Wednesday, February 06, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 18


BAB 18

TELEFON bimbitku menjerit nyaring.  Nama Alan naik tapi aku biarkan saja deringan itu mati sendiri.  Tangan aku masih ligat mengemas pakaian yang masih ada berlipat di dalam almari kayu ini ke dalam bagasi.  Gitar kapok itu aku sumbat ke dalam case dan buku-buku, aku sumbat pula ke dalam beg galas beg galas.  Topi keledar aku letak di sisi case gitar dan cadar aku kemaskan seperti mana saat pertama kali aku masuk ke sini hampir dua bulan yang lalu. 

Kali ini telefon aku menjerit lagi.  Naik pula nama Izue tapi aku juga buat tidak tahu  hingga akhirnya deringan itu mati, aku matikan terus telefon itu.  Puas hati.  Mudah tak terima apa-apa panggilan juga nanti. 
Bilik ini aku pandang lama.  Ternyata bukan juga rezeki aku.  Dari bilik yang besar hingga ke bilik yang kecil ini, masalah tetap mendatang tak sudah-sudah dan rasanya tiba masa aku benar-benar menyendiri di tempat yang tak ada orang tahu.  Mencari nilai dalam kehidupan yang sementara ini. 
Beberapa ketika, aku pandang jam di pergelangan tangan kanan.  Sudah menghampiri jam lapan pagi.  Setelah yakin dengan keputusan yang aku ambil, case gitar aku gantung ke bahu, beg galas aku sandang di belakang dan bagasi kecil itu aku seret laju menuju ke pintu.
Terbuka saja daun pintu, aku hampir terduduk bila wajah Izue dan Alan muncul mengah dan dahi yang terentang kerutnya. 
“Eh, korang buat apa kat rumah aku ni pagi-pagi?”  tanyaku tersengih dan menggaru kepala. 
Izue ketap gigi.  Alan garu kepala. 
How was last night, guys?  Everythings under control?”  soal aku lagi cuba mencipta suasana yang selesa setelah apa yang terjadi. 
Alan genggam penumbuk, Izue ketap rahang. 
“Jangan nak merepak, Naqi?  Kau tu okey ke tidak?  Tersengih sana sini, kau ingat kitorang tak tahu ke kau sakit?” tanya Izue membentak.
Aku sengih dengan wajah selamba.  Padahal kelopak mata membengkak dan wajah sedikit sembab. 
“Aku aku tak faham apa yang korang maksudkan ni,” selaku buat-buat tak tahu.
 “Kalau tak faham, tak kan dengan beg-beg segala ni?  Kau nak blah dari rumah ni, ya?  Nak lari jauh-jauh, kan?”  Alan sinis. 
Tak jadi aku hendak melangkah bila mereka berdua menghadang laluan.  Bagasi kecil itu aku sandar pada dinding.  Case gitar aku letak di sisinya.  Membetulkan sedikit selendang yang membelit leher dan saat ini, terdengar suara Ariq padaku malam tadi.  Terbayang wajah suramnya bila menghantar aku pulang semalam. 



