NEL tenang
menapak setelah turun daripada monorel. Dan,
bila dia tiba di kafe, wajah itu sedang tersenyum pada dia. Aneh ni.
Kenapa Dian ada hari ni? Tak
kerja ke? Senyuman dia makin lebar
sebaik saja wajah itu kian jelas. Tapi,
bila berdepan dengan Dian, biarpun bibir itu berukir senyum tapi mata itu
begitu malap. Lagi malap daripada
sebelum ini.
"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
Saturday, May 11, 2019
Sugar? 7
DIA dah dapat
agak. Ini yang menanti dia di
rumah. Bukan seharian dia ada dekat Café
Roma. Bukan puluh empat jam dia berborak
dengan Nel. Nel ada di depan dia hanya
untuk sepuluh minit sebelum lelaki itu perlu beralih tempat di belakang
kaunter. Hanya sesekali, Nel temani dia
dengan senyuman. Biarpun dia kerap kali
tak membalas senyuman itu.
Sugar? 6
BETULLAH apa
yang Haikal cakap. Dan, memang betul
jugak apa yang dia teka selama ini.
Sebab itulah Dian tu susah sangat nak terima Haikal. Rupanya, memang ada hubungan dekat lelaki
lain. Memang logiklah kalau Haikal
putuskan hubungan.
Sugar? 5
SEBAK
ditahan. Di sinilah tempatnya. Kejadian yang pernah berlaku dulu. Dan hari ini, dia kembali lagi ke sini. Ingatkan dia tak akan ke sini lagi. Nak-nak setelah lelaki bernama Nel itu jadi
penyibuk dalam hidup dia yang sudah bercelaru.
Sengaja nak tambah tanda soal dalam kepalanya. Tak pasal-pasal mama dan ayah anggap dia yang curang pada Haikal sedangkan lelaki itu
langsung tak ikhlas pada dia selama ini.
Sugar? 4
SYUKURLAH tak
ramai pengunjung hari ni. Dia pun tak
tahulah kenapa Haikal boleh ajak dia ke café ni. Ya, memang ini tempat kegemaran dia tapi
kenapa Haikal nak leburkan segala senyuman dia dengan merosakkan tempat ini dengan kenangan yang menyakitkan.
“I minta maaf
dengan you, Haikal…” Entah kali ke
berapa dah dia minta maaf dengan lelaki ini.
Sugar? 3
DAH dua bulan
berlalu sejak Haikal tekad menarik cincin pertunangan mereka lepas daripada
jari manisnya. Tak apalah. Pinggan tak retak, nasik tak dingin. Orang tak hendak, dia berjuta kali tak hingin. Tapi yang menjadi masalahnya adalah
kedinginan dalam rumah besar ini.
Mama banyak
menyepikan diri.
Sugar? 2
WAJAH mama dan
ayah direnung tajam. Kedua orang tuanya
langsung tak nak faham apa yang dia cuba sampaikan. Bukan dia tak mencuba, tapi apakan daya dah
orang tak suka. Nama baik mama dengan
ayah? Heh. Habis tu, hati dia ni macam mana? Nak aje dia jerit tapi dia tahan kerana dia
bukan wanita begitu.
Sugar? 1
MATANYA tunak
merenung asap yang berkepul daripada cawan kopi yang baru saja sampai depan
mata. Suasana Café Roma terasa
hening. Hari minggu… biasalah
begini. Dia lebih senang duduk
bersendiri. Katalah dia kera sumbang,
dia tak kisah. Kerana hidup ini bukan
selamanya akan berteman. Sampai masa,
dia akan sendiri. Yang menjadi teman
untuk teruskan hidup hanyalah kecekalan.
Kerana itu dia ada di sini biarpun di sini pernah mencipta segaris luka
di hatinya.
Sugar? Prolog I dan II
Prolog
Aku telah merasakan pahitnya ditinggalkan
Pernahkah
dihatimu mencintaiku
Tak akan pernah habis kasihku padamu
Selama jiwaku masih untukmu
Jangan pernah kau biarkan aku
Untuk kembali pada kekasih aku yang lalu
Aku hanya ingin mendampingimu
Hingga nadiku tak dapat engkau rasakan
(Kredit : Siti Nordiana – Hatiku Milikmu)
Friday, November 23, 2018
The REASON - Released! ^_^
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maaf, lama tak bersiaran. Tiba-tiba, keluar buku baru yang segar-bugar dan tidak pernah dikongsi di mana-mana. Facebook Page atau Blog saya. Alkisahnya, sebab sangkut dengan cerita BuyaSera, saya cuba channel otak saya ke lain. Dalam meniti writer's block dengan cerita tu, Tuhan ilhamkan dengan cerita lain.
Dan, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya persembahkan The REASON...is YOU. Kenapa The Reason? Kenapa mawar putih itu berdarah? Kena baca. wink2.
Maaf, lama tak bersiaran. Tiba-tiba, keluar buku baru yang segar-bugar dan tidak pernah dikongsi di mana-mana. Facebook Page atau Blog saya. Alkisahnya, sebab sangkut dengan cerita BuyaSera, saya cuba channel otak saya ke lain. Dalam meniti writer's block dengan cerita tu, Tuhan ilhamkan dengan cerita lain.
Dan, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya persembahkan The REASON...is YOU. Kenapa The Reason? Kenapa mawar putih itu berdarah? Kena baca. wink2.
Sunday, April 22, 2018
Tak Sempurna Mencintaimu
Salam alaik. Ingat lagi kisah Ramadan yang saya garap hampir setahun lalu? Kisah biasa dalam bulan Ramadan yang dilalui oleh seorang lelaki bernama Mustaqim dan seorang perempuan yang dipanggil Siratul?Kisah di mana, mereka sama-sama berjalan di atas jalan yang sama, saling berpegangan tangan melawan ujian? Kisah mereka dalam cerita yang bertajuk USAH KAU TANGISKAN.
Insyaallah, kisah tentang #SiratulmMustaqim akan menemui kalian dalam bentuk buku bertajuk TAK SEMPURNA MENCINTAIMU. Kenapa tak sempurna? Kena baca versi baru ni. Lebih dramatik, lebih emosi, lebih detail dan lebih cinta. Gitewww. Hiks.
Wednesday, March 28, 2018
Kau Bicara Tentang Cinta 25
NAZ hanya memandang skrin telefonnya.
Missed call daripada Sera.
Pesanan daripada Sera. Langsung
dia tak balas. Entah kenapa, rasa
dikhianati. Bukan kerana dia punya rasa
pada Riz tapi kerana perasaan Sera pada Buya.
Entahlah… tak patut dia buat Sera begini tapi dia kesian pada Riz dan
paling penting, kenapa Sera tak mengaku pada Riz yang hati itu sudah dimiliki?
Dia pula masih mempertahankan Sera hinggalah dia dengar sendiri
pengakuan Sera dalam panggilan yang Sera abaikan dengan tak sengaja. Sera tak tahu talian mereka masih bersambung
dan dia juga tahu Buya muncul di kedai Sera.
Sebagai sahabat, tidakkah dia perlu menyokong Sera dalam apa saja
tindakan? Tapi, macam mana dengan
Riz? Riz juga seorang sahabat. Dia juga sama seperti lelaki itu. Demi persahabatan, dia ketepikan soal hati dan perasaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



