Sunday, May 19, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 17

BAB 17

TUBUH pun tak hilang penat lagi.  Aku buka mata masa tu hari dah kembali gelap dan sejuknya musim luruh ni buat aku rasa nak korek tulang sendiri.  Sengal sampai ke tulang hitamlah orang cakap.
Aku cari kelibat Ayie.  Dia tak ada atas katil dan aku pula terlena menyungkur di birai katil.  Padahal sebelum tidur tu aku ralit dok perhatikan wajah Ayie yang nampak sangat kepenatan. 

Mana pulak dia?  Aku angkat tubuh dan menggeliat sedikit membetulkan urat saraf.  Gamaknya dah masuk Isyak semula kot?  Aku selak langsir bilik hotel dan memang suasana dah nampak gelap dan keindahan neon malam mula memancar. 
Lena tidur?” 
Bila aku nak buka baju panas, ada tangan lain  yang singgah pada bahu aku.  Membantu aku membuka baju luar yang tebal alam tu.
Aku terkejut sedikit.  Sikit lagi mujur aku tak back-hand dia.  Suka terkejutkan aku. 
“Ayie ni, terkejutlah…,” tukas aku sambil menolak tangan dia dan membuka baju panas tu sendiri.
“Dah masuk Isyak kat sini,” ujar Ayie.
Aku angguk.  “Arya nak mandi dulu.  Sejuk pun mandi jugaklah.  Bagi segar sikit.”
“Water heater ada…” 
Aku angguk dan terus menarik diri hendak berlalu daripada tingkap tu.  Tapi Ayie pulak menahan.  Bila dia terbalikkan tubuh aku, aku rasa nak pitam terus.
Okey, dia sekarang hanya pakai tuala tu.  Bawah pusat dan atas paras lutut.  Buat pertama kalinya dia macam ni dengan aku.  Selama ni tidur kemain berkepit pun, dia tetap berpakaian lengkap.  Sama macam aku.
“Lebih baik Ayie pergi pakai baju.  Kalau demam musim luruh ni akan jadi sangat teruk,” gesa aku yang ternyata dah kaku.
Tawa Ayie meletus.  “Kakak malu tengok adik eh?”  usik dia.
Aku mencemik. Dulu aku nak panggil adik dia tak bagi.  Mengusik nombor satu.  Bala yang menantu tu langsung tak difikirkannya.  Jenuh. 
“Merepek… merepek…”  marah aku. 
Dia sengih lagi.  “Memang sejuk, kak.  Mari sini minta haba sikit…” 
Dia langsung menarik tubuh aku ke dalam pelukan dia dan menolak aku kembali rapat ke birai tingkap.  Bahu aku ditolak menjadikan aku membelakangi dia dan aku terus menatap keindahan daun-daun yang menguning di bawah lampu malam.
“Winter is coming,” ujar Ayie.
Aku angguk biarpun dada aku memang dah nak pecah.  Sikit lagi Ayie buat perangai pelik-pelik, jantung aku akan sampai dekat jalan raya sanaMain lompat kijang dek penangan budak Ayie ni. 
“Dah lama tak tengok salji,” akui aku pula.
“Kali ni boleh tengoklah.  Berdua pulak tu.  Lagi syok kot…  dulu Arya dekat USA, pergi mana je?”  tanya dia tiba-tiba berminat dengan sejarah penjajahan aku ke Negara asing mencari ilmu.
“Tak ke mana.  Pernah datang Munich sekali.  Ikut kawan-kawan.  Pernah jelajah Europe dengan keretapi.  Sangat seronok.  Lepas tu ma dengan pa jelah datang.  Tak pun atuk dengan nenek kalau diorang ada hal.  Diorang singgahlah.  Aryan je tak pernah sampai,” jawab aku.
Ayie mengangguk beberapa kali.  Dia rendahkan wajah dia dan menyangkut dagu dia di bahu aku.
“Lepas ni nak dinner dekat mana?  Dalam ke luar?” 
Sebut pasal makan malam, aku memang dah tahap kebulur ni.  Sejak daripada pagi memang teguk air masak dan roti je.  Siang tadi pun sama. 
“Tengoklah kat mana.  Tapi, kat luar hotel la… nak imbau balik kenangan zaman muda-muda dulu…”
“Wow, dah rasa tua ke sekarang?”  tanya Ayie memangkas. 
“Bolehlah daripada tak ada…”  Kecil hati aku okey. 
Dia ketawa halus.  “Arya matang.  Bukan tua.  Umur tu angka je.  Orang kata, kalau kahwin dengan orang muda, kita pun akan jadi muda.  Begitulah sebaliknya.  Biarlah Ayie jadi matang juga untuk Arya eh?” 
Aku siku perut Ayie tanpa sengaja.  Mengaduh budak tu dibuat aku.  Terus terlepas pelukan dan dia terdorong ke belakang beberapa tapak. Aku kalih melihat dahi dia yang memang dah berlapis-lapis.
“Sakit?” 
Dia angguk.  “Ganas betul.”
“Itu baru sikit eh… jangan dok usik Arya pasal umur-umur lagi.  Daripada awal Ayie dan seantaro dunia ni dah tahu berapa umur Arya,” ujar aku memberi amaran dalam senyuman.
Ayie angguk.  “Yalah-yalah… my bad.  Tapi, ni Ayie nak tanya soalan ni…” 
Aku tidak terus memberikan izin dia bertanya.  Sebaliknya aku luruskan telunjuk menghala tubuh dia. 
“You better get dressed, Ayie.  Demam nanti,” arah aku sedikit tegas.
Ayie terus menapak ke arah katil dan diselongkar beg galas milik dia tu.  Beg yang setinggi hampir semeter.  Beg hiking.  Dikeluarkan sehelai baju T putih longgar dan juga sehelai jeans.  Baju tersebut dah selamat menutup tubuh.
Huh, kurang sikit seksa mata aku ni.  Barulah rasa boleh melihat dengan luas.  Jeans pula dia pegang lama.
“Ayie nak tanya soalan,” ulang dia.
“Okey…”  Aku buka baju panas kedua. 
“Berapa soalan?”  tanya aku pada dia sambil tangan membuka lilitan selendang pula.
“Satu je…”
“Okay then… go on.  Satu soalan je.  Lebih tak boleh,” tegas aku. 
Yalah, asyik dia je tanya.  Aku ni sejak daripada hari kejadian lagi nak tanya dia macam-macam soalan.  Itu tak termasuk bahasa Jerman yang dia bisikkan pada aku masa kami turun bas siang tadi.  Tak sempat lagi aku nak google. 
“Kenapa tenung Ayie masa Ayie tidur tadi?”  soal dia tenang, jujur dan telus.
Aku telan liur.
Mata aku bulat.
Nafas aku sesak tiba-tiba.
Terkantoi okey. 
Tapi, kalau dia tidur macam mana dia boleh tahu aku renung dia?  Tak kan sebab aku terlentok menyungkur pada katil dia boleh agak.  Eh, tak logik ni.
“Mana Ayie tahu?  Entah-entah Ayie  yang renung Arya tak?  Sebab tu Ayie perasan yang Arya renung Ayie?”  Soalan itu berbalik semula pada dia.  Sebab aku nak lindungi resah  hati.
Dia sengih senget sambil duduk dibirai tilam yang diselimuti kain putih bersih tu.  Seluar dia sarung penuh cermat.  Tak terselak langsung tuala dia. 
“Ayie mengaku.  Lampu samar-samar macam tu, Ayie boleh nampak mata Arya makin layu renung Ayie.  Kenapa?  Tak percaya?” 
Tak percaya?  Apa Ayie tanya aku tu.  Memang aku berdebar amat bila dia mengaku memang dia renung aku sama.  Senget jugak aku ni.  Macam mana boleh tak perasan aku renung orang tapi orang renung aku balik? 
Huh, ada ke macam tu?  Ni mesti bahana mata melihat tapi otak dok fikirkan perkara lain. 
“Apa maksud Ayie tak percaya?”  Tak jadi aku nak cari pakaian aku dalam bagasi tu. 
Mata Ayie memandang aku tunak.  Lama sebelum dia mengalihkan pandangan dia dan membawa tuala tu menutup kepala dia.  Dilap rambutnya yang sudah agak panjang tu dengan rakus. 
Sikit lagi aku rasa nak tersiat kulit kepala dia dengan gaya dia lap rambut tu. 
“Tak percaya yang Ayie ni tak ada perasaan pada perempuan?”  sambung dia lagi.
Aku telan liur.  Dalam kata lain dia nak cakap yang dia tu memang seperti yang ma dan pa dia syak.  Dia memang suka kaum sejenis dan dia memang songsang?  Macam tu? 
Ohmai… apa hamba nak buat ni, Ya Tuhan…
Menggigil tubuh aku.  Hari tu dia kemain nafikan.  Kata dia diperangkap la, apa la.  Dia lurus tak bengkok.  Dia normal bukan abnormal.  Dia minta aku percayakan dia tapi bila dia dah heret aku sampai beratus ribu batu jauh daripada keluarga aku, ini pengakuan dia.
“You’d been set up, hadn’t you?”  Soalan tu masih kedengaran normal dalam getaran. 
Renungan aku ni dah boleh tembus kepala Ayie dah kalau ianya sejenis senjata membunuh. 
Ayie senyum lagi dan seperti biasa.  Menyenget ke kiri. 
“Sungguh memang Ayie tak ada rasa pada perempuan ke?”  Okey, ini dah kali kedua aku tanya. 
Hari tu dia angguk mengiyakan dan kali ini…
Okey, dia angguk juga.  Aku terus berpaling semula ke tingkap.  Ada beberapa orang berjalan dalam cuaca yang boleh buat hati dan jiwa beku.  Macam aku sekarang ni.  Freezing…
Airmata aku dah nak menitis.  Aku memang tak ada niat nak mandi dah.  Aku nak heret bagasi aku sekarang jugak pergi ke airport.  Aku nak lari jauh-jauh daripada semua orang. 
“Arya rasa nak cari makan sikit kat bawah.  Don’t wait,” ujar aku dan terus saja aku capai pakaian panas aku yang tebal tu, mahu meluru ke pintu.
Tombol tak sempat aku capai tapi tangan dulu direntap Ayie.  Terkaku tubuh aku bila dia mencerlang pandang macam helang nak terkam mangsa. 
“You promised me.  Arya janji nak percayakan Ayie no matter what, kan?” 
Aku angguk.  “Arya… Arya…”  Aku gagap.
Dan… ada air jernih mengalir. 
Aku menangis.
“Arya…,” seru Ayie bila aku larikan mata aku daripada pandangan dia.
Baju panas tu dia tarik dan dicampaknya merata-rata.  Hey, itu baju panas yang ma dengan pa beli dekat butik tu.  Harga tiga bulan gaji gaji aku.  Seronok dia je main campak.
“Baju tu hadiah daripada ma dengan pa… jangan main campak je?”  tegur aku dalam kesedihan.
Ayie sengih.  “Sedih pun boleh risaukan baju tu eh?  Ke nak Ayie campak Arya je ke bawah?”  soal Ayie sinis.
Aku gigit bibir.  Tahan hati je dengan budak ni.  Kalau kat rumah keluarga kami tu tak berani pulak dia layan aku macam ni.  Memang budak ni terpesong sungguh.
“Tak payah campak.  Arya boleh turun sendiri dan Ayie duduklah dengan Khai tu.”  Itu ayat geram bercampur sedih jugak.  Bergetar hujung suara tu. 
“Aryana…,” seru dia sekali lagi bila aku sebut nama kekasih gelap dia tu.
Bila aku tak kalih, dia pegang pipi aku dengan tangan dia yang sejuk tu. 
“Look at me,” suruh dia. 
Aku rajin-rajinkan diri pandang mata dia. 
“Petang tadi Ayie ada cakap benda, Arya dah boleh faham?”  soal dia.
Aku geleng.  “I don’t understand Germany…”
“Then google it.  Go out and ask them…  tak ingat apa Ayie cakap, biar Ayie tulis,” ujar dia separuh marah.
Terbalik okey… siapa patut marah ni? 
“Arya nak keluar,” tekan aku tapi dia tetap menahan. 
“Ayie memang tak ada rasa pada perempuan yang tak…”
Ayat Ayie mati bila loceng bilik berbunyi.  Aku terkebil-kebil menanti patah perkataan yang seterusnya tapi Ayie terus menyambung ayat lain.
“Who?”  Dahinya berkerut.
Aku jongket bahu.  Manalah aku tahu, kan?  Bukan tempat aku ni.  Ini tempat dia.  Tak kan orang hotel pulak?
Perlahan-lahan dia tarik tangan aku dan terus membuka pintu.  Bila daun pintu terkuak, Ayie gamam. 
“What are you doing here?”  tanya Ayie jelas beriak terkejut dia tu. 
Aku pandang Ayie dan Ayie pandang aku sebelum kami memandang makhluk Allah yang tercegat di depan pintu ni. 
“I am looking for you,” jawab dia tenang.
Aku perhatikan dia tapi nampak kurang jelas sikit wajah yang dilindungi topi tu.  Malam-malam pakai topi, matahari mana ada? 
“Mana tahu Ayie dah balik sini?”  Ayie dah bertanya dengan suara yang lain macam je rentak dia.
Aku pandang wajah Ayie yang kian tegang.  Tangan aku digenggam kemas.  Sakit pun aku tahan jelah.  Kotlah dia nak tumbuk budak depan kami dia, sempat aku halang. 
Ada yang nampak Ayie turun bas dan masuk sini,” jawab dia.
Ayie mengeluh. 
“Siapa?”  soal aku. 
Ayie tidak menjawab sebaliknya dia menghulurkan tangan dia hendak bersalaman dengan manusia di depan ni.
“You scare me, Khai…”
Dan mata aku terjojol keluar.  

~~> bersambung

38 comments:

  1. Yeaa... ade jugaa... tggu nii kak RM,.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. ooo akak...sikit nyeee.... xpe la.. TQ jugak!

    ReplyDelete
  3. arghhh...si Khai ni muncul plak dah....aihh

    ReplyDelete
  4. Ohmai...arya bertembung 4 mata ngan khai?¿?¿

    ReplyDelete
  5. Sebuk la khai ni...
    Kacau je...
    Sabar arya...
    Da jmp da org yg da dtgu...

    ReplyDelete
  6. Aiyooookkk.. Khai ni kot yg tergilakan Ayie ni!

    ReplyDelete
  7. ..nak lagi..bestnye....

    ReplyDelete
  8. ohmai..knpa terasa mcam...P E N D E K..ke x?

    >>k<<

    ReplyDelete
  9. ohmai *ciplak kejap hehehe

    ReplyDelete
  10. Sukanya..ada post hari ni..kacau je la khai tu

    ReplyDelete
  11. Lme menanti akhir nye ade jgak.....bala sudah dtg

    ReplyDelete
  12. betullah kot ayie ni kena perangkap..khai tu yg bengkok..n ayie nk ckp dia xda perasaan kt perempuan yg bkn halal tuk dia..

    wlu apa pun andaian, hanya sis yg tau...thanx sis, kluarkan bab 17 di saat kepala bz dgn esemen

    ReplyDelete
  13. 'Kekasih sejati' dh entefrem..

    ReplyDelete
  14. a'aah, sama ler kite kat sini ayie ooiii....alahai Cik RM ooiii, tak tido lena ler i mlm ni....

    ReplyDelete
  15. Bestnye.terubat rindu .RM nak lg.....konflik dah bermula.huhi.....

    ReplyDelete
  16. eeeeeyaaaiiiiiii......

    ReplyDelete
  17. RM cepat sambung,akak pulak yg berdebar ni

    ReplyDelete
  18. xsbar nak tahu pa jadi...berbaloi tunggu malam ni

    ReplyDelete
  19. Adoyai potong betul x smpt nk dgr apa yg ayie nk ckp

    ReplyDelete
  20. Wp skit tp tq byk2. Sambunglh lg......cepat2 deh rm

    ReplyDelete
  21. wuhuu khai dah muncul.bertahanlah ayie.jangan mengalah arya!

    ReplyDelete
  22. LAGI LAGI LAGI??!!!

    ReplyDelete
  23. Ohmai lepas rindu tq kak next n3 kak hihihi(imah)

    ReplyDelete
  24. ada kuasa magic ker si khai nie....bole kacau orang tengah honneymoon......sengal lah nie....

    ReplyDelete
  25. Geramnya kt khai ni. Ayie pn sma..bengang snguh..sbr la hti..

    ReplyDelete
  26. lalallaaaa...bestnyer sbb ada N3 bru..hehehe..x lena tdo tgu N3 nie..hehehhe..

    ReplyDelete
  27. BL LAGI NEXT N3, NAPE RM TAK REPLY KMEN2 KAMI? SEDIHNYE.... TAKPE2 APEPE PUN JANJI N3 ADA :)

    ReplyDelete
  28. adoyaiiii...suspen le plak...hukhuk...

    ReplyDelete
  29. Arghhh....tension....suspen betul la.

    ReplyDelete
  30. RM....mcm pendek aje....next n3 plzzzzzzzz.....dah berdebar2 nie....

    ReplyDelete
  31. huhukk dah nangis dah ni,, cepatlahRM n3 seterusnya... hati ni dah berdebar2 je bi hehehehe

    ReplyDelete
  32. Khai ni buat orang sakit lain sakit jiwa tau.... jiwa kacau betul...
    Bukan Ayie yang x betul tapi Khai yang x betul ... jadi tugas Ayie dan Arya yang kena betulkan budak Khai tu.... hehehe

    ReplyDelete
  33. yalah, pendek sgt. next n3 RM. ki tu dok nyebuk kt sini wat pe? jgn kacau org tgh honey moon la.

    ReplyDelete
  34. yeay..kekasih gelap dh muncul..hehe..biarla hero gay pun..sesekali wat kelainan kan..br la mencabar..macam cerita HIKC, hero mati..sedih tapi puas sebab lain dr lain...

    congrat's RM...sebab berani mencuba dan berjaya menghasilkan kelainan yg sgt best...hehe

    * tak sabar tunggu next entry..hehe

    ReplyDelete
  35. whoaaahhh, Khai sudah muncul...
    apa lah yg jadi lepas ni ya.
    Bnyakkan bersabar ya Arya..

    ReplyDelete
  36. ayoyoyoyoyoy..... khai sudah mari... baru nak manja2 hahaha

    ReplyDelete
  37. ayaya...ayie ni pun dgn kawan laki pun bahasakan nama mcm tu..manja semacam..haha

    ReplyDelete