Tuesday, November 06, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 7


BAB 7

HARI  yang terang dan nyaman setelah hujan menyimbah bumi dinihari tadi.  Usai menunaikan Subuh di surau hospital tadi, aku terus pulang.  Berkali-kali Zayed mempelawaku untuk keluar bersamanya tapi aku tolak dengan sopan.  Katanya, ada hal penting tapi sungguh, tubuhku tidak mampu berdiri lagi. 

Sementelah pula, aku mahu kekalkan jarak kami seperti biasa biarpun hubungan ini sudah menghampiri status luar biasa.  Mujur Zayed mengerti.
Pada mama dan abah telah kukhabarkan tentang niat Zayed hendak melamarku.  Rasanya tak payah tunggu lama.  Bila-bila masa saja bila cuti Zayed diluluskan dia akan datang bersama keluarganya. 
“Nekad dah ke?”  Mama memecahkan hening kala aku sedang membantu dia membasuh pinggan setelah kami bersama-sama menikmati makan tengah hari.
Aku angguk tanpa memandang mama. 
“Dah tu kenapa murung je?” 
“Eh, mana ada murung.”  Aku menafikan.  “Mengantuk, ma,” akuiku telus.
“Erm… lama lagi ke kerja malam?  Tapi, setidak-tidaknya ada Zayed sama kerja malam, tak adalah mama risaukan Rina sangat.  Alhamdulillah, Allah kabulkan doa mama siang malam nak Rina dan Zayed bersatu cepat-cepat,” beritahu mama padaku.
Dalam hatiku bersyukur juga.  Benar janji Allah.  Doa ibu adalah segalanya.  Jika tiada lagi orang tua dalam dunia ini, maka hilanglah satu rahmat iaitu doa ibu. 
Tangan yang basah aku lap hingga kering lalu aku hampiri mama yang sedang mengelap kabinetnya.  Aku peluk tubuh mama dari belakang dan mencium pipinya lama.
“Terima kasih, ma,” ucapku ikhlas dari hati.
“Sama-sama.”  Mama sentuh pipiku.
“Mula-mula mama risau bila abah kata nak je carikan orang lain buat Rina sebab nampak gaya macam Zayed tu tak bersungguh-sungguh.  Mama keras nafikan sebab mama dapat rasakan Zayed memang sukakan Rina tapi mungkin sebab dia busy, Rina pun jadi korang berdua jarang nak berbual tentang hati ni.  Syukur bila Rina katakan Zayed nak datang merisik.  Mama sungguh tak sangka,” ujar mama gembira.
Aku senyum dan mengangguk.  Setelah dia rasa tercabar dengan sepupu dia sendiri ma, bisik hatiku.  Biarpun Zayed tidak akuinya tapi aku yakini begitu.  Itulah hakikat tapi aku sangat percayakan janji Allah.
“Tapi, kalau lelaki tak pernah ucapkan cinta pada kita, dia serius ke, ma?  Err… maksud Rina, memang tak perlu cinta ke untuk kahwin ni?” 
Mama memandangku lama dan dia tersenyum sudahnya. 
“Kenapa?  Zayed tak cakap dia cintakan Rina ke?” 
Aku menggeleng.  Jujur saja dengan mama.  Senang cerita.
“Rina… mama dan abah dulu kahwin tak ada cinta pun.  Bila ingat balik, rasanya sampai along lahir pun mama tak pasti mama cintakan abah atau tidak… tapi indahnya sesebuah perkahwinan tu, Allah akan titipkan rasa sayang yang mula menjadi cinta dan bila mama kaji semula, rupanya mama dah jatuh cinta pada abah masa pertama kali mama pandang dia masa malam perkahwinan kami.  Cuba Rina tanya abah, mesti abah jawab perkara yang sama,” akui mama padaku.
Aku mengangguk beberapa kali.  Begitu juga kata Zayed.  Love will grow itself dan aku akan pastikan cinta kami bercambah sedikit demi sedikit. 
“Tak apalah kalau macam tu, ma.  Rina percayakan Zayed.  His action already speaks louder than his words,” beritahu pada mama dan mama hanya mengerutkan dahi tanda tidak faham.
“Rina nak naik tidur kejap.  Mengantuk sungguh,” pintaku pada mama tapi mama menahan.
“Bila dia nak datang?”
Aku menggeleng tanda tidak tahu.  “Tunggu jelah.  Nanti Rina bagitahu mama bila keluarga dia nak datang,  ya?” 
Mama mengangguk dan aku berlalu.  Sebaik saja aku melepasi ambang pintu dapur, wajah kak long muncul.  Tapi kali ini, abang long pun ada.  Cuti katanya sebab baru balik dari luar daerah.  Tersengih pada penuh makna.
“Along ada dengar berita baik,” laung abangku itu.
Aku senyum paksa menahan mengantuk dan cuba menapak ke atas tapi along menggamit aku mendekatiknya.
“Along dengan kak long doa-doakan jelah,” selaku mudah.
“Insya-Allah, kami dah lama mendoakan.  Mudah ada seorang lagi bakal doktor dalam rumah kita, kan bang?”  tokok kak long pula.
Aku pandang along dan isterinya.  Semakin matang Kak long Anaresa dari hari ke hari.  Kadang-kadang aku rasa dia lebih tua dariku sedangkan akulah yang lebih tua daripada dia.  Sudah beranak tiga, tubuh genitnya sedikit kembang tapi masih lagi cantik malah semakin cantik.  Nampak sabar benar dia melayani karenah along  yang sesekali nampak mengada terlebih.  Namun, layanan along pada isterinya tak pernah berubah.  Masih romantik dan manja.
“Itulah.” 
Aku tersentak bila along bersuara mengiyakan kata-kata isterinya dan aku hanya mampu tersenyum.
“Insya-Allah, ada jodoh tak ke mana,” selaku.
“Baguslah kalau Rina tahu perkara tu.  Tak ada apa yang nak risaukan dah.  Kalau tak pun, akan ada jodoh yang lain,” pesan along dan yakinlah aku bahawa kak long sudah bercerita tentang luahan hati aku pada dia dan kak ngah tempoh hari.
“Tapi, kalau tak jadi rabak juga hati ni kot,” ujarku separuh berseloroh tapi dalam hati aku benar-benar memaksudkan.
“Apa susah… Rina kan doktor.  Kalau agak-agak rabak tu, jahitlah sendiri.  Kalau nak suruh along pun boleh, along jahit pakai jarum guni tu haa… kuat sikit melekat,” usik along pula dan aku buat muka. 
Kak long mencubit lengan along dan memberi amarah agar tidak mengusikku tapi along tetap berwajah selamba. 
“Suruh Zayed cepat-cepat sikit.  Kak long tak sabar nak tengok baby korang berdua ni,” ujar kak long teruja.
“Zayed asyik sambut kelahiran bayi orang lain je, bila lagi nak sambut kelahiran baby sendiri, kan bang?”  Kening tipis kak long terangkat. 
Eh lelebih pulak dia.  Bisik hatiku namun aku sejujurnya gembira punyai dua orang wanita bernama Anaresa dan Haqmi menjadi kakak iparku. 
“Kalau kata kak long tak sabar, minta je sorang lagi dengan along, kan along?”  Giliran aku pula mengusik mereka dan mata along membulat tapi kak long tersengih.
“Kak long tak kisah…”
“Along kisah.  Tak lalu along nak muntah bagai.  Tak sanggup dah untuk setakat ni.  Tunggu dah hilang seriau baru kami proses balik,” jawab along dan aku terus ketawa terbahak-bahak apatah lagi mengingatkan keadaan along setiap kali isterinya hamil.
“Macam-macam hal betul along ni.  Rina naik dululah. Mengantuk tak boleh nak angkat kelopak mata dah ni,” ujarku lalu aku menapak laju ke arah anak tangga mahu naik ke bilik.
Belum sempat aku sampai ke anak tangga paling atas abah muncul bersama dua orang cucunya.  Zara Aina dan Zara Auni. 
“Mak su… mak su…jom kita jalan,” ajak kedua-duanya sambil memegang tanganku. 
“Ya… lain kali ya.  Mak su penat ni.  Nak rehat kejap.  Petang nanti kita main, ya?”  ujarku memujuk dan mereka mengangguk lalu melepaskan tanganku dan tangan abah lalu berlari turun ke bawah bila ternampak mama dan papa mereka bersama si adik yang masih kecil.
“Hati-hati, Aina… Auni,” jerit abah. 
Aku tengok dah macam anak abah pula anak along berdua ni.  Biasanya pun tidur dengan abah dan mama.  Kadang-kadang bersamaku. Bila aku pandang abah dan tersenyum abah membalas senyumanku.
“Macam mana?” 
“Penat,bah,” jawabku tanpa kuketahui maksud pertanyaan abah.
“Abah tanya pasal Rina dengan Zayed.”
“Macam tu jelah,” selaku mendatar.
“Macam tu… tu, macam mana?”
Aku menapak ke bilikku beberapa langkah sebelum menghentikan langkah mahu menjawab soalan abah.
“Rina nekad dah.”
“Erm…”  Abah mengangguk. 
“Baguslah kalau nekad.  Abah pun senang hati.  Jangan nanti tak jadi sudah.  Abah memang terima je sesiapa datang pinang Rina waktu tu.  Jangan dok sebut nama Zayed lagi dah masa tu.”  Bicara abah bagaikan mengugut sikit dan aku pula sedikit kecut. 
Tak pernah aku lihat abah serius begini.  Tentang along dan angah dulu pun tak begini tapi barangkali kerana aku anak daranya lantas dia sedikit tegas memandangkan umur juga sudah hampir ke angka tiga puluh. 
“Insya-Allah, bah,” jawabku yakin dan sememangnya aku  yakin dengan Zayed. 
Baru saja aku tiba di bilik, aku terus rebahkan badan.  Suhu penghawa dingin aku rendahkan dan aku tarik sebijik bantal dan menutup muka.  Rasanya tidaklah lama aku terlelap tapi daun pintu diketuk orang. 
Malas hendak menjawab aku diamkan saja dan pekakkan telinga hinggalah aku rasakan ada suara yang memanggilku dan ada tangan menyentuhku lembut.
“Bangun Rina…,” kejut dia dan bila aku buka mata, ternyata kak long ada di depan mata.
“Kenapa, kak long?”  Mata ini masih lagi berat untuk diangkat.
“Ada orang datang,” beritahu kak long.
“Siapa?”  Aku masih malas.  Sungguh malas hendak mengambil tahu. 
“Rombongan merisik.”
Mendengarkan kata-kata kak long, aku terus tegakkan tubuh.  Bantal terpelanting entah ke mana-mana.  Kak long ketawa tapi aku berwajah cuak.
Are you serious, my sis-in law?” 
Yes.  Get ready… they’re waiting for you,” balas kak long lantas dia berlalu bersama tawa halus.
Aku mula panik.  Tak tahu nak buat apa.  Sudahlah tertidur.  Muka pun sembab sana-sini.  Kaku rasanya perbuatanku tapi bila wajah mama muncul, aku terus bangkit.
“Rina kata lambat lagi?  Itu Zayed datang,” beritahu mama.
Aku garu kepala yang mula terasa merenyam.  Tadi tak gatal tapi ini rasa tergaru sana-sini. 
“Dia sorang?” 
Mama menggeleng.  “Dengan mama dan ayah dia,” jawab mama.  Lagilah membuatkan aku pening.
Apa Zayed ni?  Orang kata nak balik berehat, dia boleh datang rumah pulak masa ni.  Agaknya pagi tadi dia nak ajak jumpa keluarga dia ke?  Tak kanlah.  Aku menggeleng menafikan kata hatiku sendiri.
Mama hanya memandang.  “Rina ni kenapa?  Zayed ada kat bawah tu dengan keluarga dia,” tekan mama sedikit geram dan aku terus mengangguk dan berlari ke dalam bilik air.
Usai mandi, aku cepat-cepat bersiap.  Rambut yang tidak kubasahkan senang kuikat dan kuselit ke dalam anak tudung sebelum menyarungkan tudung ke kepala.  Bila aku mahu keluar setelah hampir 15 minit berlalu, wajah mama muncul lagi.
“Tak siap lagi ke?”  Suaranya sedikit  menggesa.
Aku menggeleng.  “Dah siap.” 
Aku sekadar mengenakan jeans dan juga blouse labuh seperti kebiasaan aku di rumah.  Sudah cukup sopan biarpun tidak berbaju kurung. 
Kami sama-sama melangkah keluar dan sungguh, aku nampak Zayed kacak dalam pakaian santainya.  Sejujurnya aku katakan, pertama kali aku aku lihat dia begini.  Dulu, jika tidak dalam pakaian formal seorang pelajar perubatan, pastilah dalam pakaian sukan. 
Hari ini, dia nampak tampan dan segak mengenakan denim hitam dan juga baju T berjenama Polo berwarna kuning hitam itu.  Rambut yang kemas terpacak itu menampakkan dia benar-benar tampan.  Padanlah ramai yang tergila-gilakan dia.  Cukup pakej dengan kesopanan dia melayani orang.  Siapa tak salah faham.  Nak-nak yang jenis macam aku yang memang ada hati pada dia sejak dari mula.
“Hah, dah turun pun puteri gunung-banang ni,” tegur abah dan aku hampir tercekik. 
Puteri gunung-banang kata abah.  Tak ada nama gelaran lain ke tapi aku senyum juga dan terus bersalaman dengan mama Zayed. 
Dia yang duduk rapat dengan ayahnya hanya menjongketkan kening padaku bersama senyuman tipis dan anak mata yang pinta pengertian. Setelah itu, aku senyum pada ayah Zayed dan duduk di sebelah mama.  Along dan isterinya ada di sofa yang sebelah lagi tersenyum pelik padaku.  Mujur tak ada angah dan kak ngah, jika tidak makin teruk aku dibahankan.
“Cantik doktor kita ni, ya Ton,” puji mama Zayed pada mama. 
Aku hanya tersenyum menahan segan. 
“Tengoklah anak teruna siapa pilih.  Mesti cantik, kan Yed?”  Kening ayah Zayed pula terjongket dan aku masih kelu saja.  Tak tahu hendak menyampuk apa.
“Terkejut juga tiba-tiba Zayed bawa keluarga dia.  Tapi, elok juga… alang-alang dah datang ni, kita tetapkan tarikh terus.  Kalau setuju macam yang Zayed minta tadi, kami pun tak kisah,” ujar abah pula. 
Aku pandang mama dan bertanya dalam diam.  Tapi mama mengisyaratkan agar aku menerima saja bulat-bulat kehendak Zayed. 
“Eh, kena juga tanya empunya diri ni, Encik Zaini,” bantah ayah Zayed sedikit.
“Eh… empunya diri dan setuju dari awal lagi, Encik Zakaria.  Kita sebagai orang tua ni, izinkan je mana-mana yang anak-anak rasa yang terbaik.  Tak gitu.”
Eh abah ni.  Pandai betul berbahasa.  Tapi, tak apalah.  Janji bersama Zayed, esok pun aku sanggup menjadi isteri dia. 
“Tapi, saya tetap nak dengar persetujuan Zafrina depan orang tua, pak cik.”  Tiba-tiba Zayed menyampuk. 
Aku hampir melopong dan memandang semua orang yang sedang memandangku secara silih berganti.
“Erm… macam mana Rina?”  tanya mama Zayed padaku. 
Aku pandang mama dan mama hanya tersenyum dan meminta aku menjawabnya. 
“Err… Rina… Rina ikut jelah apa kata Zayed, mama… mak cik,” jawabku.
“Abang Zayed,” tegur Zayed lembut dan wajahku terus merona merah bila semua sedang ketawa sakan.
Aku bulatkan mata pada dia dan dia hanya selamba saja meneguk air yang ada di depan mata. 
“Tak sampai masa lagi nak ber ‘abang-abang’ ni.  Kalau rasa tak sabar sangat, esok kita bagi nikah, terus boleh panggil abang,” ujar abah dan ayah Zayed hampir serentak dan mereka ketawa lagi. 
Aku juga yang tertunduk menggumam sendiri.  Setelah beberapa ketika, aku minta diri untuk ke dapur.  Bila aku berlalu, aku tetap dengar suara mereka bergelak sakan.  Berbicara tentang pelbagai topik dan aku hanya duduk sendiri menghadap laman rumah yang menjadi tempat lepak kami sekeluarga. 
“Jauh termenung.” 
Tanpa sedar, ada yang menegur dan bila aku berpaling, Zayed dekat di sisiku.  Bersandar pada bingkai pintu dan menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. 
“Eh, Zayed,” tukasku sedikit terkejut.
“Baru pagi tadi jumpa ni jumpa lagi,” sambungku lagi.
Dia senyum.  “Pagi tadi mama ajak Rina datang rumah sebenarnya.  Bila Zayed kata yang Rina tak dapat nak datang, mama dan ayah ajak terus Zayed datang ke rumah Rina.  Nak kata apa lagi.  Alang-alang Zayed pun rindu, datang jelah.  Menziarah bakal mertua,” ujarnya bersama senyuman manis.
Dah tahu sebut perkataan rindu dah.  Desis hatiku sinis pad dia.  Aku pandang sisi wajahnya.  Hidung yang mancung, seulas bibir yang merah sensual dan juga sepasang mata  yang redup memikat.  Jarang ada doktor sekacak ini.  tapi rasanya mereka kacak cuma tidak sempat mempersiapkan diri sendiri dan kerana itulah baru hari ini aku lihat Zayed tampan begini setelah bertahun-tahun.
“Kenapa pandang?  Tak sabar nak peluk ke apa?”  tanya dia bercanda dan aku terus bulatkan mata.
“Mana adalah.  Pandai je dia.  dia tu yang tak sabar,” cemikku.
“Laa… kan Rina cakap Zayed dah banyak buang masa.  Buat apa nak terus buang masa?”  tanya dia tenang.
Aku mengangguk.  Benar juga.  Dia pun sudah melebihi angka tiga puluh dan aku juga akan menghampiri sikit waktu lagi. 
“Kalau macam tu, kita nikah bulan depan jelah…” cadangku sedikit main-main.
“Kenapa pulak bulan depan, minggu ni pun boleh kalau Rina nak.  Besides, I just can’t hold this…”  Zayed berpaling tiba-tiba.  Suaranya sengaja dia lunakkan.
Dia melekapkan kedua belah telapak tangannya ke dinding membawa aku terperangkap di tengah-tengah.  Wajahnya kian hampir dan terus mendekat.  Bila nafasnya terasa hangat di wajahku, aku kedipkan mata berkali-kali.  Hendak menolak dadanya adalah tidak mungkin tapi mataku tertangkap sesuatu.
“Err… Zayed… ayah awak,” ujarku pada dia tapi Zayed tetap buat tak tau.  Malah dia semakin galak cuba mengusikku.
“Jangan tipu.  Ayah kat luar.  Kenapa, Rina berdebar dok macam ni dengan Zayed?  Kenapa tak pernah cakap pun sebelum ni?  Sebab tu Zayed kekalkan jarak kita sebab tahu, kalau kita melangkah setapak lagi dalam hubungan kita, risau Zayed tak mampu kawal diri bila dengan Rina.  And now… you are here… me too,”  ucap dia dengan suara yang lebih lembut dari tadi.
Yes… you are here.  Me too and your father too!”  tekanku menggumam tapi Zayed hanya tersenyum.  Aku tahu dia mahu mengusik tapi ini sudah terlebih.
“Jangan tipu.  Diorang kat luar,” bantah dia sekali lagi. 
Aisehmen.  Dia ni, kenapa tak percaya sedangkan Uncle Zakaria sedang ralit memandang kami dengan senyuman sinis dan tangan bersilang ke dada.
“Zayed… please… your dad is here,” bisikku tapi dia tetap begitu.
“Jangan kata ayah, abah, dua orang mama pun ada ni haaa…,” ujar Uncle Zakaria membuatkan tubuh Zayed terus menjauh dariku. 
Wajahnya merah dan dia tersengih serba tidak kena. 
“Eh… uncle tertinggal.  Along dengan kak long pun ada ni,” tokok Along Zafran lalu semua ketawa.
“Ni tak boleh jadi dah ni.  Kerja satu tempat, esok juga kita nikahkan diorang ni.  Risau aku dengan budak Zayed ni…,” Uncle Zakaria mengeluh sedikit diselangi oleh tawa semua dan Zayed terus tersengih.
Yang malu, adalah aku.  Cepat-cepat aku berlari keluar dari dapur dan mendaki anak tangga naik ke atas.  Sekali doktor pakar jadi romantik, aku terus statik.  Macam plastik tapi dalam hati, ada sesuatu  yang berlagu secara akustik.  Ya, rasa hatiku pada dia yang sentiasa berdetik.

~~> bersambung

RM : Sejujurnya saya akui awal2... BI saya agak teruk.  Tapi sebab ni cerita doktor2 saya taram jugak BI.. pada yang sudi betulkan, saya sudi belajar.  Harap semuanya akan bertambah baik.  

53 comments:

  1. x pa...mencuba, belajar dari kesilapan..lama2 nanti boleh tulis novel versi inggeris pula.. cerita doktor ni mcm real pula...sangat2 suka kisah ini wlpn dlm hati berdoa agar kekasih hati terus setia..hehe...tahniah rehan..hasil tgn rehan semakin bermutu...saya kagumi dengan bakat yang ada pada rehan. semoga terus berjaya dalam berkarya..

    ReplyDelete
  2. i love you kak rehan! eheheh~ tengs utk n3 nih.. <3 zayed <3 zayed! eheh

    ReplyDelete
  3. nak lagi nak lagi :D suweitttt kemain, cair dengan Zayed :D

    ReplyDelete
  4. aisehmen....dup dap dup dap...terbaek la sis!!!!!!!
    & as always...zayed melt my heart & day...auwwww...

    ReplyDelete
  5. best sgt... nasib bukan ziyad tp zayed....

    ReplyDelete
  6. Best! Zayed dah pandai mengayat dah. Dah maju! Hahaha

    ReplyDelete
  7. alaaa...mana ziyadku ni..aduih...frust2..xpe2,ade mase lgi ziyad.. hehehe

    tpi,zayed skrag boleh than nkalnye..hahaha lwak plak bile kantoi..huhu

    ReplyDelete
  8. ya-a-awww..... lomantik, bombastic, fantastic, semuanya lengkap... i malu uuuu....

    ReplyDelete
  9. saya mengaku memang malas nk komen..hihi
    tapi citer2 awk sume best..
    ley wat senyum sorang2,lelh air mata kekadang..
    pleasss nex entri..huhu
    demand nyer~

    ReplyDelete
  10. Oh tidakkk, Zayed makin sweet! Jealous gila dah ni dgn Rina. Anyway, good job kak Rehan! Macam ni la best, sehari dua bab. Hihihi. Sokay, practice makes perfect! Thanks :)

    ReplyDelete
  11. tadi bw anak demam jumpe dr..kbetulan dr yg brtugas tu muda, tinggi,putih, hnsome and sweet je..haha..terus imagin dr zayed.haila...tergelak sorang2 dlm hati.

    ReplyDelete
  12. Terus tersenyum2 sorang2,so suweeet

    ReplyDelete
  13. Haha...xpe sama2 belajar...
    Zayed dah x sabar tu...
    -ieja-

    ReplyDelete
  14. Warghhhh...alhamdulillah..zayed yg dtg..hihik..

    ReplyDelete
  15. RM, don't worry. B. Inggeris yg digunakan dlm novel ni not bad. Byk peningkatan dari novel2 dan cerpen yg lalu. Sbg guru B.Inggeris, sy nasihatkan RM gunakan ayat yg simple sbb lebih selamat. Jgn lupa juga rujuk dictionary utk makna2 perkataan. Apa pun, teruskan berkarya kerana saya sgt meminati cerpen2 dan novel anda.

    ReplyDelete
  16. argh!!! dari syok nak tengok cite korea terus teralih mata ni bila Zayed yang datang risik Rina!

    ReplyDelete
  17. amboi Zayed..mna blh wak anak dara org mcm tu..da la kat umah sndri plak tu..ish ish. nak kena babab ni

    >>k<<

    ReplyDelete
  18. Lalala..dlm hati ada taman..thank to RM..ada 2 n3 ari ni..

    ReplyDelete
  19. itu lah harus nye zayed wat,cepat bertindak... tapi sabar2 dalam tindakan seterus nyer.... dapat kan sijil sah dulu,than rina is yours... romantik gak rupa nyer Dr zayed ne...

    ReplyDelete
  20. arggghh...jth cinta dgn SAM....I'm melting...(amna)

    ReplyDelete
  21. salam Rehan...

    Pergh E3 yg betui betui membuai emosi ek.. tak sangka si zayed tu mmg giler pandai mengayat..dan kelakar giler bila dia terkantoi ..terang terang depan famili dia..akak rasa mesti dia org dinikahkah lebih cepat dari masa yg telah ditetapkan ...
    Teruja nak tahu ..kesinambungan citer ni..apa yg akan ziyad lakukan...bila mendapat tahu yg dia dipermainkan oleh zayed..masa tu..adakah dia akan cuba rampas Rina..

    ReplyDelete
  22. sumpah terawang-awang kat sini bila baca! dah rasa macam jadi rina dah...may i have "zayed" too?! hehehe
    ape pon best kak RM!=)
    tak pe kak.just use simple english should be ok.sikit-sikit lama-lama advanced la english 2 ok!

    ReplyDelete
  23. like! tamo la ade pengacau2 yer.. xsanggup nak perabih ayaq mata cheq ni
    ~mizz acu~

    ReplyDelete
  24. lahai zayed... awat buang masa lama sgt... lau dr dulu dah take action, skrg dah leh peluk2 ... hihihi.. bahagia je rasa... best.

    ReplyDelete
  25. cepat zayed bertindak

    ReplyDelete
  26. Best sgt citer ni, harap menjadilah perancangan mrk tu yer......

    ReplyDelete
  27. hahhaha....gler sweet la zayed...gud job :)

    ReplyDelete
  28. best tul sarapan pagi ni, TQ rm

    ReplyDelete
  29. Soooo..... sweeeeet.....

    ReplyDelete
  30. sgt sweetttt...TQ kak RM ;)

    ReplyDelete
  31. So Sweet bila En Doktor jatuh cinta ni...
    cerita Rehan memang x pernah menghampakan pembaca,,,,
    Rindu Kak Long dan Abang Long terubat juga....
    Nasib baik Zayed yang datang dulu...... so Ziyed u dah terlambat ok....
    jangan sibuk nak kacau tunangan orang ok...

    ReplyDelete
  32. hahaha...ambik ko rina, nganga bila baru sebut terus kna risik..btul2 x sbr si zayed ni

    ReplyDelete
  33. xpe sy pun truk jgk lam bi, asl kita ckp or tulis org faham dah.. heehe
    best sgt, zayed dh tukar jd mamat romeo..

    ReplyDelete
  34. best sesangat..adoiiiii..x tdo mlm dk teringt crita ni..ish zayed..zafrina..

    ReplyDelete
  35. RM,

    BI okay, but need some improvement. Maybe lepas tulis, baca semula ayat tu. baru dapat lihat kesempurnaan dlm ayat-2 tu. Apa-2 pun , god job dear. Keep your good work and always write with your heart and souls.

    ReplyDelete
  36. aduhaiii rehan tersenggih kat dpn pc bace citer ..alahai sgt sweet ok...zayed2 angau betui...kekeke

    ReplyDelete
  37. waaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! malu la zayed nie..... hehehhehe tu la x caye rina ckp.... kn da kne tgkap kering...hehhehe comel hehheheh thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  38. aku suka.
    bagi 1juta bintang! wahahhhahaha!!






































































































    ILIKE!

    ReplyDelete
  39. wohooo....gile cairrr...gehgehgeh...

    ReplyDelete
  40. sambung pleaseee =)

    ReplyDelete
  41. this is beyond cute! HAHAHAHA comel gilaaa ;'D

    ReplyDelete
  42. zayed yg tiba2 tnjuk taring eih.haha.br nk tnjuk skill dah terperangkap.comel betul.mmg kena cpt2 nikah la kalau cmni.bhya.

    ReplyDelete
  43. Oh my god...ya Allah..rasa nak jerit2 je..baca...so sweettt...sweeettt sgttt....nak 1...hehe - cik hana

    ReplyDelete