“INGIN aku pergi jauh darimu, agar kau kenal erti merindui. Namun, walau apa yang kau sangkakan, cinta ini utuh buatmu…” - Ahmad Al-Muntaha
Prolog 2
MATA yang sedang direnung ini adalah sepasang mata yang tiada lagi apa-apa rasa. Tiada kebencian jauh sekali cinta. Kosong. Hati lelaki seorang Muntaha pecah beribu. Dia kuatkan diri mendekati. Meraih tangan yang tidak membentak tapi tidak juga membalas sentuhannya. Sebelah tangannya mengait dagu isteri tersayang. Meminta mata itu memandangnya.
Segalanya sudah berbeza.
“Jangan buat abang macam ni, sayang,” rayunya seraya membawa kedua-dua belah tangan halus itu mendarat di atas bibirnya.
“Demi Tuhan, sayang… abang masih hidup. Tapi, ada bahagian dalam diri abang yang sedang mati,” ucap Muntaha, sayu.
Namun, renungan Sidratul, isteri yang dicintai sepenuh jiwa ini… kosong. Tiada berbaki walau secebis cinta. Kerana Sidratul pilih untuk membunuh cinta yang sedang nyawa-nyawa ikan.
***
Stok terhad.
Disediakan dalam bentuk kulit lembut (paperback) - baki kurang 30 naskah
dan kulit keras (hardcover) - baki dalam 35 naskah
Whatsapp ke 0143673652
No comments:
Post a Comment