Sunday, June 10, 2012

Suami Tak Kuhadap 16


BAB 16

MATAKU terbuntang bila merasakan susuk tubuh sasa Budriz semakin hampir.  Sungguh.  Bila pandanganku jelas, bibir Budriz sedang menguntum senyum. 
“Kau jangan buat gila, Budriz!”  marahku pada dia. 
Tapi, Budriz tetap begitu.  Malah, dia semakin merendahkan tubuhnya dan semakin rendah hinggakan dia sudah hampir padaku.

Semakin aku mengelak, semakin dia mendekat.  Kala tanganku berjaya dicapainya, Budriz menarik sedikit tubuhku bangkit dan membawa telapak tangannya tepat ke belakangku.  Mengangkat tubuhku agar tinggi sedikit.
“Kau jangan gilalah!”  tekanku lagi sambil menolak dadanya yang ternyata sudah terlalu hampir.
Jelas di ingatanku kini peristiwa dia memerangkapku hingga membawa kepada pernikahan kami.  Aku pejam mata.  Jijik rasanya bila terbias akan perkara itu.  Tak mampu aku terima perbuatannya kini yang sudah terlalu melampau.
“Kau…”  Aku buka mata dan mulut serentak namun terdiam sudahnya bila wajah Budriz sudah hampir. 
“Syai yang buat abang jadi gila,” gumamnya resah. 
Wajahnya didekatkan ke telinga lantas dia mengucupnya sekali membuatkan aku menolak tubuh itu kuat tapi sayang bila tubuh sasa itu tetap kukuh dan teguh di depanku. 
“Dan rasanya aku patut buat kau jadi betul-betul gila, kan?”  tanyaku menahan amarah yang membakar kini. 
Budriz senyum lagi dan wajah itu sekali lagi di dekatkan ke telingaku.  Bersama nafas hangat, dia bersuara lagi. 
“Hari ni tengah bulan, kan?  Bukan tarikh apa-apa tapi tarikh yang penting yang abang ingat dari dulu.  Tarikh Syai tak bersih, kan?  Jadi, tak ada apa nak risau.  Abang tak buat lebih-lebih,” ujarnya. 
Aku mengerutkan wajah.  Kala ini, rasa malu menebal dalam diriku.  Wajahku rasa menebal berinci-inci mendengarkan Budriz berkata begitu.
“Mana kau tahu?”  Kepalanya aku tolak agak kasar membuatkan rambutnya agak tak terurus. 
Kala ini, tubuhku lancar berada di dalam pelukannya.  Semakin ketat dan erat.  Sebolehnya aku menolak dan akhirnya pelukan terlerai.  Budriz menapak sedikit ke belakang menjauhi bila aku kini sedang mengepal penumbuk.  Tahu takut!  Marahku di dalam hati.  Dia tenang memandangku sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding.
Abang ingat tarikh ni masa Syai umur 13 tahun lagi, sayang.  Lepas tu masa abang pergi kursus kahwin masa abang tingkatan enam dulu, ustaz ada cakap.   Suami yang baik adalah suami yang peka pada isterinya.  Sebab tarikh bulan mengambang tu akan buat isteri berubah emosi.  Mungkin baik, boleh jadi buruk.  Abang nak jadi suami yang baik dan suami yang peka pada perubahan bentuk tubuh dan keadaan isteri,” beritahunya lancar lalu dia tarik aku berdiri. 
“Kau memang jahanam, kan?”  herdikku.
Mata ini merenung dia bagaikan hendak tembus jasad Budriz.  Tapi sayang, bila dia tetap tenang dan butang kemejanya di buka sedikit membuatkan aku terus membulatkan mataku memberi amaran padanya.
Abang panas.  Tak mandi lagi.  Jangan fikir bukan-bukan.  Abang mandi kat sini boleh?”  Dia angkat kening berkali-kali.  Bertanya dalam kenakalan. 
“Boleh.”  Senyumku terukir mesra. 
Mata Budriz nampak bersinar.  Pantas dia melangkah menghampiriku dan meraih tanganku sekali lagi. 
“Boleh ya?  Mandi dengan Syai ke?”  Dia bertanya dengan suara yang semakin menjengkelkan pendengaranku. 
“Aku akan mandikan.  Tapi bukan dengan air…”
“Dengan kasih sayang?”  tebak Budriz pantas. 
Serentak itu, aku rentap tanganku dan menjauh dari dia.  Wajahnya aku jeling penuh marah.  Andai tidak difikirkan ini adalah rumah sewa, mahu saja aku amuk akan sikap Budriz yang sudah terlalu melampau. 
