TANAH perkuburan
ini sepi. Heningnya pagi menambahkan remuk
dihati. Kicauan burung-burung yang
memuji keagungan Ilahi bagaikan mengalu-alukan kehadiran kami. Hadir menziarah pusara ayah dan bonda yang
boleh jadi untuk yang terakhir kali.
Biarpun pemergian mak sudah berbulan lamanya dan ayah juga
sudah bertahun
tiada di dunia, terasa sukar benar hendakku terima hakikat kepergian
kedua-duanya. Tiada bersebab, hanya ajal
yang menjemput kembali kepada Pencipta dan giliran aku, entah bila namun, di
dalam hati aku amat berharap agar Tuhan mengizinkan aku membesarkan Azad
terlebih dahulu. Paling tidak, biarlah
dia pandai membawa diri di dalam dunia yang tiada langsung berbaki dengan
simpati.
Langkahku
terhenti di depan pusara mak. Pusara
yang sudah mula ditumbuhi rumput yang meliar.
Punggung aku labuhkan di atas tikar mengkuang yang usang. Sengaja aku capai dari bawah wakaf tadi. Tubuh Azad aku tarik untuk duduk di sisi. Rumput yang masih kecil aku cabut. Tanpa sedar, airmata ini menitis. Menitis biarpun aku cuba bertahan demi adik
lelakiku.
Aira
reda dengan kepergian ayah dulu, tapi mengapa terlalu sukar untuk Aira terima
pemergian mak dan membuatkan kami sebatang kara tanpa saudara mara? Hatiku menyoal lirih. Sebaknya usah kunyatakan. Hanya di usia 17 tahun, apalah yang mampu aku
lakukan untuk membela nasib Azad yang hanya berumur 13 tahun?
“Aira
tak dapat nak bayar yuran SPM, mak.
Yuran Azad pun Aira tak mampu bayar lagi yang berbaki tu. Aira ada minta tolong daripada Mak cik Senah,
tapi dia herdik kami, mak. Aira tak
mampu berkata apa melainkan menelan segalanya.
Segala yang ditomah. Macam mana
Aira nak teruskan sekolah dan tunaikan impian mak. Bela nasib kita sekeluarga?”
Suaraku
bersendu hingga membawa Azad juga mengalirkan airmata. Aku tahu dia mengerti. Mengerti segalanya tapi dia masih naïf hendak
menilai kehidupan.
“Kakak
jangan macam ni, kak. Azad tak nak
sekolah kalau begini payah. Azad nak
jaga kakak,” ucap Azad dengan airmata yang kain galak membasahi wajah putih
bersih itu.
Warna
kulit yang mengikut arwah emak. Putih
kuning. Begitu juga aku. Hanya wajah Azad lebih mengikut emak. Hidung sederhana mancung dan kening agak
tipis. Berbeza denganku yang mempunyai
kening lebat terbentuk. Mewarisi
daripada ayah.
“Jangan,
Jad. Kakak dah janji dengan arwah mak
nak biarkan Jad sekolah tinggi-tinggi.
Kalau perlu, biar kakak yang berhenti sekolah. Jad teruskan.
Jangan terlintas sikit pun niat untuk berhenti sekolah, ya?” Pipi Azad aku pegang lembut. Bahunya aku peluk kemas.
Lama
Azad memandang mataku sebelum mengangguk pasrah. Dia memang anak dan adik yang baik.
Sentiasa mendengar kepadaku.
Sentiasa akur dengan arahanku.
Bibirku tersenyum biarpun airmata masih tersisa.
Aku
lihat Azad menadah tangannya. Bibirnya
terkumat-kamit sendiri bersama linangan airmata
yang kian lebat. Aku tahu dia
sedang memanjatkan doa untuk dikirimkan pada kedua-dua ibu bapa kami dan aku
pantas beralih pula pada pusara ayah dan mak.
Aira
tak pernah nak menyalahkan takdir, mak.
Tapi, Aira bimbang… mampukah Aira menggalas semua bebanan ini. Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar, kan mak? Doakan Aira, mak. Doakan Aira mampu memberi sedikit kelapangan
buat Azad bersekolah.
Biarpun
bibirku terus kelu. Hanya jari-jemari
saja yang terus ligat mencabut rumput kecil itu, hatiku terus bersuara. Bersuara pedih. Berharap agar mak mendengar dan pastilah aku
adukan pada yang Esa akan keperitan hati ini.
Jenuh
kuseka airmata yang menitis namun degilnya air jernih ini sudah tidak mahu
mendengar pujukanku lagi. Tiada niat
hendak menyeksa keamanan emak di sana
tapi pada siapa lagi hendak kubawa lara hati?
Kesedihan yang akan menjadi peneman diri setelah pemergian ibubapa
tersayang.
Akhirnya,
aku sembankan wajahku ke batu nesan itu.
Memeluknya erat bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi bersama tangisan
yang semain menggila. Serentak itu,
dapat kurasakan usapan telapak tangan Azad di belakangku.
“Kakak
jangan macam ni,” pujuk dia bersulam sendu.
Aku
mengangguk kecil dan mengangkat wajahku.
Wajah Azad aku pandang. Matanya
merah merenungku penuh kepedihan.
Aira
takut nak teruskan hidup, mak… Lalu aku paut tubuh Azad rapat ke tubuhku.
**
“Awak
tahu surat apa
tu, Aira?” Suaranya kedengaran lemah dan
aku hanya mampu menggeleng.
“Airani
binti Adnan, surat tu surat amaran terakhir untuk awak bayar yuran
periksa. Tahun susah awak tak habis
bayar dan tahun ni sama juga sedangkan tak lama lagi awak nak duduki SPM. Awak tahu, kan kesannya pada diri awak sendiri, Aira?”
“Tahu,
cikgu.” Aku jatuhkan kepala sekali
mengangguk.
“Awak
pandai, Aira. Sayang kalau awak terpaksa
berhenti separuh jalan. Cikgu sendiri
pun dah tak tahu nak tolong macam mana.
Permohonan biasiswa awak pun ditolak.
Tapi, kalau awak sudi, cikgu boleh tolong bayarkan dulu. Cikgu sayang awak , Airani,” ujar Cikgu
Roslina sambil melepaskan keluhan.
Bening
matanya aku pandang lagi. Dia sudah
banya membantu. Sudah terlalu
banyak. Pengkebumian emak juga dia yang
banyak bersusah payah. Segan rasanya
hendak menerima belas ihsan daripada dia lagi.
Aku
ukir senyum terpaksa. Memujuk diri agar
bertenang dan terus lapang dada membuat keputusan.
“Tak
apalah, cikgu. Saya dah tak perlukan surat amaran ni dan saya
dah tak nak susahkan cikgu. Kebetulan
hari ini saya dah bawa semua buku teks sekolah.
Saya nak pulangkan pada cikgu,” ujarku tenang,
Cikgu
Roslina tiba-tiba berdiri. Renungannya
tajam memaksa aku menundukkan wajah.
“Bukan
ini yang cikgu maksudkan, Aira. Cikgu
tak nak kamu berhenti sekolah!” Bahuku
digugahnya berkali-kali bagaikan mahu menyedarkan aku yang mungkin padanya
sedang bermimpi.
“Tak
ada rezeki saya nak bersekolah, cikgu.
Dah sampai masanya saya cari kerja bela nasib adik lelaki saya. Terima kasih atas pertolongan cikgu selama
ni,” putusku lantas aku leraikan genggaman Cikgu Roslina pada bahuku dan terus
berlalu daripada pejabat guru dengan hati yang pilu.
Usai
memulangkan buku teks dan mengambil surat
berhenti sekolah, aku terus berlalu keluar.
Waktu itu Azad sudah kukhabarkan akan berita ini. Dia tidak terkata atau mungkin tiada apa yang
mampu dia katakan padaku. Sehingga
tengah hari, aku hanya menanti Azad tamatkan kelas. Bila wajahnya terbias di mataku, cepat-cepat
aku dapatkan dia.
“Macam
mana sekolah hari ini?” soalku mesra
sambil menguntum senyum.
Azad
mengangguk dalam kesedihan. “Kenapa
kakak berhenti?” soal dia tanpa menjawab
pertanyaanku.
Terasa
angin mula membadai. Aku ketap bibir dan
mencerlung pandang pada Azad.
“Kan kakak dah cakap, Jad
jangan persoalkan setiap keputusan kakak.
Yang kakak nak tahu, Jad belajar dan terus belajar. Kakak akan cari rezeki untuk kita. Nanti Jad masuk asrama dulu. Buat masa sekarang, kita merayulah dekat Mak
cik Senah, tumpangkan Jad sehari dua.
Kakak cari kerja, dapatkan duit, kita mohon duduk asrama,” bebelku panjang lebar lalu aku menapak meninggalkan
Azad.
“Kakak!” Azad menyeru namaku kuat.
Langkah
ini terhenti kala dia menyapa bahuku lembut.
Wajahnya aku pandang. Aku lihat Azad
terus mengetatkan genggaman pada tali beg galasnya. Nampak segalanya usang. Daripada pakaian hinggalah pada kasut,
segalanya sudah lama tidak berganti.
Pedih mataku melihatnya lantas aku palingkan wajah ke arah lain.
“Jad
minta maaf. Tapi, Jad tak nak juga
sekolah kalau kakak…”
“Jangan
cakap lagi, Jad!” pangkasku keras. Wajah Azad aku jeling. “Kakak tak nak dengar apa-apa lagi. Rezeki biar kakak usahakan. Jad sabar dulu tinggal dengan Mak cik
Senah. Bagi kakak masa sikit,” sambungku
lebih keras daripada tadi.
Dengan
dia, aku harus bertegas. Bertegas
biarpun aku sendiri tidaklah sekuat mana.
Lemah segalanya. Hanya berserah
pada yang Esa akan untung nasibku nanti.
Sudahnya,
Azad mengalah. Tunduk lagi akur pada
kehendak aku. Langkah kami terus maju ke
rumah. Rumah Mak cik Senah yang entah
bila mampu menjadi tempat berteduh buat Azad selama aku mencari rezeki
ini.
“Mak
cik…” Aku menyeru Mak cik Senah yang
sedang menyapu di anak tangga rumahnya.
Kala
dia memandang, mata itu penuh sinis dan jelingan kebencian. Aku tahan hati. Jemari Azad aku pegang erat.
“Aira
dah berhenti sekolah, mak cik.” Aku
memulakan bicara.
“Emm…
baguslah!” herdik Mak ck Senah. “Boleh kau pergi kerja bela adik kau lepas tu
bayar harga kamu berdua menumpang kat rumah aku ni!” tekan dia lagi.
