Monday, February 06, 2012

Bila Nak Saksi? [18]

[18]

KAKIKU teragak-agak hendak masuk ke dalam rumah bujang Usop ni. Tapi, bila dia berkali-kali katakan, dia tinggal seorang, aku gagahkan juga langkahku menapak ke dalam. Kemas dan bersih. Perabot pun tak banyak. Rumah bujang, nak kata apa.

Tapi, di satu sudut tu aku lihat banyak kertas bersaiz A1 bergulung kemas dan ada yang direnyukkan, tak kurang juga yang dikoyak. Apa kerja laki aku ni, hah? Baru saja nak buka gulungan tu, Usop dah panggil.

“Lit, awak tunggu kejap… saya mandi tukar baju. Nanti kita makan kat luar. Awak pernah nak makan dengan saya kat luar dulu, kan. Saya ganti balik hari ni sebab dulu tu kita tapau je,” laung dia sebelum berlalu ke dalam bilik di tengah-tengah tu.

Rumah sewa yang hanya ada dua bilik je. Aku jenguk ke bilik yang satu lagi. Kosong.
Eleh, kat rumah aku sayanglah, abanglah. Kat rumah dia Lit je dia panggil aku. Menyampah. Tapi, betullah tu. Dia rasa aku tak tahu lagi dan aku memang tak nak dia tahu pun. Tak sampai masa lagi.

Aku duduk bersila di depan sebuah laptop di atas meja jepun di tengah-tengah ruang tamu bila Usop dah siap mandi. Bila aku berpaling secara tak sengaja, aku lihat Usop hanya memakai tuala saja.

Cepat-cepat aku kalih ke arah lain sebab malu. Semalam tu rambut dia basah juga tapi dia pakai baju tapi hari ni, baju tu dah tak ada. Jelas dada bidang tu di mataku. Aku telan liur berkali-kali. Takutlah pulak.

Aku dengar Usop ketawa kemudian dia merapatkan daun pintu biliknya. Huh, lega. Buatnya dia ada niat lain, jenuh aku. Tak lama kemudian, Usop keluar dengan mengenakan baju T lengan pendek bewarna putih dan jeans biru terang. Memang tampan. Nampak macam pelakon Thailand nama Rome tu.

Hampir saja hati aku cair tapi bila ingat cara dia jadikan aku isteri dia dengan cara macam tu, hati nak cair jadi beku balik.

“Saya dah siap, pergilah mandi. Saya tunggu kat sini,” ujarnya.

Aku tanpa banyak cakap, terus saja angkat tubuh dan masuk ke biliknya. Sungguh bagai yang dikata. Bilik dia ada sebuah katil bujang. Agak bersepah dengan kertas-keras putih.

Aku terus mengambil pakaian bersih dari dalam beg galas dan terus keluar semula hendak ke bilik air. Masa tu Usop sedang membelek kertas bergulung tadi.

Masuk je bilik air, aku terus terfikir. Macam manalah hidup aku lepas ni. Dah jadi isteri ni lepas tu berlakon tak tahu pulak tu. Mati dalam lakonanlah kami ni. Siap je mandi, aku terlupa sesuatu. Erk!! Mati aku!
Cepat-cepat aku pakai baju dan aku buka pintu sikit.

“Usop!!” seruku kuat.

“Apa?” tanya dia seraya berpaling.

“Saya lupa sesuatu ni…,” jawabku takut-takut.

“Lupa apa pulak? Lupa nak syampu rambut? Ke lupa nak sabun badan?” tanya dia tersengih.

“Nak abang sabunkan ke?” tanya dia mengusik. Mengadalah dia ni.

“Eh dia ni. Orang lupa benda lainlah!” marahku geram.

Dia ketawa. “Yalah, lupa apa? Sayang tak cakap abang mana nak tahu.” Suara dia… alahai manjanya. Tapi, tak boleh.
Tak boleh terpujuk dengan suara manja dia tu.

“Lupa… er.. lupa…”

“Apa yang payah sangat nak cakap ni?” Usop menapak ke arahku pantas tapi belum sempat dia sampai, aku terlebih dahulu rapatkan daun pintu.

“Alaa, tolonglah. Lupa benda tu,” ujarku dari dalam.

Seketika, aku tak dengar suara Usop. Eh, hilang dah ke? Aku beranikan diri membuka daun pintu sikit dan sungguh dia masih tercegat di situ.

“Awak jangan cakap lupa benda tu ek?” Dia memberi amaran dan aku sengih jelah bila dia dah faham maksud aku.
Aku tayang wajah polos pada dia, mencebikkan bibir sikit dan mengedipkan mata beberapa kali. Buat muka comel.

“Eii, mana nak cari? Malu lah!” ucap dia sedikit membentak.

Aku mula la nak bercekak pinggang ni tapi mengenangkan diri yang masih belum sempurna pakaiannya, aku tahan hati dulu.

“Awak ajak saya datang rumah awak, kan? Awak kenalah bertanggungjawab segala keperluan saya,” ucapku tenang.

Usop merengus. Dia menguak rambut pacaknya itu ke belakang.

“Sayang… dah tahu awak tu tak boleh nak sembahyang, kenapa tak bawa stok pulak? Abang nak cari kat mana?”

Hah tengok. Aku rasa bila dia panggil aku sayang dan biasakan dia abang tu mesti dia rasa dia memang suami aku. Masa-masa lain tu dia mesti nak menyakat aku. Rasanya, inilah masanya aku mula.

“Alahai… abang yang ajak Lit datang sini. Abang minta izin dengan mama dan abah, kan? Dah tanggungjawab abang la sebagai suami Lit untuk sediakan apa yang Lit perlukan,” pujukku mesra menggoda.

Sengaja aku panggil dia abang dan tekan sikit perkataan suami tu. Usop masam. Dia telan liur berklai-kali melihat ke arahku yang hanya nampak mata je. Selama ni dia dera aku ni aku pulak nak dera perasaan dia. Biar dia tahu sakit ke tak.

“Errr..” Usop kelu.

“Bolehlah. Kalau tak semalaman Lit tidur je kat bilik air ni, nak?” Aku mengugut manja.

“Eh, janganlah macam tu. Nanti marah abah dengan mama pada abang,” balas dia perlahan dan malu-malu.
Wajah dia merah. Aku nak je gelak golek-golek tengok wajah Usop masa ni. Comellah suami aku ni. Aku ketawa kecil.

“Lit tunggu dalam bilik air tau?”

Mata itu tajam merenungku. Dia telan liur berkali-kali. Padan muka dia. Jangan ingat aku ini terlalu naïf hendak menilai renungan seorang lelaki. Mungkin aku cetek ilmu cinta tapi aku tak cetek ilmu tentang rumah tangga. Aku dah pernah pergi kursus kahwin dengan Kak Shima dulu.

“Abang malu lah, yang…,” ucapnya. Dia mengeluh akhirnya.

“Eleh, nak malu apa? Buat orang tak malu?” tanyaku terlanjur lidah.
Cepat aku tekup mulut.

Usop senyum. “Abang buat apa? Tak buat apa-apa pun lagi, kan?”

Aduhai, dia dah mula mengusik. Tadi kemain keruh wajahnya tapi kali ini, mak ai… sengih sampai ke telinga. Macam badut.

“Dah nak sengih kenapa? Nak pergi ke tak ni?”

Dia pantas angguk. “Yalah, abang pergi ni. Tunggu kejap. Keluarlah dari tandas tu. Tak elok duduk dalam tandas. Tunggu abang dalam bilik,” suruhnya lalu dia berlalu setelah aku mengangguk.

Setelah aku dengar pintu utama tertutup rapat, aku terus bersiap dan keluar daripada bilik air dan terus menghamburkan tawa. Sungguh aku dapat lihat muka malu Usop nak pergi beli barang perempuan tu. Aku padahal dah ada je spare. Saja nak kenakan dia.

Aku belit kepala aku dengan tuala yang aku bawa. Tak sanggup lagi nak kongsi apa-apa dengan Usop. Tak adalah jijik tapi takut.

Aku duduk di ruang tamu. Menghadap komputer riba milik Usop. Aku buka dan aku tekan ON. Baru je sekejap, gambar pada skrin dah muncul dan mataku bulat. Ada gambar aku. Tapi ni gambar dah lama sangat. Gambar masa aku belajar lagi dan gambar ni ada dalam simpanan Kak Shima je.

Mendidihnya hati. Berasap dah kepala aku ni bila aku yakin yang Kak Shimalah yang merancang semua ni. Siapa dia pada Usop ni? Ya Tuhan, sabar jelah hati aku ni. Padanlah aku nak sangat datang sini. Ada satu lagi perkara terbongkar.

Bila aku aku dengar grill di tarik, aku cepat-cepat matikan komputer riba tu. Matikan macam tu je. Biar padan muka Usop rosak komputer riba dia. Geram aku. Tapi, permainan baru bermula dan seperti katanya, aku pernah mulakan, tapi dia yang akhiri tapi permainan sebenarnya adalah dia yang mulakan dan biar aku yang akhiri.

Aku berdiri tegak bila Usop balik dengan nafas mengah dan membawa barang berbungkus dengan plastik warna ungu. Aku menggariskan senyuman biarpun terpaksa.

“Cepatnya balik?” tanyaku berbahasa.

“Mahu tak cepat. Buat malu je beli benda ni.” Dia hulurkan plastik itu padaku dan aku menyambutnya senang.

“Terima kasih tapi saya dah ada spare.” Aku ketawa kecil. Usop mengeluh.

“Dah tu, Lit suruh abang pergi beli buat apa? Malu tahu tak?”

Aku jungkit bahu. “Eleh, sikit je kot,” sinisku lalu aku berlalu ke bilik.

Selendang aku belit pada kepala. Beg galas aku sangkut di bahu dan terus aku berlalu keluar. Usop memandang aku pelik.

“Nak pergi mana tu?”

“Nak keluarlah. Nanti lama-lama karang, ada yang datang tangkap. Ni pun kira saya ni tak malu dah boleh mandi rumah awak pulak. Hantar saya balik nanti mama bising pulak,” pintaku dengan suara yang mendatar.

“Eh, pulak dah? Kata nak makan dengan abang?”

Aku menggeleng. “Tak nak. Saya dah biasa makan dengan keluarga saya,” jawabku di luar sedar.
Wajah Usop mendung. “Kenapa? Sebab abang selalu makan sendiri dalam dunia ni sebab tu Lit nak balik?” tanya dia sedih.

Aku mengutuk diri. Tak tersengaja cakap macam tu sebenarnya. Macam dah ungkit keadaan dia la pulak. Tapi, nak simpati masa ni tak boleh. Kena tegas sikit.

“Err, tak adalah macam tu. Cumanya, kita ni suami isteri tipu je. Hakikatnya tak. Jadi tak eloklah. Jom-jom, kita keluar. Cepat sikit saya tunggu kat luar.”

Aku cepat-cepat berlalu ke pintu tapi Usop pantas menarik pergelangan tanganku.

“Eh, apa pegang-pegang ni? Hari tu kemain awak marah mamat-mamat tu usik rambut saya, ni awak pulak nak pegang tangan saya? Kenapa? Dah lupa pasal maruah seorang wanita hanya untuk suami?” herdikku.

Usop tenang. Wajah keruh tadi sudah dihiasi senyuman nakal. Mood dia boleh berubah dalam sekelip mata. Aku pun tak reti.

“Abang berhak atas sayang,” ucapnya berbisik.

“Eleh, jangan nak berlakon lagi ya. Mentang-mentang saya mesra-mesra tadi awak nak ambil kesempatan ya?” tanyaku sinis.

“Family saya awak boleh tipu tapi saya…” Aku tunjuk ke arah wajahku sendiri.

“… tak boleh! Titik!” tekanku lalu aku rentap tanganku dari genggaman dia.

“Lit ni memang keras hati la. Tegas tu lain macam. Berani pulak masuk rumah abang kalau tahu abang bukan suami Lit?” Dia jungkit kening. Aku tahu dia sedang cabar aku.

“Sebab awak yang cabar saya depan keluarga saya, kan? Saya ni kan pantang dicabar,” jawabku tenang.
Usop sengih pula kali ini. Terpamer indah susunan indah gigi putih bersih yang menghiasi senyuman manis tu.

You are my desire, sayang! Will always be,” ucapnya.

Aku telan liur. Seriau bila Usop berkata demikian. Nafas aku ni dah lain macam dah sesaknya. Nak tak nak, kena redakan cepat-cepat sebelum Usop perasaan.

“Desire tak desire. Silap hari bulan karang, awak tu berselirat dengan wayar kat HTAA sana nu,” ejekku lalu aku menapak keluar.

Bila aku sudah capai tombol pintu, aku berpaling memandang Usop yang terkulat-kulat sendiri.

“Lagipun, saya tak nak kahwin free dengan awak macam dalam surat nikah tu. Saya nak pakai baju pengantin, nak tangkap gambar, faham!” tekanku penuh makna.

Biar dia faham sikit. Aku ni kecewa sebab dinikahkan dengan cara macam ni. Nak juga gambar. Bila ingat macam ni, sedihnya Tuhan sajalah tahu. Tapi, selagi aku tak jumpa siapkah yang sebenarnya merancang benda ni sampai Kak Shima pun bersubahat, memang aku tak nak mengaku yang aku dah tahu aku dinikah dengan Usop.

“Mana ada free? Mas kahwin abang bayar. Hantaran pun abang bagi. Free ke macam tu?” tanya dia tidak puas hati.

“Eleh, setakat mas kahwin tu, awak boleh tulis la. Cek tu pun mesti bound, kan?”

Dia mengeluh. “Sayang pergi cashkan tengok bound ke tak? Tu kira duit booking abang tau,” ujarnya sengaja menyakitkan hati aku.

Boleh dia cakap booking aku? Hai, aku memang dah geram ni. Dia ingat aku Honda EK dia kea pa nak booking-booking ni?

“Okey, duit booking. Nanti saya pergi cashkan. Sekarang ni, saya cabar awak tidur dalam bilik saya malam ni, nak? Ada berani?”

Aku angkat kening tinggi dengan senyuman bangga serta puas hati bila Usop terkedu. Hah, padan muka dia.

“Saya tunggu kat bawah! Kita balik makan kat rumah saya!” tekanku lalu aku berlalu dengan tawa yang mengekek-ngekek.

Aku nak tengok, dia berani tak sahut cabaran aku tu. Dia ingat aku ni apa. Ini Jelita la. Isteri Yusuff. Erk, apa aku ni. Tepek! Aku tepuk dahi sendiri dan terus menuruni anak tangga hendak menanti Usop di bawah.

***

SEPANJANG perjalanan Usop diam je. Keruh je wajah tu. Sunyi sepi. Rasa pelik pula bila dia berkeadaan begini. Lapar sangat ke?

“Awak lapar sangat ke?” tanyaku memecahkan hening. Dahlah radio pun dia tak pasang.

Dia diam tapi tak lama bila telefon bimbit dia berdering. Cepat-cepat dia seluk poket jeans dia dan melekapkan telefon itu ke telinga.

“Ya, cik. Maaf-maaf. Saya lupa nak batalkan,” ucap Usop sopan.

“Ya, cik… memang tak jadi. Isteri saya ada hal. Maaf ya cik,” pinta dia lagi. Lepas seketika, dia matikan talian dan dia letak telefon bimbit dia tu di atas dashboard.

“Siapa?” tanyaku ingin tahu. Cemburulah juga dengar cik-cik ni telefon suami aku.

“Lit nak tahu kenapa? Kan Lit tak sudi nak makan dengan abang. Abang dah batalkan dah booking dekat Megaview tu. Suka?” Dia sengih plastik.

“Waaa… sukanya dapat dinner dekat hotel tu. Memang seronok sangat tapi lagi seronok makan dengan keluarga,” jawabku sambil memegang kedua belah pipiku.

Usop mencemik. “Buat membazir je. Dahlah abang dah bayar advance, tau tak?” ujarnya mengeluh.

“Pulak dah? Kenapa tak cakap dah bayar advance?” Aku mula la rasa bersalah. Dah jatuh membazir tu.

“Kenapa tak cakap?” ejek dia dengan suara perempuan sekali lagi.

Aku ketawa nipis melihatkan wajah keruh itu.

“Mana tahu awak dah buat booking. Nantilah saya telefon mama. Awak book balik. Kita patah balik pergi bandar,” suruhku.

“Mengadalah Lit ni. Tadi tak nak, ni nak pulak,” bebel dia. Tapi, dia tetap capai telefon bimbit dia tu.
Aku ketawa dan baru nak telefon mama dia rampas telefon Nokia C3 aku tu.

“Kenapa pulak? Nak telefon mama ni?”

“Tak payah. Kita kan suami isteri. Mama tahu apa hakikat ni. Jadi, no worries kalau tak balik atau kalau kita terus check-in kat hotel tu, kan?” tanya dia dengan kening yang terangkat berkali-kali.

Aku menyiku dia. Geram je. Aku nak kenakan dia, tapi dia pulak kenakan aku. Geram dah ni.

“Mengada sangat, tak payah pergi!”

Dia ketawa. “Abang dah patah balik ni. Jangan cakap tak nak pulak. Nanti betul-betul abang heret Lit masuk bilik nanti, baru tahu?” ugut dia.

“Eleh, kalau awak berani, kan? Check-in dalam bilik rumah saya je nanti. Free je. Saya cabar awak. Nak tengok tahap mana suami saya ni berani,” selaku tidak kalah.

Usop telan liur. Aku tahu dia tengah pening. Nak tak nak dia kena berterus teranglah dengan aku nanti. Nak main tarik tali sampai bila. Aku pulak, tak akan sebut tentang perkara ni. Aku nak mereka yang set-up semua ni mengaku dulu. Tak kiralah siapa. Masa tu tahulah aku mengamuk nanti.

“Okey,” sahutnya lalu suasana kembali sepi.

Masing-masing melayani perasaan masing-masing agaknya. Aku memang sedang rencanakan sesuatu ni. Aku sungguh nak dia berterus terang macam mana dia boleh pujuk keluarga aku sampai kami dinikahkan.

Lebih kurang 20 minit, kami sampai di Megaview Hotel. Malam-malam kat sini memang cantik kata Abang Jeff. Aku tak pernah berpeluang lepak dekat sini sebab memang tak pernah lepas. Sekarang ni, aku memang lepas bebas bersama teman halal aku ni.

Usai meletakkan kenderaan, kami sama-sama menapak ke dalam hotel. Ada dua orang menyambut kami masa tu. Yang seorang tu perempuan muda. Aku rasa lagi muda daripada aku dan mata dia, aku rasa nak cucuk je dengan jari aku ni. Main-main mata dengan suami aku pulak.

“Encik ada buat tempahan ke?” tanya dia pata Usop.

Usop senyum. “Ada tapi saya batalkan tapi tiba-tiba jadi pulak. Ada lagi tak tempat untuk saya?” tanya dia mesra.

“Emm, kalau macam memang tak adalah, encik sebab malam ni malam Sabtu. Fully booked. Yang encik batalkan tadi tu terus ada orang masuk,” beritahu cik adik ni lagi.

Usop menjeling ke arahku. “Puas hati sayang, kan?” tanya dia sinis.

Aku tak rasa dia sinis pun sebab bila dia panggil aku sayang, pekerja hotel ni masam tiba-tiba. Aku nak je gelak.

“Emm, tak apalah kalau macam tu, cik adik comel. Kami dinner dalam bilik jelah. Jom sayang, kita check-in,” ajak Usop.

Aku menggeleng. “Awak jangan nak macam-macam, ya?!” pesanku memberi amaran keras.

Dia ketawa. “Abang gurau jelah. Anyway, thanks cik. Dan terima kasih untuk isteri saya ni sebab mengada batalkan lepas tu mengada nak datang balik,” ejek dia padaku.

Aku mencemik.

“Balik makan kat rumah. Mama dah masak banyak tu,” ucapku lantas berlalu keluar.

Usop menyaingi langkahku. Bila aku hendak menuju ke arah kereta, dia menahan langkahku. Kemudian dia menjuihkan bibirnya ke arah sebuah gerai menjual burger.

“Kenapa?”

“Dinner macam zaman muda-muda dulu nak?” tanya dia bersama senyuman.

Aku menggeleng tanda tidak faham.

“Pernah tak lepak makan burger tepi jalan?” tanya dia lagi.

Aku menggeleng. Memang tak pernah aku lalui semua tu. Tak ada peluang sebab memang keluarga tak bagi. Kalau makan burger pun, Abang Jeff yang belikan.

“Rugilah sayang ni. Tak tahu nikmati hidup.” Dia terus tarik tanganku menuju ke gerai tersebut.

Aku hanya diam melihat Usop membuat pesanan dan bila sesekali bila kami bersabung pandang, aku hadiahkan jelingan, dia hadiahkan senyuman. Tidak lama kemudian, dia datang menghampiriku.

“Dah siap!” Dia angkat plastik itu depan mataku.

“Lepas tu nak bawa balik rumah ke?” tanyaku.

Dia menggeleng. “Makan dekat bentenglah. Nanti abang pergi beli air.”

Usop mengheret aku mendekat ke arah tepi Sungai Kuantan atau lebih dikenali sebagai Benteng. Tempat ni memang cantik. Inilah pertama kali aku menikmat keindahan lampu neon ini. Meriah sungguh. Tanpa sedar, ada rasa sayu menjengah ke hati.

“Terima kasih,” ucapku cukup perlahan pada Usop dan dia berpaling padaku tersenyum manis sambil menyuakan burger itu ke mulutnya.

***

DALAM kereta, aku diam saja. Seronok malam ni biarpun aku hanya makan sebiji burger dan sebotol air mineral dan di tepi sungai saja. Memang aku seronok. Melakukan segalanya buat pertama kali bersama suamiku. Teman halal aku nak panggil dia.

“Diam je?” tanya dia tenang memandu.

“Awak ada apa-apa tak nak cakap pada saya?” tanyaku.

Usop senyum. “Banyak… tapi tak sampai masa lagi,” jawab dia.

“Habis tu bila?”

“Nantilah dulu. Cuma masa ni, abang nak Lit percaya dengan perasaan sendiri. Yakin dengan apa yang Lit rasa,” ujarnya lagi.

Aku mengerutkan wajah.

“Kenapa macam tu?”

“Sebab abang yakin Lit cintakan abang tapi kenapa payah nak mengaku?” Dia mengerling sekilas ke arahku.

“Saya tak…” Aku menggeleng perlahan.

“Kenapa nak menidakkan rasa hati daripada dulu lagi?” Dia mengeluh tipis.

“Entah…” jawabku ringkas dan Usop sedang elok masuk ke perkarangan rumahku.

Aku diam dan terus masuk ke dalam rumah. Dalam kepala aku ni dok fikir, berani tak Usop sahut cabaran aku ni.

Mama senyum. Abah juga. “Seronok dating?” tanya abah.

“Seronoklah juga,” jawabku tersengih. Memang seronok.

“Nak makan ke?” tanya mama pula.

“Kami dah makan mama.” Usop tunduk menyalami tangan kedua mama dan abahku. Beg galas dia, dia letak di sisi sofa.

Aku pula terus naik ke atas sebab aku nak pergi terjah bilik Kak Shima ni. Pasal gambar lapuk tu aku nak tahu siapa yang bagi pada Usop.

“Lit nak ke mana tu? Beg Usop ni angkat bawa masuk bilik,” arah abah kuat.

Aku berpaling dan terpaksa turun semula ke bawah. Aku tunduk sikit dan menggapai beg galas Usop.

“Saya tak yakin awak sanggup terima cabaran saya, kan?” tanyaku menggumam.

Usop jungkit kening. “Try me.”

“Berani ke…,” sinisku dan aku jungkit bahu lantas berlalu ke atas.

Nak tunggu dan lihat je, betul ke dia berani masuk bilik aku bila aku kononya masih lagi tak tahu hakikat sebenarnya. Lepas aku letak beg Usop, aku terus masuk ke bilik Kak Shima dan syukur masa tu, abang aku tak ada. Mana pergi, aku pun tak tahu.

“Shi…” Aku menyeru Kak Shima yang sedang terbaring dan makan?

Gila kakak ipar aku ni. Makan pun baring. Teruk punya pembawakan ni. Macam ni gaya pun boleh ke? Nampak ke mama ni memang bernanah je telingat Kak Shima.

“Woi, terkejut aku main sergah-sergah,” tegur dia dengan wajah masam.

“Gila kau makan sambil baring?”

Dia menghulurkan pinggannya di depanku. “Aku makan oren je kot. Penatlah. Makan nasi tak nak lekat,” adunya.

Aduhai. Ni lemah ni. Terus tak jadi nak mengamuk. Kesian la pulak dekat bakal ibu ni.

“Manja sangat kau ni. Abang mana?” Sengaja aku melilau ke beranda kot-kot abang aku bersembunyi kat situ. Dia bukan boleh kira.

“Keluar beli barang sikit. Kenapa?”

Aku duduk di birai katil. Pehanya aku tepuk kuat sampai menyeringai wajah Kak Shima.

“Sakitlah Lit. Nak seksa aku la tu…”

“Sebab kau seksa aku dulu, kan?” pangkasku sinis. Dia telan liur.

“Apa kau cakap ni?” Matanya dilarikan ke arah lain. Tahu takut.

“Jangan buat tak tahu boleh tak? Sejak bila kau pandai buat aku macam ni ha? Sampailah hati kau, kan?” tanyaku sedih.

Masa ni memang aku sedih. Tak sangka, dia pun belot pada aku. Kalau betul abang aku nak kenakan aku, dia patut back-up aku. Aku ni adik dia.

“Apa aku buat?” tanya dia polos.

“Mana Usop dapat gambar aku masa study dulu? Cuba kau cakap sebab setahu aku gambar tu kau je simpan!”

Kak Shima terbatuk. Tersedak buah oren. Padan muka dia. Merah mata dia tahan batuk.

“Tengok, orang bersalah memanglah macam ni gayanya,” sindirku.

“Kau dah tahu ke?” tanya dia. Aku angguk.

“Semuanya?” Mata Kak Shima bulat.

“Semuanya!” jawabku tegas.

“Masak Usop. Aku dah cakap aku tak nak tipu kau tapi dia dengan Abang Jeff rancang semua ni… erk!!!”
Kak Shima tekup mulut. Aku tahu dia terlanjur bicara tapi hati aku puas.

“Cerita semua kat aku?” Aku menggesa dia.

Kak Shima menggeleng. “Aku pegang amanah Lit.”

Eleh, sempat lagi dia nak beramanah sedangkan aku yang sedang tanggung semua ni.

“Jangan nak mengada, Shi. Aku yang lalu tau tak? Kau suka ke tengok aku kena main macam ni? Mama dengan abah tahu ke?”

Dia angguk pantas. “Abah yang walikan, mestilah abah tahu!” jawab dia pantas dan sekali lagi dia tekup mulut.

“Mampus aku. Asyik tergelincir je ni. Pecah amanah dah ni,” keluhnya.

Aku tersenyum sinis. Aku memang tahu Kak Shima. Pantang aku gertak, mesti dia tergelincir sana sini.

“Cuma aku pelik, kenapa abah sanggup buat aku macam ni dan mama pun…” Aku menggeleng kesal.

“Dan Usop pun, kenapa tak mengaku betul-betul?”

Aku pandang wajah Kak Shima. Rasa nak menangis pun ada. Kak SHima tarik aku ke dalam pelukannya.

“Aku minta maaf wei.. yang lain tu kau kena tanya mama, abah, abang kau tak pun Usop sendiri. Aku akui memang aku kenal Usop dah lama sebab dia tu kawan baik abang kau!”

Pantas kau tolak bahu Kak SHima. Patutlah mereka nampak mesra. Pandai Abang Jeff berlakon. Patutlah dulu bila pertama kali Usop jejakkan ke rumah ini, dia ketawa bila Usop memanggilnya abang.

“Kawan lama abang?” tanyaku pinta kepastian.

Kak Shima tepuk dahi. “Aduhai, asyik tercakap ke dekat kau ni, Lit. wei, aku tak tahu. Kau tanyalah Abang Jeff nanti sebab dia yang jadi saksi kau dengan budak yang kerja dekat Parkson tu,”luah Kak Shima dan aku yakin kali ini pun dia tercakap.

Hati aku gelak mengekek. Kak Shima ni lucu la. Satu persatu dia cakap kebenaran tanpa aku pinta. Senang, tak payah aku nak kerja lebih paksa dia.

Satu persatu terungkai. Abang aku jadi saksi dengan budak kerja Parkson tu. Abah pula jadi saksi dan mama membenarkan? Itu aku memang rasa kecewa. Tak kanlah mama tak nak tengok aku diraikan dalam majlis?

“Mama pun, sampai hati buat aku macam ni. Kenapa dia buat aku macam ni? Aku nak juga macam kau dulu, diraikan dalam majlis sendiri.” Aku berpaling menghadap dinding.

Wajah ini aku raup berkali-kali. Asyik rasa nak menangis je tapi tak menangis jugak. Kak Shima menurunkan kakinya menapak di lantai. Dia paut bahuku dan mengusapnya lembut.

“Masa kau nikah tu kau kat hospital. Kan abah tengah plan nak buat kenduri tu. Sabarlah ek. Aku yakin mama ada sebab izinkan abah nikahkan kau,” pujuk dia lagi dan buka rahsia lagi.

Memang abah ada cakap nak buat kenduri. Konon malu anak guru besar Johari kahwin koboi tapi dia memang tak plan dari awal.

“Dah siap nak buat kenduri pulak dah?” tanyaku sinis. Kak Shima sengih.

“Dahlah… aku nak keluar. Masuk tidur lagi baik. Sakit otak aku ni.” Aku terus angkat tubuh tanpa berpaling bila Kak Shima memanggil.

Bila aku jenguk ke bawah dah tak ada orang. Padahal esok hari cuti. Abah mesti penat sebab tu masuk tidur awal. Aku pulak, terus masuk ke bilik. Sedang elok aku buka tudung dan rapatkan daun pintu, aku lihat Usop sedang elok je baring atas katil aku.

Terkebil-kebil aku pandang dia. Tidur macam kongkang. Satu katil dia conquer dan aku, rasa nak seret je dia keluar. Memang dia berani. Pantang dicabar jugak.

“Awak… bangkitlah. Kenapa awak berani sangat hah masuk bilik saya? Ni dah berani baring atas katil saya pulak?
Awak ingat awak tu siapa? Teman lelaki saya ke? Suami jauh sekali, kan?” tanyaku marah.

Aku hempuk muka Usop dengan sebiji bantal. Cepat je dia bangkit dan tersengih.

“Kalau teman lelaki abang tak akan masuk bilik ni. Suami ek?” Dia ketawa. Aku ketap bibir geram.

“Dah sayang cabar. Nak buat macam mana, mama suruh. Dalam rumah ni kan semua dah percaya yang kita suami isteri, jadi tak ada apalah yang menghalang abang,” ucapnya lembut.

Sabar jelah hati aku ni. Kalau dia mengaku sekarang, aku memang akan benarkan dia tidur kat sini tapi sebab dia banyak sangat helah, aku pun tak kurang hebatnya bermadah berhelah ni.

“Okey, saya cakap pada mama dan abah saya sekarang juga yang awak ni bukan suami saya. Semua ni tipu. Cek tipu, surat nikah tipu dan awak pun tipu saya,” luahku beremosi.

Aku nak menangis ni sebenarnya tapi airmata ni tak nak mengalir pulak. Jadi, nafas ni sesak je. Dada ni sebak je.

“Tak takut kena halau?” Dia sekali lagi mencabar ku.

“Saya lebih rela hidup sendirilah daripada hidup dalam wayang gambar ni!” tekanku lalu aku cuba hendak menapak ke luar dan belum sempat aku berlalu Usop menarik tanganku kuat membuatkan aku terdampar di sisinya.

Wajah dia semakin dekat dengan wajahku dan aku, gulp… kelat semacam je air liur ni.

~~~> bersambung

Cik Penulis : Layan dan maaf atas kekurangan...

19 comments:

  1. satu persatu lit dah tau......siap le lps ni nak mujuk pula....thanks rehan..best sgt...

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..bez gilerrrrr!!!

    ReplyDelete
  3. mmg sgt lah best citer ni............

    ReplyDelete
  4. Wah bestnye Citer nie Lit dah tau semua hahha

    ReplyDelete
  5. Hahaha...Klakar romantis gitu... Misteri pernikahan dah terungkap... Senang je Shimah bagitau semuanya...Makin masyuk lah citer ni.... Suka part tak jadi dinner kat hotel tapi kat benteng tepi sungai je... kalau bersama-sama yang tersayang makan cengkodok aje pun sedap.

    Tahniah lah sis, tulisan U memang mantop. Chaiyo !!!

    -ety.s

    ReplyDelete
  6. bikin pns lg smbungn BNS... dh xsenang duduk fikirkan lit & usop... jgn bg lm2 tau kami menunggu cik rehan smbung BNS... hahahahaha

    ReplyDelete
  7. kak...puas ati lah kak...baru tau dh kawin...hehe...bez kak..xsbr nk tggu next

    ReplyDelete
  8. nape la ayah die wt cmtu ek.. pastu tipu lakk.. sian lit.. kalo i pon, xsuke cmni.. :P pape pon, sabo menanti nextttt...

    ReplyDelete
  9. cite ni mmg best gile. x sabar nak tgu next entry.

    ReplyDelete
  10. rehan, cepat2 lah habiskan watak berlakon antara lit dan usop tue, nak tang romantice pulak antara lit dan usop.. mesti best kan.

    ReplyDelete
  11. abeslah usop dan family kena pujuk lit pasni..adoyaiii

    ReplyDelete
  12. aduh... makin best lah BNS nih..
    padanlah ramai owg gila meroyan kat usop..
    suka cara dia owg bergurau..
    so sweet lah kak.. hahaha

    ReplyDelete
  13. aduh, terasa sesak dada bila tahu kebenaran...

    ReplyDelete
  14. Pergh! Betul la tekaan saya tadi! Diorang kawin pakai wali mujbir. Mantap gak imaginasi saya nih. hahah, memang konfem saya beli novel ni!!! =)

    ReplyDelete