“Dengan minyak panas.  Kau nak?”  tanyaku dengan gigi yang kuketap kuat. 
Senyuman Budriz mati.  “Syai tak ada sayang sikit pun kat abang, kan?”  soalnya bersama tautan jari  yang mula dileraikan. 
“Kau ada jawapan tu, Budriz dan kau patut bersyukur sebab aku tak tampar muka kau lagi.  Tinggalkan aku.  keluar dari rumah ni dan jangan cari aku lagi!”  tekanku lalu aku menapak ke pintu.
Tombol pintu aku pegang dan aku tarik daun pintu itu mengarahkan Budriz keluar dari bilik dan langsung dari rumah ini.
“Kau keluar dan jangan muncul lagi depan aku.  Jangan sampai aku balas apa yang telah kau buat pada aku selama ni!”  Aku memberi amaran keras sambil menuding jariku ke pintu utama. 
Budriz menapak perlahan dengan wajah yang resah dan monyok.  Rambutnya diramas tanpa henti dan bila dia hendak melauiku, aku terdengar suara Najwa di pintu.  Berbual seketika dan dia merapatkan pintu utama. 
Dengan pantas, aku tarik semula lengan Budriz dan merapatkan daun pintu tanpa sempat Najwa memandang ke arah kami. 
“Kenapa pulak?  Tadi suruh abang balik.  Ni tarik abang.  Atau Syai memang rindu abang tapi tak nak mengaku?”  tanya Budriz. 
Aku tahu dia sedang salah ertikan tindakanku.  Aku yakin itu melihatkan dari pandangan matanya yang jatuh pada wajahnya tapi aku cepat-cepat menggeleng dan meletakkan jariku rapat ke bibir. 
“Syhh…”  Aku mengerutkan wajah pada Budriz. 
“Kenapa ni?”  tanya dia pula juga berbisik.
Tubuh itu terkedepan sedikit mengintai ke pintu yang telah aku rapatkan.  Bila tangannya hendak mencapai tombol, aku menahan pantas. 
“Eh, kau gila ke?  Aku suruh diamlah,” larangku sambil menepis tangannya kuat. 
Wajah Budriz menyeringai.  “Tadi suruh abang keluar.  Abang nak keluar halang pulak.  Tepilah, bagi abang keluar,” tukasnya lagi. 
Aku menggeleng.  “Tak boleh.  Najwa baru balik tu!”  jawabku.  Bertahan dari amarah dengan sikap Budriz yang mengada ini. 
“Masa aku paksa kau keluar tadi, kau tak nak keluar.  Ni dah ada orang kau sengaja nak suruh Najwa tahu pasal kita.  Macam tu?”  tekanku perlahan.  Mata ini tajam memandangnya yang agak dekat denganku.
Budriz ketawa sedikit.  “Eleh… entah-entah Norman dah cerita tentang kita pada Najwa.”
“Maksud kau?”  Aku menyoal tidak puas hati.
Abang cerita pada Norman apa pasal kita.  Kenapa?  Syai nak suruh abang keluar dan panggil dia.  Biar dia tahu yang kita ada dalam bilik ni berdua?  Atau Syai tak nak abang mengaku dan nak biar Najwa fikir Syai buat maksiat dengan abang dan biar dia halau Syai.  Nak yang mana?  Sila pilih,”  ucap Budriz menambahkan kesakitan pada hatiku.  Wajahnya penuh bangga kerana mampu membiarkan aku terperangkap dalam keadaan ini. 
Aku lelah kini.  Entah apa  yang perlu aku lakukan.  Andai Najwa tahu, entah di mana harus aku letakkan wajahku.  Andai dia tahu, pastilah aku dikatakan wanita bukan-bukan sedangkan aku tidak begitu.
Pilihan apakah lagi yang aku ada.  Ditelan mati emak, hendak kuluah mati bapak.  Bila Budriz memberi pilihan, apakah lagi yang perlu aku perdagangkan untuk membuat satu urusniaga agar aku tidak kerugian?
“Kau nak apa sebenarnya ni, Budriz sampai kau sanggup ugut aku macam ni?” 
Abang nak sayang.  Nak abang balik ikut abang atau abang buat bising kat sini, nak?  Syai pilih salah satu.”  Dia mengugut lagi. 
Aku lepaskan keluhan.  Lama aku pandang wajahnya dan bila dia jongket kening, aku terpaksa mengangguk dan serentak itu Najwa mengetuk pintu bilikku.
“Syai… awak ada ke tu?”
Aku resah sendir bila Najwa bertanya dan terus mengetuk pintu.  Aku tolak Budriz ke belakang pintu dan tombol pintu aku pulas setelah aku kemaskan rambutku. 
“Hai… dah balik dating?”  soalku sedikit ramah dalam resah. 
“Dah…” Najwa angguk. 
“Ingatkan awak tak ada tapi kenapa ada kasut lelaki depan rumah kita?   Ke kasut jiwa sebelah ni main campak je?”  tanya dia lagi. 
Aku jongket bahu tanda tidak tahu sedangkan dadaku kini  hampir pecah angkara perbuatan Budriz. 
“Boleh jadi kot,” tukasku cuba menenangkan hati sendiri. 
“Emm…”  Najwa mencebik.  “Tak apalah.  Saya pergi sepak la kasut tu sampai dalam tong sampah.  Suka letak merata,” ujarnya dan terus berlalu ke pintu. 
Aku tersenyum sinis.  Dalam hati aku ketawa pada Budriz.  Bila benar Najwa ke pintu dan melemparkan kasut milik Budriz ke dalam tong sampah, aku ketawa halus. 
“Saya dah campak.  Semak mata!”  ujar Najwa kelihatan geram. 
Aku angkat ibu jari padanya.  “Najwa, saya nak balik rumah keluarga saya kejap.  So, saya tak tidur rumah malam ni, ya?”  beritahuku pada dia.
“Eh, rumah keluarga?  Kat mana?”  tanya dia ingin tahu. 
Aku tahu, dia juga pelik.  Mungkin dia tidak menyangka yang aku masih punyai keluarga sedangkan sepatah ayat pun tidak pernah aku usulkan mengenai keluargaku. 
Ada tapi macam tak ada,” jawabku mendatar dan terus aku rapatkan daun pintu. 
Setelah itu, aku terus rapat pada almari dan mengambil beg galas lalu sehelai dua pakaianku aku masukkan ke dalam beg itu.  Pintu aku buka sekali lagi dan setelah memastikan segalanya selamat, aku tarik Budriz yang sedang duduk di birai katil, memerhatikanku sedari tadi itu keluar dari rumah. 
Pintu utama tertutup dapat dan aku menghela nafas lega.  Kaki ini pantas melangkah menuruni anak tangga namun Budriz tidak berganjak. 
“Kenapa pulak?”  tanyaku geram. 
“Kasut abang?  Tak kan nak berkaki ayam?”  tanya dia dengan riak  yang sedang meraih simpati. 
Aku mencemik.  Tidak kuhadap wajah sedihnya itu.  Tak pernah terjentik di hati hendak memujuknya. 
“Hah, memang patut pun Najwa lempar kasut kau dalam tong sampah.  Aku turun dulu.  Jumpa kat rumah.  Ikut suka kaulah nak pakai apa pun!”  sinisku pada dia lalu aku turun dan Budriz juga tidak menanti lama. 
Dia juga terus turun melangkah, meniti anak tangga dengan hanya berstoking.  Dengan pantas, dia meraih tanganku. 
“Eh, apa hal lagi ni?”  bentakku agak  kuat kali ini. 
Mujur tiada penghuni melalui anak tangga waktu ini.   Andai tidak, sudah pastilah ada rasa segan terbit dari dalam diri angkara sikap Budriz yang tidak pernah ingin membiarkanku sendiri.
“Jangan tanya abang,” tegasnya seraya menarik beg galasku. 
Zip beg galas itu dibuka rakus.  Wajahku berkerut melihatkan tindakannya.  Entah apa lagi yang dia mahukan dariku dan bila aku merampas beg galas itu, dia menarik sehelai selendang berwarna ungu milikku. 
“Eh, kau nak buat apa?  Jangan cakap  kau nak buat tutup muka kau sebab malu berkaki ayam ya?”  Aku melarang keras sambil cuba mengambil kain itu namun sayang, ketinggian Budriz mengatasi segalanya.
“Ni bukan abang yang malu berkaki ayam.  Tapi, abang malu kalau isteri abang keluar rumah pakai t-shirt terdedah dada ni.  Syai suka ke orang lain tengok Syai macam ni?”  tanya dia dengan wajah yang semakin merah dan keruh. 
Kali ini, aku sudah ketemui kelemahan Budriz. Sudah tiba untukku menyakitkan dia.  Biarpun aku tahu, tak mampu kubalas akan kesakitan yang telah dia hadiahkan sejak akhir-akhir ini.
“Emm… kalau nak bandingkan dengan kau, aku lebih suka orang lain tengok aku!”  tekanku lalu aku terus mahu memasang langkah tapi Budriz pantas menariku dan mencengkam kedua belah tangan ini. 
Tubuhku dia tolak rapat ke dinding dan dada itu menghimpit dadaku.  Tanpa kuduga, dia terus membenamkan wajahnya ke leherku lama.  Biarpun aku cuba meronta dan menjerit, Budriz terus menekup mulut dan terus membiarkan wajahnya di leherku.  Setelah seketika dia melepaskanku, dia senyum penuh makna. 
“Puas hati abang.  Nah pakai ni tutup leher tu!”  suruh dia kasar. 
Aku telan liur.  “Kau memang jahanam Budriz.  Aku janji, aku akan buat hidup kau macam neraka nanti!”  tekanku lalu aku rebut selendang itu dan aku lilit ke leher yang kuyakin, ada tandanya angkara sikap gila Budriz. 
Dia ketawa sikit dan terus menuruni anak tangga laju menyaingiku.  Setibanya di bawah, aku terus maju ke keretaku.  Dia hanya mengikut.  Tidak tahu pula di mana dia memarkirkan kenderaannnya.
Pintu aku buka dan mencampakkan beg pakaianku ke dalam kereta.  Dalam hati, niat telah kupasang.  Tak mungkin aku kembali ke rumah itu lagi biar apa pun terjadi. 
“Syai nak pergi mana ni?”  tanya dia setelah dia berada tepat di belakangku.  Nafasnya mengah. 
Aku lihat kakinya.  Hanya berstokin.  “Aku balik dengan kereta aku, kau balik dengan kereta kau!”
“Syai ingat abang nak percaya Syai akan balik rumah kita?”  tanya dia sinis. 
Aku ketap bibir.  Rupanya Budriz tidak terpedaya denganku namun aku akan terus meyakinkan dia yang aku akan kembali ke rumah itu seperti yang dia mahu.
“Aku bukan munafik macam kau!”  tekanku namun Budriz terus tersenyum penuh sindiran. 
“Naik kereta abang.  Satu kereta je.  Esok abang suruh Norman bawa balik kereta Syai,” cadangnya. 
“Eh, kau balik dengan kereta kau, aku dengan kereta aku.  Apa masalahnya?”  bentakku agak kuat.
Mujur juga kami berada agak jauh dari orang.  Jika tidak, pastilah kami menjadi tontotan umum nanti.
“Masalahnya, Syai tak akan balik rumah.  Abang tahu tu. Ikut abang!”  tegasnya. 
Dia sudah mula menarik tanganku tapi aku pantas meleraikannya.  Budriz merengus kasar. 
“Naik kereta abang!”  tegasnya sekali lagi. 
“Aku tak nak!  Kau jalan dulu,” suruhku. 
“Baik kalau tak nak...”  Budriz bagaikan mengalah pada asalnya namun aku tersilap kala dia kembali mendekatiku.
“… kalau tak nak ikut abang, Syai jangan menyesal,” sambung dia penuh makna. 
Aku hanya diam memerhatikan dia yang sedang rapat ke arah bahagian hadapan keretaku.  Tubuh itu tunduk di dalam kereta dan terus saja dia capai stereng-lock besi  yang aku sediakan untuk mengunci stereng kereta. 
Mata ini langsung memandang dia pelik.  “Kau nak buat apa tu?” 
“Apa yang akan buat Syai balik dengan abang!”  jawab dia.
Budriz terus ke depan kereta dan tanpa aku duga, jauh sekali hendakku jangka, dia menghayunkan besi itu tepat ke arah lampu keretaku.
Aku gamam melihatkan perbuatannya itu.  Hampir terduduk aku kala ini apatah lagi bila dia beralih pada sebelah lagi dan terus dihayunkan besi itu memecahkan kedua-duanya.  Airmataku hampir menitis.  Sayangnya aku pada kereta ini, dia tidak pernah tahu.  Ini adalah rezeki yang telah aku dapatkan dengan usaha sendiri.
Bila Budriz mendekat, aku merenung dia tajam.  Namun dia tetap tenang bagaikan tidak bersalah langsung kala dia memecahkan lampu  kereta itu. 
“Kau memang gila.  Sudahlah tadi kau buat aku pakai selendang ni.  Kau tinggalkan  kesan kat leher aku dan kali ini kau pecahkan lampu kereta aku pulak?”  tanyaku bersama gigi yang aku kacip kemas. 
Budriz senyum tipis.  Kunci di tanganku, dia capai.  Stereng-lock itu diletakkan semula di dalam kereta dan dia mengambil beg pakaianku lalu pintu dikunci selamat kemudian dia berpaling padaku. 
“Ini je cara nak suruh Syai balik dengan abang.  Adil, kan?  Abang berkaki ayam, Syai tak boleh balik sendiri sebab lampu kereta tak ada.  Malam-malam gelap, bahaya.  Ikut abang,” ucapnya lantas dia menarik pinggangku yang masih gamam dengan tindakannya. 
“Kau…”  Bicaraku mati bila Budriz meletakkan jari telunjuknya pada bibirku. 
“Kesan ni, abang tak nak minta maaf.  Hak abang dan tanggungjawab abang pada Syai yang akan abang lunaskan sikit-sikit,” akui Budriz bersama jari yang diluruskan ke leherku yang telah aku tutup dengan sehelai selendang.  Menutup juga leher yang agak terdedah. 
“Pasal lampu kereta tu, esok abang suruh Norman hantar bengkel.  Kita ganti baru alang-alang tapi buat malam ni, Syai balik dengan abang.  Jom.  Bila abang memujuk, please… sayang.  Abang tak nak paksa.  Jom!”  ajak dia lagi. 
Aku tidak dapat tidak, terus saja menapak bila Budriz tidak putus asa menarik.  Bila kami sama-sama berada di dalam perut Subaru Impreza miliknya, dia terus menekan pedal minyak. 
Waktu ini, ada airmata yang meleleh di pipiku.  Sakitnya hanya Tuhan  yang tahu akan kedegilan Budriz padaku.  Tanpa sedar, dia menggenggam jemariku dan dibawa ke bibirnya lalu dikucup hangat. 
“Abang tahu, abang mampu ganti kereta Syai yang rosak tu sebab abang ada duit tapi macam mana abang nak beli kasih sayang Syai?  Boleh abang tahu caranya?”  pujuk dia lembut. 
“Jangan ganggu aku!”  ucapku mendatar. 
“Kalau tak nak abang ganggu, mengandungkan anak abang.  Berani?”  cabarnya membuatkan aku seratus peratus berpaling pada wajah yang tenang itu. 
“Kau memang gila!”  tempikku lalu aku bentak genggamannya. 
Budriz mengukir senyuman lembut padaku.  Nampak tenang dan langsung tiada riak marah biarpun aku berkali-kali memarahi dan membentak dia.
“Kalau Syai mengandung pun, abang tetap akan ganggu sebab masa tu, Syai sendiri nak abang ganggu Syai.  Tapi jangan risau.  Bukan sekarang sebab bulan tengah mengambang,” ucap dia tenang tanpa menghiraukan amarahku. 
“Kau jangan haraplah!”  cebirku benci.
“Abang memang harap dan abang akan jadikan itu kenyataan.  Masa tu, Syai yang akan berharap penuh pada abang, sayang…”  bisik dia. 
“… dan terima kasih sudi balik dengan abang ke rumah kita,” sambungnya lagi membuatkan aku terkedu sendiri. 
Ya Tuhan… keluh hatiku bertahan akan kesakitan.  Aku dengar dia hanya ketawa halus lalu matanya terus terarah pada jalan raya membelah jalan yang kelam.
Apakah lagi yang harus aku lalui, Ya Tuhan?  Semakin jauh kutolak dia, kenapa terlalu mudah takdir menolak dia padaku?  Harus bagaimana lagi hendak kutolak lelaki ini dari hidupku? 
“Sayang fikir apa?”  soal Budriz mencantas apa yang bermain di mindaku.
Aku merengus tidak menjawab sebaliknya aku hanya pejamkan mata dan menyandarkan kepalaku pada tempat duduk kereta.  Berharap agar ini adalah mimpi lagi. 
Syai menderita tanpa ibu.  Ayah tak pernah percayakan Syai.  Dia tak pernah sayangkan Syai, bu.  Sampaikah ayah sanggup tolak Syai ke mulut buaya.  Hatiku merintih sendiri.  Pedih dan terlalu lirih.
“Abang minta maaf.  Tapi, yakinlah dengan abang.  Takdir kita bukan kita yang tentukan.  Kita hanya perlu menerima.  Sayang bantu abang.  Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri,” pintanya separuh merayu namun aku tetap membisu. 
Membiarkan saja kata-kata Budriz ditelan keheningan malam yang kian merangkak kelam.

~~> bersambung

62 comments:

  1. padam muka syai tuu,,kan dah dapat habuan,,mengada je lebih,,hehe,,apa lagi RM,sambunglaa~ macam tak biasa pulak kan? btw,cerita ni sangat best!

    ReplyDelete
  2. pendeknya! baru nak lyn perasaan, tup, tup da abes baca! nak laggggggggggggii sis! hehe :)

    ReplyDelete
  3. Yey 1st reader.bila ati syai nk lembut ni...lelah akak ...apapun keep writing rehan..

    ReplyDelete
  4. best2 , tp ada salah ejaan... :)
    tak sabar nk tgu bila syai betol2 boleh terima suami dia...
    RM mmg best , n wish you all the best...:)

    ReplyDelete
  5. xtahu la nk kta ap pasal Syai ni..
    Tapi mgkin lbh bai biarkan dia sendir cr ketenangan diri
    sebelum berhadapan dgn keluarga.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Hihihi .. Kerasnya ati syai ... Budriz bkn main pndai lagi ugut .. Huhuh ..

    ReplyDelete
  8. yes!!!!dah ada n3. nak lagi RM, always support your great writing style.

    ReplyDelete
  9. Bila lhaa dorg nak berbaik . lama tunggu entri nih

    ReplyDelete
  10. menunngu saat hati syai lembut dan dpt terima suami die.~~

    ReplyDelete
  11. So cool. She is melting bit by bit.... Suka sangat RM... pelan-pelan... psst... ada ke lagi di dunia nyata kini, lelaki seperti SAB ni... sabar meraih hak sendiri? Cik writer, you take good rest and easy.. coz I want more... ~~~~> Rozie..

    ReplyDelete
  12. ohhh....
    xpe lah pendek pon pendek lah...
    thanks kak rehan....
    saya nk budriz boleh???.....huhuhu

    ReplyDelete
  13. syed ahmad budriz!!!!!!!!!!!!!!!!!saya suka anda....waaaa....dh jatuh cinta sgt ni....tlg la...huhu...rehan makhtar mmg terbaik!!!!!

    ReplyDelete
  14. aishhh...nakal la abg bud nie hehehe...wat lovebite kt syai plak...2 la syai x nk ikut ckp budriz sgt..kn dh kena.alaa..bila la syai nk lmbut ati kt budriz nie...i'm waiting....ape2 pn tumbs up RM.best sgt2.

    ReplyDelete
  15. ala....sweetnya Budriz,Buang ego demi cinta dan sayang....Caya lah Cik Rehan....

    ReplyDelete
  16. alamak! pendek tul entry kali ni. wow! greatlah budriz. smua bnda psl syai dia tau kan? tpi syai x nk bukakan skit pn ke ati utk budriz? jgn krn dndm dia akn merasa khilangan kali ni budriz plk kn? jgn sombong sgt cz smua allah yg tentukn. the great writing, RM! congrats!

    ReplyDelete
  17. keras tol la ati syai nie mmg dndam x abis2 kn,cbe la trima tkdir dye dgn budriz..maakn ayh dye

    ReplyDelete
  18. sukanya kat budriz...suka suka suka kat rehan jgk..
    tq rehan.

    ReplyDelete
  19. sy sgt ke kn hasil tangan kak rehan
    keep it up....
    tahniah...
    sy mmg x sabar utk tggu sambungan nya

    ReplyDelete
  20. sgt sweet je cara budriz tegur syaima dgn cara dia yg tersendiri..hehehe..mmg dia bleh jd suami yg terbaik tuk syai...thanks RM 4 ur great writing..

    ReplyDelete
  21. assalammualaikum.
    Kak Rehan sayangggg!!!

    Kak, cepat sambung. cerita akak mmg mantop ar.
    sampaikan minggu final exam ni pun saya duk sibuk nk on9 semata-mata nk baca cerita akak ni. :)
    best best ar akak ni!

    ReplyDelete
  22. love it!! go Budriz.. :D bagi syai cair ckit..hehe

    ReplyDelete
  23. budriz ni mmg byk akal betul..
    syai, bila nk mengalah ni..
    sambung RM..terbaik!

    ReplyDelete
  24. Oh kak rehan, sila sambung cepat, apa kata sehari dua entry ;) hahaha *justkidding* apa pun, saya suka Budriz! hahahaha annoying pulak Syai ni, mengada lebih :p

    ReplyDelete
  25. best22
    thank you for your new entry

    ReplyDelete
  26. bile la syai nak terima budriz??

    ReplyDelete
  27. tiada kata dpat terluah....kcuali BEST N SUPERB la kak rehan....hehe

    ReplyDelete
  28. boring la syai tu. mengada2 je.
    dgr jela ckp budriz tuh.

    ReplyDelete
  29. sepak je syai tu =)

    ReplyDelete
  30. hayyo, kan dah sakit maah. cecepat smbg ek cik penulis. makasih

    ReplyDelete
  31. bila syai nak lembut hati....cian budriz,sbr nya suami cmni

    ReplyDelete
  32. keras sgt hati syai tu...xbaik tuh! huhu

    ReplyDelete
  33. terlalu keras hati syai.. takut budriz jemu dalam meraih kasih syai. i'm still waiting for the scene bila syai boleh terima kasih budriz, tak banyak.. cukup la setakat boleh buat saya tersenyum.. sekarang ni, saya baca dengan kening hampir bertaut.., takut dengan kemungkinan yang boleh buat saya frust.. cepat sikit keluarkan novel ni.. saya dah nak dpt heart attack rasanya.. hehe..

    ReplyDelete
  34. sgt2 best..tahniah rm..luv u forever and ever..cepat smbung entry baru tw..i;m always support u..;)

    ReplyDelete
  35. Nk budriz blh???
    Sweet la pakcik nie...

    ReplyDelete
  36. Cara Budriz ni memang terbaikkkk... banyak bersabar.... rasanya baru kali ni dia berkasar.... itu pun untuk kebaikan Syai juga.... kalau separuh suami mahu mati dikerjakan bila isteri x dengar cakap.....
    apa-apa pun Kak Sue sokong Budriz.....

    ReplyDelete
  37. citer neyh best.. but bile hati syai nuck lembut.. lmbt sgt..

    ReplyDelete
  38. Syai nih mmg keras kepala kan? but as husband, sure Budriz boleh lembutkan hati sang isteri. X sabar nk tggu mereka berduia berbaik, masa itu baru Syai tahu betapa tulusnya kasih dan sayang Budriz terhadapnya..

    ReplyDelete
  39. syai ni sangat menakutkan. hati dia sangat keras..uhuhuhu.. she is lucky to have budriz as her husband

    ReplyDelete
  40. RM...thumbs up walaupun demam2 boleh siapkan n3. best walaupun mcm horror skit bila budriz naik gila.siap pecahkan lampu kereta, tendang pintu rumah...

    ReplyDelete
  41. hm dah degil n keras hati sgt kan..dptla habuan nya kan..bgus2..mkin menarik...serius bc ni kan mcm dr sndrik plak..terasa seolah2 betul2 berlaku..terasa dr sndrik SYAI ekekeke...tp serius RM pndai la memainkan watak..mengolah ayat smpai sy rs nk hempuk je syai..n terasa romantik SAB ekeke

    ReplyDelete
  42. hehe suker syai... bagus jgn mudah cair ngan lelaki tau... tp suatu hari nanti syai akan jatuh cinta ngan budriz... sampai budriz kelemasan dgn ksh syg dan tak tau nak lari mana dah... chaiyok3 syai...

    ReplyDelete
  43. Letih aku baca kerenah Syai nih..
    Aiisshh... Rasa nak peluk je Budriz... kekeke (tiba-tiba jer)

    ReplyDelete
  44. hmm...
    nk ke syaima terima
    kandungkan ank budriz baru x kena ganggu

    hm...mcm menarik je bunyi

    ReplyDelete
  45. RM...cpatla terbitkan novel ni..hehehe.. best sgt cternye.. blh tambah koleksi RM yg sterusnya..:)

    teruskan berkarya ye..

    ReplyDelete
  46. best...x sbr nak tggu smbungan...

    ReplyDelete
  47. akak...bila nak sambung ni, tak sabar dah nak bace

    ReplyDelete
  48. gila la budriz...sabo je la...bila la syai ni nak lentur ati tu???

    ReplyDelete
  49. yeay.... seronok baca jln cerita...

    kesian kat syai, dpt lari utk 2 hari jer....

    ReplyDelete
  50. wah....eheheh komennye tak terluah oleh kata2 ehehe

    ReplyDelete
  51. citer ni mmg best. tapi satu je yg kak dang takut. pembaca selalunya ada tendency utk ikut watak2 dalam novel. akak takut perangai kurang ajar syai ni jadi ikutan orang lain. tambahan pula, kesudahannya nnt mesti happy ending, kan? fantasy! mungkin org tak kesah pun jadi kurang ajar mcm syai sebab sape kesah? kan happy ending nnt? tapi reality tidak begitu. harap RM berpada-pada dalam mencoretkan watak syai. jgn smpai syai jadi anak derhaka, hamba yg menolak takdir. atter all, watak romantik budriz digambarkan dengan baik sekali. tahniah. good job.

    ReplyDelete
  52. Dear RM,

    Tahniah utk TK! best citernya..kak suka bangat! yg Koleksi cerpen RM pun kak dh beli. n utk citer yg ada kat sini..semua suka..mmg kak salute cara RM olah watak2 yg ada ( n hope pembaca tau membezakan baek buruknya)...teruskan menulis dan moga senantiasa dicurahkan idea2 terbaekk...~

    ReplyDelete
  53. pergh..giler dasyat...dua2 main psikologi...

    ReplyDelete
  54. Memang best citer nie, geram dengan sikap syai, yg keras kepala tu hihihi

    ReplyDelete