Sunday, July 15, 2012

Untuk Dia [14]


BAB 14

TAWAKU masih belum tamat.  Malah semakin rancak pulak sedangkan wajah kekasih hati sebelah aku ni kelat semacam.  Dia menjeling maut tapi aku tetap gelak.  Tak tahan dengan permintaan dia yang ala-ala jujur dan polos itu.  Mujur ayah tak sembur dia lebih-lebih.

“Apalah kau Rin pergi cakap macam tu?”  tanya aku pada dia. 
“Dah aku memang macam tu.  Nak kata apa.  Lebih baik aku jujur,” jawab dia tak puas hati. 
Dari nada suara itu, aku tahu dia memang sedang menahan perasaan bila aku bahankan dia depan mak dan ayah. 
“Saya ingat nak hutang dulu duit hantaran tu semua, pak cik.  Setakat bayar duit mas kahwin dan adakan sikit-sikit barang hantaran serta kenduri doa selamat tu, mampulah setakat hari ni.”  Itulah ayat dia pada ayah tadi. 
Memang aku sendiri terkejut.  Ayah terbatuk berkali-kali dan mak bagaikan hampir terkeluar biji mata dari soket mendengarkan permintaan bakal menantu tunggal mereka ni.
“Ingatkan dah ready semua dah,” tukas ayah nampak tak puas hati pada mulanya. 
Zafrin mengerutkan dahi.  Nampak gugup sudah.  Aku hanya senyum.  Bila mak menyiku aku, aku minta mak diamkan saja.  Biarkan Zafrin berbicara dengan wali aku ni.  Berani mulakan, biar dia berani tamatkan. 
Ready dah, pak cik,” jawab dia yakin.
“Tapi, saya ni tengah nak mohon sambung belajar, jadinya kerja tu tak stabil lagi.  Setakat nak bela Mi lepas nikah tu mampulah.  Kalau nak bagi hantaran berbelas ribu, kenduri besar-besar tu, tak mampu lagilah.  Ada motor buruk je pun.  Kereta kat bawah tu, Along saya punya,” terang Zafrin pada ayah. 
Mata itu melirik ke arah aku sesekali.  Aku hanya buat muka ketat.  Dalam hati berfikir juga.  Dia minta nak kahwin free dengan aku.  Tanpa hantaran?  Tapi, aku tak kisah pun sebenarnya.  Kehidupan lepas kahwin itulah yang lebih penting. 
Macam Anaresa, dia beruntung sebab Abang Zafran memang stabil dan kukuh segalanya.  Melihat pada Zafrin yang sudah berumur 26 tahun ni, patutnya dia dah lebih bersedia tapi tidak pula. 
“Dah tu, macam mana boleh terfikir nak meminang anak dara tunggal pak cik ni?”  soal ayah dengan riak  yang nampak sedikit tegas. 
Aku tahu ayah main ayat saja.  Aku tahu dia agak hormat cara dan keberanian Zafrin datang ke rumah kami hari ni. 
“Err… saya bukan apa pak cik… alang-alang benda boleh halalkan, itu yang saya mohon izin wali dia.”  Lembut dan teratur saja Zafrin menjawab.
“Mama dan abah kamu dah tahu ke?”  Giliran mak pula menyoal.
“Belum lagi.  Saja datang tanya dulu kot-kot kata boleh, saya nak minta mama dan abah datang bincang la pulak.”
Mak angguk tapi masih nampak tidak puas hati. 
“Kalau macam tu… kamu kena tanya Haqmi sendirilah.  Pak cik ni beri wali je.  Yang nak pakai, korang berdua,” sela ayah dan dia ketawa menghambat wajah tegangnya.
Aku nampak Zafrin menghela nafas lega.  Dia pandang aku dan mengenyitkan mata.  Nampak gatal dan merenyam. 
Mak dan ayah pula, mengizinkan segalanya.  Tapi, aku mahu dia capai apa yang dia mahukan dulu.  Aku sanggup menanti.  Mata Zafrin aku pandang.  Penuh pengharapan dan dia bakal kecewa sikit nanti. 

**

“WOI!!”  sergah Zafrin. 
Aku yang ralit mengingati hal di rumah aku tengah hari tadi, terus  memandang dia.  Tiada lagi suara ayah dan mak serta gelak tawa aku bergema.  Yang ada hanyalah aku dan Zafrin saja dalam kereta milik Abang Zafran yang sedang membelah jalan raya.
“Kau ingat hal tadi lagi la tu?”  tegur dia.
Aku senyum dan angguk.  “Kau comellah, Rin,” puji aku. 
Dia mencebirkan bibirnya dan aku ketawa halus.  Dalam kepala ini dok merangka ayat yang sesuai untuk aku ungkapkan pada dia agar hati lelaki ini tidaklah terguris biarpun seinci. 
Wajah tenang Zafrin aku jeling.  Dia memang tampan.  Malah semakin tampan bila menjadi milik aku biarpun pada dasarnya masih belum menjadi hak milik lagi.  Kala dia membawa ibu jarinya singgah ke bibir sendiri, dia nampak bagaikan sedang memikirkan sesuatu.  Nampak tenang dan sesekali berkerut seribu. 
Tanpa sedar, aku lepaskan keluhan membuatkan Zafrin berkalih pandang seketika.  Dia menjongketkan keningnya pada aku bertanya tanpa suara.  Aku juga jongket bahu menjawab tanpa bunyi.
“Kenapa?”  Dia menyoal sepatah.  Tegas dan keras.
“Tak ada apalah…”
Ada kan?  Dari tadi lagi aku nampak kau gelisah je.  Cuba kau cakap kau kenapa?  Bagi aku tahu sikit apa ada dalam hati kau tu.  Aku bukan ahli nujum nak tilik hati kau,” sinisnya. 
Benar kata Zafrin.  Andai tidak diungkapkan, dia tak akan tahu apa yang terbuku dalam hati aku ni.  Jadi, aku kumpul segala kekuatan yang ada untuk memberitahu apa  yang aku rasakan saat ini. 
Okey, Rin… aku harap kau tak marah akan apa yang aku nak cakapkan ni.  Aku harap sangat kau boleh terima dengan hati yang terbuka akan apa yang cuba aku sampaikan ni dan yang paling penting, aku harap kau tak akan salah faham dengan aku,” kataku padanya. 
Panjang mukadimah untuk membuatkan Zafrin faham  yang aku ini tidaklah berniat bukan-bukan melainkan untuk kebaikan kami bersama. 
“Huh… panjang pendahuluan.  Aku buat karangan masa menengah rendah dulu pun tak macam tu.”  Dia ketawa sikit. 
Aku jegilkan mata.  Tak sah kalau tak kenakan aku sekali dia ni tapi aku pantas menggariskan senyuman jahat.  Dia tak tahu apa yang bakal aku katakan ini akan buat dia melopong atau mungkin terus melalak. 
“Okey… kau dengar baik-baik.  Aku cakap sekali je,” tekan aku sikit. 
Dia angguk.  Aku hela nafas panjang dan menghembuskannya perlahan.  Dalam hati berdebar tak usah dikata.  Bimbang Zafrin merajuk dan berlalu dari aku.  Zafrin angguk dan dia seterusnya memandang pada jalan raya yang agak sibuk waktu ini. 
“Aku respect cara kau pinang aku.  Aku dapat rasa kau memang bersungguh-sungguh.  Tapi… ada tapinya.”  Bicara aku mati di situ dan wajah Zafrin nampak gelisah tiba-tiba.
“Kau tak setuju ke?”  tebak dia. 
Aku angguk dalam senyuman bila bidikan dia tepat.  Keluhan berat dia lepaskan.  Kedua belah tangan mendarat pada stereng dan dia menyangkut dagu dia seketika pada stereng itu sebelum kembali duduk tegak. 
“Kenapa, Mi?  Kau tak ada rasa nak halalkan hubungan kita ke?” 
Kali ini, aku menggeleng.  “Jangan salah faham dengan aku, Rin,” balasku membetulkan telahannya yang ternyata silap. 
Jenuh aku suruh dia jangan salah faham tapi dia tetap nak salah faham.  Mudah menebak sesuka hati.  Mujur aku cool and steady
Kan aku dah pesan tadi, jangan fikir bukan-bukan.  Aku ada sebab untuk tak setuju ni.  Bukan selamanya aku tak setuju.  Kau kena ingat, kau lelaki.  Tanggungjawab kau besar.  Kalau sekadar kau sedia sebab nafsu semata-mata, aku rasa tak payah dululah.  Sebuah perkahwinan ni memang menuntut semua tu.  Untuk menghalalkan hubungan antara adam dan hawa tapi kau kena ingat…,” ujarku tenang.  Nafas aku hela seketika sebelum menyambung.
“… selain tu, tanggungjawab lain juga kau kena fikir.  Aku akan jadi isteri dan kau akan jadi suami.  Tugas kau mendidik aku.  Memberi nafkah dan menyediakan segalanya.  Kau sendiri tak stabil lagi.  aku lagilah.  Tak kerja lagi.  Belajar pun lagi tiga tahun nak habis, Rin.  Lagipun, aku kenalpasti kelemahan aku kat mana.  Aku bukan Resa kalau kau nak bandingkan aku dengan dia.  Kami berbeza.  Dia mampu tapi aku tak.  Aku tak boleh nak fokus dua perkara dalam satu masa.  Aku akui aku memang sayang kau.  Aku memang nak jadi suri yang halal buat kau cumanya buat masa sekarang… kita kerja apa yang kita impikan dulu.”
Huh, panjang lebar aku huraikan sebab aku menolak pinangan dia tu.  Aku tahu dia kecewa.  Terkedu Zafrin dibuatnya.  Tak terkata tapi aku perlu berkata sesuatu.  Dia bukan macam Abang Zafran yang ada segalanya. 
“Habis tu… kau nak cari yang stabil?  Bukan akulah, kan?”  Dia prejudis lagi. 
Aku senyum dan menggeleng bila melihatkan wajah Zafrin semakin kelat dan keruh.  Nampak sangat dia tak puas hati dengan aku.
“Bukan macam tu, Rin… Aku dah ada kau.  Segalanya ada pada aku ni untuk kau je.  Untuk dia yang aku cinta iaitu Zafrin bin Zaini tapi kau kena ingat, kita kahwin bukan untuk sehari Rin.  Banyak yang kena belajar dulu.  Kalau kata kau dah tahu semuanya, aku ni ha… masih banyak kena belajar dan sebab kita tak stabil lagi la kita bagi stabil dulu.  Aku tak harap kita mewah sangat.  Sederhana cukup.  Tapi, setidak-tidaknya kita tak menyusahkan orang lain.  Lagipun, aku tahu kau sendiri tengah tunggu keputusan nak sambung belajar, kan?  Nak buat master, kan?  Jadi, apa kata aku benarkan kau sambung master kau dulu.  Lepas kau tamat je, kita terus nikah.  Setuju?”  cadangku teruja. 
“Berapa lama master tu?  Kau tahu?”
Erk… aku menggeleng.  Manalah aku tahu.  Aku ijazah pun tak habis lagi.  Dan-dan dia tanya aku pasal master pulak.  Salah tempat bertanyalah dia ni. 
“Bertahun tahu tak?  Buatnya tak lepas, sambung lagi sambung dan terus sambung.  Tak kahwin la kita nanti,” tegas dia.
“Sebab tu kau kena berjaya.  Aku doakan.  Awek yang baik adalah mendoakan dan mendorong kejayaan pakwe dia.”
“Jadi kau tak setujulah ni?” 
“Setuju tapi bukan sekarang.  Masa tu kau nak berhutang hantaran pun aku tak kisah.  Tapi, tidak sekaranglah.  Jangan kata sebab kau nak minta kahwin free dulu tu, aku tolak.  Salah sama sekali…”  Aku menggeleng menguatkan lagi penafian aku. 
“… jodoh ini rahsia Allah, Rin… dia dah bawa kita dekat jadi kita jaga sampai waktu jodoh kita menyeru.  Aku yakin dengan jodoh kita.  Yang penting, kau kejar dulu cita-cita kau.  Jangan main-main sebab sekarang kau ada aku.  Untuk aku, kau kena,” ucap aku lagi terus memberi dorongan pada dia. 
Zafrin gumam tanpa kata.  Aku tahu dia kecewa tapi aku lega setelah meluahkan segalanya.  Itulah hakikat.  Kami ada cita-cita dan impian masing-masing.  Aku juga ada kehendak yang aku perlu capai. 
Benar mak dan ayah memberi izin tapi aku belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Dada ini, masih perlu diisi dengan ilmu rumah tangga agar aku mampu membantu nakhoda aku ni mengemudi bahtera yang bakal kami bina itu sebaik mungkin biarpun dibadai ombak nanti. 
Bila kami bertaut pandang, aku kedipkan mata sekali berharap Zafrin setuju tapi dia tetap mencuka dan pandangannya hanya terhala ke depan saja.  Sudahnya, tiada bicara yang terbit.  Aku mengeluh pasrah.
Lebih kurang jam 5.30 petang, kami tiba di Seksyen 7.  Aku nampak Aziana dan Jimmy sedang melepak di Restoran Mek Ayam Kampung.  Bila aku buka tali pinggang keledar dan hendak turun, Zafrin menghalang. 
“Bagi aku lima minit, Mi,” rayu dia dan aku angguk saja. 
Lima minit je kau minta, lima puluh minit aku bagi,” jawab aku manis.  Hendak memujuk masam wajah itu sebenarnya. 
“Tapi, aku perlukan 50 abad dengan kau.”  Dia ukir senyum tapi tetap nampak pahit.  Aku juga sengih.  Kot ya panjang umur.  Desis hatiku sendiri.
“Kau tahu tak aku mohon sambung master aku kat mana?” 
Dahi aku berkerut.  Memang aku tahu dia sedang mohon menyambung pengajiannya tapi tak pernah aku bertanya pula kat mana?
“UiTM?  UKM?  UM?  USM?  UFO?” 
Zafrin merengus bila perkataan UFO itu aku ucapkan tapi aku senyum saja. 
“Aku mohon sambung belajar kat Jerman, Mi.  Kalau dapat bukan setahun dua aku kat sana.  Tapi akan cecah empat tahun.  Bidang mekanikal kat sana bagus.  Teknologi Jerman bagus.  Sebab tu aku ke sana.  Sebab tu aku nak kita nikah dulu sebelum aku pergi…” beritahu dia. 
“Itu pun  kalau dapatlah, kan kau ke Jerman tu?”  soal aku sedikit tak puas hati.
Berbaur resah sebenarnya bila aku tahu hakikat itu hari ni.  Padanlah dia beria-ia.  Silap aku juga kerana selama ini kami tidak pernah berbicara tentang hal ini setelah kami menjadi rapat.  Jauh gila Rin nak bawa diri, bisik hati aku sendiri. 
“Aku yakin aku akan dapat sebab aku bijak!”  ucap dia selamba dan tenang.
Erk… aku memandang dia pelik.  Perasan gila mamat ni.  Boleh dia puji diri sendiri bijak tapi andai dia yakin akan hal itu, adakah aku yakin aku mampu menanti dia selama itu nanti? 
“Kita bincang lagi lepas kau dapat offer nanti, ya?”  ujar aku lagi. 
Masih lagi berlagak tenang sedangkan dalam hati bergelodak lain macam.  Menakutkan andai benar kami akan terpisah sejauh itu.  Mana aku nak cekau duit nak melawat dia di sana?  Dan dia, pastilah tak mampu balik ke Malaysia juga nanti.  Mati dalam rindulah aku nanti. 
Aku pandang Zafrin dengan mata yang mula berair.  Rasa berat dan berkaca-kaca.  Rasa sesak dada tiba-tiba.  Tadi kemain berkata-kata tapi kini, hampir mengalirkan airmata. 
Zafrin senyum.  “Kenapa sedih?” 
“Kau pergi nak belajar, kan?  Untuk masa depan kita.  Aku tak sedih malah bangga tapi jangan cakap lagi hal ni.  Kita cakap bila kau dah dapat offer tu,” tukasku melarikan diri dari hakikat  yang bagaikan sedang menghampiri. 
“Kau tak sanggup, kan?”  teka dia. 
“Sanggup apa?” 
“Aku tinggalkan kau nanti…” ucap dia tersenyum bangga bila aku beriak sedih.
“Eh… mana ada,” ujarku memberi dalih.
“Aku tahu kau terkejut.  Riak wajah kau tu dah tunjuk, Mi… tak payah berdalih sangat.  Kalau betul kau tak nak kita kahwin dulu, aku harap kau setia tunggu aku.  Dalam bulan ni, aku akan dapat jawapan dari pihak JPA.  Kalau dapat aku pergi kalau kau tak halang,” ucap Zafrin. 
“Perlu ke aku halang?” 
“Perlu… sebab segalanya yang aku lakukan kini akan memberi kesan pada kau.  Apa yang ada pada aku hanyalah untuk dia.   Dia yang aku cinta dan dia itu adalah Haqimah,” tekannya dalam nada yang romantis. 
Mata kami bersabung lagi tapi tidak lama bila aku terlebih dahulu melarikan pandangan mata aku.  Malu direnung begitu.  Menjaga pandangan kiranya.
“Aku tak kan halang orang yang aku sayang kejar cita-cita dia, Rin.  Aku akan menyokong dari belakang.  Kejayaan kau nanti akan buat aku senyum.  Apa-apa yang berlalu, kalau kau dapat nanti, kau pergilah.  Aku tak akan menghalang.  Aku nanti kau balik.  Itu janji aku!”  Aku berjanji bersungguh-sungguh.
“Kalau aku tak balik?”
“Aku pergi cari kau kat sana…”
Zafrin senyum dan mengangguk.  “Kau kena cari aku kat sana kalau aku tak balik, ya?” 
Aku senyum.  “Kalau kau bagi duit belanja…”
“Yang tu kena nikah dululah…” Dia ketawa besar sudahnya.  Sempat lagi mengusik aku.  Hilang wajah tegang itu kini dan aku lega sudah.
Huh, sempat lagi nak cuba jawapan aku tapi jawapan itu tak akan berubah, itu yang pasti kerana aku yakin, Allah sedang merencanakan yang lebih baik untuk aku dan Zafrin.  

~~> bersambung

37 comments:

  1. Mata dah ngantuk tapi jengok jap blog ni wp tau esok kena awal nak ke airport...yayy Ada n3 baru :)

    ReplyDelete
  2. alaaaaa.. tak nak lah terjadinya cinta jarak jauh lak... mi terima jer lah permintaan rin tu.. sian rin tu..

    ReplyDelete
  3. ala...nak dorg kawen dl sblom zafrin pegi sn...hik2...

    ReplyDelete
  4. rs2 nya master xsamapi 4thn.hehe.tu dh level phd tu 4thn

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur skali ngn extend semester kot.. hehee..

      Delete
    2. apa ssh ...terima je mi then blh ikut zafrin sambung stdy kt sane...dua2 sambung belajar..lg best....

      Delete
  5. sayu hati bila mendengar zafrin nak sambung belajar dekat jerman. jauh gila tempat dia nak pergi tu.. hehehe..
    teringat pulak pada diri yg sedang menunggu jawapan ke IPTA.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Bg la diaorg kawen sblm Rin g study....pleaseeeeee

    ReplyDelete
  7. bestnya..terima kasih..-Nurul88

    ReplyDelete
  8. Alaaaaaa, dont do this to me kak Rehan. Ceh, haha. Terbaiklah kak! :D Suka gila dekat Zarfin, ahhh~ Next kak!

    ReplyDelete
  9. ala rehan..bg lah dyrg kawen b4 zafrin g smbung belajar ya..sian dyrg nnti..cinta jarak jauh..payah 2..tp kalau dah ada ikatan mcm selamt jer sikit..
    nak untuk dia 15 pulak..heheh..boleh ye rehan?

    ReplyDelete
  10. nice, waiting for the nex entry.tahniah kak!- lyn_intanazlleyna

    ReplyDelete
  11. terbaik la RM:)

    amboi Zafrin. sib baik bakal mertua tak heart attack. takpun kejar Zafrin dgn parang kontot. selamba badak jer datang merisik anak dara orang dgn sendiri2 saja.

    errr...kalu jadi Mi, daku nak kawen je dgn Rin & follow dia pergi belajar :)

    ReplyDelete
  12. alaaaaaaaaaaa! huhuhu! tapi rasanya memang dorang kawen lambat ni kalau ikutkan KSC. huhuhu. sambung lagi ye kak rehan! best sangat! ^^

    ReplyDelete
  13. sekali dua2 pegi jerman daaaa....~ hheehhe~ tengss kak RM!

    ReplyDelete
  14. ades..saya skong Mi..tapi nk hubungan jarak jauh ni mcm letih la plak. tapi kalo dorang kawen, Mi kena stop study kat Mesia la kiranya..papepun plihan Mi terbaik n of course sbb Karehan yang terbaik.

    >>k<<

    ReplyDelete
  15. Gatal yer ko zafrin... klu zafrin msk minang aku camtu.. aku rs kena kejar nhan parang kot... hehehehe...

    rehan, biarlah diaorg kawin sblm g jerman.... huhuhu.. sedih..

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  16. Ssh2 sgt angkut jea mi skali ke jerman,tu pun ok....rin pujuk mie sampai dia cair.....hihihi....

    ReplyDelete
  17. kak rehan jgn la lama2 sgt dorg ni berjauhannnn.... :( hehehe

    ReplyDelete
  18. jerman, bestnya..hehe, pape pu kita tunggu n3 seterusnya...

    ReplyDelete
  19. Assalam RM, mmg suke sgt dgn kisah ni. Sgt2 suka bila Zaf beria nk jadikan Mi ratu suri hidupnya...err..if kat luar ada mcm ni..mmg sy terima seadanya!!!! heehehh...moga mereka berdua diijabkabul sblm ke Jerman..amin!!!!

    ReplyDelete
  20. suwit je...huhu...
    nape la jao sgt nak sambung blaja nye...

    ReplyDelete
  21. rasanya kahwin lambat mereka ni. tapi hopefully, bialah kahwin awal2. seksanya cinta jarak jauh. :(

    ReplyDelete
  22. alahai.. mmg org pompuan ni berpandanagan jauh..sian plak kt rin..huhu..always smile bile bc karya awk, rehan..

    ReplyDelete
  23. Master bukan nya setahun? hehehe. Saya nak diaorang kawin lah before zafrin sambung study hehe

    ReplyDelete
  24. akak puji sikap mi,walau p manja gila2 namun matang dn tegas.itu lh pengorbanan nama nye.berpisah dulu bahgia kemudian,blajar2 dulu senang kemudian...........

    ReplyDelete
  25. Setuju dengan pandangan di atas....tak maulah cinta jarak jauh, penatlah Rehan. Mesti asik merindu jea lepas tu cemburu cemburu sikit, gaduh gaduh manja gitu then merajuk rajuk lagi....penatlah camtu. Kan dalam citer KSC ada sebut abang Zafran nak tolong skali...Zafrin buat loan jea la dengan abang Zafrannya tu...Okey tak Rehan...hehehe

    ReplyDelete
  26. saya sokong mi... kahwin ni bukan nak menghalalkan nafsu jeh.. tapi jauhnyer nak berpisah sampai ke jerman... nnti rindu macam mana? ishhh... risau nihh.. kalu ikut bc KSC.. ms anaresa dah ada dua anak pun, depa berdua blum khwin kan... hmmm.. agaknya mmg rin jadi pergi jerman tuh

    ReplyDelete
  27. as salam....
    nk tnya kenapa bab 15 n sterusnyer x leh bukak....?
    tolonglah cik penulis...
    nk baca nie......
    please....:D
    dah kempunan dah nie....

    ReplyDelete
  28. master apa smpai 4 thn ni?dasyat pulak rs tiba2.

    ReplyDelete
  29. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    ReplyDelete
  30. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete
  31. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete
  32. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete
  33. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete