Tuesday, April 30, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 23

BAB 23

MATA Nine terhala ke jauh ke tengah bendang yang menghijau.  Kaki langit nampak cerah dan terang.  Angin pula berhembus damai.  Tenang.  Tapi, aku sedikit gelisah.
“Seronok kampung awak, Naina.”

Itulah ayat pertama  yang terbit dari mulut Nine setelah aku mengajak dia duduk di pangkin.  Jauh dari mak ngah dan Suryani setelah jenuh diusik.
Aku ukir senyuman tipis dengan mata  yang juga terhala jauh ke sawah dengan daun padi yang melambai-lambai mengikut rentak angin.
“Dulu awak tinggal tengah bandar ke?”
Dia angguk.  “Siap dengan bodyguard.”
“Kaya sungguh uncle awak tu.”
Nine diam.  Hanya bibirnya nampak merekah dengan senyuman tapi tidak lama.  Wajah itu kembali tidak beriak. 
“Sangat kaya…”  Ringkas sungguh jawapan dia.
“Habis tu kenapa tinggalkan semuanya?”
“Untuk awak.”  Tenang juga jawapan itu keluar. 
Aku mencemik pada diri.  Berkali-kali Nine katakan, untuk aku dia rela melepaskan apa saja.  Untuk aku.  Seorang Naina ini saja.
“Tapi, kenapa saya?  Bukan orang lain?”  Aku menduga.  Tapi benar-benar inginkan jawapan.
“Percaya tak kalau saya katakan, awak wanita pertama yang berani merenung mata saya?” 
Berkerut dahi aku menerima jawapan Nine.
“Boleh macam tu pulak?” 
Kepala Nine tertoleh pada aku.  Dia tegakkan dua batang jarinya dan dihalakan tepat di depan matanya. 
“Mata ini, tak pernah ada sesiapa berani renung.  Lelaki, jauh sekali perempuan,” jawab Nine seraya menggeleng.
“Hanya sebab tu?”  Aku masih tidak berpuas hati.
“Entah…”  Bahu Nine terangkat. 
Dia bangkit dari duduk dan berjalan ke depan sedikit sebelum berpaling pada aku dan memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar. 
“Saya rasa uncle awak tu sayang sungguh dekat awak sampai upah bodyguard bagai dan awak juga sayangkan dia juga sampai sanggup menjadi galang ganti dulu tu?” 
Nine menggeleng dan ketawa.
Berkerut dahi aku menerima tawa Nine. 
“Awak salah, Naina… saya ni pekerja dia je.  Bodyguard tu semua untuk dia.  Cuma untungnya saya ni sebab dia sangat-sangat percayakan saya lebih daripada anak tunggal dia sendiri, si Naim tu.  Awak ingat Naim, kan?”  Perlahan saja nama Naim disebut.
Aku angguk.  “Ingat…”
“Emm… dialah.  Dah tua tapi tak habis-habis nak buat kami susah hati dengan perangai dia,” keluh Nine sendiri. 
“Perangai dia?  Kaki perempuan?”  tebak aku.
Sekali lagi Nine menggeleng.  “Itu perangai  yang entah ke berapa dah, Naina.  Ada yang lagi teruk dari tu.  Sangat teruk tapi saya tak mampu nak buat apa.” 
“Sebab tu awak nak lari jauh dari diorang?” 
Pertanyaan aku dijawab dengan anggukan.
“Pertaruhkan nyawa untuk bersama saya?” 
Nine angguk sekali lagi.  Tapi… “Awak juga kena pertaruhkan segalanya untuk bersama saya, Naina.” 
Liur yang aku telan terasa pahit tiba-tiba.  Kesat dan berpasir.
Bicara Nine makan dalam.  Hati aku berdebar dan mahu mengatakan ya pada lamaran dia sebentar tadi tapi akal aku menolak keras.
“Sampai masanya, kita doakan kita bersama tapi saya…”  Resah aku menggeleng, menolak dia secara lembut.
“… saya ada tugas penting, Nine.  Sangat penting.  Kesal saya seumur hidup kalau tak mampu selesaikan semua ni.  Setelah semuanya selesai, kalau kata masa tu awak nak ajak saya tinggal dekat kutub utara ke, kutub selatan ke… saya tak kisah dah,” janji aku bersungguh-sungguh.
Air wajah Nine nampak tenang.  Langsung tiada kerutan.  Tiada juga keluhan, malah jauh sekali rungutan. 
“Saya dah tahu ini jawapan awak bila awak diam tapi tak sanggup nak bersuara dengan keluarga awak.  Untuk itu, saya setuju dengan awak.  Lagipun, kita masih baru kenal.  Saya pun masih terkontang-kanting.  Saya perlu cari arah sendiri sebelum bawa awak bersama tapi…”  Nine berjeda.
Aku lepaskan keluhan lega. 
Bersyukur bila dia benar-benar memahami.
“…sungguh ke nak hidup dengan saya dekat kutub nanti?  Sejuk sangat tu.  Karang berselubung bawah selimut je kita, tak keluar dah,” gurau Nine.
Aku angguk yakin.  Mengerti Nine bergurau.
“Tak kesal?”
“Tak ada apa nak dikesalkan kalau sampai janji Tuhan pada kita nanti.  Saya reda…”
“Setahun sorang pun, tak kesal?” 
Kali ini aku toleh pada dia sepenuhnya.  Dahi usah dikata.  Berlapis-lapis menahan rasa aneh.
“Setahun sorang?  Tak kesal?” 
Nine menoleh ke lain.  melarikan pandangan matanya daripada aku.  
“Awak ni dingin sungguh.  Biar saya dah rasa hati awak dah mula ada bara, awak tetap dingin… tak faham saya cakap apa,” jawab dia menitikkan perbualan.
Di situlah dia menoktahkan kata sebelum memasang langkah hendak kembali ke rumah.  Meninggalkan aku sendirian, masih memikirkan kata-kata dia. 

“SUNGGUH KE dah setuju?” 
Aku hanya mendengar tidak memandang.  Lambat-lambat aku menggeleng dan kemudiannya mengangguk.
Mak ngah melepaskan telekung dan berpaling pada aku yang sudah bangun dari tikar sejadah, memanjat katil. 
“Tak setuju ke, setuju?”
“Tak…”  Cukup perlahan aku menjawab. 
“Kenapa?” 
“Naina ada tugas lain yang lagi penting nak kena selesaikan, mak ngah…” Bersahaja aku menjawab. 
Tubuh aku membongkok.  Sejadah yang aku gunakan untuk berjemaah isyak dengan mak ngah baru sekejap, aku capai dan aku lipat dan aku letak pada hujung katil.  Perlahan-lahan aku gosok permukaan katil. 
Di sini pernah menjadi tempat umi dan ayah berkasih sayang.  Memanjakan aku.  Aku di tengah-tengah.  Diapit mereka.  Bahagia kala itu.  Biarpun ayah amat jarang dirumah kerana tugasan yang diamanahkan.  Umi mengerti.  Hanya aku yang sesekali merungut, merindui dia. 
“Tugas apanya?” 
Pertanyaan mak ngah membawa aku kembali ke masa sekarang.  Terasa sepi tiba-tiba.  Aku hendak ketawa dengan lamaran Nine tapi mengingatkan urusan yang masih belum selesai, tak mampu aku katakan iya.  Boleh jadi Nine kecewa tapi aku sungguh tak mampu. 
“Tugas penting, mak ngah.  Naina kena selesaikan perkara ni dulu baru Naina mampu fikirkan soal diri sendiri.  Termasuk Nine…”  Aku menjelaskan keadaan yang sedang aku alami kini. 
Cukup tenang.
Cukup perlahan.
Namun, cukup mendebarkan. 
“Yang penting macam mana?  Cuba cakap.  Mak ngah tak rela kalau kau diupah jadi pengintip macam arwah ayah kau…” 
Aku pandang mak ngah.  Dia menekup mulut.  Terlepas cakap sekali lagi. 
“Ayah apa, mak ngah?  Mak ngah cakap apa?” 
Dia menelan liur berkali-kali. 
Anak matanya beralih ke kiri kanan, atas dan bawah.  Langsung tak mahu bertembung dengan mata aku. 
Kaki aku jatuhkan ke sisi katil.  Tangan mak ngah aku raih kemas. 
“Cakap semula pada Naina, mak ngah,” desak aku. 
Mata mak ngah nampak merah.  Bibirnya bergetar.  Dia menggeleng tidak sudi tapi aku terus memaksa. 
“Mak ngah kena bagitahu.  Naina perlu tahu.  Boleh jadi apa yang mak ngah tahu boleh bantu Naina selesaikan hal ni,” pujuk aku bersungguh-sungguh.
“Mak ngah… mak ngah dah janji dengan arwah umi kau, Naina…”
“Tapi, Naina berhak tahu…”  Tak sedar, aku menaikkan suara sedikit hingga bahu mak ngah terangkat.
“Ayah dulu pengintip ke?”  soal aku takut.
Mak ngan mengangguk dan nafas aku semakin berat.
“Ayah ada musuh lepas tu, kan?  Penjenayah yang berpangkalan di Bangkok?  Betul tak?” 
Serta-merta dia memandang aku.  “Mana Naina tahu?  Umi cakap ke?” 
Aku menggeleng.  Tapi, aku yakin umi tahu sepanjang hayat mereka.  Mereka tiada rahsia.  Umi pula sangat memegang amanah tapi entah bila mak ngah tahu, aku tidak pasti.
“Umi tak cakap, Naina… dia tak pernah berkata apa pun perihal kerja arwah ayah kau.  Pegawai atasan ayah kau yang bagitahu mak ngah pada hari kejadian.  Masa tu kau tak sampai rumah lagi.”
Berkerut-kerut dahi, berkedut wajah mendengarkan apa yang mak ngah beritahu. 
“Kenapa mak ngah tak bagitahu Naina?” 
Mak ngah tunduk menekur wajahnya ke lantai.  Hampir bertemu dagu dengan dada.  Langsung tidak berani memanggung kepala. 
“Mak ngah tak sanggup, Naina.  Mak ngah tak nak kau fikir bukan-bukan…”
“Dan mak ngah tentu tak duga yang Naina sedang siasat semula kes kemalangan ayah dan  umi.  Naina nak kemukakan semula fail-fail itu pada pihak atasan.  Mintak dia sokong Naina bawa kedepan perkara ni sebab Naina yakin, mak ngah pernah bagitahu Naina yang ayah dan umi dibunuh.  Bukan kemalangan biasa.  Sebab ni, Naina tak mampu nak terima Nine buat masa sekarang.  Nine akan mengerti tapi kenapa mak ngah sorok semua ni?” 
Pening aku memikirkan.  Retak rasanya jiwa.  Tercalar ego dan hati. 
Perlahan-lahan, aku meraup wajah yang sudah merasa hangat.  Tidak sudi hendak membiarkan airmata aku mengalir. 
“Naina, yang lepas tu biarlah.  Umi dan ayah kau tak akan kembali…”
“Setidak-tidaknya Naina akan tuntut bela atas kematian diorang, mak ngah!”  bentak aku bila mak ngah cuba menggenggam tangan aku.
Berubah sekelip mata bahagia yang kami lalui sejak sekian lama.  juga bahagia dengan hadirnya Nine di dalam rumah yang semakin dingin ini. 
“Ini ke sebab kau buka semula kes ni?”  tanya mak ngah mula menyinga. 
Buat pertama kalinya. 
Segalanya pertama kali.
“Banyak sebab, mak ngah.  Kalau Naina tak ingat undang-undang, Naina bunuh siapa  yang sebabkan kematian ayah dan umi tapi Naina terikat.  Bukan kuasa Naina hendak menghukum penjenayah dan seboleh-bolehnya kami akan tangkap dia hidup-hidup dan bawa dia kemuka pengadilan.  Hanya ini yang mampu Naina buat, mak ngah.  Mak ngah tak faham.  Nine yang kat luar tu…” 
Jari telunjuk aku lurus pada pintu, menuding ke luar. 
“… Naina kenal dia sebab Naina jaga keselamatan dia.  Dia pernah kena tembak dengan suspek yang sama.  Kami syak suspek tu orang yang sama rancangkan kematian ayah.  Dari situ kami kenal.  Dia pernah bahayakan nyawa dia untuk Naina.  Naina kena selesaikan hal ni dulu.  Naina tak nak nyawa orang yang Naina sayang direnggut macam tu je.  Tanpa belas…” 
Lemah.  Aku menyambung lemah.
Lemah segalanya.
Terbang separuh jiwa. 
Airmata…
Jatuh juga setitis menodai pipi.
Mak ngah pula, sudah dijeruk airmata.  Mujur Suryani tiada di rumah waktu ini.  Rajin pula hendak ke surau setelah berjanji dengan kawan-kawan lama. 
“Sungguh ke?”  Dahi mak ngah berkerut.  Dia tidak percaya. 
“Ya…”  Aku menjawab pendek. 
“Ya Tuhan… dugaan apa yang sedang datang ni, Naina?”  keluh mak ngah sambil meraup wajahnya.
“Kalau mak ngah tak tahu, Naina lagi tak tahu.  Apa yang Naina tahu, Naina akan cari suspek tu ke lubang cacing sekalipun…”  Kata-kata aku ternoktah seketika.
Nafas aku hela dalam.  Mata mak ngah yang basah aku pandang semahuku. 
“…nyawa Naina melayang, mak ngah!” 
“Astaghfirullah…”  Suara mak ngah kuat bergema. 
Dia menangis lagi. 
Aku kehilangan kata.  Hendak dipujuk, hati sendiri sedang merajuk.  Hendak bersuara, lidah sendiri terasa berat. 
Akhirnya, aku paut bahu mak ngah erat dan aku kucup pipinya sekali.
“Doakan yang baik, mak ngah…”
“Tapi Nine…” 
Aku senyum sinis.  Mak ngah benar-benar sudah jatuh kasih pada Nine.  Aku juga dan aku yakin Nine mengerti. 
“Dia akan faham.  Naina dah bincang dengan dia.” 
Kami diam lama hinggalah aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit di bilik sebelah. 
Cepat-cepat aku bangkit dan meraup wajah.  Kaki terus menapak ke pintu.  Baru tersedar, daun pintu tidak rapat.  Masih ada ruang.  Tanpa berfikir panjang lagi, aku tarik daun pintu. 
Baru hendak melangkah, kaki aku terundur setapak.
Mata bertembung.
Nafas hampir bersatu.
Dada bergelora.
Lidah terpasung.
Nine…
“Sebab tu ke, Naina?  Itu ke tugas penting awak?”  Dia bertanya penuh ketenangan. 
Tidak dapat tidak, aku mengangguk kerana sudah terang lagi bersuluh, perbualan aku dan mak ngah telah didengari dia.

“Umi dan ayah awak dibunuh ke?”
Aku ketap bibir dan memejamkan mata.  Perkataan ‘bunuh’ itu benar-benar meluluhkan hati aku.
“Jawab soalan saya, Naina…”  Nine mula mendesak.
Aku menahan hati dan tubuh yang sedikit menggigil.  Perlahan-lahan aku melangut, memandang tepat ke anak mata Nine. 
“Saya kena cari pembunuh tu, Nine…” 
Kata-kata itu sudah cukup untuk memberikan jawapan buat Nine.  Dia meraup wajahnya berkali-kali.
“Biarpun bila saya kembali pada awak nanti, hanya jasad tanpa nyawa, Nine…,” sambung aku membuatkan Nine mendongak, menadah wajah di bawah siling.
Rambutnya yang sedikit panjang diramasnya sedikit.  Tubir matanya nampak merah dan nafasnya kedengaran berhembus kasar.
“Kalau nak ‘pergi’… saya harap kita ‘pergi’ sama-sama, Naina…,” gumam Nine dan dia berpaling masuk semula ke dalam bilik. 
… meninggalkan aku yang terpaku di situ.

bersambung

9 comments:

  1. best..akhirnya sy mnjd yg pertma like n komen n3 ni..sy dh beli nvel suami x ku hdap..sedih sgt cite dia..asik nangis je bc nvel tu..huhu..apa pn keep it up kak rehan...

    ReplyDelete
  2. Best sesgt .dah lama tgu baru muncul en3 baru.

    ReplyDelete
  3. Cerita neh ter-copy 3 kali ke hikhik

    ReplyDelete
  4. ohh my..
    kesiannya naina n nine =(
    menusuk jiwa..

    ReplyDelete
  5. kesiannya... nine dgn naina..... mesti msing2 tension :(
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  6. tahap meleleh dah ni..sob..sob..

    ReplyDelete
  7. sob sob sob.....bg la naina kawin ngan nine tu dulu at least bila dia penat siasat kes org tuanya ada bahu untuk dia bersandar nanti....

    ReplyDelete