Tuesday, July 17, 2012

Suami Tak Kuhadap 23


BAB 23

SEMAKIN waktu menghampiri tengah hari, semakin aku resah.  Pelawaan Nurina dan juga panggilan telefon tadi membuatkan aku tak betah duduk.  Rasa gelisah tak menentu apatah lagi Najwa berkali-kali mengingatkan aku akan janji kami.  Janji bersama-sama dengan suami yang masih menjadi rahsia aku. 
Pesan Aunty Sarimah hadir lagi bergema dalam kepala dan minda.  Sebuah perkahwinan itu perlu disebarkan.  Ya, aku mahu tapi bagai mana caranya bila ada yang menghalang. 
“Syai… jomlah siap-siap.  Kejap lagi nak keluar dah.”  Najwa mengingatkan aku. 
Dia bangkit dan terus berlalu ke bilik air seketika.  Setelah dia keluar, dia capai beg tangan dan mendekati aku.  Wajah itu manis tersenyum.
“Jom!”  ajak dia lagi. 
Wajah manis itu aku pandang lama.  Lambat-lambat aku menggeleng dan wajah Najwa berubah keruh.
Maaf, Wawa.  Saya nak jumpa Nurina kejap,” ujarku berterus terang. 
Najwa mengeluh sikit.  “Kan kita dah janji.  Atau sebab saya ajak Encik Syed awak tak nak ikut kami?”  tebaknya.
Aku menggeleng.  Dia tidak tahu siapakah Encik Syed itu denganku.  Bukan lagi sekadar abang tiri tapi sudah menjadi syurga untukku.  Lelaki yang halal untukku dan lelaki yang telah Allah bawa untuk mencairkan dendam dalam hati ini.
“BUkan sebab dia, Wawa.  Anak buah bos ajak saya makan.  Lagipun, dia baru balik Malaysia tu.”  Aku berbahasa lagi dengan Najwa berharap agar dia faham.
Mata itu memandang aku sedih.  Nampak kecewa pada lakaran wajahnya.  Jam di pergelangan tangan, dia tilik sekali lalu kemudian memandang aku pula.
Nanti kalau diorang tanya, apa saya nak jawab?” 
Aku menggariskan senyuman tipis buat dia.  Andai kerana itu dia gundah, padaku tidaklah menjadi masalah.  Budriz pasti mengerti dan Norman sendiri pastilah telah ketahui segalanya daripada bibir lelaki itu sendiri. 
“Jangan risaulah.  Cakap pada diorang, saya minta maaf.  Saya ada hal sikit.  Esok-eosk kita keluar makan lagi.  Ala… pejabat bukan jauh pun.  Satu bangunan je pun,” selaku menyembunyikan resah dan memujuk Najwa dalam satu masa. 
Aku angkat tubuh dan merapati Najwa.  Tubuh itu aku tolak sikit ke pintu kaca yang masih tertutup rapat. 
“Kirim salam dekat pakwe awak tu, ya?” usikku dan bibir Najwa nampak mengukir senyum menahan pipi yang nampak kemerahan. 
“Pasal Encik Syed tu… saya…”
“Tak ada apalah, Wawa.  Dia akan faham.  Hubungan kami tak akan terjangkau oleh fikiran awak pun,” pangkasku berkias. 
Aku mahu Najwa faham.  Aku mahu dia tahu tapi sukar hendak aku ungkapkan kata.  Aku mahu segalanya terbit dari bibir sensual milik lelaki yang bergelar suami itu.  Andai waktu itu tiba, aku akan jatuhkan kepalaku tanpa sebarang ragu lagi. 
“Saya tahu dia abang tiri awak dan awak tak selesa dengan dia.  Harap satu hari nanti saya boleh bantu awak rapat semula dengan abang tiri awak tu,” bisik Najwa sebelum dia melepasi pintu kaca pejabat Binajaya. 
Lelah nafasku kala ini bila Najwa berkata demikian.  Dapat kulihat niat yang ikhlas di sebalik setiap tutur katanya.  Kata-kata  yang tak pernah aku dengar daripada mulut teman-teman dari zaman persekolahan dulu melainkan ayat-ayat pujian pada Syed Ahmad Budriz saja kala itu. 
Tiada ungkapan beralaskan nasihat.  Tiada barisan ayat bersulamkan pujuk malah jauh sekali kata-kata larangan kala aku melakukan kesilapan.  Benar kata Budriz, buka hati dan akan terlihat oleh mata hati ini betapa ada yang menyayangi.  Tidak semua yang membenci. 
“Syai…” 
Aku berpaling.  Senyumku mati.  Wajah Syarifah Nurina muncul lagi.  Tetap bergaya biarpun dalam setiap langkah dan kala tubuh langsingnya pegun. 
“Maaf lama sikit jumpa aunty.  Dah lama tak jumpa.  Banyak benda terungkit.  Hal-hal lama,” beritahunya tanpa aku pinta. 
“Oh… sepatutnya memang macam tu.  Ada manis untuk diingat sedangkan ada sesetengah orang tu hanya ada yang pahit untuk meneruskan sisa hidup,”  balasku beralas.
Nurina hanya diam.  Aku tahu dia tidak akan pernah mengerti akan apa  yang pernah aku lalui dari dulu dan hingga semalam.  Semalam yang menjadikan aku Syaima yang lain.  Syaima yang bernafas hatinya.  Bernafas dengan kasih dan sayang.  Hidup kerana cinta.  Redha kerana Allah dan kasih sayang seorang suami yang belum kupastikan akan kekalkah menjadi milikku nanti.
“Emm… jomlah kita,” ajakku lantas aku berlalu ke tempat duduk. 
Beg duit aku capai dan terus saja kau mendekati Nurina kembali.  Kala pintu kaca itu aku kuak, Nurina melangkah terlebih dahulu menuju ke lif.  Bila lif ternganga lebar, kami sama-sama menapak.  Punat G aku tekan.  Suasana dia dan kami hanya berbalas senyum sesekali. 
“Nak makan dekat mana?”  soal dia bila kami sudah keluar daripada bangunan Amcorp Mall.  Kawasan di  mana pertama kali aku bertemu dengan lelaki itu. 
“Awak makan mamak?”  soalku.
Nurina mengangguk.  “Layan je…”
“Kalau macam tu, Restoran Syed nak?”  cadangku lagi. 
Dia senyum saja dan kami sama-sama menapak ke arah kereta miliknya.  Aku teragak-agak pada mulanya namun bila dia meyakinkan kami tidak harus menapak ke sana, aku gagahkan kaki masuk ke dalam perut Honda Accord berwarna hitam metalik itu. 
Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 10 minit saja.  Nurina cermat dan peka orangnya.  Kala merenung penampilan dan personalitinya, aku dijentik rasa iri hati.  Biarpun dia juga tidak bertudung, namun keayuannya kian terserlah. 
“Saya tak sangka, bila balik Malaysia ni nenda beritahu berita perkahwinan you all.  Hampir terduduk saya masa tu,” ujar Nurina manis.  Entah tulus entahkan tidak, hanya dia dan Allah saja mengetahui
Dia menjeling aku sekilas sebelum membuat pusingan U menuju ke Restoran Syed  yang ada di kiri kami kala ini. 
“Saya pun tak jangka apa yang dah berlaku ni,” jawabku berkias lagi. 
Nurina ketawa halus.  Nampak giginya yang putih bersih itu tersusun rapi.  Sungguh menarik wanita ini.  Barangkali, statusnya sebagai darah keturunan yang nenda agungkan dan juga profesion sebagai seorang doktor lulusan Ireland menampakkan dia anggun begitu.  bagai langit dan bumi andai dibandingkan aku dengannya.  Tewas lagi. 
“Memang banyak perkara yang kita tak jangka berlaku dalam dunia ni, Syai…,” selanya lalu dia menghentikan keretanya di bahu jalan. 
Kami sama-sama turun dari kenderaan dan terus  masuk ke restoran yang sudah tersergam di depan mata.  Mujur tidak ramai orang kala ini.  Tidaklah sesak nafasku yang sudah sedia resah ini. 
“Duduk.”  Dia mempelawa dan aku hanya angguk. 
Bila pelayan mengambil pesanan, kami masih diam melayani rasa di hati masing-masing dan setelah pesanan tiba, kami masih begitu.  Hilang kata. 
Wajah Nurina tenang.  Senyuman juga tampak ikhlas sedangkan aku hanya memaksa bibirku mengukir senyum.  Berdepan dengan wanita yang menjadi calon utama untuk Budriz benar-benar menduga kesabaran aku yang sudah sedia tipis ini. 
“Kenapa tak makan?”  soal dia memecahkan sepi.
Aku senyum lagi.  “Emm… saya tak  lapar sangat.  Saja temankan awak,” jawabku. 
Nurina angguk dan dia menarik gelas jus tembikai itu dan menyisip sedikit air itu penuh tertib.  Hangat rasanya dalam diri waktu ini.  Tidak kutahu apakah niatnya padaku dan Budriz sendiri. 
Begitu sukar hendak aku tolak pelawaan Najwa tadi hinggakan wajah itu keruh berlalu meninggalkan aku sendiri. 
“Nenda ada jemput ke majlis kesyukuran tak?”  Nurina menyoal setelah dia memulakan suapan pertama. 
Aku angguk.  Tak jadi hendak kutelan nasi goreng yang aku sua ke mulut.  Mati selera bila mengingatkan sebaris nama milik nenda. 
“Nanti datang,  ya?”  ajak Nurina ceria. 
“Emm… tengoklah.  Saya tak boleh nak janji…”
“Eh, awak kenalah datang sebab Abang Riz mesti datang.  Tak kan awak tak nak ikut dia?” 
Aku telan liur.  Terasa sinis pula kata-kata Nurina.  Biarpun wajah itu tenang tersenyum tapi entah mengapa, dapat kutelah segalanya sindiran yang bakal lahir dari bibir tipis merah itu.
By the way, saya dengan Abang Riz memang rapat dari dulu.  Kami pernah bertunang olok-olok dulu.  Awak tahu tak apa yang Abang Riz bagi pada saya masa tu.  Seingat saya masa tu dia baru umur 8 tahun…”  beritahu Nurina tanpa aku pinta. 
Aku ketap bibir.  Pedih rasanya hati.  Pernah bertunang semasa kecil?  Dan pernah mahu dijodohkan kedua-duanya? 
“Saya tak pernah tahu hal ni sebab saya dengan Budriz tak rapat sangat,” selaku melindungi  hati yang resah.
Nasi goreng di depan mata aku pandang saja.  Hilang selera.  Sudah tidak mampu aku telan nasi yang tidak luak sedikitpun.  Perut  yang sedari pagi tidak berisi, kenyang tiba-tiba. 
Nurina ketawa kecil.  “Tahu-tahu… Abang pernah cerita dekat saya pasal awak.  Dia kata awak garang.” 
Dahiku berkerut.  “Apa lagi yang dia cerita?” 
“Itu rahsia saya dengan Abang Rizlah, Syai…”  Nurina tersengih lagi.  Menayang giginya yang cantik tersusun rapi. 
Kali ini, aku yakin… hubungan mereka lebih akrab daripada teman lama.  Lebih akrab dan pastilah ada rahsia di sebaliknya. 
“Okey dah jumpa!”  Suara Nurina ceria dan wajah itu nampak teruja. 
Dia pantas menarik tanganku dan meletakkan sesuatu di atas telapak tangan aku.  Kala aku melihat apa yang dimaksudkan itu, mataku sedikit membulat.  Cincin yang diperbuat daripada getah keras itu masih elok keadaannya. 
“Inilah cincin tunang kami masa tu,” ujar Nurina lagi. 
Aku angguk.  “Maaf sebab saya menghalang korang jadikan cincin ni sebagai cincin emas kini,” sinisku. 
Wajah Nurina nampak sedikit berubah.  Dia tersenyum kelat.  “Tak ada jodoh kami, Syai…” 
“Dah awak dengan abang berjodoh.  Tiada siapa boleh halang dan rasanya saya rugi sebab tak sempat tengok Abang Riz bersanding dengan pilihan dia,” tokoknya lagi. 
Aku menahan rasa.   Bertahan perasaan yang menggelegak tiba-tiba.  Nurina tidak tahu hakikat rupanya.  Dia tidak tahu yang aku ini diperangkap oleh Budriz.  Dia tidak tahu dengan cara bagaimanakah aku mengakhiri zaman bujangku. 
“Tak semua persandingan itu wajib, kan?  Kami buat ala kadar je,” ujarku memberi jawapan yang kelabu. 
Dia senyum.  “Saya percaya cakap awak sebab suami awak tu adalah Syed Ahmad Budriz,” tukasnya bagaikan mengenali Budriz sedalam-dalamnya.
“Emm… jemputlah makan.  Nanti lambat pulak.  Saya nak balik awal sikit dan terima kasih sudi temankan saya makan.”  Nurina bersuara lagi persis memujuk.  Barangkali tersedar akan perubahan air wajahku kala ini, aku tidak tahu itu. 
Apa yang pasti, hati aku sedang hangat menahan rasa.  Rasa cemburu dan rasa ingin tahu akan hubungan lama mereka. 
Makan tengah hari itu aku pandang lagi.  Sesuap aku sua ke mulut, terasa bagaikan menelan ketulan batu-batu kecil.  Peritnya tekak.  Wajah ini hanya menunduk melihatkan cincin plastik yang masih ada di depan mata. 
“Eh… abang!” 
Aku tersentak.  Terlalu ralit memerhatikan cincin itu hinggakan susuk tubuh Budriz yang sudah tegak berdiri di sisi aku tidak perasan. 
Kami sama-sama bangkit.  Budriz senyum padaku dan kemudiannya pada Nurina pula. 
“Padanlah ajak makan tak ikut.  Date dengan orang lain rupanya,” usik Budriz seraya mengenyitkan mata padaku. 
Aku gariskan senyuman kelat bila Najwa dan Norman ada bersama. 
“Abang baru nak makan ke?  Tadi tanya aunty, dia kata abang busy.  Itu  yang Nurin ajak Syai makan sama.  Kalau tahu abang tak busy, Nurin ajak abang sekali,” ucap Nurina mesra.  Mata galak itu tidak lepas memandang Budriz. 
“Abang memang busy.  Ni baru dapat lepas ni.  Kami makan dekat foodcourt belakang sanaAda kerja urgent sikit dengan aunty tadi.  Nurin tadi jumpa aunty tak bagi tahu abang pun.  Aunty cakap Nurin ke sini makan tengah hari,” balas Budriz pula. 
Aku hanya diam membatu.  Memandang Najwa dan juga Norman silih berganti.  Tidak kutahu apakah yang difikirkan oleh Najwa tentang diriku waktu ini bila wajah itu nampak berkerut tak henti-henti. 
“Riz… aku jalan dululah…”  Norman bersuara tiba-tiba. 
“A’ah Syai… jumpa kat office ya?”  tokok Najwa pula lalu mereka beredar beriringan tetapi jelingan Najwa tetap padaku.
“Err… korang nak sembang, saya balik dulu.”  Aku meminta diri juga tapi pantas Budriz melelar pergelangan tanganku.  Langkah ini mati.  Aku memandang dia. 
“Abang hantar sayang balik pejabat.  Kita tunggu Nurin balik dulu,” ujarnya. 
Aku diam.  Tidak memberi jawapan langsung.  Sudahnya, kami duduk bertiga.  Nurina menghabiskan sisa makanan di pinggan.  Aku hanya diam membatu.  Sudah tiada selera sedari tadi.
Mereka rancak bercerita tentang kisah lalu.  Sedikit sebanyak aku terhiris dalam sedar.  Mengingatkan masa lalu yang tidak seindah mereka.  Ada rasa cemburu di dalam hati tapi aku pantas beristighfar.  Moga Allah jauhkan rasa itu dari diri ini setelah aku berusaha untuk melupakan segalanya.
“Eh, sayang ni.  Main kuis-kuis je.  Mari sini abang makan.”  Budriz tenang menarik pinggan makananku lantas disuakan ke mulutnya. 
“Kurang sedap… padanlah sayang tak makan.  Sayang masak lagi sedap.  Malam ni masak, ya?”  Dia bersuara manja.  Separuh berbisik padaku bagaikan tiada Nurina di hadapan. 
Aku ketap bibir.  Mataku menjeling Nurina yang nampak berubah sedikit air wajahnya. 
“Okey, Nurin… malam minggu ni insyaAllah abang datang.  Jangan risau, ya?”  ujar Budriz mematikan renungan Nurina pada kami.
Syarifah Nurina mengangguk sedikit janggal.  “Kalau boleh, nak abang tidur sana.  Boleh kita sembang macam kita budak-budak dulu,” sela Nurina tersenyum manis pada Budriz yang sedang memandang aku dengan renungan yang agak canggung.
“Lagipun, Nurin dah lama tak borak dengan abang.  Banyak perkara Nurin nak sembang dengan abang sebelum Nurin masuk kerja ni,” sambung Nurina lagi. 
Budriz tidak menjawab.  Sebaliknya dia memandangku lama sebelum beralih pada Nurna semula. 
‘Syai tak nak abang bersama orang lain.  syai tak mampu begini.  Syai tak nak setelah abang hidupkan hati Syai, setelah itu abang mahu bunuhnya kembali.’  Hatiku berdesis sendiri bersama riak yang kian berubah.
“Sayang abang,” akui Nurina ceria bila akhirnya Budriz mengangguk. 
Budriz tidak berkata apa melainkan hanya seulas senyum yang masih terukir di bibirnya.  Senyuman yang nampak kaku.

**

SETELAH Nurina selamat pulang, aku dan Budriz menapak ke arah kereta miliknya yang sedang elok terparkir di depan KFC bersebelahan dengan restoran.  Masuk saja ke dalam perut kereta, aku tak mampu ungkapkan apa-apa lagi.   Diam sendiri memujuk hati dari rasa curiga yang menyapa hati.
“ATDA dengan BQ tu aunty dah terima, kan?”  Budriz menyoal memecahkan sepi.
“Hah?” 
Budriz senyum melihatkan aku yang nampak kosong kala ini.  Dia menyentuh jemariku dan meramasnya perlahan.
“ATDA dan BQ yang abang bagi tu, aunty dah terima, kan?”  soal dia sekali lagi.
Aku menggeleng.  “Entah… Syai tak tahu.  Mungkin Najwa dah hantar ke bilik aunty kot,” jawabku jujur.  Tak perasan langsung akan apa yang dia maksudkan itu.
“Oh, yalah.  Abang minta Norman hantar tadi.  Agaknya Man bagi pada Najwa lah kot,”  rumusnya sendiri. 
Aku angguk saja.  pandangan ini aku tebarkan semula pada jalan raya yang agak sesak setelah waktu makan tengah hari tamat sebentar tadi. 
“Kita dah lambat ni.   Abang tak apa ke masuk lambat ni?”  soalku pada dia.  Sejujurnya, aku tidak sedar yang aku sedang bicarakan bahasa hatiku.  Kisah hatiku pada Budriz. 
Bibir Budriz menguntum senyum.  Lebar dan semakin melebar hingga dahiku berkerut sendiri. 
“Kenapa senyum?” 
“Senyum abang ni hanya terukir kala bersama isteri abang je,” jawab dia. 
Aku mencemik.  “Tadi abang senyum dengan Nurina tu kemain lagi Syai tengok…”  Tanpa sedar, terluah lagi rasa cemburu padanya.
“Cemburu?”  tebak Budriz. 
Pantas aku menggeleng menafikannya.  Tidak mahu rasa hatiku kala ini terserlah pada matanya. 
“Cemburu tanda sayang tapi harap sayang percayakan abang.  Dia calon pilihan nenda tapi abang dah anggap dia macam adik abang sendiri sedangkan adik tiri abang ni dah lama abang anggap permaisuri hati abang,” akui Budriz membeli jiwaku. 
Aku tahan bibir yang mahu mengukir senyum.  Sekuat hati aku ketap agar tidak terlepas biarpun setipis senyum kala ini. 
“Syai marah abang?”  Burdiz menyoal bila aku hanya kekal diam. 
“Kalau pasal tadi, kalau sayang tak nak pergi sana… kita jangan pergi.  Kita dok rumah kita je.  Abang tak kisah,” tukas Budriz laju.
Aku menggeleng bersama senyuman tipis yang kuhadiahkan buat dia.  Wajah itu aku jeling seketika. 
Kan nenda suruh kita balik jumpa dia.  Syai tak nak nenda fikir yang Syai…”
“Syai apa?”  soal Budriz memangkas.  Suara itu agak keras saja menyapa peluput telinga. 
“Syai jangan nak cakap diri sendiri tu bukan-bukan.  Kasihan dekat abang.  Biarlah penat lelah abang menanti Syai dari dulu sampai sekarang berbaloi.  Abang seronok dah hari ni.  abang nampak sisi lain Nur Syaima.  Abang nak sayang Syai.  Abang nak cinta Syai.  Jangan sebab nenda, Syai nak berubah lagi.  abang tak halalkan dunia akhirat,” tekannya berubah serius. 
Aku telan liur sendiri.  Kata-kata yang baru saja aku mahu luahkan, aku telan sendiri.  Tidak berani bila melihatkan Budriz sedang memulas kasar stereng kereta membelok ke kiri lagi dan seterunya Subaru ini meluncur laju membelah Lebuhraya Persekutuan lagi.  Jauh menyimpang dari jalan pejabat kami. 
Abang nak pergi mana ni?”  soalku dalam berani-berani takut. 
“Suatu tempat di mana abang boleh tunjukkan segala kasih sayang yang ada dalam diri abang ni untuk Syai,” gumamnya lalu dia angkat jemariku dan dibawa ke bibirnya. 
Kala bibir itu melekap lama pada telapak tangannya, aku hanya mampu menahan perasaan.  Aku hanya memujuk diriku dan naluri ini bertahan demi rasa ingin dikasihi yang kian bergelora. 
“Tapi, ke mana?  Syai kerja, abang pun kerja, kan?”  Aku menyoal bila Budriz melepaskan jemariku. 
Dia kedipkan matanya sekali.  “Abang half-day hari ni dan dah minta half-day juga untuk isteri abang ni,” jawab Budriz seraya menguak rambut yang jatuh ke sisi wajahku.  Dipegangnya lembut lalu dikucupnya penuh perasaan dengan nafas yang kian lelah sendiri. 
“Syai baru masuk kerja hari ni…” 
“Tapi aunty dah benarkan sayang cuti.  You need rest.  Me either.  You need love and I’ll give you more dan more, sayang…” 
Dia memandang aku seketika.  Rambutku diselit di belakang telinga dan bila jemari ini dilepaskan, Budriz menukar gear dan kelajuan ditambah lagi.  

~~> bersambung...

57 comments:

  1. So sweeet....sukanya bila syai dah mula suka pada budriz......nak lagi?......zailda

    ReplyDelete
  2. Haip..p mana tu? Sila bawa surat nikah naa. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha . . kalau tak bawak jawanbnye jadi macama resa ngan zafran kan ? hahahaha . .

      Delete
  3. Oh, akhirnya, terlepas rindu kat Budriz :B btw, Syai dah panggil abang? Wahh, ini sudah bagus. Hihi thanks kak Rehan, loveyou! :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Belum bace lgi.
    tp nk say tQ dlu kat k.Rehan.
    lme x update STK.

    ReplyDelete
  6. Waaaaa..... Bestnya..... Lega selega-leganya apabila timbul juga new entry drp stk....

    Walaupun penuh kesangsian, hati syai dah ada sedikit kelembutan.... Budriz, continue to charm your lovely wife and nurse her heart....

    More new updates pls...

    ReplyDelete
  7. wahh, akhirnya dapat pun bca stk. rindu loh sama depa berdua. nak bawa ke manalah tu agaknya si syai tu. tq kak rm for this entry :)

    ReplyDelete
  8. rehan jgn lupa update STK 24..dah x sabar bak tw the next episod..heheh..best sgt..terlepas jgk rindu pada syai dan budriz..luv u rehan..heheh..

    ReplyDelete
  9. akhirnya ada gak n3 cite ni..dh lme dh tggu...tq kak rehan...x sbr nk tggu next entry..

    ReplyDelete
  10. aaaaaaaaaaaa.....
    sayangku budriz dh kembali....
    TQ kak rehan...(^_________^)

    ReplyDelete
  11. Aduh... Dup.. Dap..dup..dap jatung ku...
    Ala comel nya sayang ku ini...
    Siyes... Windu giler kat Budriz...
    Tq RM.. Ni yg buat akak x sabar nak tunggu next n3 nie..
    Gud job RM...

    ReplyDelete
  12. hai..mn la budriz nk bwk syai neh..hehe

    ReplyDelete
  13. Rindunya syai ngam budriz !!!!!!!!! Best . Semua best semua cerita best tahnia ;-)

    ReplyDelete
  14. dah lama dh tngu.. tahniah cik writer

    ReplyDelete
  15. rehan..akak berdebar2 nak tunggu n3 tau.. apakah yg bakal berlaku setelah syai dapat menerima budriz sedikit demi sedikit.. jgnlah nenda pula yang menghancurkan..

    ReplyDelete
  16. soooo sweet... oh my budriz. hhehe tq rehan.. lama dah tunggu...

    ReplyDelete
  17. akhir nya adanjgk smbungan stk terus lah berkarya ye
    cite awak semua sedap2

    ReplyDelete
  18. Permainan sy mudah...... sy nak lagiii!!!!!!!!!! Pls

    ReplyDelete
  19. RM, TErima kaseh utk n3 STK ni yg sgt2 ditunggu! Alhamdulillah..Syai dh bley belajar terima Budriz...sukke!!!

    ReplyDelete
  20. Akhirnya timbul jgk STK tp jgn lupa UD pulak...nk Dua2..

    Ida

    ReplyDelete
  21. adus setelah sekian lama menanti....please sambung lagi..

    ReplyDelete
  22. my hubby is back..miss you la
    tq karehan.


    >>k<<

    ReplyDelete
  23. Sayaaaang Kak Rehan!gud job. saya pulak rasa melt bila Syai panggil budriz abg....haha diaorg nk p mana tu? bole pulak dating time keja.

    ReplyDelete
  24. Terima Kasih untuk entry ni.... rasa terbuai dengan ucapan Syed pad Syai.... semoga hati Syai dapat Budriz ubati.... jangan di layan nenda dan calon nenda tu dulu Budriz.... bukan apa takut ada yang sakiti hati Syai .... kasihan Syai

    ReplyDelete
  25. memang rndu STK tp nk UD abeh dulu....nak zafrin,,,heheh

    ReplyDelete
  26. hai terubat rindu dgn kemunculan stk ni...sayang budriz n syai. bagi lama skit ya t'buai perasaan dgn budriz n syai ni klu nenda nak kacau pun habiskan honeymoon diorang dulu hehehe....

    -hanim-

    ReplyDelete
  27. akhrnya ada jg n3 crt ni...
    rnd ngn syed...

    ReplyDelete
  28. bestnya sweet sgt bila tgk syai dan budriz dah ok mcm ni...hehee

    ReplyDelete
  29. bestnye....harap2 syai dh dpt trima budriz spenuh ati dia....
    jgn la nurina 2 ggu kbahagiaan diorang..x snggup..
    trubat rindu kt STK nie...syg RM lbih la..hehehe

    ReplyDelete
  30. berdebar2 bc stk ni..hehehe.. bleh mntk n3 br lg tak?

    ReplyDelete
  31. terlerai gk rindu kt STK hihihi..nk lg sambunganyer rm hihihi.

    ReplyDelete
  32. Akhirnya dpt gak baca n3 baru STK. Terubat skit rindu kat Syai n Budriz. Suka tgk Syai dh mula terima Budriz dan hopefully lepas ni dia org berdua akan tetap bersama w/pun Nenda Budriz x suka kat Syai. Si Nurin tu masih ada hati kat Budriz lg tuh, bahaya kalau mcm ni. Kena suruh Syai cepat-2 luahkan perasaan dia kat Budriz sebelum terlambat. Nak lagi....

    ReplyDelete
  33. alamak... syahdunya.. dah lama menunggu STK ni..... hope pasni diaorg bahagia hingga akhir hayat walo byk dugaan yg dtg.... tengs RM

    ReplyDelete
  34. ala tak puas la awk..sok smbung lg yer...hehehe

    ReplyDelete
  35. bunga2 cinta sudah makin mekar nmpaknya..waa xsbr nk tgu bila syai compeletely terima budriz..RM sy doakan smoga awak lalukan y terbaik utk cite ni sb kami smua syg gila kot kat syai n budriz

    ReplyDelete
  36. sis, more entry!thanks for the lovely story :) -lyn_intanazlleyna

    ReplyDelete
  37. alahai...rindunya kt syai n riz...tq kak rehan

    ReplyDelete
  38. alahai terubat rindu pada budriz dan syai...terimakasih rehan, diharap ada lagi sebab jantung ku dah dup dap dup dap...hehehehe

    ReplyDelete
  39. terima kasih rehan... sesungguhnya penantian itu satu perniksaan.... thanks aloooot :)

    ReplyDelete
  40. yeahhh...syaima n budriz is backkkkkk...i loike that...tq kak rehan

    ReplyDelete
  41. semoga kebahagian ada pada syai dan budriz.. kasihan dgn syai sbb hidupnya terumban-ambing sebelum menjadi mrs budriz, moga2 budriz tidak melepaskan syai walau apa pun yg akan terjadi.. hmmp hmmp cik rehan kalau blh next n3 post la lagi STK. winndu tau hehehe asyik UD je... tak aci la

    ReplyDelete
  42. tq cik rehan!!!suka tau bila syai dh blh trima budriz...
    kasik la pnjg lagi n3 cik rehan,waiting 4 next n3..:)

    ReplyDelete
  43. Yeay.. Finally da gk entry ni. Lame dh tnggu.writer cpt2 la update k. Xsabar 2 nk tau nxt cerita die....

    ReplyDelete
  44. huhuuu....baru semangat balik nk baca blog RM. cepat2 nxt n3 b4 pose.

    ReplyDelete
  45. Aduh.. Cik Penulis ~~~~~> Ada sendu di kala bahagia mula tercipta, itu lumrah tapi jangan matikan lagi hati si gadis. Bangkitkan dia dari sisi lain yang membuatkan mereka di sekeliling terpana. Biarlah dia cekal sepertinya penceritanya jua. Take good care! Luv U. Muah!!

    ReplyDelete
  46. best !!! alaahh nurina...sibok je...=P

    ReplyDelete
  47. best !!! alaahh nurina...sibok je...=P

    ReplyDelete
  48. ingatkan STK dah xde sambungan....sronok sangat bila RM sambung citer nie...trima kasih RM..>_<

    ReplyDelete
  49. Perlu betulkan dialog akhir, You need rest atau you need some rest. Me too, bukan me either. At last, STK muncul kembali.

    AMO

    ReplyDelete
  50. Jgn ganggu syai nurina, syai br nk rasa bahagia......

    ReplyDelete
  51. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    ReplyDelete