Monday, April 15, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 14


BAB 14

SEPERTI yang diarahkan, aku tiba di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah kerana Amar dan beberapa orang dari pasukan kami sedang menanti aku di sana bila aku katakan yang aku dan Nine dalam perjalanan. 
Baru hendak membuka tali pinggang keledar, aku nampak wajah Nine berkerut dan darah merah kian mengalir membasahi baju Tnya.  Cepat-cepat aku tolak tali keledar yang membelit tubuh aku dan terus melonggarkan tali keledar milik Nine pula.

You’re bleeding, Nine,’ tegurku bila aku nampak Nine sedang memejamkan matanya. 
Dia senyum tipis dan mengangguk.  “Agaknya luka saya koyak balik,” adu dia bersama wajah yang berkerut. 
Tanpa berkata apa, aku cepat-cepat menolak pintu  kereta dan berlalu ke arah pintu penumpang.  Pintu aku tarik rakus, tubuh Nine aku sapa dan aku pegang lengan itu membantu dia bangkit dalam kepayahan memandangkan aku juga sedang bertahan dengan sisa kudrat  yang tidaklah seberapa. 
Dalam hati aku menyumpah seranah juga.  Sudah tahu diri tidak sebaik mana, untuk apa dia ke sana tanpa apa-apa bantuan? 
“Lain  kali jangan pandai-pandai nak tolong saya dengan membahayakan diri awak, Nine!”  bebel aku di luar sedar. 
Nine senyum.  “Dan saya tak akan tinggal diam untuk lihat awak disakiti, Naina...”
Mati kata aku dibuatnya dengan patah bicara Nine.  Segalanya mampu menewaskan aku.  Mampu membuatkan aku terdiam. 
“Boleh jalan tak?” 
Dia mengangguk tapi sayang bila langkah dia sedikit pincang membuatkan aku menguit tangan.  Menggamit attendant hospital yang kebetulan ada di bahagian depan  hospital. 
Nine dipegang dan dibawa duduk di atas kerusi roda tapi satu yang aku rasa, jari-jemari kasarnya tak lepas memegang tanganku.  Tiada tanda hendak dia lepaskan buat masa ini hinggalah  kami tiba di depan pintu wad kecemasan di mana ada Amar dan beberapa orang pegawai lagi menanti aku. 
Amar meluru.  Bahuku digenggam kemas dengan riak yang risau dan mata  yang redup tajam.
“Are you okay?” 
Aku senyum dan mengangguk.
“Baru sampai ke?” 
“Dalam sejam.  Tuan Radzi sampai nanti.”
“Dia marah I ke?”  soalku lagi.  Risau dengan pihak atasan.
“Dia tak marah tapi risau.  I yang marah dekat  you.  Tapi, benda dah jadi dan you pun dah selamat.  I dah hantar orang siasat alamat yang you bagi pada I tu.  I nak pastikan you taka pa-apa dulu, lepas tu I akan gerak ke sana juga.  Oh may God, apa dah jadi dengan wajah you ni?”  soal Amar lebih pada diri sendiri.  Dia risau.  Risau amat. 
Telapak tangannya menyapa hujung bibir aku seketika sebelum dia tersedar dan tangannya jatuh ke sisi.  Senyuman aku gariskan lagi.
“Jangan risau sangat.  I okey je.  Lepas I selesaikan hal kat sini, I jumpa you kat sana.” 
“No...”  larang Amar.
“Tuan Radzi arahkan you balik rehat.  Apa-apa berita nanti I beritahu you.” 
Mendengarkan kata-kata Amar dan nama Tuan Radzi, aku jatuhkan kepala bersetuju.  Rasanya jika aku menahan kawan kepada Neo tadi, pastilah aku ditendang kembali.  Tentulah tak mampu mengelak tau membalas dengan kudrat yang ada.  Sudahnya, aku pandang saja penjenayah itu mengesot keluar dari bilik itu tadi.  Kecewa. 
Aku setia berdiri di sisi Nine bila dia ditolak masuk ke dalam wad kecemasan.  Seorang jururawat yang hendak memegang lenganku, aku tepis sopan.  Masih mampu bergerak sendiri. 
“Nine, awak okey masuk sorang, kanNurse ada temankan.” 
Nine menggeleng.  “Saya nak awak temankan saya, Naina.  Tanpa awak, saya takut...”
“Tak ada apa nak takut, Encik Nine!”  bidas Amar sedikit beremosi. 
“Kami ada kat luar berkawal.  Lagipun, Naina sendiri perlukan rawatan.  Tengok muka dia.  Lebam sana-sini dan saya percaya, Encik Nine seorang yang berperikemanusiaan, kan?”  sambung Amar tanpa mempedulikan pandanganku padanya.
“Kalau macam tu, kami tolak Encik Dzulkarnain ke dalam dulu nak tengok luka dia.  Cik Naina boleh ikut sama untuk buat pemeriksaan,” ajak seorang doktor muda. 
Amar paut bahuku.  “I temankan you.”
Aku pandang Nine.  Dia senyum.  Senyuman sinis pada hujung bibir.  Senyuman orang kecewa bila dia ditolak masuk ke dalam wad kecemasan.
“Jom,” gesa Amar dan aku  hanya menurut saja. 




