Friday, June 15, 2012

Suami Tak Kuhadap 17


BAB 17

“SAYANG….” 
Aku merengus sedikit kala ada jari yang menari di pipiku.  Semakin liar dan terus meliar menyentuh anak rambutku pula. 
“Sayang, bangun sayang….”  Kejut suara itu lagi.

Bila aku buka mata, wajah Budriz dekat denganku.  Tersenyum mesra dengan rambut yang masih basah.  Aku menggeliat sedikit sebelum membuntangkan mataku menatap wajah Budriz yang masih begitu. Sungguh, aku sendiri tidak sedar, bilakah aku berada di atas katil ini dan yang pastinya, Budriz ada bersamaku. 
“Emm… kenapa?”  soalku lemah. 
Terasa penat tubuhku kala ini.  Tidak larat hendak kubangkit.  Perut semakin menyengat.  Serangan biasa tiap-tiap bulan  yang perlu aku hadapi.  Kesakitan milik perempuan kala diri tidak bersih yang perlu aku kurangkan dengan ubat penahan sakit. 
“Bangun, sayang.  Siapkan pakaian abang kejap.  Siapkan pakaian Syai sekali,” arah Budriz padaku. 
Aku mengerutkan wajah.  Bukanlah tanda protes kali ini tapi tanda diri ini sedang menahan sakit yang amat dan semaki menyengat.  Tangan ini aku bawa ke perut.  Meraba bahagian ari-ari yang terasa sakit dan pedih dengan peluh kecil yang mula merenik di dahi. 
Budriz menjauh.  Dia berlalu ke almari dan dikeluarkan sehelai kain pelikat dan juga baju T miliknya. 
Abang solat dulu.  Dah pukul 6.45 pagi ni.  Sayang bangkit, ya?  Tolong siapkan pakaian kerja abang,” ujarnya lagi. 
Dalam menahan sakit, aku mengangguk di luar sedar membuatkan Budriz tersenyum.  Mungkin terasa menang akan kejinakanku pagi ini sedangkan hatiku masih membara akan peristiwa malam tadi. 
Bila aku bangkit dan duduk menekan perut di birai katil, Budriz mengangkat takbir.  Aku hanya memerhatikan saja susuk tubuh itu, tunduk ruku’ dan kemudiaannya sujud lantas bangkit dan qiam kembali. 
Alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dia bisikkan sedikit sebanyak menerobos ke dalam hatiku.  Berdiam lama di situ membisikkan satu rasa asing yang tak pernah aku rasa.  Ada sesal, ada marah, ada malu dan ada sebu yang bercampur menjadi satu.  Ada bisikan yang menyatakan aku salah dalam pertimbangan selama ini. 
Tidak sedar berapa lama aku memerhatikan Budriz, dia akhirnya usai memberi salam dan berpaling padaku bersama sekuntum senyum bersama bibir yang terkumat kamit mengalunkan zikrullah.  Mata itu tetap padaku memerhatikanku yang kembali menjulurkan kaki ke dalam gebar. 
Kemudian, dia terus merapatkan kedua belah tangannya dan mengaminkan doa dengan penuh kusyuk lalu dia bangkit padaku.  Duduk di birai katil, dekat dengan pehaku. 
“Sayang tak sihat ke?”  Budriz menyentuh dahiku dan aku pantas menepis dalam pada cuba menghalau rasa pelik ini.  Tak mahu ianya bersanggah lama di dalam hati. 
Dalam pada itu aku pantas menggeleng bila dia sekali lagi hendak menyentuh pipiku pula. 
“Jangan sentuh aku!”  tekanku melarangnya.
Budriz senyum.  Kopiah di atas kepalanya, ditanggalkan.  Rambut yang agak basah itu dia lurut ke belakang menampakkan dia adalah lelaki yang tampan di mataku.  Pantas aku pejamkan mata ini rapat-rapat bila Budriz bagaikan tahu akan mataku yang tidak lepas memandangnya. 
“Kalau tak sentuh sayang, abang nak sentuh siapa?”  soal dia manja. 
Aku buka  mata dan menjeling tajam pada Budriz.  Muak aku mendengar dia berbicara demikian sedang sekelipan tadi, aku terpijak akan kesyahduan alunan ayat-ayat suci itu dari bibirnya sebentar tadi.
“Ikut suka kaulah nak sentuh siapa pun!  Aku tak pernah nak ambil tahu!”  cebikku dalam pada tangan ini terus menekan perut yang semakin pedih. 
“Eh, mana boleh macam tu, sayang.  Abang ada  yang halal, tak kan nak pergi cari yang haram pulak.  Berdosa macam tu.” Dia menjawab tenang dan tangannya merayap lagi ke bahuku dan meramasnya perlahan.
Ada rasa hendak membentak, namun terasa selesa pula.  Hilang lenguh seketika bila aku sekadar membiarkan urutan Budriz itu singgah lama ke bahu. 
“Sayang tak sihat, ya?”  soalnya lagi. 
Aku diam dan mengetap bibir.  Hati ini dijentik lagi.  Sudah berpuluh tahun aku merindui soalan begitu.  Soalan yang menggambarkan yang diri ini disayangi dan amat diperlukan.  Namun, mengapa harus dia yang mengajukan soalan itu padaku kini?
Mata Budriz aku renung dengan pandangan yang agak kabur.  Lama kurenung dia dan dia hanya berlagak biasa saja dengan tangan yang masih meramas sekitar lenganku pula. 
Abang minta maaf pasal malam tadi.  Nanti abang suruh Norman baiki kereta tu, ya?  Pakaian nanti kita minta Najwa kemaskan dan suruh Norman hantar.  Abang tahu, sayang rindu abang,” tebak Budriz sewenangnya.
Tapi, kali ini.  Aku memilih hendak mendengar.  Tidak mahu membentak.  Tiada berkudrat sebenarnya hendak melawannya dalam pada aku menahan sakit.
Abang kadang-kadang hilang punca nak pujuk Syai.  Kadang-kadang bertindak macam orang bodoh.  Tak fikir panjang.  Tapi, abang lagi hilang punca.  Macam orang gila bila balik dan tengok Syai tak ada kat rumah.  Abang dah agak yang sayang akan keluar tapi macam abang cakap, Syai isteri abang dan abang percayakan isteri abang ni sepenuh hati.   Jangan lari lagi.  Syai tak mampu berlalu dari abang.  Cukuplah dulu Syai hilang.  Lepas ni abang akan pasang peranti pada tubuh isteri abang ni.  Mana pergi pun, biar abang dapat kesan,” sambung dia  panjang lebar. 
Aku telan liur berkali-kali dengan mata yang terkebil-kebil mendengar bicara Budriz dan juga bertahan akan kesakitan ini. Mungkin benar kata Najwa, Budriz mengamuk di pejabat tapi aku tiada berminat untuk tahu itu semua. 
“Sayang nak bangkit tak nak ni?”  soalnya.  Aku menggeleng pantas. 
“Bangkit dulu.  Siapkan pakaian abang,” rayu Budriz. 
Aku menggeleng lagi.  “Tak nak!”  tegasku membantah. 
“Bangkitlah dulu,” pujuk dia lagi sambil cuba menarik tanganku. 
Aku merentap kasar.  “Aku tak nak.  Kau tak reti bahasa ke?”  bentakku agak kuat. 
Benar aku marah dan sangat marah.  Kesakitan ini berkurang angkara amarah yang membakar namun Budriz tetap begitu.  Tenang bagaikan air di kali.  Tiada langsung tanda hendak memarahiku. 
Abang reti.  Tak apalah, sayang.  Kalau Syai tak sihat, baringlah dulu.  Tapi ni…”  Dia mendekatkan jarinya ke dahiku.
“…berpeluh ni kenapa?”  tanya dia prihatin.
Aku menolak tangannya yang sedang menyeka  peluh kecil di dahiku pantas.  Tapi dia tetap begitu kemudian dia menyelak gebar tebal itu dan menyentuh hujung kakiku sebelum berpaling dengan wajah yang pelik.
“Sejuknya!  Syai sakit ke?”  Wajahnya nampak cemas. 
Aku tahan hati.  Lidah ini berat hendak bersuara dan kepala juga tak mampu aku jatuhkan mengiyakan segalanya sedangkan dalam hati, aku menangis memanggil ibu.  Jarang aku hadapi kesakitan sebegini tapi mengapa pula hari ini?  Dan bersama lelaki ini?
“Eh, yang…”  Budriz membetulkan duduk. 
Lututnya di angkat dan sebelah tangannya menongkat tubuh.  Tangan sebelah lagi dilekapkan ke dahiku yang ternyata sedang merenik dengan peluh kecil. 
“Sayang tak sihat ni!”  tukasnya tegas lalu dia bangkit dan  mencapai telefon bimbitnya di atas meja almari solek. 
Dia kulihat sedang menekan nombor dan setelah seketika, dia bersuara cemas dan mata itu sesekali menjeling ke arahku.  setelah bibir itu terhenti berkata-kata, dia kembali mendekatiku lalu duduk lagi dekat daripada tadi. 
Aku menjeling ke atas memandang Budriz dengan sebelah tangan menutup mulutku yang bergetar hebat bertahan dari sendu.
“Abang cuti,” beritahu dia tanpa sempat aku bertanya.
“Kenapa nak cuti pulak?”  tanyaku agak keras dalam suara yang separuh berbisik. 
“Sayang sakit… abang temankan,” bisik dia lalu jemari itu menjalar di dahiku.  Menolak rambut yang terjuntai ke dahi. 
Aku menggeleng pantas.  “Aku dah biasa sakit demam sendiri. Kau boleh pergi kerja.  Jangan kisah tentang aku sangatlah.  Aku tak hadap belas ihsan kau tu!”  tekanku lagi.
“Tak nak hadap, silalah pejam mata, yang.  Anggap jelah abang tak ada depan sayang.”  Budriz ketawa halus. 
“Aku tak ada masa nak berguraulah!”
“Abang pun sama,” sahutnya pantas. 
Aku merengus dan menarik sebiji bantal dan menutup wajahnya.  Menyorok wajah dan mata yang sedang berair.  Tapi Budriz lagi kuat menariknya dan mencampakkan bantal itu ke bawah. 
Mata ini  hanya memandang bantal yang terdampar di atas permaidani berwarna ungu muda itu sebelum aku kembali memandang dia. 
“Kenapa campak bantal tu?”  soalku agak perlahan.
“Sayang pernah campak sekali, kali ni abang pulak campak.  Adil dan saksama la.  Tapi, sayang sakit apa ni?  Cuba cakap.  Dari tadi berpeluh dalam air-cond ni?”  Budriz sekali lagi menyeka renik peluh di dahiku sebelum aku pantas memegang tangannya menghalang dia berbuat begitu.
Tapi kali ini, kala kesakitan menyerang, aku genggam tangan Budriz erat dengan wajah yang menyeringai. 
“Ya Allah, sayang kenapa ni?”  Dia bersuara cemas dan terus memangku kepalaku. 
“Sa… kitnya perut …ni.”  Aku menjawab dalam nafas yang tertahan-tahan.
“Sayang sakit apa?  Nak kata abang tolak ke dinding malam tadi, abang tolak perlahan je.  Atau memang sebab abang ni?” tanya dia lirih dengan wajah yang semakin kalut dan berkerut sana sini.
Aku menggeleng dan mengetap bibir.  Perlahan-lahan aku cuba bangkit dan menolak tangan Budriz.  Bila aku duduk di birai katil dan cuba bangun hendak ke bilik air, lutut ini terasa longgar sendinya.  Dengan mudah hampir saja tubuhku terkulai ke lantai andai tidak disambut oleh Budriz. 
“Syai…” Dia menyeru resah.
Kala tubuh ini dipapah lembut olehnya, aku kembali duduk di birai katil.  Serta-merta aku pegang kepala yang terasa menyengat. 
“Sayang teruk ni.  Risaunya abang,” luah dia sambil menyapa bahuku sedikit dank u pantas mengelak.
“Kau nak pergi kerja, pergilah.  Jangan hiraukan aku.  Aku nak ke bilik air,” beritahuku lemah.
“Abang cuti sayang.  Tak boleh nak tinggal Syai macam ni je.  Tunggu siang sikit kita pergi klinik, ya?”  Dia sengih lagi memujukku.
“Cuma abang nak tahu, sayang sakit apa?  Sebab abang berkasar ke sampai pucat lesi macam ni.  Tolong, yang… jangan buat abang takut.”
Aku menggeleng lagi.  Tak tahu hendak berkata apa pada dia.  Malu sebenarnya hendak menyatatakan rasa sakit ini.  Wajah ini terus menekur ke lantai.  Memandang bantal  yang Budriz campakkan tadi. 
“Kau keluar Budriz.  Aku nak tidur kejap!”  Aku menuturkannya penuh ketegasan tapi Budriz tetap tidak berganjak seinci pun malah semakin rapat pula dia menarik bahu ini rapat padanya.
“Nope.  Apa-apa je Syai cakap kali ni, abang tak nak layan dah.  Syai degil abang lagi degil.  Mari sini.  Baring sini.”  Serta merta dia menarik kepalaku rapat pada dadanya. 
Aku diam tidak menolak.  Kala ini, airmataku hampir menitis.  Cepat-cepat aku seka dengan hujung jari.  Rindu pada arwah ibu menggamit sanubari.  Rindu belaian wanita itu menggunung tiba-tiba lalu aku bawa tanganku melilit leher Budriz tanpa sedar. 
“Syai rindu ibu.  Rindu ibu sangat,” luahku di luar sedar dan airmataku menitis tiba-tiba. 
Aku pejamkan mata rapat-rapat dan terus mengeratkan pelukan pada leher Budriz dan benar.  Dapat aku rasakan dia juga semakin erat memeluk pinggangku. 
“Abang tahu tapi abang ada, kan?  Abang akan ada dan sentiasa ada untuk sayang.  Dengan syarat, sayang kekallah di sisi abang.  Sampai sakit macam ni.  Mujur abang tekad nak heret Syai balik macam tadi.  Kalau Syai sorang-sorang kat rumah sewa Najwa tu macam mana?”  Dia menyoal lembut.
Kepalaku ditolak sedikit memaksa aku memandang wajahnya yang tenang dan bersahaja.  Telapak tangannya naik menyapa pipiku dan mengusapnya perlahan. 
“Syai sakit apa ni?  Cerita pada abang,”  rayunya bersama mata yang redup memandang. 
Aku terus menunduk dan  menekan perut. 
“Baring sini,” paksa Budriz lalu menarik aku rebah di ribaannya.  Rambutku dibelai lembut.
“Tolong sayang.  Sepatah je jawab.  Syai sakit apa.  Kalau tak cakap abang tak tahu,” keluhnya. 
Bibirku terkatup rapat.  Lidah ini memberat dan hanya airmata  yang mengalir semakin lebat hingga akhirnya ada esakan yang terbit dari suaraku.
“Syai rindu ibu…” luahku untuk ke sekian kalinya. 
“Abang tahu, sayang sebab tu abang nak Syai sentiasa dengan abang.  Budak menolak dan terus menolak abang macam ni.  Abang tak senang andai Syai tak ada depan mata,”  ucapnya bersama belaian yang tidak putus. 
“Syai sakit bu.  Syai sakit ni,” rintihku tanpa mempedulikan kata-kata Budriz. 
“Sayang…,” Budriz menyeru lagi kali ini lebih lembut dan lebih syahdu.  Kepalanya direndahkan hingga rapat ke dahiku. 
Aku angkat mata yang basah merenung dia.  “Syai sakit!”  ucapku lagi.
“Abang tahu.”  Dia mengangguk lemah. Jemari suam itu pantas menyeka airmata  yang sedari tadi mengalir. 
“Syhhh… tidur kejap.  Abang ada.  Abang ada akan sentiasa ada,” pujuk dia memelukku erat. 
Membuatkan aku berasa selamat dan kerinduan pada arwah ibu berkurangan dengan sendirinya.  Kesakitan juga berlalu pergi tanpa kujawab sakitku pada dia.  Rasa disayangi, rasa diselamatkan dari sejarah lalu biarpun dia adalah penyebabnya.

**

MATAKU tajam merenung Budriz yang sedang melangkah kemas ke arahku yang sedang berbaring di dalam bilik rawatan. 
“Kenapa kau boleh masuk sini pulak?”  soalku marah.
Dia senyum.  “Abangkan headboy kat sekolah ni.  Tak boleh ke abang melawat adik abang.  Diorang cakap Syai sakit.  Sakit apa?” 
“Sakit hati!”  tekanku sambil menahan perit di dalam perut.
Dia senyum lagi.  “Sakit hati sampai masuk bilik rawatan,  ya?”  usiknya tiba-tiba. 
Aku mencemik.  “Kenapa?  Kau suka aku masuk hospital gila, kan?”
“Syai suka fikir buruk-buruk pada abang tapi abang rasa abang tahu kenapa Syai sakit.  Tarikh macam ni je Syai sakit.  Tak apalah.  Abang kejap je.  Jenguk adik.  Amanah ayah kena buat.  Nanti orang tangkap kita, jenuh pulak kena kahwin paksa.  Kahwin paksa abang suka je dengan Syai tapi tak syok tak boleh buat apa la kot masa ni,” luah Budriz selamba lalu dia bangkit  menuju ke pintu meninggalkan aku yang terkulat-kulat sendiri. 
Andai tidak difikirkan senggugut yang menyerang, mahu saja aku hamburkan sumpah seranahku pada dia tapi kepala yang berat memaksa aku pejamkan mata menghalau rasa sakit di perut yang sedang kutuam dengan air panas. 
“Sayang.” 
Aku buka mata bila bila terasa ada tangan yang menyentuh wajahku.  Senyuman Budriz jelas di depan mata.  Rasanya baru sebentar tadi aku kembali ke zaman remaja kami.  Menyingkap kembali dendam dan duka yang telah Budriz coretkan dalam hidupku. 
“Kat mana ni?” 
“Kat rumah kita.  Syai tak sihat.  Abang tak kerja.  Dah tengah  hari ni.  Bangun mandi, sayang,” ujarnya. 
Aku mengerutkan wajah melihat ke arah pintu luncur yang terbuka lebar.  Terang benderang. 
“Kenapa tak kejut?”  soalku.
“Sayang sakit.  Meracau-racau marah abang dalam mimpi.  Ingat kenangan lama ke apa tu?”  usik dia tersengih. 
Aku merengus.  Benar aku teringat akan beberapa peristiwa lalu namun tak kusangka hingga terbawa di dalam mimpiku. 
“Kenapa tak cakap syai period pain?” 
“Perlu ke?”  sinisku geram. 
Dia menggeleng lembut.  “Tak perlu sebab abang dah agak.  Cuma bila Syai menangis, abang ingatkan Syai sakit lain.  Kalau pasal  hal ni, abang dah lama tahu keadaan Syai akan jadi juga sesekali.  Tak apalah.  Abang harap dah lega sekarang atau Syai nak pergi klinik?”  tanya dia.
“Kalau dah lega, nak pergi klinik buat apa?”  soalku keras lalu aku tolak gebar  yang menutup tubuh.  Waktu ini benar-benar terasa selesa dan hangat.  Sakit pun berkurang. 
Bila aku tolak seluruh gebar itu, aku terkejut bila bajuku sedikit tersingkap ke atas. 
“Kau buat apa ni, Budriz?”  soalku nyaring.
“Abang buat apa yang selalu Syai buat.  Dulu Syai letak botol air panas kat perut, kan?  Ni kita dah maju, ada tungku elektrik.  Mudah.  Caj kejap, terus letak masa Syai tidur tadi.  Lega sikit abang tengok Syai lena.  Kalau tak mengerang sana sini.  Resah tahan sakit.  Okey tak ni?”  Dia tayang wajah tak bersalah padaku  membuatkan aku hampir hilang kawalan.  Wajah serius.  Wajah bersungguh-sungguh.
Hendakku marah, ada sesuatu  yang semakin menghalang apatah lagi, setiap kekasaranku, dia hanya balas dengan senyuman. 
“Sayang jangan risaulah.  Abang tak buat apa pun.  Tengok pun tak.  Kawasan terlarang pada waktu terlarang ni berdosa kalau tempuh jugak.  Abang harap sayang dah okey, ya?” 
Aku terdiam dek perhatian Budriz.  Kelu akan kepekaannya pada perubahanku selama ini. 
“Kenapa kau layan aku dengan baik sedangkan aku tak pernah baik dengan aku?”  tanyaku tiba-tiba.
Hendak tahu akan isi hati seorang lelaki yang selama ini menjadi musuhku.  Lelaki yang telah takdir bawa dekat di dalam hidup.  Lelaki ini yang aku benci namun dia jugalah yang tidak puas menabur kasih, menyemai sayang padaku.
“Sayang nak berapa jawapan?”  soalku bermadah. 
Aku diam.  Tidak menjawab langsung.  Sebaliknya, aku renung wajah itu semahuku.  Andai sebelum ini, renunganku padanya bagaikan  mampu membunuh, tapi kali  ini agak redup sedikit. 
“Abang tak punyai banyak sebab, sayang.  Abang ada satu sebab je.  Sebab sayang amanah Allah buat abang.  Jangan persoalkan kasih dan sayang sebab abang yakin, hati Syai masih hidup untuk menilai kasih dan cinta abang.  Syai terasa sunyi sendiri.  Syai dihambat peristiwa lalu.  Hidup dalam…”
“Kau tak lalu.  Kau tak akan tahu apa yang aku rasakan!”  tekanku mencantas suaranya.
Dia angguk.  “Abang memang tak tahu dan tak rasa apa yang Syai lalui tapi percayalah, Syai juga tak tahu apa  yang abang rasa tiap kali Syai tampar abang, simbah abang dengan air, lari dari rumah, tengking abang sedangkan abang suami.  Mungkin Syai membenci tapi benci itu sifat iblis yang mampu merosakkan kita.”
Dia menghela nafas panjang buat seketika sebelum menyambung.  Tangan itu ringan naik ke dadaku dan dilekapkan agak lama bersama liur yang ditelan berkali-kali.
“Dalam dada ni, ada hati.  Di mana bermula niat dan segalanya.  Jangan biarkan hati  ini rosak kerana dendam.  Abang minta maaf pernah perangkap Syai.  Paksa Syai nikah dengan abang tapi cara mana lagi abang nak buat untuk ikat Syai pada abang?  Cinta abang memang gila.  Gila sebab cintakan adik tiri sendiri.  Cinta yang abang rasakan tak akan subur tapi dah tumbuh gagah bertapak dalam hati abang.   Syai salah.  Derhaka pada abang sebagai suami tapi abang sebagai suami, akan tetap maafkan isteri abang.  Kalau sebab sakit macam ni, baru Syai nak berlembut dan mesra dengan abang, abang nak je doa moga Syai sakit macam ni selalu.  Tapi, tak nak.  Abang nak Syai sihat untuk melayan abang nanti,” luah dia panjang dalam nafas yang dia hela beberapa kali. 
Aku mengerutkan wajah.  Menyengat juga sesekali perut ini.  Bening mata Budriz aku pandang lama.  Dia  yang sedang memicit kakiku hanya diam tidak berpaling atau sekadar buat-buat tidak reti saja. 
“Layan?  Apa maksud kau layan tu?”  Aku menyoal bagaikan tidak berpuas hati.
Dia berpaling dan tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu dengan kening lebat yang sengaja dia jungkitkan berkali-kali.
“Sayang rasa?”  duganya dan aku terus melarikan kakiku daripada dia.  Namun Budriz pantas menariknya semula. 
“Tak adalah.  Abang gurau je.  Layan ni banyak maksud.  Bukan tu je.”  Bibirnya muncung.  Sengaja dia tekankan hujung suaranya. 
“Pakaian, makan abang.  Abang ada isteri.  Abang harap isteri abang buatkan.  Dulu bonda yang siapkan.  Ni dah ada Syai, sayanglah kena siapkan untuk abang kan?”  Budriz sekali lagi menjungkitkan keningnya agak tinggi bertanya padaku.
Mendengarkan perkataan bonda itu, hati terpukul lagi.  Mati terus bunga senyum pada bibirku.  Pedihnya jiwa, cemburunya hati pada dia yang masih punyai bonda. 
“Mujurlah abang cakap dekat Man pasal kita.  Mujur jugaklah abang nekad ambil sayang.  Buatnya sayang sakit sorang-sorang, macam manalah…”  Dia mengeluh kecil sambil melirik mesra ke arahku yang sudah diamuk resah lagi..
“Ikut suka akulah kalau aku sakit, nak mati sekalipun.  Aku dah biasa sakit demam sendiri Budriz.  Kau ada bonda yang mampu jaga kau tapi aku tak ada sesiapa yang mahu jaga aku!”  tekanku geram dan tiba-tiba saja. 
Kepala ini terasa hangat.  Tangan ini terasa ringan.  Tindakan Budriz terhenti.  Hilang sudah keselesaan akan kelembutan tangan Budriz memicit kakiku.  Dia berpaling pada wajahku sepenuhnya dan memandangku tajam.
“Kenapa tiba-tiba?”  soalnya.
Aku melarikan kakiku.  “Tak ada tiba-tiba.  Aku memang macam ni.  Hari ni aku ada kat rumah ni.  Lepaskan aku dan jangan cari aku lagi,” tegasku lantas aku bangkit bersama kudrat yang agak membataskan. 
Baru hendak melangkah, Budriz menarik tanganku membawa aku terduduk sekali lagi di birai katil dekat di sisinya. 
Abang dah mula nampak sikap manja dan mesra Syai tadi.  Abang akan terus buat hati Syai hidup dan subur.  Abang akan buat Syai jatuh cinta pada abang.  Jangan keluar dari rumah ni.  Abang akan cari sampai ke lubang cacing sekalipun dan Syai kena ingat satu…”  Bicaranya terhenti. 
Nafasnya mengah.  Dadanya turun naik menahan gelora yang sedang membadai.  Menahan amarah yang pastinya sedang tergambar di dalam sinar anak matanya yang tajam menikam. 
Jemari kami bertaut erat lagi.  Tak mampu aku elak kala melihat matanya.  Ada sesuatu di dalamnya.  Ada sesuatu yang sukar hendak kutafsirkan.  Ada sesuatu yang sukar untuk aku mengerti. 
“Syai seorang wanita Muslim.  Ingat sayang… jangan terlalu salahkan takdir.  Berdosa.  Dan ingat juga, Syai hak abang.  Kat mana tempat seorang isteri andai bukan di sisi suaminya?  Syai tahu itu, kan?”  sambung Budriz lembut dan lemah dalam nafas yang kian mendesah.
Terhenyak aku sendiri mendengarkan kata-kata itu.  Bagaikan baru sedar di mana aku berpijak, di mana aku aku berbumbung.  Ya Allah…
Budriz membawa telapak tanganku ke bibirnya lantas dikucup lama dengan kelopak mata yang nampak basah. 
“Allah tak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya, sayang.   Sayang mampu sebab tu terduga.  Abang mampu sebab tu abang cinta,” ujarnya lagi dan kali ini terus menusuk tepat ke jantungku membuatkan aku terpinga-pinga tidak terkata apa.

~~> bersambung

Cik Penulis : 

Maaf lambat update.  Jujur ada masalah kesihatan sikit.  Now dapatkan terapi Dr.Bone tu. Kat opis pon bz lately. Timekasih atas kesetiaan dan kesudiaan anda semua singgah di sini.  Saya hargai setiap komen yang diberikan dan akan cuba yg terbaek.  Maaf ats kekurangn.  Layan .. komen.  

58 comments:

  1. Ya Allah sedihnya. Cepat lahh cik writer bg happy moments pulak. Keep up the good work. Suka cara si husband approve si grg tu. Kita baca pun tersa cool je.

    ReplyDelete
  2. besttt. dah nampak dah perubahan syaima. tak lama dah tu.. ^__^

    ReplyDelete
  3. best sngt,
    bg la syai 2 lembut hati ckit.. budriz sngt penyabar..
    xsbr tnggu smbungan..

    ReplyDelete
  4. Best macam selalu. Memang susah utk melupakan derita yg lepas. Saya faham apa yg dilalui oleh Syai. Sukar utk melupakan- forgive and forget.

    Utk yang tak merasainya, tentu mudah utk menyalahkan sesiapa juga yg dlm keadaan Syai.

    Harap RM sambung cepat ye. Jangan lama2 sgt. At the same time, jaga diri & take a good care of yourself.

    Moga kebahagiaan milik kita semua.

    ReplyDelete
  5. bestlakarya akak..xpuas baca...ad kesilapan ejaan sket..wahh,xsabar nk tunggu saat shai dah terima budriz

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Yeay.... seronoknya tengok bila ada entry baru..... Rasa lega yg amat sgt.....

    Sekarang tgh menunggu the next entry pulak.... Hihihi....

    P/S Get well soon and take care....

    ReplyDelete
  8. thnks :)akhirnya dpt baca new en3.
    huhu...x sabar nak baca part syai n mukhriz bahagia.

    ReplyDelete
  9. bestnyaaaa..xsbr nk tggu smbungannya ..first time bca karya akak kat penulisan2u tu..
    baru je hbis bca terlerai kasih brapa hr lepas...
    best sgt2 ....Semoga selalu sukses kak Rehan :)
    fighting!! (^_*)v

    ReplyDelete
  10. terbaik aah. hahhahaah. cam dah nak OK jeh.hahahaha

    ReplyDelete
  11. kesian budriz......kebahagiaan akan muncul juga nanti....

    ReplyDelete
  12. "..sayang mampu sebab tu sayang terduga. abang mampu sebab tu abang cinta."

    perghh! mantap beb!!!!!!
    thumbs up RM.

    ReplyDelete
  13. ade silap ejaan ckit..harap2 bila dah dibukukan ejaan dperbetulkan..adeh lmbtnya eppy moment ni..sedih aje memanjang...oh masa gembira cptla kau dtg..

    ReplyDelete
  14. Terbaik...bkn slh Syai bla dia sering melawan n memberontak...kehidupan msa lampau dia tlh mnyebabkn dia mnjdi seorg yg pendendam...tp di sebalik hati yg keras tu ada tersembunyi jiwa yg ingin disayangi n dicintai...hope SAB dpt brsbar dgn karenah Syai..hehehe...RM awk mmg WRITER TERHEBAT saya la...suka buat kmi yg mmbca nie terbuai2 dgn pelbagai prasaan...

    ReplyDelete
  15. Terbuai² hati di pagi Jumaat ni...feeling!

    ReplyDelete
  16. syai, terimah ajela budriz tu.hehe

    ReplyDelete
  17. Kak Rehan, thanks sbb keep writing walaupun x sihat. cepat sembuh ye. ksian kt kitaorg hari2 refresh blog ni, nk baca sambungan STK...hihi

    haih...mana nk cari la laki cam budriz ni? kalau ada sekarang jugak sy p masuk meminang.

    sy suka olahan ayat kak rehan yg teratur,kadang2 puitis & tak lupa selitkan unsur Islamik.

    ReplyDelete
  18. best la..
    x sabar nk happy moment dr diorg ni..

    ReplyDelete
  19. Moga cepat sembuh....take rest yer sis....

    ReplyDelete
  20. hati syai nni dh mati, ni baru nk mula idup balik hati syai ni..

    ReplyDelete
  21. teruskan usaha Budriz,.idupkan balik ati Syai tu,.bg dia kasih sayang y dia xdpt nk rse selama dia terkapai-kapai sorang2,.peace no tengking2 keke

    ReplyDelete
  22. pergh... ayat Budriz tu menusuk kalbu, taktau la kalau Syai takleh terima budriz lagi... hahaha

    ReplyDelete
  23. suke-suke!!..best sangat entri nih..tak sabar nak bace sambungan :)

    cepat-cepat buku kan okeh..

    ReplyDelete
  24. best ada n3 baru... tq... walaupun syai garang tapi dalam hati ada taman... budriz kena rajin asah hati tu kasi lembut...ngeh ngeh... kasi budriz stress ari2...

    kasi budriz kena demam chikungunya... hilang akal nanti syai nak jaga....

    ReplyDelete
  25. untuk menangani org mcm syai ni perlukan bnyk doa dan kesabaran yg tinggi.betulletu ALLAH akan mnduga ikut kemampuan hamba2NYa.sampai masa yang sesuai ALLAH akan buka jln penyelesaiannye .ITU PASTI>

    ReplyDelete
  26. yaya

    best....sian kt budriz tu,n dh nampak sisi lembut & manja si Syai tu....cepat2 update yerr...anyway,get well soon kak rehan...=)

    ReplyDelete
  27. Sungguh mengesankan… Thanks a lot dearest Cik Penulis memakbulkan impi akak Rozie nak SAB makin romantik dan penuh kesabaran menangani NS dalam meraih haknya. Suka sangat dengan plot yang colourful. RM ~~~~> thumbs up from me. Akak umpamakan Cik Penulis bagai pelayar layang-layang yang begitu bijak bermain dengan talinya. Kadangkala dilepaskan jauh dan adakala ditarik menyentap melawan arus anginan namun tidak terputus haluannya. Kupelajari sesuatu bermakna melalui STK ini. As usual take good care of your mind and soul which eventually would lead you to be a WRITER FULL OF SOUL.. Luv!!!

    ReplyDelete
  28. budriz dah pandai main ayat kat syai erh...=)

    ReplyDelete
  29. akhirnya ada jg n3 baru...nw tgh mgu exm..dlm dok stdy bka jg blog ni..huhu..dkt kisah hati 2 jap2 refresh...penntian satu pnyeksaan...huhu..n3 kali ni bes..hehe...

    trima ksih sgt2 to cik writer..smga kmbli shat spnuhnya..

    ReplyDelete
  30. RM,harap syai.terima budriz sbb syg bukan paksaan
    pls Rm..tak nak ada unsur paksaan

    ReplyDelete
  31. As usual lah kan, STK memang terbaik! (Y) suka cara Budriz layan Syai yg super duper keras hati, haish. Apapun thanks kak rehan for the entry, and get well soon! :*

    ReplyDelete
  32. best3...finally ade gk n3...lame dk tunggu STK ni...good job!!

    ReplyDelete
  33. best hari ni ada n3 baru... jgn lupa cpt sambung n3
    baru. RM ni memang writer yg bestlah. pandai je mengolah
    cite yg menarik membuatkan pembaca terbuai-buai saje dn
    tak sabar nk tunggu n3 baru lg. kalau boleh RM setiap
    hari ada n3 baru tersgtlah bestnya. tk ye RM utk n3 baru ni.

    ReplyDelete
  34. ... bertuahnya Syai.... kalau Kak Sue tengah marah ..dengar apa yang Budriz cakap mahu cair .... hehehe.....
    ... Budriz ... Syai kena dilayan dengan cara yang lembut..... Insyallah..... I FOLLOW...

    ReplyDelete
  35. berlinangan air mata ku...hu hu
    -che`leen-

    ReplyDelete
  36. oke...saya sudah khatam entri ni dua blas kali. napa la abg bud ni lovey dovey sgt??

    ReplyDelete
  37. terbuai perasaan dgn layanan budriz...mg2 dendam syai akan terlerai sikit demi sikit melihat kesungguhan cik suami memujuk n membelainya... ;-) thanks kak rehan.

    -hanim-

    ReplyDelete
  38. sgt best n kelakar...

    ReplyDelete
  39. really nice...
    lagi RM..
    semoga chat2 slalu..=)

    ReplyDelete
  40. best dapat hubby penyayang cam riz...hehhee..prihatin sungguh...tungku elektrik moden tu memang berkesan untuk period pain.saya pun pakai.siap jual gai sekarang.heheh harga murah dan berbaloi sgt.

    ReplyDelete
  41. best dapat hubby penyayang cam riz...hehhee..prihatin sungguh...tungku elektrik moden tu memang berkesan untuk period pain.saya pun pakai.siap jual gai sekarang.heheh harga murah dan berbaloi sgt.

    ReplyDelete
  42. touching.. nice n3.. thank you RM!!!

    ReplyDelete
  43. Harap cik pnlis shat dah...bleh cpat2 sbung n3 hehehe...bila yer syai nk trima budriz....

    ReplyDelete
  44. Bagus ...#^_^
    Dah nampak dah tindak balas positif dekat Syaima ....
    Harap Budriz berjaya mengubah Syaima kearah kebaikan ...#^_^

    ReplyDelete
  45. Kak rehan,,moga2 cepat sembuh! hehe,,dan moga2 cepat sambung,, :D

    ReplyDelete
  46. Akak sukew cite RM ni pandai writer bawe pembaca nmpknye akak akan jadi peminat tegar RM tak sabar nk tunggu cite ni dibukukan dan cite2 RM yg lain pun . Bagilh kegoncangan dihati syai dgn hubungan bud dgn pilihan neneknye biar syai tahu yg sebenarnye dia pun memang suke sgt2 dgn si suami dn buatkn syai mcm mana nk meraih kasih syng Bud balik alam rtumah tangga kn selalunye begitukn ade turun naik .

    ReplyDelete
  47. kak, sambung cepat-cepat ye....

    ReplyDelete
  48. Salam Rehan...akak sentiasa mgikuti citer STK...ini 1st tyme akak beri komen..brmula dri awal watak2 yg d bwa leh Budriz & Syai sngt memuaskn hati akak..sifat Budriz yg tegas..pyayang...sabar...yg akak suka watak Bud yg romantika..pandai brkias...cukup dgn perisa asam garam..mbuatkn akak leka dan terbuai...hehee. Next n3 bgi lah hati Syai lembut sikit...hope lpas ni Syai dpt hadap muka Bud pelan2 slpas mdngr khutbah dri suami yg tk ingin d hadapnya.....
    ~Ida yahya brunei..

    ReplyDelete
  49. lembutnyaaa budrizz nii..cepat2laaa bagi syai lembutt hati tu kak rm .x sabaa da niee!!.kesiann budrizz..kerass betol hati diaaa..ish geram pon ade ni kat syai..>,<

    ReplyDelete
  50. Mampu ke kita ambik smula hati org yg dh xsyg kita..mampu ke kita lembutkan smula hati dia utk bsama kita...ya allah lembutnya hati budrizz..sabar je dia melayan kerenah isteri dia..huhuhu...nak suami mcm tu blh..hihihihi

    ReplyDelete
  51. Mampu ke kita ambik smula hati org yg dh xsyg kita..mampu ke kita lembutkan smula hati dia utk bsama kita...ya allah lembutnya hati budrizz..sabar je dia melayan kerenah isteri dia..huhuhu...nak suami mcm tu blh..hihihihi

    ReplyDelete
  52. Salam buat Kak Rehan

    So the bestnya....love it!love it so much..so the feeling one.., hehe.., tak tahu berapa banyak air mata yang menitis...setiap novel Kak Rehan yang saya baca bisa bikin hati ini tak keruan ...jeep up the goid work

    ReplyDelete