Wednesday, November 21, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 14


BAB 14

AIRMATA aku menitis saat melihat pada tubuh Teratai yang sedang menggigil.  Zayed di sebelah hanya memerhati tak mampu berkata apa.  Aku seka airmataku apatah lagi mengingatkan tubuh lesu itu ditepis oleh Ziyad kasar. 

“Jangan macam ni, Zafrina,” pujuk Zayed.
“Kesian Atai,” beritahuku pada Zayed.
“Ya dan kita dah berusaha untuk menolong dia.  Pusat pemulihan ada tempat yang terbaik buat dia.  Kita doakan dia.”
“Yalah… sampaikan keluarga dia pun tak nak datang jenguk.  Memang dia salah tapi dia berhak diberi peluang, kan?”  tanyaku beremosi.
Zayed angguk dan sengih.  “Setiap orang perlukan peluang kedua.  Rina, abang…”  Kata-kata Zayed terhenti.
“Abang pun berhak peluang kedua untuk Rina panggil abang dengan ‘abang’ macam dulu,” sambung dia.
Eh doktor ni.  Tak kena tempat nak beromantika de amour bagai.  Aku jeling dia. 
“I’m worried about her…”
“Then I worried about you,” cantas Zayed. 
“Rina tak boleh macam ni.  Biar pihak hospital uruskan.  Kalau nanti kata nak melawat dia kat pusat pemulihan tu nanti, kita pergi melawat dia kalau ada masa, ya?”  pujuk Zayed lagi dan aku terus mengangguk.
Aku perhatikan lagi keadaan Teratai.  Pertama kali aku ketahui namanya bila doktor yang merawatnya memberitahuku.  Unik… namun sayang dia bagaikan tidak tentu arah.  Sesekali nampak bagaikan hilang kawalan angkara najis dadah. 



