Saturday, April 07, 2012

Kerana Sekali Cinta [8]

BAB 8

MUJUR Lebuhraya Persekutuan tak sesak. Hari minggu biasanya boleh tahan sesaknya jalan raya, nak-nak pulak hujung bulan. Semua pakat-pakat nak keluar membeli belah.

Aku senyum sendiri sambil tenang memandu. Mengenangkan gelagat Anaresa waktu aku renung dia kala kami menjamu selera tadi benar-benar membuatkan aku rasa nak ketawa. Berapa kali dia tercekik, berapa kali dia tersalah capai air.

“Resa kenapa minum air abang?” soalku bila dia dengan selamba meneguk jus tembikai kepunyaanku.

Dia tersedak tapi aku cepat-cepat tepuk belakang dia sikit. Aziana tersenyum dan Haqmi juga.

“Tersedak orang,” marah dia padaku.

Aku gariskan senyuman. “Kenapa Resa nampak serba tak kena ni?” soalku sebelum aku suap makanan ke mulut.

“Apa pulak tak kena?”

“Macam-macamlah. Nampak gelisah je. Resa takut apa?” provokku lagi.

Dia merengus. “Takut apa pulak? Pandai je dia. Maaf, salah teguk air,” ucap dia padaku.

“No hallah. Sikit hari lagipun kita bakal kongsi segalanya apa. Setakat air ni tak ada hal langsung pada abang,” jawabku mengusik dia. Aku tersenyum nakal dan penuh makna.

Mata Anaresa beralih pada kedua temannya yang sedang melirik penuh makna ke arah kami. Aku jungkit kening pada keduanya dan mereka senyum.

“Macam mana Resa boleh terima abang jadi tunang dia, ya?” tanya Haqmi kuat.

“Syhhh…” Anaresa meletakkan jari telunjuknya ke bibir mengisyaratkan agar Haqmi merendahkan suara.

“Kau ni, cakap kuat-kuat buat apa? Nak suruh satu UiTM tu tahu aku dah bertunang, macam tu?” tanya Anaresa marah.

Dia mencemik dan aku hanya mampu memerhatikan gelagat budak-budak sekolah ni. Boleh tahan juga mereka ni menyakat sesama sendiri.

“Resa nak marah kenapa? Kan kita memang dah tunang?” Sengaja aku tambah muncung di bibirnya. Haqmi ketawa kecil. Aziana juga.

“Yalah, tapi Resa tak sedia lagi nak bagi tahu sesiapa. Cukuplah dua orang ni je,” jawab Anaresa mencebirkan bibir pada kedua temannya di depan kami.

“Nanti dah kahwin, Resa kena bagi tahu juga. Nak sorok buat apa?”

Suapan Anaresa terhenti. Sekali lagi dia capai gelas minumanku dan aku hanya membiarkan saja sambil mata mengenyit mata Aziana dan Haqmi.

“Eii… tak naklah orang tahu dulu sebab tu Resa letak syarat…”

“Syarat tu tak laku dah sebab Resa mainkan abang pasal Haqmi tadi,” pangkasku.

Mata Anaresa bulat. Haqmi dan Aziana juga. Aku yakin, andai Aziana dan Haqmi tahu tentang cadangan Anaresa, pastilah masing-masing tersembur keluar makanan daripada mulut.

“Bila sebenarnya korang nak nikah ni, Resa?” tanya Haqmi tak sabar.

“Err… hujung bu…”

“Hujung minggu ni.” Aku mencantas lagi sekali.

Dan sungguh. Makanan di dalam mulut Haqmi tersembur keluar. Aziana terkebil-kebil matanya menahan nafas akibat makanan yang tercekik barangkali dan aku hanya senyum simpul pada tunangku yang sedang membulatkan mata.

“Pandai je cakap minggu ni?” marah dia.

“Abang tak cakap. Resa yang tetapkan syarat dengan abang macam tu. Boleh nak hujung bulan ni tapi no netball, no game, or no what else. Abang tak nak,” ujarku sedikit tegas. Sengaja bertegas sekadar hendak mengusik dia.

“Netball tu kenalah. Tukar sehari jelah.”

“Resa…,” seruku mesra.

“Resa dah janji, kan?”

“Abang mungkir syarat!” tekan dia.

“Sebab Resa mainkan abang. Syarat tu terbatal dengan sendirinya,” ucapku.

Mata itu tajam merenungku. Aku juga membalas renungan itu tajam mengingatkan dia yang aku bertegas kali ini dan aku tak mahu dia batalkan syaratnya yang telah aku persetujui biarpun syarat dia bakal aku batalkan nanti.

“Resa, sungguh ke korang nak nikah hujung minggu ni?” tanya Aziana pula mencantas renungan kami.

Kami serentak memandang keduanya. “Ya, kami nak nikah hujung minggu ni dan itu pun atas permintaan Resa. Abang ikut je. Lagi cepat lagi baik,” jawabku pantas.

Anaresa menyikuku. “Pandai je ek,” tegur dia.

“Memanglah pandai. Abang gred dulu kelas pertama apa. Itu yang jadi jurutera sekarang. Resa tak tahu lagi, kan? Nanti dah nikah kita berkenalan malam pertama kita nanti,” usikku terus.

Dia muncung. Kemudian dia memandang pada temannya.

“Kami tak tahu lagi nak nikah bila. Ibu dengan ayah aku tetapkan hujung bulan ni. Tapi hujung bulan tu dah tak lama. Dalam tiga minggu je lagi kot. Tapi, errr… Encik Zafran ni ha.. main syarat-syarat pulak dia terpaksalah aku setuju nak nikah dengan dia hujung minggu ni. Tapi, ibu dengan ayah tak tahu lagi,” ucap Anaresa akhirnya.

Aku hela nafas lega. Nampak macam nak membantah tapi akhirnya, dia iyakan juga. Memang mendengar kata.

“Thanks,” bisikku dekat ke telinga dia dan aku teruskan suapan demi suapan dengan senang hati tapi Anaresa, mencemik. Aku langsung tak kisah.

***

SEDAR tak sedar, aku membelok keretaku masuk ke perkarangan rumah. Masa tu, mama sedang duduk di laman. Tak sedar masa berlalu kala bersama Anaresa tadi. Rasa sukar nak melepaskan dia pergi bila aku tertangkap ada mata-mata yang memandang dia. Menjeling-jeling dan tersenyum simpul. Nak mengorat tunang aku.

“Assalamualaikum, ma,” sapaku mesra lalu aku rapatkan pintu kereta.

Kunci di tangan aku pusing dengan hujung jari lalu aku menapak ke arah mama dan menggapai jemari itu, lalu aku kucup seperti biasa. Rutin dan ajaran mama dan abah dari dulu lagi.

“Along dari mana ni? Lama sungguh keluar. Dari sebelum pagi sampai nak ke petanglah,” komen mama.

Aku duduk di sisinya. Air kosong itu aku capai dan aku teguk sikit. Hilang dahaga. Aku pandang wajah mama. Entah macam mana nak ku khabarkan pada dia tentang rancangan gila aku dan Anaresa ni. Boleh jadi mama melompat nanti.

“Err… kan Along dah cakap tadi. Nak jemput Resa kat rumah dia. Dia nak balik rumah sewa,” jawabku setelah nafas ini agak teratur.

“Tak kanlah membawa ke Asar baru sampai rumah?” tanya mama sinis.

Aku senyum. “Lepak kejap sembang-sembang. Teman dia makan,” selaku perlahan.

Mata ini aku tebarkan ke laman. Memang agak semak. Rumput agak panjang dan pokok bunga kertas tu langsung tak tercantas. Nampak macam hutan dah. Daun-daun dan bunga-bunga kering yang gugur bertaburan di atas rumput.

“Macam mana perkembangan? Kenal baru nak masuk dua minggu tapi dah nak kahwin hujung bulan ni? Anaresa okey ke?”
Suara mama bernada bimbang. Aku tahu dari intonasi suaranya dia risau aku main-main dalam soal ini.

“Dia okey je. Tak ada masalah tapi dia ada syarat sikit. Tak tahu Along mampu nak ikut ke tidak,” usulku pada mama bila ingatkan syarat Anaresa.

Kasihan pula kalau aku abaikan syarat dia tu. Tapi, aku sendiri takut tak mampu nak penuh syarat tu bila kami disatukan nanti. Macam mana nak buat ni? Buntu jugak.

“Syarat? Main syarat-syarat pulak dah kamu berdua ni? Inilah yang mama risau ni. Ni mesti Along main-mainkan anak dara orang ni, kan?” tanya mama menuduh.

Mata ini menjeling mama sekilas. Apa mama ni? Main cakap je. Bukan syarat tu daripada aku. Daripada bakal menantu dia tu.

“Mama ni… Along pulak kena. Kalau Along main-main, buat apa Along nak pinang dia. Dah bertunang pun. Ni syarat Resa lah mama. Bukan Along yang nak syarat ni,” beritahuku pada mama.

Mama diam. Dia letak buku di tangannya ke atas meja. Cermin mata dia buka dan juga dia letak di atas meja kaca tu. Pandangan itu terhala ke arahku sepenuhnya.

“Apa hal sebenarnya ni? Hujung bulan ni nak nikah dah. Jangan kata syarat bukan-bukan sudah!” tekan mama gak tidak puas hati.

Aku senyum. “Bukan hujung bulan ni la, ma. Tapi, Resa nak kami nikah hujung minggu ni,” ujarku lancar.

Seperti yang ku jangka, mama langsung bangkit dari duduk. Bergegar meja dilanggarnya dan gelas jatuh ke lantai dan mujur tak pecah sebab gelas melamin. Aduhai mama ni. Terkejut sangat.

“Hujung minggu ni?!” tanya mama kuat.
Aku angguk saja tanpa memandang mama. Takut terbunuh dek renungan tajam bagai pedang samurai tu.

“Hah, siapa nak nikah hujung minggu ni, ma?”

Tiba-tiba je, muncul Zafrina. Telinga dia sengar saja kalau pasal aku dengan bakal kakak ipar dia tu.

“Hah, siapa-siapa?” Dah muncul pula Zafrin. Aduhai, memang telinga lintah la semua ni.

“Korang ni apa hal? Along suruh kemas laman, nampak tak terkemas lagipun,” tegurku sinis mengalihkan perhatian mereka.

“Kami tunggu Along balik. Nak kemas sama-sama,” jawab Zafrina.

“Betullah tu, dik.” Zafrin jungkit kening pada Zafrina.

“Apa yang penting, kerjasama, kan kan?” tanya dia lagi.

Zafrina mengangguk dan terus dia duduk di depan aku. Zafrin pula duduk di sebelah mama. Menyibuk betullah adik aku dua orang ni.

“Tak payah nak kemas laman sangatlah. Mama tanya ni Along jawab baik-baik. Siapa yang nak nikah hujung minggu ni? Cuba cakap? Mama dah geram ni. Mana nak sempat buat persiapan?” tanya mama geram.

Aku garu kepala. “Err… ni syarat Resa, ma. Sebab dia tak nak lepaskan game netball dia pada tarikh kami kena nikah tu. Dia minta macam ni tapi ada lagi satu syarat lain,” beritahuku takut-takut.

Mama tepuk dahi. “Aduhai, Along… apa yang kamu berdua nak buat ni? Kenal tak menyempat, tunang pun sama, nikah pun. Dah tu, apa pulak syarat Resa letak lagi?”

Aku senyum tipis. Nampak macam mama nak menghalang tapi tak pulak. Nampak lagi setuju adalah.

“Err… syarat dia…” Aku matikan suara sebentar lalu aku berpaling pada kedua-dua adikku yang sedang tersenyum simpul. Pasang telinga.

“Weii… pergi kemas laman sana. Along upah. Orang nak cakap dengan mama ni pun tak boleh!” marahku lalu aku bangkit dan menolak Zafrin dan Zafrina berlalu menjauh dari kami.

“Teruklah Along ni,” bebel Zafrina tapi dia menurut juga arahan aku ke laman. Zafrin juga sama.

Itulah istimewanya adik-adikku ini. Mendengar kata walaupun pada mulanya nampak nak memberontak. Aku menguntum senyuman yang sengaja dibuat-buat pada keduanya dan menerima cemikan mereka kembali lalu aku duduk semula di depan mama.

“Syarat apanya, Along?” tanya mama tak sabar. Terkejut aku.

“Err… syarat apa, ya?” Aku buat-buat tanya sambil menggaru kepala.

“Err… itulah syaratnya. Macam yang mama cakap dekat Along tu lah,” luahku malu-malu. Malu pulak dah cakap pasal ni.

“Syarat mama cakap? Tak nak ada anak dulu, macam tu?” Mama minta pengesahan dan aku mengangguk saja mengiyakan.

Mama ketawa. Aku ingatkan dia nak marah tapi dia rasa lucu pulak ke padahal aku ni risau. Bimbang bila fikirkan, mampu ke aku lawan yang satu tu sedangkan aku punyai sembilan yang lain. Berperang antara akal dan nafsu nanti, tak tahu yang mana menang biarpun nisbah sangat besar jurangnya.

“Mama tak kisah. Betul jugak tu sebab dia tengah belajar lagi. Nanti usung perut masuk kuliah, Along tak kesian ke? Tapi, masalahnya Along sendiri tu boleh bertahan ke tengok yang halal depan mata?” sindir mama bersama senyum kecil dan jelingan nakal.

Dia kembali memakai cermin matanya dan membelek majalah tadi. Aku intai majalah itu dan rupanya, majalah Pengantin. Sabar jelah mama ni. Aku diam saja sambil menimbang-nimbang syarat Anaresa tu takut tak mampu nak tunaikan. Mungkir janji nanti.

“Yang kamu buat keputusan nak nikah hujung minggu ni, sungguh ke Along? Keluarga Anaresa dah tahu pasal ni?” tanya mama serius.

Aku angguk. “Resa cakap nanti dia cakap dekat ibu dan ayah dia.”

“Kalau keluarga dia tak setuju?” tebak mama negetif.

“Kalau tak setuju, hujung bulan ni jelah. Lagipun hujung bulan ni pun tak berapa minggu lagi tinggal. Cuma itulah, kena anjak tarikh la sikit sebab Resa kena pergi Johor ada perlawanan bola jaring dia tu. Nak halang, tu minat dia,” ujarku pada mama.

Mama mengeluh tipis. Majalah itu ditutup sekali lagi dan jemarinya mengetuk pipi. Mencari jalan penyelesaian la tu.

“Emm…nikah jelah. Mama call keluarga Resa cakap pada diorang kamu nak nikah hujung minggu ni. Persiapan tu nanti mama cari la mana-mana wedding planner lepas tu Along bayarlah semua. Kot-kot tak ada yang sudi nak buat, nikah jelah dulu. Nanti hujung bulan buat kenduri. Yang pasal Anaresa main bola tu, mama tak tahu pulak. Aktif jugak budak tu, ya?”

Aku angguk. “Memang aktif kot. Dari cara dia Along dah tahu. Tapi, aktif sangat takut kantoi belajar je. Kursus dia tu, teruk jugak.”

Mama senyum. “Along ni jatuh cinta sangat ya dengan tunang sendiri?” tanya mama mengusik.

Aku jeling mama dan mengangguk. “InsyaAllah, ma. Allah beri peluang untuk Along nikmati rasa cinta ni dengan orang yang benar. Dulu, kemain pertahankan cinta pada orang yang salah, hai…,” keluhku agak kesal bila memikirkan kedegilan hati kala itu.

“Along…” Mama menyeruku dengan keluh kesah.

“Nak ungkit apa. Kawan Along tu dah bahagia dah. Nanti kahwin ni jemputlah dia,” ujar mama.

Tubuh ini aku angkat. Tangan aku masukkan ke dalam poket jeans yang agak lusuh dan londeh ni. Aku dah kurus ke apa sampai jeans dah londeh? Pandangan aku tebar kepada Zarfin dan Zafrina yang nampaknya sedang tekun membersihkan laman. Tekun la sangat, dok bertekak ada. Ni mesti kes Zafrin mengarah Zafrina ni.

“Along dengar tak?” tanya mama bila aku diam.

“Tapi, itulah. Risau kalau Resa tak bahagia dengan Along nanti. Yalah, kenal kejap je. Along terus pergi pinang. Tunang kejap je, terus nak kahwin. Macam payahlah nanti, mama,” aduku lemah.

Sungguh ada rasa kurang yakin melihatkan kelincahan Anaresa tu. Aku takut dia tak selesa menggalas tanggungjawab dan status seorang isteri nanti. Nak-nak suami yang tuanya sebelas tahun dari dia.

“Apa pulak payahnya? Kan jodoh pertemuan ni di tangan Allah. Bila dia bawa kita dekat dengan jodoh kita, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Kisah hidup Along ni bukan macam buku novel. Jatuh cinta, dugaan sana sini, akhirnya bahagia. Tak macam tu. Mama dengan abah restui kalau itu yang Along suka. Kalau itu boleh buat Along bahagia. Bercinta kemudian, tak semestinya tak bahagia. Allah dah dekatkan dan permudahkan jodoh Along dengan Resa, akan adalah yang baik tu nanti,” pujuk mama lembut.

Aku pandang mama. Dia hela nafas seketika sebelum menyambung.

“Lagipun, Resa sendiri pun dah nampak boleh jaga rumah tangga biarpun penampilan dia mama tak berkenanlah sikit,” cebik mama.

Aku menghamburkan tawa kecil. “Pasal dia pakai baju kurung dengan kasut ke?” tanyaku.

Mama angguk dan mencebik lagi. “Nanti dah nikah, mama bentuk la dia sikit-sikit jadi perempuan sejati macam mama.”
Erk… aku tersedak air liur sendiri. Macam mama? Memang perasanlah mama aku ni. Tak tahan sungguh tapi dia memang wanita sejati. Mama akulah katakan.

“Mama ni, perah santan nampak,” sinisku.

Dia jungkit kening. “Santan kelapa tua lagi pekat likat, lemak berkrim,” sela dia.

Amboi mama aku ni. Boleh tahan sejak nak timang menantu muda ni. Tapi aku, senyum saja. Dia memang wanita hebat. Menjadi surirumah sepenuh masa dari dulu, melayan karenah kami bertiga termasuk yang ke empat, abah. Memang aku tabik pada dia. Tak pernah merungut biarpun sepatah ayat.

“Along okey je dia pakai macam tu. Janji menutup aurat sudah. Pakai kasut tu lagi baik. Senang dia nak tendang apa-apa,’ beritaku pada mama tanpa berterus terang.

Dalam hari aku ketawa tergolek-golek ingatkan insiden Anaresa tendang kereta pagi tadi. Memang boleh tahan ganas tunang aku tu. Darah dan jiwa muda, memang macam tu. Sama juga dengan aku dulu. Keras hati juga pertahankan cinta lama dalam sedar tak sedar, umur dah meningkat macam ni sekali.

“Memanglah tak apa. Tapi, kurang sopan. Dahlah, mama pergi call keluarga Resa kejap. Nak cakap dekat diorang, anak-anak kita ni jiwa bergelora dah semua. Kena cepatkan. Nanti, jadi benda bukan-bukan pulak. Along tu bukan boleh harap sangat,” ujar mama lantas dia bangkit.

“Eh, Along pulak kena? Along baiklah. Kan mama yang didik Along,” jawabku kurang puas hati dengan kenyataan mama.

Langkah mama pegun. Dia berpaling dengan sekuntum senyum yang membuatkan aku terasa disindir saja. Mata itu redup memandangku dari atas kaca mata.

“Memanglah baik tapi kurang sabar orangnya. Tak percaya, tengoklah nanti. Mampu tak Along tunaikan syarat Resa tak nak beranak dulu. Entah-entah, terus terkam,” usik mama lalu dia ketawa kuat meninggalkan aku yang sedang tepuk dahi berkali-kali.

Apalah mama ni. Suka usik aku. Berderau jiwa muda ni. Tak boleh ke dia buat tak tahu pasal tu. Yang Resa satu, syarat menyeksa jiwa. Nampaknya, terma dan syarat dia tak sah. Siapa boleh tahan?!

Sudahnya aku menapak ke dalam rumah. Hendak ke bilik, membersihkan diri dan menunaikan fardhu Asar. Lepas tu nak tolong adik-adik aku kemas laman. Bukan boleh harap Zafrin dengan Zafrina ni. Makin semak adalah.

Sampai di bilik, baru saja aku buka baju dan mengelap peluh yang melekit di badan. Telefon aku berdering kuat.

“Eh, apahal ringtone lain pulak ni?” tanyaku sendiri lalu aku seluk juga poket seluar.

Aku ukir senyum bila tertera nama Anaresa pada skrin dan aku sentuh skrin itu lembut bersama senyuman.
Disebabkan aku nak tukar pakaian, nak masuk ke bilik air, aku tekan punat loudspeaker dan aku sabar saja telefon itu pada cermin solek.

“Rindu abang ke?” tanyaku spontan sambil tangan ni menggapai tuala lalu aku belit ke tubuh dengan jeans masih masih belum aku buka.

Anaresa ketawa kuat tiba-tiba. “Rindu sangat. Abang tak SMS pun cakap dah sampai sampaikan Resa kena 3G dulu baru abang nak jawab, kan?”

Tawanya kian galak. Aku pelik lantas aku rapat ke telefon bimbit itu. Apa hal pulak dia ketawa beria?

“Kenapa Resa ketawa kuat ni?” soalku pelik.

“Abang Zafran bin Zaini, abang tahu tak Resa 3G abang ni? Abang seksi sangatlah. Tak sempat malam pertama dah basi dulu Resa tengok. Eii… aurat. Malu!” tempik dia dengan tawa yang tersisa lalu talian langsung putus.

Aku gamam. 3G? maknanya nampak gambar? Aduhai, aku tepuk dahi dan terus membawa tuala itu menyelimuti tubuh biarpun aku tahu Anaresa sudah tiada dalam talian.

Bikin malu betullah Zafran ni. Sabar jelah. Macam mana aku tak boleh perasaan bila dia sebut 3G tadi? Padanlah nada dering lain macam je? Nada untuk panggilan video rupanya. Aduhai… mati aku kena bahan oleh Anaresa nanti.

~~> bersambung

Cik Penulis :Rasa macam tak kena je bab ni..ape ek missing..huhu..kena repair neh

29 comments:

  1. yeayghhh..first komen..masyukkkkkkkkkkkkkk

    >>k<<

    ReplyDelete
  2. ahahaah...mmg dh angau zafran ni ngn resa

    ReplyDelete
  3. hahaha...wat malu lah zafran ni ;p

    ReplyDelete
  4. aaest2 tk sbr tgu esk -miA-

    ReplyDelete
  5. aduh zafran ni...mmg nk kena kawin cpt dh...hahaha

    ReplyDelete
  6. salam dik..E3 yg sungguh menceriakan pagi kami..

    Tak pa..Resa suka..badap 6 pack... macho apa..

    Tahniah RM..satu cubaan yg mmg best..karya RM yg mmg byk unsur lawak yg bersahaja..

    ReplyDelete
  7. yelah btl ckp anonymous kat atas...
    klu x mau mgandung x semestinya x leh melaksanakan tggung jwb batin..
    pakai la kondom ka..pil ke..nk seribu daya x nak seribu daleh...hahahha..
    pe2 pn makin menarik n sweet je cter nii....
    -miss A-

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeiii sensored ek entry kali ni..nnt sy edit sikit..sy mcm sengal je buat bab ni..haha..maaf2..kekurangan sy..

      Delete
    2. Ha ah mcm2 cr family planning yg ada..myb RM bleh selitkan pasal family planning sket..secara xlangsung bleh jadi rujukan utk pmbaca yg dah kawin..because family planning nowadays dah jd health issue

      Delete
    3. yup...betul2.dulu ku suka watak Zafran ni. Sekarang ku sudah berangan kalaulah ada Zafran kat depanku....heeee.

      Delete
  8. Uiks resa apesala pi sebut psl mlm prtama tu.. Haruslah teruk kena usik dek zaf lps ni adeihhs ;)

    ReplyDelete
  9. Hii..suke sangt..lucu..buat sya menahan gelak..p bile bab Zafran trkantoi seksi tu yg tk tahan..ketawa lah jugak..heheee tk sempat mlm prtama Resha dh tenguk..mujur lum lucut suar jean...

    ReplyDelete
  10. nice la wrehan. nice sgt. x yah reper pun x pe.

    ReplyDelete
  11. hai wrehan. nice dh cite you ni. x reper pn x pe.

    ReplyDelete
  12. 18x la kali nie.. x pe sekali sekala...
    sukaaaa. tq rehan

    ReplyDelete
  13. RM, ok je pun.. xde la sensored mna.. sbb zaf msih ttup aurat lg pun kan.. heheh.. bab resa berani mati sbut psl tu sbnrnya mmg boleh sgt2 zaf buat modal nk bahan resa pulak lepas ni hehe.. tpi apa2 pun sweet sgt la dorang brdua ni..

    ReplyDelete
  14. baru je bc e-novel ni dr bab 1 smpi bab 8..ceriter lain drpd yg lain..sweet... keep it up!!!

    ~huda1002

    ReplyDelete
  15. layannnnn.. memang lawak. Resa dah ceriakan hidup Zaf.. Zaf ni pun satu, sume nak cepat... tapi santai sungguh baca citer ni good job RM

    ReplyDelete
  16. besttttttttt...x yahla 2ka apa2 pun RM..kalau nk tmbah lg xpe..kalau nk ubah x yah ar..dh nice ni..sweeeeeeeeeeeeet sgt..huhuhu

    ReplyDelete
  17. hahahaha..kan dah kantoi...lawak..lawak..memang nakal la Resa ni...best...best...Rehan Cepat2 update ye...

    ReplyDelete
  18. hahaha kak...citer nie mmg terbaik...suke giler.......sambil baca sambil gelak2 + senyum3 hahahaha

    ReplyDelete
  19. wakakakaka...missing yek,,tp sy rs mcm dah ok jek..suka la citer ni..sweet je...citer2 awk mmg best la..shahdu je rs

    ReplyDelete
  20. Sweet betul la couple ni. Seronok jugak ek dapat laki tua ni. heeeee....

    ReplyDelete
  21. RM... mmmm.. tak yah gi kursus ker?.. dlm seminggu tu, sempat ker?... kesian lah pulak kalau tak jadi hujung minggu ni..

    ReplyDelete
  22. hehehe...as rasa ok je... :)tgh duk baca...

    ReplyDelete
  23. zaf oiiiiiiiiiiii,xboleh ker sekali jer hang xmemalukan kaum hang.loklak la hang nih1

    ReplyDelete