“CINTA abang adalah Naqi.  Tak apa tak ada nama cinta pun sebab abang tahu, hati Naqi sudah mewah dengan cinta.  Tak apa tak jadi anak kesayangan mak ayah pun sebab Naqi akan jadi isteri kesayangan abang dan menantu kesayangan mummy dan papa.  Cumanya, abang tak akan paksa Naqi.  Abang berserah… abang reda dengan keputusan Naqi.  Hati Naqi hanya Naqi dan Allah saja mengerti.  Abang tak tahu sebab Naqi tak bagi peluang untuk abang belajar bahasa hati Naqi.  Abang tak reti sebab Naqi tak ajar abang cara untuk kita bercinta tapi satu yang abang tahu, Naqi dah ajar abang erti merindu,” ujar dia panjang lebar setelah dia menghentikan BMW X7 itu di depan flat tempat aku menyewa. 
Dalam suasana hening dan sepi di awal pagi, Ariq akhirnya menghantar aku pulang setelah aku tegarkan hati tak mahu membuka mulut biar jenuh dia menyoal.  Sudahnya, dia bosan sendiri dan menghantar aku pulang tanpa perlu aku memaksa. 
Tangannya dilekapkan pada stereng dan dahinya pula menyentuh belakang tangan.  Dia menggeleng berkali-kali saat aku menjeling sebelum dia angkat kepalanya dan memandang aku. 
“Buka pintu.  Naqi naik dulu.  Dah terlalu lewat.  Mummy dan papa abang tentu risaukan abang,” ujarku. 
Bukanlah niat untuk mengabaikan setiap kata-katanya.  Segalanya terkesan di jiwa.  Ariq tidak tahu derita hati aku kerana menolak dia.  Dia tidak tahu menderitanya jiwa bila terpaksa menolak kasih sayang yang aku harapkan selama ini bila keadaan langsung tidak menyebelahi aku. 
“Abang izinkan Naqi berlalu buat sementara tapi boleh tak sekali abang mohon…”  Dia berjeda.  Mengira-ngira ayat seterusnya untuk disusun pada aku. 
“… abang nak dengar Naqi cakap Naqi cintakan abang.”
Aku ketap bibir dan menelan liur.  Terasa perit dan kesat.  Terasa susah hendak bernafas dan terasa terkatup rapat kedua-dua bibir. 
“Buka pintu,” suruh aku lagi tanpa menghiraukan kata-kata Ariq. 
Dia  mengeluh berat.  Kecewa. 
“Esok abang boleh jumpa Naqi lagi, kan?”
“Moga takdir menemukan dan kalau tidak…”  Aku menggeleng sebagai penyambung kata. 
“Abang tak nak mengalah sebelum merancang…,” bantah Ariq.
“Dan abang dah banyak merancang selama ni, kan?  Segalanya abang rancang  untuk dapatkan cinta abang.  Kenapa bila cinta itu ada abang beralih arah?  Letakkan Naqi dalam keadaan serba salah?  Abang tak dengar ke tadi betapa sinisnya mak pada Naqi, bang?  Abang tak dengar ke kata mak, Kak Diah menangis… dan semua ni kerana abang.  Untuk ini semua, abang nak Naqi yakin dengan cinta abang?” 
Aku memuntahkan kata.  Sebenarnya lebih pada niat hendak menyakitkan hati Ariq biarpun aku benar-benar yakin yang dia benar-benar mencintai aku. 
“Bukti apa yang Naqi perlukan untuk buat Naqi percaya?  Tak cukup dengan pengakuan abang depan keluarga kita?  Atau Naqi nak abang heret Naqi kita nikah dekat Siam, macam tu?” 
Ariq juga tidak tewas.  Semakin aku membentak, semakin dia menjawab.  Aku tahu, lelaki usah dicabar.  Itulah yang Izue dan Alan katakan dan bila pertama kami berdepan dengan lelaki seperti Ariq, aku jadi asing. 
“Nikah bukan jalan penyelesaiannya.  Naqi punyai cita-cita. Biarpun tak sehebat Kak Diah, akan jadi doctor.  Setidak-tidaknya Naqi ada kerja yang tetap.  Boleh bagi sikit duit belanja pada mak dan ayah biarpun mungkin tak dipandang.  Naqi ni anak terbuang.  Tak ada sebab untuk abang jatuh cinta pada anak terbuang dan menjadi menantu yang dibenci sedangkan abang boleh jadi menantu yang dipuja!”  bentak aku kegeraman.
Aku menjeling Ariq tapi dia tersengih pada hujung bibir.  Biarpun nampak cukup sinis tapi tetap berbaki kemesraan dalam senyumannya. 
“Memang abang tak punyai sebab untuk cintai Naqi.  Abang tak sedar bila dan bagaimana tapi Tuhan dah tiupkan rasa cinta tu dalam hati abang macam tu je.  Cuma abang yang menarik tentang Naqi, Naqi terlalu sayang ibu bapa dan anak-anak yang menyayangi ibu dan bapanya itu sangat disayangi Allah.  Itu buatkan cinta abang pada Naqi jatuh bertebaran tak terkutip.  Biarlah tersebar seluruh dunia kerana abang memang mahu seluruh dunia tahu, abang cintakan Naqi.  Seburuk mana layanan mak Naqi, Naqi tetap ingatkan dia dan insya-Allah, abang percaya anak-anak kita akan taati Naqi lebih dari segalanya.”
Aku tahan hati mendengarkan kata-kata Ariq.  Anak-anak kita?  Kita?  Aku dan dia?  Sesuatu yang tidak mustahil tapi agak tidak mungkin.  Dia bermimpi dan aku perlu sedarkan dia moga terus jaga dari lena yang membuai rasa. 
Tawa kecilku meletus.  “Do not trust hope…”
It’s fated. It’s our destiny.  You and me.  Trust me.  One fine day, you’ll say that you love me.  More dan ever,” tukas Ariq yakin.
So…”  Keningku naik.
Let it be naturally, Muhamad Nashriq.  Do not against the flow.  Terima kasih hantar Naqi dan…”  Selendang aku jatuhkan dari kepala.
“… kita jangan jumpa lagi,” sambungku tapi tangan Ariq lebih cepat menyambar pergelangan tangan aku menahan dari selendang ini jatuh ke bahu. 
I’m the one who put the shawl on your hair.  Naqi ingat, hanya abang yang mampu lucutkan kain tu dari kepala Naqi dan dari seluruh tubuh Naqi sekalipun.  Ini janji abang and nowyou may go,” tekan Ariq cukup perlahan tapi sangat tegas pada pendengaran aku.
Aku menelan liur.  Jiwa bergelora, hati sengsara.  Antara keinginan dan kewajipan, aku semakin tersempit.  Terhimpit. 
Go.  Sebelum abang tak bagi Naqi balik langsung!”  tekan dia lagi menyergah aku yang masih terpinga-pinga. 
Stereng dihendak sedikit kuat dan kunci kereta dibuka.  Aku cepat-cepat menolak pintu kereta dan berlari naik ke atas dengan jantung yang berdegap tak henti-henti.  Takut melihatkan Ariq seketika tadi. 



“HEH… ini bukan Ariq dengan kau ni, Naqiah!  Sampai kau nak renung aku gitu gaya.  Macam nak terkeluar mata tu!”
Aku tersentak.  Alan menegur keras.  Mereka ada di depan mata, aku boleh terbayangkan Ariq. 
“Kau ni tak okey, Naqi.  Percayalah yang kau tak okey,” tambah Izue pula.
Aku garu kepala dan tersengih tanpa makna.  Malu sendiri sebenarnya biarpun sedih itu masih berbaki. 
“Aku okeylah.  Beg semua ni aku memang nak pindah tapi rumah sewa dekat dengan kedai Tauke Chin.  Mudah aku nak kerja.  Lagipun, sewa sini mahal sangat.  Korang bukan tak tahu, aku dah tak ada kerja lain.  Tunggu result keluar esok karang, kalau elok aku apply scholarship kalau tak, aku kerja dulu,” jawabku setelah lama mencari alasan untuk Alan dan Izue. 
Bukan niat hendak membelakangi mereka yang telah banyak membantu aku tapi aku benar-benar perlu bersendiri.  Jauh dari pandangan mata mereka.  
“Huh… boleh percaya ke kau ni?  Dulu nak keluar dari banglo parents kau tu, kau kata nak berdirikari tapi hakikatnya…”  Suara Alan terhenti. 
Dia menjeling Izue yang masih dengan wajah tegang. 
“… kau memang nak lari dari keluarga kau, kan?”  sambung Izue pula.
Aku menunduk.  Mengetap bibir sendiri dan bertahan hati moga mata tidak melahirkan titisan jernih itu ke pipi.  Sedih dengan ayat Izue dan Alan.  Bukan aku tidak mahu berada di dalam rumah banglo besar itu tapi aku bagai tak diperlukan.  Mereka tahu tapi mengapa mereka tak mengerti?  Aneh.
“Korang tak faham masalah aku…”
“Memang aku dan Alan tak faham Naqi tapi satu yang aku dan Alan faham, kau dan Ariq saling mencintai tapi tak dapat bersama sebab mak kau dan kakak kau, kan?  Sekarang menderita dan nak larikan diri?  What nonsence?”  cemuh Izue.
“Kau ada masalah, kami ada selama ni, kan?  Kenapa sekarang ni nak lari?  Abaikan panggilan kami?”
“Sebab kita tak boleh selamanya macam ni, korang.  Aku dan korang ada kehidupan sendiri.  Semuanya berbeza dan sampai bila aku nak jadi macam ni?  Korang kawan aku dunia akhirat tapi ada perkara yang membataskan.  Korang faham, kan?”  tanyaku dengan nada yang sedih. 
Perlahan-lahan, aku tarik selendang dan aku letak di atas kepala.  Memandang Izue dan Alan yang nampaknya mula hendak mengerti. 
“Kami faham tapi kau macam adik kami…”
“Kalau aku korang anggap macam adik, doakan aku,” pinta aku pada mereka.
Alan dan Izue berpandangan.  Wajah masing-masing kembali tenang.  Izue bersandar pada pagar dan Alan bersendeng pada birai pintu. 
“Nak ke mana?  Kami hantarkan?”  pelawa dia.
Kali ini aku mengangguk.  Destinasi biasa tapi akan aku bawa langkah seterusnya dengan mencari jalan yang tak mungkin mereka temui. 
“Terima kasih.”  Aku meraup wajah dan tiba-tiba teringat pada Kak Diah.
“Kau dengan Kak Diah macam mana?  Kau hantar dia semalam, kan?  Dia okey tak?”  Risau juga aku dengan keadaan Kak Diah yang menangis kata mak.  Bimbang memberi kesan pada pelajarannnya. 
Alan jongket kening dengan wajah tanpa senyuman. 
“Kalau aku kata dia tak okey?” 
Aku mengangguk.  Mengerti dan faham benar keadaan dia.  Mak juga risau hingga aku diherdik.  Salah sendiri, bukan ada kena mengena dengan sesiapa. 
“Aku tahu Kak Diah mesti sedih sebab Ariq, kan?” 
“Dia sedih sebab kau, Naqi,” pintas Alan cepat dan aku mengerutkan kening memandang dia. 
“Sebab aku… dia kehilangan Ariq?  Macam tu?” 
Nope…”  Alan menggeleng pula dan dia memandang Izue sebelum menyambung. 
“Sebab dia kau dan Ariq menderita,” jawab Alan tenang.
Aku semakin tidak mengerti.  Jika begitu, kenapa dia menangis dan kenapa mak mesti melenting?  Atau mak sememangnya tak mahu lihat aku hidup senang dan bahagia? 
“Apa maksud korang?  Aku tak berapa nak faham?” 
Alan dan Izue berpandangan.  Mereka tersenyum tipis sebelum kembali memandang aku yang masih kebingungan.  Pelik dan rasa aneh di situ.  Bila Kak Diah ada rasa simpati buat aku? 
“Dia pilih adik dia instead of love,” jelas Alan ringkas. 
Keningku semakin berkerut.  Minda dah mula rasa nak jammed.  Perlahan-lahan, aku picit pangkal hidung mahu menghalau rasa sakit kepala yang tiba-tiba. 
“Aku tak percaya,” bantah aku yakin.
Kalau benar begitu, pasti mak dan mengamuk sakan malam tadi.  Pasti aku tak dimalukan di depan Ariq dan keluarganya.  Pasti tak begitu kesudahan kami.
“Percaya atau tidak, dia kakak kau.  Kau lebih kenal dia…”
“Ya…”
Kata-kata Izue aku cantas lemah.  Airmata kembali murah bertakung di tubir mata.  Malah akan jadi lebih murah bila menitis lagi di depan mereka.
“… sebab dia kakak akulah aku kata kau tak percaya.  Dan korang jugak tak akan percaya kalau aku katakan tentang hubungan kami adik beradik.  Dahlah… aku nak lalu.  Kalau korang nak hantar aku toksahlah.  Aku lupa aku ada motorsikal.  Jumpa lagi dan…”  Aku menarik daun pintu.  Menutupnya rapat setelah aku mencampakkan kunci rumah ke dalam rumah. 
“…kalau boleh jangan cari aku buat sementara waktu.  Aku perlu waktu bersendiri,” sambungku, memberi pesanan seraya menggendong case gitar dan beg galas serta membimbit bagasi kecil itu. 
Alan dan Izue tak terkata.  Bila kali terakhir aku berpaling, mereka hanya mampu memandang.  Baru saja aku hendak melangkah anak tangga terakhir sebelum menghilang dari pandangan mereka, suara Alan menegur. 
“Ariq betul-betul cintakan kau, Naqi.  Dia cintakan kau apa adanya kau.”  Kuat saja suara dia berbicara.
Aku memanggung kepala dan tersenyum.  Mengangguk seketika dan  menggeleng kemudiannya.  Otak sendiri dah rasa keliru lagi.
But it’s too late.  Dah terlalu lambat  untuk semua tu dan aku tak perlukan cinta lagi bila mak aku sendiri tolak aku jauh dari kasih sayang dia.  Cukuplah kasih sayang Allah pada aku dan aku tahu, korang akan sentiasa sayangkan aku.  Jaga diri dan doakan aku moga terus tabah,” pintaku separuh berbisik. 
Tak tahulah mampu diterima gegendang telinga Alan dan Izue atau pun tidak tapi bila Izue membalas, aku yakin mereka menerima dengan jelas kata-kata aku.
“Semua yang terjadi dalam dunia ni selagi bernyawa tak pernah terlambat Naqi.  Selagi kau dan Ariq ada dalam dunia ni, masih tak terlambat untuk korang bersama.  Selagi mak kau masih ada, tak terlambat untuk korang berkasih sayang sama juga kau… setelah bertahun-tahun aku lihat rambut kau tapi hari ni…”  Bibir Izue tersenyum segarit.  Nampak tulus dan ikhlas.  Dia bagaikan  kehilangan kata kali ini.
Aku spontan menyentuh hujung selendang ini.  Menunduk dan menitiskan airmata bila teringatkan kata-kata Ariq di depan mak dan ayah serta mummy dan papanya.  Aku cantik bila bertudung dan hanya dialah satu-satunya lelaki yang akan membuka tudung ini untuk aku nanti dan jujurnya, aku berharap ‘satu hari’ itu tiba juga biarpun mustahil. 
“Kau cantik bertudung, Naqi dan ini peluang yang telah Allah beri.  Aku suka.  Kami suka.  Peluang tu sentiasa ada Naqi cuma kita harus mencari.  Ariq menanti,” sampuk Alan tak puas-puas memprovokasi aku dengan nama Ariq.
Aku melangut wajah memandang mereka.  Tersenyum lagi dan mengangguk. 
“Aku tunggu mak aku bagi kad undangan antara Ariq dan Kak Diah.  Moga korang boleh jadi band boy masa majlis diorang nanti.  For free.  Sebagai hadiah buat mereka…”
“Kau juga mesti ada di sana, Naqi…”
Aku menggeleng lagi.  “Aku tak akan main muzik lagi.” 
Usai berkata demikian, perlahan-lahan case gitar aku jatuhkan ke kaki dan terus berlari laju turun ke bawah biarpun mereka masih memanggil nama aku.  Biarlah aku tinggalkan buat Alan dan Izue.  Cukuplah sampai di sini.  Aku sudah terpesong dan tiba masanya aku kembali ke titik permulaan demi sebuah kehidupan yang abadi di sana nanti.

~~> bersambung

RM :  Waaaa long time no see.  Maaf, RM sangat busy.  Ini pun tak habis lagi tapi curi masa sikit.
             pada yang order buku2 mini RM tu bagi masa sikit ya.  Kami tengah check buku2 takut ad lagi
yang rosak.  Jangan risau, akan dipos secepat mungkin.  Batch dah habis ya.  Pada yang tak dapat
maafkan dan buku UD yg ganti itu jugak akan dipos segera.  Pada yang berminat masih boleh order.

26 comments:

  1. huuuuuuuuuuu....sedihnya.... diah pilih naqi instead of ariq? interesting ;)

    ReplyDelete
  2. tabahkan hati wahai naqi... ;(
    nak lg kak..x puas lh ... hehe

    ReplyDelete
  3. Sabar Naqi..
    lumrah kehidupan.. kita sentiasa di duga..
    semoga tabah...

    ReplyDelete
  4. kesian naqi..kesian naqi.. aaaaaa.. naqi my heroinnnnnnnn

    ReplyDelete
  5. sedeyyynya... menangis sy sy baca cerita ni.. sbb mmg realitinya mmg ade mak yg beza2kn anak.. sedih pedih sakit hati tuhan je tahu... good job RM...tq so much

    ReplyDelete
  6. akhirnya diah buat sesuatu yg bermkna atas nama kasih sayang dua beradik...waaaaaaa..sedih..

    ReplyDelete
  7. cedihnya..

    tapi naqi tabah!..

    nk jd cm naqi la..

    kak rm..nt up lg ae..huhu
    tp hepi ending tau..

    ReplyDelete
  8. best n3 kali ni..tgk tu naqi tetap utamakan keluarga dia dr cinta dia...

    ReplyDelete
  9. end of part 18 yg sedih...luka hati naqi semoga akan sembuh...n i trust ...one fine day ...naqi + ariq will together again..

    ReplyDelete
  10. sedihnya.... hati Niqi terluka sebab kelurga bukan sebab ariq... semoga hati mereka dapat disatukan....

    ReplyDelete
  11. Tetap menanti n3 seterusnya.....mlm ni dan esok ptg,, EXAM. DOAKAN SAYA YER......

    ReplyDelete
  12. ibu apa itu kalau beza2kan anak....?????

    ReplyDelete
  13. naqi ke arah mencari diri..cpt2 jmp n blk pd ariq ya..hopefully nnt naqi dpt kad undangan yg tertera nama MUHAMMAD NASHRIQ n CINTA NUR NAQIAH

    ReplyDelete
  14. naqi ke arah mencari diri..cpt2 jmp n blk pd ariq ya..hopefully nnt naqi dpt kad undangan yg tertera nama MUHAMMAD NASHRIQ n CINTA NUR NAQIAH

    ReplyDelete
  15. naqi ke arah mencari diri..cpt2 jmp n blk pd ariq ya..hopefully nnt naqi dpt kad undangan yg tertera nama MUHAMMAD NASHRIQ n CINTA NUR NAQIAH

    ReplyDelete
  16. mcm x caye je nadiah ckp dia pilih naqi instead of ariq... tp xpe.. hope ending nanti ariq & naqi <3

    ReplyDelete
  17. waaaa... sikitnyeeeee.... nak pecah jantung membacanye... sob sob sob..

    ReplyDelete
  18. wah....sedehnye........x sbr nk thu ending cite nie.....

    ReplyDelete
  19. Kite dah tak tahan baca sedih2 nangis2 .. rasa hati mcm kena siat2 .. nk happy ending kena mcm ni dulu kan .. huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  20. waaaa!!! da dua bab nges nie..... confirm nk beli mini- nobel dia nnti :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete