Thursday, March 15, 2012

Ku Ingin Milikimu [1]

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...
Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku - Mukhlis


Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas - Anahara

***

BAB1

‎BIBIR ini menguntum senyum lagi. Tetikus aku larikan sedikit hendak menatap pesanan yang baru saja aku terima. Sambil menongkat dagu, aku lebarkan senyuman. Entah mengapa, setiap kali nama itu muncul pada skrin di sebuah laman sosial ini, detak hati ini mula beralun indah.
Cinta? Terlalu awal hendak aku akuinya biarpun debar hatiku pantas kerana sepotong namanya. Tetikus aku tekan pada tanda merah itu. Ternyata dia dan hanya dia.

Cik Ann Rahana saya dah makan? Jangan tak makan tau… bagi berisi pun
tak apa. Janji hati senang.


Itulah pesanan yang aku ulang baca berkali-kali. Dia selalu begini. Suka mengatakan aku adalah hak miliknya biarpun aku tak pernah akui itu. Bagiku, aku adalah milik ramai. Milik peminat yang tak pernah jemu menatap bait-bait garapan nukilanku yang tidak seberapa di dalam dunia blogger.
Aku pandang tarikh pertama kali dia menghantar pesanan buatku. Sudah hampir beberapa bulan rasanya. Terlalu pantas masa berlalu namun kami, hanya begini. Tidak pernah maju dalam persahabatan. Tanpa panggilan, jauh sekali pertemuan, aku selesa begini dengan mengekalkan status aku sebagai satu rahsia.

Saya dah makan. Jangan risaukan saya ya Cik Mukhlis. Take care.

Aku tekan ENTER dan ketawa sendiri. Sengaja aku usik emosinya dengan memanggil dia Cik.

Cik Ann Rahana boleh tak jangan panggil saya cik… saya dok intai seluar saya ni…
Kot-kot dah bertukar jadi skirt.


Itulah pesanan balas yang aku terima tidak lama kemudian. Aku hanya tersenyum sendiri sambil menggeleng kecil. Lucu dengan sikap lelaki ini. Entah dari mana, entah siapa dan bagaimanakah parasnya, dia menjadi salah seorang peminat padaku. Seorang penulis alam maya yang terlalu misteri pada semua.
Jemari ini rapat pada papan kekunci. Aku tarikan sepuluh jariku untuk membalas pesanannya itu.

Ops..maaf-maaf. Lain kali tak buat lagi. Saya ada hal ni… awak jaga diri.

Tidak lama kemudian, dia membalas lagi.

Maaf diterima. Awak ni baiklah pada saya. Tak pernah ada orang cakap jaga diri pada saya. Awaklah yang pertama kali nya. Tapi, kenapa awak jadi penulis ya? Kalau tidak, senang je, kan? Saya tak suka share awak dengan peminat awak yang lain… saya kedekut!

Aku terkedu sendiri. Jemari ini kaku hendak membalas pesanannya. Entah mengapa,
aku bagaikan merasakan sesuatu di dalam luahannya itu. Menulis adalah hidupku. Hanya satu-satunya perkara yang aku mahu lakukan.
Mungkin tidak sehebat orang lain, tapi harus aku akui ini sajalah perkara yang mampu membuatkan aku tersenyum sepanjang masa. Menangis sendiri kala menggarap sebuah cerita yang pilu, tertawa kecil kala menyiapkan kisah yang lucu.

Kalau awak nak saya, awak kena sharelah saya dengan semua orang yang suka saya sebab menulis tu memang hidup saya. Got to go…

Mengenali Mukhlis benar-benar membuatkan hidupku agak huru-hara sebenarnya. Ada saja pesanan yang dihantarkan buatku. Sekadar berbual di sebuah laman sosial, kerapkali dia menghantar lagu-lagu yang cukup menyentuh hati kecilku.

Terasa dekat dengan dia dan aku yakin, lagu-lagu itu adalah demi menyatakan perasaan hatinya padaku. Tapi, tidak terlalu pantaskah dia mahu serahkan hatinya untuk aku jaga? Dan tidak runsingkan dia andai rupa ini tidaklah seperti yang dia harapkan?

Namun, benar… hadirnya dia membuatkan aku tersenyum senang. Adakah ini cinta atau sekadar khayalan cuma.
Baru saja hendak ku matikan laman sosial tersebut, pesanan daripada dia muncul lagi dan kali ini, sungguh membawa debar di dalam hatiku.

Aku inginkan dirimu… datang dan temui aku.. kan ku katakan padamu.. aku sangat mencintai dirimu…

Terpempan juga diri ini melihatkan dia semakin berani meluahkan rasa. Tapi, aku tetap ketawa sendiri. Rasanya ini adalah sebuah lagu daripada band Indonesia dan aku tahu lagu ini lantas aku membalas kembali pada dia.

Maaf… sungguh ku tak bisa, untuk kembali padamu…

Tidak lama setelah itu, Mukhlis membalas.

Datang pada saya, dan saya akan katakan semua ni, Ann.

Tak mampu membalas lagi, aku matikan laman sosial tersebut lantas aku bangkit bila temanku, Sarina sudah berdiri tegak di depan pintu hendak mengajak aku makan tengah hari. Membiarkan pesanan akhir Mukhlis tergantung di situ.

Pelik dia. Mana mungkin jatuh cinta padaku tanpa melihat rupa. Hanya menatap bait-bait garapan saja. Rasanya itu tidak mungkin.

“Dari tadi, aku tengok kau tersenyum je? Kau sembang dengan siapa? Dengan mamat tu lagi?” tanya Sarina memerli.

Aku tidak menjawab terlebih dahulu, sebaliknya aku tarik daun pintu dan menguncinya. Tugasku di sini tidaklah sehebat Sarina, seorang Jurutera tapi aku adalah pengendali kepada semua urusan ketua kami kerana aku adalah seorang setiausaha yang menjadi seorang penulis separuh masa.

“Mukhlis, ya?” tebak Sarina lagi.

Aku memandang wajahnya dengan langkah kaki yang maju ke arah lif. Setelah seketika, aku mengangguk.
Hanya pada dia aku kongsikan segalanya. Segala tentang lelaki itu. Segala tentang peminat dan rahsia hatiku.

“Kau tak kenal dia lagi, kan?”

“Belum lagi. Tapi, dia ada cerita hal diri dia pada aku. Dia siapa? Keluarga dia macam mana? Umur dia berapa?” jawabku.

Fikiran ini terus menerawang mengingati di awal-awal perkenalan kami sekadar atas dasar penulis dan pembaca saja. Entah mengapa, soalan pertamanya itu benar-benar membuatkan aku terkedu.

Siapakah watak cerita itu padaku? Bagaimana dia dapat merasakan watak teraniaya itu adalah aku? Aku sendiri tidak mengerti. Bagiku, setiap watak yang aku garapkan, semuanya dekat di hati. Mereka milikku. Mereka adalah hasil perahan idea aku dan sudah pastinya akulah yang paling dekat dengan watak itu semua.

“Dia pun tak kenal kau siapa lagi, kan?” Soalan Sarina membawa aku memandang wajahnya. Hilang pesanan Mukhlis dulu.

Aku menggeleng. “Aku memang tak berniat nak reveal siapa aku sebenarnya, Ina. Memang aku tak nak.”

“Kau ni peliklah, Ana… Dah ramai peminat ikut cerita-cerita yang kau tulis. Aku tengok, setiap hari ada je orang orang like Fan Page kau. Blog kau tu, ada je bertambah followers. Peminat kau tu semua tak demand ke, nak kenal kau?” Sarina memandang aku pelik.

“Err… aku memang tak bolehlah. Aku lebih suka jadi Ann Rahana daripada pada mereka semua daripada aku jadi Anahara Rahman. Aku memang tak nak.” AKu geleng beberapa kali.

Bila buku pertama aku bakal dilancarkan, Sarina sendiri kerap usulkan hal ini. Katanya, sebagai pembaca dia ingin tahu siapakah wajah di sebalik karya itu tapi bagi aku, aku dikenali sebagai Ann Rahana dan bukan Anahara Rahman. Biarlah nama pena itu kekal kepada mereka.

“Masalahnya, Ann Rahana dengan Anahara Rahman tu orang yang sama, kan?”

“Memang jasad yang sama, Ina. Tapi, kau tahu kan jiwa berbeza. Kau tahu aku macam mana bila bersama kawan-kawan ni dan macam mana aku sebagai Ann Rahana. Aku tak nak kehidupan peribadi aku meniti kat mulut sesiapa dan aku yakin, pembaca aku akan hormat pada keputusan aku ni,” jawabku membela diri.
Sarina mengeluh. Dia menyilangkan tangannya ke dada.

“Okeylah. Katalah semua orang boleh terima, tapi peminat kau bernama Mohd Mukhlis tu nak terima ke? Kan dia dah cakap, dia akan cari kau sampai dapat,” ucapnya risau.

Aku gariskan senyuman. “Jangan risaulah, Ina. Dia tak akan jumpa aku dan aku yakin sangat dia tak akan cari aku. Aku tahu dia bergurau je selama ni dan aku boleh terima dia sebagai salah seorang peminat aku je.”

“Hii… payah betullah penulis kedekut hal peribadi ni,” cemik Sarina dan aku hanya ketawa.
Serentak itu pintu lif ternganga lebar. Aku dan Sarina sama-sama menapak ke dalam lif.

“Tapi kan, Ana… aku dapat rasalah… dia akan cari kau sampai dapat. Jarang ada lelaki macam ni tau. Kalau kata dia jumpa kau, masa tu kau nak buat apa? Nak-nak pulak dia tu handsome, anak orang kaya, bawa kereta besar? Apa kau nak buat?” bisik Sarina dekat di cuping telingaku.

Aku jeling pada dia. Wajah itu tersengih dengan kening yang terjungkit beberapa kali.

“Aku sign buku dia, then aku blah. Senang!” jawabku sinis.

“Kau ni… aku suruh kau bayang je.”

“Aku tak nak bayanglah. Bukan aku tahu rupa dia macam mana pun. Tapi, aku tahu dia memang anak orang kaya. Dari cara dia tu boleh tahu. Aku kan penulis,” selaku.

“Entah-entah dia anak Tan Sri ke, Dato’ Seri ke? Rugi kau nanti.”

Eh perempuan ni. Jauh sungguh dia berjalan. Terlalu luas dia cernakan otaknya sampai ke situ dia berfikir sedangkan aku sendiri tidak kenal akan lelaki itu. Entah wujud entah tidak, entah baik entah jahat.

“Seri ke tak berseri ke, aku tak naklah get hooked dengan orang-orang loaded ni, Ina. Dia nak minat aku silakan tapi jangan sampai dia jatuh cinta pada aku. Jangankan jatuh cinta, suka pun tak boleh,” tekanku pada Sarina.

Dia ketawa halus. “Tapi, kalau kau yang jatuh cinta pada dia, macam mana?”

Pertanyaan itu membuatkan aku tersentap sendiri. Aku pandang wajah yang sedang ketawa itu. Kali ini, rasa lain macam bila Sarina bertanya demikian. Sungguh barangkali, entah bagaimana andai aku juga mempunyai perasaan lain pada dia sedangkan kami tidak pernah bersua.

“Eh, tak mungkinlah. Hati aku ni milik aku. Aku serahkan pada Tuhan sebab Dia Maha Mengetahui segalanya.” Aku memberikan jawapan mati pada dia.

Sarina ketawa lagi. “Dan aku harap, Tuhan berikan teman hati yang terbaik untuk kau sebab aku yakin, kau mesti rasa sesuatu pada dia, kan? Andai tidak, senyum kau tak lebar macam ni la setiap kali kau terima pesanan dia biarpun dalam emel dan nama itu tak mungkin kau nak sebut setiap hari, kan?”

Aku siku Sarina sekuat hati. Mujur dia sempat mengelak. Andai tidak, aku pasti dia akan memohon cuti kecemasan dek penangan siku aku ni.

“Minta simpang, okey. Hati aku milik peminat aku. Kalau dia nak hati aku ni, dia kena share. Titik!” tekanku dan terus saja aku melangkah keluar bila pintu lif terbuka di tingkat tiga.

Aku terus melangkah membawa wajahku yang terlalu canggung kala ini. Bawa lari daripada pandangan mata Sarina. Risau andai dia menebak berlebihan dan aku tidak mampu menepis.

Inilah aku, mudah memujuk orang hanya dengan beberapa baris ayat, namun diri sendiri terlalu sukar hendak aku pujuk kerana sekeping hati aku ini terlalu keras hendak aku lentur.

~~ > bersambung

Cik Penulis : Saja just tambah2 sikit dari versi cerpen ni. Permulaan KIM2 akan ada lepas saya update semua KIM1 menjadi pecahan bab.. ada penambahan tengok mana yang sesuai..huhu..payah benornya nak tambah plot dalam cerpen ni. tak suka!! tapi buat jugak.. demi KIM2.. hidup anahara tanpa mukhlis dan hadirnya Zafran...

18 comments:

  1. da bace cerpennya..
    xsabar nak tggu KIM2..

    ReplyDelete
  2. tiong....tiong....best....wink...wink...

    ReplyDelete
  3. kak,,, agak confuse sikit..
    cover ku ingin mencintaimu..
    tajuk ku ingin milikimu.. haha..
    dah tu mcm mana?? wahh..
    versi novel ke?ehehehe...
    nak ngan zafran!!!

    ReplyDelete
  4. wahh da baca da cerpen dia..
    ada kelainan sikit ke nnt ?
    ending dia xnk mcm ending dlm cerpen tu.please..

    ReplyDelete
  5. ade lain sikit dlm setiap bab ni..mmg dari cerpen tp sy olah sikit bg panjang..sbb nk buat mini novel kan..berita baeknya..akn habis di blog..hehe..

    KIM2 nanti dalam bab atas2 sikit baru kita masukkan ek..hehe.. sara..dh tukar..hehe..sowi2..kt opis tadi takdak cover..main sebat je..haha.. guys..nnt kan.. sama ada mukhlis or zafran..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nie yg best nieh..abis kt blog....xyah trtunggu kuar nvel sbijik...
      penantian satu penyeksaan~aiceeh..

      Delete
    2. wahh syoknye abis kat blog..
      ku menanti..

      Delete
  6. hehe..da x sabar nak tau endingnya.hopefly happy ending la ek :D

    ReplyDelete
  7. Bestnya habes dalam blog . Syg kak rehan ketat2 la . Hihi . Nak ngan zafran la . Tak nak mukhlis dah . Hihi . Pape pon nak happy ending tau . Tak nak sedeh mcm dulu . Huhu . :)

    ReplyDelete
  8. best..keep it up :)

    ReplyDelete
  9. akhirnya...akhirnya ade jugak sambungan... *hugs*

    ReplyDelete
  10. oh, MN...
    ingatkan sequel..
    so, lg saspen nk tggu kisah seterusnya ni...

    ReplyDelete
  11. best cerita ni.....xsabar na abiskan hehheh..

    ReplyDelete
  12. x baca lagi cerpen sblm nie...klu blh x nk baca lah nk tau cite dr novel nie je...hehhehee...
    rasanye nie novel yg sy ikuti br beberapa bab...klu x org lain dh brp kali katam sy br nk baca...hehhehe

    ReplyDelete
  13. dah bc cerpen nie..ptt mcm kenal nama anahara..... n bila baca kalimah cinta...bru perasan ada sangkut paut ngn cerita nie......heheh

    ReplyDelete
  14. Cite ni berkait dgn 'klau skali cinta' ya?tgk watak ada kaitan..

    ReplyDelete
  15. nm zafran ni glamer betul skg.kat sklh pun boleh thn stdnt yg nm zafran ni.buat ckgu pening.hahaaaa.Mukhlis,nm yg cukup indah.

    ReplyDelete
  16. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete