Thursday, November 01, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 3


BAB 3

USAI Subuh, aku terlelap di sofa.  Letih memikirkan kata-kata Zayed tadi tapi bila dia bagai terlupa, aku pun mahu lupakannya juga.  Bukan tak biasa berjaga malam, tapi dinihari ini terasa letih semacam.  Padahal tiada apa pun yang aku lakukan.  Barangkali sudah biasa dengan kesibukan di hospital tapi hari ini, bersantai-santai saja membuatkan aku kepenatan. 

Aku hanya duduk menanti Zayed muncul.  Dah jam 8.00 pagi tapi dia masih tidak muncul.  Malas hendak membantah sebenarnya bila dia meminta aku menanti dia selesaikan amanah itu.  Bukan tidak mahu tapi biarlah ini menjadi kali terakhir aku melayani karenah dia yang nampak lain macam hari ini.    
Mataku terbuka bila telefon bimbit bergetar.  Cepat-cepat aku seluk poket dan nombor abah terpampang jelas.
“Ya, bah…,” sapaku.
“Eh, mamalah.” 
Mataku bulat.  La… suara mama rupanya.  Sungguh aku mati-matian sangkakan abah. 
“Ingatkan abah.” 
“Mamalah,” tekan mama di dihujung talian.  Dia ketawa sikit. 
Apa pulak mama ketawa?  “Kenapa, ma?  Sorrylah, Rina kat hospital.  Tiba-tiba ada call kecemasan tadi,” beritahuku pada mama biarpun aku yakin, along sudah memaklumkan pada mama.
“Apa yang kccemasan?  Zayed?”  Mama mengusikku lagi dan aku mengeluh kecil.
Haih… mama ni.  Ini mesti along dah cakap bukan-bukan ni.  Hatiku mendongkol geram tapi silap aku juga menyebut nama Zayed pada along. 
Mataku  yang layu terbuka.  Tubuh yang bengkok, aku tegakkan dan aku sandarkan kepalaku pada belakang sofa bilik Zayed.  Hah?  Bilik Zayed?  Entah bila aku tercampak di sini, aku tak pasti yang pasti, pertama kali aku terlena di dalam bilik lelaki ini.  Sebelum ini, aku lebih memilih untuk terlentok di dalam stor atau bilik persalinan.
“Apa mama cakap tadi?  Zayed?  Kenapa dengan dia?”  Sengaja aku buat-buat tidak tahu. 
Mama ketawa halus.  “Along cakap Rina terkejar-kejar ke hospital sebab Zayed dalam wad kecemasan, betul ke?” 
Eh along ni.  Penyampaian yang kurang berkesan.  Dah jadi telefon karat.  Baru sampaikan pada seorang, begini pula menyimpang dari hakikat sebenar.  Jika disampaikan pada berpuluh orang, barangkali dia katakan aku dan Zayed bakal menikah. 
“Mama ni… along salah dengar tu.  Zayed minta tolong.  Ada kecemasan dekat hospital.  Bukan dia masuk wad kecemasan.  Tak sempat bagi tahu mama tadi,” ujarku memperbetulkan kenyataan mama yang silap.
“Mama tahu.  Saja usik.”  Mama ketawa.
“Erm… apa khabar bakal menantu mama tu?  Dia kerja malam ke?  Ajaklah dia sarapan rumah kita pagi ni kalau dah selesaikan tugas dia.  Mama masak nasi lemak special,” cadang mama tapi aku diamkan diri saja.  Langsung tidak bersuara walaupun sepatah. 
Ralit mencari jawapan yang sesuai.  Nampak macam abah tak beritahu apa-apa lagi pada mama dan sampai bila aku mahu mama terus berharap? 
“Toksahlah mama.  Dia sibuk.”  Mudah aku berkata-kata.  Biarlah mama kecewa hari ini.  Tidak dapat Zayed pun, akan ada jodoh yang baik buatku nanti. 
“Ini pun tak keluar lagi dari bilik operation.  Letih dah Rina tunggu ni,” keluhku tanpa sengaja lalu aku memandang ke pintu bilik Zayed.  Berharap moga daun pintu itu ditolak dari luar dan muncul wajah Zayed. 
