yang sedang meniti anak tangga. 
“Mana Resa?”
Lena.  Nampak letih sangat tu,” jawabku. 
“Emm… letih ada makna tu budak Resa tu,” sela aunty bersama senyuman manis.  Aku melongo tidak mengerti tapi aku saja buat-buat reti. 
“Masuk bilik Rina la.” 
Aunty mengheret tangan aku ke bilik Zafrina dan kala daun pintu tertutup rapat, aku terus duduk di birai katil bila aunty menyuakan sehelai baju dan aku sambutnya penuh sopan. 
“Rin tu tak macam Zafran…”  Dia menghulurkan sehelai tuala pula sambil bersuara.
“… dia lain sikit nak zahirkan apa-apa yang dia rasa.  Nampak je macam tu tapi dalam hati ada bunga tahi ayam!”  Dan aunty ketawa.  Aku juga.  Lucu juga aunty ni. 
Tak tahu apakah maksud di sebalik kata-kata aunty pada aku.  Macam ada makna yang tersembunyi bila dia sedikit memihak pada anak lelakinya itu.  Namun, aku memilih untuk diamkan saja. 
“Emm… Mi tak ambil hati pun, aunty.  Biarlah dia.  Lagipun, Mi tak datang sini dah kot nanti.  Mungkin busy dengan final exam.”
“Tak datang atas kehendak Mi tapi akan datang bila Rin memaksa… tak apa ke macam tu?”  Aunty bertanya pelik. 
Aku yang baru nak lap rambut, menghentikan tindakan aku ni.  Wajah Aunty yang sedang menjauh aku pandang. 
“Maksud aunty?”
“Itulah maksud aunty,” jawab dia.
Huh… kenapa semua keluarga ni macam ni ya?  Sampaikan sepupu aku Si Anaresa pun macam ni juga cara dia.  Pelik sungguh.  Sudahnya aku capai t-shirt yang diberikan.
Saiz tubuh aku dan Anaresa agak berbeza.  Kebanyakan pakaian lama dia sudah bertukar.  Sudah menjadi blouse yang ayu dan sopan dan memang dari awal aku tolak gaya begitu.  Pakaian Zafrina juga sama.  Besar dan londeh macam karung guni.  Aunty ketawa melihat aku.  Kemudian dia menggeleng.
“Tak sesuailah, Mi,” komen aunty ringkas.
“Tunggu kejap, ya?”  pintanya dan terus keluar.  Bila dia kembali, ada sehelai t-shirt lain di tangannya. 
“Yang ni mesti Mi suka.”
Aku capai baju yang dia suakan.  Agak besar dan pastilah menjadi kesukaan aku.  Tak mengikut bentuk tubuh.  Kena dengan gaya aku.  Aku sengih.
“Terima kasih…”
“Sama-sama…”  Dia berlalu ke luar dan aku berlalu ke bilik air. 
Keluar saja, aku terus menapak keluar terus dari bilik hendak mencari Anaresa tapi langkah kaki aku terhenti bila Abang Zafran menapak masuk ke bilik dia.  Huh, tak jadi aku nak masuk.  Sudahnya aku duduk di kerusi di ruang keluarga depan bilik mereka ni membelek sebuah majalah.
Tuala yang ada di tangan, aku sangkut pada bahu kerusi dan tanpa sedar, kerana terlalu ralit membelek buku, ada tangan merayap pada rambut aku. 
“Jangan risaulah.  Aku tak sentuh apa yang tak halal pada aku!”  Zafrin bersuara tanpa aku menyoal seperti biasanya. 
Aku mengelak tapi dia tekup muka aku dengan tuala. 
“Sinilah… aku lap rambut kau bagi kering.  Demam kau karang.  Nampak sangat kau tak mandi ni.  Kenapa kau tak mandi?  Penakut air ke apa kau ni?  Spesis kambing ke apa?”  Dia berterusan menyindir. 
“Ikut suka akulah!”  Aku ketap bibir. 
Namun, Zafrin tetap selamba mengelap rambut aku tanpa menyentuh seurat pun helaiannya.  Aku malu sendiri kala ini.  Mula terfikir nak menutup rambut.  Menutup aurat dan menyembunyikan segalanya. 
“Aku suka perempuan rambut panjang,” ujar Zafrin tiba-tiba. 
Dia kini benar-benar rapat di belakang kerusi yang menjadi tempat aku berlabuh.  Aku telan liur. 
“So, apa masalah dengan aku pulak?” 
Dia ketawa seketika sebelum menjawab.  “Memang tak ada kaitan dengan kau.  Ayat pernyataan tak memerlukan pertanyaan.  Aku cakap secara umum je,” ulas dia. 
Huh… bagaikan menyembunyikan sesuatu. 
“Tapi, aku lagi suka rambut yang tersorok.  Yang aku tak nampak,” sambung dia lagi. 
Kali ini, aku terhenyak.  Terasa disindir oleh Zafrin.  Pedih ulu hati.  Kalah waktu kena gastrik sakitnya.  Memang pedih. 
“Kau sindir aku ke?” 
“Mana ada.  Aku cakap umum.  Kan dah cakap, ayat pernyataan tak memerlukan pertanyaan atau sindiran bagai,” ulang dia lagi. 
Aku diam.  Tangan Zafrin masih ligat mengelap rambut aku yang tak berapa nak panjang ni.  Baru saja mahu mencecah kolar baju jersi  yang aku pakai ni.  Cantik baju ni.  Berwarna biru gelap, berjalur biru cerah di bahagian lengan. 
“Okey, dah kering.  Lap sikit-sikit je rambut kau ni.  Kemetot.  Kalau panjang tu, bernafsu la jugak nak belai lebih-lebih.” 
Dia terus selubungkan kepala aku dengan tuala itu dan bila aku tariknya, dia sudah melabuhkan duduk di sisi aku mencapai sebuah majalah dan membeleknya juga.  Amboi… mudah sungguh dia meluahkan kata.  Memang benar kata aunty, dia berbeza sungguh dari Abang Zafran.  Andai dulu, seronok melihat Anaresa dan suaminya tapi hari ni, berbulu jiwa aku memandang Zafrin bila dia berlagak macam tu. 
Aku kuak rambut dengan jari.  Zafrin menjeling seketika dan seterusnya dia memandang ke lain.  Aku mencemik bila terkesan renungan curi-curi dia tu dari hujung mata tapi aku tak mahu cepat menelah sebab aku yakin, yang Zafrin hanya sekadar hendak bercanda dengan aku.  Bahan utama dia la katakan.  Sadis!
“Lepas makan aku hantar kau balik,” ucap dia tiba-tiba. 
Aku pandang Zafrin.  “Makan?” 
“Yalah… lepas diorang makan, kita makan berdua.  Lepas tu aku hantar kau balik dan jangan risau, aku pinjam Alza abah.  Nanti mama bising pulak.  Dari tadi dok suruh aku hantar kau.  Bosan betul.” 
Dia mengeluh tipis seraya menggeleng.  Buku di tangannya terus dibelek tapi aku sedang perasan satu perkara yang membuatkan aku tersenyum senang. 
“Kalau kata mama kau suruh hantar, toksahlah Rin… aku boleh balik sendiri…”
“Dengan duit dua tiga ringgit yang ada tu?”  soal dia pantas. 
Aku mengerutkan dahi.  “Mana kau tahu duit aku ada banyak tu?”
“Baju kau tu…”  Bibirnya terjuih ke arah aku. 
Aku pantas memandang tubuh aku dan menilik pakaian yang sedang tersarung pada tubuh.  Lengkap dengan track bottom jenama Umbro.  Begitu juga jersi ini. 
“Mama pergi campak pakaian basah kau tu depan aku suruh letak dalam baldi.  Lepas tu selamba je mama ambil t-shirt dan seluar aku bagi kau pakai.  Tapi…”  Dia menilik aku lagi.
“… sesuai dengan kau, Mi.  Mudah kita nanti,” ucap dia menyudahkan ayatnya.
“Baju kau ke?” 
Zafrin angguk.  “Sharing is caring, sayang…,” ujar dia bersama senyum menyenget itu. 
Aku ketap bibir menahan perasaan.  Wajah aku rasa menebal bila dia memanggil aku sayang tiba-tiba.  Rasa lain macam je perasaan waktu ni.  Tak tahu nak buat apa, aku perlu lalukan sesuatu untuk menyembunyikan kejanggalan pada wajah aku kala ini.  Tak mahu jadi bahan Zafrin lagi. 
“Aduh… baju kau ke?  Padanlah gatal.  Ada kurap kau ni!”  Dapat juga aku sembunyikan rasa canggung masa ni. 
“Uiks… mulut kau aku cium karang!”  tegas dia memberi amaran. 
“Berani buatlah!” 
“Jangan cabar, Mi… aku lelaki.  Kau tu perempuan…” 
Kali ini aku ketawa.  “Oh… baru nampak aku perempuan ke?  Bukan ke aku spesis tak dapat dikesan jantinanya.  Spesis yang tak membawa debar dalam hati kau?”  sinisku. 
Zafrin nampak tak mahu tewas.  Dia berlagak tenang dan terus membelek majalah di tangannya.  Aku hanya memerhati dan menanti waktu hendak memulangkan paku buah keras saja. 
“Tolong sikit ek… tak ada debar-debar.  Kalau bukan sebab mama tak adanya aku…”
“Sampai baca majalah terbalik?”  pangkas aku mengejek. 
Zafrin telan liur.  Dia membelek majalah di tangannya dan terus menepuk dahi.  Aku hamburkan tawa kecil. 
“Allah bagi cash dekat kau atas dunia!  Lagi terang bersuluh di siang hari ni kau tersalah langkah sudah!”  tegas aku. 
Kemudian, aku terus berlalu ke bawah bila terdengar suara aunty menyeru nama aku kuat.   Meninggalkan Zafrin yang terkulat-kulat sendiri.  Puas hati aku sikit. 

**

MAKAN tengah hari ni diam.  Zafrin tunduk membisu tapi suapan dia meriah.  Disua ke mulut, dikunyah dan terus ditelan.  Berulang-ulang tanpa ada selang sikit pun.  Gelojoh betul.  Hati aku merungut sendiri. 
Aku pandang baju yang aku pakai sekali lagi.  Sama dengan Zafrin kali ni.  Beza warna je.  Makan tengah  hari berdua bila aku terpaksa temani dia.  Rasa tak sudi tapi hati getik nak teman. 
“Cepat, Mi… aku ada hal lain lagi ni.  Nak dating pun terpaksa tunda sebabkan kau!”  Dia bangkit dan berlalu ke dapur. 
Aku gigit bibir.  Perkataan dating tu mencucuk hati.  Sudahnya, nasi yang masih berbaki tak mampu aku telan dah.  Aku bawa ke dapur dan waktu itu, Zafrin sedang berkumur. 
“Basuh pinggan aku sekali, Mi…” suruhnya bila aku menghampiri sinki.
“Aku tak reti basuh pinggan.  Ini pun aku nak letak je,” jawab aku pula. 
“Kau perempuan, kan?”
Aku menggeleng.  “Aku spesis yang tak dikenalpasti jantinanya…”
Pinggan itu aku letak je dalam sinki.  Pesan aunty, Zafrin kena ajar sikit.  Baru dia tahu erti hati seorang perempuan.  Baru nak berlalu, Zafrin menarik pinggang aku kali ni.  Lebih berani dan lebih mengejutkan. 
“Apa ni, Rin?”  Aku cuba melepaskan pelukannya. 
“Kau saja nak balas dendam, kan?  Dok perli aku je…”
“Siapa buat siapa dulu?” 
“Okey… kalau kau nak game, kita tengok siapa menang siapa kalah.”  Seraya itu Zafrin mengucup pipi aku dan serentak itu juga ada flash daripada kamera Samsung Galaxy miliknya berkelip. 
Pinggang aku dilepaskan.  Dia tersengih jahat.  “Tengok ni…” 
Aku pandang skrin telefon bimbit dia.  “Aku nak tengok siapa lagi sudi ayat kau lepas tengok gambar ni kat Youtube,” ujar dia ketawa mengekek. 
Aku jegilkan mata.  “Kau gila Rin!” 
“Gilakan kau!” pangkasnya dan aku telan liur.  

~~> bersambung

47 comments:

  1. hahahahhaha... egolah kau zafrin..suka cakaplah suka..

    ReplyDelete
  2. leeee....dah cium anak org dah si rin ni!! heiiiii!!!...cepat2 kawin. risau gak kat haqmi dan rin ni. berani betul si rin ni!!heeeeeee...



    ila danish

    ReplyDelete
  3. Owhhhhh tidakkkk nk lgggg. -maya dhira-

    ReplyDelete
  4. hahahahhahahahaaa...aduiii zafrin ni de jelaaa haihh!~

    ReplyDelete
  5. Adoi...ni gaya mengurat nak minta pelempang lelaju....

    ReplyDelete
  6. cik rehan,cerpen ni bape bab nak sampai final?

    ReplyDelete
  7. Hahaha...suka betul bila Haqmi dapat peluang kenakan Zafrin balik.

    ReplyDelete
  8. oiii en zafrin, kiss anak dara org tuh!!kena kawen depa dua nih.kui3..

    ReplyDelete
  9. Very the naughty la Rin nih! Confirm mak bpak suh paksa kawin ngan Mi. Next n3 please....jgn lama sgt ya RM

    ReplyDelete
  10. Main kasar nampak si Zafrin ni. Tak mcm Zafran, elok je jaga anak dara org x kasi sentuh sblm kahwin. Suruh Zafran tarbiyah sikit si Zafrin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Nak jadi imam yg lenturkan Haqmi kena sesoleh sikit. Mi pun baik je sebenarnya, tinggal nak kena keluarkan aura pempuannya tu. Cepat2 update ok!

      Delete
  11. Alahai Zafrin... Kalau mamanya ada situ mesti kena jerit ' JANGAN CIUM ANAK DARA ORANG!!!!!!!!'. He he he....salam sayang...zailda

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka2......mesti aunty kta pnya...hahahah.....nice lah RM.....bab pling sweet.......kahwin kn cepat diorang....msti lg meriah......apa kta rehan buat novel je crita ni....msti meletup.....skarang ni kan trn nvel santai but rmtik....ngeee

      Delete
  12. haha,,wow,,agresif la zafrin...huhu

    ReplyDelete
  13. cepat3x tak sabar nk tgk depa kawin ni

    ReplyDelete
  14. xsabarnya nk tgu dorg kahwin...zafrin 2 dlm hati ada taman bunga kot..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dia kata "bunga tahi ayam"...:)

      Delete
  15. amboi rin..x nak sentuh yg bukan halal konon..
    KO DA CIUM ANAK DARA ORANG LA~!!!

    >>k<<

    ReplyDelete
  16. fuyoooo ! advanced gile zafrin nie. nak kene piyat telinga dia nie kn. hehhh.

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  17. zafrin memang gila... beza gila dgn zafran.... batul ke satu mak satu bapak tu. heheheh tq rehan

    ReplyDelete
  18. Cik Penulis ~~~~> Kih! Kih! Kih! God job!!!!! Pagi akak bertambah indah dengan n3 ni.. Senyum je lepas ni... More please..............

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe memang saya pun sengih memanjang nie berwarna terus pagi saya hahahhaaa gud work miss RM

      Delete
  19. amboi braninya rin kiss pipi mi...klu mama dy ade tntu dy dh jerit'jgn cium ank dara org!'..... ayt paling bes 'dlm hati de bunga taik ayam'....caya lah mama rin tu. 2 RM.....chaiyok3!,'air tgn' u mmg superb

    ReplyDelete
  20. hahahahahah... mmg keras tetapi penuh makna

    ReplyDelete
  21. kak rehan, jgn lama2 tau sambung UD yg seterusnya.... suberp gila idea kak rehan ni....buatkan semangat pagi2 nak wat keje kat opis.....hihihi.... Eiaza kelate

    ReplyDelete
  22. RM...GOOD JOB..membuat hariku sepanjang hari tersenyum dan x sabar n3 seterusnya....

    ReplyDelete
  23. hahaha best la Rehan.....nak lagiiii -usma

    ReplyDelete
  24. brani erk Rin cium Mi...mujur x kne lempang...hahaha...

    ReplyDelete
  25. haha...beraninya rin..mesti mi suruh tanggungjawab tu..kn kulit dia utk cinta pertama suami je

    ReplyDelete
  26. Dear RM, really2 sweet... n3 8 & 9..2 hari tak jenguk coz tak sihat..hr ni baca ntry dh kebah demam!! Tak baek la Rin buat Mi mcm tu..jatuh saham!!..tak sabor next n3...terima kaseh.

    ReplyDelete
  27. hahaha...kelakar la... tp berani zafrin cium anak dara org ye?mengamuk mama...

    ReplyDelete
  28. Kak Rehan ku sayang, best baca UD9 walaupun zafrin mcm ganas sket. ada ka patut ikat Mi dgn photo tanpa rela tu?
    kipidap...jgn tinggal abg bud & syaima lama2 sgt ye, nnt kitaorg rinduuu

    ReplyDelete
  29. hahhaa...lucu la, mcm tu ke cr nak mengorat pompuan adoii...hahaa..

    ReplyDelete
  30. hhehehheeheee...bengong betoi si Rin ni.
    nekad betou cium anak dara org. dah angau ni.
    agak2 kene terajang ngan Mi x?. hhehehehhe
    tq rehan.. next plsssssss :)

    ReplyDelete
  31. sngt best.. padan sngt zafrin ngan haqmi... sweet couple..

    ReplyDelete
  32. Tahniah mencipta cerita yang menarik ramai pembaca.

    But...................
    if sweeet couple pun kena tau batas pergaulan dari sudut pandangan islam. pembaca cerita ni nanti mungkin juga ada di kalangan remaja belasan tahun .mungkin juga terbaca, terpengaruh dengan jalan cerita. Dah lah social problems among tenagers in Malaysia nowadays so chiotic. Madam RM, Please please create or develop suitable scenario.

    Thanks, Hilman Yong

    ReplyDelete
  33. xsnonoh tol la rin ni,.cium anak dara org keke

    ReplyDelete
  34. sweet sgt. like...

    ReplyDelete
  35. sengih je baca UD nih...
    tp kdang2 confuse ngan nama rin n mi..
    mcm rin tu prempuan n mi tu lelaki.. =)

    ReplyDelete
  36. hmmm...itulh ego nye lelaki,dh terang jtuh tersungkur msih nk tunjuk ego.tp ape p so impressively.

    ReplyDelete
  37. wahhhhhh.tindakan drastik tuh!boleh pengsan mi nih!

    ReplyDelete