HARI ini, aku bersua tiga pasang mata dengan Ziyad.  Zayed beria-ai mahu aku mengikut dia bertemu dengan Ziyad.  Padahal, dia pun boleh bagi kad jemputan tu pada Ziyad.  Mujur siap juga biarpun ada saja  yang tak memuaskan hati. 
“Ini je nak bagi?”  cemik Ziyad dan tetap segak dalam pakaian seragamnya.
Nampak sangat tak puas hati kala kami bertemu dia di Restoran Haslam belakang Hospital Tawakal ni. 
“Buat penat aku datang je kalau takat nak bagi kad.  SMS je dah cukup,” ujar Ziyad lagi.  Nampak kecewa sungguh.
“Ini niat baik aku, Yad.  Kau kena terima.  Kau ni tak sudah-sudah nak buat perangai tak betul kau tu… tunang aku pun nak kacau.  Kalau aku ni orang lain boleh juga kira… tapi ini sepupu kau sendiri.  Kesian sungguh mak long ada anak macam kau ni, Yad,” herdik Zayed.
Ziyad merengus dan menjeling padaku seketika.  “Kalau you yang bagi I, I baru assume ini kad kahwin you all.  Kalau tak, I tak nak terima.”
Boleh pulak budak Ziyad ni.  Macam-macam hal.  Tapi, kalau itu  yang buatkan dia berhenti menjadi macam papan iklan dalam hidup aku, aku sudi lakukan berkali-kali pun.
“Okay then…”  Aku tarik semula kad yang Zayed hulurkan dan aku sua di depannya.
Ziyad tegakkan tubuh dan tersenyum menyenget.  “You ni payah betul nak dapat, Zafrina.  Itu yang buat you special tu tapi…”  Kad tersebut dia sambut.
Am I too late?” 
Aku pandang Zayed dan kami menggeleng.  “Bukan too late but she not meant for you.  Takdir Allah siapa kita nak ganggu gugat?  Cuba macam mana pun kalau bukan untuk kau, terlambat atau tidak tak menjadi masalah.”  Zayed memang matang dalam bersuara. 
“Kau tu, Yed… memang bagi jawapan  mati je tahu.  Menyampah aku dengar.”  Ziyad menyisip jus oren di depannya dan menyapu sedikit seragam putih milik dia.  Nampak baru lagi.  Kain pun keras.
“Uniform baru?”  tegurku mahu mengalihkan perhatian dia. 
Ziyad memandang tubuh tegapnya dan mengangguk.  “She’s a…”  Dia tak jadi bersuara tapi aku sudah dapat menerka apakah yang mahu dia katakan tadi.
“Boleh pulak dia landing atas baju I masa tu.  Habis kena darah dia.  Senang cerita I campak je baju tu ke tong sampah,” keluh Ziyad kasar.  Dia sisip lagi airnya sampai separuh gelas.
Speaking of that girl…”
“She’s a bitch.” 
Mataku membulat bila Ziyad mencantas kata-kata Zayed.  Terluah akhirnya apa yang dia mahu katakan tadi. 
“Tak baik cakap macam tu, Encik Ziyad…”
“Apa yang tak baiknya, Rina?  You cakap… kan dari hari tu I cakap dia tu sampah masyarakat dan sekarang dah susahkan kita…”
“Bukan kita, Yed… tapi kau je yang rasa susah.  Itu tugas kami tolong yang memerlukan,” pangkas Zayed tenang.  Dia menepuk tangan Ziyad perlahan berharap agar sepupunya itu bersabar. 
“Betul tu, Encik Ziyad.  By the way… her name is…”
“Don’t tell me.  I’m not interested.  Just forget her.  She gave me nothing except for anger.  That’s all,” ucap Ziyad bertegas. 
Waktu ini, hilang sikap kasanovanya.  Yang ada hanyalah kemarahan yang meluap-luap kala aku mahu memberitahu dia nama Teratai yang aku panggil Atai.    
By the way… boleh you adjustkan nurse you tu, tak?”  Wajah Ziyad berubah lagi.  dah jadi kasanova balik.
“Mia?”  soalku.
“Yalah… tak dapat you… nurse you pun jadilah buat peneman I sebelum I naik kapal ni,” keluh dia. 
Aku sengih dan menggeleng.  “Dia budak baik, Encik Ziyad…”
“Dan I pun tak jahat,” sela dia dan mengenyitkan matanya padaku. 
“Berubahlah, Yad.  Mama kau dah angin satu badan dah tu.  baik kau cepat-cepat cari.  Aku dah tak larat nak cipta alasan dekat mak long.  Siap kau cakap Rina awek kau, itu sangat-sangat melampau,” bidas Zayed.
“Sekali kau tak akad nikah…”
“You sepatutnya mendoakan kami, Encik Ziyad…”
“Ya… I sentiasa doakan you.  Doakan you berpaling tadah dari Zayed dan datang pada I,” jawab Ziyad.
Aku mencerlung pandang.  Mulur dia ni tak ada insuran langsung.  Main bedal je apa yang dia nak cakap. 
“Huh… Rina balik hospital dulu, ya?”  pintaku seraya mahu bangkit tapi Zayed menahan. 
Let him be… sit,” suruh Zayed.
“Don’t talk rubbish, Yad.  Sekali aku tumbuk kau sungguh, jangan kata satu jahitan yang kau dapat… terus kena buat plastic surgery, nak?”  ugut Zayed dan Ziyad ketawa. 
“Kau ni dari dulu, asyik nak tumbuk aku je.  Sampai hari ni tak tumbuk pun.”
“Sebab aku sayangkan kau…”
Tawa Ziyad mati.  Dia pandang Zayed lama.  Tapi setelah itu dia mengjongketkan bahu langsung bangkit. 
“I jalan dulu, Rina.  Petang ni ada meetingAnd… congrate, Rina.  I akan datang… jika tak majlis kahwin you tak jadi nanti,” pesan Ziyad pada kami dan aku hanya mampu mengeluh melihat Ziyad melangkah ke arah Integra miliknya.
“What’s wrong with him?”  soalku pada Zayed.
“He falls for you,” jawab Zayed.
It can’t be,” protesku tidak percaya.  Tak mungkin sampai tahap tu dia punya kegilaan.  Sungguh, sukar nak percaya.
“Biarlah dia… satu hari nanti, dia akan menitiskan airmata sebab cinta dan saat itu, itulah wanita yang dia benar-benar cinta,” ujar Zayed.
Aku pandang dia yang ada di sisiku.  “Mana Zayed belajar semua ni?”
“Buku cakap,” jawab dia sambil ketawa.
“Buku?”
Dia angguk.  “Buku tentang cinta.  Belajar menjadi kekasih pada isteri,” jawab dia.
Aku senyum dan mengangguk.  “Sila belajar lebih lagi, ya?”
“I know everything already.  Hanya menanti masa mempraktikkan saja,” sahut dia lalu dia menikmati makanan yang sedari tadi terhidang. 
Aku?  Kelu. 


TUBUH yang sudah dirias dari hujung rambut hingga hujung kaki membuatkan aku segan nak tengok diri sendiri dari pantulan cermin.  Rasa bukan aku pulak.  Tapi, bila aku amati lama-lama, haruslah aku.  Yang ada di belakang adalah kak long dan kak ngah saja.
“Cantik adik ipar kita, kan Resa?”  soal kak ngah pada kak long.
Aku senyum malu membalas pandangan mata mereka dari dalam cermin. 
“Sangat cantik…” 
Mereka merapati aku dan memeluk aku serentak dan masing-masing merebahkan kepala pada bahuku.  Masing-masing sedondon dengan warna merah terang.  Kontra dengan aku  yang mengenakan persalinan putih bersih. 
“Kak long doakan Rina bahagia hingga ke syurga…”
“Kak ngah doakan Rina cepat-cepat dapat baby, ya?” 
Aku senyum dan angguk.  “Terima kasih.”  Terasa juring mataku basah saat ini tapi cepat-cepat aku seka dengan hujung jari. 
Hari yang penuh bersejarah.  Hari keramat kala aku sudah diangkat menjadi seorang isteri setelah sekian lama aku menanti dia. 
“Pengantin  lelaki nak masuk batalkan air sembahyang ni…”
Kami berpaling serentak dan wajah along tersembul di muka pintu.  Diikut dengan mama dan abah serta angah yang sibuk dengan kamera dia.  Wajah-wajah keluar belah kak ngah dan kak long juga ada menemani majlis kami.
Aku senyum dan mengangguk.  Kak ngah dan kak long menarik aku duduk di birai katil yang cantik dihias.  Segalanya putih dan sangat suci. 
“Duduk elok-elok,” pesan mama.
Abah senyum dan buat muka comel.  Aku mahu ketawa tapi aku tahankan saja bila mana aku dengar derap tapak kaki dan suara semakin riuh di depan pintu bilikku.  Kala langsir di selak, aku menunduk dan bila kedengaran salam, aku angkat wajah.
“Assalamualaikum…”
“Waa…”  Jawapan salamku tidak sempurna bila mana wajah Ziyad muncul tersengih dan aku hampir rebah. 
Jika tidak kak long dan kak ngah menyokong tubuhku, aku yakin aku pasti tersembam dan saat ini, airmata aku sudah mula menitis.  Mencelakan solekan yang begitu rapi tadi.
“Apa semua ni?”  Aku mula sesak nafas.  Bunga  yang ada ditangan terlepas dan aku terus pejamkan mata bila Ziyad menghampiri. 
“Kan I dah cakap pada you, I wajib ada hari kahwin you nanti.  Kalau tak, you tak boleh kahwin,” bisik Ziyad dekat pada telingaku. 
Airmata yang menitis aku biarkan saja.  Bila kak long mahu memujuk, aku menepis.  Bila kak ngah mahu memeluk, aku mengelak. 
Tangisanku mula kedengaran.  Teresak-esak sudah.  Bila mama mahu mendekat, aku tahan.  Aku pandang mama dan abah tajam.  Sampai hati buat aku macam ni. 
“Rina...,” seru mama dan aku pejamkan mata lagi.  Tak sanggup nak lihat mata mama dan abah.
Suasana bilik hening.  Macam tak percaya dengan apa yang terjadi.  Mana Zayed.  Apa jadi pada dia.  Aku terduduk dan tidak lama setelah itu, aku rasa tanganku disapa orang.  Aku yakin itu genggaman Ziyad yang sudah bersedia mahu menyarungkan cincin pada jari manisku.  Hendakku elak apa guna lagi bila kata-kata Ziyad ternyata makbul. 
Bila genggaman jariku yang kejap dibuka secara paksa, hulu bunga tadi diletakkan semula ke dalam genggeman dan bila cincin itu kurasakan sejuk menyentuh kulit, hati aku berasa kaku lantas pecah terhempas. 
Saat aku rasakan nafas hangat menyapa wajahku, aku yakin Ziyad sedang mahu mengucup dahiku.  Semakin kejap aku pejamkan mata.  Tak mampu nak terima hakikat ini dan saat bibir sejuknya singgah tepat di dahiku lama, airmata aku menitis lagi dan kali ini tidak terseka.
“Assalamualaikum, sayang,” bisik dia dan aku pantas membuka mata.
Lidahku kelu.  Liur kutelan berkali-kali.  Umpama mimpi, aku lihat semua orang ketawa halus.  Termasuk Ziyad yang tersengih-sengih di bucu dinding sana rapat.  Menempel tempat koleksi gadis-gadis cantik ada. 
Aku kemudiannya memandang pada dia di depan.
“Za…”
“Abang… abang,” cantas dia. 
Aku gariskan senyuman lebar.  Bila jari-jemari Zayed menyentuh pipiku menyapu kesan airmata, aku terus memegang tangannya buat pertama kali dan aku usap ke pipiku penuh syahdu. 
“Abang akan lafazkan akad, sebelum abang ucapkan cinta.  dan hari ini, abang telah selamat lafazkan ijab dan qabul dan tiba masanya abang ucapkan…” 
Mata kami bersabung lama.  Tidak kuhirau akan yang lain.  Luluh hati tadi mula bercantum kembali menjadi seperti sedia kala saat Zayed datang merawatnya. 
“Subhanallah, aku mencintainya.  Demi Allah, abang cintakan Zafrina yang kini menjadi isteri abang.  Malah sejak dulu menjadi pemilik hati abang, kini dan selamanya.  Abang cintakan, Rina.  Abang cintakan, Rina malah lebih hebat daripada cinta Rina pada abang,” akui dia berkali-kali tanpa silu dan aku terus merangkul leher Zayed kemas.
Langsung tak kuhiraukan angah yang sedang sibuk menangkap gambar kami dan juga tepukan gemuruh tetamu yang ada.  

~~> bersambung

60 comments:

  1. Fuh....wat kecut perut je RM ni.....

    ReplyDelete
  2. hehe, kena tipu pengantin baru, suke wat suspen kak rehan ni. akak, nak bai masukan sikit. ucapan Subhanallah tu dimaksudkan untuk melihat sesuatu yang tidak baik. sedangkan ucapan MasyaAllah tu dimaksudkan ketika melihat sesuatu yang baik, macam tengok keindahan ciptaan Allah. tapi seringkali orang terbalik cakap benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..alamak.. tp itu juga satu pujian pada Allah atas kebesaran-Nya kan..thanks muda sudi share ye..

      Delete
    2. Eh, ucapan utk sesuatu yg tak baik itu kan astaghfirullah, bukannya subhanallah (maksudnya maha suci Allah).. Selalunya diucapkan apabila kita melihat keindahan ciptaan Ilahi..

      Delete
    3. setahu saya....Subhanallah utk sesuatu yg baik,,,,Masya Allah..perkara @ benda yg buat kita kagum n utk perkara x baik..Astaqfirullahala1zim......manakala Innnalillahi wainnailaihi rajiuun...utk musibah @ bencana..kematian ke...wallahualam...rasanya yg rehan taip tu dah betul.....

      Delete
    4. you are so wrong la muda_13..
      btol da pe yg kak rehan tulis..
      SubhanaAllah 2 memuji kebesaran Allah..
      bile tgk sesuatu yg cntik @ yg baik2..
      kagum dgn ciptaan_Nya..
      awk kena blaja psl ni.. ^^

      Delete
    5. Subhanallah ble kte tgk sesuatu yg kurang menyenangkan & Masyaallah ble kte tgk sesuatu kecntikn ngn keindhn..sya pn slu tersilap ngn mksd prktaan ni sblm ni..tp bru2 ni ade dgr ustaz bagitau psl pktaan ni..ooo bru tersedar..sm2 kongsi ilmu ye..

      Delete
    6. maaf la, andai apa yang saya nak kongsikan ni ada yang tersalah anggap, tapi setidaknya tak salah kan bila kita belajar sama2, lebih kurang maksud dari perkataan Subhanallah dan Masya Allah ni, boleh simak dalam link ni, mungkin ada betulnya, sebab yang betul tu dari Allah semata, silap tu dari saya sendiri, ^_^.

      http://moslemsunnah.wordpress.com/2012/03/25/subhanallah-atau-masya-allah-kadang-suka-terbalik/

      Delete
  3. Gila sakit dada...Ingatkan sungguhla Ziyad ni yg nikah Rina...

    ReplyDelete
  4. Huwahhhhh!!! Rehan wat jantung akak nak meloncat keluar tau!!! argggggggg

    ReplyDelete
  5. SWEETNYA.....................

    ReplyDelete
  6. sweetttnyerrrr :-)hehehe tq Rehan Makhtar...byk plak entry hr ni kn...hehe

    ReplyDelete
  7. OMG kak rehan, nyaris dapat heart attack i tell you. :)
    thank god boss half day kalau tak kena ketuk kepala sebab tersengih2 depan monitor.

    ReplyDelete
  8. Rasa nak jerit satu dunia. Hai lah kak Rehan bikin hati penasaran. Akhirnya..lega rasa hati ini, thanks kak Rehan! :D

    ReplyDelete
  9. finally...hehehe...zayed n zafrina...hehehe....lega dh dowg dh kawin, lau x ziyad asyik menempel jew kt rina kn....

    ReplyDelete
  10. speechless....tak tau nak habaq lagu mana dah..memang terbaik la RM...

    ReplyDelete
  11. Hehehe...kak rehan hebat buat jantungku& follower nak gugur..nasib baik Zayed....fuh

    ReplyDelete
  12. Dah agak mesti si Ziyad ni buat gempak pada Rina ja.... mahu ke papa Rina nak kahwinkan anak gadis dia yang seorang ni dengan orang yang dia x cintakan.... apa-apa pun bestttt.... buat si ziyad ni terjatuh hati pada si Teratai .... jangan cakap besar ya Ziyad.... kata-kata cinta dari Zayed selepas nikah buat Rina terkedu ya.... sampai x pandang orang kiri dan kanan .... subhanallah ni baru betul-betul cinta .... bagi Zayed CINTA ALLAH S.W.T DAHULU ....seperti dunia ni Rina dan Zayed yang punya .... hehehe

    ReplyDelete
  13. terstop sekejap jantung ni... mmg terbaik la n3 kali ni.. hehehehe thumbs up kak RM... :)

    ReplyDelete
  14. speechless..i'm impressed Rehan..

    ReplyDelete
  15. hwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!! nk oksigen...... kak rehan!!!!!!!!!!! x tau nk ckp ap da..... best teramat sngat...... klau buat bku nie confirm saya bli heheheh..... x sesia marathon aryni.... hehehheeh thank u very mush kak rehan :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  16. wahhhh...sian ziyad ku... cool jaa tgk zayed dgn zafrina.... hehehehehe

    ReplyDelete
  17. Bestnya dpt 3 n3 sehari, wahh!! Mmg RM bg jantung kak 'terkujat" kejap td. Alhamdulillah dh selamat Zayed n Zafrina bersatu. Tetiba kak rasa mcm nk tau sgt kisah si Ziyad pula lepas Zayed kata "dia akan menitiskan airmata kerana cinta"....siapa yg mampu ubah Ziyad jd gitu...

    cepatlah RM rungkaikan..terima kaseh n sgt2 dihargai!!!

    Aminah

    ReplyDelete
  18. Subhanallah, sakit jantung baca n3 ni, ingatkan betul Ziyad tu yang bernikah dengan Rina...usahkan Rina nak pengsan, kami pun nak pitam rasanya...akhirnya memang Zayed yang sah buat Rina...

    Terima kasih RM...citer ni memang suspen...

    ReplyDelete
  19. me 2..rasa nak taw plk kisah si ziyad ni pas zayed ckp dia akan menitiskan airmata krn cinta..hohoho..sukenyer rina da kawen dgn zayed..:)

    ReplyDelete
  20. ya...ampun....sakit jantung...huhu...

    ReplyDelete
  21. Adoyai...nakal la RM nih. Nakal cam watak dlm cite dia gak...anyway tq for the amazing story. Bagai nak gugur jantung baca teaser kt fb td

    ReplyDelete
  22. huhuhuhu..... dh nikah pun... tros hilg tanggapan negatif ku... huk huk huk... kak RM nak lgi n3 bru.....

    ReplyDelete
  23. hussh...suspen habis,terkejung den sebentar!!rina tk pape daku plak yg nk pengsang.copot rase jantung nasib lh cikit jer g daku nk ke icu....bkn ape nk pi jejak kasih cari dr zayed....namun ALLAH maha pengasih maha penyanyang maha penentu... setiap jodoh dn ajal telah ditetap kn so pape pn kejadian nye redha kn lh hati pasti ade hikmah nyer..

    ReplyDelete
  24. best nyer mereka dapat.. bersatu....
    kak terbaiklah novel ni..... teruskan lagi...

    terima kasih

    ReplyDelete
  25. Tetiba rasa berpusing jap bla ziyad yg masuk..sentap la kejap.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar..hara lps nip takde la konflik yg besar2

    ReplyDelete
  26. kecoh ler ziyad nih...kujat kite..heheh...

    ReplyDelete
  27. Ceh!sikit lagi nk jadi filem hindustan
    -ieja-

    ReplyDelete
  28. teratai tu jadi mcm tu sebab frust dgn ziyad suatu ketika dulu...ziyad tak perasan tu wajah teratai yg telah berubah, kalau dia dengar nama TERATAI, rasanya byk kisah lampau ziyad yg buruk tersingkap..huhu..tunggu ye...*rasa2 hati la..

    ReplyDelete
  29. Wah best x sbr plak rasanya nk tau smbgnnya....

    ReplyDelete
  30. Sekejap. . . Nak ambil semangat. . .terbang Jap. . .huh....dh jumpa. Lega. . Tarik nafas Subhanallah. . ....

    ReplyDelete
  31. Sekejap. . . Nak ambil semangat. . .terbang Jap. . .huh....dh jumpa. Lega. . Tarik nafas Subhanallah. . ....

    ReplyDelete
  32. Kak rehan maksud 'SUbhanallah' itu Maha suci Allah :) Masya-Allah pulak "Allah maha agung". jadi penggunaan dah tepat, aasif jiddan kalau salah :)

    ReplyDelete
  33. Kak Rehan, mcm penah dgr je watak atai ni.
    tapi di mana ya ? :)
    akhirnya lepas rindu jugak. Thanks kak rehan :)

    ReplyDelete
  34. kak rehan, lpas n blh wat cite psl ziyad n atai plk......

    ReplyDelete
  35. Ya Allah, rasa mcm nak nangis dah ni...ingatkan ziyad yg jadi pengantin...mujur rehan buat zayed jadi pengantin...lega yg amat. Cantik betul tajuk enovel ni...mengucapkan dan menyatakan kehebatan kuasa cinta dan kasih sayang yg hanya Allah mampu kurniakan buat semua makhluk...dgn mengucapkan Subhanallah

    ReplyDelete
  36. wuaaa suspennya...tp knpa sy lbh suke ziyad ek..

    ReplyDelete
  37. untuk my love ZIYAD :

    huhuhuhuhu ='(sabar lah duhai sayangku ziyad..mungkin bkan jdoh kau dgan rina.. xpe2 mungkin kau akn dpat yg lbih baik atau jdoh kau mmg dgan rina..cuma masa yg belum tiba.. relax bro.. jdoh yg terbaik sdah dtntukan oleh RM ..hahaha

    untuk zayed pula :
    slmat pgntin baru lah zayed oii..

    untuk rina :
    slmat mjdi istri mthali

    untuk RM :
    cpat2 lh beri jodoh kpde ziyad sy yg sengsara sbb xdpat miliki Rina..

    ReplyDelete
  38. keke suspendo je hehe,.

    -biena-

    ReplyDelete
  39. phewww....! terkujat i sekejap..

    -che`leen-

    ReplyDelete
  40. hadoi...bleh plak mcm tu..ingt mimpi td...hahha

    ReplyDelete
  41. pergh...ziyad ni muncul x kna gaya..
    buat cuak je

    ReplyDelete
  42. Terbaek...
    Pasni wat cite pasal ziyad n atai lak....k....

    ReplyDelete
  43. Terbaek...
    Pasni wat cite pasal ziyad n atai lak....k....

    ReplyDelete
  44. mungkinkah ziyad ngan teratai..jeng..jeng..jeng ^_~

    ReplyDelete
  45. dah hampir2 xmo baca dah entri nie sebab teaser petang tadi...baca dengan hati dug dag dug dag...

    ReplyDelete
  46. kak reham lepas nie cite pasa ziyad dengan teratai pulak yea... sambungan...mesti best...hahahhaha

    ReplyDelete
  47. adeshh...sempat nk terpengsan la saya.haa...

    Zafrina dah bersatu ngan Zayed..

    dlm hati saya berkata.

    lepas ni Ziyad ngan Teratai kut..hihi..

    besssttnyee...

    ReplyDelete
  48. adoyaiiii...kaka dah sronot dah tadi ingat ke mmg betul2 ziyad yg nikah ngan rina...ropa2nya...hmmmmm apa2 pung semoga berbahagia la rina n zayed...ziyadddd tak dapek den nak nolong ehhh...

    ReplyDelete
  49. adeh sakit dada terkejut ziyad kawen ngan rina. rupa-rupanya semuanya hanyalah mimpi

    ReplyDelete
  50. These are commom mistakes for most of us......

    1. congrates......tak da congrates dlm English...congatulations and bila shortform CONGRATS...no e

    2. Grade....grade ialah utk tingkatan (US) atau grade peperiksaan (gred A, gred B) kalau utk graduated, shortformnya ialah GRAD

    3. Weeding....tu maksudnya cabut rumput liar pada batas bunga etc ...... WEDDING (majlis perkahwinan)

    4. Ada satu lagi, kalau tgh membincangkan tentang majlis perkahwinan (wedding)....kalau membincangkan perkahwinan (marriage)....kat buku mana dah lupa....tp dah tulis pasal congrates tu, tulis sekalilah pasal yg lain-lain ni....

    Just some info....Harap RM tak ambik hati

    ReplyDelete
  51. rasa macam nak A, A JE terkejut bak hang bile ingatkan rina kahwin dgan ziyad

    ReplyDelete
  52. TERATAI NUR RASANYA NAMA PENAGIH TU N HER NAME ALSO ADA DALAM NOVEL SESEORANG UTK AKU...SIS ADA X CITE KHAS UTK TERATAI NUR N HIS HUSBAND..OMG..MESTI BEST GILA...HUWAAA NK CITE TERATAI NUR..SAPE2 TAHU PLEASE TELL ME KOT2 DH ADA PASL TERATAI NUR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kisah dorg. Novel takdir untuk aku. Karya seni :)

      Delete