Tuesday, August 06, 2013

SALAM LEBARAN



Assalamualaikum wbt.  Alhamdulillah, bersua lagi kita, kan?  Eh, bukan hari-hari kita bersua melalui kata-kata ke?  

Thursday, June 06, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 33

KAKI aku masuk ke dalam bilik mesyuarat.  Hari pertama setelah sehari tiba.  Papa tak bagi masuk dulu tapi aku memang dah tak betah untuk rehatkan diri.  Bersendiri dalam bilik dengan tak buat apa, buat aku ingatkan Ayie tahap tujuh petala.  Sampai aku rasa nak menangis bagi meluahkan betapa aku ingatkan dia.  Sangat. 

Tiba-tiba, Dia Ada 32

KAMI sekali lagi sampai ke Tiergarten dan keadaan hari ni lain sama sekali dengan hari itu.  Semuanya hanya putih dan kelabu.  Aku pandang Ayie. 
“Sunyi hari ni…”

Tiba-tiba, Dia Ada 31

PERJALAN hidup aku dan Ayie tenang seiring dengan kesibukan Ayie dan dalam pada aku belajar hendak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.  Hari ni sibuk.  Sibuk di rumah sebab lepas Maghrib karang Ayie dah jemput jiran-jiran datang majlis kesyukuran sikit. 

Wednesday, June 05, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 30

USAI makan malam.  Aku pandang Ayie, dia pandang aku.  Tangan masing-masing belum berbasuh.  Sama-sama angkat tangan kemudiannya,  Ayie sengih tipis. 
“Arya tahu tak?” 
“Tahu apa?”  Serentak itu, kening pun terjongket. 

Tuesday, June 04, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 29

BAB 29

“MANALAH ada orang buat kerja dalam cuaca sejuk ni?  Kan elok kita lepak tempat lain, dalam bangunan.” 
Aku pandang sinis pada Ayie.  Yalah, ada ke patut berjanji dengan Khai nak buat kerja di tengah-tengah kesejukan ni.  Masa ni aku nampak Ayie tarik sarung tangan daripada poket jeans dia. 

Sunday, June 02, 2013

Aku Yang Kau Panggil Sayang

“POKOK cili ni menjadi betul.  Merah menyala.  Macam trafik light.”  Aku berbicara sendiri sambil menelek kebun cili di belakang rumah.
Eh, bila sebut pasal traffic light aku mula ingat sesuatu.  Apa tu?  Hah, usah ditanya sebab jawapannya hanya satu.  Dialah… ya dia.  Dia yang aku panggil suami dan suami itu yang memanggil aku sayang. 

Tiba-tiba, Dia Ada 28

BAB 28

SEKARANG dah masuk musim sejuk.  Tinggal sajli je tak turun lagi.  Dah lama tak nampak salji, rasanya aku akan jadi sangat teruja untuk berguling dalam timbunan yang memutih tu. 

Friday, May 31, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 27

BAB 27

MAKAN malam yang sepi. 
Aku dah tak tahu nak tayang wajah macam mana.  Serius rasa beku biarpun kehangatan memang terasa dalam rumah ni.  Ayie tunduk menikmati masakan Melayu yang aku masak.  Itupun jenuh nak cari bahan masak.  Kalau yang ada berlambak dekat Alexa tu belum tentu lagi halal.  Tambah-tambah lagi bahan basah. 

Thursday, May 30, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 26

BAB 26

INI dikira rumah Ayie.  Jadi, dia tak ada aku tak berani nak ajak tetamu masuk rumah.  Nak-nak ada seorang bukan muhrim, iaitu Khai dan di sebelah dia, ada Ieza yang pasti.
“Ayie tak ada.  Kuliah.  Maaflah tak boleh nak ajak you guys masuk rumah.” Tenang aku bersuara.

Wednesday, May 29, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 25

BAB 25

AYIE dah pergi kuliah.  Tinggal aku sorang-sorang.  Nak sembang tak ada kawan.  Adalah jiran yang lain tapi tak pulak aku jumpa secara berdepan.  Macam mana rupa pun aku tak tahu tapi kata Ayie kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia

Monday, May 27, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 24

BAB 24

RUMAH ni cantik.
Itu persepsi pertama aku saat menjejakkan kaki dalam rumah sewa ni.  Cukup lengkap semua perabot untuk dua orang penghuni.  Yang menariknya, semua berwarna putih.  Nampak suci dan murni.  Terang hati.  Terbuka minda tapi jenuh nak cuci kalau kotor.