Friday, May 03, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 30 (end)


BAB 30

PIPI AKU ditepuk perlahan.  Bila aku buka mata, memang dia lagi muncul.  Tertoleh ke kiri dan kanan, depan dan belakang.
Kalut.
“Naina, bangun sayang,” suruh Nine.  Berbisik.  Cukup perlahan di pendengaran aku.
“Nine...” Tak mampu lagi memaki dia.  
Setelah memasang telinga perbualan mereka tadi, aku kembali hanyut.  Lemah tanpa makanan.  Entah siang entah malam.  Di mana bantuan dan boleh jadi memang di sini telah Tuhan tetapkan mati aku.  Siapa mahu menduga dan aku tak mampu menolak. 
Airmata bertakung pada tubir.  Mengalir laju melalui juring mata bila Nine memangku kepala aku dan mengangkat aku duduk tegak. 
“Naina... boleh jalan, kan?”  tanya dia.
Aku kekal diam.
Matanya aku tatap. 
Bibirnya pecah teruk.  Wajah itu lebam sana sini.  Tiada lagi wajah kacaknya.  Tapi, aku tetap mampu merasa kasih sayang dalam sinar matanya yang memudar. 
“Naina... sedar tak ni, sayang?”  soal Nine sekali lagi.
Mendengarkan dia memanggil aku sayang, hati aku bersepai. 
Luluh.
Hancur.
Menjadi debu. 
Jujur, aku mahu panggilan itu kekal buat aku setelah segalanya selesai.  Akan aku tinggalkan segalanya untuk dia tapi kenapa ini pengakhiran kami? 
“Saya dahaga,” jawab aku lemah.
Nine mengangguk.  “Tahu... tapi kita kena keluar dulu.  Bangun, ya?” 
Nine mengangkat tubuh aku.  Jaket kulitnya  yang pernah mendakap tubuh aku sekali lagi dipakaikan pada tubuh aku yang longlai.  Butang kemeja  yang terbuka di atasnya, dipasang. 
“Pelan-pelan,” bisik Nine lantas memapah aku berjalan. 
Ikatan pada kaki sudah dileraikan.  Hanya gari pada tangan tak mampu dia buka.  Pelukan Nine pada pinggang aku kemas.  Kaki aku tidak mampu lagi melangkah.  Hanya mampu menyeret jalan.
Mata Nine meliar.  Bila daun pintu ditolak dan ternyata kawasan itu kosong, dia cepat-cepat menarik tubuh aku keluar. 
“Kita kena keluar dari sini sekarang jugak.  Nanti Amar dan pasukan awak sampai untuk selamatkan awak.  Tapi, saya takut diorang terus serang dan awak mungkin tercedera.  Saya kena keluarkan awak dulu...”  bisik dia lagi.
Aku membulatkan mata yang sedikit layu.
Mendengarkan kata-kata Nine, aku terkejut sendiri. 
“Tapi awak cakap...”
“Saya baru dapat hantar SMS pada Amar melalui telefon Neo tadi.  Saya baru dapat peluang bila Benjamin jumpa pembeli kat deck.”
“Kita kat mana?”  Aku jeling Nine seketika.
“Kita dekat port.  Awak dikurung dalam kontena,” jawab dia.
Kaki terus melangkah perlahan-lahan tapi aku tergelincir akhirnya.  Pantas Nine menyambut dan memeluk aku erat. 
“Boleh jalan, kan?” 
Aku menggeleng.  “I’m going to die here, Nine... saya dah tak berdaya.” 
Ya, siapalah  yang berdaya biarpun aku seorang pegawai yang terlatih tapi terikat kaki dan tangan.  Dibiarkan begitu saja menjadi tebusan. 
“Nope... jangan cakap macam tu, sayang.  Awak tak akan mati kat sini.  Sini bukan tempat awak.  Saya akan selamatkan awak.  Jangan risau.” 
Tak semena-mena, Nine mencempung tubuh aku ke dalam gendongannya.  Kali ini langkahnya sedikit laju biarpun terpaksa menampung keberatan tubuh aku. 
“They will be here in any minutes, Naina... You... You just hang on, honey...”  pujuk Nine lagi bila melihatkan airmata aku mengalir. 
“Saya tahu awak sakit...” ujar Nine.
Ya, saya sakit hati, Nine...
“Saya tahu awak dahaga...” sambung dia lagi.
Ya, saya dahagakan kasih sayang awak tapi kenapa begini pula jadinya?
“Awak kena kuat...” tekan dia memujuk.
Semangat saya pergi bila saya tahu siapa awak sebenarnya.
“Saya pesalah, bukan awak...” Matanya memandang aku.
Dan hati aku terus menjawab...
Saya juga pesalah cinta bila ternyata awak bagai tidak ditakdirkan untuk saya.  Mengalir lagi airmata. 
Elok saja Nine menolak pintu kedua dengan bahunya, tubuh kami sama-sama terlontar di tengah kontena yang besar.  Bunyi pintu dan tawa bercantum menjadi satu. 
Neo...
“Kau memang pembelot, Nine...”  jerit Neo.
“Aku ingatkan bila aku dan daddy beri jaminan nak lepaskan Naina pergi, kau tak belot kami tapi kau lagi bodoh.” 
Nine gugup.  Cepat-cepat dia letak aku ke bawah dan memaut pinggang aku kemas.
“Apa kau cakap ni, Neo?”  soal Nine cuba bertenang.
Dalam kepala aku memikirkan, Nine telah lakukan perbuatan yang mereka marah.  Yang tak mungkin dimaafkan.
“Apa kau tanya aku?  Apa, ya?  Ini?”  Neo mengunjukkan telefon bimbitnya pada wajah Nine. 
Sempat aku mengerling dan ternyata, nombor telefon Tuan Radzi terbias pada mata.  Nine mengeluh.  Menyesali kesilapan diri hingga dikesan oleh Neo.
“Aku tak percayakan kau dan ayah kau lagi, Neo.  Kali pertama dan terakhir aku minta lepaskan aku hidup sendiri, kau dan ayah kau tetap buru aku sampai ke kampung Naina.  Aku tak mungkin percaya kau akan lepaskan Naina dengan mudah!”  jerkah Nine berani. 
Dia membawa tubuhnya berada di depan aku.  Melindungi aku daripada renungan Neo sekalipun.
“Dah tu sekarang kau ingat, kau boleh lepas dengan mudah?  Kau dan Naina?  Macam tu?” 
Nine ketawa dengan kata-kata Neo. 
“Aku tak pernah Berjaya lepaskan diri daripada genggaman korang tapi aku akan pastikan Naina lepas dengan selamat.  Ini hal kita, Neo.  Bukan Naina...”
“Tapi, bapak dia yang lepaskan RPG dekat daddy sampaikan muka daddy hancur dan kena buat plastic surgery.  Terlantar sekian lama dan mencacatkan bisnes kita...” cantas Neo.
Aku ketap bibir lama sebelum bersuara.
“Kalau aku di tempat arwah ayah aku waktu tu, pastilah ayah kau dah tak ada di muka bumi ini, Neo!” 
Neo tersentak.  Nine juga. 
“Celaka kau, perempuan!”  Neo meluru.
Bila Neo terus meluru cuba mendapatkan aku, penumbuk Nine singgah tepat ke wajahnya.  Neo tersungkur.  Nafas Nine kasar turun naik menahan marah.
“Aku dah cakap berkali-kali, Neo... jangan sentuh dia!”  tegas Nine lantas dia acukan muncul pistol automatic tepat ke depan Neo yang gamam.
“Jangan paksa aku lepaskan tembakan.  Kau bukan tak tahu, setiap tembakan aku pasti tepat pada sasaran dan kau mampu sekali gus.  Jangan desak aku, Neo,” ugut Nine dan Neo menikus sedikit.
Dia memandang kiri dan kanan mencari bantuan tapi sayang, tapi tiada siapa yang memabantu.  Yang ada beberapa orang yang meluru pun terdiam bila Nine bersuara.
“Korang jangan campur urusan aku dan Neo.  Kalau kata nyawa korang sebelum ni pun hampir tergadai sebab dia dan akulah yang selamatkan, jangan buat aku cabut nyawa korang pulak!”  jerkah Nine nyaring. 
Mereka menapak ke belakang.  Lengan aku dipaut oleh Nine.  Kami menapak ke pintu dengan muncung pistol masih tepat pada kepala Neo. 
Bila saja hampir tiba, muncul pula wajah Benjamin. 
Merah. 
Dia bercekak pinggang.
“Memang aku patut bunuh kau seperti mana aku bunuh orang tua kau, Nine!”  ujar Benjamin bergumam. 
Marah bila melihatkan darah daging sendiri diugut begitu tapi dia, di manakah perikemanusiaan bila membunuh keluarga orang lain?
Mata Nine bulat.  Lengan aku terlepas.  Dia menapak pada Benjami hinggakan jarak mereka hanya terpisah dalam satu meter.
“Apa kau cakap?”  tanya Nine kasar.
“Memang aku patut bunuh kau seperti mana aku bunuh orang tua kau supaya kau tak jadi macam anjing yang tersepit.  Lepas aku bela kau, aku kau gigit.  Ini kau nak bunuh anak aku pulak?”  tempik Benjami berani.
Neo ketawa.  Dia bangkit dan mendekati ayahnya.
“Betul tu, daddy... heh Nine, kalau kau nak tahu, mak ayah kau memang daddy yang bunuh.  Secara tak sengaja by the way... sebab tu daddy ambik kau bela.  Bagi makan.  Kalau tak kau mampu tepi jalan,” tambah Neo menyakitkan Nine.
Hati aku juga sakit, apatah lagi Nine.  Dia pastilah terluka teruk bila sekarang baru saja dia ketahui hakikat kehilangan kedua-dua orang tuanya.  Dibesarkan oleh pembunuh  orang tuanya sendiri dan kini, nyawa sendiri hampir melayang. 
“Apa semua ni?” 
“Tinggalkan perempuan dekat kami, Nine...”  suruh Benjamin tanpa menjawab soalan Nine. 
Dia mendekati Nine dan cuba merampas senjata di tangan Nine.
“Apa semua ni?” 
Tak sempat Benjamin tiba, Nine membentak dalam tangisan.  Laras pistol itu naik lagi kali ini silih berganti dengan wajah dua beranak di depan kami. 
Tangan aku kembali dipegangnya.  Kuat. 
Bagai meminta kekuatan dengan apa yang terjadi.  Aku pula, terasa mahu memeluk dia buat pertama kalinya.  Terasa memang kami ditakdirkan bersama dengan nasib sebegini tapi keadaan terlalu genting.
Dalam hati aku berdoa, moga Amar dan pasukan tiba tepat pada waktunya.  Jika tidak, Nine pasti menjadi pembunuh buat pertama kalinya.
“Nine, jangan...” larang aku bila dia mahu menarik trigle. 
Dia menggeleng tanpa memandang aku.
“Apa yang jangan Naina?  Awak dengar dia cakap apa?  Dengar dia cakap?  Dia mengaku bunuh ayah saya... dia bunuh orang tua awak.  Dia besarkan saya macam anjing.  Ikut kata dia dan hari ni dia nak bunuh perempuan yang saya cinta.  Saya bunuh dia, Naina... saya bunuh,”  jerit Nine bagai hilang pedoman.
Neo mendepangkan tangan di depan daddynya.  Berani.
Nine pula masih tidak berganjak biarpun sedikit. 
Yang lain hanya memerhati.  Barangkali sisa hormat pada Nine masih menebal.  Lantas menunduk saja biarpun Neo menjerit memaksa mereka menangkap aku dan Nine. 
“Nine, awak bukan pembunuh, kan?  Awak sayang saya, kan?”  pancing aku. 
Biarpun belum tentu aku mampu maafkan dia, tapi aku tak mahu dia mencemari tangannya dengan darah mereka.
“Nine...”  Perlahan dan mendayu aku menyeru nama dia. 
Bila Nine berpaling, sekalip mata Neo menendang senjata tersebut lantas jatuh ke hujung dinding sana.  Dia ketawa bila kali ini, giliran dia pula mengacukan pistol pada kami. 
Nine gugup seketika tapi bila Neo mengarahkan kami keluar daripada kontena tersebut, yang lain mengikut. 
Matahari terik memancar.  Aku mengecilkan mata.  Genggaman tangan Nine aku balas kemas.  Sebelah lagi tangan Nine memegang bahu kanan aku mahu melindungi aku jika Neo benar-benar hendak mencederakan kami.
“Neo, tamatkan.  Kita dah tak ada masa.  Pihak berkuasa dalam perjalanan,”  arah Benjamin.
“Yang lain naik bot.  Kita perlu berlepas secepat mungkin.” 
Mengikut kata, yang lain berlari laju masuk ke bot laju.  Hanya Neo yang masih senyum sinis pada aku dan Nine. 
“Aku akan biarkan kau hidup Nine tapi tak semudah tu...” 
Picu nampaknya sedang ditarik tapi tak sempat ditarik, tubuh Neo jatuh tersembam ke bumi. 
Aku berpaling.  Nine juga. 
Dari jauh, aku nampak cahaya berkelip.  Setelah itu kedengaran suara-suara penyelamat datang.  Mengepung tempat kejadian. 
“Serah diri.  Kamu semua telah  kami  kepung,” arah satu suara dan aku yakin, itu adalah suara Amar. 
Yang ada di dalam bot bertempiaran lari.  Benjamin juga.  Tapi, tidak lepas.  Aku menjatuhkan pandangan bila Nine menunjuk cuba mengambil senjata milik Neo tadi.  Diacukan pada Benjamin tapi aku tetap melarang.
“Nine, tolong... jangan...”
“I have too...”
“No, you shouldn’t...” 
Aku nampak titisan airmata Nine mengalir.  Dia  pejamkan mata tapi bila aku kalih ke arah Benjamin yang hendak melepaskan tembakan balas tapi tepat ke arah Nine, aku menapak laju dan terus meletakkan tubuh aku di depan Nine lalu tembakan itu...
... tepat mengenai bahu.
“Naina!!!”  Nine menjerit nyaring.
Aku jatuh melutut tapi sempat Nine sambut pinggang aku dan satu lagi tembakan dilepaskan.  Aku nampak Benjamin tumbang.  Boleh jadi tanpa nyawa dan di depan aku, hanya beberapa meter, ada tubuh Neo kaku terbaring dengan kesan darah yang masih belum berhenti mengalir. 
“Nine...”  seru aku. 
Bibir aku menguntum senyum.  Lega.  Benar-benar lega. 
Airmata dia mengalir dan terus mengalir. 
“Naina, bertahan sayang,” pujuk dia.
Aku senyum lagi dan mengangguk. 
Saat ini, Amar datang menghampiri bersama Sarjan Mazlan.  Yang lain terus mengepung penjenayah yang berbaki.  Maklumat Nine tepat tapi dia juga akan terpisah daripada aku.  Namun, cukuplah aku tahu dia masih bernafas dan ada di atas muka bumi ini.
Aku akan nantikan dia biar siapa pun dia.  Hati aku dan dia, hanya kami mengerti dan hanya Allah yang tahu. 
“Naina, bertahan. I dapatkan bantuan,” ujar Amar. 
Gari di belakang tangan aku dilepaskan.  Merah pergelangan tangan dan Nine pantas mengusapnya tanpa mempedulikan Amar yang sedang merenung pedih. 
Aku mengangkat tubuh sedikit dan bersandar pada tubuh Nine.  Cuba menghela nafas tenang.  Moga tidak panik dan membiarkan darah semakin mengalir. 
Kawasan pelabuhan terasa hingar.  Aku pejamkan mata beberapa kali.  Amar bangkit dan berlari mendapatkan bantuan.  Perlahan-lahan, aku cuba bangkit dengan bantuan Nine...
“Saya tunggu awak, Nine... serah diri dan saya akan nanti awak kembali.  Masa tu, bukan lagi Inspektor Zunaina tapi hanya Naina pada awak.  Hanya Naina... saya akan lepaskan segalanya untuk awak seperti mana yang saya janjikan bila awak kembali dan saya selesaikans segalanya,” pujuk aku.
Nine mengetap bibir dan mengangguk. 
“Sudi ke awak terima seorang banduan nanti?”
“Selagi nama awak Dzulkarnain, tempat awak adalah dalam hati saya,” balas aku  dan kami sama teresak-esak.
Nine memapah aku menuju ke land-rover yang sedia menanti.  Mujur terkena bahu.  Tak parah mana biarpun tetap pedih dan banyak darah yang mengalir.  Nine kemudiannya berlari terlebih dahulu cuba membantu Amar mengeluarkan stretcher.
Hampir saja kami tiba, tiba-tiba nama Nine diseru. 
“Nine!!!” 
Aku berpaling. 
Nine juga.
Kemudian, kami saling memandang.
Neo bangkit berdiri. 
Kesan merah pada perutnya membuatkan imbangan dia tidak stabil tapi bila dia mengacukan pistol itu pada aku, Nine bulatkan mata.  Jarak aku dan Nine sudah beberapa meter jauhnya.  Sasaran Neo adalah aku kini.  Tepat di depannya. 
Aku cuba mengangkat senjata yang Amar tinggalkan tadi.  Tapi, Neo lebih pantas menarik trigle dan bunyi tembakan dilepaskan terus pada aku.
BAM!!!
Tubuh aku tercampak ke belakang.  Pedihnya kian terasa.  Airmata mengalir laju dengan wajah  yang berkerut seribu.  Sakitnya hanya Allah yang tahu.  Tapi, aku bangkit dengan sedaya upaya. 
Pistol itu aku halakan tepat ke arah Neo.
BAM!
Sedas tembakan, tepat mengenai tengah dahinya.  Dia rebah tersungkur dan aku jatuh melutut dengan raungan yang kuat. 
“Nine...” 
Mengesot aku mendapatkan Nine. 
Tubuh yang hampir  kaku itu aku peluk  kemas. 
“Jangan tinggalkan saya, Nine,” rayu aku sambil memangguk kepala Nine.
Amar mendekati.  Tuan Radzi juga. 
Darah merah keluar dari celah bibir Nine.  Jika dulu, lukanya hanya pada bahu tapi kini, tepat di tengah tubuh.  Hampir pada jantungnya. 
Aku tekap dengan tangan darah yang mengalir.  Bibir Nine bergerak-gerak lalu aku dekatkan telinga aku pada bibirnya.
“Saya kekal jadi lelaki yang awak cinta, kan Naina?”  soal Nine lemah.
Aku hela nafas dalam-dalam.  Esakan aku tahan sehabis daya.  Bibir aku ketap kuat dan mata aku memandang ke atas melarang airmata dari jatuh berderai.  Tapi, tak berdaya, tak berkuasa. 
“Ya... ya... Ni... Nine...”  Gagap aku membalas.
Bahu aku ditepuk Amar.  Aku dengar Amar menghubungi bantuan dengan segera tapi aku bimbang jika Nine tak mampu bertahan lagi.
“Sabar, Nine...” pujuk Amar.
Peristiwa lalu kembali menyerang kepala.  Di mana dia ditembak dan aku juga bimbang saat itu.  Kali ini, aku hampir mati melihat dia begini. 
“Naina, saya... saya bahagia kenal awak...”  Nafasnya tersangkut lagi.
“... biarpun sementara.  Saya bukan penjenayah, kan?   Saya dah bantu polis, kan?”  tanya dia.
Aku angguk dan terus mengangguk.  Dia bukan penjenayah.  Dia membantu dan akhirnya dia terlantar begini. 
“Awak lelaki yang akan selalu saya cinta, Nine... yang selalu akan saya cinta, buat selamanya,” ujar aku juga bersendu.
Nine senyum.  Senyuman yang semakin lebar dan terus lebar. 
Tangan merah itu naik menyentuh pipi aku.  Lama sebelum akhirnya, aku dengar dia berbisik syahadah, tangan itu terkulai dengan sendirinya.
Matanya tertutup rapat. 
Helaan nafasnya cukup perlahan.
Bibir itu tetap dengan senyuman manis.  Mengingatkan pertemuan pertama kami. 
Dan akhirnya, nafas itu putus dan denyutan nadi dia terhenti. 
Aku termangu lama. 
Tidak berkata apa biarpun Amar mengusap bahu aku lama. 
Wajah Nine yang kaku aku pandang.  Aku hadiahkan dia sekuntum senyuman yang tak akan aku ukir pada mana-mana lelaki lagi. 
Perlahan-lahan aku bangkit.  Luka di bahu tiada rasa lagi.  Luka dijiwa yang sedang aku imbangi kesannya pada hidup aku. 
“Naina...”  seru Amar bila aku berdiri menjauh dari jasad Nine yang kaku. 
“Katakan pada dia Amar... katakan pada dia, dia kekal menjadi lelaki yang akan saya cinta... buat selamanya,” beritahuku pada Amar dan terus aku renung wajah Nine hingga beberapa pegawai lain juga mendekati jasad kaku itu. 
“Mungkin awak akan terima jasad kaku saya setelah semuanya selesai...”
Terngiang-ngiang kata-kata Nine pada aku sementara kami di kampung hari itu.  Kenangan indah yang akan aku kenang biarpun jasad rasa terbeban. 
Aku pedih. 
Aku mahu merintih tapi ada yang menghalang. 
Kenangan Nine...
Kekuatan dia...
Kesungguhan dia dalam mencintai aku...  Dan kelekaan aku dalam menghargai dia...
Pada diri sendiri aku bisikkan, apakah maknanya cinta jika kita mesti bersama dengan orang yang kita cinta sedangkan takdir itu bukan kita yang merencanakannya.   Lepaskan, jika kita mencintai dia.  Jika dia kembali, ternyata dia adalah untuk kita dan jika dia tetap pergi, dia tidak tercipta untuk kita. 
Dan Nine... aku mencintai dia. 
Menyayangi dia...
Dan bakal merindui dia...
Tapi, satu hakikatnya, rindu aku, cinta aku dan sayang aku padanya tidak mampu mengatasi sayang, cinta dan rindu Pencipta pada setiap hamba-hamba-Nya. 
Surat Nine aku buka.  Surat yang setia ada dalam poket seluar sejak hari pertama Suryani menyerahkannya dulu. 
Dengan pandangan  yang kabur, aku buka lipatannya. 


   “Kita dekat, teramat dekat... namun sayang bila kita mampu saling melihat tapi terpisah oleh kaca jernih yang tetap memisahkan.  Kita saling nampak tapi nafas kita tak mampu bersatu.  Tangan kita tak mampu menggapai... hingga akhirnya, perlukah kita pasrahkan hubungan kita bila kita benar-benar terduga?”  - Nine


Di dalam hati ini aku menangis
Seiring satu luka yang telah kau beri
Kau tinggalkan ku sakitiku
Sungguh ku tak percaya semua yang terjadi

Kau tinggalkan diriku dalam air mata
Tanpa kau merasakan sakit yang ku rasa
Sungguh terlalu dirimu kekasih
Biar aku pergi tanpa sisa cinta



TAMAT

21.2.2013 - 03.05.2013 / 1646 hrs.


RM : Alhamdulillah, T.A.M.A.T... Yu guys have no idea bila saya tulis perkataan TAMAT tu rasa nak lompat sampai bumbung (konon)  So far feedback ok je tapi ada juga yang kurang teruja.  RM pun kurang jugak teruja nak taip cerita ni.  Tapi sebabkan VARIASI tu, RM cuba.  Mungkin banyak cela di mana-mana.  Lain kali kita baiki lagi eh...  Doakan RM.  So lepas ni, apa projek?  RM diamkan diri boleh tak?  Hehh... Maaf mana2 kekurangan.  Sudi2 dapatkan Suami Tak Kuhadap di pasaran.  Selamat balik mengundi.  Hati2 di perjalanan.  Dan last but not least... do comment... kasik tahu kelemahan RM.  Kalau padi katakan padi, tidak RM tertampi-tampi, kalau tak sudi buat-buatlah sudi, komen anda RM sangat hargai... hehh... sayang semua... 

111 comments:

  1. Replies
    1. sedih...menangis seorg2 depan pc...

      Delete
    2. sedih.......RM sambung pula Naina and Amar

      Delete
  2. akhirnya....
    sedihnya....
    thanks RM, will always support u
    -sab-

    ReplyDelete
  3. sedih..RM tu ending lain blh x?uhu...

    ReplyDelete
  4. huhu..turut bersedih atas kehilangan n pemergian nine..kesian naina. moga naina jumpa bahagianya nnt..huhu..sedih ;(

    ReplyDelete
  5. Tahniah rm...your story mmg variasi tp maybe nak cepat ada ayat yg salah..neway i enjoy sgt...siap menitik air mata lagi..nnt buat citer best lagi ek..

    ReplyDelete
  6. Sedihnya...*sob sob* Thanks cik Author!

    ReplyDelete
  7. ohmai!.. heroku.. hanya ingin kau cinta!!.. syabas RM!!.. kesudahan yg sukar dilupus dlm ingatan...

    ReplyDelete
  8. arghhhh....sedihnya...

    ReplyDelete
  9. sad ending...huhuhu...mmg lain dr yg lain...
    anyway sy dh bc Suami x ku hadap... best...congrat RM

    ReplyDelete
  10. Huk3...sedih kot...anyway cinta xbererti besama..walau perit kna hdpi gak..we belongs to creator..thumb ups RM!!!

    ReplyDelete
  11. Rm , kalau jd drama bersiri ni best ni. Sgt best. Cerita yg akhirnya tetap yg baik menang tp tak dpt bersama yg di cinta dan terluah cinta tanpa dapat di balas nyata . Sedihnya . Sungguh aku cinta

    ReplyDelete
  12. pearghhh....mati jugak hero kita...blh ending mcm ni je sbb x nk naina ngan amar..hahaha.kalo smbung mnculkan hero bru.
    .adoi.demand ko eh nick.

    >>k<<

    ReplyDelete
  13. warrrgghhhh.... sedih..... tak rela... tak rela....

    ReplyDelete
  14. sedihnya...x sangka Nine akan mati huhuuuu...

    ReplyDelete
  15. alaaa!!!! mcm x complete jer. haha... xleh nk accept bila Nine kena tembak! Aigo.. aigo...

    ReplyDelete
  16. smoga nine bahagia di alam sana..eh keterujaan utk nine n naina dah berakhir..huhu sedihnya..pape pun smoga naina tabah..warghhh begini akhirnya kisah mereka..bye2 naina n nine..

    ReplyDelete
  17. behind all great battles, there's a fallen hero... great story rehan... gud job...

    ReplyDelete
  18. kak rehan buatlah mini novel baru....lpeaseeeeee...merayu ni..hurm..

    ReplyDelete
  19. X boleh terima hakikat yg menyakitkan ini.sad ending.rasa tak puas hati sgt.Rm x leh + ke sikit lg.

    ReplyDelete
  20. sedihnya.. thanks 4 the nice story

    ReplyDelete
  21. kak RM, buatla semoga smua ini hanyala mimpi naina...huhu :(

    ReplyDelete
  22. sedih...sedih sgt2... akan merindui Naina & 9... nak cover rindu nie,RM kena wat crita lg best..hehehehehe,blh ke RM?

    ReplyDelete
  23. sedih...sedih sgt2... akan merindui Naina & 9... nak cover rindu nie,RM kena wat crita lg best..hehehehehe,blh ke RM?

    ReplyDelete
  24. sedih...sedih sgt2... akan merindui Naina & 9... nak cover rindu nie,RM kena wat crita lg best..hehehehehe,blh ke RM?

    ReplyDelete
  25. RM... betul2 menagih airmata akak!!

    ReplyDelete
  26. sedihnya...Ending yg tak djangka..Tahniah RM.
    Menjadi jg percubaan RM menulis cite cinta & aksi..Tahniah..Menanti new project dr RM plk...;-)

    ReplyDelete
  27. serius..mmg best gile n sedih sgt...hmpr2 nk menangis sensorang dpn laptop td

    ReplyDelete
  28. Aduhaii..sedih nye..sian kat hero n heroin.. :'(

    ReplyDelete
  29. alllaaaaaaaaaaaaaaa....sedih gilerrr ..kak rehan x kan abis cam ni jewwww

    ReplyDelete
  30. Will support u 4ever regardless og the ending. Saranghae .......

    ReplyDelete
  31. Oh tidakkkkkkk.... Begini ke kesudahan cerita cinta double N... Tak lalu makan lah ai di buatnya....

    ReplyDelete
  32. RM, kenapa matikn nine? sedih sgt....

    ReplyDelete
  33. Great story tapi tak suker Nine mati huhuhu... kalau Naina mati sama2 lega ckit :). Ending tu mcm blm abis jer. Rasa nk tambh perisa sendiri yg Nine pengsan jer :P

    ReplyDelete
  34. Kenapa ending sedih sgt? Huhu..
    Apa pon, tahniah utk kak rehan yg berjaya buat saya rasa mcm2 bila bca your karya. :)

    ReplyDelete
  35. sedihnya...Hero mati...
    xde cite la pasal kenapa Tuan Benjamin bunuh ibubapa Nine...
    tertanya gak...
    buat versi Nine xmati la Kak RM...
    hehe...:)

    ReplyDelete
  36. Nine pergi jua akhirnya......sedey yg amat sgt....

    ReplyDelete
  37. sob3...
    nine...huhuhu cdeh...
    tahniah kak rehan...
    mmg mencemaskn dan mendebarkn...

    ReplyDelete
  38. tukar laaa.. tukar laaa.. nak nine kawen dgn naina.... pleaseeee....

    ReplyDelete
  39. please please please.............. nak nine hidup lagi.. nak nine kawen dgn naina... tolong laaa rehan...

    ReplyDelete
  40. Tukar ending kak rehan..
    Bagilah mereka bahagia.. hehe :)

    ReplyDelete
  41. nk nangis, tp nape ntah xda feel lak mlm ni..tahniah sbb berjaya buat cerita yg berjaya ,emyentuh perasaan

    ReplyDelete
  42. waaaaaa bestnyer cter nih... excited bace for every entry.. kak penulis x kedekut pon nk share cerita best ngn pembace... hidup kak penulis

    ReplyDelete
  43. kak rehan ad sp x?? eheheheh
    saya da nges sorg2 dpn lappy pkol 1.30 am.........
    serious best gila... jrang ad cter yg sad ending kebanyakkannya suma happy ending... best2

    ReplyDelete
  44. Nak happy ending pls..tlg la tukar ending cite ni

    ReplyDelete
  45. RM, mmg jarang novela/movie/drama yg berakhir tragis gini. Tahniah utk cik penulis. Mmg sadis bila tgk Nine kembali kpdNya. TETAPI, kalau cik penulis bisa buatkan 2 ending..mesti lagi best..apa kata? Mcm yg citer2 drama ..kkdg mintak pendapat peminat..ada 2 ending..yg sadis dan gumbira. terubat juga jiwa andai Nine bisa disatukan dgn Naina....cemana ya?

    Apa2 pun..mmg kak bekenan dgn penulisan RM, silalah terus berkarya!

    ReplyDelete
  46. sedihnya..=(
    oh myy..nine dah takde..
    apa2 pun cerita ni mmg best!
    =)

    ReplyDelete
  47. RM asal heronya mati plakk,,,sedih aku ni,,huk..huk...bagi lah nine tu pengsan jeee.adushhhh tak tahan akuuuu,, meleleh..lelehhh niii

    wwannurr.

    ReplyDelete
  48. sedeyyyy...:(..nine mati jgk akhirnya..RM bt la cite psl naina dgn amar pula..

    ReplyDelete
  49. sedih...sad ending tapi tahniah.....dlm kenyataan hidup pun tak semua berakhir dgn happy ending dlm percintaan

    ReplyDelete
  50. sedihnya ending cite ni...
    nak sgt ending nine n naina kawin n hidup eppy..
    :(

    ReplyDelete
  51. akak RM buat la mini novel smbungan naina ubat kedukkaan dia lps kehilangan nine..pleasee..

    ReplyDelete
  52. lepas beberapa hari (sy x igt berapa hari) tak bukak blog akak,, sy tgk dah end.. tp,, saya baca balik dari bab 23 sbb sy bca last bab 22.. hati dup dap dup dap bila baca cerita ni.. (tahniah untuk akak sebab berjaya bagi kecut hati limpa jantung semua.. adeii) bila sampai bab 28 saya pening sebab x tau sapa neo yg sebenar,, konpius sat.. tp,, bila dalam bab 29,, saya dah jelas dgn watak2 ni.. naim neo bohari benjamin semua.. masuk bab 30 ,,naina kena tembak .. (BAM!!..) air mata saya dah macam air hujan..(nk bagitau kata lebat la ni) tp,, bila nine kena tembak (BAM!!) n bila dia tanya naina yang dia bukan penjenayah,, dia akan kekal sbg lelaki yang naina cinta,,, saya dah teresak2.. :(.. (air mata macam air terjun,, lagi laju dari td)... dan,,akhirnya kata2 nine terbukti,, bila semuanya selesai,, naina cuma akan terima jasad nine yang terbujur. yang kaku.. dan saya lap air mata (sambil senyum :P) bila akhirnya kisah ni ditamatkan dengan begitu lancar.. walaupun nine meninggal.. ending cita ni sgtlah PERFECT. TAHNIAH.. BEST dan tahniah tahniah dan tahniah .. (saya dah mengarut dengan panjangnya,, sebab saya dah x tau nk tulis apa dan sekian saja sampai sini ..hehehe) Tahniah kak rehan !

    p/s : tahniah jugak untuk STK sebab best sgt,, dan saya dapt belajar byk benda.. terima kasih !

    -athirah-

    ReplyDelete
  53. U r so mean .. ... Sedihnya tak terhingga sampai menyusuk ke kalbu .... sambunglah lagi n hopefully itu semuanya hanya mimpi n Nine is actually perisik for the gov with the help of Thai pollce..... Pls pls sambunglah with happy ending .... melilih airmata saya Fr Aida

    ReplyDelete
  54. Sedihnya.....pengakhiran yg cukup tragis ( guna smartphone abg.....)

    ReplyDelete
  55. Akhirnya tamat. Tamat semua. Kasihannn Naina... Tinggal sorang lagi.....

    ReplyDelete
  56. RMRMRM.....N3 sepesel untuk nine dan naina.........nine hidup balikkk,,pengsan jeee tu....errrrrrrr...gerammmm neoo

    wwannurr

    ReplyDelete
  57. ahhh..knpe sdih sgt endigny...tahan sebak...

    ReplyDelete
  58. salam rehan..andai lah masa boleh merubah segalanya..boleh ke dihidupkan watak nine tu...pengakhiran yg tak boleh diterima kesudahan citer ini.. kesedihan yg mencengkam..

    ReplyDelete
  59. hmm..sedih giler..y nine mati..tak bole accept ni..=(

    ReplyDelete
  60. kenapa ek rehan selalu buat ceta yg mruntun jiwa? Dr terlerai kasih smpai hanya ingin kau cinta. Sob33

    ReplyDelete
  61. Waaaaaaaaa abg nine dah mati.....sedih2

    ReplyDelete
  62. Waaaaaaaaa abg nine dah mati.....sedih2

    ReplyDelete
  63. Waaaaaaaaa abg nine dah mati.....sedih2

    ReplyDelete
  64. Waaaaaaaaa abg nine dah mati.....sedih2

    ReplyDelete
  65. Sedihnyaaaa :'( :'(

    ReplyDelete
  66. Whua.....Nine dah takde Naina...huhuhu...tapi siapa ayah Nine sebenarnya dgn Benjamin ha...????

    ReplyDelete
  67. RM kena buka smula cite siapa senarnya ayah nain. sian nain n naina coz mak ayah dia org mati krn penjahat yg sma. haruslah kau dia org dpt hidup bersama pasti romantik kn? u are the best,RM? double tums up. truskn nulis. next mini novel lak k.

    ReplyDelete
  68. sedihla sis RM...tkmo la akhir dia gini..

    ReplyDelete
  69. sedih....sambil bace dengar pulak lagu setengah mati merindu,,lagy laa tangkap leleh..huhuuuuhhu,,tahniah kak RM..citer y sangat bez,,pas nie nak start bace suami tak ku hadap pulak..

    ReplyDelete
  70. nape plk nine kene mati..xnk la..:(

    ReplyDelete
  71. Adehh terlepas cerita menarik, nk kena baca dari mula la supaya lebih fhm.
    Apapun pengakhiran cerita yg sgt sedih..huhuu

    ReplyDelete
  72. story yg menyentuh hati sy..................good job really love it..love nine n naina

    ReplyDelete
  73. merindui mikhail lah rehan..hmmmmmmmmmmmmmmm setelah kehilangan nine...

    ReplyDelete
  74. sedihnya. menitik air mata :'(

    ReplyDelete
  75. x nak nine mati...cik writer...buat la nine idup blik...please3..(^_^)..

    ReplyDelete
  76. Sedihnyaaaa..speachless. .x tau nak komen apa dah..very sad ending..waaaaaaa

    ReplyDelete
  77. Uwaaaaaaa....trus down mood :(.

    ReplyDelete
  78. sedihnya... hiksss.... :(
    speachless... huhuhuhu... x_x
    banjir air mata *tissue mana, mana tissue ??

    Kak RM napa sedih sangat ending HIKC...
    nak tau kelanjutan nasib Naina :D :D :) ;)

    'love Naina n' Nine'

    ReplyDelete
  79. ehem2.. meh RM berkata2 sikit eh... (RM demam woo)

    mula2 terima kasih atas sokongan anda pada RM..tak berbelah bahagi.. cerita sedih ke, hepi ke, best ke tidak ke, yu all baca je... sungguh RM terharu..

    idupp... beginilah. Ada sedih ada hepi. Mgkin ini kisah mereka, kisah kita tak tahu lagi kan... maaf atas kekurangan eh... nanti kita lepak dgn cerita baru pulak. (tgh pk nk buat cite apa)

    RM tak sambung dah kot cite ni.. kata pruf read RM ini ending terbaik untuk kisah ni. untuk perjalanan mereka. (mujur RM tak jadi lagi kejam kata dia).. hehhh..

    RM tak dan nk balas komen2 satu2 tp RM baca... setiap masa baca (kalo berkesempatan)...

    pada yang sukar nak terima ending HIKC... sudi2kanlah terima... paksa2 lah diri anda terima eh.. hehheh.. daripada awal pun RM memang nak buat sad ending. cuma flow dia patut lebih kejam tapi RM baik sikit tukar...

    so inilah seadanya (tajuk dari awal pun pening nk pilih).. hohoho.. sayang semua..

    ReplyDelete
  80. teruja tiap kali ada entry br.....setia menanti karya br RM.....

    ReplyDelete
  81. Tahniah RM kerna berjaya pelbagaikan cerita anda, Wlpn tamat dgn perasaan sedih tapi itu realiti kehidupan, syabas RM gua caya sama lu. Celebrate the diversity beb he he

    ReplyDelete
  82. Sedihnya..Sampi teresak esak..

    ReplyDelete
  83. Sedih sangatttt.... ikut sama menanggis... huhuhu

    ReplyDelete
  84. Sedihnyer... airmata meleleh sampai member opis tegur kenapa,.. lama tak bukak blog RM tgk2 dah end story ni, rasa2 nya RM nak terbitkan tak novel ni, Congrat RM. nanti buat story yang best2 lagi erk

    ReplyDelete
  85. Nic buatla sart s.e with happy ending hehehe

    ReplyDelete
  86. Best sangat citer ni...walaupun sad ending. Actually nak harapkan keajaiban supaya nine hidup bahagia ngan Naina...nangis sorang2 depan lappy huhu...congrats RM, suka sangat ngan jalan citer ni...baca berkali2pun tak bosan biarpun berkali2 tu juga nangis sorang2...
    Seandainya ada versi cetak..mesti akan usaha utk dapatkan. Mini novel yg sebelum ni pun dah complete, x pernah missed ngan karya RM.
    All the best for u RM, semoga akan terus berkarya dan terus berjaya dalam bidang penulisan..Aamiin .

    ReplyDelete
  87. sblum baca abes..bace komen dulu.. trus xsemangat..why4?..huhuhu...

    ReplyDelete
  88. tahniah kak kerana buat saya menangis..cerita yang sangat best..sedih sangat..mampu memebuatkan air mata saya mengalir...cinta yang tidak mampu di satukan...cinta yang tidak mampu di luarkan atau dizahirkan...cinta yang indah...cinta juga tidak semestinya bersatu antara dua insan...tapi dua insan ini memahami isi hati masing2 walau pun tidak dizahirkan...naina and nike.....

    ReplyDelete
  89. sedih nya ending mcm ni. ingt kan nine dpt hidup bahagia dgn naina...

    ReplyDelete
  90. Tahniah RM kerana buat airmata saya klr merambu rambu pagi2 buta ni menghadap smart phone..
    Sedih giler oiii...nak nine happy dgn naina...tp x apalah kena terima hakikat hidup tak selalu seperti yg kita rancang..lbh2 lg sbagai penjenayah dgn penguatkuasa..huhuh

    Apapun tahniah...teruskan berkarya!!!

    ReplyDelete
  91. xnak nine mati.. huhuhu sedihnya ending

    ReplyDelete
  92. habis dah ke?huhu..sedey =( bole tak kalu request crta ni disambung n nine selamat =( huhu....

    ReplyDelete
  93. didalam hati ini aku menangis..nine pergi tinggalkan naina,sungguh ku tak percaya semua terjadi.Aduh!!!sedih,alamak..terlebih sudah.Thanks,,RM bestt..cite ni teruskn berkarya selamat maju jaya-nm

    ReplyDelete
  94. dlm banyak cerita ni jaa yg hero & heroin tak bersatu...tapi cinta depa bersatu...sungguh tak boleh stop bila baca cerita ni...hati teruja...suspen,berdebar semua ada..yg nyata kesedihan memuncak...andai kata cerita ni dipanjangkan sikit memory masa mereka berdua & masa neo cuba merampai naina..rasa mesti lebih gempak...tapi apapun cerita ni Ilham RM..diolah dengan sempurna ...saya suka ..

    ReplyDelete
  95. Oh my god i hate sad ending..tp citer dia memang best...love love love it

    ReplyDelete
  96. Story nie mmg best gila
    Tersentap jiwa bila ending mcm nie...
    Mcm nk Nangis je 😢

    ReplyDelete
  97. kalau buat drama tv memang terkesan di hati penonton ni..huh sedihnya

    ReplyDelete
  98. Sedih sangat�� tapi best gila

    ReplyDelete
  99. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete