Tuesday, March 20, 2012

Ku Ingin Milikimu [14]

BAB 14

DUA TAHUN BERLALU

BIBIRKU tersenyum melihat keletah Aryana bersama Sarina. Manja sungguh. Setelah aku keluar daripada rumah besar itu dulu, hanya Aryana yang masih janin menjadi kekuatanku.

Setelah keluar daripada rumah besar itu dulu, Sarinalah tempat aku mengadu. Masih tergambar di mindaku, betapa marahnya dia hinggakan mulut itu tidak sudah-sudah menyumpah seranah Mukhlis sekeluarga tapi tiada lagi daya untukku kesalkan.

Mukhlis pilihanku yang ku rasakan tepat pada mulanya namun takdir terlalu hebat menduga hinggakan aku tersungkur di kaki nasib. Tunduk akur kepada kekalahanku biarpun cinta dan kasih ini terlalu tulus buat dia.

Hingga pengesahan talak dilakukan, aku tahu Mukhlis menyesal setelah perkara sebenarnya dia tahu daripada mulut Nayli sendiri. Hari di mahkamah itu, adalah pertemuan terakhir kami.

“Mama minta maaf pada kamu, Anahara.” Pertama kali mendengarkan Puan Sri membiasakan dirinya ‘mama’ padaku, benar-benar membuatkan aku tersenyum.

Kata-kata pada Nayli terlestari sudah bila Puan Sri sendiri membiasakan dirinya ‘mama’ dan menyebut namaku selembut mungkin. Pertama kali dia memelukku erat aku rasakan, doaku termakbul bila aku amat berharap agar dia menyayangiku seperti mana dia menyayangi Jeslina selama ni.

Abah hanya diam. Mukhlis terkaku lemah bila aku nekad tidak mahu menyambung kembali hubungan yang putus ini atas kehendak dan keterlanjuran dia sendiri.

“Saya mohon maaf buat Puan Sri sekeluarga. Benar kata Puan Sri, hadirnya saya dalam keluarga Puan Sri adalah menjadi perosak semata-mata biarpun saya tak pernah minta demikian,” ujarku lembut.

Wajah itu berubah. Aku tidak pernah terniat hendak mengungkit kembali nostalgia pedih itu namun, lidah ini terlalu ringan hendak bertutur dengan mereka buat kali yang terakhir.

“Jangan cakap macam tu, Ana. Mama minta maaf dengan kamu. Mama yang silap. Buta hati tak mampu menilai,” larangnya dengan suara yang berbaur sendu.

Airmata yang mengalir di pipinya, aku seka lembut. “Usah ditangisi akan nasib saya Puan Sri. Insya-Allah, takdir menduga pada yang mampu bertahan dan saya akan terus mampu bertahan. Puan Sri jangan risaukan saya.”

“Mama patutnya risaukan kamu dari dulu lagi, Ana. Bukan hari ni tapi mama benar-benar dah terlambat. Hari ni, hati mama ni terseksa lagi sebab pernah membuat kamu menderita apatah lagi kamu sedang mengandung anak Mukhlis. Cucu mama, Ana,” luah dia lagi dengan tangisan yang kembali meninggi.

Tan Sri mendekat pada isterinya. Bahu Puan Sri dipaut lalu dibawa rapat ke dalam pelukannya. Mata itu memandangku penuh berharap. Aku tahu, apakah yang bakal terbit dari celah bibirnya tapi aku harus tekadkan hati kerana sejak dari dulu, aku memang tidak diperlukan di dalam rumah besar itu.

“Ana… tak boleh ke Ana maafkan kami sekeluarga? Demi bayi dalam perut Ana tu.” Pertanyaan Tan Sri membawa aku menggeleng perlahan.

“Bayi ni akan sihat dan kuat macam saya, Tan Sri dan saya benar-benar dah maafkan semua orang termasuk awak Mukhlis.” Mata ini merenung Mukhlis yang sedang meraup wajah kusutnya.

“Saya dah tunaikan janji saya, untuk menjadi milik awak. Awak pernah miliki saya tapi Tuhan tak izinkan lama. Kita redha, ya?” pujukku namun Mukhlis menggeleng tanpa suara.

Aku pandang pula pada Nayli yang merah matanya kesan daripada tangis.

“Nayli, kakak tak ada adik. Kakak sayang Nayli. Terima kasih sudi balas kasih sayang kakak selama ni,” ucapku pada mereka setelah keluar daripada pejabat agama.

Mak dan ahli keluargaku hanya mampu memaafkan kala keluarga kaya ini menagih sebuah kemaafan. Masing-masing diam. Mukhlis berkali-kali mengesat juring matanya. Waktu ini, aku nampak mereka semua tertewas tapi aku, kuat dan akan terus kuat.

“Mukhlis…” Aku menyeru dia. Sejak hari itu, lidah ini tidak mampu lagi memanggilnya ‘abang’. Terasa berat sungguh.

“Perceraian kita akan sah setelah saya melahirkan dan bersaksikan semua di sini, saya lepaskan segala tanggungjawab dan nafkah awak pada saya Mukhlis. Ikhlas saya katakana, semoga awak bahagia dengan Jeslina. Awak milik dia pada asalnya dan akan kekal begitu,” ujarku lantas aku berlalu meninggalkan mereka terkaku dan kelu.

***

“Wei, kau ni berangan betullah. Nak jumpa peminat macam mana macam ni,” tegur Sarina setelah kami tiba di Pesta Buku di PWTC.

“Ahh, maaf-maaf.” Huluran tangan Aryana itu aku sambut bila dia memanggilku, ma.. ma..

“Ina, kau jaga Aryana tau. Aku kejap je. Dalam sejam bahagian aku siaplah.”

“Yalah. Risau sangat. Macamlah selama ni aku tak pernah jaga Aryana baik-baik. Mari sini sayang… bagi Ann Rahana pergi jumpa peminat dia dulu.” Dia mengambil semula Aryana dari pelukanku.

“Bukan apa, Ina. Aku dapat rasakan dia akan ada hari ni. Tak tahu kenapa? Ni pertama kali aku turun jumpa peminat dan aku yakin sangat. Aku takutlah, Ina,” beritahuku jujur.

Seperti pertama kali aku bersua dengannya dulu, beginilah perasaanku kala ini. Terasa dekat dengan lelaki itu.

Sarina mengeluh. “Jangan takut, Ana. Inilah masanya untuk kau buktikan yang kau mampu berjaya seperti mana kau sebelum ni.

Bukan saja Anahara pada dia, tapi Ann Rahana seorang penulis yang pernah dia jatuh cinta pada kau melalui hasil karya kau sebelum ni,” pujuk Sarina.

Aku angguk lemah. Pipi montel Aryana aku kucup bertalu-talu. Langsung tidak punyai rupa aku. Segalanya milik papanya.

Aku terus keluar dan melangkah ke booth penerbit. Sarina mendukung Aryana dan bermain di sekitar booth ini saja.

Seorang demi seorang hadir di depanku. Pertama kali bertentang mata dengan mereka, ternyata mereka berpuas hati dapat melihatku setelah bertahun aku sembunyikan diri.

“Terima kasih, kakak. Kakak ni comel rupanya. Padanlah tak nak tunjuk rupa,” usik salah seorang peminatku. Aku hanya senyum.

Yang hadir menghulurkan buku silih berganti. Waktu pula sudah hampir tamat dan aku sudah mampu menghela nafas lega bila ternyata rasa hati ini, jauh tersasar.

“Bos, masa habis dah. Saya boleh bangkit kot?” tanyaku pada penerbit.

Dia angguk dan aku tersenyum senang. Tidak sempat aku berlalu, hadir sesusuk tubuh tepat di depanku.

“Tolong tandatangan buku saya, Puan Anahara,” ucap dia.

Aku kenal suara itu. Lambat-lambat lagi berpaling dan bila penerbit memberi keizinan, aku capai buku dengan jari yang terketar-ketar.

Usai menurunkan tandatangan, aku angkat mataku lambat-lambat dan pantas aku paut buku meja bila wajah Mukhlis hadir dekat denganku hari ini. Benar bagai ditelah. Dia memang ada memerhatikanku di sini.

“Kemain payah abang cari Ann selama ni. Kat mana Ann menyorok? Emel abang tak berbalas. Tempat kerja dah berhenti. Abang rindu Ann dan anak kita. Abang berhak kan atas Ann dan anak kita?” tanya dia sayu.

Aku terus mengangkat beg dan berlalu mencari Sarina dan Aryana. Kata hati ini sentiasa tepat tentang dia. Dulu juga sama. Sungguh dia akan muncul di depanku.

“Ana, tunggu!” laung dia sewaktu aku tiba di sebuah kawasan yang agak kurang dengan pengunjung.

Aku pakukan langkah. “Awak berhak atas anak tu dan nama dia, Aryana binti Mohd Mukhlis. Darah daging awak. Zuriat awak.

Tapi, hak awak atas saya dah lama tak ada. Maafkan saya sebab selama ni, rampas hak awak sebagai seorang ayah tapi hari ni, saya tak akan lari lagi. Mari, saya kenalkan awak pada Aryana,” ajakku lantas aku melambai kepada Sarina yang sedang mendukung anak itu.

Sarina nampak pegun dan aku hanya mampu bertenang. Tubuh montel Aryana aku sapa ke dalam pelukan dan pedihnya hati, kala aku aku suakan dia pada papanya, dia tanpa silu memaut leher lelaki itu.

Menggambarkan bahawa naluri seorang anak itu terlalu kuat atau lebih tepat lagi, kasih sayang dan darah yang mengikat mereka itu terlalu utuh hendak ku pisahkan.

“Pa… pa…,” ucapnya yang baru berusia setahun lebih itu. Aku ketap bibir kuat.

Mukhlis mengucup pipi anaknya bertalu-talu. Airmatanya bergenang. Dia memandangku sambil memeluk erat Aryana.

“Ann kembali pada abang. Kita besarkan Aryana sama-sama,” pujuk dia.

Aku tersenyum dan menggeleng perlahan. Wajah kusam Mukhlis dibasahi airmata. Dia mencium lagi pipi Aryana.

“Awak dah tentu bahagia dengan Jeslina, kan?” tanyaku ingin tahu.

Dia menggeleng.

“Kami dah berpisah. Abang tak mampu tanpa Ann sebab tu abang lepaskan dia agar dia tak menderita lagipun, dia yang minta perpisahan ni. Abang tak ada pilihan,” jawab dia dan seperti aku telah duga.

Aku keluarkan kertas putih dan sebatang pen. Alamat rumahku aku tulis di atasnya. Nombor telefon sekali lantas aku suakan buat dia.

“Awak boleh jumpa Aryana kat sini sebab saya dah jadi penulis sepenuh masa sekarang,” beritahuku jujur.

Dia sambut kertas itu lantas dia sumbat ke dalam poket jeansnya.

“Ann kembali pada abang?” soal dia sekali lagi.

Aku tetap menggeleng.

“Awak pernah miliki saya tapi sayang, kudrat itu tidak di tangan kita untuk terus kekal bersama. Hak awak pada Aryana saya kembalikan. Tapi, saya selesa begini. Seperti pertama kali awak luahkan cinta awak dulu, saya ingin ulangi. Awak boleh minat saya tapi jangan lagi jatuh suka jauh sekali cinta pada saya kerana hati saya kini milik semua peminat saya,” ujarku lembut.

Dia mengeluh berat. Bila aku hulurkan tangan pada Aryana, dia kembali semula padaku.

“Salam papa, sayang,” ajarku lantas dia tunduk menyentuh jemari Mukhlis.

“Lambai papa, kita balik dulu,” suruhku lagi.

“Pa.. pa…,” ucap bibir comel Aryana dan membuatkan airmata Mukhlis mengalir lagi.

“Ann... abang cintai Ann. Abang cintai keduanya. Anahara dan Ann Rahana,” jerit dia bila aku hendak berlalu.

“Tabahlah, Ana.” Sarina menepuk bahuku bila aku sendiri sudah tidak mampu bertahan.

“Ann juga… pernah cintakan abang. Pernah. Pernah…,” tekanku lantas aku berlalu membiarkan Mukhlis sendiri menitiskan airmata.

Antara aku dan dia, dia ingin miliki aku dan aku sendiri pernah menjadi miliknya namun kudrat tidak bersama aku untuk terus bersama dia. Novel pertamaku itu aku tutup rapat. Di sini, ada bersemadi kisah pedih.

Kekasihku di jalanan yang berliku, di saat aku perlukanmu. Kini, tertutup segalanya terhadapmu, biarpun aku di sini aku tersedu-sedu sendiri.

Inilah takdir hidupku. Tidak seindah yang terlakar di atas kertas yang aku hidangkan buat semua pembaca. Realitinya begini. Sukar hendak ku telan, tapi tak mampu hendak ku luah.

Aku dan Sarina terus berjalan meninggalkan Mukhlis yang terpaku sendiri di situ dan hari-hari mendatang, aku harus lebih kebalkan hati kala dia hampir mahu memehuni haknya ke atas Aryana.

~~> bersambung

18 comments:

  1. wah cpt2 smbg. nak tw pe jadi pas nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar2... kasi cik penulis bernafas dulu... huhuhu

      Delete
  2. alorhhh...kesian la plak kat mukhlis...walaupun mcm sengal magkuk tingkat...tp da menyesal sggh tu...hope endingnya dorang together la ek...kesian aryana.... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..suke je baca SENGAL MANGKUK TINGKAT..kehkehkeh.. thanks sudi layan..

      Delete
  3. sedihnya..
    harap aryana dan mukhlis dapat bersama..

    ReplyDelete
  4. rehan nie klu buat citer mcm real jer.. mcm rehan jer anahara tue... betul2 terkesan kat jiwa pembaca... jgn buat sedih2 sgt yer..

    -dania-

    ReplyDelete
  5. hehehe...mcm citer betol2 jer...nak nangis nih..huwaaa..sedeh2..

    ReplyDelete
  6. wah apa ke sinambungan cter ni ek>>>????....
    cekalkan hati anahara....-miss A-

    ReplyDelete
  7. salam dik..
    Akak tabik kak Ana ni..sungguh tegar dia ek..walaupun Mukhlis datang menagih kasihnya semula setelah mencari Ana selama 2 tahun sejak penceraian mereka itu..tapi dia tak hipokrit menghalang Mukhlis berjumpa ngan zuriatnya..tak dapat akak bayangkan bila Ana mengandung melalui saat saat tu bersendirian dan pabila melahirkan anaknya .apatah lagi membesarkan anak bersendirian tanpa ada seorg suami disisinya. Dan dia tidak pernah menyalahkan takdir maupun tak ada dendam dihatinya buat suaminya..malahan memberi Mukhlis ruang dan masa untuk bersama dengan anaknya..wah hebat..kalo agak ditempatnya..jgn harap..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ida..sy pon macam akak..jgn harap lah..hahaha.. dari awl lg rejek siap2..penulis tak baik mcm anahara..haha

      Delete
  8. haha..nantikan..cite ni nampak real kan..itulah sy pon tak tau mana datang idea ni nk buat lagu ni.. anahara tu watak rehan bukan rehan..heheh.. saje je..amik yg realiti sikit to make it real..tenkiu sudi layan..hehe..

    ReplyDelete
  9. bgi ana kawen ngan org lain.hahhhaaa

    ReplyDelete
  10. Cite ni sangat best ! Tak sabar tunggu sambungan dia . Geram la kat Mukhlis tu . Rasa mcm tak nak Ana balek2 kat dia , tapi kesian pulak . Takpe , kita tengok dulu Zafran mcm mana . Hehe . Sambung tau Kak Rehan bila free . Ngee . :)

    ReplyDelete
  11. RM, okey jgk kalu nak buat ana brblik dgn mukhlis TAPI pastikn si ana ajar si mukhjlis tu cukup2 dlu bg dia serik betui2.jgn sukaht kaum kluuarga dijeeee nak lafaz cerai...masa nak ambik cra elok bla nak marah buang mcm sampah....wah emonye....sabar3 he3

    ReplyDelete
  12. serahkan anahara dan aryana kepada yang lebih menyayangi mereka. hehehe. tbaik. busy n penat but still blog awak. saya suke smue karya awak. keep it up.

    ReplyDelete
  13. haisshh .......... geram...........benci zafran....sbb ppisahan ni mgkin silap mukhlis..tapi punca dari ana sendiri....kasihan anak tanpa ayah kandungnya...

    ReplyDelete
  14. bila dh xder br tahu betapa berharga.Ana lalui sukar mengandung melahirkan mendidik menjaga ank sorg2 sesedap suki pak aji jer dtg nak smbg ikatan.jgn cpt cair Ana.suka sikap ana yg xhipokrot dgn perasaan sndr.

    ReplyDelete