Aku benar-benar menghantar makna yang mendalam di sebalik perkataan letih itu sendiri.  Benar aku lelah.  Lelah mengejar cinta Zayed.  Lelah berharap dan terus menanti luahan kata cinta daripada bibir merah sensual milik Zayed tapi segalanya bagai tidak akan menjadi nyata. 
“Kenapa pulak?  Ajak dia makan sebelum dia balik rehat…,” giat mama lagi.
Aku menggeleng biarpun aku tahu mama tak mungkin nampak.  “Dia dah dua hari tak tidur mama.  Biarlah dia balik rumah dia lepas selesai uruskan pesakit ni.  Rina malas nak jadi penyebab dia tak cukup rehat pulak nanti,” bantahku lembut. 
Mama diam.  Tidak terkata apa buat seketika tapi dia menyambung kemudiannya.
“Kalau macam tu, tak apalah.  Ada masa nanti, Rina ajaklah dia datang rumah.  Mama ada soalan yang tanya dia.  Tak banyak, satu soalan je,” ujar mama.
Erk… satu soalan je.  Aku pun boleh tanyakan.  “Satu soalan je membazir masa Zayed je, ma.  Meh sini soalan mama tu, Rina tolong tanyakan.”  Aku ketawa sedikit.  Terasa lucu pula.
“Tak payahlah.  Biar mama tanya je bila kami bersua empat mata nanti.”
“Mama nak tanya, bila Zayed nak masuk pinang anak dara kami Doktor Zafrina ni.”
Mataku membulat.  Terus hilang rasa mengantuk dan terus terasa hangat biarpun penghawa dingin bilik Zayed ni terpasang dengan suhu  yang agak rendah.  Suara yang menyampuk itu benar-benar membuatkan aku hampir terlepas telefon baru ini dari tangan. 
Aku cam suara itu.  Suara angah.  Suara abangku, Zafrin dan setelah itu, aku dengar mama ketawa.
“Angah ni, pandai-pandai jelah.  Tapi, kalau Rina berani nak tanya… tanyalah,” tukas mama lalu dia gelak sebelum talian dimatikan. 
Aku kelu.  Tak tahu nak kata apa.  Semakin rumit bila mama sudah semakin berharap.  Tapi, aku yakin jika aku katakan jodohku tidak bersama Zayed, mama pasti rela.  Aku kembali mahu merebahkan tubuh ke sofa.  Lemah segala sendiri bila terdengarkan suara angah mengusik. 
Baru saja hendak mendarat sepenuhnya, daun pintu ditolak dari luar dan muncul seorang lelaki dengan mata  yang membulat memandangku. 
“Eh, siapa ya?”  soal dia dan aku pantas berdiri dan membetulkan pakaian sedikit. 
“Err… saya Zafrina,” jawabku kalut. 
Lelaki itu menapak mendekat dan merapatkan sedikit daun pintu tapi tidaklah tertutup rapat sepenuhnya.  Masih ada ruang untuk suaraku keluar jika aku mahu menjerit andai dia mahu mengapa-apakanku.
Selendang yang terasa sedikit senget, aku betulkan bila langkah kaki lelaki ini menghampiriku. 
I thought this room belonged to Zayed?”  soal dia. 
Aku angguk saja dengan mata  yang masih terpaku pada dia.  Entah siapa dia mencari Zayed pagi-pagi begini.  Tubuh tegap dan sasa.  Rambut kemas terpacak.  Nampak santai dan kasual dalam slack hitam dan kemeja warna kuning cair itu.
Sorry, kalau nak cari Doktor Zayed, dia tak ada lagi.  But, if you don’t mind you can wait for him here.  I minta diri dulu,” pintaku tapi dia menahan.
It’s okay.  You nampak letih… rehatlah.  I ada hal sikit dengan dia.  I tunggu dia kat luar  Won’t bother you.”  Dia terus berpaling dan hendak berlalu tapi langkahnya mati bila Zayed buka pintu.
Oh gosh… kau ni Zayed!”  rungut lelaki tadi dan Zayed memandangku.
“Kata nak datang tengah hari?”
“Tengah hari aku ada hal.  Kena ke Lumut.  Singgah jumpa sepupu sendiri tak sangka dapat jumpa bidadari sekali.”  Dia menjeling padaku sambil berbicara pada Zayed.
Aku bulatkan mata bila lelaki ini menjeling mesra ke arahku sebelum memandang wajah Zayed yang sudah nampak memerah.
“Oh, sorry aku baru lepas tengok patient.  Nak keluar makan dan nak balik tidur pulak.  By the way, she’s an angel.  Yes she is.  Mari aku kenalkan kau dengan bidadari ni,” tukas Zayed separuh sindiran lalu mereka berdua menapak ke arahku yang terpacak macam tiang lampu.
“Ini aku kenalkan Doktor Zafrina,” beritahu Zayed pada lelaki yang dikatakan sepupunya itu.
“Dan ini…” Suara Zayed mati.  Tercantas di tengah jalan.
“Ziyad.  Sepupu Zayed yang paling rapat dengan dia dan sebaya dengan dia juga,” sampuk lelaki yang kukenali sebagai Ziyad.  Memperkenalkan dirinya sendiri padaku.
Jenuh.   Seorang Zayed, seorang Ziyad.  Jika ada seorang lagi sepupu pastilah bernama Zenat barangkali.  Sungguh tenat!  Aku ukirkan senyuman tipis dan mengangguk tapi sayang bila Ziyad menarik tanganku lalu dia mengucup belakang tangan ini lembut dengan renungan yang menggoda namun padaku agak menjengkelkan.
Tak sempat berbuat apa-apa bila Ziyad penuh bergaya melayaniku bagaikan seorang puteri raja.  Mata Zayed membulat dan rahangnya aku nampak turun naik. 
“Wei… behave sikit!”  tegur Zayed. 
Ziyad tersenyum padaku tanpa menghiraukan kata-kata Zayed.  Baru saja dia mahu labuhkan bibirnya sekali lagi pada belakang tanganku, aku renggut tanganku agak rakus dan air wajah Ziyad sedikit berubah.  Sungguh, aku gamam.  Pertama kali diperlakukan demikian. 
Sorry, angel.  Doktor Zayed ni kolot sikit, kan?” ujar Ziyad padaku. 
Barangkali mengerti akan wajahku  yang jelas tidak selesa sebelum dia berlalu ke arah Zayed tapi tidak sempat bersuara, telefon bimbitnya menjerit nyaring.
“Ya, tuan.  Baik tuan.  Dua jam setengah lagi saya sampai ke Lumut!”  jawab Ziyad tegas.
Aku pegun.  Bagaikan seorang tentera sedang menerima arahan seorang ketua perajurit.  Apa pulak kerja Ziyad ni?  Zayed memandangku dan membuatkan muka serta menghantar bicara bisu.
You stay!”  Gerakan bibirnya aku baca sebelum dia berlalu menyapa bahu Ziyad.
“Jom, kita sembang kat luar,” ajak Zayed tapi Ziyad menggeleng. 
“Aku tak boleh.  Kena sampai ke Lumut awal sikit,” tukas Ziyad lantas dia memeluk tubuh Zayed sedikit dengan wajah yang merenung wajahku.
See you nextime, Zafrina.”  Aku dapat baca gerak bibir Ziyad dan tidak dapat tidak, aku sekadar mengangguk dan melambainya. 
So, then.  Hati-hati memandu,” pesan Zayed bagaikan tidak sabar hendak menyuruh sepupunya berlalu.
Sedang elok daun pintu tertutup rapat, Zayed berpaling dengan wajah yang keruh.  Pertama kali juga setelah bertahun-tahun aku menatap wajah tenang itu berkerut sana-sini.  Sudah tak berapa nak kacak.
“Apa yang dia cakap pada Rina?”
“Cakap apa?”  Aku jongketkan bahu.
He’s such a player la, Rina.  Sorry to say, even dia sepupu Zayed pun, kami berbeza.  I  appologised for what he did to you just now.  Dah terbiasa dengan budaya kerja dia gamaknya,” ulas Zayed nampak tidak puas hati.
Bibirku tidak mampu menyorok senyuman bila melihatkan Zayed berlalu ke mejanya dan meletakkan stetoskop di atas meja dan membuka kot putih itu.  Jelas terbayang di depan mataku, susuk tubuh yang sasa juga dan nampak lesu.  Lengan kemeja berwarna biru lembut itu dilipat sampai ke siku dan satu dua butang dibuka mendedahkan sedikit dadanya yang bidang. 
“Dia kerja apa?”  soalku ingin tahu.  Atau lebih tepat lagi aku sekadar mahu lihat reaksi Zayed. 
Navy.  Kapten.  Graduate ATMA.  Akademi Tentera Malaysia and as known as Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.  Puas hati?!”  Zayed bersuara lembut tapi mendatar saja.
Aku sengih dan mengangguk.  “Thanks sudi bagi jawapan bonus biarpun tak ada soalan.  So, kalau Zayed dah siap, may I go home, doktor?”  sinisku.  Orang tak tanya dia panadi memberi jawapan.    
Memang dingin terasa pada kulit tapi hangatnya hati bila terkesan akan sikap Zayed yang pandai juga hendak cemburu.  Bukankah satu petanda yang baik?
No, you can’t.  Zayed dah terbiasa Rina temankan makan biarpun sempat teguk air mineral je.  Kalau nak berubah, sila jangan berubah mendadak.  Zayed tak boleh nak adapt.  Kita makan dulu baru balik.  Zayed lapar,” ucap dia biarpun tegas tapi sedikit merayu.
Aku membatukan diri.  Mahu memancing rahsia dalam hatinya selama ini.  Jika tiada aku, dia juga bersama Mia dan juga beberapa orang lain. 
“Apa yang berubah?”  dugaku.
Zayed ketap bibir merahnya dan menutup laptop yang ternganga sedari tadi.  Sudah bersedia  hendak berlalu bila dia mencapai kunci BMW miliknya itu.  Bila dia merapatiku, langkahnya mati dan dia tunduk merenungku.
Of course you.  Mula-mula tak panggil Zayed abang, okay fineSince Rina tak cakap aku kau dengan Zayed, masih boleh diterima.  Then, mata bersinar tanyakan pada Ziyad.  You don’t know him.  I hope he did not put his charm on you.  He always make me sick of his attitude towards ladies.  Huh…”  Mengeluh berat Zayed kali ini. 
Entahkan cemburukan aku atau cemburukan Ziyad, aku tak pasti.  Payah hendak kuduga apa yang bermain dalam fikiran Zayed kala ini.  Nampak tidak tetap frekuensinya.
“Okey… lagi?” 
“Erghh…”  Zayed merengus.
“Satu persatu kita ubah.  Buat masa sekarang, Zayed penat.  I need food and rest.  Jom, kita makan sikit,” ajak dia mengubah tajuk perbualan kami.
Zayed membuka pintu dan aku terus berlalu tanpa menanti dia.  Bila aku hendak sampai ke pintu utama, Ziyad muncul tepat di depanku.
“Erk… you?  Terkejut I?  Do you leave anything behind?”  Aku pandang ke belakang dan kulihat Zayed sedang berbicara dengan Mia. 
Yes, I do.  It was you,” jawab Ziyad dan dia ketawa.
Aku mengerutkan wajah.  Benar kata Zayed, Ziyad lain macam orangnya dan aku menjarakkan kedudukan kami beberapa langkah ke belakang.
“Err… apa-apa jelah.  I nak balik.  Your cousin kat sana,” beritahuku pada Ziyad dan mahu berlalu tapi Ziyad menahan.
“I gurau je tadi.  I nak cepat tapi tunggu you dulu sebab nak minta namecard you.  Can I have one?”  Jujur saya Ziyad ni. 
Aku menggeleng tanda tiada.  Bukan sekadar lakonan tapi memang tiada.  Ziyad jongket kening padaku dengan wajah sedikit kecewa.
“Tak apa kalau you tak sudi nak bagi, tapi I berbesar hati nak bagi kad I pada you.”
Sekeping kad dihulurkan.  Bila aku lambat-lambat menyambutnya Ziyad cuba menarik tanganku tapi aku mengelak dan aku tadah telapak tangan menanti kad nama Ziyad mendarat. 
Do call me anytime,” pesannya lantas dia terkocoh-kocoh berlalu keluar setelah melihat pada jam di pergelangan tangannya. 
“Apa kena mamat ni?  Rasanya bukan aku terkena sihir dia tapi dia kena sihir aku,” bebelku sendiri dan menyimpan saja kad tersebut di dalam poket jeans tanpa melihatnya.
So, shall we?”  soal Zayed tiba-tiba. 
Shall what?”  Hampir saja aku terlompat. 
Marry?” 
“Hah?” 
Mataku membulat.  Are you kidding me, Zayed?  Tanya hatiku tapi lidah terus kelu.

~~> bersambung

RM : Nape pendek?  Sebab ni mini novel.  Kalau ada salah grammar boleh tolong saya ya.  Saya BI tak berapa ok sikit. tapi cubalah juga.  Sudi2kan betulkan grammar ya.. (kembali menyambung STK n IAM dgn gigih biarpun kepala dh weng).. miehehee

36 comments:

  1. Kak...mcm best je..rival dgn sepupu sendiri...

    ReplyDelete
  2. Waa! K.rehan beshnyer,
    Nmpknyer zayed ad saingn,
    Best man win!

    ReplyDelete
  3. kak rehan, ATMA = UPNM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia :)

    * thanks kak for this entry

    ReplyDelete
  4. Sudahhhh..datang Ziyad lah pulak. Ini kalau mama tahu, mahu pening sebulan ni. Sabar Zafrina... Akan ada jodoh yang baik buat Rina. Thanks RM, I love this story.

    ReplyDelete
  5. wah!!!!.... i smell jealousy right there.... heheheh Zayid.. kne work hard sbb da ad rival .. cousin yg rapat plak tu.. bahayanye.... best kak rehan thank u
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  6. heheeh sambunggggggggggg cepat, makin :D

    ReplyDelete
  7. Ohmygodddd! I'm in love with Zayed, like seriouslyyy! You make me crazy kak Rehan! Thanks and goodluck!Update selalu yaa :)

    ReplyDelete
  8. ya Allah...sweetnye Zayed & Zafrina...congrats RM kerana berjaya membuatkan saya tersengih sorang2...dan yg paling penting b'jaya m'buatkan hati saya berdetak kencang...ngeh3...

    ReplyDelete
  9. BESHHHHHHHH.....sbung lg...hehe

    ReplyDelete
  10. I apologised for what he did just now.

    Marry (Married tu past tense)

    Suka baca story cik Rehan. Keep it up! :)

    ReplyDelete
  11. married??...cepat2 kak..zayed dh da saingan...along eza..

    ReplyDelete
  12. Zayed jeles...haha...
    -ieja-

    ReplyDelete
  13. Kak Rehan buat cerita memang mantoplah!! tak sabae nak tunggu sambungannyer....

    ReplyDelete
  14. like it very much.tq
    ~saza~

    ReplyDelete
  15. best lah...zayed dah ada saingan.


    ila danish

    ReplyDelete
  16. la hai zayed.. jgn dah terlepas baru nak bertindak... dah byk bazir masa dear... cepat2 luahkan rasa hati kat rina ye... rina tu pompuan thats y x gila sgt mcm along & angah hahaha...

    ReplyDelete
  17. erk, dah ada tanda2 orang nak ngorat lajuuu je ajak Rina kawin ek, hehe

    ReplyDelete
  18. ziyad la pulak.......

    ReplyDelete
  19. 'marry'...ni mesti zayed perli rina ni. betul2 la.. cpt sikit nnt awak jgk yg sakit hati bla ziyad kaco rina

    ReplyDelete
  20. marry me pleeeease,jangan rina kena rembat kat ziyad dah...sat g ade yang bedah hati sndri biaq leh nampak,ape yang terperap kat dalam...

    ReplyDelete
  21. ni la laki...suka main pull n push..kena attack skali, bru nak wak langkh mengorat...ish

    >>k<<

    ReplyDelete
  22. there you go the rival...cepat zayed nanti disambar ziyad pulak =.='

    ReplyDelete
  23. OMG..
    semua hero kak rehan membuatkan atie saye melting...
    oh...berasa di awangan....^^

    ReplyDelete
  24. terima kasih rehan, semakin menarik. walaupun cerita ini sekual tapi jalan cerita yang depersembahkan bestla...

    ReplyDelete
  25. Macam ni baru best bila Zeyed tahu yang Rina ada orang lain yang meminatinya.... baru ada rasa nak kejar-kerjar Rina sampai dapat ya Zeyad .....

    ReplyDelete
  26. Kak RM, best r..cepat r smbung lg...i like..xsbr nk tgu tndakan Zayed seterusnya

    ReplyDelete
  27. nak kena cantas br nak bukak mata!! hehehe

    ReplyDelete
  28. best..... semakin menarik dan tertarik.....
    siapa yg dpt memiliki dr.rina..... dr.zayed or kapten ziyad.....
    dr.zayed..... dah rasa tergugat.... dah ada pesaing.... sepupu sendiri pulak tu....
    kalau cinta, luahkanlah... jgn duk main tarik tali... kelak merana diri...... lelaki semakin berusia... saham makin meningkat tapi wanita sebaliknya..... semakin berusia.... saham makin merundum.....
    kapten ziyad tu.... nampaknya bersungguh2 nak memikat dr.rina....

    ReplyDelete
  29. RM...belajar sket2..lame2 ok ler english tu..ape2 pon..cite mmg mantop..

    ReplyDelete
  30. RM - a bit of correction, other than that it was ok
    Sepatutnya - did u leave anything behind? yes i did. Harap RM tak ambik ati yea - Along

    ReplyDelete
  31. alahai...blh x request jgn jd mini novel? hehehe...
    cite ni menarik tertarik ni

    ReplyDelete
  32. zayed ni dh ada pesaing br terngadah dia.bagus jugk ziyad muncul.at least rina boleh nilai perasaan dia pd zayed betul2. ^^

    ReplyDelete
  33. ziyad oh ziyad...sangat player okeh...

    ReplyDelete