Friday, January 18, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 7


BAB 7

YOU’RE late, girl,” tegur Ariq bila aku sudah sampai dan berdiri tegak di depannya.  Dia berpeluk tubuh dna tersenyum menyenget.  Sinis. 
Waktu ini aku hanya mampu tayang riak tak bersalah.  Tersengih sana tersengih sini.  Apatah lagi mengingatkan permintaanku siang tadi… terasa agak melampau.  Kerja masih belum jalan tapi bayaran dulu aku minta. 




“Sorry, bang.  Penat sikit, kemas bilik,” jawabku jujur. 
Ya, setelah mandi aku sempat menyusun pakaianku dalam almari  yang sudah sedia ada.  Menggantikan cadar pada tilam bujang tanpa katil.  Menggantung gambar mak, ayah dan Kak Diah pada dinding.  Membuat pengangkut untuk aku gantung Cik Kapok memandangkan gitar elektrik itu disimpan oleh Alan kini. 
“Kejap… wonder.  Naqi buat apa kat sini?”  soal Ariq dengan dahi berkerut. 
Aku tersengih melihatkan wajah Ariq serius.  Tak  ubah bagai aku ini lari dari rumah dia pulak. 
“Naqi tinggal sinilah.” 
“La… Kata Fendy, Naqi tinggal dekat Seksyen 7.  Memang kawasan sini ke?  Kata diorang kawasan lot banglo sana.  Tak kan Alan bagi maklumat salah pada Fendy?  Dan abang pun percaya?” 
“Eh… betul dah, bang.  Memang saya tinggal dekat sana tapi sampai semalam je.  Hari ni, saya berdikari.  Hidup menyewa bujang.  Senang sikit nak buat kerja abang ni siang ke malam ke.  Tak ada hal…,” ujarku. 
Ariq mengangguk-angguk sendiri.  Tubuh sasanya dipeluk bila aku sendiri berasa sejuk dengan angin yang menyapa. 
“Erm… dah makan?” 
Aku menggeleng.  Dari pagi tak makan, abang.  Kempunan masakan mak punya pasal.  Kebetulan duit pun kering.  Bukanlah tak ada langsung tapi buatnya abang tak bagi duit pendahuluan saya, mana nak cekau waktu kecemasan?  Bisik hatiku.  Sedih juga teringatkan apa yang terjadi pagi tadi.  Huh… rasa nak hilang ingatan je. 
“Mengeluh kenapa?”  tegur Ariq tanpa aku sedar yang aku sedang mengeluh rupanya. 
“Tak ada apalah.  Letih turun tangga.  Rumah bukan rendah… tingkat lima sana.  Alan dengan Izzue pun, kalau ada dua puluh tingkat agaknya, tingkat dua puluhlah dia carikan untuk saya,” bebelku sambil berlalu ke arah motor.
Baru selangkah, tangan Ariq menyambar pergelangan tanganku yang sememangnya sedikit tertutup hingga ke jari dengan lengan baju yang aku pakai. 
“Nak pergi mana?”  soal dia tenang sedangkan aku sudah mula resah.
Kenangan pertemuan kami hampir sebulan lalu terbayang di mata.  Kacaknya dia bila rambutnya basah.  Tenangnya dia memberi aku tempat berteduh biarpun kami sama-sama basah.  Seksinya bibir merah dia bila basah terkena hujan dan hari ini, dia juga bersikap tak ubah seperti malam tu.  Malam yang membuatkan aku perasan sendiri sedangkan niatnya lain. 
Don’t stare at me.”  Ariq menegur lagi membuatkan aku berpaling ke lain pantas.  Malu.  Tak boleh harap punya mata sendiri.  Haih…
“Err… abang kenapa pegang tangan saya ni?” 
Bila aku menegur demikian, barulah Ariq tersedar dari memandangku.  Tangan kami terlerai dan dia tersenyum segarit. 
Sorry.  Tapi, Naqi nak pergi mana?”
“Tadi ajak makan?”  Kening aku naik.  Jangan dia cakap batal, aku melalak dekat sini. 
“Naik motor?” 
Aku angguk. 
“Makan dekat mana?”
“Seksyen dua best,” jawabku pula.
“Tempat hari tu?” 
Aku jatuhkan kepala lagi.  
Abang?” 
“Kenapa dengan abang pulak?”  Dahiku berkerut bila Ariq bertanya. 
Seperti biasa, dia pergilah dengan Lancer dia dan aku menunggang kuda bernama Ego ni. 
“Naik motor jugak ke?” 
Tangan aku menggawang tiba-tiba.  “Eh… tidaklah.  Abang naiklah kereta kacak abang tu.  Biar saya naik motor saya.  Kita jumpa dekat sana.  Okey?”  Ibu jariku terangkat. 
Tapi, Ariq juga membalas dengan menggoyangkan jari telunjuknya dekat dengan hidungku yang tak berapa nak mancung ni.  Tak seperti hidung Kak Diah yang terletak indahnya.  Cuma yang lebih sikit padaku kata kawan-kawan mak, mata aku bundar dan berkaca-kaca.  Nampak macam budak baik, nampak merayu-rayu kasih dan itu pun mak buat muka. 
“Tak boleh, Naqi.  Dah malam ni.  lagipun tak silap abang kawasan ni ramai budak-budak UiTM.  Muda-muda.  Darah muda… nanti diorang apa-apakan Naqi kalau balik lambat…”
“Eleh… abang tu masa dekat Lake Garden dulu peluk pinggang saya relaks je?”  sinisku di luar sedar. 
Wajah Ariq berubah riak.  Dia menelan liurnya berkali-kali. 
Sorry, Naqi.  Masa tu sangat tertarik dengan gaya Naqi.  Maaf, ya?”  pinta dia akhirnya dan aku malas hendak memanjang cerita, mengangguk sudah. 
“Jom, dengan kereta abang.  Boleh kita sembang dalam perjalanan.  Lagipun, abang dapat satu maklumat baru tentang Lof,” ujar Ariq memancing aku. 
Huih… maklumat dari dia akan  menyenangkan kerjaku.  Jadi, apa tunggu lagi.  Rezeki depan mata.  Makan dapat, gaji dapat dan maklumat juga dapat. 
“Okey, jom!”  ajak aku tak dan-dan. 
Tak sempat Ariq mempelawa, aku terus masuk ke dalam perut kereta milik Ariq.   Sungguh aku suka.  Jarang-jarang dapat naik kereta mewah macam ni.  Setakat Honda milik Izzue dan Satria GTi milik Alan saja dan itu sudah buat aku bersyukur. 
Nak harap merasa naik kereta BMWi5 milik mak, rasanya tak pernah sejak mak tukar kereta baru itu.  Yang pernah naik pun, Toyota Camry milik ayah.  Itulah tersangatlah jarang. 
“Seronok dapat naik kereta,” ucapku. 
Bila mahu menarik tali pinggang keledar, tersekat pulak.  Ariq tenang.  Menutup pintu kereta, menghidupkan enjin dan memasang tali pinggang keledar tapi aku masih terkial-kial. 
“Eh, bang…”  Tak habis aku ucapkan ayat hendak mengadu, tubuh dan wajah Ariq hampir padaku. 
“Mari sini, abang pasang.  Sebelah sini macam rosak sikit.  Biasalah jarang ada penumpang,” beritahu Ariq perlahan dan nafas hangatnya menyapa wajahku, menjadikan hati kian resah. 
Bila dia menjauh aku pantas membawa telapak tangan ke dada.  Aku tepuk sedikit kuat berharap hati ini tenang dan tidak terus melompat sebab aku tak pernah ajar hati aku main lompat jauh atau lompat kijang.  Lompat pagar jauh sekali. 
Ready?” 
What?”  balasku terkejut. 
“Kahwin?” 
Mataku membulat.  Ariq ketawa.  “Kidding, girl.  Cool…,” ucap Ariq dan keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan flat Seksyen 7. 


MAKAN malam sepi.  Aku menikmati bihun tom yam pecah telur kegemaran aku.  Kegemaran yang mak pun tak pernah tahu.  Setidak-tidaknya, mak cik foodcourt ni tahu kegemaran aku.  duduk saja, dia akan senyum dan mengangguk.  Datang order saja, mesti cakap ‘seperti biasa’.  Jadi, tak adalah hati rawan. 
“Apa maklumat abang nak bagi tahu tadi?  Kemain dia, naik kereta boleh sembang tapi diam je.  Rindu awek la tu,” usik aku seraya mengangkat wajah memandang Ariq. 
Mata Ariq terkebil-kebil.  Aku tak sedar dia merenungku.  Lengan panjang bajunya disinsing hingga ke siku.  Kolar baju dibetulkan sedikit dan dia melurut belakang kepalanya. 
“Kenapa,  bang?”  soalku.  Berharap juga jawapan Ariq adalah kerana aku.  Merenung aku mungkin.  Terpaku boleh jadi. 
Ariq menongkat dagu.  “Seronok tengok Naqi makan.  Sedap sangat ke?”  soal dia dan hati aku berbunga tiba-tiba.  Kenapa, ya?
“Nak rasa?”  Spontan aku suakan sudu ke mulutnya.
Lebih terkejut bila tak sempat aku tarik, Ariq menganga mulut.  Sekali lagi aku kejung dengan tindakannya.  Tanganku masih tidak bergerak dan keadaan itu membuatkan Ariq menarik pergelangan tanganku, memasukkan sudu ke dalam mulutnya. 
Setelah itu dia membulatkan mata.  “Pedas!”  Dia mengipas mulutnya dan matanya mula berair. 
Alamak…”  Aku kalut.  Gelas air kosong aku capai dan aku suakan pada Ariq dan yang sadisnya itu gelas aku.  Dia punya Nescafe panas berasap itu. 
“Huh… lega.”  Dia mengeluh lega setelah menyedut separuh airku.  Matanya dipisatkan beberapa kali. 
“Tak tahan betul,” rungut Ariq seraya mengeluarkan sapu tangan dan peluh di dahi dilap sopan. 
“Maaf, bang… lupa nak cakap tom yam ni memang pedas.  Abang tak tahan pedas, ya?  Saya ni hantu pedas… sampai hantu pun takut tengok saya makan pedas,” selorohku dengan wajah yang ketat. 
Bibir Ariq lambat-lambat menguntum senyum.  Matanya memandang aku yang ada di sisi kirinya. 
“Tak elok sangat pedas ni.  Nanti kena gastrik pulak,” nasihat dia tulus. 
Aku angguk.  “Lidah dah tak ada rasa…”  Aku gelak setelah itu.  Ya, sungguh lidah bagai sudah kehilangan satu deria. 
“Kalau macam tu, nak abang rasa?  Ke Naqi nak rasa?”  Kening Ariq terangkat dengan senyuman nakal dan gatal.  Lengkap pakej dengan rasa yang mengjengkelkan.
I am not you Lof, okay?”  tegurku tegas. 
Stop kidding me around!” 
Tawa Ariq pecah berderai.  Kuat hingga memancing pandang beberapa orang pengunjung lain.
Abang gurau je.  By the way, kalau Naqi nak rasa, abang sudi je,” sambung dia lagi.  masih dengan gurauan sengal. 
Abang… please.  Sekali lagi abang mengarut gini gaya, I leave!”  Mangkuk makanan aku tolak ke depan.  Sudah bersedia hendak bangkit tapi Ariq menahan. 
Mata kami bersabung.  Pandangan bertaut lama hingga getar itu semakin lama sudah menjadi tidak asing dalam hatiku.
Sorry, girl.  My bad.  Terbiasa bergurau macam tu.  Naqi duduk.  Abang nak cakap ni,” suruh dia lembut.
Huh, kadang-kala aku rasakan dia ni split personality.  Payah hendak aku duga apa  yang bermain dalam fikirannya tapi yang pasti ada waktu tindak-tanduknya buatkan aku rasa akulah yang dia mahukan. 
“Pasal Lof… abang dapat tahu dia tinggal Shah Alam juga.  Seksyen 7.  Tapi, stroke berapa abang tak pasti.  Kena selidik lagi dan dengar kata esok dia ada dekat HKL.  Ada kuliah barangkali.  Naqi boleh ke sana esok untuk tengok dia buat pertama kali.  Buatlah apa-apa yang patut.  Bunga ke, kad ke… yang pasti abang nak dia tahu ada seorang lelaki dok gilakan dia.  Boleh?”
Kepalaku mula menerawang jauh.  Kuala Lumpur?  Menunggang skuter Ego itu untuk hampir sejam setengah demi kerja ni?  Erm… harap-harap berbaloi. 
Anak mata hitam pekat Ariq aku tenung dengan jelingan.  “Pukul berapa dia kat sana?” 
“Mungkin tengah hari dia dah keluar kot.  Esok kan hari Sabtu.  Abang tak kerja esok.  So, abang boleh hantarkan Naqi kalau Naqi, nak?”  pelawa Ariq tapi aku menggeleng.  Menolak lagi.
Abang upah saya… tak kan nak jadi driver saya pulak.  Biar saya pergi sendiri je.  Takut nanti abang dekat dengan dia, lari pulak jenuh.  Tahulah saya nak buat apa esok.  Abang tunggu berita baik dari saya je, ya?”  pujukku yakin bila melihatkan wajah Ariq sedikit cuak.  Bimbang terlepas Cik Lof agaknya. 
“Okey… abang tunggu berita Naqi.”  Serentak itu Ariq mengeluarkan Samsung Galaxy Tab miliknya.  Diletak elok di atas meja.
Haih… Kak Diah pun ada yang tujuh inci.  Mak hadiahkan.  Mudah kata mak dan aku ayah hadiahkan Samsung juga.  Tapi, Galaxy Y.  yang bezanya bagai harimau dan sang kancil. 
“Cantik tab, bang?”  tegurku dan mengintai sedikit tab itu. 
Ariq senyum.  “Nak ke?” 
Gadjet ni bukan kegilaan saya, bang.”
“Dah tu, nak gitar baru?”  Ariq menjeling sedikit dengan kening yang terangkat setengah inci namun tangannya masih lincah menari pada skrin tablet
“Gitar dah ada dua, bang.  cukup dah nak cari makan dan mengayat awek untuk abang.”  Aku ketawa sendiri.  Rasa lucu bila Ariq menawarkan sesuatu yang tak kujangka. 
“Habis tu, semua tak nak… ambil abang jelah,” usik Ariq tenang. 
Aku langsung berpaling pada dia.  Mencari anak matanya tapi Ariq bagaikan melarikan matanya dariku. 
“Kot kata abang patung kat pasar malam, saya beli dah,” balasku pula.  Tak kan selamanya hanya dia kenakan aku?  Ini tidak adil. 
“Patung tak boleh bertindak balas, Naqi.  Tak syok,” giat Ariq pula.  Terkena aku lagi.  Tepat ke dahi.
“Tak boleh nak sayang Naqi… tak boleh nak cinta Naqi,” tokok Ariq menambahkan pewarna pada wajahku.
Namun aku, tak perlu cepat melatah.  Ada masanya orang seperti Ariq hanya perlu didiamkan dengan kata balas yang pedas dan berbisa.  Biar lidahnya pincang sedikit mahu mengungkap kata berbentuk usikan. 
“Tak apa.  Kalau Naqi suka, biar je Naqi merindui, mencintai.  Patung pun tak apa.  Tak pernah harapkan balasan,” selaku tenang dan aku sengaja merenung pada skrin tabletnya yang jelas punyai tab warna kuning.  Maybank2u. 
Jari telunjuk Ariq terhenti dari menari di atas skrin.  Dia memandangku dan aku merenung skrin tabletnya.  Buat-buat teruja. 
“Naqi…,” seru Ariq. 
“Erm…”  balasku tanpa memandang.
“Siapa nama penuh Naqi?”  tanya dia tiba-tiba. 
“Kenapa?  Panggil Naqi pun dah cukup kot,” jawabku masih lagi tenang seperti tadi.
Suka melihat Ariq terngadah.  Lain  yang kami rancang, lain jadinya.  Lof ke mana, yang ada hanya aku dan Ariq.  Punah…
“Sebab abang… nak tahu,” ujarnya.  “Abang yakin dengan wajah macam ni, nama Naqi mesti best, kan?” 
Serta-merta aku berpaling mendengar tebakan Ariq yang tak ubah seperti pujian tapi entah mengapa, aku tetap terimanya sebagai satu sindiran tajam. 
Wajah kami amat dekat.  Hanya dipisahkan beberapa inci saja.  Dekat hingga aku dapat rasa hangatnya wajah Ariq menyapa wajah.  Bibirnya nampak bergetar.  Matanya terkebil-kebil membalas renunganku tapi tidak lama bila telefon bimbitku berbunyi dan Samsung Galaxy Note II milik Ariq juga sama. 
Aku capai telefon bimbit dan menyentuh skrinnya.  Fuh, lega.  Mahu jatuh tergolek jantung aku di kaki Ariq melihatkan renungannya.  Spontan sungguh. 
“Eh, siapa masukkan top-up sampai seratus ni?”  Aku garu kepala.  Ariq aku pandang.  Dia kembali tenang dan menutup tabletnya. 
Abang bagi top-up RM100.  Senang nak call abang nanti,” akui dia bergaya.
“What?”  Mataku membulat.
“Saya minta RM100 tu, cash.  Kalau abang dah masukkan untuk top-up, apa saya nak makan, bang?” tanyaku sedih.  Matanya terjegil kembali terpejam rapat. 
Aku tekup wajah ke meja.  Hampir hendak menangis. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu.  Kenapa tak tanya aku dulu?  setakat hendak menelefon dia, top-up RM10 pun dah jadi.  Kalau payah sangat, pakai saja telefon awam.  Ini sampai RM100, nak buat apa?
Relax, girl.  Abang bagi tu sebagai peruntukan.  Itu untuk Naqi guna untuk projek ni.  Duit gaji Naqi abang bagi nanti sebab tak boleh nak transfer, nombor akaun salah,” beritahu Ariq tentang masalahnya bila dia hendak melakukan online banking.
Aku sengih.  Dalam hati mengucapkan syukur bila nombor akaunku silap rupanya.  Jika tidak, pastilah dia telah tahu nama penuh aku.  Fuh… lega.  Keluhku perlahan. 
“Okeylah, bang.  Jom hantar Naqi balik.  Esok nak mulakan tugas ni,” ajakku dan Ariq jongketkan kening.
Wow, I’m so impressed with you spirit.  Wish you luck.”  Dia kenyitkan mata dan aku ketawa.  Tak ubah seperti pasangan kekasih bahagia.  

~~> bersambung

38 comments:

  1. hai harap jangan la nadiah yang akan di gorat oleh ariq...

    ariq ni macam miang keladi je dengan naqi..kalo suka naqi gorat la naqi ...

    ReplyDelete
  2. warghhhh!!!! tension...nape la ade budak mcm naqi ni huhuhu ~liyahuma~

    ReplyDelete
  3. like!!!
    i'm waiting for the next episode~~
    luv u, RM. :D

    ReplyDelete
  4. aduhai...tak berhenti-henti sengih baca n3 kali ni...cik RM mmg pandai olah ayat wat kite confius..ariq nie suka naqi or nadiah hehhe confius..confius :)

    ReplyDelete
  5. mcm nadiah je yg dia nk ngorat.. parah la hati naqi... cian dia

    ReplyDelete
  6. lof=love..
    love=cinta..
    budak medic..erm macam nadia je..
    sedihnye..nak ngan naqi..
    naqi+ariq=sesuai sgt..
    nadiah+ariq=xsesuai langsung..
    huhuhuhuhu..

    ReplyDelete
  7. saper sebenarnya Lof tu yek...
    ermmmmm xsabo nk tau

    ReplyDelete
  8. adoyaiii..lof = nadiah le tu..huhu..sian kt naqi..

    ReplyDelete
  9. ariq ni cam nak ngorat due2 sekali jek...

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak tunggu esok sebab Naqi kena temankan Nadiah. Tentu si Ariq tu minat kat Nadiah.

    ReplyDelete
  11. RM, Lof tu kakak Naqi ke??//katakan tidakkk, KH

    ReplyDelete
  12. RM....more entry please. Thank you.

    ReplyDelete
  13. sy kecewa kalo ariq nk ngorat nadiah...

    ReplyDelete
  14. aiseh..RM ni tak sempat nk reply komen semua.. bagus ek yu all punya fikiran..tajam.. tgk wane neh.. apa jadi..ariq - naqi tau ariq - diah.. waaaa kalo dengan diah sila menangis.n RM dulu nangis.. LOL

    thanks guys sudi drop komen.. tak jemu2 baca cerita biasa RM neh.. RM hargai.. syg semua... sila bertabah ye

    ReplyDelete
  15. ariq ada split personality...
    denial stage..
    surely lof tu nadiah...

    ReplyDelete
  16. oh plzzzzzzzzz kak rehan....
    terbalikkanlah sayang ariq pd lof dia tu ke naqi.....
    TOLOOOOOOOOOOOOOOOOONG....!!

    ReplyDelete
  17. wwannurr..

    sape sebanarnya si lof ni, naqi @ nadi??? kompius..kompiuss..ish..ish..

    ReplyDelete
  18. ohmaiiiiiii....rieha rasa kan lof tu macam akak si naqi je...seksyen 7,HKL...akak naqi lak amik course medik,tinggal ngan family dia kat seksyen 7.ohmaigod...it can't be...

    ReplyDelete
  19. thanks kak rehan, nice entry. harap2 bole baca nex chapter pla :) _lyn

    ReplyDelete
  20. For me your story is not 'biasa-biasa'. Bagilah apa saja cerita, situasi, RM berjaya mengolah seolah2 kita berada di situasi itu/kitalah heroinnya/heronya. Saya plg terkesan kematangan penulisan RM melalui SAM, dpt rasakan keimanan/kelembutan heroin dan keinsafan heronya. Bagaimana jalan ceritanya yg lebih islamik. Cinta...Biar saja ada juga menampakkan kelainan. Pokoknya, Cerita2 yg disampaikan RM juga bukanlah 0, tp ada 'research' yg dijalankan. Anyway, tahniah dan teruskan menghasilkan karya2 bermutu, berbaloi utk dibeli/dijadikan koleksi dan selayaknya berada di 'shelves' jualan..

    yg sentiasa mengikuti;
    -a.puteri-

    ReplyDelete
  21. nak naqi n arif.....xnak nadiah...

    ReplyDelete
  22. OH MY !!!
    sape sbenarnya LOf?? adkah itu NADIAH? ataukah LOF tu hanya rekaan Ariq untuk mndekati Naqi??

    waaa...Cik RM,, suka sgt mendera jiwa kita hahaha... nak lagi nak lagi..

    ReplyDelete
  23. i luv the way ariq cl naqi, girl....... :-) ur late girl, sound so.... cute! ariq is too sweet.. caring,
    to naqi:
    dun miss ariq girl, ha ha ha -aysa-

    ReplyDelete
  24. Lof tu mesti nadiah..nama dia kn cinta = love..kwn2 panggil lof..

    ReplyDelete
  25. Macam dapat teka siapa Lof tuh.... NAdia kan? mampos lah konflik petala kelapan adik beradik neh kahkah

    ReplyDelete
  26. Kesimpulannya...pasti ariq akan tergolek sukakan naqi dengan keunikan yang ada padanya....kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  27. the story is getting nicer and hotter.. amboi.. nak main rasa2 lidah bagai huhuhu.. tp kan ada a few typo error kot yg terover look.. anyway keep up the good work RM..

    ReplyDelete
  28. ya cite RM bukan biasa2 tpi luar biasa yg psti ada msj yg tersembunyi. pasti terkesan oleh readers. siapa yg tak de air mata tu org tu ati kring. mgkin gak nadiah cz klu yg diberi menjurus ke situ. but plzzze sesekali sy rs arik sukakan naki. next entry for today even utk ari ni dh ada.

    ReplyDelete
  29. Ariq ni main2 kn hati naqi plak..cair dgr ayat2 dia tu...

    ReplyDelete
  30. saya sgt suka dgn sentence nie "tak apa, kalau naqi suka, biar jer naqi merindui, mencintai. Patung pun tak apa, tak pernah harapkan balasan" - sgt menyentuh hati dan memilukan. pandai RM bermain dgn kata2.... Next entry please...

    ReplyDelete
  31. RM,,,,bg la ariq tu kat naqi,,,,,rs mcm ariq tu minat kat kakak naqi je,,,,,,???

    ReplyDelete
  32. ke ariq ni suka kat naqi....
    so sweet

    ReplyDelete
  33. Akak RM Memang Boleh Membunuh Perasaan Kami.. hahah... Pandai Sangat Main Emosi UHUHU LOVE you Kak RM

    ReplyDelete
  34. Adakah Lof tuh Nadiah?? Oh myyyy...

    ReplyDelete
  35. yup Lof tu mmg Nadiah kn ?..hish x suke.
    nak naqi n ariq..

    ReplyDelete
  36. alorh.. knapa saya rasa ariq mmg suka dkt nadiah huh??? argh!!!! hati x sedap glos....
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete