Thursday, November 22, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 17


BAB 17

MAMA paut bahu aku.
“Zayed tak balik lagi?”  soal mama saat aku sedang berpeluk tubuh bersandar pada bingkai pintu gelungsur pada malam yang kelam dan dingin ini. 

Aku menggeleng dengan wajah sedih.  Rasa hendak menangis mengenangkan perkara yang terjadi siang tadi.  Zayed lebih-lebih lagi.  Pertama kali setelah bertahun-tahun kami sama-sama menghadapi kematian pesakit. 
Perkara itu adalah lumrah alam.  Mati itu pasti hanya waktu, tempat dan sebab saja yang menjadi persoalan.  Zayed tahu hakikat itu.  Kami semua juga.  Bukan tidak pernah melihat kematian namun hanya ini pertama kali aku dan Zayed sendiri melihat si ibu meninggal dunia.  Biasanya, kami akan selamatkan ibu jika benar-benar dalam kondisi yang berbahaya dan itu pun atas permintaan keluarga masing-masing.
“Teruk sangat ke dia?  Rina tak try call dia?”  soal mama. 
Aku angguk.  “Tak ada jawapan, ma,” sahutku.
“Sabarlah.  Adalah tu dia nak tenangkan fikiran dulu.”
“Dia kata nak buat report petang tadi tapi kenapa tak jawab call Rina dan suruh Rina balik dulu?”  Aku mula sebak.  Perlahan-lahan aku jatuhkan kepala pada bahu mama dan airmata aku menitis setitis. 
“Sabarlah, sayang.  Bagi ruang sikit.  Bagi dia tenangkan hati dia.  Mesti dia rasa bersalah tu,” pujuk mama dan kali ini aku terus memeluk tubuh mama yang masih sama seperti dulu. 
“Rina tak boleh nak ingat, mama… ibu tu tiba-tiba dia… dia…diam,” beritahuku pada mama.
“Dah sampai masa dia.  Itu memang tugas Rina dan Zayed kan tapi bukan kamu berdua yang tentukan semua tu.  Allah maha tahu.  Mungkin Allah nak duga kamu suami isteri dengan kejadian seperti ini.  Setidak-tidaknya, si anak masih ada pewaris,” ujar mama.
Aku menggeleng.  “Bayi tu sebatang kara sekarang, ma,” beritahu aku dengan rasa sedih yang tak luak-luak.
Mama mengusap kepala aku lembut.  “Aka nada jalan yang terbaik buat bayi itu nanti.  Allah akan jadi penjaga dia.”
Lidahku kelu.  Tak tahu lagi nak berkata apa.  Rumah hari ni suram dan rasanya inilah pertama kalinya rumah kami suram bagai dilanda garuda.  Kehadiran kedua-dua mertuaku tadi pun bila aku khabarkan berita tentang ini.  Mereka mahu memujuk Zayed tapi Zayed hanya diam tidak menjawab panggilan. 
“Rina nak ke hospital, ma,” beritahu aku pada mama dan aku sudah bersedia hendak berlalu tapi mama menahan.
“Rina call dia dulu.  Jangan terjah macam tu je.  Minta izin suami Rina nak keluar ni biarpun Rina memang nak pergi cari dia,” pesan mama.
Aku angguk dan terus berlari ke dalam bilik.  Telefon aku capai dan nombor Zayed aku dail. 
Lama aku menanti di talian.  Malah bukan sekali aku membuat panggilan malah berkali-kali tapi Zayed tetap tak mahu menjawab.  Aku mencuba lagi.  Tak mahu berputus asa seperti mana aku tak pernah berputus asa menanti dia bertahun-tahun dulu.  Apatah lagi kini setelah dia bergelar suami. 
Kali ini hanya beberapa kali deringan, aku dengar suara Zayed di hujung talian. Sedikit bising.  Bagaikan angin yang bertiup  kencang.
“Abang,” seruku. 
“Hrm…”  Hanya itu menjadi jawapan Zayed padaku.
“Abang kat mana?  Rina datang jemput abang balik, ya?” 
“Toksah…”
No, abang.  Jangan macam ni.  Rina faham…”
“Abang dah on the way balik,” cantas dia. 
Aku hela nafas lega.  “Now dah kat mana?” 
Zayed diam. 
“Abang kat mana dah ni?  Dah hampir lewat malam ni.”  Sekali lagi aku bersuara tapi dia masih diam.
“Subhanallah, abang… abang okey je, kan?” 
Dia tidak menjawab biarpun sepatah perkataan pun membuatkan airmata aku menitis laju.
“Jangan macam ni, bang.  Semuanya dah ditakdirkan.  Abang dah usaha…”
No, sayang.  Sepatutnya abang boleh selamatkan kedua-duanya,” rintih dia lemah.  Tak mampu aku bayangkan riak wajah Zayed saat ini.  Rasa hendak berlari dan terus memeluk dia kala ini bagi menenangkan dia.
“Abang dah cuba.  Rina nampak kesungguhan abang mencuba tapi arwah dah tenat masa tu.  Dia hilang banyak darah dan tenaga.  Setidak-tidaknya waris dia kita mampu selamatkan,” pujuk aku biarpun aku sendiri tidaklah kuat hendak mengingati perkara ini. 
Zayed diam.  “Abang salah, kan?”
“Ya Tuhanku… wahai suamiku yang aku kagumi, kita kembali pada takdir Allah.  Kita lepaskan semuanya, bang.  Allah maha tahu,” pujuk aku lagi. 
Suara Zayed padam.  Talian dibiarkan saja begitu membawa angin yang menderu menyapa peluput telingaku.  Sesekali aku dengar dia mengeluh dan menyebut Allah.
“Abang kat mana?”  tanyaku sekali dengan kaki  yang melangkah keluar bila aku dapat rasakan dia semakin menghampiri aku. 
Daun pintu aku buka dan kaki aku berlari turun ke bawah.  Mama dan abah hanya memandang.   Begitu juga yang lain.  Masing-masing bagai sedang membendung rasa sedih bersama-sama kami. 
Kini, aku berdiri tegak di pintu.  Bismillah meniti di bibirku dan aku tarik pintu utama agar terkuak lebar dan ternyata, kereta Zayed berhenti tepat di depan pagar.  Talian masih tidak diputuskan.  Bila dia keluar dan membuka pagar, aku nampak langkahnya kian longlai.  Lemah segalanya.  Matanya merah dan wajah itu langsung pucat. 
Kaki aku menapak.  Selangkah Zayed mendekati, dua langkah aku menghampirinya.  Kini, wajah Zayed bagaikan kabur di mataku memaksa aku menghentikan langkah.  Telefon aku letak di dalam poket seluar trek yang aku pakai. 
Melihatkan dia yang memandangku bagaikan merayu kasih, aku mendepangkan tanganku.  Lalu Zayed menapak pantas lalu memaut tubuhku erat.  Memelukku bagaikan tak mahu dilepaskan lagi hingga kakiku sedikit terangkat. 
“Tenanglah, abang.  Tenanglah.  Apa  yang terjadi bukan kemahuan kita.  Dia pergi kerana janjinya dengan Allah sudah tiba.  Moga syurga tempatnya.  Abang tak salah kerana abang dah berusaha tapi kudrat tidak di tangan kita, abang,” bisikku bersama juraian airmata lalu aku usap kepalanya lembut.  Bagaikan menepuk dan menenangkan anak kecil dari ketakukan kerana aku yakin, Zayed sedang menahan rasa takut.
“Abang salah…”
“Syhh…”  Aku jauhkan wajah dan menutup bicaranya dengan bibirku seketika. 
“Abang tak salah.  Abang dah usaha,” pujuk aku.
“Tapi…”
“Jangan tapi-tapi, abang.  Sepakar mana pun kita, ingatlah Allah yang mencipta kejadian dan pada dialah segala kejadian manusia ini kembali.” 
Pesan mama, aku lebih perlu bertenang daripada dia.  Zayed pasti tertekan.  Zayed pasti kepedihan dan akulah yang akan jadi penawar pedihnya dan penawar untuk jiwanya yang tertekan.
Sekali lagi aku paut tubuhnya erat dan Zayed membenamkan wajahnya ke leherku lama.  Saat ini, dapat kurasakan titisan air mata Zayed jatuh ke leherku.  Aku gariskan senyum dan terus mengusap kepalanya.
“Subhanallah  yang mencipta kehidupan.  Daripada Dia kita datang dan pada Dia kita akan kembali,” ujarku lagi berharap terus menusuk ke dada Zayed dan bila dia mengangguk, aku hela nafas lega.
Tubuh yang menggigil itu biarlah aku salurkan kehangatan buat dia.  Biarlah dia berasa selamat bersamaku biarpun dia adalah lelaki yang gagah dan aku adalah wanita yang lemah kerana Allah menjodohkan kami untuk saling melengkapi. 
Dia kekuatanku dan akulah ketenangannya.  Seperti mana Rasullullah yang pulang menggigil kala didatangi Jibrail di Gua Hira’ saat pertama kali menerima wahyu, baginda diselimut dan dipeluk  kemas oleh isteri baginda Khadijah dan aku biarpun tidak mampu menjadi sebaik Khadijah r.a, aku sentiasa mencuba menjadi isteri yang baik buat Zayed. 
“Allah telah datangkan Rina pada waktu yang tepat menjadi isteri abang,” ujarnya dan aku mengangguk saja membiarkan Zayed terus memeluk tubuhku kemas biarpun aku tahu, abah, mama, along, angah dan kedua-dua kakak iparku sedang memerhatikan kami. 



PERISTIWA itu berlalu biarpun tidaklah terlalu lama.  Namun, entah mengapa, setiap kali aku melalui wad kanak-kanak dan melihatkan kanak-kanak itu, hati aku sebu.  Apatah lagi mendengarkan yang dia akan dihantar ke pusat kebajikan.  Aku ketap bibir.  Sejuta kali aku bertuah hendak dibandingkan dengan mereka.  Itu tidak dikira lagi dengan anak-anak Palestin yang berjuang untuk hidup setiap saat. 
Kala ini, aku menginsafi diri.  Sentiasa insaf dengan diri yang hina-dina ini.  Pada Allah aku panjatkan doa moga dia selamat saja di mana pun dia dihantar kerana arwah ibunya juga seorang yang sangat kuat kala kami berusaha  membawanya keluar. 
Biarpun aku nampak Zayed masih trauma, tapi dia tetap cuba bangkit.  Dia senyum dan dia adalah Zayed yang pernah aku kenal.  Dia suami yang penyayang dan doktor yang berbakat. 
“Tengok apa?” 
Aku tersentak.  Tak sedar bila Zayed ada di sisi.  Aku pandang jam dipergelangan tangan.  Waktu kerjaku sudah lama tamat.  Hari ini kami berbeza waktu kerja lagi. 
Aku pandang dia.  “Tengok bayi tu… siapa nama dia, ya?” 
Zayed menjongketkan bahu.  “Abang pun tak tahu, sayang.  Apa yang abang tahu, dia akan jadi seorang anak yang baik dan kuat sebab ibu dia kuat,” jawab Zayed.
Bibirku menguntum senyum dalam sebu.  “Insya-Allah, bang.”
“Lepas apa yang jadi buat abang insaf dan abang harap Rina tak takut untuk jadi ibu.”
Mata Zayed aku renung dan aku menggeleng.  “Tak akan Rina takut hendak ramaikan umat Nabi Muhamad menjadi khalifah di bumi Allah ni.  Ajal maut di tangan Tuhan… dugaan itu adalah bahagia masing-masing bagi menguji keimanan, kan?”  soalku dan Zayed mengangguk. 
“Kadang-kadang abang rasa takut.”
“Takut itu perlu tapi jangan putus asa,” pesan aku lagi. 
Mata kami sama-sama melihat pada bayi yang kami sendiri tidak tahu namanya.  Yang pasti, dia akan meninggalkan kami sikit waktu lagi.  Apa yang aku harapkan, moga dia dijaga dengan baik oleh keluarga angkatnya setelah mereka mengambilnya dari Jabatan Kebajikan nanti. 
“Itulah, kan… sepatutnya abang tak ikut perasaan sangat.”
“Abang…”  Aku tarik tangan Zayed.  Beberapa jururawat yang lalu lalang tersenyum pada kami.  Jealous ke apa.  *sempat lagi buruk sangka*
“… kita ni manusia.  Macam mana pun, rasa bersalah tu tetap ada.  Mood rosak juga kalau ada yang tak kena.  Kerja kita ni dengan nyawa orang, bang.  Abang kena kuat.  Dah ini bidang abang.  Apa nak kata?   Lagipun, abang dah lama dalam bidang ni cuma Rina pelik… bukan abang tak biasa hadapi kematian, kan?”
Zayed melabuhkan duduk di atas bangku yang ada di sebelah bilik khas yang menempatkan bayi yang kami sambut kelahirannya dengan susah payah tempoh hati.  Dia menyandarkan kepalanya pada dinding dan meraup wajahnya beberapa kali sebelum keluhan kecil dilepaskan.
“Abang pun tak tahu…”  Dia menggeleng.
“Apa yang pasti, abang rasa salah abang sebab abang sepatutnya boleh selamatkan keduanya.  Dengan kecemasan dan paling sedih dekat koridor dalam waktu yang begitu genting,” jawab dia kemudiannya.  
Aku menyeluk poket seluar dan membalikkan tubuhku bersandar pada kaca itu. 
“Macam mana arwah tak tahu ke dia songsang?” 
Pelik juga.  Pastilah doktor telah memberi tarikh untuk melakukan pembedahan bagi ibu yang memang mengandung songsang.
“Itu abang tak tahu tapi bila abang tengok rekod dalam buku pink dia yang HKB (Hospital Kuala Kubu) hantarkan pada abang, sepatutnya tarikh operation dia dalam dua minggu lagi.  Tarikh yang doktor bagi tapi tarikh yang Tuhan tetapkan tak siapa mampu halang, kan?”  Dia tersenyum tawar. 
“Betullah tu.  Patutlah dia tak tahu apa-apa dan dengar kata dia naik teksi je datang sini terus.  Rina harap tak ada lagi ibu-ibu yang lalu benda macam tu tapi kalau Allah nak duga, siapa kita nak halang.  Huh…”  Aku lepaskan keluhan. 
“Rina nak balik dulu.  Jumpa abang pagi esok, ya?”
Baru nak berlalu, Zayed menahan.  “Susahkan bila kita tak sekali kerja macam ni.” Tiba-tiba pula dia usulkan soalan macam ni.  Aku sengih.
“Dah tu?”  Keningku naik.
“Nak suruh Rina dok rumah macam Kak Anaresa macam tak kena pulak… kalau terus kerja, asyik clash masa je bila kita nak ada keluarga besar?”
Oh rupanya itu yang dia risaukan. Mengerti dengan apa yang dia mahu katakan, aku menguntum senyum. 
“Kalau macam tu, baliklah awal sikit esok pagi. Sebelum Subuh sempat kot…”  Aku kenyitkan mata. Sengaja aku mahu bangkitkan kenakalan pada wajah Zayed berharap agar dia lupakan perkara yang telah hampir meragut semangatnya.
Bibir Zayed herot dengan senyuman.  Dia menggeleng kecil dan melepaskan tangan aku. 
“You make me hot malam-malam macam ni, sayang,” ujarnya dan aku senyum.
“Kalau abang hot, Rina sejuk ni.  Balik awal esok pagi hangatkan Rina.”  AKu kenyitkan mata dan terus berpaling setelah aku titipkan salam buatnya. 
Sudah berminggu kami jarang bersama.  Sekadar mencuri sedikit masa makan bersama kala di hospital dan itupun saat aku mahu pulang dan dia pula baru mahu bertugas.  Terasa sukar hendak kami menjaga masa yang ada tersisa. 

~~>  bersambung

18 comments:

  1. ohh yeahhh..y d tnggu2..xsabo nk bca..hehe
    syg RM!

    ReplyDelete
  2. Mmg kesian kat baby tu, tp ayahnya mana? Zayed lak dah pandai beromantik skrg.... I like!

    ReplyDelete
  3. best best best best.Nak lagiiiiiiiiiiiiii......

    ReplyDelete
  4. thanks rehan....untuk entry yang tak putus2 lately. suka sangat.....

    ReplyDelete
  5. Suruh rina ambik anak tu wat anak angkat.sedey lak bc n3 ni, mujur ayat2 last tu mnhangatkn blik suasana hihihi

    ReplyDelete
  6. rajen nye cik Rehan up new en3 keke,. camtu lah lumrah jdi doktor,.kne kuat physically n mentally,. tgu next en3 plak keke,.

    ReplyDelete
  7. hehehee.....thanks kak Ann,bru igt nk td0 alih2 sangkut...best sgt2 nk lg

    ain hime

    ReplyDelete
  8. thanks, rm. byk en3 hari ni. suke..tapi nak tau juga apa sambungan IAM. rindu kat alai n khail..

    ReplyDelete
  9. urm... x tau nk ckp ap.... hehehheheheh best... sedih da nk ending..... T.T
    thanks kak rehan for this entry... ^_^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  10. agaknya..nti rina n zayed ambik baby tu jdi nk angkat tak? hehe... sedey di awal cite(dalm bab ni) best n d best... haha. di hujung cite..

    'you make me hot di malam-malam macam ni sayang.' uhuk..uhuk...
    tersedak dah kita...ahahaha...romantika zayed dh dtg. ^__*

    ReplyDelete
  11. Thanks for all the n3s that u uploaded 2day. Sgt2 enjoy baca semua n3s...mcm2 feelings timbul hari ni

    ReplyDelete
  12. Thanks kak Rehan! Saya speechless taktahu nak comment apa sebab saya dah terjatuh hati dgn Zayed, hehe mintak mahap Rina. Amboih Rina, nakal. Hahaha anyway, goodjob kak Rehan! Sila rajinkan diri lagi ya! :D

    ReplyDelete
  13. DR REHAN...sye nk bab 18 plak..u make me hot to..hahaha =) best sgat..syagku ziyad jgn nakal2..xtaw knpe suke dgan watak ziyad wlaupun kasanova gitu..huhuhu

    ReplyDelete
  14. sian baby tu...tp zayed kesal terlebih2..mcm x blh terima takdir plak

    ReplyDelete
  15. Syukur sgt sbb rm rajin post n3 lately. before this pon rajin jgk cuma tak sekerap ni..thanks a lot..

    ReplyDelete
  16. Cian zayed...rasa bersalah tp tu takdir...

    ReplyDelete
  17. Zayed tu mmg doktor yg komited dgn krja.mgkin sbb tu dia rs berat bila xdpt selamatkn patient.apapun ajal si ibu dh tertulis.

    ReplyDelete