“SIAPA yang jaga Nine?”  Wajah Amar aku kerling sekilas sambil mengurut lengan yang berbalut.  Sedikit terseliuh akibat  menahan tendangan Neo.
Amar yang tenang memandu ketawa halus. 
“Sampai macam ni pun you masih risaukan dia, kan?”  soal Amar padaku.
“Apa yang you maksudkan?”  Aku pandang dia dalam-dalam.  Rasa tak puas hati sedikit.
“Itulah... you dapat sakit sebab dia.  Sebab dia tak nak bagi kerjasama.  Sebab you temankan dia, jaga dia, last sekali you yang dapat sakit.  Kena tumbuk terajang, lebam sana-sini,” marah Amar.
Kaku aku seketika dengan sikap Amar kala ini.
Are you okay, Amar?”  Tak mahu menyalahkan dia kerana dia memang berhak untuk risau tapi kini, aku baik-baik saja.  Tiada apa lagi yang perlu dia risaukan.
“You ni dah terbalik, Naina.  Patutnya I tanya you soalan tu.  Kenapa you tanya I pulak?  Kenapa?  You nampak I tak okey ke?” 
“Aah... tak.  I nampak you tak okey.  I nampak you sakit.  You tak sihat, ya?” 
“I sakit hati.  Hati I ni sakit bila dapat tahu you kena culik, bila Tuan Radzi bagitahu yang you kemungkinan kena tangkap oleh Neo demi Nine dan I lagi sakit bila you cedera sebab Nine.” 
Terdiam aku dengan pengakuan Amar.  Sakit hati.  Ya memang itu  yang melanda Amar sekarang.  Sakit hati pada yang tak sepatutnya.
“You jangan salah faham, Amar.  I menjaga amanah...”
“Tahu... tapi Nine tu I rasa tak patut kita jaga.  Lepas ni I nak you mohon dengan Tuan Radzi, gugurkan  nama you dari kes ni.  Biar I dengan yang lain je uruskan.  You tak sesuai...”
“Sebab I perempuan?”  sergah aku mencantas kata-kata Amar. 
Jujur aku terasa hati dengan kata-kata Amar yang tak ubah meragui kebolehan dan kredibiliti aku sebagai seorang pegawai polis. 
“Itu salah satu sebabnya, Naina…”
“I seorang pegawai polis terlatih, Amar.  Amanah  yang diberi I akan jaga dengan nyawa I.  Mungkin kudrat I tak sekuat kaum Adam tapi I mampu pertahankan diri…”
“Sampai macam ni?  Ini cara you pertahankan diri?”  Amar mencantas dalam cemikan.
Huh… aku lepaskan keluhan berat.  Hilang sakit pada tangan dan tubuh.  Diganti pula rasa sakit hati pada Amar.  Berubah benar dia setelah peristiwa aku diculik.
“Kalau pasal Nine you nak argue dengan I, I rasa tak perlu…”  Aku seraya menggeleng.
“Kalau you rasa nak tunggu Nine… silakan.  I nak balik ibu pejabat, nak tulis report tentang kes ni.  I rasa kita hampir boleh jejak Neo kalau kita betul-betul buat perancangan rapi,” ujarku menyambung kata lalu aku menapak ke pintu besar hospital. 
“Naina, nanti…”  Amar menahan langkahku.
I need rest, Amar…”
And I need you!”  tegas Amar dengan wajah yang tiada rentak. 



“ZUNAINA…” 
Aku panggung kepala dari terus tunduk menandatangi laporan yang baru saja aku siapkan.  Masih panas terasa kesan mesin pencetak. 
“Tuan…”
Pantas aku angkat tubuh bila wajah Tuan Radzi terbias di layar mata.  Dia senyum dan menepuk bahuku sekali, meminta aku duduk.
“Awak bukan patut balik rehat ke?” 
“Saya ada laporan nak sediakan, tuan!”   jawab aku tegas. 
Dia senyum lagi.  “Dah siap.”
“Dah, tuan…”
“Kalau macam tu, you balik rehat.  Saya dengar Amar cakap awak berkeras nak balik siapkan report dalam keadaan diri awak macam ni.”  Matanya mengeling pada lengan aku yan berbalut. 
“Okey ke?”  Keningnya terangkat.
Aku tidak senyum.  Sekadar mengangguk saja memberikan jawapan. 
“Saya nak tahu…”  Tuan Radzi menarik kerusi di depan mejaku dan melabuhkan duduk sebelum  menyambung.
“… apa yang jadi hari tu.  Unit risikan beritahu saya tentang Neo kelihatan tapi tak sempat dia ikut.  Saya call awak tak sempat cakap, talian mati.” 
Nafas aku hela panjang.  Cuba mengembalikan semula peristiwa itu.  Takut hendak aku ingat.  Bimbang terjadi apa-apa pada Nine  yang selamba saja menyelamatkan aku tanda apa-apa perlindungan.  Salah percaturan, dia ke mana dan aku tinggal dalam kekesalan selamanya. 
“Saya minta maaf, tuan.  Saya memang tak sangka dia ada dalam lif dan petang tu masa saya temankan Nine di seketika tasik Putrajaya tu, ada seorang lelaki menegur.  Cuainya saya tak dapat agak dia adalah orang yang kita syaaki,” jelasku lantas aku terus memulakan cerita.  Kisah kejadian pada hari tersebut.
Seusai saja aku tamatkan cerita, kepala Tuan Radzi terangguk-angguk.  Dia menepuk kedua belah pehanya sebelum bangkit berdiri tegak.
Aku turut sama berdiri.
“Tak ada apalah, Naina.  Saya tahu awak dah cuba sedaya-upaya untuk lindungi Nine dan diri sendiri.  Kita tunggu laporan Amar dan pasukan pulak tentang serbuan yang dia buat.  Awak baliklah rehat.  Report tu, serah dekat saya.  Saya baca dan serahkan pada pihak atasan untuk kita ambil tindakan lanjut.  Neo sekarang semakin berani keluar masuk ke Negara kita Cuma kita perlukan kerjasama pihak kastam untuk  kesan passport yang dia gunakan.  Apa-apapun, saya dah luluskan permintaan awak…” 
Tuan Radzi memasang langkah. Aku kerutkan dahi.  Permintaan?
“Apa maksud tuan?” 
Langkahnya mati.  Tak sempat menarik daun pintu dia kembali berpaling pada aku. 
“Awak tak nak uruskan lagi kes Nine dan Tuan Benjamin, kan?  Saya tahu awak penat.  Awak balik rehat, esok kita bincang hal ni.  Lagipun ada kes baru untuk kita siasat.  Mungkin tak terlalu terbeban,” jawab Tuan Radzi tenang bagaikan memang aku yang membuat permintaan sedemikian.
“Saya tak pernah…”  Bicara aku mati di situ. 
Teringat pada Amar. 
Hati ini mula yakin yang dia meminta ini bagi pihak aku.  Permintaan yang aku sendiri tak setujui tapi andai ini yang terbaik dan Amar mampu melindungi Nine, aku rasa sampai masanya aku lepaskan tugas ini.
“Pernah ada, Naina?”  tanya dia.
“Tak ada apa, tuan.”  Aku menggeleng bersama senyuman. 
“Kalau tuan tak kisah, saya nak mohon cuti, tuan…”
Dahi Tuan Radzi berkerut.  Lambat-lambat dia senyum sambil mengangguk.
“Forward permohonan cuti, nanti saya luluskan.  You really need a good rest tapi saya luluskan setelah Nine balik Bangkok dengan selamat, ya?” 
Bagaikan jatuh jantung ke kaki, aku menahan nafas seketika.  Terkejut. 
“Nine nak balik Bangkok?  Bila?” 
“Secepat mungkin,” jawab Tuan Radzi ringkas dan kali ini dia betul-betul berlalu. 
Terduduk aku di atas kerusi.  Rambut yang aku rasakan kusut, aku kusutkan lagi.  butang kemeja aku buka satu.  Terasa sesak dada.  Nine akan pulang dan entah bila akan kembali bila nyawa sendiri terancam. 
Aku perlu menjadi saksi.  Dia juga tapi entah kenapa, aku harap aku tak bersua empat mata dengannya lagi.  Rasa aneh bila aku bagaikan berat hati hendak merelakan dia pergi. 



TALIAN telefon bersambung.  Suara mak ngah ada di hujung talian.  Bernada risau.
“Kau tak apa-apa ke, Naina?”  soal dia.
“Tak ada apa, mak ngah…”  Aku menjawab tenang melalui pembesar suara.  Telefon baru, nombor lama.  Sambil tangan menyapu minyak pada kesan lebam di bawah siku dan juga pipi kiri. 
“Mak ngah dengar berita.  Kau tak terlibat, kan?” 
“Berita apa?  Naina busy dalam office, mak ngah… sibuk buat laporan.  Baru petang tadi hantar dekat pegawai atasan.  Mak ngah risau sangat ni kenapa?” 
Keluhan menyapa telinga aku.  Mak ngah menyambung kata.
“Suryani telefon mak ngah suruh tengok berita.  Katanya unit Kak Naina masuk berita.  Diserang dan salah seorang pegawai perempuan diculik tapi dilepaskan dengan selamat.  Kau ke?” 
Bibirku senyum  menyenget.  Cepat berita tersebar dan aku yakin, Tuan Radzi bijak menyembunyikan  hakikat daripada para wartawan. 
“Tak adalah.  Memang ada dalam unit kami kena serang masa bertugas.  Saya tak terlibat,” bohong aku dengan niat tak mahu dia kerisauan.
Mak ngah mengeluh tipis.  “Jaga diri, Naina… Jangan jadi apa-apa pada kau tu.  Nanti mak ngah rasa bersalah pulak.  Dahlah arwah umi dan ayah kau pun dulu orang rancang kemalangan dia.” 
Mak ngah terlepas kata bila aku dengar dia mengucap panjang dan aku terkedu lama.  seperti yang aku rasa, memang benar, kedua-dua orang tua aku dibunuh.  Dibunuh dalam rancangan kemalangan  yang rapi.  Aku cuba tolak jauh kemungkinan itu tapi mak ngah… dia…
“Apa mak ngah cakap tadi?”  Luka entah ke mana, balutan entah ke mana, aku angkat telefon bimbit rapat ke telinga.
“Eh, tak ada apalah… tak apalah Naina kalau kau sihat.  Ingat pesan mak ngah, jaga diri…”  Talian mati.
Mak ngah membiarkan aku terkedu sendiri.  Tubir mata aku terasa hangat.  Berat.  Sarat.  Kabur dan akhirnya meluncur laju airmata menuruni lekuk pipi.  Umi… ayah… hati aku menyeru mereka. 
Tak sempat kering airmata, telefon berdering.  Aku sangkakan mak ngah kembali menghubungi aku tapi bila aku lekapkan telefon ke telinga, ada suara lelaki yang menegur sopan.
Can I see you?”  soal dia.
Aku kerutkan kening biarpun aku cam benar suaranya. 
“Dah lewat ni,” jawab aku memberi dalih.  Bukan tak sudi tapi jujur aku tiada rasa hendak berganjak dari tempat duduk.  Kepala aku ligat memikirkan apa  yang mak ngah katakan tadi.
“Sekejap je…”
“Awak perlukan rehat.  Bukan patutnya awak rehat ke?” 
“Tak boleh nak rehat selagi tak tahu keadaan awak…”  tegas dia.
I am just fine…”
No… you are not.  Saya dapat rasa awak menangis.  Suara awak lain,” ujar dia mengerti.
Aku diam.  Dia juga diam.  Hanya desiran angin malam yang kedengaran memecahkan hening.  Airmata merembes lagi.  Buat pertama kali aku mendambakan seseorang dalam hidup aku.  Seseorang yang mampu menjadi tempat aku luahkan rasa.  Seseorang yang mampu menjadi tempat aku menyandarkan kepala dan seseorang yang mampu memujuk tangis aku.
“Saya rindukan orang tua saya…”  Ada esakan halus menyulam kata-kata aku. 
Dia bagaikan terkedu.  Tak terkata apa.  Tapi tak lama bila dia kembali berkata-kata.
“Kalau saya mampu hilangkan rasa rindu awak pada orang tua awak, turunlah… saya ada depan rumah awak.” 
Mendengarkan kata-kata dia begitu, aku bangkit dari birai katil dan melangkah ke ruang tamu.  Bila aku selak langsir, ternyata dia sedang berdiri menyenget… bersandar pada sebuah BMW hitam metalik di depan pagar rumah.  

~~> bersambung

RM : Ohmaiii lamanya tak menulis yu.  Pastilah ke jurang mariana punya update... T_T.  Suami Tak Kuhadap dah keluar di pasaran atau boleh dapatkan melalui www.karyaseni.my. Jom dapatkan... tamatkan kisah antara Budriz dan Syaima.  Rasai bagaikan kasih mereka bertaut, terduga, tercabar dan terkoyak sabarnya.  Namun setiap kisah, ada senyuman.  LOL.   Happy reading, do comment and thanks... 

14 comments:

  1. ada six sense la si nine ni..tahu je naina nangis n rindukan parent dia..hmm chemistry yg kuat nih

    ReplyDelete
  2. beznyerr,,,lame dh duk tunggu...tp cm sikit jer..kak RM
    esok ade n3 lgy boleh??

    ReplyDelete
  3. Cukupla utk melepas rindu dendam.. He..he...

    ReplyDelete
  4. RM xrase nak bukukan ke novel nih..:))

    ReplyDelete
  5. Terubat rindu dgn nine n naina

    ReplyDelete
  6. sila sambung RM..hehehe..suke cite ni...naina nmpk mcm dh mengalah...

    ReplyDelete
  7. terharu sgt kan, bila kita dambakan seseorang tetiba saja org tu dah di depan mata... mmm... mr sembilan dah muncul semula!!!...

    ReplyDelete
  8. finally, keluar jugak airmata naina yg mahal tuh..sedey..

    ReplyDelete
  9. bila nine smakin mnjadi sweet saya pon terkeras sendri :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete