Wednesday, April 03, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 13

BAB 13

PIPI aku ditepuk orang.  Cukup perlahan.  Disertakan dengan tepukan lembut pada pipi aku yang aku yakin sudah lebam kesan tamparan dua orang lelaki dan ketukan kuat pada dahi.  Menyengat sakitnya waktu ini.
“Siapa?”  tanyaku perlahan. 

Aku cuba buka mata yang kurasakan cukup berat.  Aku cuba juga mengangkat tubuh tapi tak berdaya. 
“Awak okey?”  Suara itu menyoal lagi. 
“Kau… si… sia… pa?”  tanyaku dalam susah payah.
“Nine,” jawab dia.
Serta-merta mata aku terbuka luas biarpun tak mampu aku angkat kelopak mata pada asalnya.
“Nine?  Awak buat apa kat sini?  Macam mana awak boleh jumpa saya?”  tanyaku ingin tahu dalam keadaan yang sedikit lemah.
“Syhh…”  Nine meletakkan jari telunjukkan tepat di tengah bibir dia sendiri. 
Dia menarik bahu aku dan tangannya memegang gari yang masih mengikat pergerakan.  Kemudian, dia memandang pula wajahku dan sinar mata itu jatuh tepat pada bibir aku yang lebam. 
Ibu jarinya mengelus lembut hujung bibirku.  Matanya nampak sedikit berair. 
“Maafkan saya, Naina… tak berterus-terang dan dah libatkan awak dalam hal ni.  Wajah lebam awak ni…”  Kata-kata Nine terhenti seketika sebelum menyambung.
“… kalau mampu saya peluk awak sekarang.”  Dia menggeleng kesal.
“Dan saya bersyukur sebab awak selamat tapi saya marah kenapa awak datang sini, Nine?  Kenapa sendiri?  Kenapa tak lapor pada pihak berkuasa?  Kenapa tak beritahu Amar?” 
Nine menggeleng.  “Awak tak kenal Neo… kata-katanya bukan main-main, Naina… saya tak nak dia apa-apakan awak.  Saya tak nak awak tercedera segaris  pun disebabkan saya tapi tengok awak sekarang…” 
Nine menggeleng lagi.  Kesal melihatkan aku.  Tapi aku, melihatkan dia di depan mata kala ini, sudah mampu membuatkan helaan nafas aku kembali teratur.
“Saya cuai, Nine.  Saya yang cuai bukan salah awak,” ucapku agar Nine tidak terus menerus menyalahkan dirinya. 
Nine diam.  Dia memusingkan tubuh aku dan cuba melepaskan tangan aku yang bergari tapi hanya keluhan yang aku dengar akhirnya. 
“Kalau saya paksa, pergelangan tangan awak akan luka teruk.  Boleh jadi ibu jari awak akan patah,” beritahu Nine. 
Aku senyum.  “Tak apa, Nine… janji terlepas dan saya mampu berkas Neo.  Tarik je tangan saya, tak apa.”
“Tak boleh.  Terlalu berisiko.”  Nine menggeleng.
“Kalau macam ni, saya sukar nak bergerak, Nine…”  Seraya itu aku memandang sekitar ruang. 
Nampak bagaikan sebuah bilik yang dikemas rapi.  Persoalannya, di mana Neo dan orang suruhannya?  Bagaimanakah Nine mampu membolos masuk ke sini?  Dari mana dia tahu tempat ini sedangkan aku sendiri, bila jaga saja masih tidak tahu di manakah lokasi ini. 
“Macam mana awak tahu saya kat sini?”  tanyaku.
Nine diam.  Matanya melilau ke kiri kanan.  Bila aku pandang ke pinggang kirinya, ada sepucuk pistol terselit di situ. 
“Nine, awak ada senjata…”
“Saya tak ada pilihan, Naina,” jawab dia pantas. 
“Awak kena bangun.  Kita kena beredar.”  Nine cuba mengangkat aku tapi aku menahan. 
Mahu melepaskan tangan yang bergari ke bahagian depan agar tidaklah terlalu menghalang langkah. 
Aku tarik lutut rapat ke dada dan membawa punggung aku melepasi tangan yang bergari.  Mengesot sedikit demi sedikit.  Melembutkan tubuh dan tulang sehabis daya hingga akhirnya, tangan yang bergari sudah ada di depan, aku senyum. 
Nine tersengih sendiri.  “Sakit?”  tanya dia sepatah.
Aku menggeleng. 
“Macam ni lebih mudah nak bergerak atau nak mengelak serangan tapi senjata saya tak ada…”
“Cukuplah saya ada untuk awak, Naina… tak ada senjata pun tak apa sebab saya akan jadi pengadang untuk awak.  Awak tak akan cedera.  Yakinlah!”  tekan Nine bersungguh-sungguh.
Melopong juga aku sesaat dua tapi pantas aku mengangguk bila lengan aku dipaut Nine meminta aku bangkit.  Baru saja kami menapak setapak dua, daun pintu ditolak dari luar.  Nine pegun.  Aku juga. 
Cepat-cepat Nine memaut pinggang aku dan menolak aku berada di belakangnya. 
“Apa-apa jadi, awak tetap duduk belakang saya,” pesan Nine bergumam. 
Seraya itu muncul wajah seorang lelaki.  Orang suruhan Neo yang pertama iaitu Bai. 
“Oh, satu kejutan.  Bos!!!”  Suaranya menjerit kuat.  Tanpa ada riak terkejut sedikit pun.  Seperti telah menjangka yang Nine pasti ada.  Seperti satu perangkap. 
“Oh yeah… aku tahu, Bai… dia akan datang.  Datang selamatkan kekasih hati.  Datang untuk selamatnya nyawa dia.”  Neo bersuara bila muncul dari balik dinding. 
Daun pintu ditendang kuat.  Bai bercekak pinggang.  Neo menapak merapati kami dan Nine menolak tubuh aku agar menapak ke belakang sedikit.
“Kau tak boleh mungkir janji dengan aku, Neo…  kau bermusuh dengan orang lain, kenapa Naina jadi mangsa.  Kalau kau nak bunuh aku, kau bunuh sekarang tapi aku nak kau lepaskan Naina!”  ucap Nine bertegas.
Neo berdecit dan menggeleng.  Dia melabuhkan duduk di birai katil dan mendongak pada kami.  Gaya yang sama.  Masih dengan topi  yang menutup wajah dan juga cermin mata hitam yang menyorok separuh wajahnya.
“Aku tak culik dia untuk semudah itu lepaskan dia pergi, Nine.  Aku tahu kau tak pernah salah.  Tak ada yang salah tentang kau tapi kebencian aku pada kau, itulah yang membuatkan kau jadi pesalah, Nine dan hari ni… perempuan cantik ni…”  Bibir Neo herot lagi dengan senyuman.
“… salah satu kesalahan kau!”  Neo bangkit dan terus mengacukan pistol tepat ke dahi Nine membuatkan aku terjerit sendiri. 
Secara tak sedar, aku membawa tubuh aku mengadang tubuh Nine.
“Jangan tembak dia.  Jangan apa-apakan kalau kau nak selamat!”  Itulah amaran aku pada Neo tapi dia ketawa lagi.
“Bai, tengok Bai… agaknya betullah tanggapan bos yang Nine memang patut mampus sekarang!” 
Bai ketawa.  “Betul tu, bos.  Tembak je!”  giat Bai pada Neo. 
“Kau ni kan…”  Neo menumbuk bahu Nine yang luka membuatkan Nine mengaduh kuat. 
“Jangan!”  Aku cuba menumbuk Neo tapi pergerakan sedikit terbatas namun kaki kiri pantas naik menendang perut Neo.
Dia terdorong ke belakang beberapa tapak sebelum kembali menghampiri dan merentap rambut aku sambil mengacukan pintol itu pada Nine.
“Kau sayang sangat jantan ni?  Sayang sangat ke?”  jerit Neo dekat pada telinga aku. 
Aku diam tidak menjawab.  Hanya mengerling pada Nine dan bila Bai menghampiri, satu tumbukan padu dilepaskan pada perut Nine dan Nine jatuh melutut.  Begitu mudah, Bai menarik rambut Nine membuatkan wajah itu mendongak pada aku dan Neo.
“Jangan apa-apa dia, Neo.  Dia tak sihat sepenuhnya lagi,” rayu aku pada Neo bila melihatkan ada kesan merah di balik jaket kulit Nine.  Membasahi baju T putih yang membaluti tubuh dia.
Neo mendekatkan bibirnya pada telingaku.  Dikucup hangat.  Lama.  Mata aku pejamkan serapat mungkin.  Jijik sungguh dengan perbuatan dia.  Andai aku terlepas dari gari ini, akan aku ajar dia akan erti rasa sakit dalam hati aku.
“Kalau macam tu, sanggup korbankan diri kau untuk dia?  Jantan tak guna ni?  yang tak pernah kau kenal dia siapa?  Jahat ke baik ke?”  gumam Neo hangat.
Aku tahan hati.  Jiwa aku bergelodak.  Dada aku hampir pecah menahan marah. 
“Apa-apa saja, Neo tapi jangan apa-apa dia,” rayuku sekali lagi tanpa menghiraukan kata-katanya.
“Kau jangan apa-apa Naina, Neo.  Ini antara kau dan aku.  Tak ada kena mengena dengan Naina!”  tempik Nine cuba melepaskan cengkaman Bai pada rambutnya. 
Nine berusaha.  Aku tahu dia cuba berusaha keras biarpun wajah itu berkerut menahan sakit yang pasti menyengat.  Hingga akhirnya, dia berjaya melepaskan rambutnya daripada cengkaman Bai, tangan Bai dilipat ke belakang.  Satu tumbukan dilepaskan tepat ke pipi Bai sebelum kakinya menendang belakang lutut Bai membuatkan Bai jatuh melutut dan Nine terus mengacukan muncul pistol tepat di atas kepala Bai.
“Nine, aku…” 
Tak beri peluang Bai bersuara, Nine menghentak hulu pistol tersebut di atas kepala Bai hingga Bai jatuh terkulai di kakinya.  Pitam.  Kemudian, pistol itu dihala pula pada Neo.
“Aku boleh bunuh kau kalau aku mahu, Neo tapi aku bukan pembunuh.  Kau lepaskan Naina dan aku akan lupakan semua ni,” pujuk Nine tapi Neo hanya senyum. 
“Kau berani…”
“Apa saja aku berani jika bersabit dengan Naina.  Apa saja Neo, termasuk nyawa aku dan jangan paksa aku lepaskan tembakan.” 
Saat ini, picu sudah ditarik.  Aku nampak tangan Nine menggeletar.  Ya, menggeletar.  Pastilah tak pernah memegang senjata apatah lagi menghalakan pada sasaran.  Wajahnya nampak pucat.
Terkedu aku dengan kata-kata Nine.  Juring mataku terasa basah.  Tak lepas aku memandang dia yang nampak gugup. 
“Kalau aku mati…” Suara Neo terhenti di situ.
“Naina akan ikut sama, Nine,” sambung Neo sambil menolak tubuh aku kuat terarah pada Nine. 
Elok saja Nine menyambut tubuh aku yang terhuyung-hayang ke dalam pelukan dia, kami sama-sama rebah ke lantai.  Neo menapak laju keluar daripada bilik dan aku dipapah Nine bangkit hendak berlalu juga.
“Nine, saya tak boleh pergi macam tu je.  Neo ada depan mata.  Konco-konco dia juga ada kat sini dan saya tak akan lepaskan diorang macam tu je,” ujarku pada Nine bila dia sedang cuba melepaskan pergelangan tangan aku daripada cengkaman gari yang Neo pakaikan.
Nine merengus.  “Ini bukan masa yang tepat, Naina.  Awak perlukan bantuan yang lain.  Tak mungkin awak mampu uruskan dia sendiri…”
“Saya mampu, Nine… kalau tangan saya tak digari…”
“Dan Neo dah pergi!”  jerit Nine pada aku. 
Nafas lelah dilepaskan berat.  Dia meraup wajahnya berkali-kali dan mencampakkan gari  yang baru saja berjaya dibuka ke dinding.  Aku mengurut pergelangan tangan aku.  sakit, pedih malah meninggalkan kesan. 
“Saya akan kejar dia.  Awak call Tuan Radzi untuk jemput awak pulang.  Saya call Amar minta bantuan.”  Aku tak kalah juga.  Malah kaki sudah sedia melangkah tapi pergelangan tangan direnggut Nine.  Kasar.
“Are you insane?!”  herdik Nine kuat. 
Aku memandang dia tajam.  Berani dia mengatatakan aku gila?
“Jangan halang saya, Nine… saya perlu…”
“Mati kat tangan Neo?  Heh, Naina… kalau saya tahu awak nak bunuh diri kat tangan Neo, saya tak susah payah datang sendiri.  Saya tak selamatkan awak.  Tak pertaruhkan nyawa saya untuk awak, Naina.  Awak tak mampu buat masa ni, Naina.  Awak perlukan bantuan.  Tapi, bukan sekarang.  Setidak-tidaknya awak dah boleh cam dia siapa,” larang Nine keras.
“Tak, awak tak faham.  Dia ada depan saya tadi tapi saya tak mampu buat apa-apa tapi sekarang saya akan kejar…”
“Jangan jadi bodoh, Zunaina!”  Naina mencekup kedua-dua belah bahuku.  Matanya menyata-nyala menahan marah.
“Dia sangat bahaya, Naina…”
“Dan awak tak cakap pada saya apa yang benar!”  tempelak aku pula. 
Bahu aku dilepaskan.  Nine sekali lagi meramas rambut dia. 
“Maaf, Naina.  Saya tak nak awak berada dalam keadaan bahaya macam ni.  Niat saya baik tanpa saya sedar, awak ada tanggungjawab yang nak awak lunaskan.  Cumanya, buat masa ni saya merayu, kita balik… awak buat laporan.  Pada saya awak selamat, dah lebih dari cukup, Naina,” ajak Nine memujuk.
“Tapi, pada saya… saya tak puas hati bila dia lepas macam tu je.”
“Jangan keras hati, Naina… awak tak kenal dia…”
“Dan awak beritahu saya siapa dia dan apa dendam dia pada awak sampaikan dia nak bunuh awak?”  cantas aku.
Nine diam.  Lama.  “Saya hanya nak yang bahagia saja dengan awak, Naina.  Kalau ada yang menderita tu, biarlah saya sorang je.  Saya tak mungkin dan tak akan libatkan awak.” 
Kelu.  Aku hilang kata-kata bila Nine sekali lagi melahirkan rahsia hatinya.  Terang lagi bersuluh yang dia jatuh suka pada aku.
“Ini bukan tempat dan masa yang sesuai untuk kita bercakap.  Boleh jadi Neo akan kembali.  Kita ke balai dulu.  Awak boleh buat report dan jalankan siasatan kemudiannya.  Tolong, Naina… tolong dengar cakap saya,” pujuk Nine lagi.
Lemah.  Terasa longlai melihatkan mata itu redup merayu.  Terasa sebu hatiku merasakan perhatian seorang lelaki buat pertama kalinya.  Mempertaruhkan nyawa sendiri hanya untuk aku. 
“Awak berdarah,” tegurku menamatkan pertelingkahan kami.
Dia aku dekati.  Jaket kulitnya aku tolak ke tepi sedikit tapi Nine pantas mencekup pergelangan tanganku.
“Awak cedera,” tegur dia pula.
Aku senyum.   Dia mengangguk.  “Jangan cedera lagi sebab saya, Naina… saya tak mampu nak lihat.”
“Dan jangan pertaruhkan nyawa lagi untuk saya, Nine… saya tak mampu nak lihat.”
Senyuman Nine melebar.  Senyuman hambar dan tawar. 
“Untuk awak, Naina… saya hanya seorang lelaki yang…”  Bibirnya diketap lama.  kata-katanya terputus. 
“Arghh…”  Ditekannya bahu yang nampak kian berdarah.
“Mari, Nine… saya dapatkan bantuan,” ajakku seraya memapah tubuh sasa Nine berlalu daripada bilik itu. 
Tiba di kereta milik Nine, aku dudukkan dia di tempat penumpang dan aku terus mengambil tempat di bahagian pemandu.  Telefon bimbit Nine aku capai tanpa persetujuan dia.  Nombor Amar aku dail.
“You kat mana, Naina?  Buat I risau?”  soal Amar keras.
“Tuan Radzi telefon I… dia cakap dia telefon you tapi tak sempat cakap, talian putus.  Kenapa?  You kat mana?  Tak apa-apa ke?  Semalaman I tak dapat kesan you, Naina.  You kat mana?  I telefon Pullman pun you tak ada.” 
Bertubi-tubi soalan dan pertanyaan Amar masuk ke telingaku.  Entah mana satu yang harus aku jawab dulu.  Melihatkan Nine yang sedang kesakitan, hatiku luluh.
“I kena culik Amar.”
What?”  Suara Amar memecah talian.  Sangat kuat.
“You kat mana sekarang?  Siapa culik you? You macam mana?  Cedera ke tak?” 
“I okey je, Amar.  Jangan risau.  Nine tiba tepat pada masanya.  Nine dengan I sekarang.  Kami on the way balik.  I nak hantar Nine ke hospital dulu.  Lepas tu I akan balik buat laporan dekat HQ.  Kita jumpa kat sana nanti,” jawabku tenang.
“Lokasi you kat mana sekarang?”  soal Amar lagi.
Aku mengilas sekeliling.  “I pun tak pasti tapi macam dekat pelabuhan.  I mark tempat ni untuk kita buat siasatan lanjut tapi sekarang, I nak memandu.”   Talian aku matikan bila Nine membuka mata.
Kami saling mengerling.  Nine senyum.  Tangannya ringan terangkat menyentuh telinga kiriku.  Disapunya lama dengan kudrat yang sedikit lemah.
“Saya rasa nak bunuh Neo bila dia kucup awak, Naina.  Lain kali kalau dia apa-apakan awak, boleh saya bunuh dia?”  Jujur saja soalan Nine pada aku.
Aku ketawa halus.  “Tak ada lain kali, Nine… jangan risau.  Lain kali tu saya sendiri akan bunuh dia,” jawabku membawa senyuman tipis pada bibir Nine yang kian pucat. 
“Awak mesti banyak soalan nak tanya pada saya, kan Naina?”  soal Nine.
Aku mengangguk.  “Terlalu banyak dan kali ini saya harap awak bantu saya, bantu pihak polis bagi maklumat pasal Neo.  Dia dah terlalu berani.  Saya janji, akan tangkap dia.  Penjarakan dia,” janjiku pada Nine.
Dia senyum dan mengangguk.  “Setakat yang saya tahu, saya akan beritahu awak, Naina…”
“Terima kasih, Nine.  Cumanya buat masa sekarang ni, saya nak tanya awak soalan lain.  Tadi awak cakap awak hanya seorang lelaki yang… yang apa?”
Bibir Nine menggariskan senyuman. 
“Lelaki yang hanya ingin selalu awak cinta, Naina…,” akui Nine membawa pergi seluruh tenaga aku yang sememangnya hanya sedikit berbaki.  

~~> bersambung

20 comments:

  1. aiyo..sape neo ni?
    nine, byk sgt simpan rahsia...

    ReplyDelete
  2. allapakk!!.. neo tak jantan lah!.. boleh dia blah mcm tu jek bila kwn dia dah tumbang!...

    ReplyDelete
  3. banyak rahasia Nine... Naina si Heroin makin penasaran :D

    ReplyDelete
  4. Nine... sanggup jadi penghadang dan perisai pada naina. adoi, ade lagi zaman sekarang ke ni? lalala

    ReplyDelete
  5. alahai.. neo ni sape ye... sian nine...

    ReplyDelete
  6. mcm mana nine blh jmpa?

    nine ke bos yg neo ckp 2???

    musykil ni...

    kak RM..
    tlg jawab...(^_^)

    ReplyDelete
  7. Bkn Nain boss yg Neo ckp tuh. Tpi kn dia org mgkin penah gaduh cz smlm kn Neo kta tmpt biasa. Lg pn kn dia ada ckp kt bai yg ptut la boss suh kta bunuh nain. Ini menunjukkan Neo n konco2 dia ada dendam dgn Nain n Tn. Benjamin. Tpi cayalah Nain! sggup pertaruhkn nyawa utk Naina. Cpt smbung ya, RM...

    ReplyDelete
  8. alaaaaaaa..kenape sikit jer n3 nie...x puas laaaa...esok Kak RM ade n3 baru..

    ReplyDelete
  9. sob..sob...touche nyerrr...

    ReplyDelete
  10. wow bestnye.... x sabar nak tunggu next n3 :)

    ReplyDelete
  11. siapakah Neo ..sebenarnya dan apakah kaitan antara mereka bedua sehingga berlaku sengketa yg tiada penghujungnya..

    ReplyDelete
  12. Huhu berdebar2 nk tau sape nine dan sape neo sbnrnya... Mcm tba2 syak neo adlh amar plak heheheh3

    ReplyDelete
  13. walaweh..... nine sweet gila brader... :D pengsan seminet.... :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  14. Blog ni tak mesra mobile la. Susah nak baca huhu.. Cik writer tlg buat sesuatu agar sy mudah baca melalui ipad

    ReplyDelete
  15. kenapa lama sangat brek? smbgla lg

    ReplyDelete