Monday, May 13, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 9


BAB 9

TAK payah nak mohon cuti, papa sendiri dah bagi cuti untuk aku.  Heaven tak?  Sangat heaven okey?  Biarlah macam tu.  Senang aku tak perlu nak fikir pasal kerja.  Kerja-kerja dalam rumah ni pun dah bertambah sibuk.  Tapi, mama tak bagi aku buat apa kerja pun.  Takut calar katanya.  Nanti Ayie quiry.  Okey, mama pun dah terlebih teruja. 

Wedding planner sedang sibuk dok merias seluruh majlis.  Sekali harung semua dalam satu majlis.  Aku hanya bersidai di beranda dalam bilik.  Memerhati daripada jauh mama yang sedang sibuk menjadi mandur. 
Mata aku tiba-tiba tertangkap akan sebuah kereta yang masuk ke perkarangan rumah.  Sebuah Toyota Elgrand.  Lama aku perhatikan.  Keluarlah empat orang daripada kereta tersebut. 
Dua orang wanita muda dan aunty dan juga uncle.  Dua orang yang muda tu adalah kakak Ayie.  Cuma aku tak dapat nak cam yang mana Aina dan yang mana Auni. 
Aku masuk ke dalam bilik bila mama memanggil nama aku tak lama kemudian.  Tak sempat nak buka pintu, daun pintu dah diketuk orang.  Boleh jadi mama. 
Aku tarik pintu.  Ternyata, wajah mama, Aunty Resa dan dua orang kakak Ayie tersembul di muka pintu.
“Assalamualaikum,” sapa aku.
Mereka senyum.  Salam dibalas hampir serentak.  Aunty pantas memaut tangan aku.  Kedua-dua kakak Ayie memeluk bahu aku.  Mesra.
“Cantik betul bakal menantu mama dan kakak ipar kitorang ni,” puji salah sorang.  Boleh jadi Auni.  Nampak sedikit funky. 
Aku hadiahkan mereka segaris senyuman.  Aku terima seadaanya pujian mereka pada aku.  Dengan Auni dan Aina pun aku lagi tua.  Tapi, kata Ayie aku kena panggil mereka kakak juga.  Tanda hormat pangkat mereka dalam rumah tu. 
“Eh biasa je.  Aunty sihat?”  soal aku pada Aunty Resa.
Dia senyum dan memegang pipi aku lama sambil mata dia rakus meratah setiap inci wajah aku.  Tak terlepas sesaat pun.  Okey, kalau macam ni lah renungan Aunty Resa, boleh jadi Ayie ikut perangai dia. 
“Arya memang cantik.  Secantik mama Arya.  Selembut dia dan memang segala pada Arya ni aunty nampak ikut Kak Ana,” puji dia lagi.
Aku tayang gigi.  Tersengih  segan bila mama juga memandang aku.  Tersenyum bangga bila anak sendiri dipuji.
“Eh, Arya dengan mama kalah Arya, aunty.  Biasa-biasa je.  Err… yang ni mana satu Auni dan mana satu Aina?”  soal aku beralih pada mata kedua-dua kakak Ayie ni.
“Saya Aina…,” sahut yang pakai baju kurung moden warna ungu lembut.
“Dan saya Auni…,” sampuk seorang lagi yang memakai jeans dan blause warna hitam.  Nampak ranggi sikit yang ni. 
Barulah aku kenal yang mana Auni dan yang mana Aina.  Memori yang ada dalam kepala pun masih samar-samar tapi aku mula ingat akan nama-nama mereka.  Nampak Auni yang sedikit kasar, mengingatkan aku pada Aryan.  Kening aku naik dengan sendirinya.
“Angkat kening kenapa?”  sergah Auni.
Aku tekup mulut.  Tawa besar hampir termuntah keluar.  Auni dan Aina sama-sama ketawa.  Disahut oleh tawa halus mama dan Aunty Resa.
“Jangan dok usik adik ipar korang, Auni… Aina… tahu dekat adik nanti, marah dia…”  Aunty Resa melarang dua orang anak daranya.
Tapi… aku dah tak mampu nak tahan gelak bila dengar Aunty Resa biasakan Ayie tu adik.  Kena sangatlah bila Aryan panggil aku kakak. 
Fikiran mua menerawang kejap.  Aku menadah wajah bawah siling.  Bibir herot dengan senyuman sinis.  Menarik sungguh hidup aku sejak nak jejak tiga puluhan ni.  Makin berwarna-warni.
Dah sah nanti Ayie berangan nak aku panggil dia ‘abang’ dan aku rasa tak salah.  Itu satu penghormatan buat dia  yang punyai kedudukan lebih tinggi daripada aku nanti.  Tapi, bila macam ni, aku rasa geli la pulak. 
Ayie abang dan aku… mungkinkah sayang?  Macam mama dan papa.  Yang tak pernah membiasakan diri selain daripada sayang dan abang.  Sesekali bila papa panggil nama mama pun aku rasa penuh kasih sayang dan kelembutan.  Padanlah mama tu kecairan langsung dengan papa.  Dengan papa je mesti lentok. 
Aku dan Ayie pulak, kakak dan adik.  Sounds great, huh?  Tapi, kelakar pun ada.  Aku sengih lagi.  Muktamad lah.  Nak panggil dia adik.  Just like his family called him. 
“Arya…” 
Panggilan mama buat aku kembali memandang mereka.  Tersengih kerang sendiri sebab sempat berangan dengan orang.
“Arya dah ready ke?”  soal Aunty Resa.
Aku sengih dan angguk.  “Insya-Allah… dah ready.” 
“Kalau macam tu, budak bujang tu pun terlebih ready dah tu,” sampuk Auni dengan makna yang berlapis.
Aunty Resa kerutkan kening pada Auni.  Terus dia diam tapi tawanya masih tersisa. 
“Aunty datang bertiga je ke?” 
“Dengan uncle.  Ayie je tak ada.  Kami tinggal dekat rumah.  Dia nak ikut tapi kami tak bagi.  Mana boleh  jumpa dah dekat-dekat nak nikah ni.  Karang, darah gemuruh pulak…”
Aku kalih ke kiri.  Memandang ke arah anak tangga.  Okey, ada seorang lelaki di sisi papa. 
“Sihat, Uncle Zaf?”  soal aku sopan.
Dia senyum dan mengerling papa yang ada di sisi.  “Sihat je.  Arya macam mana?  Tak sakit kepala ke?” 
Dahi aku berlapis-lapis.  Tak faham pertanyaan dia.  Apa yang kata aku sakit kepala?  Hari tu memanglah dah tak sihat.  Ini dah sihat dah.  Sakit kepala pun dah tak ada dah.  Sihat waafiat.  Syukur pada Allah yang masih sudi berikan kesihatan yang baik buat aku.
“Dia tak faham tu, Zaf… anak dara aku ni polos sikit.  Macam akulah…”  akui papa bersama tawa.
Uncle Zaf ketawa.  Yang lain juga. 
“Ya ke, macam kau?”  soal uncle Zaf pada papa sambil mencemik. 
“Kalau kau polos sangat, tak adalah Ana tu cair dengan kau, betul tak?” 
Papa ketawa.  Mama dah mencemik.
“Sungguhlah.  Tapi, nak dikira aku okeylah.  Arya ni g matang, ikut perangai Ana kot.  Kalau Ayie tu ikut perangai kau masa muda, kaki mengayat jenuhlah anak
aku cair je nanti…,” tambah papa dan kali ini aku kerutkan kening pada papa.
Apalah dia cakap macam tu.  Malu okey.
“Aku ayat Resa je…”
“Sebab tu umur sembilan belas, Resa tu dah jadi ibu…”  Papa gelak. 
Uncle Zaf juga.  Kemudian dia kalih pada aku.
“Harap Arya tak sakit kepala melayan karenah budak Ayie tu nanti.  Dia baik.  Like father like son.” 
Okey, Uncle Zaf masuk lif tekan sendiri.  Letih. 
“Like papa like daughter jugak tau,” puji papa pula.
Aku tepuk dahi.  Mama menggeleng dan Aunty Resa mencebik.  Hanya Auni dan Aina dok gelak sakan.  Terhibur hati.
Sungguh.
Keluarga kami bakal meriah tahap petala ke tujuh barangkali.  Bakal kecoh dan bakal retak setiap kaca dalam rumah dengan gelak tawa. 
Aku koyakkan senyuman tahap maxima memandang mereka seorang demi seorang hinggalah aku terpaku pada satu wajah yang tersengih di depan aku.
Aryan? 
Tiba-tiba muncul.
“Eh, Aryan kata nak keluar?” 
Dia angguk.  “Keluar kejap tapi ada orang nak datang rumah.” 
Dia terus mengalihkan tubuhnya rapat di pagar tangga.  Semua mata berpaling dan ternyata, Ayie muncul dari belakang Aryan tersenyum penuh makna dengan tangan yang diangkat sebelah. 
Tiga batang jarinya merah.  Merah terang.  Bagai darah ikan.  
Aku bulatkan mata.  Dia berinai.  Bila?
“Kan mama suruh Ayie dok rumah  je.  Jangan keluar?  Ayie datang sini jugak, kenapa?”  bebel Aunty Resa pada anak dia.
Kami yang lain hanya diam menanti bebelan seterusnya dan pastilah daripada Uncle Zaf.  Tapi, sayang bila..
“Biarlah dia datang.  Dok rumah sorang bukan ada apa pun.  Majlis pun tinggal lusa je.”  Uncle Zaf menyokong anak teruna dia. 
“Betul tu, Zaf… kot-kot ada yang tertinggal lagi, kan?  Biarlah diorang selesai lagi barang-barang yang diorang rasa kurang.  Kita ni perancang je.  Diorang yang akan menjayakan,” sokong papa pula.
“Emm… apa-apa jelah, abang,” balas Aunty Resa mengalah.
“Biarlah, Resa… marilah ikut Kak Ana.  Turun tengok apa tak kena lagi,” ajak mama pula.
Mereka semua turun ke bawah.  Aku juga tapi baru nak melepasi susuk tubuh kasar Ayie, dia memanggil.
“Can we talk?” 
“You are already did,” balas aku malas.
Yalah, mama dia dah larang daripada datang, datang juga.  Tak boleh sabar ke.  Tunggu esok je lagi.  Lepas tu, malamnya dah boleh nak sembang sampai esok pagi tak nak tidur pun tak apa. 
“Marah nampak?”  soal dia bersahaja. 
Tangan diseluk dalam poket jeans dan kaki kami sama-sama turun ke bawah.  Aku jeling Ayie.
“Tak adalah marah.  Ayie buat saya rasa aneh…”
“Nak aneh apa?”  pangkas dia.
“Peliklah.  Mana ada pengantin lelaki datang melawat pengantin perempuan sehari dua sebelum akad nikah?  Kan mama Ayie larang tu?” 
Sambil tu aku jeling tangan dia tapi tak nampak dah kesan inai tu.  Awal betul berinai.  Aku pun belum lagi.  kebetulan aku memang tak suka ada apa-apa warna mencemari jari-jemari aku.  Rasa kotor biarpun orang lain nampak cantik.
“Ayie bosan sorang.  Kan dah cakap malam tu, Ayie rindu Arya.  Dah banyak hari tak nampak…”
Aku sengih plastik.  “Malam esok kita sembang sampai pagi.  Ayie tengok saya jangan kedip mata sekalipun, ya?”  pinta aku sinis.
Dia sengih.  “Malam esok bukan malam untuk bercakap dah, Arya…” 
Huh, budak ni.  Otak dia serius macam kunyit. 
“Mengarut eh?”
“Arya mulakan…,” jawab dia.
“Dah kenapa Arya pulak kena?”  soal aku kembali. 
Tawa Ayie menyapa telinga aku.  Bila tawanya reda dia kembali bersuara.
“Kenapa tengok tangan Arya tak merah lagi?  bukan patut dah berinai ke?” 
Aku luruskan jari-jemari aku sendiri.  Menatap lama jari-jemari yang sedikit runcing ini.  masih putih bersih. 
“Malam ni kata mama.  Yang Ayie berinai awal sangat kenapa?” 
“Kakak-kakak kata kena awal.  Ayie pun ikutlah.  Malam tadi diorang inaikan,” jawab Ayie.
“Yalah, dik.  Dah kata adik kesayangan  keluarga, kan?  Mestilah semua orang care…”  Aku gelak.
“You parents and your sisters, call you ‘adik’ eh?”  soal aku mengingatkan kembali kata-kata Aunty Resa.
Ayie tepuk dahi.  “Aduh… mama ni.  Orang dah pesan jangan panggil adik lagi.  Ei...” 
Bibir aku herot dengan senyuman. 
“Kalau macam tu, lepas nikah I call you adik… and you can call me kakak.  Sound unique, isn’t it?”  Kening aku naik berkali-kali memandang Ayie bila kami tiba di muka pintu.
“Ayie tak nak,” balas dia.
“This is an order… not a request…” 
Aku melangkah keluar mendekati kerabat keluarga yang lain meninggalkan Ayie terkulat-kulat sendiri.  Menggaru kepala.
“Kita tengok jelah wedding night kita nanti, macam mana,” laung dia tiba-tiba.
Aku kakukan tubuh bila langkah aku turut sama terpaku.  Mulut budak kecik ni.  Main cakap jerit je tengah-tengah orang ramai.  Kan semua orang dah terhenti daripada terus buat kerja.  Semua mata memandang kami.
Cepat-cepat aku kalih pada dia.  Dan terus kaki aku berlari anak mendekati dia semula.  Ayie sengih bangga.  Tanda menang bila aku mendekati dia kembali.
“Dah Ayie ni kenapa?  Jerit pasal wedding night kuat-kuat?  Nak suruh semua orang dengarlah eh?  Jangan buat perangai budak-budak, okey?”  gumam aku marah.
“I am not a boy,” jawab dia.
“Dah tu perangai macam budak-budak tak cukup umur je?” 
Ayie sengih.  Bagi lagi killer grin dia tu.  Ingat aku cair sangat dengan senyuman dia macam tu.
“And still yet not a man!”  gumam aku menyambung.
“We’ll see it, Madam Aryana to-be.  Either I am a man or not,” bisik dia dekat dengan wajah aku dan dia terus menapak menarik tangan Aryan dan terus dia keluar daripada pagar setelah bersalaman dengan semua orang.
Kereta Mitsubishi Lancer putih itu meluncur laju meninggalkan rumah kami.  Apalah budak Ayie ni.  Main-main je tahu.

39 comments:

  1. best...x sabar nk bce lg..:)

    ReplyDelete
  2. mcm mana gaya killer grin ayie tu ya?.. nak gak tengok!!..

    ReplyDelete
  3. wah..nak lagi..pleaseeeeee

    ReplyDelete
  4. senyum jugaaaaaakkkkkkk....

    ReplyDelete
  5. Oh My megiiii...
    Ayie wat gaya killer grinn. Errmmm...

    ReplyDelete
  6. Senyum Sorang2 baca citer nie.. Terbaiklah RM

    ReplyDelete
  7. Pergh..mmg selamba la ayie tu

    ReplyDelete
  8. hahaha..sengal la ayie ni..blh plak dia g jerit mcmm tu..wahahaha...

    ReplyDelete
  9. dah nak terguling-guling ketawa dah baca cerita nie...

    ReplyDelete
  10. Tak sabra nak tunggu sambungannya... best giler

    ReplyDelete
  11. Best giler!..ayie ni gatai btol mngusik arya!
    Tak sabar2 nak tggu dorg kawin..msti lg best n lg romantic ayie ni!!! Serius best!!!

    ReplyDelete
  12. Hailah...nape sume hero2 ensem dlm novel mesti nak drive mitshubishi kaler putih...jeles wo. Dh la kete tu smart. Klu murah dh lama sy bli

    ReplyDelete
  13. x sbrnya nak tggu dorang kawen n g Jerman..

    >>k<<

    ReplyDelete
  14. sengal la budak nih..mmg tak malu betul la..hehe

    ReplyDelete
  15. tersenyum2 duk bace .. hahahaha

    ReplyDelete
  16. perghhhh,
    sengallah Ayie....
    nakal ek....

    ReplyDelete
  17. bab 10? cepat2......

    ReplyDelete
  18. huhu...nakalnya si aryan tu!
    haha..best! thumb up kak rehan!

    ReplyDelete
  19. rm,tk sbr nk tngu depa kawin..tk sbr nk tau life depa selepas kawin..hihi..mst best..

    ReplyDelete
  20. bessttnye...honeymoon kat Jerman weiiii

    ReplyDelete
  21. well done kak rehan..very2 good job!!i admired u so much!!keep it up...:)

    ReplyDelete
  22. gatainya ayie ni. tapi suka suka sukaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  23. Sangat full pakej ayie nie..homai !!

    ReplyDelete
  24. Hahaha ayie ni teruja lebih tul

    ReplyDelete
  25. Kak bagi arya bendera Jepun kan biar padan ngan ayie gatai sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ##bendera Jepun je###

      Delete
  26. mengayat tak agak2 dak ayie nih...muehheheee...

    ReplyDelete
  27. hahaha.. ayat tak blh blah.. mengong tul si ayie ni...

    ReplyDelete
  28. Ayei ni yang lebih teruja pulak.... so sweetttttt...

    ReplyDelete
  29. wah..come2 jer..jom cari sesape yg layak pegang watak ayie ni...:)

    ReplyDelete
  30. HURMMMMM... menarikkkk... semua rentetan cerita dari KIM, KSC, UD, SAM dan sekarang SAK....

    Tak sabar menanti sambungan seterusnya....

    ReplyDelete
  31. Comel..... hahha. Lagi2..

    ReplyDelete
  32. xsaba nk tnggu dorang married..mst gempak...^_*

    ReplyDelete
  33. RM...lelaki x boleh pakai inai tau....

    ReplyDelete