Wednesday, July 04, 2012

Untuk Dia [3]


BAB 3

BAHUKU disapa lembut oleh Anaresa.  “Kau tak apa-apa ke, Mi?”  tanya dia risau. 
Wajah itu berkerut.  Aku rasa kejap lagi dia mesti membebel pada Abang Zafran.  Aku kenal sangat sepupu aku ni. 

Aku menggeleng setelah gemuruhku hilang.  Rasa nak sepak je Zafrin.  Benci dengan dia dan sikapnya yang berlagak itu.  Tambah lagi satu, kurang ajar membuatkan dia lelaki pakej.  
Aziana juga cuba mengangkat aku.  “Terkejut aku, Mi,” bisik dia dan Jimmy hanya diam berdiri tegak macam patung cendana. 
Jimmy ni aku tak sebut dalam cerita aku pun tak apa.  Tak jejas apa pun.  Buat aku geram je.  Haih…
“Okey, Mi?”  soal Abang Zafran pula. 
Tak dan aku jawab, Anaresa jawab dulu.  “Adik abanglah.  Kesian sepupu Resa,” cemik Anaresa tepat seperti  yang aku jangkakan. 
“Eh Resa… aku okey je.  Tak ada apa-apa.”  Aku menggeleng seraya menepuk sedikit belakang seluarku dan membetulkan beg galas yang melurut jatuh sikit. 
Abang Zafran ketawa.  “Ala… adik abang.  Abang kenal.  Tak adanya dia nak cium orang merata.  Dia pun takut tadi tu.  Berlagak berani je tu,” sela Abang Zafran dan aku hanya senyum bila dia mengangkat kening.  Malu sungguh pada mereka semua. 
Zafrina senyum.  Aunty dan Uncle juga senyum saja padaku. 
“Marilah kita masuk kejap, Mi,” ajak Aunty sopan tapi aku pantas menggeleng. 
“Tak apalah, aunty.  Mi nak balik dah ni.  Nak rehat.  Esok ada kuliah,” dalihku.  Bukan dalih tapi hakikat esok ada kuliah.  Hari ni je batal sebab tu kami semua melompat tapi aku hampir jadi katak atas jalan raya tadi. 
“Masuklah dulu, Mi,” pelawa Uncle pula dan aku tidak dapat tidak, mengangguk saja. 
Tak sempat nak menapak, wajah Zafrin muncul lagi.  “Hah, berani kau masuk sini.  Aku heret kau masuk bilik!”  tekan dia dengan wajah yang masih tegang dan serius. 
Aku membulatkan mata.  Terkejut dengan kata-katanya.  Yang lain juga sama.  Hanya Abang Zafran yang tenang tersenyum. 
“Zafrin!”  tegur Aunty. 
“Siapa ajar cakap macam tu dengan anak dara orang?”  sambung Uncle pula geram.  Aku mencemik.  Padan muka kau!
“Dia yang masuk kandang singa lapar.  Tak salahlah kalau singa lapar tu ngap, kan?”  Dia jongket kening.  Pada siapa pun aku tak tahu.  Yang pasti, aku tak jadi nak melangkah. 
Serius menakutkan mamat ni.  Tak macam Abang Zafran yang sopan dan lembut je dulu bila kami bertemu sewaktu dia menjemput Anaresa.  Dia ni lain macam.  Pandangan matanya nampak menyala dan aku pandang kepala dia.  Nampak ada tanduk yang sedang tumbuh. 
Aku menapak setapak ke belakang.  “Err… Mi balik dululah semua.  Dah lambat ni.  Mi nak singgah klinik kejap.”
Aku mahu berundur sambil menahan tubuh yang kian terasa sakit.  Benar kata Zafrina, bakal doktor ni.  Ototku sedang cedera dan sakit itu mula terasa sedikit demi sedikit.  Andai tak menerima rawatan, haruslah esok tak bangkit. 
“Eh, Mi… Zafrin gurau je tu.  Marilah masuk,” ajak Abang Zafran lagi dan aku pantas menggeleng bila melihatkan bibir Zafrin tersenyum penuh makna. 
Bila mama dan abahnya memandang dia, dia buat muka polos tapi bila hanya kami bertentangan mata, wajah polos itu menjadi jembalang tanah.  Menakutkan.  Aku lebih rela dibaham hantu dari dibaham singa lapar bernama Zafrin ni.
“Tak apalah, bang.  Aunty, uncle dan semua orang.  Mi balik dulu, ya.  Lain kali Mi singgah melawat lagi.”  Aku sopan meminta diri dengan wajah  yang menyeringai. 
Kala aku rapati motorsikal dan aku sarungkan topi keledar pada kepala, kepala rasa pening pulak dah.  Nak kata panas, dah redup.  Bila aku mahu angkat kaki hendak naik ke atas motorsikalku, sakitnya tubuh kala ini.  Harus cepat-cepat aku terima rawatan ni.
Belum sempat aku tegakkan tubuh  untuk menghidupkan motorsikal, kaki ini lemah sendi pulak rasanya.  Tapi, aku terus kuatkan semangat dan terus aku hidupkan enjin motorsikal dan aku memecut pergi dengan wajah yang menyeringai dan hati yang sebal.  Geram tak habis. 
Sampai pada selekoh, aku berhenti seketika memberi laluan tapi kudrat kaki ini bagaikan tiada berbaki lagi.  Rasa pedih sedikit pada bahagian lutut yang terkoyak sedikit jeans aku ni.  Tak semena-mena, aku hilang imbangan badan dan terus saja jatuh tergolek bersama motorsikalku.  Mujur kala ini kereta dan kenderaan lain tiada. 
Nak angkat tubuh sendiri sudah tak larat, apatah lagi nak angkat motorsikal kesayangan aku ni.  Waktu ini, aku ingatkan mak ayah.  Rasa nak berada bersama mereka je.  Kalau mak ayah tahu aku jatuh motor, mesti Gilera ini ditarik balik. 
Sudahnya, aku menangis sendiri mengenangkan motor yang bakal dirampas.  Bukannya kesakitan yang kian menyengat.  Aku tarik telefon bimbit dan menekan kekunci.  Menghantar SMS pada Anaresa dan sayang, tiada berbalas.  Barangkali sedang bergelak tawa hingga lupakan telefon bimbit. 
Aku ketap bibir memandang ke langit.  Dalam kepayahan aku cuba bangkit tapi kesan jatuh motor kali kedua terus membuatkan lutut aku berdarah sikit.  Airmata ini terus menitis dan menitis.  Manja rupanya aku ini. 
Tersedu-sedu sendiri, aku cuba lagi angkat tubuhku dan akhirnya berjaya.   Kala hendak mengangkat motor, tubuhku hilang imbangan lagi dan hampir jatuh dihempap motorsikal tapi ada tangan yang pantas menyampar motorsikal dan sekaligus memeluk pinggang aku. 
“Kalau sakit buat cara sakit.  Orang pelawa kau masuk rumah, kau jual mahal.  Memang dasar singa sarkas sungguh.  Suka jadi tontotan umum macam ni ke?” 
Aku memandang empunya suara dan ternyata Zafrin.  Aku pelik. 
“Bukan aku panggil kau pun.  Aku panggil Anaresa!”  tekanku geram setelah aku pastikan tiada sendu lagi. 
Dia  mencemik sinis.  “Kak Long suruh aku datang sini tolong kau.  Dia kan ada laki, buat apa nak sibuk-sibuk hal kau lagi.” 
Dia lepaskan pinggangku dan terus menongkat motorsikal cermat.  Tercalar lagi motor aku.  Aduhai, tergores sama hati ni.
“Motor aku…”  Aku berdingkit-dingkit menghampir motorsikal dan menyentuh kesan calar tu dengan penuh emosi. 
“Sedihnya I tengok you macam ni,” ucapku terlupa yang Zafrin sedang memerhati. 
Dia ketawa kuat.  “Gila!”  tekannya padaku dan aku pantas berpaling.
“Ikut suka akulah gila ke tidak!  Kau peduli apa?” 
“Memang aku tak nak peduli kalau bukan sepupu kau merangkap Kak Long aku tu suruh aku datang sini.  Tahu tak?”  tekan dia dengan mata yang sengaja dia jegilkan.
“Eleh… tak payah datang.  Ada aku kisah?”  Bila aku cuba menunda motorsikalku, Zafrin menahan. 
“Nak hujan ni.  Mari rumah dulu.  Karang kau baliklah dengan yang lain.  Kak Long risaukan kau.  Dia kata nak telefon mak dan ayah kau nanti kalau kau tak balik dengan aku,” ucap Zafrin padaku. 
Aku diam.  Air liur aku telan berkali-kali mendengarkan Anaresa nak mengadu pada mak dan ayah.  Mati aku.  Memang akan kena lelonglah motorsikal aku ni nanti. 
“Betul ke dia cakap macam tu?”  Aku mahukan kepastian. 
Zafrin angguk.  “Kau ingat aku nak tipu kau ke, Haqmi?”  tekan dia pertama kali dia menyebut nama aku. 
Hati aku mengukir senyum yang paling lebar.  Indah rasanya bila dia sebut nama aku macam tu tapi rasanya pertama kali aku mahukan seseorang memanggil aku Qimah.  Bukan Haqmi dan dia adalah Zafrin.  Tak tahu kenapa.
“Nak ikut tak ni?  Aku tunda motorsikal kau ni.  Kau tu nampak sakit je?  Ingat tadi nak teman aku pergi klinik, kau tu kuat sangat.  Rupanya sakit jugak,” sindir dia dan terus menunda motorsikalku bila aku mengangguk. 
Zafrin berjalan dulu di depan.  Aku yang membontoti dia hanya memerhatikan susuk tubuh yang agak sasa dan tinggi itu.  Dari belakang nampak sedikit macam Abang Zafran tapi Zafrin berisi sedikit dan rupanya lebih iras dengan Zafrina.  Padanlah aku nampak wajah dia dalam rupa Zafrina tadi. 
“Woi… cepatlah singa sarkas!”  sergah dia bila langkah aku terhenti. 
Selang empat buah rumah lot yang dekat-dekat ni, kami tiba di depan pagar rumahnya.  Masa tu Anaresa menerpa ke arahku. 
“Mi… Rin cakap tadi kau…”
“Ehem… ehem… Kak Long bagi pinjam tuala dekat budak ni boleh?”  tanya Zafrin memangkas suara Anaresa.  Dia buat muka sikit.  Eleh… menyindir aku lagi. 
Mentang-mentang dalam rumah dia, aku hanya mampu mendiamkan diri tapi rasanya ada sebab lain ni.  Sebab apa… sebab dia.  Buat masa ni, itu saja jawapan yang aku ada.  Sebab dia.  Dia tu siapa.  Dia tu Zafrin. 
“Masuk!”  arah dia setelah dia menongkat motorku di sisi motornya. 
Anaresa bergegas ke dalam rumah dan aku terhinjut-hinjut sendiri.  Menapak sedikit demi sedikit dan bila aku hendak tunduk membuka kasut Supra yang ada di kaki, aku mengaduh agak kuat. 
“Aduhai… sakit pinggang mak…”
Zafrin ketawa sinis.  “Tak kahwin dah jadi mak ke?  Ke nak jadi mak sungguh?  Aku boleh tolong,” ujar dia selamba. 
Huh, tak bertapis budak ni.  Tak nak cium aku.  Lepas tu nak heret aku masuk bilik dan sekarang macam ni pulak. 
“Kau jangan kurang ajar dengan aku, ya?!”  Aku memberi amarah dengan tubuh yang kembali berdiri tegak. 
Dia ketawa buat-buat.  “Kalau kau nak, aku sudi je.  Tak rugi apa bagi pihak aku!”  tekan dia. 
“Rugi memang tak tapi kau bakal rugi dekat akhirat kelak, singa lapar!”  sindir aku geram. 
Dia ketawa.  “Ada aku kata sekarang ke?  AdaAda?”  Dia angkat wajahnya padaku.  Berlagak lagi. 
Tak padan dengan sakit masih berlagak.  Buatnya aku tibai sikut dia yang berbalut tu, aku rasa mahu dia terbaring dalam wad kecemasan terus. 
“Kau yang cakap tadi, kan?”  tempelakku tidak tewas. 
“Memang aku cakap tapi ada aku cakap sekarang ke?  Aku  pun tak inginlah perempuan tak ada taging macam kau ni.  Tak ada spesis nak diklasifikasikan,” sindir dia dan terus saja dia menapak ke ambang pintu yang sedia ternganga lebar. 
“Benci betul!”  gumamku sendiri dan bila aku cuba tunduk sekali lagi, sakit belakang menyerang.  Tak jadi nak tunduk. 
Baru nak duduk, Zafrin berpaling dan terus mencangkung di depan aku.  Tangan dia ringan menyentuh kasut aku dan membukanya.  Siap dengan stoking dia buka.  Kemudian dia mendongak dan tersenyum. 
Waktu ini, aku tak nampak tanduk dia.  Aku tak nampak dia macam singa lapar tapi aku nampak dia maca Zafrin yang menyukai aku, Haqimah.  Aku nampak Zafrin yang membawa debar dalam hati aku pertama kalinya waktu kami berlanggar tadi. 
Namun, untuk membalas senyumnya, aku berat bibir pulak.  Rasa melekap dengan gam jadi tak mampu nak ukir senyum biarpun mata ini redup memerhatikan dia penuh mesra.  Rasa macam terbang dan terus terbang tapi tak lama, tak sempat nak hinggap pada mana-mana dahan, terus tergolek ke tanah bila Zafrin bersuara. 
“Berapa lama kau tak basuh stoking ni, minah bin mamat?  Dengan kaki busuk.  Berkulapuk.  Adoi… menyesal aku sentuh!”  Dia membentak kakiku dan terus masuk dengan wajah yang kononnya menahan busuk dan  hapak.  Erk…
Aku terkedu.  Biar betul mamat ni.  Aku hari-hari tukar stoking.  Kaki ini hari-hari aku sapu losyen.  Aku pegang kaki aku dan aku hidu seketika.  Haruman losyen Safi Balqis masih segar mengharum.  Sah dia punya deria tak betul. 
“Cepatlah wei… Kak Long dah tunggu tu!”  gesa Zafrin dan aku dengan langkah perlahan menapak ke atas. 
Waktu ini, aku terpandang wajah Aziana dan Jimmy yang sedang berbual bersama Abang Zafran di ruang tamu.  Mereka hanya senyum.  Barangkali Aunty dan Uncle berada di bilik dan aku terus saja menapak perlahan-lahan mendaki anak tangga biarpun aku tak tahu mana satu tempat Anaresa menanti aku ni. 
“Masuk bilik Zafrina!”  laung Zafrin tiba-tiba. 
Huh… macam tarzan dia ni.  Suka laung-laung.  Pelik aku dengan perangai dia yang kadang-kadang macam suka dekat aku tapi rasanya sebab Anaresa dia begitu.  Rasa hormat dia pada Anaresa yang membawa dia menolong aku tadi.  Aku yakin tu. 
“Eh, mana satu bilik Zafrina ni?”  tanyaku sendiri. 
Daun pintu yang di tengah-tengah itu aku tolak dan ternyata bilik air.  Terus aku masuk hendak membersihkan kaki.  Mak selalu pesan, balik dari luar nak masuk rumah kena basuh kaki.  Dah menjadi kebiasaan. 
Bila aku keluar, Anaresa tercegat di depan aku.  Menghulurkan sehelai tuala dan tersenyum. 
“Mi, kau masuk bilik aku pun tak apa.  Aku turun bawah kejap ajak Abang Zaf ke klinik.  Kau kena cucuk tu.  Nanti sakit tubuh lagi teruk,” ucap dia sambil menunjuk ke belakang. 
Entah bilik masa satu dia tunjuk, aku tak sempat nak tengok pun.  Tak sempat nak tanya dia meluru turun ke bawah.
Abang…”  Suara Anaresa bergema dan aku terpinga-pinga sendiri. 
Masa satu daun pintu yang aku nak tolak ni.  Biasanya bilik pertama mesti bilik Abang Long.  Desis hatiku dan aku dengan penuh hati-hati, menolak daun pintu yang memang tak tertutup rapat tu lalu aku dengan cermat merapatkannya kembali setelah yakin ini adalah bilik Anaresa. 
“Wow… sungguh kau menyerah dekat aku ni,” tegur satu suara.
Aku gamam!

~~> bersambung

37 comments:

  1. adoyaiii... lawaklah, memang menyerah diri
    betul si Haqmi tu

    ReplyDelete
  2. Best bangat neh......

    KI

    ReplyDelete
  3. Heheheehe.... Sian haqmi...

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  4. alahai , salah masuk bilik lar plak haqmi nie. tunggu singa lapar ye. hahaha. kelakar lar kak rehan :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  5. hihihi...mula2 asyik gadoh jek nih...nnt2 smpi dating kt dapur umah anaresa...

    ReplyDelete
  6. 1st tyme drop comment, b4 ni jadi silent reader jek..hoho
    memg super r citer RM...memg x mis, every day tgk nnt updated....keep it up..^_^

    ReplyDelete
  7. huhuhu..haqmi manja~

    ReplyDelete
  8. hahahahaha.. perwatakan tomboy.. tapi manja..

    ReplyDelete
  9. hihihi! best best! sambung lagi kak rehan! ayat last tu paling tak menahan! kekekeke. two thumbs up! ^^

    ReplyDelete
  10. Alahai kesiannya dekat Haqmi,tak habis2 kena sindir dengan Zafrin...#^_^

    ReplyDelete
  11. Cmner leh slh msk bilitmbh lg point zafrin nk usik haqmi hihi. Kelakar tul diorg ni la.tp akak suka, cute sgt hihi

    ReplyDelete
  12. Hahahaha...best..best..thx. Kak Rehan..nak lg ya.. ;)

    ReplyDelete
  13. nakal giler la zafrin nie cia haqmi..hehehee

    ReplyDelete
  14. two thumbs up for the good job. keep it up.
    n3 pls

    ReplyDelete
  15. mana sambungan kisah suami yg tak kuhadap?

    ReplyDelete
  16. klakar hbs la dorng ni...
    pdan tul bdk 2 ekor ni..

    ReplyDelete
  17. RM lgu tema cita ni ambik lgu d'bagindas,,,,suka sm kamu...heheheh mcm kena jer

    ReplyDelete
  18. apalah malang nasib qimah ni..
    asyik dia aje yg terkena...
    tunggulah kau zafrin... bila haqmi transformasi ke qimah, baru kau tahu.... :)

    ReplyDelete
  19. best sgt2...xsabar nk tau pe jd nt..he3

    ReplyDelete
  20. ska la ngan crita nie..gduh2 syg..hehehe
    tq RM for the good story..luv u

    ReplyDelete
  21. Dear RM, suka ngan zafrin & Haqmi! tak sbr nxt n3...

    ReplyDelete
  22. hehehe salah bilik yea aqmi...nk lg cpt sambung rm...

    ReplyDelete
  23. Eh..eh..eh...habislah Haqmi salah masuk bilik pulak...
    mcm menyerah diri je pd singa lapar ye... bestlh RM
    nk lagi cpt sambung ye.

    ReplyDelete
  24. hehe.. salah masuk bilik kaa??
    ayoyo..

    ReplyDelete
  25. hahaha...comel la dorg ni...baik btol zafrin siap tolong bukakkan kasut lg...hehe

    ReplyDelete
  26. nk tnya 'taging' 2 aper ye????hehehe

    ReplyDelete
  27. best nye rehan.very very intresthing..........

    ReplyDelete
  28. zafrin punya gaya mmg la....nakal extra.tergelak bc.lawan la dgn mi.

    ReplyDelete