Tuesday, May 08, 2012

Kerana Sekali Cinta [19]

BAB 19

TAJAMNYA renungan Anaresa rasanya boleh menjadi pedang samurai. Boleh membelah jasad Jimmy yang sedang tegak berdiri merenung kami berdua. Secara tepatnya merenung Anaresa.

“Jimmy, awak sedar tak awak cakap apa ni?” tanya Anaresa dengan gigi yang dia ketap kuat.

“Saya sedar sebab tu saya cakap,” jawab Jimmy tak bernada.

“Saya isteri orang Jimmy. Awak tahu tak berdosa ajak isteri orang kahwin ni?” Suara Anaresa semakin keras dan tegas.

Jimmy angguk lagi dan Anaresa mengeluh. Aku juga melepaskan keluhan berat. Budak-budak sekarang susah nak lentur amukan perasaan cinta masing-masing. Aku bawa anak mataku memandang Anaresa dan aku cengkam sikit bahu Anaresa meminta dia bertenang.

Jangan mudah melatah sebab aku boleh nampak amukan rasa dalam anak mata Jimmy. Api cemburu tak tentu hala. Tak ada tujuan langsung.

“Sayang… kan baru sedar ni. Suara tu perlahan sikit,” bisikku lalu aku tarik tuala kecil tadi lantas aku tutup kepala Anaresa. Aurat dan kecantikan dia milik mata aku aje.

“Dia tu ajak Resa kahwin dengan dia kenapa?” rungut Anaresa dengan bibir yang muncung. Aku lebarkan senyum dan mengedipkan mataku sekali.

Bahu Anaresa aku tarik rapat ke dada dan sengaja aku bawa bibirku rapat ke telinga Anaresa kononnya membisikkan sesuatu tapi tak ada apa pun.

“Ala, abang ni… manja la tu.”

Aku bulatkan mata setelah wajah kami menjauh. Pandai isteri aku berlakon. Terkejut juga bila dia menyahut bersama tangan yang menekup mulut yang sedang ketawa manja.

“Kau dari mana Jimmy? Bukan tadi balik hostel dengan Azi dan Haqmi ke?” soalku tenang.

Dia merengus tanpa menjawab soalanku. Kemudian dia menapak mendekat dekat sikit ke arah kami.

“Dah lama. Aku ada kat situ sejak kau cakap lompat-lompat lagi,” jawab dia kasar.

Aku ketap bibir. Mengendap aku dengan Anaresa dari tadi lagi rupanya. Entah macam mana aku nak buat Jimmy faham akan sikap matang seorang lelaki. Nak matang apa kalau memang dia baru berumur dua puluh tahun. Sebaya isteri aku.

Aku bangkit dari birai katil dan sempat lagi tunduk membaiki tuala yang menutupi kepala Anaresa. Dia sengih tayang wajah comel dia sedangkan hati suami dia ni bergelodak rasa nak tumbuk budak Najmi ni.

“Biar abang cakap dengan dia kejap, ya?” ujarku.

“Resa nak dengar.”

Aku geleng kepala dan aku hadiahkan kucupan tipis di dahinya. Tepat pada ubun-ubun itu kerana di situlah ada nafas dan nadi.

“Man to man talk. Sayang dok sini.”

Tidak dapat tidak, Anaresa mengangguk dan aku menapak mendekat pada Jimmy. Bahunya aku paut. Agak erat kali ini.

“Emm… apa aku nak cakap pada kau ya, Jimmy?” tanyaku memulakan bicara bila kami sama-sama membelakangkan Anaresa.

Dia melangut memandangku. “Nak cakap apa? Aku dah cakap tadi, aku cintakan Resa dah lama dan aku nak kahwin dengan dia.”

Megahnya dia bercakap. Sewenang lidah dia saja nak kahwin dengan isteri aku. Aku berdehem beberapa kali. Hati ini tak lepas beristighfar. Bukan apa, sudahlah penat tubuh tak hilang. Risau isteri tak sihat juga tak lega lagi, bahang aku nampak dia pegang tangan Anaresa masih tak sejuk, ini tambah pula dengan kata-kata kurang cerdik dia tu. Bimbang aku campak dia keluar dari bilik ni je dan itupun melalui tingkap. Bukan melalui pintu.

“Jimmy… kau tahu kan Resa tu isteri aku?” Kali ini aku lebih serius. Cukuplah aku berlembut dengan mamat ni. Payah nak faham sukar nak mengerti.

Dia angguk. “Habis tu, kalau isteri?”

Memang dia mencabar kesabaran aku. Pelukan pada bahuku aku perkemaskan menghantar isyarat bisu yang aku sedang menahan geram.

“Tahu taka pa hukumnya ajak isteri orang kahwin ni? Tahu tak apa hukumnya cuba meruntuhkan masjid orang ni?”

“Aku tahulah. Habis tu kau ingat aku bodoh sangat tak tahu semua tu?” Eleh, makin eksyen mamat ni.

“Dah tu, kalau kau tahu kenapa kau cakap macam tu lagi? Mengendap aku dengan bini aku dari tadi? Ni mujur aku tak cium mulut Resa ke, masuk selimut dengan dia ke. Buatnya aku buat semua tu, kau pakai telan air liur jelah tengok kami, macam tu?” tanyaku geram. Terluah sudah sikit.

Dia nampak gamam. “Cinta aku tak mudah tewas. Kalau dulu Resa tolak, hari ni aku akan pastikan dia akan pilih aku…”

“Tapi masalahnya, dia dah pilih aku. Aku suami dia sekarang ni. Apa lagi yang kau nak harapkan Anaresa lagi. Dosa tahu tak? Kau cerdik pandai, kan? Lelaki, kan?” cantasku geram.

“Habis tu kau ingat aku perempuan ke?”

“Haa… sebab aku rasa kau lelakilah kau kena matang. Act macam lelaki. Matang dan macho. Bunga bukan sekuntum la, Jimmy.”

“Tapi, aku tetap tak puas hati sebab Resa pilih lelaki tua macam kau. Nak-nak bila aku tahu dia kenal kau kejap je sedangkan aku kenal dia dari Matrikulasi lagi. Apa yang kurang dengan aku ni? Bapa aku Dato’ apa? Kau nak tahu aku lelaki ke tak, kita bet, siapa Resa pilih akhirnya.”

Mak aih… makin teruk budak ni. Aku lepaskan cengkamanku pada bahunya. Lantas aku rapat ke katil Anaresa dan wajah senyum itu aku kucup sekali lagi di depan Jimmy. Sengaja begitu biar dia terasa lebih hangat dari biasa. Tak dengar Hot.fm pun tak apalah. Tengok aksi kami je sudah.

Tapi kejap je sebab lepas tu, aku tarik langsir berwarna hijau muda itu lalu menutup katil Anaresa. Mujur bilik ni tak ada pesakit lain memandangkan ini hanyalah poliklinik saja. Katil pesakit pun ada dalam tiga buah saja.

“Okey, Jimmy. Apa lagi yang kau tak puas hati dengan kami? Silakan cakap.” Aku menuturkan kata setelah kembali rapat pada dia.

Sesekali aku kalih ke belakang dan ternyata Anaresa sedang mengendap kami. Haih, isteri aku ni pun. Nak tahu je. Bila aku buat muka, dia tutup semula langsirnya.

“Itulah aku cakap tadi. Aku pelik sebab rasanya, aku pun tak kurang handsome nak banding dengan kau. Entah-entah kau guna-gunakan Resa, tak?” tuduh dia bersama senyuman sinis.

Mujur juga suara kami masih perlahan. Man to man talk… haruslah sopan dan menjaga tingkah. Tak payah terjerit-jerit macam pasar Selayang.

“Aku ada dua jawapan untuk aku beri pada kau, Jimmy…,” ujarku tenang.

Dia jongket keningnya tinggi. Nampak wajah bongkak tak boleh nak terima hakikat dalam rautnya. Memang dia tampan pada mata lelaki aku tapi Anaresa hak aku. Jadi, senang cerita, aku tamatkan di sini. Sebab hari dah malam, esok pagi aku heret Anaresa pulang dan tinggal dengan aku. Makin cuak aku dibuatnya.

“Satunya sebab aku lelaki berani, bukan setakat ayat malah aku hantar rombongan meminang dan keduanya, sebab Allah dah tulis Anaresalah tulang rusuk aku yang hilang tu, sebab tu kami bersama sekarang ni. Kau hebat sangat ke nak tentang takdir? Hebat sangat jadi anak Dato’? Aku pun rasa hebat jadi anak bekas Juruteknik je. Abah aku juruteknik pencen je pun. Tapi, aku ada keberanian dan restu orang tua. Bukan macam kau yang mungkin main ayat je. Puas hati dengan jawapan aku?” Aku jongket kening.

Dia diam seketika sebelum membentak. “Arghh… aku tak percaya Resa betul-betul pilih kaulah, Zafran. Kau perangkap dia, kan sebab tu korang kahwin tergesa-gesa, kan?” tuduh dia tak puas hati.

Aduhai, apa masalah mamat ni. “Wake up lah, Jimmy. Aku tak pernah halang Anaresa kawan dengan kau. Tapi tadi, bila aku tengok kau pegang tangan dia, aku masih boleh sabar sebab aku faham jiwa anak muda macam kau ni. Aku pun pernah muda, bro. Aku matang dan aku pujuk hati aku cakap kau tak sengaja biarpun jelas kau sengaja. Tiba-tiba kau kata cintakan dia, aku juga boleh terima sebab Resa tak mampu halang orang dari suka dia dan aku faham tu sebab aku pun ada juga peminat. Tapinya, bila kau ajak dia kahwin, aku rasa kau ni mesti kurang waras masa kau cakap macam tu,” ujarku panjang lebar.

“Come on, Jimmy. Perempuan bukan sorang dalam dunia ni. Jangan duga rumah tangga kami macam ni, boleh tak?” sambungku separuh meminta.

“Masalahnya, perempuan yang lain tak sama dengan Anaresa. Dia lain dari yang lain,” bentak dia.

“Dan itulah yang menjadikan dia isteri aku. Sebab aku juga sorang yang istimewa untuk dia,” tukasku pantas.

Ingat kala aku mengejar kasih Anahara dulu, dia juga bukan milik aku dan aku juga sekeras Jimmy mempertahankan cinta dalam hati. Rasanya aku dah berani waktu tu, tapi Jimmy lebih berani. Anak muda sekarang, mudah hanyut dengan cinta.

“Kecewa dalam cinta ni akan mematangkan kau, Jimmy. Yang penting, dosa pahala kau kena ambik kira. Jangan fikir hati semata-mata,” nasihatku berniat hendak menutup kata.

Jimmy bercekak pinggang. “Tak mudah aku nak lupakan Anaresa, Zafran. Dan aku yakin kau memang perangkap dia, kan?” Dia terus membuat tuduhan tak berasas.

Aku tepuk dahi. “Kau nak aku tumbuk kau ke baru kau nak percaya kami kahwin sebab cinta dan jodoh kami?”
Suaraku dah mula berdentum sikit. Siap bercekak pinggang dan rasanya tangan ini makin ringan terangkat. Bila-bila masa, tertukar pesakit. Boleh jadi Jimmy pula terlantar atas katil Anaresa tu.

“Tolonglah, Jimmy. Jangan buat kematangan dan kesabaran aku susut sebab ayat-ayat kau ni, boleh tak?”
Dia ketawa sinis bila aku merayu begitu. “Kita tengok nanti, mampu tak aku raih Anaresa dari tangan kau!” tekan dia yakin.

“Jimmy… kau ni kan…”

Baru saja aku genggam penumbuk aku dengar suara Anaresa yang macam sedang menahan sakit. Dia menyelak langsir itu dan sedang menekup mulutnya dengan wajah yang berkerut memandang aku dan Najmi ataupun Jimmy Asmara tu.

“Yang, kenapa?” Aku resah.

“Abang… Resa… uwek… uwek…” Resa tekup mulutnya dan berlagak sedang menahan muntah.

Ya Allah, apa lagi sakit isteri aku ni. Cepat-cepat aku dekat pada dia dan mendaratkan tanganku di belakangnya, menepuk belakangnya lembut.

“Resa rasa nak… uwek… uwek…” Suara itu kedengaran lagi. Aku pandang Jimmy dan Anaresa pandang aku. Sudahnya, aku dan Jimmy pandang Anaresa.

“Sayang sakit ke? Abang panggil doktor kejap, ya?”

Baru hendak bangkit, Anaresa menahan. Dia senyum malu dan menggeleng. Telapak tanganku dia lekapkan ke perutnya.

“Perut ni berisi kot,” ucap dia tenang dan aku melopong tak terkata apa.

Jimmy hampir terduduk kala ini. “Resa…” Hanya itu yang terbit dari bibir Jimmy.

“Kami kahwin bukan sebab terpaksa, Jimmy. Kalau tak, tak kan ada penghuni dalam perut saya,” ujar Anaresa lagi.
Kepalaku sukar nak cerna. Pantas akal menghitung waktu kami bersama. Dalam waktu tiga minggu ni, tak kan secepat ni? Ya Allah, sungguh ke ni? Nak gembira ke nak curiga ni? Parah!

“Be… betul ke Resa me.. ngandung?” Suara Jimmy gagap.

Bila Anaresa mengangguk, dia mengeluh dan meraup wajahnya berkali-kali. Perlahan-lahan dia bawa langkah kakinya keluar daripada bilik.

Setelah pintu tertutup kembali, Anaresa ketawa halus tapi aku tak mampu nak ketawa. Bermacam andaian buruk dalam kepala aku ni. Anaresa menarik aku duduk di birai katil dan sekali lagi dia mendekatkan tubuhnya pada dadaku tapi aku pantas menolak.

“Abang kenapa?” soal dia nampak merajuk.

“Resa cakap betul-betul dekat abang? Betul ke Resa pitam hari ni sebab Resa pregnant?”

Dia diam. “Dah abang nak sangat perut Resa berisi? Tak sudi pulak?”

“BUkan tak sudi tapi abang rasa tak sesuai waktu sekarang ni. Belum cukup kot. Kalau betul berisi, berapa hari usia dia? Sayang jangan main-mainkan abang?” tegurku.

Dia mengerutkan wajahnya. “Kalau Allah nak bagi, usia dia tujuh hari pun boleh apa?”

“Memanglah, yang. Tapi tak logiklah kot. Sayang cakap betul-betul dekat abang,” tekanku lagi. Air wajah Anaresa keruh. Birai matanya nampak berair.

“Maknanya kalau betul Resa berisi, abang tak nak mengaku anak abanglah, macam tu?” marah dia. Ada sendu di hujung suaranya.

Ya Allah, rasa bersalah pula pada isteriku ini. Rasa macam mencurigai dia pula. Teruknya. Aku istighfar berkali-kali. Teruknya aku ni. Sebelum ni, siapa yang beria menyentuh setiap inci tubuh itu dan hari ini, aku hampir mencurigai dia.
Aku paut tubuhnya biarpun Anaresa menolak. Ada esakan halus menyapa telingaku.

“Syhh… abang minta maaf. Abang tak kata macam tu. Abang tetap bersyukur kalau betul. Cumanya, abang nak heret Resa balik tinggal dengan abang dah lah nanti. Tak ada dah game atau outdoor nanti. Kalau betul, itu anak abang. Anak benih abang. Anak kita,” pujukku pada dia.

Esakan Anaresa agak kasar. “Sampai hati abang nak curiga,” rengek dia.
Aku senyum dan menolak bahunya. Airmatanya aku seka dengan hujung jari lantas aku kucup pipinya bertalu-talu.

“Tak nak cium Resa!” larang dia.

“Habis tu nak cium siapa? Nurse kat luar tu? Cantik juga tadi nurse muda tu? Nak ke abang pergi cium dia?”

“Kalau abang hadap sangat perempuan tak halal untuk abang, pergilah!”

Aku senyum. “Dah tu, Resa tak nak?”

Dia diam dan merenungku dengan airmata yang tersisa di tubir mata. “Kenapa abang sorok dari Resa?” tanya dia tiba-tiba.

“Erk… abang sorok apa?”

“Abang nampak Jimmy pegang tangan Resa?”

“Maaf, sayang…” Telapak tangannya aku kucup hangat.

“Bagi abang Resa tak salah. Salah tu perbuatan Jimmy dan abang tak nak kecoh-kecoh dekat hospital ni kalau kita boleh tanganinya. Cuma tadi bila dia bentak macam tu, abang memang hampir hilang sabar. Nasib baik tak singgah penumbuk sulung abang ni kat muka dia,” beritahuku.

“Emm… mujur Resa terlintas nak berlakon tadi. Kalau tak sampai ke sudah budak Jimmy tu dok situ je. Benci!”

Aku terkujat sendiri. Berlakon? Yang uwek… uwek tu tadi lakonankah? Biar betul isteri aku ni. Tadi, menangis tapi berlakon je padahal dia mengandung.

“Perut ni tak berisi?” soalku.

Dia cebikkan bibir dengan mata yang kuyu lalu dia angguk. “Tak,” ujar dia sepatah.

“Kenapa bohong?” Aku mula rasa geram. Dia main-main pulak hal ni.

Anaresa senyum bila dia menyapu baki terakhir airmata di tubir matanya. Dia merapatkan tubuhnya padaku sekali lagi. Tubuhku dipeluk erat.

“Sebab Resa nak bagi tahu abang yang Resa dah sedia nak ada satu nyawa dalam perut Resa,” ujar dia romantis dan kali ini sudah mampu membawa bibirku tersenyum lebar dan semakin melebar.

Aku paut tubuhnya dan perlahan-lahan aku rebahkan tubuhku di atas katil pesakit dan membawa Anaresa terbaring di atas tubuhku tapi tak sempat nak romantika lagi, pintu ditolak dan muncul jururawat tadi. Dia senyum dan aku pantas berdiri dan menggaru kepala yang tidak gatal.

“Err… isteri saya dah boleh keluar kot, nurse?” Aku menyembunyikan kecanggungan diri. Anaresa senyum dan jururawat itu juga.

Dia angguk. “Puan pitam je tadi, de-hidrate. Kejap lagi doktor masuk, kalau dia kata okey, encik boleh bawa puan balik, ya,” beritahu dia dan terus saja berlalu.

Fuh, malu. Aku pandang Anaresa yang sedang tahan ketawa. Geram tengok wajah dengan rambut terdedah itu. Nampak seksi bila mataku terpaku pada leher putih bersih itu. Kolar baju yang terbuka butangnya itu menampaknya sedikit tubuhnya yang gebu. Aku duduk kembali lantas aku rapatkan tubuhku pada dia.

Anaresa tidak menolak lagi seperti sebelumnya. Malah dia lebih hebat menarik dan menjalarkan tangannya ke belakang leherku.

“Resa cintakan abang,” bisik dia di telingaku bila dia kucup cuping telingaku penuh ghairah.

Aku telan liur. “Tapi, ini klinik yang. Tak boleh nak bagi apa yang Resa nak,” balasku mengusik dan dia menjerit kecil.

Dalam hati aku berharap, Jimmy mengerti. Jiwa muda, hati mudah panas, darah mudah menggelegak tapi hendak berdendam, itu bukanlah aku. Dan, moga Kau hidupkan satu nyawa dalam rahim ini, Ya Allah, desis hatiku bila telapak tanganku mendarat pada perut Anaresa.

***

HARI ini, aku nekad membawa Anaresa balik setelah meminta kebenaran daripada pensyarahnya. Masa tu, hanya ada kawan-kawan dia yang lain serta Aziana dan Haqmi saja. Bila aku ajak dia pulang dengan kapal terbang, dia kata nak berlama-lama denganku jadi perjalanan kami di atas lebuhraya PLUS di dalam bas Transliner dari Johor ke Puduraya dan yang menariknya, bukan siang hari tapi malam hari dia ajak aku balik.

Siang tadi, sempat dia menonton perlawanan seterusnya pasukan bola jaringnya. Wajahnya monyok tapi semangatnya tak luntur. Terlompat-lompat menjerit memberi sokongan dan aku kena jadi budak buat air. Haih…

“Seronok balik malam?” tanyaku pada dia bila dia nampaknya tak nak angkat kepala dari bahuku.
Dia angguk tanpa suara.

“Sayang penat, tidurlah. Kejap je ni. Nanti abang kejut kalau dah sampai,” beritahuku pada dia. Lubang air-cond aku tutup bila suhu semakin sejuk. Pelukan Anaresa aku eratkan lagi dan aku betulkan tubuhku memberi keselesaan pada dia untuk terus lena.

“Abang…” Anaresa menyeruku tiba-tiba. Perlahan saja suara itu.

“Emm…”

“Kalau betul Resa mengandung, tak apa ke?” Pelik pulak aku dengar soalan dia.

“Mestilah boleh. Resa dah ada suami apa. Tak peliklah semua tu. Rezeki Allah nak bagi tak ada masalah.”

Dia angguk sikit. “Tapi, boleh ke Resa mengandung biarpun kita baru kahwin tiga minggu?”

“Apa Resa ni?” Aku usap pipi dia.

“Dah bolehlah kalau Allah izinkan. Kita bersyukur jelah.”

“Tak tahu kenapa, bila abang jauh hari tu Resa rasa sunyi sangat. Sampaikan tak lalu nak makan. Sampai pitam. Padahal selama ni pun, kita bukan tinggal sebumbung pun. Cuma, bila fikir abang memang tak ada dekat dengan Resa, Resa rasa macam hilang arah,” akui dia.

Rupanya, inilah punca dia pitam. Rindukan aku. Memang dia cintakan aku. Seperti mana dia akuinya semalam buat pertama kalinya dan itupun penuh nada menggoda resah. Andai bukan katil hospital, mahu aku heret dia hilang dalam kasih sayangku.

“Dahlah tu, sila tidur ya, sayang. Resa kena rehat lebih sikit,” ucapku lantas aku kucup ubun-ubunnya lama. Biar meresap kasih sayangku dalam nadinya.

“Tak nak tidurlah. Lagipun, tak payah nak rehat lebih. Esok cuti lagi sampai tamat lawan ni. Hari ni bukan lawan pun. Tak adalah penat. Nak sembang dengan abang je.”

Aku tahan ketawa. Padahal dalam ayat aku tu ada makna lain. Sejak nikah ni, tak mampu nak tolak fikiran nakal bila bersama Anaresa. Ada je yang tercalar sana sini. Tak banyak pun, haruslah ada segaris.

“Rehatlah. Esok nak pakai tenaga dengan abang pulak,” selaku mendatar kononya tiada perasaan.

Dia cubit pangkal pehaku kuat. “Itu je abang tahu!”

Wajahku menyeringai. “Lelaki, yang. Dengan isteri sendiri pulak tu. Tak mampu nak lawan kehendak lelaki ni,” akuiku telus.

“Habis tu kenapa abang tak kahwin awal-awal lagi?” Soalan Resa sangatlah tak matang pada telingaku.

“Sayang ni, jodoh ni rahsia Allah. Abang pernah usaha apa tapi takdir tak izinkan masa tu. Allah nak bawa Resa dalam hidup abang,” jawabku.

“Dengan Kak Anahara tu ke?” tanya dia lagi.

Aku gamam seketika. “Kenapa cakap dia?”

“Resa rasa memang dia. Abang tak pernah cakap apa-apa pun, memang Resa dah boleh rasa. Pertama kali abang kenalkan dia pada Resa masa kita dengan Zafrina hari tu, Resa dah dapat rasa. Bila ingat pertemuan pertama kita dulu, abang gamam dengan nama Resa rupanya nama kami dekat sama, kan? Betul tak, bang?”

Kali ini, aku kelu habis. Dalam diam, dia banyak memerhati. Nampak saja kalut dan polos tapi dia bijak. Haruslah bijak, isteri siapa? Tidak dapat tidak aku angguk sikit.

“Betullah tu tapi pertama kali nampak Resa, ada sesuatu dalam hati. Ada tenang ada keinginan ada cinta yang pasti,” akuiku ikhlas.

Memang itu yang aku rasa pada dia pertama kali melihatnya dulu. Menarik perhatian aku ni.

“Sekarang ni?”

“Sekarang apa?”

“Abang dengan dia…”

“Kami kawan je dan kalau Resa nak tahu, abang yang bawa dia kejar suami dia dekat airport dulu masa mereka nak berpisah jauh,” beritahuku mengingati hal lalu. Bibir ini menguntum senyum.

“Macam panjang je kisah abang dengan dia?” Ada nada cemburu dalam suara Anaresa dan itu satu perkembangan yang baik.

“Panjang tu tak adalah. Terlalu singkat kot. Sedar-sedar jadi dan sedar-sedar, abang jadi saksi dia akad nikah semula dengan suami dia. Sekian…” Aku menutup bicara.

“Sebabnya, Allah nak temukan kita dam jodohkan kita dengan cara yang kita tak duga dan membawa Resa menyerah pada abang sebab tu, Kak Anahara tu bukan jodoh abang sebab dia milik suami dia,” ucap Anaresa lalu dia angkat kepalanya dan memandang aku dalam kesamaran lampu jalan lebuhraya PLUS. Bibir itu mekar dengan senyuman.

“Resa sedang jadi seorang wanita sekarang. Bukan lagi budak sekolah yang pertama kali abang kenal dan yang pernah sepak plat kereta orang,” usikku.

“Dan Resa sedang jadi isteri abang. Nak jadi menantu pada mama dan abah, Kak Long pada adik-adik abang dan Resa rasa Resa sedang sedia nak jadi seorang ibu jugak,” ucapnya lembut.

Aku angguk dan sekali lagi aku paut kepalanya ke dadaku. Kepalanya aku kucup.

“Terima kasih sudi ubah hidup Resa 360 darjah untuk abang. Dari budak sekolah menjadi seorang isteri,” ucapku pula dan dapat aku rasakan helaan nafas Anaresa memberat dan akhirnya, tubuh itu kaku terlena.

Aku akhirnya membuka mata bila lampu bas terang benderang. Anaresa yang masih lena kemas dalam pelukanku. Apa hal pulak ni?
Aku jenguk ke depan. Bas sudah berhenti dan rasanya sini sudah hampir masuk ke Kuala Lumpur. Road-block apa pulak ni?

Aku jenguk lagi sekali dan ada beberapa anggota polis naik nak bercakap dengan pemandu bas. Ada juga beberapa buah bas lain di belakang dan di depan bas kami. Gawat! Tidur Anaresa langsung tak terganggu apatah lagi bila dua orang polis tersebut mendekat dan bila dia tiba tepat di sisi aku, aku hadiahkan senyum tapi wajah dia kelat.

“Huh, nak tangkap lain tertangkap lain. Macam ni ke cara duduk bersopan dalam bas. Berpeluk sakan?” sergah dia tanpa usul periksa.

“Eh, apa pulak encik. Ini isteri saya,” jawabku agak kuat. Tak pasal-pasal Anaresa jaga. Dia memandangku pelik.

“Emm.. dah sampai ke, bang?” Matanya dipisat berkali-kali. Aku paut bahunya.

“Sampai memang sampai. Sampai balai. Buat maksiat dalam bas!” tekan yang salah seorang lagi. Apa kes?

“Encik, dia isteri saya ni!” tekanku geram dan rasanya semua mata sudah memandang kami.

“Isteri ya? Mana bukti? Ada surat nikah? Sila tunjuk bukti!”

Aku gagap. Mana ada bawa. Kad perakuan nikah pun tak siap lagi. Surat nikah bersaiz A4 itu macam mana nak bawa kebetulan kami bukan merancang nak bersama pun. Mati aku.

Aku pandang Anaresa. Dia juga geleng dan aku juga sama.

“Kami tak bawa surat nikah sebab kad tu pun tak siap lagi. Kebetulan saya dari out station datang jumpa dia. Tapi sumpah, memang kami suami isteri,” ujarku meyakinkan dia.

“Tak ada bukti, maknanya kamu menipulah!”

Menebal kulit wajah aku kala ini. Anaresa dah hampir nak menangis. Waktu ini, nak pertahankan pun tak jalan sebab tak ada bukti. Menyesal pun ada tak bawa surat nikah. Tapi memang diluar jangkaan.

Sudahnya, aku dan Anaresa diheret turun dari bas dan kami hanya memandang bas yang berlalu pergi meninggalkan kami.

“Apa-apa hal kita kira kat balai! Buat malu orang Islam je,” cemuh mereka lagi.

Aku diam saja. Kehilangan kata lalu aku pegang pipi Anaresa tanpa pedulikan pandangan mata mereka yang sedang mengambil keterangan dari beberapa orang pendatang asing. Nak cekup pendatang asing tapi kami terlibat sama.

“Maaf sayang… abang buat kita kena tangkap khalwat,” pintaku resah tapi Anaresa senyum.

“Kena tangkap dengan suami sendiri, seronok kot!”

Aku terkedu. Terujanya wajah isteri aku kena tangkap basah macam ni dan aku terus memaut dia rapat ke sisi tubuhku. Tunggu masa je nak smash balik encik-encik polis tu.

~~> bersambung

48 comments:

  1. Alahai RM. Lawaklah pulak Zafran dgn Resa ni....siap kena tangkap khalwat lagi...dalam bas pulak tu. He he he... Zailda.

    ReplyDelete
  2. sgt menari rehan..keep it up..

    ReplyDelete
  3. hahahha.....aduh kak dah x tahan nk gelak sgt.....apa la masalah polis....mmg ptt kene smakdown btol la......suke suki je nak tangkap owg..... payah gak kawen ngn budak sekolah nie......

    apapun terbaik la kak rehan....best en3 nie hahahha

    ReplyDelete
  4. Kehkeh...gelak besar bc entry ni...bole plak kene tangkap khalwat...apepen berbaloi menunggu entry ni...jimmy nikita kasi ketuk sket kepala dia...sengal

    ReplyDelete
  5. hahaha..zaf..zaf gara2 nak melepas rindu..
    alih2 kena tangkap basah ngan isteri sendiri la plak..
    kesian dorg neh..tp btl gak sijil nikah tu
    dah la bsr kertas A4..leceh nak bw g mana2..huhu
    best! Deabak! Rehan..

    ReplyDelete
  6. sooo sweet........

    ReplyDelete
  7. memg tbaek la sis..
    sggup on blik lappy nk cek en3 baru..hihi
    ~g~

    ReplyDelete
  8. Lawaklah, boleh pula kena tangkap khalwat dengan isteri sendiri. Siaplah polis2 tu nanti kena smash dengan Zafran ;p

    ReplyDelete
  9. hahaha... laki bini kena tangkap basah. lawak gilaaa...

    ReplyDelete
  10. bestnya resa...kena tangkap basah ngan suami sendiri...masyukk...
    suka suka suka


    >>k<<

    ReplyDelete
  11. hahahha.. apa hal lak nie,kena tangkap khalwat dalam bas. heheheh.. tq rehan

    ReplyDelete
  12. Alahai kena tangkap khalwat lah pulak...hehehe.... ^_^)Y

    ReplyDelete
  13. aiyark...kena tangkap la pulak :P

    ReplyDelete
  14. aduhaaiii.
    xtahan lawak part last kena tangkap khalwat..
    hheheheh
    smash j polis2 2..

    ReplyDelete
  15. haHA kelakar la

    ReplyDelete
  16. adoi....lawak betul suami isteri ni. Tapi zafran memang romantik habis.

    ReplyDelete
  17. haha :) lawak la kena tngkap khalwat plak tu. unik la akak punya idea. lain dari yang lain. penat ketawa. pape pon BESTTTTT sgt!

    ReplyDelete
  18. ruby muksan redsMay 9, 2012 at 8:47 AM

    so sweet.hehe

    ReplyDelete
  19. Bestnya cerita...

    Baru jumpa blog ni semalam.... Mcm turbo jer baca.....

    Maaf jika soalan ni nampak spt soalan bodoh... Is this work-in-progress atau novel dah diterbitkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni on going dan jgn risau..tamat di blog saja..mini novel je.. hope enjoy..baca slow2 ye..tenkiu..

      Delete
  20. mcm biasa.. sweetness overload..thats how i feel..keep it up kak rehan!! u're the bomb!

    ReplyDelete
  21. Sweet cople kena tangkap khalwat pulakkkk....
    X pa macam yang Zaf cakap lepas ni kita smash encik-encik polis pulak...
    Ini yang buat zaf cemburu bila dapat isteri macam budak kan.....

    ReplyDelete
  22. hai sume.. cik penulis ni demam kot..demam rindu..kehkehkeh..sgt rindu mata bulat..thanks sudi singgah n layan kisah zaf n resa ni ya.. sikit lagi kita tamatkan kat blog je..mcm KIM.. senang org baca KIM terus baca KSC so leh phm hati zaf mcm mn..maaf tak sempat bls komen2 satu persatu tapi sy sgt2 hargai..

    promo jap.. pada yang belom dapatkan Terlerai Kasih, sila dapatkan ye..hehe..best kot kata org tp ade celanya jgk.. Kompilasi cepen oh cinta tu pon sama..bole dapatkan.. sayang kamu..

    ReplyDelete
  23. hehehe...klaka la resa ni...emosi berubah²...kjap nangis kejap gelak...heee..dia da sedia nak ngandung nmpak nye...
    suka plak dia kna tgkap basah...mentang² husband dia...

    ReplyDelete
  24. hurmmm..payah btl nk 'sekolah' kn si jimmy 2 ek...tp akhir nyer kuar dr blik 2...tp cm xkn ptus asa jek si jimmy 2...bkn ley caya(emo lak..hahahah)
    ni naik bas ley lak kna tgkp khalwat..adeiiii..sian2..tp resa lak seronok...wakakka

    ReplyDelete
  25. ni mesti keje si Jimmy ni...jealous tak sudah2...betul tak RM? teka jer...hehe

    ReplyDelete
  26. Alahai,comel je resa, boleh suka pulak, dah dtg balik perangai telus budakbudak dia tu, haha, and zarfan sangat matured :)

    ReplyDelete
  27. hahahahahaaaaaaa...........

    ReplyDelete
  28. hahahaha.....comel la diorang ni..

    ReplyDelete
  29. so so sweet :) tak banyak writer yang buat cerita tangkap khalwat lepas kahwin.. kalau garap cara lawak mesti best :) keep up kak RM :)
    -aira dhamirie-

    ReplyDelete
  30. nak komen gak la...
    hehehehe...dulu saya pun cam resa, br kawin 2 bulan, dh berjauhan ngan hubby, dia kat pantai timur, saya kat utara...sedih, sepi, pilu,asyik nangis jer,tp x la sampai pengsan..tup2 after 1 months berjauhan, br saya tau yg saya pregnant...no wonder la asyik nk dia ader dekat jer....may be resa pun ngah pregnant kot...hopefully...

    ReplyDelete
  31. nanti cik penulis pesan kat Encik Zafran tuh - kalau kad tak siap lagi, sila buat photocopy surat nikah tu into smaller size - lepas tu laminate & carry dlm wallet...

    Itu yg saya & encik suami buat...and sebetulnya, sampai sekarang tak pegi buat kad kahwin saiz IC tuh... :P

    ReplyDelete
  32. alahai... macam2 hal pulak zaf n resa nih..
    si resa tu boleh pulak buat muka teruja kena tngkap..haha
    tp better mcm tuh.. x perlu cuak bila x salah..
    kan resa kan... lepas ni boleh hentam balik polis tuh..
    ngeh ngeh ngeh.. zaf.. nnti jgn lupa buat muka belagak ya..hahahhaa

    ReplyDelete
  33. hahaha...lawak2 kena tangkap khalwat dalam bas. terbaik la kak rehan. dah tergelak-gelak dah saya depan pc ni ;-). terlerai kasih pun saya dah beli cuma tengah tunggu bila nak saksi jer...tq kerana menceriakan hari2 saya.

    -hanim-

    ReplyDelete
  34. Hahaha... lawak3...
    'Kena tangkap dengan suami sendiri, seronok kot.' Ayat resa yang ni mmg tak boleh blah... hailaa.. lawak plus comey ja resa ni..
    Habis la polis2 kena smash nnt... =P

    ReplyDelete
  35. mmg polis tu jlnkan tanggungjawab, tp tu la..x jg bahasa..mesti kena lah tu..
    apa2 hal pun jg lah pertuturan..supaya x termalu sendiri nnti...
    (sy pernah dgr cerita kwn kena tangkap basah dgn isterinya yg sah di tmn, polis tu siap sindir, perli, maki..pada hal dah bg tau depa dah kawin..mujur bw kad kawin...kwn tu trus ambik nomnor bdn polis tu n buat report...habis!)
    -che`leen-

    ReplyDelete
  36. haha......gealak tergolek bace!!best la RM and sy dh beli dua2 TK and Oh cinta!best =)

    ReplyDelete
  37. kah3....sy ada 1 ksah...dlu msa stdy kt kolej ada knal dgn akak ni.dia ni memang super duper klakar...yg seronoknya dia da kwen umur 22 anak dah 2...mlm prtama dia katanya dia bulan mngambang...jd suami dia ni kta alang2 x bleh nak buat apa2 kita lepak nak??then diorang pergi lpak kt ptrajaya...sudahnya msa 2 jbtan agma islam wat tngkapan skali dengan2 dia kena cekup naik truck...dia mcm ni jgklah merayu segala tp org x nk prcaya sebab dia ngan suami dia kwen umur 18...suami 19..byk yg klakar jd msa dia kna soal siasat 2....sy nk crita pun x thu...

    ReplyDelete
  38. benda nie mmg terjadi kat pakcik akak.. baru kawin 2 minggu.. pie tinjau site kat johor.. sekali pkl 2 pagi rumah pekerja di ketuk..hahhaha minta bukti tak da..dan tak pasal2 family dua2 belah pihak kena kacau pagi2 buta..tapi mmg lawak dgr cerita dia org..

    ReplyDelete
  39. hahaha.. tangkap basah, teringat masa kita mula2 kahwin kena juga dengan hubby kat shah alam,tapi dlm kete,orang ckp suami isteri dema tak percaya, lastly sampai pejabat agama n telefon abang suami kebetulan duk dekat area shah alam.. malu besor dorang hehehehe....

    ReplyDelete
  40. lawak plak bila baca part kna tangkap dlm bas...
    x salahkan sape2..yg jalankan tanggungjawab bagus la..sebab setau sy kad nikah mmg siap dlm 2-3 mggu

    ReplyDelete
  41. zaf dah cuak.resa pulak galak kena tangkap dgn suami.hehe.xsbr tgk gaya zaf smash abg2 polis.

    ReplyDelete
  42. Pulak dah.....rasa nk tumbuk abg polis tu

    ReplyDelete