Wednesday, July 18, 2012

Untuk Dia [16]


BAB 16

MALAM itu aku menghubungi mak.  Seperti kebiasaannya juga bila makin hampir dengan peperiksaan akhir, semakin kerap ayah jadi operator untuk aku.
“Mak ada?”  soal aku usai menjawab salam ayah. 
Ada.  Kat dapur.  Kejap ayah panggil.” 
Sejurus itu, aku dengar suara ayah melaung memanggil mak dan kemudian, mak pula menyahut. 
“Hah, Mi…”  Nafas mak mengah.  Aku senyum.
“Ya, mak…,” sahutku.
“Dah makan?” 
“Dah mak.  Nak belajar kejap lagi ni.  Minggu depan dah periksa,”  jawabku lemah.  Memang lemah memikirkan Zafrin. 
Pelik… bila dia resah, aku meyakinkan tapi bila dia sudah yakin, aku sendiri keresahan.  Segalanya tak kena. 
“Jawab macam mana yang Mi belajar sudah,” ujar mak mudah. 
“Emm… itulah.  Jawab apa  yang ditanya, kan mak?”  selorohku pula dalam wajah yang kelat. 
Ala, bukan mak nampak pun.  Memang mak tak nampak tapi aku yakin dia mampu merasa kerana aku ini lahir dari rahimnya. 
Mak ketawa.  “Tapi, mak rasa kali ni Mi telefon bukan sebab nak periksa tu, kan?  Ni mesti ada hal lain,” tebak mak tepat. 
Dia memang seorang mak.  Sudah nama pun ibu.  Sekilas ikan di air sudah dia tahu jantan betinanya.  Begitulah juga ibaratnya firasat mak pada aku.
“Apa pendapat mak pasal Zafrin, ya?”  Mak ketawa di hujung talian mendengarkan soalan aku. 
“Pendapat apa?  Baik budaknya.  Macam suami Resalah jugak.  Baik je dan berani!”  komen mak dan dia gelak lagi.  Perkataan berani tu dia tekan sikit.
Aku diam.  Benar kata mak, Zafrin berani malah terlalu berani andai hendak dibandingkan dengan Abang Zafran.  Dari apa  yang Anaresa pernah ceritakan, aku rasa kagum dengan cara suaminya masuk meminang.  Kenal sehari terus masuk meminang tapi ini lagi hebat.  Kekaguman aku bertukar pada Zafrin bila dia tekad menemui mak dan ayah meminang aku dan itupun kenduri free
“Mi tanya sungguh-sungguh ni, mak…”  Aku mengeluh sedikit. 
“Mak pun jawab sungguh-sungguhlah.  Budak Rin tu beria nak nikah dengan kamu tapi kamu tolak.  Tapi, bagi mak apa yang kamu buat ni betul dah.  Nak nikah memang mudah.  Nak hidup lepas nikah tu banyak perkara kena fikir.  Nak-nak dua-dua tak stabil.  Belajar lagi dua-duanya.  Mak tak kata tak boleh tapi kalau Mi sendiri buat keputusan macam tu, kenapa pulak nak sedih?” 
Aku mengeluh tipis.  Benar kata mak.  Keputusan itu aku yang buat jadi untuk apa aku mengeluh.  Macam tak kena je sedangkan Zafrin entah-entah bergelak sakan. 
“Rin nak pergi belajar sampai ke Jerman, mak,” luahku pada mak. 
Mak terdiam seketika.  Aku tahu mak terkejut juga.  Barangkali dia ingatkan bila kau khabarkan pada dia  yang Zafrin juga mahu belajar, mungkin dalam negara tapi ini tidak.  Memang kami berjauhan dan masalahnya, mampukah kami setia?  Atau mungkin akan ada antara kami yang curang nanti. 
“Kalau macam tu, kahwin jelah dulu.  Apa masalahnya?”  tukas mak.
“Tak bolehlah, mak.  Kalau kahwin lagi teruk Mi nanti kalau Rin tinggal pergi Jerman sana,” ucapku menolak cadangan mak.
“Dah kamu sedih kenapa?  Biar jelah.  Panjang umur ada jodoh, jumpa jugak nanti…” 
Hai… mudahnya mak membuat rumusan.  Benar itu adalah hakikat tapi tidakkah manusia itu perlu berusaha dan aku akan berusaha menanti dia dengan penuh setia dan sabar.
“Emm… yalah, mak.  Mak doakan jelah kami ada jodoh bersama nanti,” pintaku pada mak. 
Mak diam lagi.  Hanya kedengaran nafas dia yang menyapa telinga aku.  Tenang dan mendamaikan.  Rindu mak.  Tetiba pulak!
“Apa-apa pun mak nak pesan satu je, jaga diri masing-masing.  Belajar tu penting.  Mak tahu Mi tak macam Resa yang boleh galas tanggungjawab isteri dan belajar dalam satu.  Jadi selesaikan satu-satu.  Janji masing-masing setuju, kamu berdua kenalah usaha setia.  Yang lainlah serah jelah pada takdir.  Allah sedang atur yang terbaik buat kamu berdua,” nasihat mak tulus. 
Aku angguk saja.  Ada genangan airmata menari-nari pada tubir mata.  Rasa syahdu bila mak pertama kali berpesan akan soal hati dan cinta pada aku.  Sayang mak.  Bila talian mati, aku terus rebahkan tubuh ke tilam.  Lega dan sangatlah tenang.  
Setelah menerima dan menghadam nasihat mak, aku semakin yakin dengan apa  yang aku lakukan untuk kami berdua.  Cita-cita kami akan hadir dulu sebelum cinta itu singgah dalam hati kami buat selamanya. 

**

MINGGU periksaan akhir sangat-sangat membebankan.  Satu panggilan Zafrin pun aku tak jawab.  Hanya SMS yang aku balas sekali hingga akhirnya, Zafrin sendiri diam macam tu je.  Aku nak tahu bilakah tarikh dia bertolak.  Tapi, bila aku bertanya dia hanya berdolak dalih. 
Usai kertas ketiga pertama, aku masih tak mampu hela nafas lega.  Masih sesak lagi ni.  Ada lagi dua kertas yang perlu aku hadap.  Agak mencabar tahun ni. 
“Okey ke tadi?”  tanya Aziana bila kami sama-sama duduk di tepi bangunan fakulti. 
Aku angguk.  “Okey kot.  Adalah satu dua soalan tu mengelirukan tapi aku jawab jelah. 
“Emm… harap-harap okeylah.  Aku nampak Resa tu aktif gila kot.  Perut berisi tapi tak berhenti bergerak,” komen aku melihatkan Anaresa yang berjalan ke kafeteria.  Dahaga katanya. 
Aziana gelak.  “Itulah tapi mak aku kata itu baik untuk persediaan bersalin nanti.”
Aku juta turut ketawa melihatkan susuk tubuh Anaresa sudah agak berisi sekarang.  Pandai Abang Zafran jaga.  Bisik hati aku.  Tiba-tiba saja wajah Zafrin berlegar di dalam kepala. 
“Aku rindu Rin lah,” akui aku pada Aziana. 
“Rindu telefonlah.  Kesian dia ada awek macam kau ni.”
Aku sengih.  Telefon dalam kocek aku seluk dan baru saja mahu tekan nombor telefon Zafrin, dia terlebih dahulu membuat panggilan.  Hampir terlucut telefon murah itu daripada tangan aku.
“Okey exam?”  Itulah soalan pertama Zafrin. 
Aku bangkit dan menjauh sedikit daripada Aziana dan Anaresa yang baru saja tiba setelah usai membeli minuman. 
“Okey jugak.  Bila berangkat?”  Pantas saja aku bertanya. 
“Minggu depan!” jawab Zafrin dan aku terduduk sendiri.  Terkejut punya pasal.
“Biar betul?” soal aku. 
Aku dengar Zafrin ketawa.  “Emm... tipu je,” selanya.
Aku hela nafas lega.  Dia ni main-main pulak.  Dia tak tahu yang aku ni hampir sasau kejap sebab hal ni.  Jenuh mencari konsultan untuk memujuk minda dan hati sendiri tapi dia boleh pulak main-main.  Haih...
“Jangan main, boleh tak?”  Aku bertanya sedikit tegas. 
Dia ketawa lagi.  “Tapi, satu hari nanti aku akan pergi jugak.  Tak sekarang tapi akan...”  ujar Zafrin bagai mengingatkan aku akan keberangkatannya tidak lama lagi. 
“Bila?  Kan kau dah dapat surat?” 
“Itu nantilah dulu.  Tunggu semua perkara ready, aku bagi tahulah.  Jangan risau.  Kau akan jadi orang terakhir tahu nanti.”
“Dah pulak?”  Sungguh aku tak puas hati bila aku kena jadi yang terakhir.
“Emm... nak tanya Resa...”
“Kak Long pun tak tahu,” cantas Zafrin. 
“Emm... kalau macam tu nak suruh Resa jadi Mc’Gyver la masuk selongkar bilik kau curi tengok surat tu,”  seloroh aku agak serius.
Zafrin ketawa lagi.  “Daripada suruh Kak Long, baik kau sendiri masuk bilik aku Mi.  Mudah kerja aku.  Senang aku ngap je.  Masa tu kau tak ada dalih dah nak tolak aku,” usik dia pula. 
Aku membulatkan mata.  Ada niat jugak budak ni nak buat macam tu. 
“Kau jangan mengada, ya?  Kalau aku masuk bilik kau nanti, kau jangan salahkan akulah kalau aku tak bagi kau keluar, tau tak?” 
“Wa... ini sudah bagus.  Bila kau nak masuk?  Sekarang pun boleh.  Aku dah habis kerja ni.  Aku pergi jemput nak?” Dia mempelawa diri. 
Dia ni bukan boleh.  Kalau aku teruskan mesti aku yang terpaksa matikan kata.  Bukan semakin kurang, semakin ligat lagi adalah. 
“Dahlah, Rin... nanti habis keluar ilmu aku nak periksa tak habis lagi ni,” ujarku melarang dia terus mencalar-balarkan otak aku ni. 
“Hai... kata nak belajar ilmu rumah tangga.  Ini aku nak ajar sikit tak nak pulak?”  Dia terus ketawa mengekek. 
Aku pula, tak adalah nak marah sebab aku tahu dia sekadar bergurau.  Aku tahu iman kami ada biarpun masih terlalu tipis.  Apa yang mak dan ayah terapkan dalam diri masih belum ada tanda hendak hilang. 
Terbukti sudah biarpun aku dan Zafrin sudah punyai rasa lain di hati masing-masing, dia sekalipun tidak pernah mencuit kulitku setelah kali terakhir dia mencium pipi aku dulu.  Katanya itu telah dikota.  Aku juga berusaha menjaga segalanya hanya untuk dia.  Dia yang akan sah di sisi aku.  Sah untuk segalanya. 
“Emm... yalah tu.  Tak apalah, kau pergi belajar nanti setahun dua, kau balik aku dah penuh ilmu rumah tangga nanti.  Cuma harap jangan rumah tangga dengan orang lain la,”  ucapku pada dia.  Mengusik juga. 
Bila Zafrin terdiam, giliran aku pula ketawa.  Padan muka dia. Asyik dia je nak ketawa, bagilah aku pula gelak.  Dahlah tekanan peperiksaan akhir ni. 
“Hai, Mi... gurau biawak nampak?  Kau jangan macam-macam ya!  Jodoh tu memang urusan Allah tapi kita kena usaha setia pada diri masing-masing.  Kalau baru nak pergi kau dah cakap macam ni, jenuhlah aku nanti...”
“Lor... aku gurau je pun.  Itu pun nak marah,” tegur aku dan senyum.
“Itu bukan marah, itu nasihat!”  tekan dia agak geram. 
Aku ketawa lagi.  Lega sedikit setelah mendengar suaranya hari ni.  Lepas beban dalam kepala.  Rindu dia!
Perbualan kami tamat di situ.  Kata Zafrin dia sedang sibuk mengusahakan sesuatu.  Sesuatu itu aku tak tahu.  Sesuatu yang menjadi hadiah untuk aku nanti.  Pelik dengan dia.  Macam-macam hal tapi langsung tak nak berkongsi dengan aku.  Macam mana nak kongsi hidup nanti. 

**

TAMAT peperiksaan, akulah orang paling gembira.  Nikmatnya hanya Allah yang tahu. Kami sama-sama mengemas barang-barang untuk kembali ke rumah keluarga masing-masing kala aku menerima panggilan kecemasan daripada Zafrin. 
“Tengah kemas barang,” jawabku bila Zafrin menyoal.
“Turun kejap, Mi.  Ada hal aku nak bincang dengan kau ni!”  Suaranya cemas. 
Aku mengerutkan dahi dan memandang Aziana.  “Pergi jelah...”  suruh Aziana tanpa suara. 
“Kami dok kemas rumah ni.  Esok nak balik dah.  Apa hal?  Cakap dalam telefon tak boleh ke?”  tanyaku cuba berkompromi andai dia sudi.
“Tak bolehlah Mi.  Ini soal aku nak pergi belajar ni.  Soal aku nak tinggalkan kau ni.  Kau nak aku cakap dalam telefon ke?  Buatnya aku pergi malam ni, kau tak jumpa aku dah.  Buatnya aku mati kat sana, kau tak akan jumpa aku sampai bila-bila dah!” 
Huh, Zafrin ni pandai betul menghuru-harakan perasaan aku.  Ada ke dia cakap macam tu.  Memang nak kena dia ni.  Aku ketap gigi menahan geram. 
“Eh, mulut tu sila jaga sikit.  Cakap ikut sedap mulut kau je, kan?” tegur aku marah. 
Zafrin ketawa.  Tak langsung berbekas marah aku ni pada dia.  Memang nak kena luku gamaknya.  Aku dah kepal penumbuk ni.  Sejak jadi ayu dan sopan ni, dah lama tak tawar penumbuk pada orang. 
“Kau pernah rasa ke mulut aku sampai kau cakap mulut aku sedap?  Atau kau rasa dalam mimpi ni, Mi?”  Zafrin buat soalan sengal. 
Aku tahan wajah.  Biarpun dia tiada di depan mata tapi wajah aku memerah sudah.  Rasa berangin saja dengan dia ni. 
“Eii... bencilah dengan kau ni!”  rungutku sedikit membentak.
Dia terus ketawa.  “Tak apalah.  Tak sah lagi bolehlah kau cakap benci kat aku, Mi.  Dah sah nanti sekali kau cakap benci macam ni, sepuluh kali aku ajar kau cara sayang.”
Eh dia ni.  Ada je nak kenakan aku.  “Emm... tunggulah.  Aku turun ni.  Pakai tudung kejap!” 
Talian mati.  Aku pandang Aziana yang tersengih.  “Aku turun jap, Azi.  Rin ada kat bawah,” beritahu aku pada Azi.
“Bawalah purse siap-siap.  Karang Rin heret masuk ke pejabat kadi ke, mudah tunjuk IC,” tukas Aziana mengusik dan aku jegilkan mata. 
“Nanti aku suruh budak Jimmy tu buat kat kau macam tu, ya?”  AKu membalas geram dan terus saja berlalu keluar. 
Sempat juga aku capai apa yang Aziana katakan.  Zafrin bukan boleh kita.  Ikut suka dia je ajak aku lepak. 
Dari jauh aku dah nampak Zafrin yang sedang tersengih sumbing di atas LCnya bersebelahan dengan Gilera aku. 
“Pucat je hari ni?”  tegur dia usai menjawab salam aku.
“Pucat, ya?”  soalku kembali sambil memegang kedua-dua belah pipi. 
“Nanti jangan pengsan sudah lepas ni, ya,” sinis Zafrin. 
Aku mencemik.  “Nak pengsan kenapa?” 
“Kot la terkejut nanti atau pun tak tahan tanggung rindu dekat aku bila kita jauh nanti,” selanya berbangga diri. 
“Kot nya aku rindu...”
Wajah Zafrin berubah tiba-tiba.  “Oh... nanti tak rindulah ya?”
“Rindu tu subjektif.  Janji ingat sudah!”  selaku. 
Dia mengjongketkan bahu tanda mengalah.  Motor dihidupkan.  Beg galas dia hulur pada aku. 
“Jom,” ajak dia. 
“Erk... nak pergi mana?” 
“Lepak padang kejap.  Ada hal nak cakap tapi perlukan suasana yang tenang berharap kau tak rebah pitam,” jawab dia mendatar. 
Jari telunjukku lurus ke arah motornya.  “Sebuah motor je ke?” 
Dia angguk. 
“Tak naklah.  Aku tak pernah naik motor dengan lelaki...”
“Dah pulak.  Tak kan nak naik dua buah motor pulak.  Kejap je.  Kau anggap jelah aku bukan lelaki.  Bukan aku suruh kau peluh pun!” 
Aku tetap menggeleng tanda tak setuju.  Dahlah kunci motor tak bawa ni.  Kena berlari naik atas ataupun telefon Aziana minta dia campak kunci motor aku ke bawah.
“Aku naik ambil kunci motor aku jelah.  Kau tunggu kejap,” suruhku dan belum sempat aku berpaling, Zafrin memanggil.
“Kita naik sebuah motor je.  Naiklah.  Dakap beg ni.”  Dia suakan lagi beg galas Body Glove miliknya itu. 
“BUat apa?”
“Peluklah.  Lainlah kalau kau nak peluk aku pulak!  Kalau betul nak peluk baik kita nikah.  Apa-apa pun boleh.  Tak nikah lagi ni kau kena peluk beg galas tu dululah.”
Dia terus mengisyaratkan agar aku membonceng di belakangnya.  Dengan berat hati dan bila berkali-kali Zafrin memaksa, aku panjat juga belakang motor itu.  Beg galas itu aku peluk seperti yang di arahkan tanpa aku tahu apakah motif beg itu aku peluk.
Bila Zafrin memulas minyak dan memulakan perjalanan aku hanya diam.  Biar dia bercakap sorang-sorang.  Malas nak layan.  Kejap lagi pun boleh cakap. 
Bila sekali Zafrin brek dan lipat pada selekoh, tubuh aku mengesot rapat pada dia dan dia berpaling dan senyum sikit.  Setelah seketika, kami akhirnya sampai di tempat yang kami tuju. 
Tak adalah ramai orang.  Bolehlah kami sembang dengan tenang.  Kejap lagi pasti penuh  orang-orang nak beriadah.  Duduk berdepan padang hijau di sebelah Masjid Besar Shah Alam ni memang kegemaran aku dan Anaresa sejak dulu lagi.  Tenang di sini. 
“Tahu dah apa fungsi beg ni?”  Dia menyoal bila kami sama-sama sudah duduk di atas tembok batu yang disediakan. 
Aku senyum dan angguk. 
“Aku tak jahatlah, Mi.  Aku tahu lagi jaga benda yang aku sayang.  Nak-nak lagi orang yang aku sayang.  Yang aku nak buat isteri.  Yang tak sampai masa lagi untuk aku rasa.  Jadi aku peram dulu.  Bak kata orang, makin kita peram, makin ranum makin lemak makin sedap!”  ujar dia tersengih jahat. 
Kali ini, aku tak mahu kata dia sengih nakal lagi sebab aku dah nampak tanduk atas kepala dia.  Nampak jahat saja jelingan mata redup itu. 
“Kau ni kan...”
“Eh, betullah aku kata tu.  Kau ni... suka marah akulah, Mi.  Tapi orang kata bagus kalau perempuan suka marah ni.  Sebab nanti boleh tambah anak.  Asal marah ke perut berisi.  Waaa... produktif kita ni, Mi...”  Dia ketawa sendiri.  Entah apa yang lucu aku tak tahu.
Sudahnya, aku angkat penumbuk pada dia.  “Ini nak?” 
Dia menggeleng.  “Sekarang bolehlah kau tawa menawar penumbuk pada aku.  Cuba kau tawar menawar penumbuk tu bila kau jadi isteri aku nanti, mahu aku seret kau panjat katil masa tu!” 
Aduhai... pitam aku.  Betul kata dia.  Aku perlukan ketenangan melayani dia.  Serius menyakitkan hati.  Mengada je lebih.  Banyak mengusik sungguh.  Cepuk sungguh karang. 
“Haih... dahlah tu.  Kau nak suruh aku terbakar ke apa?” 
“Aik... rasa terbakar ke?” 
“Habis tu kau ingat aku ni alien ke tak ada rasa?” 
Zafrin ketawa.  “Aku saja je uji ketahanan kau.  Lasak ke tidak rohani dan jasmani kau tu,” selanya. 
“Emm... dahlah.  Jangan dok kuning sangat.  Hah, apa kau nak bincang ni?  Macam penting sangat je?  Kau dah nak berangkat ke esok?”  Aku bertanya dia. 
Aku harap agar  dia menggeleng menafikan telahan aku tapi bila dia mengangguk dengan wajah yang serius, aku rasa nak rebah.
“Bila?” 
“Baru dapat latest surat setelah aku beria-ia mohon postpone.  Sebab tu aku tak nak bagi tahu kau dulu sebab aku tengah mohon tempoh dulu daripada JPA.  Tengok-tengok JPA tak bagi dan secara rasminya, aku akan berangkat minggu ni.  Sehari dua ni aku tak call, kebetulan kau pun memang busy dengan paper dan aku pun dengan rayuan aku tu tapi sudahnya tak dapat.  Esok dan seterusnya aku akan buat persediaan dan memang tak dapat jumpa kau lagi,” terangnya tenang.  Wajah itu tiada beriak.  Fuh... pedih. 
Aku paksa diri aku tersenyum.  Untuk dia.  Dia yang aku sayang.  Dia yang bakal terpisah dari aku kerana kehendak aku demi cita-cita kami. 
“Sebab tu aku harap, kita ada masa bersama sehari ni.  Aku nak lepak dengan kau.  Duduk sini pun jadilah, Mi.  Tak payah nak berpelisiran sangatlah.  Kau pun tahu aku bukan mat rempit.  Aku dah berhenti pun dari kerja despatch tu.  Sekarang tengah pujuk diri aku berjauhan dari keluarga terutamanya kau,” sambung dia. 
Ayat akhir itu benar-benar membuatkan aku sebu.  Aku juga tak kuat Rin.  Aku ingat aku kuat nak lepaskan kau tapi rupanya aku yang tak redha.  Hati aku berbisik sendiri.  Sedihnya hanya Allah yang tahu.
“Aku pun dah nak balik esok.  Jauh sikit okey kot.  Tak adalah kau tu nak jumpa aku je nanti,” tukas aku menyembunyikan rahsia hati. 
Dia senyum.  “Aku ke kau?  Jangan dok buat muka cool sangatlah, Mi.  Kau tak cool pun.  Comel je kau sedih, Mi.  Tapi macam kau pernah cakap la... aku kena stabil dulu.  Nanti kita halalkan.  Aku nak bagi perkahwinan idaman buat kau.  Tak besar pun janji sempurnalah.  Tak perlu hutang hantaran ke apa ke...”  Zafrin angkat kakinya duduk bersila.  Dia menjeling aku sedikit. 
Aku yang dah tak mampu nak senyum ni tak payah nak katalah.  Apatah lagi Zafrin sudah beritahu macam tu, aku memang nak menangis dah. 
“Sebenarnya aku rasa aku kuat nak biarkan kau pergi, Rin... tapi aku rupanya tak mampu.  Memandangkan hal ni aku yang paksa kau tapi untuk masa depan kita bersama, aku akan tabahkan hati aku.  Aku akan tunggu kau balik,” ucapku pula.  Ada nada sedih yang menyulam kata.
“Aku tahu kau akan sedih.  Kau perempuan walau apa-apa pun.  Tabah, ya.  Aku akan balik,”  balasnya tersengih-sengih bagaikan tiada apa yang berlaku.
“Kot ya pun cuba kau buat muka sedih sebab nak berpisah dengan aku ni!”  tegur aku tapi Zafrin ketawa saja. 
“Kau yang nak aku pergi jauh.  Aku kemain merayu JPA tapi sudahnya aku kena masuk kelas minggu depan.  Tak ke haru tapi sebab kekasih hati suruh pergi kejar cita-cita, aku senyum jelah.  Happy-happy sudah!  Aku dah ready ni,” ucap dia optimis. 
“Jaga diri nanti, Rin...,” pesan aku dengan suara yang agak lirih.  Macam tak percaya dia akan pergi sikit waktu lagi.
“Kau pun... jaga diri.  Ingat, aku pergi ni untuk dia.  Untuk dia yang aku cinta.  Untuk dia yang bernama Haqimah binti Hamzah,” balas dia.
Aku ketap bibir dan melarikan wajahku daripada renungan dia.  Bertahan agar airmata ini tidak gugur.  Pandangan kabur sudah.  Zafrin sengih saja daripada tadi sedangkan aku mula teresak halus cuba memujuk hati menerima apa yang aku mahu selama ini.  

~~> bersambung

37 comments:

  1. zafrin ni mcm tgh mnipu je....?
    haha,msti die nk kenakn si haqmi tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengih-sengih jek...
      mesti zafrin kelentong haqmi ni..
      i can feel it!

      Delete
    2. zafrin kelentong tu.dia dapat belajar dalam negeri je tu.

      Delete
    3. haahlah! bila korang semua cakap macam ni, baru terfikir benda yang sama! eheh! nakal si rin ni! kekeke :D best! best!

      Delete
    4. tah2 si rin tu further kat UTM skudai jek hahahahahah....

      Delete
  2. waaaa sedey jerr Rehan suh depa bertunang dulu la.... usma

    ReplyDelete
  3. Sedihnya..... huhuhuhu!!

    ReplyDelete
  4. tq rehan 4 dis n3, sedih lah plak ....

    hairiah

    ReplyDelete
  5. ISH ISH..hati kata suka, on jelah

    ReplyDelete
  6. Sedihnya rin nk pergi....hmmm sabar yer mi,,,tp takot gak kot rin pergi sna n lpas 2 hati berubah terjumpa dgn owg lain...nangis xberjoget la..arap2 sgt xterjadi mcm 2..

    ReplyDelete
  7. sedih nye...tp cm x pegi je si zafrin tu...

    ReplyDelete
  8. sob.sob.sob ..saya pernah melalui saat ini, mmg sedihh,
    comel lah Rin....cool jer..:)

    ReplyDelete
  9. Cam xcaye je rin nie nak bljar luar ngare.....
    Nmpk cam tipu2 jew.....

    ReplyDelete
  10. rasa cam tak g jerman je Zafrin ni

    ReplyDelete
  11. relax sgt Rin ni...ke die x smbung kat Jerman, smbg kt M'sia je...hahaha

    ReplyDelete
  12. la..la...la sedih le plak..haahha

    ReplyDelete
  13. huhu..sedih..tapi kn nape gaya zafrin ckp mcm dia ada sembunyikan something je..

    ReplyDelete
  14. sedih la jugak bila baca.. tpi best.. ^_^

    ReplyDelete
  15. zafrin buat master same place dgn mie.....hehehehe

    ReplyDelete
  16. Entah2 rin dpt tukar kat mesia kot saja nak kenakan mie.....hai cecepatla dia org kawin rasa x sabar plok nak baca dia org kawin ni....superb sentiasa tunggu next n3...besttt3....

    ReplyDelete
  17. rin ni saja nak wt mi sedih ke apa...
    jeng jeng...tanya RM la..hahha

    ReplyDelete
  18. sdih + best...
    kak, n3 strusnyee bg mlm ni blh???hehe..
    xsbar nk tau ksah slanjutnyee....

    ReplyDelete
  19. msti zafrin apply kan smbg blaja untuk mi kat jerman...

    ReplyDelete
  20. Macam tak percaya je si Zafrin ni, haish. Kak rehan jangan gantung kami tak bertali, hahahaha. Sila lah sambung :D loveyou

    ReplyDelete
  21. sedihhhhh ....rasa x sangguppp..

    ReplyDelete
  22. aduhai...sian plak kt diorg... tp betulke rin nk pi ni? cam main2 je plak rin ni..dia kn suke menyakat..

    ReplyDelete
  23. awatlah si rin tu asyik dok sngih jek mnjg? cm x sdih jek nk tggl mi? mcm tipu jjek nk p jerman. apa suspen strusnya ya?

    ReplyDelete
  24. Nape sedih sangat ni....T_T

    ReplyDelete
  25. Rin nak ajak Haqmi nikah ke yang dia dok tersengih2 tu. Masjid dah dekat tu. hahaha

    ReplyDelete
  26. Ala... Mie... Rin dah nak pergi...
    Sila nanges...
    Nnt rindu2 an...

    ReplyDelete
  27. Sedihnya...tapi belajar memang satu keperluan untuk melengkapkan diri untuk kerjaya yang stabil. Mi & Rin sabarlah jadikan kejauhan itu satu aras untuk mengukur kesetiaan dan kekuatan kasih sayang. Tapi...memanglah Rin ni macam ada agenda tersembunyi jea. Rehan...apa seterusnya??? hehehe

    ReplyDelete
  28. sedeh lh part kali ne rehan.pape pun kita doa kn jodoh antara Rin dn Mi adalh ketentuan Ilahi.akak puji sikap Mi,tetap jaga halal haram nye...payah gak nk ade pd anak2 muda skrg.akak sokong cara rehan karya kn nov ne wat pemikiran anak2 kita jadi muslimah yg ade maruah dn harga diri.syabas ye dek........

    ReplyDelete
  29. baru berkesmepatan membalas ni..huhu.. maaf ya semua..pada yng sudi singgah dan baca dan komen dan memberi pandangan dan memberi idea secara tak langsung (byknye dan).. sy ucapkan terima kasih ye.. sgt2 hargai semuanya.. sayang kamu semua.. jgn serik singgah lg.

    ReplyDelete
  30. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    ReplyDelete
  31. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete