Thursday, February 07, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 19


BAB 19

TALI telekung aku ketatkan sedikit.  Usai mengaminkan doa solat berjemaah Maghrib beberapa saat sudah, aku kini menanti pula tazkirah daripada imam surau di perumahan flat Seksyen 17.  Tidaklah ramai pengunjung tapi bersyukur bila aku adalah salah seorang makmum yang mampu memenuhi saf pertama untuk solat Jemaah malam ni memandangkan ada kuliah ugama. 

“Kita sekarang tak macam dulu.  Dulu, anak-anak yang tak suka mak… tapi sekarang ni mak pun ada bencikan anak.”
Aku tersentak sendiri dengan  mukadimah ustaz ini.  Terasa tepat menyentuh ke jantung.  Kejung. 
“Sebab ustaz cakap macam ni sebab fesyen sekarang, mak buang bayi merata-rata.  Yang letak di pintu masjid ke, itu kira okeylah sikit tapi yang campak ke sungai, buang dalam tong sampah, dalam jamban, itu dikira lebih hina dari binatang.  Memang tak ada ibu yang tak sayangkan anak tapi kalau dah buang tu, itu dikira sayang ke?”  Soalan ustaz bergema di dalam surau.
“Sebab malu, ustaz.  Tu dia buang padahal dalam hati sayang,” sampuk seorang muslimin. 
Aku dengar ustaz ketawa sedikit sebelum kembali berbahas. 
“Dia tak sayang la tu.  Kalau dia sayangkan anak dan keturunan dia, dari awal lagi dia dah jauhi maksiat.  Dia tak akan lakukan zina dan merosakkan keturunan kita semua.  Dia tak sayanglah tu sebab tu dia buat maksiat.  Bila ada hasilnya, dia campak merata-rata.  Dia tak sayanglah tu.  Kalau dia sayang, dia akan jaga harga diri dan maruah dia.  Sebab itulah dunia sekarang, semakin maju semakin menakutkan.  Bukan takut apa, takut manusia yang gunakan kemajuan tu dengan cara yang salah.  Ustaz bagi contoh mudah… muzik.  Muzik tak berdosa tapi bila melalaikan, dah jadi dosa.  Internet, facebook apa semua ni… tak salah tapi kalau salah guna berdosa.  Zina ni bukan pada perbuatan antara lelaki dan perempuan bukan suami isteri je tapi juga ada zina mata, zina telinga dan macam-macam lagi.  Sebab tu kita kena jaga anggota kita.  Allah tak pinjamkan kita seluruh anggota ni untuk tujuan sia-sia melainkan untuk melakukan kebaikan dan beribadat padanya.   Ingatlah semua, bila kita dimatikan kelak, bila disoal, lidah kita ni akan diam je.  Yang berbicara hanyalah anggota dah sebab lidah manusia ni banyak yang berdusta.  Sebab tu ustaz kata, dunia sekarang ni dah terbalik, mak buang anak tapi ingat, mak tetap mak.  Dia melahirkan kita.  Dia susah payah bersabung nyata untuk kita.  Dosa dia dengan Tuhan, biarlah kita serahkan pada Allah menghakimi tapi hak dia dengan kita, kita tetap kena lunasi.  Kalau bercanggah, tegur dengan baik.  Tak ada hak untuk kita maki hamun dia.  Tak ada hak untuk kita bantah cakap dia sekali tak bercanggah dengan Islam dan bantah ni bukan dengan herdikan dan maki hamun, tapi dengan lemah lembut.  Lama-lama, lembutlah  hati dia.   Kalau tak juga, berdoa banyak-banyak.  Kena ingat wahai muslimin-muslimat sekalian, hadith riwayat At-Tirmizi mengatakan, Allah akan menyegerakan balasan pada dosa menderhaka pada orang tua dan kita jangan sesekali terus lalai dengan dunia yang penuh pancaroba ni.  Lagi satu ustaz tengok sekarang, budak-budak sekarang sibuk dengan K-Pop la… apa pop la.  Ustaz dulu pernah tengok pop kuiz je masa muda-muda tapi itu pun ayah ustaz marah,” seloroh ustaz ini setelah memberi ceramah yang panjang lebar. 
Hadirin ketawa seketika sebelum ustaz menyambung.
“Perkara-perkara yang melalaikan ni jauhkanlah.  Boleh jadi ada baiknya tapi rasanya nampak kurang sopan saja sebelum ni.  Macam perempuan… dengar ya muslimat.  Muzik ni seronok dan tak salah.  Tapi bila muzik ni semakin menjauhkan kita dari Allah, itu tak betul.  Tiap-tiap petikan muzik tu nanti akan membawa kita pada neraka Allah je.  Kalau rasa diri tak tahan dugaan, jauhkanlah.  Tak boleh nak lari, kita elakkan diri.  Tambah pulak anak dara, ustaz sungguh kurang sopan.  Wallahualam.” 
Ustaz itu mengakhiri kata-kata.  Dua-dua topik terkena tepat ke batang hidungku.  Kesannya pada masa kini.  Pada aku sendiri.  Ya… agak melalaikan dulu tapi kini, aku sedar dari lena yang agak lama.  Terhenyak bila tak sudah diduga dan aku mula yakin, pilihan aku tepat.  Keputusan aku adalah muktamad.  Cinta Nur Naqiah dan muzik, hanya tinggal sejarah dan aku dengan mak… apakah punyai ruang untuk aku berbakti padanya sebelum salah seorang antara kami menutup mata? 
Azan Isyak berkumandang sayu.  Airmata menitis laju menginsafi diri mengingati kebesaran Tuhan yang satu.  Bersyukur bila diberi peluang pada usia ini untuk aku menutup segala aurat dan menolak ke tepi kebahagian dunia demi mencari kebahagian akhirat. 
Naik ke rumah, aku terus menghubungi nombor telefon mak.  Berkali-kali aku cuba tapi masih belum dapat.  Atau mak sengaja matikan talian, aku tidak pasti.  Tapi aku terus mencuba dan mencuba hingga akhirnya, talian itu dijawab tapi suara ayah yang bergema di hujung talian.
“Naqiah,” tegur ayah.
“Ya… ini Naqi.” 
Ayah menghela nafas yang panjang.  “Naqi kat mana ni?  Dah pindah rumah lagi?” 
“Erm… Naqi duduk rumah sewa dekat dengan tempat kerja.”
“Naqi kerja dekat mana?”  soal ayah lagi.
“Err… area sini je, yah.  Err… mak ada?”  Aku terus mengubah tajuk perbualan. 
Ayah mengeluh.  Tahu ayah tak puas hati bila aku tak menjawab tapi rasanya aku masih belum cukup bersedia setelah apa  yang terjadi. 
“Mak kat luar.  Tengah sembang dengan keluarga Ariq,” beritahu ayah.
Aku menelan liur.  “Keluarga dia datang pinang Kak Diah ke?”  Sengaja aku bertanya dengan suara yang ceria padahal hati agak ralat saat ini.
Ayah diam tak menjawab.  Sebaliknya, giliran dia pula mengubah tajuk perbualan. 
“Nak cakap dengan mak ke?” 
“Ingatnya tapi kalau mak busy, tak apalah.  Naqi telefon nanti je.  Kirim salam pada semua ya yah…,” pesanku.
Tak sempat aku matikan talian, aku dengar suara mak menegur ayah. 
“Buat apa, bang.  Dato’ Seri dan Datin Seri tu nak balik dah.  Lama sungguh abang masuk solat.”
Aku menelan liur.  Rindu pada mak.  Sungguh aku rindu. 
“Nah…”  Aku tahu ayah sedang menghulurkan telefon bimbit itu pada mak.
“Siapa?” 
“Naqiah,” jawab ayah.
Suasana kembali sepi.  Masing-masing diam.  Aku hanya menanti mak menjawab panggilan aku tapi lama sungguh.  Hampir aku mahu putuskan talian, barulah aku dengar suara mak berbicara dan itupun pada ayah.  Bukan padaku.
“Dah letak ke?” 
“Agaknya,” jawab ayah tanpa dia sedar, aku masih di talian. 
“Abang telefon baliklah.” 
“Tak payahlah.  Kita uruskan hal Diah dulu.  Sedih saya tengok muka Diah tu.  Hal Naqiah tu, ikut dialah.  Dia dah biasa hidup sendiri, hadap semuanya sendiri… kali ini tak kan tak boleh.  Jomlah turun.” 
Aku terduduk di birai katil.  Terkedu dengan kata-kata mak dan aku dengar telefon diletakkan di atas meja.  Tahulah aku mereka sudah berlalu dan aku dengan jari yang menggigil, mematikan talian.  Menangis lagi tanpa ada bahu untuk aku bersandar, tanpa ada tangan hendak mengusap kepala dan tak ada suara yang hendak memujuk lalu rindu pada Ariq berbisik syahdu. 


DUA BULAN BERLALU

SUSUNAN surat khabar itu aku perhatikan lama.  Melihatkan Tauke Chin mengarah itu ini pada pekerja lelakinya dan sesekali membebel sendiri, sedikit sebanyak membuatkan hati aku lega dari sakit yang berpanjangan. 
Lengloi… hari ini you pergi beli itu surat khabar lama dekat Seksyen 19 sana.  Ini alamat dia,” tegur Tauke Chin padaku.
Aku menengadah wajah padanya.  “Jauhnya…”
“Kalau tak mahu ar… you boleh pergi area Seksyen 7 sana.  Saya jumpa you punya daddy last week, dia kata you sudah lama tidak balik rumah.  I kasi you area sana you boleh singgah rumah you lor. Telefon ju susah dapat.  Apa hal?”
Aku sengih.  Tauke Chin memang bertimbang rasa.  Rasanya di sini, aku memang dimanjai.  Apa saja yang silap, tak pernah dimarahi malah ditegur dengan baik. 
“Tapi, you jangan risau… I simpan rahsia you ada dengan I seperti yang you minta,” sambung Tauke Chin membuahkan senyuman pada bibir aku. 
“I tak mau baliklah, tauke.  I kerja… so  kena kerja.  Mana boleh jadi serampang dua mata woo…,” balas aku pula.
Dia sengih dengan dahi berkerut.  Pasti tidak mengerti dengan peribahasa yang aku gunakan sebentar tadi.  
“Ayat you ar… payah woo saya mahu faham.  Tapi, tak apa… kalau you mahu cuti, you kasi tahu I saja, Naqiah.  Itu ar… parents kena hormat lebih woo.  Itu ibu susah payah bawa kita ke dunia.  Sesekali jenguk apa salahnya.  You jaga diri ar nanti.  Simpan itu alamat baik-baik,” pesan Tauke Chin sepintas lalu seperti mengerti akan masalah diri ini dan dia terus berlalu ke dalam pejabatnya. 
Aku terhenyak sendiri.  Ibu?  Satu perkataan yang punyai sebutan berbeza untuk setiap agama dan bangsa.  Tapi, punyai satu makna yang serupa.  Tapi, bila aku menyayangi ibu tapi tidak ibu, bagaimana harus aku gambarkan kata-kata ini?  Payah.  Teringat pula pada panggilan Kak Diah beberapa hari setelah peristiwa di rumah Ariq berlalu dan aku juga sudah berada di tempat baru yang tidak diketahui sesiapa termasuklah Alan dan Izue.  Hanya Tauke Chin saja tahu di mana aku berada.



SUARA Kak Diah serak. 
“Kakak menangis?”  soalku polos.  Hilang kata-kata kurang bijak seperti sebelum ini dan digantikan dengan soalan yang begitu telus.
Are you okay, Naqi?” 
Bibirku menguntum senyum sebelum menjawab.  “Naqi okey.  Kak Diah tu, okey ke tidak?  Dengar suara baru lepas menangis je?”  tebakku. 
Talian sepi seketika.  Helaan nafas Kak Diah kedengaran berat.  Menambahkan pedih pada jiwaku yang semakin sarat dan hampir melarat.
“Kakak  okey.  Naqi tinggal kat mana sekarang?” 
“Naqi selamat, kak.  Jangan risau.” 
Aku terasa aneh sedikit bila dia mula mengambil berat.  Sungguh barangkali kata Alan dan Izue, dia menangis kerana aku bersedih. Bagai tak percaya. 
“Itu bukan soalan kakak, Naqiah.  Kak Diah tanya kau tinggal dekat mana sekarang?”  bentak Kak Diah yang sudah mula menjadi dirinya yang asal namun entah mengapa, aku tak merasa lagi sinisnya dia.  Terasa dalam setiap soalannya biarpun jelas membentak itu penuh dengan kasih dan sayang.
“Buat masa ni, biarlah Naqi bersendiri.  Mungkin kakak tak tahu tapi sejujurnya Naqi tak boleh nak cerna dengan baik lagi apa yang berlalu sejak akhir-akhirnya ni,” jawabku masih berselindung yang aku tinggal tidaklah jauh dari mereka tapi biarlah mereka tidak tahu.
Kak Diah mengeluh.  “Sampaikan Alan dan Izue pun Naqi tak bagitahu tempat tinggal baru Naqi, agaknya Naqi memang nak lari jauh dari kami, kan?”  tebak dia.
Aku melepaskan nafas yang tenang.  Jika mampu, aku sudah bawa diri ini jauh meninggalkan bumi Malaysia tapi kewangan adalah masalah utama saat ini.  Tak mampu membawa diri jauh jadi biarlah segalanya menjadi rahsia setelah pada Tauke Chin juga aku amanahkan supaya merahsiakan tempat tinggal aku ini.  Aku yakin padanya kerana dia seorang manusia yang berpegang pada janji. 
“Naqi perlu bersendiri, kak…”
“Kakak minta maaf, Naqi.  Kakak tak sedar selama ni sikap kakak dah buatkan Naqi terpinggir,” ucap Kak Diah tiba-tiba.
“Tak, kak… jangan cakap macam tu. Kakak memang selamanya anak kesayangan mak dan ayah tapi Naqi kurang segalanya kak.  Kalau kata Naqi tak diperlukan di kalangan keluarga sendiri, tak apa… biarlah Naqi sendiri menagih  kasih Allah.  Kakak jangan rasa bersalah sebab Naqi lah yang bersalah sebenarnya.  Buat mak marah, buat kakak sedih, buat ayah kecewa dari dulu lagi.  Naqi punca semuanya dan Naqi harap kakak bahagia dengan orang tersayang,” pesan aku penuh makna.  Tak mampu lidah hendak menyebut nama Ariq. 
Kak Diah ketawa.  Tawa yang kedengaran sinis pada peluput telingaku.
“Kalau yang tersayang itu mencintai orang lain, Naqi rasa kami akan bahagia?  Kalau yang tersayang tu dok setia menanti orang lain, Naqi rasa kakak ni bodoh untuk tunggu cinta yang memang bukan milik kakak?”  soalnya tajam.
Aku ketap bibir.  Kehilangan kata lagi. 
Come on, Naqi.  Alan told me everything and Ariq, he told me the same before the dinner.  Hanya kakak yang berkeras nak jenguk jugak Naqi kat sana dan tak sangka, you really fall for him tapi tak nak mengaku sebab kakak, kan?”  duga Kak Diah secara tepatnya.
Aku masih lagi mendiamkan diri mendengarkan kata-kata Kak Diah.  Jika dia dan Ariq sudah capai kata sepakat, bagaimana pula dengan kata sepakat kedua-dua orang tua kami? 
“Bukan sebab Kak Diah semata-mata tapi terlalu banyak sebab, kak…”
“Sebab mak dah janji dengan keluarga Ariq nak jodohkan kakak dengan Ariq, macam tu?”  pangkas Kak Diah semakin meninggi. 
Aku terdiam.  Tak boleh membalas lagi.
“Hey, Naqiah… kita hidup zaman apa sekarang ni?  Kakak akui, niat mak baik tapi buat apa niat baik tu kalau semua orang menderita.  Kakak tak sebaik Naqi yang dengar semua kata mak.  Memang tak salah mak nak jodohkan kami tapi perasaan Ariq sendiri, kakak kena ambil kira, Naqi.  Mak pasti faham kalau kakak terangkan dan bila Alan dan Izue cerita tentang penderitaan Naqi sebab Kak Diah, Kak Diah pegun.  Tak sangka  yang Naqi menderita.  Naqi kekurangan segalanya dan Naqi perlukan kami tapi kami… kakak dan mak abaikan Naqi,” ujar Kak Diah kembali teresak-esak. 
“Sepatutnya kakak jaga Naqi sebab Naqi satu-satunya adik kakak tapi bila mak lebih-lebihkan kakak dan pandang Naqi segalanya kurang, kakak tak sedar. Cumanya bila dah sedar ni, kakak nak yang terbaik buat Naqi.  Kalau kata Ariq tu bahagia Naqi, kakak tak hak nak rosakkan bahagia Naqi.  Beri kakak peluang nak tebus semula kesilapan kakak sebelum ni, Naqiah.  Sekali ni je,” rayu Kak Diah dalam tangisan.
Aku kalut sejenak.  Peluang untuk dia betulkan kesilapannya dengan menyatukan aku dan Ariq tanpa menghiraukan perasaan mak?  Dan aku rasa itu adalah sangat mustahil.  Perkara yang mustahil untuk aku lakukan.
“Jangan, Kak Diah.  Fikirkan mak.  Kesian dekat mak.  Niat dia baik nak bahagiakan Kak Diah…”
“Dah niat kakak juga baik nak satukan dua hati yang saling cinta moga menemui bahagia,” selanya pantas.
Aku terkelu.  Kerasnya Kak Diah hari ini penuh kelembutan.  Kelembutan yang mendamaikan resah biarpun nama mak menambah resah.
“Terima kasih, kak.  Sangat-sangat terima kasih sebab akhirnya kakak sudi mengaku budak jalanan ni adik kakak dan simpanlah niat baik kakak tu.  Naqi dah bahagia begini dan kakak pun kena janji, tolong bahagia dengan Ariq dan tolong bahagiakan mak dan ayah sebab Naqi tak ada ruang untuk itu,” pesanku di akhir kata, tanpa aku pedulikan lagi kata-kata Kak Diah sebelum aku matikan talian.  Matikan dalam erti kata yang sebenar-benarnya. 
Telefon bimbit di tangan aku pandang.  Nombor lain yang pastinya.  Izue dan Alan juga tiada nombor ini.  Hilang ingatan pada Kak Diah dan pergi segalanya buat seketika bila aku bangkit hendak menjalankan tugas. 
Entah berapa lama perkara ini akan berlalu, aku tidak tahu.  Apa yang pasti, semua ini akan kekal di dalam memori dan tak akan pernah pergi menjauh.  

~~> bersambung

RM : Bila la nak habis cite neh?  Letih woo.... :P

40 comments:

  1. sedihnya RM... cepat2 la Naqi bahagia... x sanggup da...

    ReplyDelete
  2. sedihlah kak rehan...sy syg kak diah *tetiba*

    ReplyDelete
  3. kak rehan....cepat la kawen kan dorg... hehe....

    ReplyDelete
  4. cept bg naqi kawen.. :D

    ReplyDelete
  5. sdihnya.....cian kt naqi..
    agak2 ariq pun tgh kucewa tak sbb x dpt cari naqi..

    ReplyDelete
  6. kesian sangat2 dekat Naqi.kenapala mak Naqi tak sedar2 lagi.bilala Naqi nak sambung belajar ni,buat la Naqi belajar dekar luar negara,baru best Naqi pergi merajuk jauh2.blk nanti Ariq dok tunggu Naqi kat airport.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan Anon, biar Naqi further studies jauh2... lupakan segala masalah dia kat rumah tu... hihi

      Delete
    2. tak setuju..hehehe.. bio jer naqi kerja surat khabar lama.... best tu kerja dgn Tauke Chin! Ariq nanti tolong kumpulkan old newspaper tuk dia.. hehehe

      Delete
    3. setuju2... hehe

      Delete
  7. sedih....bile naqi nk bhagia ni? :(

    ReplyDelete
  8. sedih...sian naqi bw diri...
    dh jd mcm ni pn mak dia still x tau hargai...sedih nyer

    ReplyDelete
  9. alamak..pendeknya!

    a.puteri

    ReplyDelete
  10. up la lg...
    xpuas la..
    bila ariq nk jumpa naqi nie????

    ReplyDelete
  11. Adakah emak Naqi dan Nadiah ni sebenarnya buta hati disebabkan keduniaan. Ayah Naqi dan Nadiah gagal membimbingnya sebab terlalu sayang bila tersedar isteri telah tersasar menjadikan ianya telah terlewat? Bagaimana Nadiah ni boleh insaf pula ya takkan hanya dari cerita Alan dan Izue sahaja?

    ReplyDelete
  12. ha...abis dah?..la...knpa pendek sangat n3 kali ni ye??..hm...up la lagi..:)

    ReplyDelete
  13. bersendirian detik yg mendamaikan buat naqi kini.. moga damailah jiwa..

    ReplyDelete
  14. cita ni abis kt blog je kan??...nape naqi x pegi lagi smbung blaja,klu kata tauke tu nk tanggung pn blh..jd anak angkat...tp apa2 pun..terbaik lah sis...along eza jumel

    ReplyDelete
  15. Mungkin kesedaran Kak Diah terlewat tapi Kak Diah pun ada hati yang baik untuk satukan hati Naqi dan Ariq.... Buat apa dia bahagia diatas kesedihan orang lain.... adakah Kak Diah akan bahagia seperti yang mak harapkan.... sedihhhh

    ReplyDelete
  16. kak RM.....nk lggggggggggggg.....eeee.........cheer up naqi...

    ReplyDelete
  17. sedihnya....tetibe je airmata mengalir....bila laa naqi nak bahagia. kahwinkan lah nagi ngan ariq cepat2, tak sabar dah nie....

    ReplyDelete
  18. Naqi dapat keputusan cemerlang dengan CGPA tinggi dan dapat scholarship tuk study kat oversea...hmmm

    ReplyDelete
  19. tabahnya nya naqi....alangkah bertuahnya ada anak spt naqi...

    ReplyDelete
  20. Menitis air mata ni...nape la naqi ni cepat mengalah..sedih3...

    ReplyDelete
  21. Adeh .. nangis lagi. Tiap2 kali baca mesti mata jadi pedih hati pun macam kena siat2. Tak tahulah macam mana RM boleh tahan tulis entry2 mcm ni .. kalau akak mahu meraung gamaknya. Good job RM .. memang susah untuk jadi penulis tetapi hanya penulis yg hebat sahaja bisa membuat pembaca mengalirkan airmata. Next entry nanti kena siap2 pegang tisu ..

    ReplyDelete
  22. alahai sedih tul ler...kisah hidup naqi lbih kurang dengan hidup aku sekarang...

    ReplyDelete
  23. Emotional sgt baca crita ni. Kluar jgak air mata. Sambung lg & tamatkan je kat blog k!

    ReplyDelete
  24. Sedey tul huhuhu mmg betul2 mengusik jiwa

    ReplyDelete
  25. a ah sdih gila! further study jauh2 n dp keja yg bgs. x d duga jdi pkrja arik n meka akn br-1 kmbali dlm detk g sgt indah. Kepegian Naqi buat mk dia insaf. Namun tkdir yg menentukn mk dia akhirnya dpt jumpa Naqi blk n pertama kalinya dia peluk dn cium anknya. psi gugurlgi air mta ni.

    ReplyDelete
  26. Congrat Rehan tapi jangan tengah sedap layan cite ni Rehan kata bab akhir kat novel yang bakal terbit.Sentap woi..

    ReplyDelete
  27. tegarnya seorang ibu mcm mak naqi ni......
    dia bukan seorang !ibu!,dia manusia yg tak tahu bersyukur di kurniai anak sebaik naqi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp ibu tetap ibu kan,darjatnya 3kali melebehi seorang ayah

      Delete
  28. buat pertama kalinya nadiah jadi seorang kakak yg baik... :) harap niat murni dia tu dapat diteruskan...

    ReplyDelete
  29. lmbat2 abeh pn x pe karehan. asalkan ada perkembangan. mcm keling je ayt...
    tq karehan, watak nma saya smkin hari smkin baik nmpknya

    >>k<<

    ReplyDelete
  30. waaa,, best3! nk lagi..

    -athirah-

    ReplyDelete
  31. syabas lah RM.. 6ti cepat2 kawin kan diorang. kesian naqi..

    ReplyDelete
  32. syabas lah RM.. 6ti cepat2 kawin kan diorang. kesian naqi..

    ReplyDelete
  33. bila diorg nk kawin nie... naqi asyik lari jer.... x sabo nk tggu nie anyway, thanks kak rehan for this entry
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete