Friday, November 23, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 18 [akhir]


BAB 18 [akhir]

DUA BULAN berlalu setelah perkara menakutkan itu.  Dalam dua bulan ini juga tak ada kenduri menyambut pun. Zayed sendiri tak mampu dapatkan cuti dalam waktu itu dan aku juga masih berbeza waktu kerja dengan dia. Sudahnya, kami hanya adakan kenduri doa selamat cukur jambul buat anak buah ke-empat aku.  Anak angah dan kak ngah yang dia beri nama Zariq.  Seorang bayi lelaki yang comel dan sihat.

Kak ngah juga tumpah darah dan bila aku ingat kembali saat Zayed mahu menyambut kelahiran kak ngah, tangan dia menggigil juga namun dia tetap tenang. Telinga aku mendengar dia membisikkan nama Allah sepanjang masa bila kak ngah mengalami pendarahan yang agak teruk dan syukur bila Allah masih sayangkan kami. 
“Jauh termenung?”  Tanya dia kala aku duduk di laman rumah.  Melihat pada tetamu yang beransur pulang.
“Letih sikit.”  Aku senyum dan menepuk kerusi batu di sebelah aku meminta dia duduk.
“Mama dengan ayah abang dah balik ke?” 
Dia angguk.  “Rina dah jumpa diorang tadi, kan?”
“Erm… dah.  Lepas tu rasa sesak sangat duduk dalam rumah tu.  Rasa panas betul.”  Aku mengipas-ngipas sikit baju aku.  Kurang selesa. 
“La… abang ingatkan sayang sejuk tadi.  Baru ingat nak hangatkan.”  Zayed gelak mengekek. 
“Abang ni, hangat semalam tak hilang lagi,” ujar aku pula lalu aku cubit peha dia dan menepuk perlahan kemudiannya.
Tawa Zayed lepas.  Dia memeluk bahu aku rapat padanya dan mengusapnya lembut.  Selendang yang aku pakai dia kemaskan sedikit sebelum dahiku menjadi mangsa bibirnya. 
“Abang ada hadiah untuk sayang.”
“Oh ya?” Wajah aku teruja.  “Apanya?  Porshe ke?  Lamborghini?”
Mata dia membulat.  “Amboi… padanlah abang bagi BMW abang tu sayang tak nak… nak pakai lebih lagi rupanya.  Ish… ish…”  Dia menggeleng tapi aku tahu dia sekadar bercanda. 
“Jazz Rina tu siapa nak pakai kalau pakai BMW abang?” 
“Keh keh keh…”  Dasyat gelak Zayed malam ni. 
“Tak adalah. Hadiah dia biasa-biasa je tapi boleh buat Rina senyum mungkin.”  Zayed menghulurkan sekeping sampul surat padaku. 
Bila aku pegang dan menarik isi di dalamnya, mata aku membulat.  Surat permohonan membuka klinik sendiri yang diluluskan. 
“Abang?”  AKu tekup mulut tidak percaya.
“Bila abang mohon ni?”  Sungguh sukar aku nak percaya.  Tak sangka langsung.
“Sejak abang sedar kita tak ada masa bersama sangat untuk buat anak,” jawab dia tak malu.
Aku mencemik. “Eleh abang tu…”
Sekali lagi dia ketawa kuat.  Langsung tidak dihiraukan orang lain. 
“Abang dah mampu gerak sendiri rasanya.  Lagipun, abang dah tak lalu nak jadi doctor sakit puan.”
“Err… lepas kes dulu tu ke?” 
Dia menggeleng.  “Sebab abang sayang Rina dan sayang anak dalam perut Rina ni,” ucap dia dan sentuh perutku tak semena-mena.
“Eh, apa abang cakap ni?”  Berkerut dahi aku nak cerna kata-kata Zayed. 
Aku raba perut aku.  Kalau aku mengandung, macam mana dia dulu boleh tahu. Walaupun PMS aku memang lewat tapi baru dua hari dan itu perkara biasa.
“Sebagai seorang suami yang prihatin dan kagum dengan kecantikan dan keindahan tubuh isterinya, abang tahu akan perubahan tubuh sayang dan abang yakin.”  Dia keluarkan calendar berbentuk bulat itu padaku.
“Kiralah sendiri,” suruh dia.
“Abang…” Aku risau pula bila dia Nampak berharap sangat.
“Rina baru lewat dua hari tau… bukan dua minggu,” protes aku sedikit. 
“Nak bertaruh?”  Keningnya naik dengan wajah menahan geram bila aku menolak teorinya. 
“Ya tapi apa taruhannya kalau abang kalah?” 
“Okey…apa Rina nak?” 
“Rumah sebiji ada kolam renang, kereta mewah dua buah siap dengan driver dan tak nak kerja.  Nak duduk rumah macam kak long,” jawabku bergurau. 
Aku gelak tapi Zayed berwajah serius.  “Dan kalau Rina kalah… betul tekaan abang, Rina perlu temani abang seumur hidup ni malah sampai ke syurga.  Jika Rina pergi dulu, nanti abang di pintu syurga dan jika abang pergi dulu, Rina hiduplah bahagia di dunia kerana abang restuinya…” 
Aku melopong.  Jauhnya beza nilai pertaruhan aku dan Zayed.  Biarpun aku bergurau tapi dia begitu serius. Terus aku rasa nak menangis dan aku apit pipinya lembut.  Berapa taruhannya jauh bernilai daripada aku. 
“Kalau kata abang pergi dulu, Rina nak mohon pada Allah biar abang saja menjadi suami dan ayah pada anak-anak Rina kerana Rina nak jumpa abang lagi di sana,” sahutku pula. 
Zayed mengucup telapak tanganku.  “Wahai temanku, seorang junior aku,isteriku dan bakal ibu pada anak-anakku, Zafrina binti Zaini… aku, Ahmad Zayed bin Zakaria mencintai kamu.  Subhanallah… maha suci Allah yang menciptakan kasih, meminjamkan sayang lalu kita bertemu di dalam istana cinta halal dan restu-Nya. Tanpamu hidup ini sunyi.  Tanpa kamu aku bagaikan mati dan tanpamu bagai malam tiada bintang.  Tanpamu aku kan tersesat, tanpa kamu pastilah tiada hasrat dan tanpa kamu, bagaikan nafas ini terhenti…”
Aku gamma. Mata kami bersabung pandang dan tanpa sedar, airmata aku menitis laju.  Bagai tak percaya akan apa yang Zayed ucapkan kala ini.  Adakah aku perlu akui yang dia adalah lelaki romantis?  Perlukah aku akuinya saat ini?
“Abang,” seruku sebak.
“Ya, sayang.”  Sahut dia dengan suara yang lunak menggoda.
“Rina rasa itu lirik lagu, kan?”  tebakku dan wajah Zayed masam. 
“Laa… kalau sayang tahu buat-buat tak tahu sudahlah. Jenuh abang hafal tau.”  Dia mencemik dan menarik muka masam.
Pegangan tangan kami terlerai dan dia berpeluk tubuh.  Lalu aku cepat-cepat rapatkan tubuhku pada dia.  Bergesel bagaikan seekor kucing yang manja dengan tuannya.  Bila dia menepis, aku semakin kuat memeluk dia. 
“Kamu syurgaku... titianku dalam mencari cinta abadi,” bisikku ke telinga dia dan aku kucup lama membuatkan Zayed sedikit menggelupur.
Tidak lama setelah itu, Zayed menarik aku rapat ke dadanya.  “Dan izinkan aku menjadi imamku selamanya,” balas dia dan dahi aku menjadi mangsanya lagi.
“So, jom kita buktikan abang ke Rina yang kalah tadi.”  Aku bangkit dan menarik tangan dia.
“Kita keluar dulu beli…”
No needs… I already got it for you, baby.”  Dia sengih jahat dan menarik aku menapak masuk ikut pintu belakang. 
“Kenapa cepat sangat ni?” tanyaku bila dia terus menarik tangan aku.  Tak menang langkah dah.
“Tak sabar nak tuntut pertaruhan dengan Rina malam ni. Keh keh keh…”  Dan dia gelak pelik lagi.



TANGAN Zayed aku salami. Biarpun perut yang besar buatkan langkah aku tidaklah lancar tapi dia tetap menunduk mengutip kasutnya biarpun dia melarang.  Sudah terbiasa dengan cara aku tu. Aku tahu Zayed tak suka tapi apa nak buat aku suka. 
Aku dekatkan wajah aku ke dada Zayed dan mengucup dadanya menghidu wangian yang membuatkan jiwa aku tenang.
“Wanginya abang,” puji aku dan aku kucup lagi.
Zayed menepis lembut.  “Abang berpeluh ni, yang.  Busuk dok bersesak-sesak hantar Ziyad ke kapal tadi.”
Oh aku baru teringat, Encik Ziyad nak belajar lagi.  Dia dan Mia, ternyata ERROR atau memang budak Ziyad tu berniat dari awal hendak ERRORkannya, aku tak pasti tapi biarlah dia. Aku lihat Mia pun relaks je.  Dah dapat arahan bertukar ke Kelana Jaya pula dia.  Zayed sudah ada klinik sendiri dan aku pula sudah dihantar bertugas ke HKL.  Lagi sibuk tapi setidak-tidaknya, Zayed sudi menemani setiap masa.
Dengar kata, bayi itu dulu sudah ada keluarga yang menjaganya dan Teratai Nur, tak mampu aku pastikan sejauh mana dia mampu bertahan namun semuanya pasti Allah ada melindungi. 
“Ke mana dia kali ini?”  soal aku.
“Perairan timur tengah.”
“Uiks… jauhnya?”
“Lagi jauh lagi bagus.  Elok orang macam Ziyad tu hantar ke Palestin je.  Ada jugak pekdahnya kalau mati kat sana.” 
Dah… dia mula membebel tentang Ziyad lagi.  Cepat-cepat aku pujuk dia dan mengucup pipi dia sekali lagi.
“Bau abang ni mengghairahkanlah.” 
“Ya Allah…”  Dia tepuk dahi. 
“Kalau kata sayang mengidam nak pakai Lamborghini masa ni, abang sanggup bergolok-gadai tapi sayang mengidam bau abang… aduhai.  Masam, sayang.  Tak mandi lagi.” 
“Wangilah…,” selaku dan Zayed menggeleng. 
“Yang lain mana?” 
“Masjid.  Ada orang mengajar.”
Zayed angguk dan menarik tanganku mengikut langkah dia.  “Kita naik mandi dulu.  Abang nak solat.”
Lengannya aku paut dan haruman tubuhnya aku sedut sepuas hatiku.  Huh… hampir tergoda jiwa. 



KAMI bersabung pandang.  Sesekali Zayed mengucup perut aku.  Kopiahnya dia buka dan tangannya meramas jemariku yang semakin sembab.
“Abang nak hadiahkan rumah, sayang tak nak.  Nak kita tinggal dengan mama.  Abang nak tukarkan kereta sayang, pun sayang tak nak.  sayang sangat dengan Jazz tu.  Sampaikan abang tak tahu nak bagi apa lagi,” ujarnya. 
Aku senyum.  Memang aku menolak segala pemberiannya dan aku memang selesa berada di rumah mama apatah lagi keadaan aku sekarang.  Mujur dia mengerti akan kehendak aku yang satu ni.  Sesekali kami bermalam di rumah keluarganya.
“Abang bagi ini…”  Aku tarik tangannya dan terus aku lekapkan ke perut aku yang hanya menghitung hari saja  lagi.  Sebab itu aku dah mula cuti. 
“Ini wajib.  Kalau boleh lepas bersalin je abang  nak bagi lagi.”  Dia mula bersungguh-sungguh.
“Banyak mainlah abang ni…”
“Eh mana ada… abang serius tiap-tiap perbuatan dan kata-kata abang, tau,” selanya mencebirkan bibir. 
“Yalah tu…”  ejek aku. 
“Kalau tak serius, tak kanlah ada…”  Dia tunduk dan mencium lagi perut aku.
“… ada kamu di sini,” sambung dia persis berbicara dengan anak yang memahami.  Tapi, benar… bayi ini sedang belajar dan melihat melalui aku dan Zayed. 
Moga kamu menjadi khalifah yang soleh di muka bumi Allah ini, wahai tanda kasih ibu dan papa.  Aku usap perutku mendoakan moga bayi ini lahir sempurna.  Moga sihat sejahtera dan menjadi anak yang soleh. 
“Terima kasih, sayang,” ucap Zayed tiba-tiba. 
“Untuk apa pulak?”
Rasanya sudah banyak ucapakan terima kasihnya buatku malah kasih sayangnya melimpah malah tak pernah terkurang.  Malah membuak-buak setiap hari. 
“Segalanya?”
“Spesifikkan,” selaku.
“Sudi tunggu abang, sudi jadi kawan abang, sudi jadi isteri abang, sudi segalanya sudi.”
“Itu je?”  Aku menduga. 
“Dan sudi ni…”  Wajah Zayed rapatkan wajahnya ke wajah aku tapi pantas aku menahan dengan tapak tangan. 
“Abang busuk!”
“Tapi… abang dah mandi.”
“Busuk jugak…”
“Habis tu, apa yang wangi?”  soal Zayed tak puas hati. 
Aku mengesot sedikit ke tepi katil dan aku capai baju kemeja dia petang tadi dan menghidunya dalam-dalam.
“Ini wangi…” Bila aku suakan ke hidung Zayed, dia hampir meloya.
“Busuknya!”  Pantas Zayed melompat turun dari katil dan aku dengan selamba merebahkan tubuhku bagi menghilangkan lenguh sendiri.
“Argh… abang baringlah kat bawah kalau tak sudi hidu bau badan sendiri,” suruh aku dan terus saja aku menutup wajah aku dengan kemeja Zayed. 
Tapi tak lama bila aku rasakan, ada tangan kasar melingkari tubuhku. 
“Lor… kata busuk.”  Seraya itu aku tarik baju dari wajah hendak melihat Zayed dan mata aku hampir terjojol. 
“Aisehmen… zorrolah.”  Tawaku lepas. 
“Abang bawa balik dari klinik.  Tak tahan bau busuk tu tapi sebab isteri abang kata wangi, biarlah abang pakai mask… bukan apa.  Musim-musin hujan ni, kalau berdua macam ni lagi seronok.”
Gebar ditarik hingga ke paras dada dan aku mengucup pipinya sekali. 
“Terima kasih abang,” ucap aku dan aku pejamkan mata mahu mencipta mimpi yang indah. 
“Biarlah masa itu berlalu… kerana kamu akan sentiasa di dalam hatiku.  Demi Tuhan, aku ingin ucapkan berkali-kali… Subhanallah, aku mencintai kamu,” bisik Zayed dan aku menahan senyum.
Dalam hatiku bersuara.  Ya, Rina kalah.  Abang seorang yang romantik.  Abang benar-benar tewaskan Rina kali ini malah dulu juga.  Hidup Rina kerana abang dan ingin Rina katakan… Subhanallah, aku juga mencintainya. 
Mata aku pejam.  Biarlah kata hati itu menjadi rahsia hati.  Terkurung di dalam kamar hati yang hanya dihuni oleh Zayed kerana aku  yakin, dia mengerti, memahami dan mampu merasai.


 *** TAMAT ***

30.10.2012 - 23.11.2012, 12:28 am

RM :  Maaf atas kekurangan, salah grammar (sy sedang belajar dan akan diedit semula oleh pakar), typo itu anggun dan semuanya.  Syukur satu lagi MN mampu sy siapkan... terima kasih atas sokongan dan errr tak de SE tau... Akhir kata, jangan serik singgah blog ijau lagi.  Sayang kamu

81 comments:

  1. hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! happy... hehhehehe best teramat... hehehhehehe thanks kak rehan and congrats sbb da berjaya cmplete kn cter ni... :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  2. SUPERB!!!!!
    habes pon citer nih???

    ReplyDelete
  3. bestlahh
    terbaiklah !!!

    ReplyDelete
  4. YEAYYY! Habis dah :( tidur lena malam ni nak mimpi Zayed. Hekhek sorry Rina and sorry ya kak Rehan! :D congrats for this mini novel yg memang romantik habis. Cair saya ni tak tinggal apa dah lepas baca cerita ni. Hehe goodjob! (y)

    ReplyDelete
  5. wah, kalau RM express taip kisah hati zayed & rina, saya plop ekpress baca. hehehe keep it up RM!

    ReplyDelete
  6. syg kamu juga coz up new en3 laju2 keke,. selesaiii keke

    ReplyDelete
  7. Yeay.... Akhirnya..... Sadaqallahalaziim.....

    Best... Sungguh mengasyikkan....

    ReplyDelete
  8. eh2..da hbis da..xpuas lgi DR.REHAN..cite lain plak taw..i wait u =) tahniah =)

    ReplyDelete
  9. best!!! thanks RM :)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. saya agree dgn kmu....sssgt la x ngecewakan...
      tp akan ada ka kisah ziyad n teratai....x sabar tgu.........

      Delete
  11. congrat kak rehan..teramat best....

    ReplyDelete
  12. Ann, kalau terfikir nk buat novel lepas IAM & SAPK, sy rs SAM boleh dikembangkan jd novel sbb Ada nilai dlm mini novel ni. Tahniah, dh siap pun SAM! Anda x pernah mengecewakan pembaca malah makin membuatkan pembaca x keruan

    ReplyDelete
  13. auchhhhh, seronok dgn sedih. seronok sbb dah hbis! :) sedih pon sebab dah hbis!:( mcm mana ni?? hehe
    suka zayed n rina..nk special n3 bleh x...hehehe

    ReplyDelete
  14. bestr sgttttttttttttttttttttttt.

    nk SE plak.heheehe

    ReplyDelete
  15. hehehehe, nakkkkk macam ni, hihi, best k Rehan, dan thanks dah buat cite ni. ^_^.

    ReplyDelete
  16. Amin... agar jd pasangan yg kekal hingga hujung nyawa...

    ReplyDelete
  17. hahaha,,bes sgt2...ziyad mcm 2 je ea kak rehan??igtkn dye dpt kesedaran sivik...kekeke

    ReplyDelete
  18. tak pernah mengecewakan karya2 RM

    ReplyDelete
  19. best2..thanks RM..hehehe buat la citer ziyad dgn teratai plak..hehehe

    ReplyDelete
  20. bestt........nk2 khidupan mcm diorg....huhuhu....

    ReplyDelete
  21. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menulis dan berkongsi kisah hati dengan pembaca2 semua...harap RM akan terus sudi menulis dan berkongsi kisah hati lagi dimasa akan datang. SAM sebuah cerita yg menghiburkan dan penuh pengajaran buat saya...personally.

    ReplyDelete
  22. suka sangat citer ni.... lpas ni arap2 buat citer yg lagi best..teruskan berkarya ek...

    ReplyDelete
  23. hiyeah!! dah habis!
    biar pun pendek tp best!
    menanti yg terbaru dr kak rehan...
    SETIA MENANTI!

    ReplyDelete
  24. lepas ni wat cerita psl ziyad la pulak ye...
    kekeke

    ReplyDelete
  25. tahniah kak!! nanti buat sambungan ziyad pulak ^^

    ReplyDelete
  26. wow..it's really romantic couple..congrts..many2 congrts to you REHAN MAKHTAR...nak suggest,bukukan lah semua e-novel ni mesti ramai yang berbaris nak beli.one of them is me.

    ReplyDelete
  27. RM, terimakaseh! Silalah cetak mini novel RM semua ni, pasti ramai yg nk buat koleksi termasuk kak. nanti RM sambung citer Captain power rangers ya....Ziyad...tak sabar nk baca...
    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
  28. Rehan Makhtar...sis sgtlah berbakat..karya yg sangat membuai2 perasan...good job sis..:)

    ReplyDelete
  29. best sangat, tak sabar nak tunggu ia dibukukan :)) tahniah RM....

    ReplyDelete
  30. la.. dah habis... nak lagi rehan...@rehan dah tukar kerjaya jadi Dr kerja dgn Dr pakar Zayed??

    ReplyDelete
  31. Rehan Makhtar... Saya rasa apa yang awak garapkan dalam setiap tulisan awak, cukup menggambarkan keihklasan awak dalam bidang penulisan. Apa penting, saya suka baca setiap karya awak....Bagi saya setiap karya awak mampu membuatkan saya betul2 berada di dalam situasi tersebut...rasa marah, banci, sedih, gembira..semua bercampur aduk bila saya baca setiap karya awak...all the best RM. Semoga anda terus success dalam bidang penulisan ini...

    ReplyDelete
  32. the best.... two thumb up for you Dr. Rehan
    but i still want you to continueeeeee.......
    more N more story..... keep up the good job

    ReplyDelete
  33. dh habis.....tp best sgt....byk dpt ilmu ;-) tq Rehan Makhtar...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  34. Besttt... setiap cerita dalam keluarga ni semuanya berlainan.... itu kelebihan dalam penulisan RM.... so sweet .....
    bagi sambung sikit lagi lah.....

    ReplyDelete
  35. yeeee...happy ending setelah nafas ku disesakkan dlm SAM 16&17 &mr ziyad.good job cik rehan....cepat2 ambik order xsabau nak bca dlm bntuk buku pulak.

    ReplyDelete
  36. Terima kasih RM..sudi menulis unt pembaca yg double sudi membaca. mcm biasa criter tak pernah tak best..best sgtttt.. sukanya bla zayed ble tahu rina pegnant..sweet.

    tp si ziyad tu still mcm tu ek..tak dpt nur lagi ek..sian dia masih di jln gelap.

    ReplyDelete
  37. tepuk tgn kuat2 buat RM..sgt bes...

    ReplyDelete
  38. romantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee,best sgt

    ReplyDelete
  39. Sangat sweet...tqvm rehan...sentiasa segar dgn idea2 baru..
    -ieja-

    ReplyDelete
  40. terima kasih bebanyak kerana menghiburkan kami semua....

    ReplyDelete
  41. Congrats and thank you for the best novel... sorry kalau tak selalu letak comment..

    ReplyDelete
  42. pasni citer pasal ziyad pulak erk...dengan sapa lah si kasanova malaya tu yer....

    ReplyDelete
  43. lepas ni buat cete Ziyad & Dr Rehan yer, tQ for this lovely story.
    KH

    ReplyDelete
  44. typooo anggun..hhhaheeee

    ReplyDelete
  45. wah!!! thanks kak rehan.. :)
    smbung cite pasal ziyad ngan teratai lak.. hahaha

    ReplyDelete
  46. Tq...cerita yg sgt best& menyentuh ♡..
    Sesungguhnya kasih syg adlh kurniaan allah yg paling indah
    Terima kasih

    ReplyDelete
  47. ending yg sgt sweet..
    bestnye SAM nie..
    bukukan x nanti??

    ReplyDelete
  48. Cerita ni sweet lah. Tersenyum jerr dari tadi. Awhh. :')

    ReplyDelete
  49. wah...cite ni best...ske layn citer medic2 ni..sbb 4thun lg bakal jd doktor jgk..hehehe(iA)..niat nk bce after study..tup2 bile bce bab1,xleh nk stop da..so kne habiskn dulu,pastu bru blh smbung study balik~~ngeee~~yana..

    ReplyDelete
  50. tnkiu sis.sweet end.terbaik.
    congrate..

    ReplyDelete
  51. Sweet. Congrats kak sbb dpt habis kan. Puas hati :D

    ReplyDelete
  52. Tahniah!!! Terbaik. X pernah mengecewakan saya. :) Moga entry2 akan dtg pun terbaik.

    ReplyDelete
  53. best2 sambung special edition pulak kak rehan.. waktu rina bersalin..

    ReplyDelete
  54. hahahaha..best gilerlah...nnt akak bolehlh buat lg stu novel psl si si ziyad dgn si teratai,,konfom ada byk konflik....heheh

    ReplyDelete
  55. dg hbs dh...ending yg best!!!!tahniah rm...

    ReplyDelete
  56. Best sangat sangat...subhanallah aku mencintainya..suka zayed n rina

    ReplyDelete
  57. Tahniah rm best sgr x sbr nk tgu yg laen plak

    ReplyDelete
  58. kak rehan knape xletk gmbr sbgai zayed,rina&ziyad.......................?

    ReplyDelete
  59. Congrats!!terbaik laaa :)sweet sangat haha

    ReplyDelete
  60. rehan.....
    cerita ni wat mini novel tak mcm KSC...
    klau ada bgthu akk tau...

    ReplyDelete
  61. RM, cepatler abeskan S.A.P.K.
    lama bebenor KIVnya...

    ReplyDelete
  62. berakhir dgh penutup terindah....tq Rehan ats karya yg cukup indah.mendidik hati.

    ReplyDelete
  63. dah lama cari buku ni..dh 3-4 kedai buku dh pergi tp xjumpa.dan akhirnya..waaa..mmg bez lah citer ni..dh jatuh citan dengan penulisan RM

    ReplyDelete
  64. bestttttttttttt

    -ika-

    ReplyDelete
  65. kak rehan... mula dengan tiba2 dia ada... lin start baca blog akak pasal anahara - anaresa - haqmi dan now.... rina... patut la si zakri adha romantik... lahir dari baka romantik!

    uhuhuhuh love it.... sume romantik ni.

    ReplyDelete
  66. Allahu...terlewat membaca rupanya..serius sya nak kata...tertarik,tertawan dan tergoda dengan mini novel ni...bermacam-macam rasa tika membacanya...tapi rasa tak puas la pulak...tahniah rm...anda sungguh berbakat dalam bidang penulisan

    ReplyDelete
  67. Teringin nk tau pasai ziyad n teratai nur . Hehe

    ReplyDelete
  68. Hai kak rehan...saya baru baca harini...lambat yg amat
    Geram sgt dgn ziyad tu...terlalu lepas kata...tapi the whole story sgt2 best dan feeling������

    ReplyDelete