Aku
angguk. “Memang itu niat Aira tapi buat
seketika, biarlah Azad tinggal kat rumah mak cik dulu. Kalau kata mak cik nak letak harga sewa rumah
untuk Azad tinggal kat sini pun, mak cik letaklah. Nanti Aira bayarkan. Aira janji.
Yang pasti, Azad ada tempat berteduh untuk seketika,” rayuku lembut
berharap agar dia mengerti.
Bibir
Mak cik Senah herot. Batang penyapu
disandarkan pada dinding. Kakinya
merapati aku dan Azad.
“Berapa
lama? Sebulan? Setahun?”
Mak cik Senah bercekak pinggang.
Aku
jeling Azad dan ternyata dia sedang mengetap bibirnya menahan geram. Segera aku usap bahunya lembut berharap dia
bersabar sebelum memandang pada Mak cik Senah kembali.
“Tak
lama, mak cik. Dalam seminggu dua ni
je. Aira janji!” Bersungguh-sungguh aku yakinkan Mak cik Senah
hingga dia akhirnya benarkan Azad untuk tinggal di rumahnya buat seketika
lagi.
Beg
pakaianku, aku sandang dibahu. Tidaklah
punyai banyak pakaian. Hanya beberapa
pasang baju kurung dan beberapa helai t-shirt saja. Cukuplah untuk seketika.
“Tolong
jangan berkasar dengan adik Aira, mak cik,” pintaku sepenuh hati padanya saat
aku lepaskan genggaman tangan Azad yang sedang mengalirkan airmata kala
itu.
Pertama
kali berpisah denganku. Pertama kali aku
akan keluar mencari rezeki sendiri. Hati
ini tersentuh. Kamu lelaki. Haruslah punyai jiwa yang kental, Azad. Biarlah kakak menanggung segalanya untuk
kamu. Senyumlah kerana kamu masih ada
kakak. Senyumlah, Azad.
Lantas,
aku segera berpaling dan tidak menoleh lagi biarpun namaku kuat dilaung Azad
dalam tangisan. Tidak mampu berpaling
dan membiarkan dia melihat akan ketidakrelaan hatiku meninggalkannya.
**
PAGAR
berwarna keemasan itu aku pegang lama.
Berkira-kira hendak menekan loceng atau pun tidak. Bimbang dihalau bagai anjing kurap nanti
namun memikirkan janjiku pada Azad dan juga pada Mak cik Senah, aku kentalkan
hati. Jariku menyentuh punat loceng
lantas aku tekan dengan separuh keyakinan saja.
“Boleh
pak cik tolong?”
Aku
tersentak. Terkejut juga dengan teguran
seorang lelaki tua yang sedang menghampiri pagar berkenaan.
“Maaf,
pak cik. Saya Aira. Nak tumpang tanya, kot-kot rumah ni ada nak
pakai orang gaji ke?” tanyaku
tersekat-sekat setelah memperkenalkan diri.
“Emm…
kat rumah ni dah ada orang gaji, nak.
Tapi tak tahulah kalau puan nak upah orang lagi.
Pak cik ni driver je. isteir pak
cik orang gaji kat sini. Nanti pak cik
tanyakan dia. Anak tunggu kejap,
ya? Pak cik bukakan pagar.”
Pak
cik itu berpaling lalu dan seketika kemudian, pagar itu terbuka secara
otomatik. Ya Allah, yakinkanlah aku
dengan mendung yang sedang melanda ini tidaklah selamanya. Aku
yakin dengan rezeki-Mu, ya Tuhan.
Doa hatiku tak sudah-sudah.
“Mari,
nak. Kita jumpa tuan rumah dulu,” ajak pak
cik itu mesra. Aku angguk dan terus
membontoti langkahnya dengan penuh debar.
Bimbang juga diherdik dan dikeji melihatkan aku yang berpakain lusuh
ini.
Mataku
melilau ke sana
sini melihat ke persekitan rumah hingga akhirnya pak cik itu meminta aku duduk
di atas kerusi besi yang sememangnya terletak indah di laman rumah.
“Ini
ke orangnya, Pak Bakar?”
Aku
kalih pada suara yang bertanya lantas tubuhnya terangkat kala melihat seorang
wanita yang sedang menghampiri aku.
Dia
tersenyum mesra. “Nama siapa?” tanya dia seraya duduk di hadapanku yang
masih tegak berdiri.
“Aira,
puan.”
“Umur
berapa? Nampak macam muda lagi. Macam bersekolah lagi tapi kenapa nak mohon
kerja dah?”
“Err…
17 tahun, puan dan saya memang tak bersekolah dah,” jawabku tersekat-sekat. Segan sungguh hendak aku utarakan
umurku.
Dahinya
berkerut sedikit. “Kenapa tak
sekolah?” Wajahnya penuh rasa ingin tahu
tapi aku tidak mahu meraih simpati dengan kisah perit kami. Aku mampu menggunakan kudrat sendiri demi
sesuap nasi.
“Tak
pandai, puan.”
Dia
melepaskan tawa nipis. “Tak pandailah
kena belajar, Aira,” sinisnya membuatkan aku terpukul sendiri. Namun, aku sekadar memujuk hati. Memang begini dunia. Yang kaya pasti di atas dan yang susah hanya
mampu senyum menelan tohmah.
“Tapi
tak apalah…” Dia mengeluh sendiri. Tubuhnya diangkat dan dia menapak ke arahku
selangkah.
“Saya
nampak kamu macam perlukan kerja sangat.
Jadi, saya terima kamu kerja kat sini tapi kamu kena jaga keperluan anak
saya. Kamu kena tinggal di sini sebab
Mak Nah dengan Pak Bakar ke sini empat kali seminggu je. sebab tu saya harap kamu tinggal sajalah di
rumah ni. Jimat dah. Kamu ada tempat tinggal dan makan. Bulan-bulan saya bayar gaji macam biasa,”
jelasnya lembut.
Hatiku
melonjak kegembiraan. Tanpa kusedar, aku
meraih jemarinya dan mengucupnya penuh hormat.
Setitis airmataku gugur juga.
“Terima
kasih, puan,” ucapku seraya mengangkat kepala dan memandang matanya.
“Saya
Izyan. Kalau tak ada apa-apa, kamu boleh
mula sekarang. Tanyalah Mak Nah apa yang patut.
Saya nak masuk berehat kejap,” ujarnya bersama senyuman mesra dan terus
saja berlalu.
“Terima
kasih, Pak Bakar,” ucapku pada pak cik tadi.
Baru saja ketahui namanya dan juga isterinya.
Kedua-duanya
aku salami. Mak Nah tersenyum. “Aira, ya?”
tanya dia.
Aku
mengangguk. “Airani,” beritahuku.
“Kadang-kadang
Allah datangkan mendung dulu, namun tak semestinya hujan. Boleh jadi, tak sempat hujan, ada cerah yang
menghalau mendung tu, nak,” ucap Pak Bakar penuh makna bagaikan mengerti akan
kedukaan hatiku. Mereka tersenyum
lagi.
Aku
angguk saja.
“Apa-apa
jadi, Mak Nah harap Aira sabar dengan karenah anak puan. Baik budaknya tapi itulah…” Mak Nah mengeluh dan aku hanya mampu kerutkan
dahi. Apa maksudnya?
“Eh,
awak ni. Jangalah dok takutkan Aira
dengan budak Qaiser tu,” tegur Pak Bakar pula makin menambahkan
kebingunganku.
“Mana
ada takutkan. Saya berpesan, bang,”
tukas Mak Nah pula lalu dia mempelawa aku ke dalam rumah.
“Err…
apa maksud Pak Bakar tadi, Mak Nah?”
Dalam berani-berani takut, aku menyoal.
“Tak
ada apalah. Yang Mak Nah maksudkan tadi
tu anak puan. Budaknya baik tapi
entah. Dah makin besar ni makin pelik
pulak,” beritahu Mak Nah kala kami menuju ke bilik yang akan menempatkan aku nanti.
“Pelik?” soalku sepatah bersama kening yang
terjungkit.
Mak
Nah mengangguk. “Bujang. Ada
rupa ada harta. Biasalah,” rumus Mak Nah
cuba
menyembunyikan sesuatu daripadaku.
Sudahnya
dia diam membiarkan soalanku tergantung saja.
Hingga ke petang, aku hanya mengikut jejak Mak Nah untuk kenal akan
selok belok dan kerja-kerja yang bakal aku lakukan nanti di dalam rumah besar
ini. Bila Mak Nah meminta diri hendak
pulang ke rumahnya, aku kembali ke bilik.
Tugas pertama bermula nanti. Aku
rebahkan tubuh seketika bersama senyuman. Alhamdulillah…
Malamnya,
usai menyediakan makan malam dan saat hendak melintasi ruang tamu, langkahku
mati. Ada suara berbual di tengah ruang tamu
itu. Suara Puan Izyan dan seorang
lelaki. Barangkali itulah Qaiser yang
dimaksudkan Mak Nah dan Pak Bakar siang tadi.
Perbualan
yang tidaklah mesra mana. Tidak seperti
aku berbual dengan arwah mak. Kedengaran
kesat dan kasar pada pendengaranku. Aku
mengundur berbapa tapak dan mengintai di balik anak tangga.
“Qaiser
tak boleh nak terima mama ambil entah siapa-siapa untuk tinggal dalam rumah
kita ni. Selama ni elok je Mak Nah tu
sorang je kerja kat sini. Ni pulak mama
tambah sorang lagi orang gaji. Kita
berdua je, mama. Lagipun, Qaiser bukan
selalu ada di rumah pun,” bentak lelaki itu dan tahulah aku, kerana akulah
mereka bertekak.
“Sebab
Qaiser jarang-jarang dekat rumahlah mama ambil dia kerja degnan kita. setidak-tidaknya ada juga yang temankan mama bila Qaiser tak jumpa
jalan balik rumah!” bidas Puan Izyan pula.
“Mama
jangan sindir Qaiser macam tu, ya?
Okey! Kalau memang mama nak
Qaiser temankan mama, mama berhentikan dia.
Now!” desak Qaiser lagi.
Aku
terkedu. Baru saja aku raih rezeki ini
tapi ternyata, rezeki masih belum untuk aku.
Masih belum hilang panasnya jejakku di dalam rumah ini, aku sudah
dihalau pergi. Lama aku terpaku di situ
sebelum kembali ke bilik. Pakaian yang
masih di dalam beg itu aku pandang sepi.
Tidak lama setelah itu, aku capai beg galas tersebut dan mahu segera
berlalu dari rumah itu.
Tidak
rela melihat pertengkaran antara ibu dan anak demi orang gaji sepertiku. Sedih memikirkan rezeki tiada di sini namun
sedih lagi melihatkan anak yang sedang melengking pada ibunya sendiri.
“Puan…” Aku memanggil Puan Izyan perlahan.
Puan
Izyan dan Qaiser sama-sama panggung kepala memandangku. Pertama kali bertentang mata dengan Qaiser,
hatiku punyai detak lain macam namun terbunuh akhirnya dengan renungan tajam
mata lelaki itu.
“Nak
ke mana bawa beg galas ni?” soal Puan
Izyan.
“Maaf
puan. Saya nak berhenti kerja.”
Puan
Izyan bangkit dari duduk. Tubuhku dia
dekati. “Kenapa pulak? Kan Aira yang beria-ia nak kerja kat
sini.” Dia jelas tidak berpuas
hati.
“Saya
percaya pada rezeki Allah puan tapi saya tak tahan hati tengok puan bertekak
dengan anak sendiri sebab saya. Soal
saya tak menjadi masalah namun pada saya, martabat seorang ibu itu tinggi kedudukannya. Saya tak boleh nak terima bila puan
ditengking anak sendiri.”
Sungguh
begitu. Aku sudah tiada ibu dan ingin
saja aku katakan pada Qaiser, hargailah ibumu itu. Sekali nafasnya terhenti, hanya airmata yang
bakal mengalir tak henti-henti. Aku
jeling Qaiser yang sedang merenungku tidak berkelip-kelip. Merenung seorang gadis sepertiku yang hanya
dibaluti sepasang baju kurung lusuh milik arwah mak dan tudung yang herot sana sini.
“Heh,
kau ni pepandai nak mengata aku, kan ? Kenapa?
Dah puas hidup?” marah Qaiser
padaku.
Aku
menggeleng. “Tak, encik tapi kesian
dekat mama encik. Berdosa kita tengking
ibu kita, encik,” ujarku lagi tanpa sedar.
Tak kusangka, lancar saja lidah menuturkan kata.
Qaiser
terus saja melangkah ke arahku dan dia terus menghayunkan kasarnya ke wajahku
tanpa amaran. Baru saja telapak
tangannya hendak mendarat di pipi, suara Puan Izyan bertempik nyaring.
“Megat
Qaiser!!!” larang Puan Izyan.
Bibirku
bergetar bila melihatkan tangan Qaiser hanya beberapa sentimeter saja daripada
pipiku. Terlalu dekat dan tersangat
hampir. Dia mengetap gigi kuat kala
perbuatannya terhenti.
“Apa
kamu nak buat tu? Apa dosa Aira pada
kamu sedangkan ini pertama kali kamu tengok dia, kan ?”
tekan Puan Izyan lagi.
“Dosa
apa mama cakap? Mama tak dengar ke dia
mengata Qaiser tadi,” bentak Qaiser keras dengan wajah yang merah padam dan
mata yang tidak pernah puas melahap wajahku.
“Semua
yang dia cakap tu benar, Qaiser. Kamu
sedar tak yang kamu tu sedang meninggikan suara dengan mama? Kamu sedar tak yang kamu tu sedang menderhaka
pada mama? Syurga kamu ni bawah telapak
kaki mama, Qaiser. Aira hanya berkata
benar. tak ada yang salah pun!” tegas
Puan Izyan membelaku.
Serentak
itu Puan Izyan menarik aku rapat padanya membawa aku jauh daripada susuh tubuh
sasa milik Qaiser.
“Kot
ya pun kamu tak suka orang luar ni ada dalam rumah kita, kamu anggap jelah mama
menolong orang susah. Mama pakai kudrat
dia dan mama bayar dengan harga yang setimpal.”
Seraya
itu, Puan Izyan menarik aku bersama langkahnya meninggalkan Qaiser yang sudah
terduduk di atas sofa dan bila aku kalih, matanya masih merenungku tajam.
**
SETELAH
peristiwa itu, aku sudah jarang melihat Qaiser di rumah. Keluhan Puan Izyan seringkali menyapa
telingaku. Kala dia mengadu, aku hanya
kelu. Kala dia merintih, hati ini juga
turut pedih. Tak mampu aku lakukan
apa-apa melainkan memanjatkan doa saja agar Qaiser berubah. Tidak lagi menjadi anak yang liar dan bebas
pergaulannya dan kembali menemai ibu yang kesepian.
Tengah
hari tadi, setelah menghantar pemergiaan
Puan Izyan untuk satu mesyuarat penting, Mak Nah terus pulang dan aku bimbang
jika Qaiser tiba-tiba saja muncul dalam pada aku bersendirian malam ini. Tidak sudah-sudah aku memanjatkan doa agar
Qaiser tidak kembali malam ini.
Hujan
yang lebat kian mencurah-curah membawa aku berlari ke beranda untuk mengangkat
kain yang mungkin terkena tempias melihatkan angin yang bertiup kian
garang. Langit gelap tiba-tiba biarpun
baru saja pukul enam petang.
Pakaian
yang lembab tadi aku sangkut di beranda belakang. Sesekali angin yang bertiup garang membuatkan
aku menggigil kesejukan apatah lagi dengan t-shirt putih yang sudah
lencun.
Waktu
ini, hatiku dipalu bimbang memikirkan Azad.
Sudah dua minggu tapi aku masih tidak mampu menjenguknya. Pada Puan Izyan juga langsung tidak aku
khabarkan tentang dia. Entah bagaimana
harus aku minta gaji pendahuluan untuk kemasukan Azad ke asrama.
Aku
membongkok lagi sekali menggapai baju di dalam bakul dan kala helaian terakhir
aku sidai, hidungku terbau sesuatu. Bau
yang tidak pernah aku hidu selama ini.
Kala aku berpaling dan hendak berlalu, tubuh Qaiser tetap berdiri di
hadapanku.
“Ya
Allah, Encik Qaiser. Terkejut
saya.” Aku beristighgar panjang sambil
mengurut dada.
Sungguh
aku terkejut dengan kemunculannya.
Terkejut dan takut yang mula menjadi satu melihatkan renungannya padaku
yang cukup tajam. Terasa diri ini ditelanjangi
oleh mata Qaiser bila aku mula sedar yang pakaian putih itu sudah menampaknya
renda pada pakaian yang di dalamnya.
Aku
menarik bakul menutup dadaku dan menjatuhkan tudung yang kubelit ke
belakang.
“Mama
aku mana?” soalnya dingin.
“Puan
ada urusan kat luar hari ini. Dia mungkin
tak balik. Saya dah masak. Saya turun hidangkan untuk encik.” Mendatar saja suaraku menuturkan kata. Langsung tidak mampu aku pandang wajah
Qaiser.
Beberapa
tapak aku melangkah, Qaiser melelar pergelangan tanganku agak kasar. Hampir saja tubuhku terbalik ke
belakang. Raga plastic itu lepas
daripada tangan.
“Kenapa
ni encik?” Aku menyoal dalam pada
mengawal rasa takut dalam diri.
“Aku
tak nak makan. Kau layan aku
kejap!” tekan Qaiser tegas.
Aku
telan liur bersama wajah yang berkerut seribu.
Memang aku nak layan kau makanlah ni!
Getus hatiku sendiri.
“Memang
saya nak turun hidangkan makan malam ni,” ujarku polos.
Qaiser
merengus kasar. Rambut yang agak panjang
itu nampaknya sudah mencecah kolar baju kemeja yang tersarung pada tubuhnya. Nampak seperti satu butangnya sudah
dibuka.
“Aku
bukan nak kau layan aku kat meja makan tapi aku nak layan kau dekat situ!” Bibir Qaiser terjuih ke arah pintu
biliknya.
“Aku
nak rasa budak umur 17 tahun pulak!”
sambungnya dengan wajah yang menyeringai penuh kejahatan.
Tersentak
aku dibuatnya. Tak percaya dengan apa
yang singgah menyapa di gegendang telingaku saat ini. Pantas aku menggeleng ketakutan. Aku tidak sudi memperjudikan harga diri. Aku mahu sesuatu yang halal. Aku mahukan rezeki untuk terus hidup namun
aku tidak sudi dimusnahkah oleh lelaki parasit ini.
“Tak…” Aku menggeleng lagi sambil menarik tanganku
daripada genggamannya.
“Apa
yang tak?” soal dia.
“Tak
sudi nak layan aku? Kenapa? Kau ingat aku akan minta kau layan aku free ke?” Qaiser ketawa berdekah-dekah. Tenggelam timbul tawa itu akibat hujan yang
kian mencurah.
Aku
lihat matanya jatuh ke bahagian dadaku lama.
Liurnya ditelan berkali-kali hingga membawa aku menutupnya dengan raga
plastik tersebut. Rasanya, jika ditoreh
sekalipun, wajahku pasti tidak berdarah kala ini. Takutnya hanya Allah yang Maha Tahu.
Genggaman
kian kejap. Renungan mata Qaiser juga
kian tajam menikam dan langkah aku juga kian terpaku. Sedaya upaya, aku cuba melonggarkan tanggan ini
daripadanya dan kala Qaiser leka memerhatikan aku, pantas aku rentap lenganku
dan berlari turun ke bawah. ]
“Kau
nak ke mana tu, Aira?” jerit Qaiser saat
aku melepasi ambang pintu.
Tidak
mampu aku menjawabnya. Dalam fikiranku
hanyalah satu. Aku perlu berlalu
daripada rumah ini. Perlu keluar dengan
segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Raga
entah ke mana. Usah difikirkan barangan
aku yang lain. Segalanya sudah tidak mahu aku peduli. Wajah mak, ayah dan Azad muncul di
minda. Terlalu sukar hidup ini apatah
lagi aku bagaikan sudah masuk ke kandang harimau yang lapar.
Saat
tombol pintu utama aku gapai dan belum sempat aku pulas tombolnya… pinggangku
diraih kemas daripada belakang. Lantas,
Qaiser menyeret aku menjauh daripada pintu.
Sekali dia menyentak, aku terduduk di atas permaidani.
Wajah
Qaiser aku pandang dengan penuh ketakutan.
Tubuhku yang sudah sedia menggigil kedinginan akibat baju yang lembab
bertambah getarannya melihatkan tindakan Qaiser yang amat menakutkan.
“Apa
salah saya, Encik Qaiser?” Aku menyoal
dalam tangisan yang tertahan-tahan sambil menyeret tubuhku ke belakang. Menjauh daripada dia yang sedang menapak
tidak henti-henti.
“Jangan
buat saya macam ni, encik. Saya janji
saya akan keluar sekarang juga daripada rumah ni. Saya tak kan susahkan encik lagi,” pohonku pinta
simpati kala Qaiser mula mendekati dan terus duduk di hadapanku bila aku
sendiri sudah tidak mampu berganjak lagi.
Jemari yang menekup mulutku dia sapa ke dalam
genggamannya. Terasa ada kehangatan yang
menjalar tapi langsung tidak mampu menghalau takutku.
“Kau
nak pergi sekarang?” soal dia
tenang.
Aku
angguk saja. Tidak berani hendak melawan
kerana dalam keadaan begini, Qaiser mampu lakukan apa saja dan aku pasti tidak
mampu melawan kudratnya.
“Kenapa
tidak seminggu sudah? Kenapa setelah aku
diherdik mama angkara kau baru kau nak pergi?”
tanya dia lagi.
Aku
menggeleng pula. Tidak mampu menjawab
melainkan hanya airmata yang mengalir tidak sudah-sudah. Jangan buat saya macam ni, Qaiser… saya ada tanggungjawab
yang perlu dijaga. Tolonglah! Rayu hatiku bersungguh-sungguh namun tidak
mampu aku luahkan secara zahirnya.
“Dah
terlambat sekarang, Aira. Tak tahu
kenapa… aku memang tak suka orang luar masuk rumah aku. Apatah lagi kau yang mampu buat mama marahkan aku. Kalau betul kau nak pergi, aku ada hadiah nak
beri sebagai kenangan,” gumamnya dekat di wajahku.
Aku
pejam mata. Bibir aku ketap kuat kala
merasakan hembusan nafas Qaiser pada seluruh wajahku. Bila aku buka mata, dia sudah menjauh tapi
tangannya pantas menarik tudung yang aku pakai.
“Encik
Qaiser nak buat apa ni?” tanyaku sambil
menepis tangannya.
Qaiser
diam dan hanya tersenyum. Dia mengesot
sedikit terus merapati aku dengan tangan yang mengepung pinggang aku.
“Terimalah
hadiah aku nak bagi ni, Aira,” bisik dia lagi dan aku terus menggeleng bila
Qaiser berjaya leraikan tudungku membiarkan rambut yang aku ikat kemas, lepas
bebas akhirnya.
“Kenapa
hukum saya macam ni? Jahat sangatkah
saya ni?” ngongoinya dengan tangan yang
menahan dada sasa Qaiser.
“Sebab
aku tak suka kau. Sebab aku benci kau ke
sini dan sebab aku menyampah tengok wajah kau pertama kalinya dulu. Sebab aku…”
Suaranya mati. Aku dengar dia
melepaskan keluhan sedikit.
Saat
Qaiser menyentuh bahuku dan wajahnya sudah hampir tersembam pada leherku, pintu
utama ditolak dari luar. Angin sejuk
menghembus masuk garang. Kala kami
berpaling, aku nampak susuk tubuh Puan Izyan berdiri kaku di situ. Mencerlung pandang kepada kami yang masih
duduk rapat sesama sendiri.
Airmata
ini terus saja mengalir. Aku menggeleng
pada Puan Izyan mahu menyatakan yang bukanlah salah aku di dalam hal ini. Jauh sekali hendak menggoda Qaiser malah aku cuba melepaskan
diri pula. Tapi, Qaiser anaknya dan aku
hanyalah pembantu rumahnya. Kepercayaan
haruslah pada Qaiser dan aku harus memujuk diri ini reda dengan fitnah
nanti. Ya Tuhan… hatiku menyebut nama
Allah lantas aku pandang wajah Qaiser yang tenang. Airmataku merembes lagi.
**
KAKI
ini tak sudah-sudah menguis permaidani sambil memeluk tubuh yang
menggigil. Pasrah menanti hukuman dan
hinaan daripada Puan Izyan angkara menggoda anak lelakinya.
“Mama
tak sangka, Qaiser boleh buat macam ni pada Aira?” tuturnya penuh kekesalan.
Aku
ketap bibir. Mengalir laju airmataku
bila suara Puan Izyan langsung tiada beriak menuduk aku.
Qaiser yang sedang menyandarkan kepalanya pada sofar
hanya memejamkan mata sedari tadi.
Langsung tidak berani memandang aku.
Tidak seperti tadi. Aku kalih
pada Puan Izyan. Airmatanya mengalir
saja.
“Kot
ya pun Qaiser bencikan Airani, Qaiser tak boleh nak rampas maruah diri
dia. Mama tak pernah ajar semua ni. Dengan bau arak segala. Apa nak jadi ni, Qaiser? Apa salah dalam didikan mama pada kamu?” Lirih saja aku dengar suara Puan Izyan
menyoal.
Soalan
Puan Izyan tidak bersambut. Qaiser terus
mendiamkan diri. Dia hanya meraup
wajahnya berkali-kali dan aku masih berdiri tegak bagaikan patung cendana.
“Mama
malu dengan sikap kamu ni, Qaiser. Bila
nafsu sudah menguasai akal, macam nilah jadinya. Kamu ni dah sampai tahap wajib kahwin kalau
tak mampu nak kawan nafsu sendiri.
Bukannya kamu heret anak dara orang sesuka hati kamu je masuk ke bilik!” marah Puan Izyan sudah tidak mampu bersabar
agaknya dengan perlakuan Qaiser yang tenang.
“Maafkan
Qaiser, ma. Qaiser tak sengaja.”
Mataku
bulat mendengarkan jawapan balas daripada Qaiser. Tak sengaja?
Tak sengaja katanya sedangkan aku jenuh merayu mohon dilepaskan tapi dia
tetap mahu meratah aku sesuka hatinya.
Mujur mamanya tiba tebat pada waktu.
Allah itu mendengar rayuannya lantas Dia menghantar penyelamat pada
waktu yang tepat.
“Mudahnya
kamu cakap tak sengaja, kan ?” sinis Puan Izyan bersama tawa halus. Dia menggeleng kesal.
“Tak
sengaja kamu tu bakal menggelapkan seluruh hidup Aira, kamu tahu tak?” bentak Puan Izyan lagi.
Qaiser
tetap begitu. Diam dan menjeling ke
arahku seketika sebelum kembali menatap mamanya.
“Kahwinlah,
Qaiser. Cari calon yang sesuai. Mama akan merestui sesiapa saja yang boleh
menyedarkan kamu yang hidup kita ni singkat.
Tapi, kalau perempuan dari kelab malam yang kamu nak jadikan isteri,
mama juga restui. Cuma satu mama pesan,
buatlah keputusan setepatnya,” cadang Puan Izyan pada anak lelakinya.
Dia
berpaling padaku dan tersenyum kelat.
Nampak sungguh kekecewaan dalam matanya
yang sedang memohon maaf daripadaku bagi pihak Qaiser. Aku sendiri terkejut bila Puan Izyan katakan,
dia sudah berpesan pada Qaiser untuk tidak pulang ke rumah. Tapi pelik, untuk apa Qaiser kembali dan
bertanya mamanya sedangkan jawapan telah ada?
Atau dia memang punyai niat untuk merosakkan aku, hanya dia dan Tuhan
saja yang tahu.
“Puan…
rasanya lebih elok kalau saya berhenti kerja.”
Akhirnya aku bersuara setelah berdiam diri sedari tadi.
Inilah
yang seeloknya. Barangkali tidak hari
ini tapi esok atau lusa, siapa tahu Qaiser pasti mengulangi perbuatannya. Sudah bukan rezekiku di sini. Tak mampu rasanya hendak terus bertahan di
sini.
“Kamu
nak berhenti kerja, Aira?” Puan Izyan
bingkas bangun. Qaiser juga. Matanya terus tajam memandang. Aku hanya memaksa diriku memberanikan diri
membalas pandangannya.
“Bukan
ke Aira tak ada tempat nak pergi selain rumah ni? Bukan ke Aira cakap nak cari rezeki?” tanya dia tidak puas hati.
Aku
angguk. “Betul, puan. Tapi, kalau sudah tertulis rezeki saya tidak
di sini, pasti ada kat tempat lain.” Aku
ukir senyuman plastic.
“Tengoklah
apa kamu buat ni, Qaiser. Mama pun dah
tak tahu nak kata apa dah,” keluh Puan Izyan lagi.
Qaiser
menapak beberapa langkah rapat padaku.
Dia memandang aku lama sebelum berpaling pada mamanya dan kalih pada aku
semula.
“Pandang
aku!” arah Qaiser.
Aku
terpaksa mengangkat kepala melangut memandangnya yang jauh lebih tinggi
daripada aku. Mata kami berbicara. Ada
persoalan yang tak mampu aku rungkaikan.
Entah kenapa, buat pertama kalinya… hati ini detaknya berirama. Indah beralun kala menatap bening mata lelaki
ini. Namun, untuk kekal di sini adalah tidak mungkin. Azad menanti dan aku pula sudah berjanji.
“Kau
tak payah berhenti. Aku akan nikahi kau. Kau jaga makan pakai aku macam mana mama buat
selama ni. Aku tak suka orang yang tak
ada pertalian dengan aku, usik barangan aku.
Lepas ni kau je boleh sentuh dan sediakan segalanya untuk aku!” tekan Qaiser tegas biarpun nadanya penuh perlahan.
Dia
kalih pula pada Puan Izyan. “Calon
Qaiser ada dalam rumah ni, ma. Mama uruskan apa yang patut. Kalau kata Aira anak yatim lagi mudah kerja,’
ujar Qaiser lagi. Penuh dengan keyakinan
sedangkan aku sudah hampir terduduk.
Aku
pandang mata Puan Izyan berharap agar dia menolak kehendak gila Qaiser tapi
sayang bila Puan Izyan hanya diam.
“Qaiser
yakin?” tanya Puan Izyan.
Qaiser
mengangguk pantas dan dia terus saja berlalu dan aku … terus menerkam kaki Puan
Izyan memohon simpati.
“Qaiser
tak boleh buat saya macam ni, puan. Saya
tak perlu kahwin denagn dia. Dia tak
buat apa-apa pun, puan. Malam ni juga
saya akan keluar daripada rumah ni,” rayuku bersulam sendu.
Puan
Izyan diam. Dia menarik tanganku agar
aku berdiri dekat padanya. Kala aku
sudah berdiri di hadapannya, tubuhku diraih.
“Saya
tak tahu daripada mana kamu datang, Aira.
Tapi pertama kali melihat kamu, saya nampak kejujuran kamu dalam
menempuh hidup yang penuh penipuan ni.
Terimalah Aira. Yakinlah Qaiser
akan jaga Aira,” pujuk Puan Izyan padaku.
Aku
menggeleng tidak bersetuju. Padaku,
lelaki yang hampir merosakkan aku, mana mungkin mampu menjaga diri ini.
“Saya
masih ada adik yang bersekolah, puan.
Saya dah janji pada arwah mak dan ayah nak jaga dia. Nak biayai persekolahan dia. Apa nasib dia kalau saya kahwin, puan?”
“Aira…”
Puan Izyan menyapa pipiku lembut.
“Aira
dan adik Aira akan jadi tanggungjawab Qaiser nanti. Mama yakin…”
Nafasku
tersekat. Bila Puan Izyan membiasakan dirinya mama. Aku rindukan mak dan saat ini, kala Tuhan menghantar
seorang ibu, perlukan aku menerimanya?
Aku renung bening mata Puan Izyan yang berair.
“…
mama yakin Aira boleh hidup dengan Qaiser dengan baik. Boleh bentuk dia menjadi seorang suami yang
baik untuk Aira nanti,” sambungnya.
Lama-lama,
aku mengangguk saja. Pasrah lagi tapi
sungguh aku berharap, mendung ini tidak mendatangkan hujan.
**
USAI
isyak, aku membuka buku bank milik aku dan Azad. Simpanan yang tidak sampai beberapa ringgit
saja itu perlu bertambah demi masa depan Azad.
Aku tahu, pasti tiada gaji yang dibayar memandangkan gelaran menantu
yang baru saja aku sandang beberapa hari sudah.
Entah pada siapa hendak aku meminta.
Pada Qaiser rasanya tidak mungkin melihatkan lelaki itu tetap
begitu. Langsung tidak berubah. Penat sungguh mencerna pendapat hinggakan aku
sendiri tidak sedar bilakah Qaiser ada di belakang.
“Jauh
termenung?” tanya dia.
Aku
menggeleng dan terus bangkit. Mata ini
menentang pandangannya sebelum bangun meletakkan semula buku bank tersebut di
dalam beg galasku.
“Dah
mula berangan nak jadi puan besar dalam rumah ni ke?” sinis dia lalu dia labuhkan duduk di birai
katil.
Aku
tetapkan kesabaranku kerana seperti yang kutelah, inilah habuannya menjadi isteri pada lelaki yang
membenci aku. Demi Azad, demi Puan Izyan
aku kini berkongsi kamar yang sama dengan Qaiser.
Terlalu
pantas waktu berlalu hingga mengubah segala-galanya dalam hidup aku. Daripada status seorang pelajar kepada status
orang jadi dan akhirnya menjadi seorang isteri.
“Memang
kau tak payah nak jadi orang gaji dah dalam rumah ni sebab aku dah up-grade
sikit status kau. Jadi perempuan
simpanan aku,” ujarnya mengherdik.
Aku
angguk dan tersenyum. Dalam hati
menangis tapi biarlah hanya Allah yang tahu.
“Perempuan
simpanan yang halal, apa salahnya kan ?” Aku memulangkan paku buah keras lantas aku
rebahkan tubuh di atas permaidani. Letih
menghadapi karenah Qaiser seharian.
“Yang
kau tidur kat bawah ni kenapa? Nak cakap
aku kejam sangat?” tegur dia kasar.
“Dah…
kau naik tidur atas katil ni. Besar
apa. Kalau kata tak muat esok aku beli
yang paling besar sekali katil ni!”
sambung dia lebih tegas dan keras.
Aku
senyum. “Layak ke seorang perempuan
simpanan macam saya ni nak tidur sekatil dengan awak?”
“Kau
ni kan ? Dah puas hidup ke?” marah dia tiba-tiba. Itulah saja ayat yang tahu dia katakan padaku.
“Sesungguhnya
hidup ini bukan milik saya. Milik
Tuhan. Saya hanya dipinjamkan seketika
untuk rasa nikmat menjadi isteri pada seorang suami,” ujarku perlahan.
Malas
hendak bertekak dengan Qaiser yang nampak terpegun sendiri itu, aku terus
memanjat katil. Perjalanan masih
jauh. Esok atau lusa, jika ada umur
masih terlalu banyak kudrat yang perlu aku gunakan.
Aku
mengiring membelakangi Qaiser. Menggigit
bucu bantal bertahan dari esakan kala airmata mengalir. Menderitanya Aira, mak. Adunya lirih.
Saat
aku mahu betulkan kain batik yang agak tersingkap, aku rasakan tangan Qaiser
bersentuhan dengan hujung jariku. Bahuku
dipaut kasar memaksa aku menghadapnya.
“Abang
nak apa?” soalku cuba mengawal emosi sendiri.
Menatap
wajahnya yang hanya beberapa inci saja daripadaku membuatkan kasihku tumpah
padanya. Bila itu aku tidak pasti. Biarpun aku tidak sudi, kasih dan cinta itu
mula bercambah dengan sendiri.
Qaiser
menelan liur. Aku lihat nafasnya
tersekat-sekat. Tubuh yang hanya
bertongkat siku itu nampak goyah. Pautan
pada bahuku juga kian kejap.
“Aku
nak… kau layan… layan aku kejap,” ujarnya tersekat-sekat.
Mengerti
dengan kehendak Qaiser, aku pandang wajahnya dalam-dalam. Mahu menjadi seorang isteri yang patuh dan
tidak menolak kehendak suami, aku angguk saja.
Mata ini kabur kala nafas kamu bercantum menjadi satu. Tanpa sedar, airmataku mengalir lagi melalui
juring mata. Pedihnya hati ini!
**
PAGI
itu, aku bangkit bersama tubuh yang sedikit sakit. Lenguh segalanya. Jam sudah menginjak ke angkat 10.00
pagi. Qaiser sudah tiada di sisi. Aku menarik tuala dan membaluti tubuhku dan
berlalu ke bilik air sebelum Qaiser terlebih dahulu menolak pintu bilik air
dari dalam.
Wajahnya
bersahaja bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
Hanya aku saja yang menahan rasa yang hampir memecahkan dada.
Usai
mandi dan bersiap, aku lihat Qaiser sudah lengkap berpakaian. Tualanya dibiarkan saja terdampar di atas
permaidani. Aku tunduk mengutipnya dan
terus melabuhkan duduk di birai katil.
Mengirai rambut yang masih basah.
Aku
jeling ke arah cermin kala merasakan kerlingan anak mata tajam Qaiser daripada
dalam cermin. Benar begitu. Dia sedang mengamatiku tidak lepas. Lama-lama, dia bangkit dan menghampiri
aku.
“Nah.” Qaiser menghulurkan beberapa keping not RM50.
“Apa
ni?”
Dia
tersengih sinis. “Kau ingat aku suruh
kau layan aku free ke malam tadi? Ni
bayaran malam tadi!” tekan dia.
Aku
terpempan. Tanganku pantas mencengkam dada
yang kian mencucuk sakitnya. Hingga ke
tahap ini dia memaknakan status perempuan simpanan ini.
“Kenapa
buat Aira macam ni? Aira layan abang
ikhlas. Aira tak nak abang bayar Aira
macam ni,” bantah aku.
Qaiser
ketawa sikit. “Kan aku dah cakap, itulah status kau dalam
hidup aku.” Serentak itu, Qaiser
melemparkan wang itu tepat di atas ribaku.
“Tarik
balik kata-kata abang tu,” pohonku lalu aku cuba sapa jemarinya tapi Qaiser
pantas mengelak.
“Hanya
aku yang boleh sentuh kau tapi kau tak boleh sentuh aku!” marah dia.
Aku
bangkit dengan rasa marah yang membuak-buak.
Wajah Qaiser aku pandang tidak berkelip.
Jika mampu, mahu saja aku tampar wajah tampan itu. Tidak sudah-sudah sinis padaku.
“Apa
salah Aira pada abang? Kenapa abang
benci sangat pada Aira? Aira ke sini nak
cari rezeki halal je untuk keluarga Aira.
Aira tak pernah paksa abang nikahi Aira tapi abang yang nak. Kalau kata pun abang berjaya usik Aira hari
tu, Aira tetap tak akan paksa abang bertanggungjawab. Tapi, kenapa abang layan Aira macam ni
setelah abang yang beria-ia nak Aira jadi isteri abang. Kalau benar abang benci sangat pada Aira,
lepaskan Aira dan Aira boleh tinggalkan rumah ni senyap-senyap!”
Suaraku
bergetar. Dalam berani, jelas ada
ketakukan yang mula menguasai diri. Aku
menghamburkan segala persoalan. Sungguh
aku sudah tidak mampu mendiamkan diri.
“Jangan
harap nak lepas daripada kau, Aira.
Sekali aku lafazkan akad, jangan harap aku lafazkan perpisahan biarpun
kau menderita dengan aku! Jangan risau
pasal duit. Kalau kau perlukan duit
sangat, kau akan dapat duit mudah. Layan
aku pasti ada habuannya!” tekan Qaiser
lagi penuh keangkuhan.
Tubuh
Qaiser yang menapak ke arah pintu, aku pandang penuh rasa sebu. Airmata yang mengalir aku seka pantas setelah
aku temui sedikit kekuatan demi Azad.
“Abang
Qaiser,” seruku.
Dia
berpaling setelah menghentikan langkahnya.
“Memandangkan
Aira ni perempuan simpanan abang dan abang akan bayar Aira tiap kali pun, izinkan Aira letakkan harga
setiap kalinya. Mahal ke murah, Aira yakin abang mampu
bayar.”
Wajah
Qaiser nampak terkedu. Dia menelan
liurnya berkali-kali dan aku hanya mampu tersenyum dalam sendu. Mendung hidupku selama ini mula merintik
hujannya.
**
WAJAH
Azad aku pandang. Tubuhnya aku peluk
penuh kasih. Beg pakaian yang digalasnya
aku letak ke tepi dan wajah tua Mak cik Senah aku pandang.
“Ni
saya bagi sebagai tanpa terima kasih saya sebab sudi tengokkan Azad selama ni,
mak cik,” pintaku ikhlas. Aku gariskan
sedikit senyuman tapi Mak cik Senah mencemik.
Sampul
yang aku hulurkan padanya bertukar tangan.
Mak cik Senah, sepupu arwah mak yang memang tidak pernah suka dengan aku
dan Azad. Baginya, aku menyusahkan dia
dan aku sedar itu.
“Berapa
banyak dalam ni?” tanya dia.
“Dalam
seribu je, mak cik,” terangku.
“Mana
kau dapat duit banyak ni? Kau lacur
tubuh kau ke apa?” sindir dia.
Aku
memandang bibir herot Mak cik Senah yang sedang mengejek aku. Luluhnya hati ini dengan kata-katanya biarpun
kata-kata itu ada kebenarannya.
“Saya
buat kerja halal, mak cik,” jawabku menafikan.
Ya,
memang kerja itu halal. Kerja melayani
suami sendiri adalah halal di sisi Allah.
Malah pahala pula yang aku dapat.
Benar aku ikhlas biarpun setiap kali, Qaiser pasti menaburkan wang
padaku.
Bezanya,
Qaiser tidak perlukan kasih dan cinta yang sememangnya tercipta untuk dia
ini. Dia tidak pernah nampak malah jauh
untuk dia rasainya.
“Aku
tak nak tengok muka kau dua beradik lagi!”
cemik Mak cik Senah lantas dia berlalu ke dalam rumah.
Aku
senyum dan mengangguk. Kemudian aku
pandang Azad.
“Kakak
pergi mana lama?” tanya dia.
“Kan kakak kerja. Maaflah sebab lama sikit tinggal Jad kat sini
tapi kakak dah uruskan Jad kemasukan ke asrama.
Buat sementara, Jad tinggal di asrama.
Senang nak belajar. Nanti kakak
datang melawat. Pasal duit tu, Jad
jangan bimbang. Tugas Jad adalah belajar
dan tunaikan impian kakak yang tak kesampaian ni. Penuhi impian mak. Bila khidmat kakak dah tak diperlukan lagi,
kita akan tinggal sama-sama, ya?” ujarku
bersama senyuman kelat.
Dia
mengangguk dan mengesat airmataku yang jatuh ke pipi. Azad tidak tahu penderitaan aku. Dia tidak tahu apa-apa dan biarlah kekal
begitu. Dia juga tidak tahu akan
statusku kini sudah bergelar isteri.
Segalanya akan aku rahsiakan sampai bila-bila.
Malam
itu, aku tersentak daripada bacaan Yassin bila Qaiser menutup daun pintu. Mujur juga kepulanganku petang tadi tidak
dikesan oleh sesiapa. Keluar daripada
rumah tanpa keizinan daripada Qaiser menjadikan aku adalah isteri yang
nusyuz.
Dia
nampak tampan dalam baju Melayu warna biru laut itu.
“Abang
kenapa?” tanyaku. Aku melihat surah yassin itu dan kuletakkan
diatas almari solek.
“Mamalah! Hari tu cakap lebih baik kahwin. Dah kahwin lebih elok ada anak cepat-cepat
pulak. Baru kahwin sebulan nak anak
apanya!” bentak dia geram.
Aku
senyum. Perkataan anak itu benar-benar
mencuit naluri wanitaku.
“Abang…
kot ya pun mama cakap macam tu, abang tetap tak boleh meninggikan suara abang
pada mama. Berdosa nanti. Setitis airmata mama gugur, tak cium syurga
abang nanti,” pujukku lalu aku labuhkan juga duduk di sisinya.
Qaiser
menjeling ke arahku. Bibirnya nampak
bergetar hendak berkata-kata tapi dia diam saja. Aku pula, akan ambil peluang ini untuk terus berbicara. Tiada lagi ketakukan dalam hati bila
segalanya telah diisi dengan cinta.
“Abang
minta maaf pada mama,” pujukku lembut.
Tubuhnya
aku dekati namun hendak menyentuhnya, aku masih tidak berani. Hanya dia layak menyentuh aku tapi tidak
aku. Tidak jadi hendak berbicara lanjut,
aku berpaling daripadanya dan terus melipat telekungku untuk diisi ke dalam beg
galas.
“Kenapa
kau tetap berlembut dengan aku Aira?
Sedangkan aku layan kau macam ni?”
soal Qaiser padaku.
Aku
berpaling dan menghadiahkan dia sekuntum senyum. Senyum yang sudah lama tidak kuukir sejak
pemergian mak.
“Aira
tak pernah dendam pada abang. Lagipun,
syurga Aira bawah telapak kaki abang biar macam mana pun abang layan Aira. Abang
hanya menuntut hak dan Aira hanya ikhlas memberi. Mama syurga abang dan mustahil kalau Aira nak
tengok abang teurs menjauh daripada syurga abang,” balasku penuh makna. Mengatur bicara lembut agar dia mengerti akan
perasaan ini.
Sebab
abang adalah suami yang Aira cintai.
Yang Aira cinta sepenuh hati.
Entah bila hadirnya bersemi tapi memang sudah sedia berdiam di dalam
hati. Sambung hatiku sendiri.
“Kau
ikhlas layan aku selama ni, Aira?” tanya
Qaiser perlahan.
Kala
dia merenungku tidak berkelip, dapat kurasakan satu kelainan dalam
matanya. Pandangan pertama yang aku
terima beberapa bulan sudah. Kemesraan
di sebalik mata kuyunya yang bagaikan mengharapkan kasih dan mahu memberikan
sayang sedangkan hakikat itu terlalu jauh.
Tak terbias dek pandangan mata sedikitpun.
“Aira
ikhlas layan abang dan rasanya tak salah permintaan mama tu. Kalau kata itu permintaan mama dan abang
sendiri, Aira rela,” jawabku.
Qaiser
bangkit mendekat aku. Jemariku diraih
dan sekelipan tubuhku pula dipaut ke dalam pelukannya. Sesungguhnya aku sentiasa mendoakan agar dia
sudi menyayangi diri ini. Menyayangi
seorang anak yatim piatu sepertiku sebagai mana sesungguh dan selayaknya
aku.
Belaian
lembutnya benar-benar membuatkan hatiku sebak.
Airmata ini galak mengalir membasahi dadanya dan aku balas pelukannya
sekejap mungkin. Aira cintakan abang! Jerit batinku.
“Kalau
benar kau ikhlas, kau tak akan letakkan harga atas setiap layanan kau selama
ni, Aira dan untuk penuhi permintaan mama ni, berapa pula harga yang kau nak
letak?” soal Qaiser berbisik.
Tangisku
terhenti tiba-tiba. Aku tolak dadanya
dan merenung matanya tajam. Qaiser
tersenyum dan menjongketkan kening.
Kegembiraanku berusia sesaat Cuma.
Aku bersandar pada bahu yang salah.
“Oh
ya… Aira lupa yang Aira ni perempuan simpanan halal abang, kan ?
Keikhlasan Aira memang terletak pada harga yang abang taburkan ke muka
Aira selama ni dan Aira akan tunaikan kehendak mama dan abang. Harganya, biarlah usai Aira melahirkan
nanti!” tekan aku geram. Sengaja aku sakitkan hati dia.
Daguku
dipaut kasar. “Jadi memang layanan kau
selama ni untuk duit semata-matalah, ya?
Tak pernah ada rasa sayang dan cinta dalam hati aku untuk aku? Macam tu?”
Aku
ketawa tipis. Penuh sinis. “Untuk apa cintakan orang yang tak nak
cintakan Aira, bang. Dalam hubungan
kita, tak perlu cinta. Aira hanya perlu
setia dan ikut saja kehendak abang.
Rasanya itu sudah lebih dari cukup!”
Mata
Qaiser berair. Merah padam
wajahnya. “Dan aku tak kisah berapa
harga yang kau nak. Katakan je dan aku
pasti mampu membayarnya!” tekan Qaiser
bongkak.
Aku
senyum lagi dan menggeleng perlahan.
Teringat kata-katanya yang tak mungkin lafazkan perpisahan setelah dia
usai menjawab lafaz akad.
“Jangan
terlalu yakin, bang. Aira takut abang
tak mampu bayar!” sindirku.
Kami
sama-sama dia. Qaiser membeku, aku juga
membatu. Tapi, tidak lama setelah itu jasad kami bersatu. Qaiser dengan kehendaknya dan aku dengan
senyuman dalam tangisanku.
**
BERITA
gembira ini aku sampaikan pada Puan Izyan.
Gembira sungguh dia. Setelah
hampir tiga bulan bersama dengan Qaiser, ternyata ada benih yang hidup di dalam
rahimku. Anak tanda cintaku pada seorang
suami namun anak yang telah Qaiser perhargakan.
“Alhamdulillah,”
ucap Puan Izyan.
Aku
senyum menyembunyikan pilu. Masa semakin suntuk. Dengan kata lain, aku dan Qaiser akan
berpisah tidak lama lagi.
“Menantu
mama ni jadi ibu muda la. Jadi ibu usia 17 tahun ni seronok tak, yang?” soal Qaiser mesra.
Aku
senyum dan mengangguk. “Janji anak
abang, berapa usia pun Aira seronok,” jawabku membuatkan wajah Qaiser pegun
seketika sebelum dia tersenyum.
“Qaiser
kena jaga Aira baik-baik. Kerja tu kerja
jugak tapi kebajikan Aira kena jaga.
Memang Aira baru berumur 17 tahun tapi Qaiser kan dah berumur 27 tahun. Kena peka sikit. Jangan sampai Aira rasa terabai,” pesan Puan
Izyan sedangkan sudah lama Qaiser mengabaikan aku.
Hari
berganti hari, kandungan ini semakin membesar.
Tidak berani hendak ke sekolah Azad dalam keadaanku begini namun aku
sudah menelefonnya. Rasanya tiada
masalah dan aku yakin Azad mampu menjaga diri.
Pagi
itu, aku bangkit dengan rasa pelik.
Qaiser memeluk aku erat bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi. Tubuhnya terasa lebih hangat daripada biasa. Panas sungguh.
Aku
leraikan pelukannya dan menyentuh dahinya.
Demam! Bila aku mahu menyentuhnya
sekali lagi, suara herdikan Qaiser jelas menerjah telinga. Aku tidak punyai hak untuk menyentuhnya
melainkan dia menyentuh aku saja.
Pantas
aku melompat turun daripada katil dan meninggalkan Qaiser yang nampak menggigil
kesejukan.
Dia
membuka matanya sedikit dan memandang aku.
“Abang demam, sayang,” gumamnya padaku.
Entah dia sedar ataupun tidak, aku tidak tahu.
“Tolong,
yang. Abang demam!” tekan dia lagi dengan jemari yang cuba menggamit
aku mendekati.
Perlahan-lahan
aku labuhkan kembali dudukku di atas katil.
Saat aku mahu menyentuh tubuhnya, tingkahku mati.
“Aira
tak boleh sentuh abang. Abang tak pernah
izinkan Aira,” ujarku.
Qaiser
mengangkat kelopak matanya dan dia terus saja menarik jemariku ke dalam
genggamannya dan membawa telapak tanganku ke dadanya.
“Abang
hak Aira. Aira berhak sentuh abang
bila-bila masa dan di mana saja yang Aira nak,” ucapnya dan dia kembali
memejamkan mata.
Aku
menangis lagi. Lantas aku berlalu ke
bilik air hendak membasahkan tuala. Bila
aku kembali, tuala itu aku letak ke dahi.
Pada mama telah aku khabarkan dan bila aku memaksa Qaiser ke klinik, dia
menggeleng.
“Abang
nak Aira ada di sisi abang je. Yang lain
abang tak nak dah!” tekannya dan dia
kembali terlena. Ya Tuhan… adakah Kau sedang mendugaku lagi?
Sepanjang
malam, aku hanya duduk menjaga Qaiser hingga aku terlena begitu saja. Bila aku bangkit, Qaiser sedang merenung aku.
“Abang
ke Aira yang sakit ni?” tanya dia
bersama senyuman.
Airmata
aku mengalir tiba-tiba. Aku yakin Qaiser
sudah sedar. Sedar dalam erti kata yang
sebenarnya. Tidak demam dan tidak dalam
khayalan lagi.
“Abang
dah sihat?” tanyaku.
“Kalau
Aira yang jaga, mestilah abang sihat dah,” jawab dia lalu dia labuhkan telapak
tangannya pada perutku yang sudah berubah bentuk. Sudah membesar dan hanya menunggu masa
saja.
“Tapi
kenapa a…”
Suaraku
dimatikan dengan bibir Qaiser. Kala dia
melepaskan, dia senyum dan memandang aku.
“Salah
ke abang nak layan ibu pada anak abang ni baik-baik?” soal dia.
“Jadi,
sebab anak ini abang berubah?”
Qaiser
menggeleng. Dia mengeratkan pelukannya
pada bahuku. “Sejak abang perlukan
isteri lebih daripada seorang anak,” jawab dia bersungguh-sungguh.
“Tapi
kenapa?”
“Aira
adda jawapan tu. Jawapan yang mungkin
dah lama Aira tahu dari bahasa tubuh abang biarpun lidah kerap menuturkan kata-kata
kesat pada Aira,” ujarnya.
Dahiku
berkerut. Tidak mengerti akan
kata-katanya. “Maksud abang?”
“Aira
tak pernah rasa ke yang abang mungkin jatuh cinta pada Aira pertama kali
dulu? Aira tak pernah rasa ke kenapa
abang balik malam tu sedangkan mama dah pesan jangan balik? Aira tak dapat rasa ke apa kata hati abang
masa tu dan setiap kali abang hadir dekat menyentuh Aira?” tanya dia.
Semakin
berkerut dahiku. “Maksudnya?”
“Haih…
maksudnya tak sudah-sudah. Tak ada
maksudlah. Abang nak mandi. Letih tubuh.”
Dia tolak bahuku tanpa menjawab soalanku.
Saat
dia mahu turun daripada katil, aku menahan.
“Aira perlukan penjelasan.”
“Tanya
hati Aira sendiri. Kerana bayarankah
perut Aira berisi sekarang dan ingatkan, abang pernah kata sekali abang lafazkan
akad, tak akan ada lafaz lainnya,” ujarnya lalu dia berlalu ke bilik air
membiarkan aku termangu sendiri.
Apa
maksud Qaiser ni. Berbelit kepala aku
mentafsirkannya. Kalau benci lebih baik
katakan benci. Usah dipermainkan aku
begini. Semakin lelah jasadku, semakin
lemas nafasku.
Aku
bangkit dari pembaringan dan terus menjulurkan kaki ke bawah. Saat aku memijak permaidani, kakiku tersadung
pada gebar yang masih tidak dikemaskan membuatkan aku akhirnya tersembam ke
lantai.
“Ya
Allah!!!” AKu menjerit kuat dalam menahan perut yang sakit. Darah merah sudah mula mengalir dari celah
peha. Airmata aku mengalir lagi. Apakah bakal hadir lagi mendung saat aku mula
terbias akan mentari di sebalik awan yang hitam.
“Ya
Tuhan. Kenapa ni Aira?” Qaiser menyoal kuat.
Tubuh
yang hanya dibaluti tuala itu mendekat padaku.
Wajahnya kalut dan dia menyapa jemariku.
Matanya bulat saat terpandang permaidani yang bertukar merah.
“Kenapa
ni, Aira?” soal dia dan aku menggeleng.
“Aira
tak sengaja, bang. Aira tak…se… ngaja!” jawabku bersama bibir yang aku ketap kuat
menahan sakit yang kian pedih.
“Astaghfirullahhal’azim. Selamatkan isteri aku, Ya Allah!” bisik Qaiser bersama tangisan halus sebelum
aku tidak sedarkan diri lagi.
**
“MAAFKAN
Aira, bang. Sungguh maafkan Aira sebab
tak jaga anak abang baik-baik,” pintaku saat aku meraba perut yang sudah
kempis.
“Aira…
Aira,” seru satu suara dan aku pantas membuka mata.
“Aira
kenapa?” soal Qaiser yang sudah jelas di
depan mataku. Dia senyum dan mengusap
pipiku lembut.
“Aira
bunuh anak abang. Aira tak jaga dia
dengan baik!” tangisku lagi.
Qaiser
menggeleng. “Tak adalah. Anak kita sihat je. kenapa cakap macam tu. Aira mimpi, ya?” usik Qaiser dan aku memandang
sekeliling. Mama terlentok di atas sofa
dan atas sebuah baby cod di sisi.
Aku
pandang Qaiser kembali. “Anak
abang?” soalku padanya dan dia
menggeleng.
“Anak
kita. Anak abang dan anak Aira. Anak kita,” tekan dia.
“Terima
kasih untuk hadiah tak ternilai ni tapi Aira dah temui jawapan akan persoalan
abang semalam?” tanya dia mengingatkan
aku.
Aku
menggeleng.
“Aira
tak dapat rasa atau menidakkan rasa seperti mana abang menidakkan segala rasa
cinta pada Aira saat pertama kali bersua dulu sampai abang sanggup nak rosakkan
maruah Aira?” tanya dia lagi.
Wajahku
pegun padanya. Sampai hari ini aku masih
tidak yakin akan rasa hatiku selama ini biarpun pernah terdetik akan cinta
Qaiser yang mungkin menjadi milikku sejak awal lagi namun cara dia meluahkan
saja amat menyakitkan hati.
“Aira
pernah rasa yang abang cintakan Aira…”
“Dan
memang itulah hakikatnya. Abang cintakan
Aira. Cara abang zahirkan saja macam
orang bodoh. Jatuh cinta pada budak
semuda Aira abang sendiri rasa pelik. Cuba membenci
tapi lain pula jadinya…”
“Dan
mama minta maaf bagi pihak anak mama yang bodoh ni, Aira,” pinta Puan Izyan
tiba-tiba.
Aku
kalih pada Puan Izyan. “Qaiser dah
bagitahu mama segalanya saat Aira bertarung nyawa tadi. Bila lihat Qaiser menangis buat pertama
kalinya, mama percaya yang Qaiser memang cintakan Aira dari pertama kali
lagi. Naluri ibu tepat sebab itu mama
nak Aira terima Qaiser. Maafkan mama
juga, Aira,” jelasnya dan aku hanya mampu memejamkan mata. Sebaknya dada.
“Maafkan
abang sebab rendahkan martabat Aira.
Ingat abang cakap, abang tak sentuh sesuatu itu dengan sesuka hati. Hanya Aira wanita pertama yang abang sentuh
dan Aira adalah yang terakhirnya,” ujar Qaiser pula.
“Tapi,
satu abang nak tanya. Kenapa Aira tak
pernah berterus terang pasal kehidupan Aira sebelum ni? Pasal Azad?”
tanya dia membuatkan mataku bulat.
Aku
pandang Puan Izyan. “Mama tak cakap tapi
dia siasat sendiri.”
“Padanlah
Aira terima duit abang bagi selama ni.
Semata-mata sebab Azad. Segalanya
untuk orang lain. Untuk Azad, untuk mama
dan untuk abang. Mana bahagia yang Aira
tinggal untuk diri sendiri? Hrmm?”
Tidak
mampu aku menjawab persoalan Qaiser saat ini.
Dalam hatiku hanya mampu menjawab sebab Aira cintakan abang. Aira sayangkan mama dan Azad.
“Aira
dan Azad tanggungjawab abang. Nur Airani
ni adalah tanggungjawab abang sepenuhnya, begitu juga adik ipar abang, Nur Azad
tu. Jangan rahsiakan apa-apa lagi. Keluarga Aira keluarga abang. Selama ini abang ingat Aira terpaksa melayani
abang sebab tu abang sakitkan hati Aira.
Tak sangka memang cinta Aira untuk abang.”
“Erk…
bila masa Aira mengaku pulak?”
“Dalam
tak sedarkan diri tadi. Aira cinta
abang. Aira cinta abang,” ejek Qaiser
dan aku terus tertunduk malu menerima tawa halus Qaiser dan Puan Izyan.
**
MAJLIS
kenduri kesyukuran sempena kehadiran Alisa Puteri ini penuh meriah. Bersyukur amat bila Allah ternyata mahu dia
terus sihat biarpun pelbagai komplikasi saat aku mahu melahirkan angkara tumpah
darah.
“Kakak!”
Aku
terkejut saat berpaling pada Azad yang sedang tersengih padaku. Mataku bulat.
“Siapa
jemput?” soal aku.
“Abang
Qaiser,” jawab dia pendek.
“Selama
Aira tak sempat jenguk Azad, abang ke sekolah dia. Tanya keperluan dia. Mula-mula dia tak caya abang ni abang ipar
dia tapi bila abang yakinkan, baru dia percaya,” jelas Qaiser padaku.
Aku
pandang Qaiser yang sejak berbaju melayu sedondon sekeluarga. Ternyata langkahnya sentiasa mendahului
aku. Azad menjauh ke luar rumah dan
Qaiser mendekat pula. Bahuku dipaut.
“TErlalu
banyak rahsia yang abang terpaksa bongkar sendiri. Mujur abang terjumpa buku bank Azad dan juga surat asrama dia. Dapat abang lawat dia selama Aira tak sempat
ni. Maaf tak cakap terus terang pada
Aira selama ni. Nah!”
Qaiser
menghulurkan sesuatu padaku. Bila aku
tarik daripada sampul surat
berwarna coklat itu, ternyata buku bank milik aku.
“Abang
buat apa dengan buku bank Aira ni? Bukan
ada duit pun.” Aku senyum.
“Tengoklah
dulu,” suruh Qaiser memaksa.
Aku
terus membelek buku tersebut dan pantas aku tekup mulut. Terkejutnya bukan kepalang melihatkan traksaksi pada buku bank
tersebut. Bermula setelah sebulan aku
menjadi isterinya hinggalah ke hari ini.
“Apa
ni, bang?” tanyaku tidak percaya.
“Nafkah
Aira. Abang masukkan bulan-bulan elaun
untuk Aira. Tak guna, Aira simpan jelah
untuk diri sendiri. Yang lain tu,
tanggungjawab abang termasuk Aira, mama, Azad dan Alisa ni.” Dia duit sedikit pipi bersih Alisa Puteri
yang sedang lena. Langsung tidak
merengek biarpun suasana dalam rumah semakin riuh dengan tetamu.
Aku
kalih pada wajah Qaiser yang tenang tersenyum.
Memang kata hati ini benar.
Cintanya milik aku daripada awal lagi.
Namun kerana mendungnya hidup, hinggakan aku tidak berani berharap pada
sedikit cahaya pun.
Bahuku
dipeluk kemas. “Abang cintakan Nur
Airani,” ukui dia tanpa silu. “Aira
cantik. Cantik segalanya,” puji dia
lagi.
“Selama
ni, Aira berusaha mencari ketenangan diri.
Agar hidup Aira ini tidaklah sekadar mimpip,” ujarku separuh berbisik.
Qaiser
membawa tubuhku menghadapnya. Jemariku
digenggam erat dan bibirnya pantas singgah di dahiku lama. Setelah kucupan terlepas, mata kami bersabung
lagi.
“Dan,
abang nak Aira tahu yang cinta dan kasih sayang abang pada Aira putih, tak
pernah ternoda,” balas Qaiser dalam suara yang lunak menggoda dan yang
pastinya, mendung itu tidak semestinya hujan.
TAMAT
Cik Penulis : Sebab dah lama tak buat cerpen pasti cela merata-rata. Maaf atas kekurangan ya.
Cik Penulis : Sebab dah lama tak buat cerpen pasti cela merata-rata. Maaf atas kekurangan ya.
akak, bestnya. Tapi mana IAM dgn STK?
ReplyDeletebest!
ReplyDelete-im-
Best....sengal betul bdk Qaiser ni
ReplyDeleteSweet.... 27-17..Alahai~
ReplyDeleteTerbaik laa kak rehan
waaaa~
ReplyDeletesob2!
Daebakkkkk!!!
ReplyDeleteBest...beri impak betul citer ni rsa cam nk nangis je
ReplyDeleteermm...cerpen yg mnarik...
ReplyDeletebest2..lama xbc cerpen dr RM..rasa nk menitik air mata je masa bc mula2..nasib baik hepy ending...
ReplyDeleteCerita yang menarik, sentiasa buat saya tertarik utk membacanya.
ReplyDeletesuke je dngn jln cter ni... :)
ReplyDeletebest sgt2...terbaik kak rehan..sambung STK plk...hihihi
ReplyDeletenice..bule mengalirkan air mata cerpen nie :)
ReplyDeletetahniah k.rehan :)
[nemo]
Sedih n best
ReplyDeletesimpati dgn khdpn aira... moga khdpn aira slps nie dpenuhi pelagi..
ReplyDeleteutk kak rehan plk...cerpen nie mmg superb.. tbaik lah kak.. shadu jer bla bca..moga cite nie dpt jd pgajaran utk kta semua. sma2 lah kta mmbntu pd gologan yg mmlukan...
best2...tp ada few spelling mistakes =)
ReplyDeletebest ler... sgt suka ♡♥♡♥
ReplyDelete-Ika Hatika-
RM ni cerita izinkan aku menangis ke???
ReplyDeleteAip...
ReplyDeleteqaiser ni...garang betul..
bgus la sdp....sdih...
ReplyDeleteRM ~ tak pernah menghampakan..
ReplyDeleteTapi.. bila nak sambung "Sini Aku Payungkan Kau" tu?
salam Ann..
ReplyDeletebestttttttttttttt~~~~ tak tahu nak kata apa lagi,... :D
tapi fika rindu kat enovel "SINI AKU PAYUNGKAN KAU"......
terbaikkkk semua hasil tangan ann memang bestttt :D
i love cerpen very much...
ReplyDeleteQaiser cute, n Aira x mcm umo 17 pom..
>>k<<
bestnya cerpen kk RH yg ne ?rasanya mau mendung pulak mata ne sesuai tajuk cerpen "mendung tak beerti hujan"' tak jd pulak tertumpah....haru....hisks...hiks akhirnya HAPPY ENDING...bahagianye AIRA tlh mera cintainya...love you kk rehan.
ReplyDeleteMula2 baca, benci..benci...benci... Kenapa kejam sgt jln hidup Aira?
ReplyDeleteBila dah 3/4 jln cerita, baru seronok ulu hati membacanya... Lepas tu terus kembang dan seronok... Hahahaha.....
for me xde cela2nya kak rehan, klu sy nk wat cerpen cam gini bg 1 bln pon blom tntu dpt buat.. he :)
ReplyDeletebest haih cerpen ni... .. intro sedeih tapi ending happy. itu yang nak...
ReplyDeletesangat best
ReplyDeletebest sangat...tapi geram dengan qaiser tu...rasa nak luku2 je kepala dia :D
ReplyDeletesedeh jln crite ne terasa menusup kat ati bile qaiser wat aira cam tu!tp akak suke je bab ending die hapy dek...good job RM.puas ati lah......hehe
ReplyDeleteem,,bes nye...mcm 2 plak si qaiser ni zahirkn perasaan dye ea...
ReplyDeletebest giler................ kak rehan terbaek!!!! -Song Hyun Sun
ReplyDeletekak ina suke.....
ReplyDeletetq kak...best citer ni...klu jd mini novel pon best gak hehe *_*
ReplyDeletetq kak...best citer ni...klu jd mini novel pon best gak hehe *_*
ReplyDeleteEhhh....Rehan...best apa....leleh gak la airmata...
ReplyDeleteTahniah... 1 cerpen yg x mnggugat jiwa... hehehehehehee
ReplyDeletebesttttt............
ReplyDelete..menraik tp byk sgt typo la..
ReplyDeleteCerita yg best. Tahniah
ReplyDeletesalam rehan..satu citer yg amat menusuk kekalbu dan banyak memberi pengajaran yg hebat dalam hidup kita.. Walaupun telah kehilangan tempat bertaut ..tapi kehidupannya masih dilindungi allah kerana kegigihannya untuk mencari keredaan allah dan rezeki yg halal untuk adiknya..allah kurniakannya ngan ibu mertua dan seorg suami yg baek..walaupun pada permulaan perangainya mmg hampas..kan..
ReplyDeletebegitu menyentuh jiwa..keep up..
ReplyDeleteBest..thx kak Rehan.
ReplyDeleteala kak banyak typing error laa.. tp best
ReplyDeletebest sangat..tapi ada jugak skit2 typo
ReplyDeletekak anne citer ni macam jahit balik hati aku kan...kisah hanip and ana
nadya
Halamak Qaiser, walaupun macamtu perangai dia, sebenarnya dia baik. Gugur jantung dgn Qaiser ni. Thanks kak Rehan. Best! Nak STK pulak :)
ReplyDeleteciter bestlh kak..tp byk salah ejaan...kadang tu jenuh nk phmkn ayt...peace...
ReplyDeleteTajuk 'beerti' tu rasanya mcm kena eja 'bererti' kan..
ReplyDeletebest best ! memang kalau mendung belum tentu lagi hujan. setiap kejujuran dan keikhlasan itu pasti dapat dilihat orang. thumbs up kak rehan ! good as always :)
ReplyDelete#Murni Tan
==)
ReplyDeleteorang gaji jadi orang jadi...
heheh.
tp xmencelakan jln cerita pun..
serius best!
erkk..hai sume.. thanks sudi drop by n baca n komen jugak.. maaf amat2 pasal typo typi tu.. salah sy..biasa ada tukang baca dulu sebelum post tp tukang baca bz..itu yg jadik gini..nnt kita edit balik ek..maaf amat2..thanks atas sokongan..syg kamu..
ReplyDeletebest!!!
ReplyDeletesedihnyee.... huuuu~~
ReplyDeletepapepn mmg best biarpn air mata mengalir... hehehe...
bestt weiiii.....tp boring jgk sbb mata nie asyik nak tumpah aje..........he he
ReplyDeletewardah
nice cerpen... boleh buat lg....!!!
ReplyDeleteRehan, cerpen yang menarik. Typo error tu biasalah, masih boleh diperbaiki.
ReplyDeleteSy perhatikan semua cite awk kebanyakkan bermain dengan airmata sampai saya baca pun asyik 'touching' aje. Tp part yg best skali ending mesti happy, itu yg pling sy suka. Gud job dear.
best sngt.. rase nk menangis.. sngt touching time bace cerpen nie.. seorang kakak sngup bkorban untuk adiknya setelah kehilangan ibu bapa... sngt2 tbaek cerpen nie.. keep it up kak RM..
ReplyDeletebest la sis...xpnh menghampakn mmbce..paling best cte ni hapy ending...hehehe....thank you sis....:)
ReplyDeleteBest sangat2!! Tak habis2 senyum lepas habis bace cerpen ni. Hee~
ReplyDeletebest...
ReplyDeleterasanya cerpen yg paling best yg pernah saya baca!!!!
smpi menangis2.... dh abis bc tersenyum2 sorang2 plak... hehhehehehe...
nsib baik kat office... control ckit... huhu
THE BEST...SO TOUCHING...
ReplyDeletebest sgt... tq hasilkan cerpen yang so touching... sob... sob..
ReplyDeletebest.. :D
ReplyDeleteagak boleh jumpa tak prmpn umur 17 thn matangnya mcm nih....zmn skrang..heh...
ReplyDeletethniah kak rehan,,,sedeh seh...
ReplyDeleteAssalamualaikum. saya dah baca cerpen ni dan dah komen di p2u. mohon cik rehan baca komen tu, sekadar untuk teguran. ^^, apa2 pun cerita ni best!
ReplyDelete*sorry malas nak taip balik komen tu. huhu. ><
waalaikummussalam.. ye2..timekasih ye..dah tahu ..tak perasan tersama.. terlupa pulak satu part tu.. maaf atas kekurangan ye.. terima kasih atas sokongan..
Deletesalam rm. cerpen ni menarik dan seronok dibaca. mungkin nak betulkan sikit fakta. Yuran SPM dan beberapa tahun mansuh. kalau anak yatim, tak ada sedara-maras nak jaga, jabatan kebajikan masyarakat akan ambil letak kat rumah anak yatim. walau apapun, namanye kan cerita.....
ReplyDeleterasa macam cerita ni dah pernah baca je kat tempat laincuma watak dan awal cerita je lain sikit
ReplyDeleteCiter ni memang best, teruskan hasilkan karya karya yang menarik lagi k! Good Luck RM
ReplyDelete