PEMANDANGAN yang
hampir buat dia putus nafas.
Seopjikoji. Isra menapak sendiri
bila Arel menyuruhnya menikmati alam sementara lelaki itu menanti sotong
panggang mereka siap. Kata Arel, rugi
andai tak menikmati makanan laut bila ke sini.
Sesekali dia menoleh ke belakang.
Arel masih sedia menanti dan sesekali melambai padanya dan mengisyarat
agar dia terus terus melangkah.
"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
Showing posts with label BS. Show all posts
Showing posts with label BS. Show all posts
Monday, October 03, 2016
Black Swan 23
WAJAH mama dan
papa dipandang lama. Arel senyum
tipis. Apa lagilah ni…
“Mama dengan
papa macam tak puas hati betul dengan Arel, kan?” tanya Arel.
“Mahunya tak
puas hati. Buat majlis akad aje. Kalau buat sekali harung, apa salahnya. Bukan kita tak mampu. Ikutkan sangat kata Isra tu. Nanti apa orang kata…” Mama dah mula membebel.
Sunday, October 02, 2016
Black Swan 22
SEJAK tadi, Isra
hanya gelak tak henti-henti dengan cerita dongeng daripada Nek Kalsom. Maacm-macam orang dulu kala ni. Nak-nak cerita daripada zaman Jepun dulu. Aduhai…
Hingga siap
pemeriksaan kesihatan daripada Doktor Arel, barulah dia mampu bernafas dengan
betul. Jika tidak, nafas dia rasa
tersangkut.
Black Swan 21
SEBAIK saja dia
bagitahu ayah, motor berkuasa besar itu terus menderum laju keluar daripada
laman rumah. Tujuannya hanya satu. Ya, gadis itu. Pertama kali, dia rasa degupan jantungnya
bagai terhenti bila mendengar esak tangis Isra sebelum gadis itu matikan
panggilan.
Zam gamam.
Black Swan 20
PAK Zaman
memandang wajah anak lelakinya. Wajah
itu sentiasa tenang. Hanya sekali dia
tengok wajah itu berkerut dan itu pun dah lama.
Yang menjadi mangsa wajah berkerenyuk itu dulu adalah Isra. Rupanya, Zam cuba lindungi perasaan sendiri
pada gadis itu.
Thursday, September 08, 2016
Black Swan 19
MALAM ini, Zam
masih tak muncul. Selesai mengemas
semua, Isra hampiri Pak Zaman. Entah
ayat apa yang mahu dia mulakan. Seperti
dah bisu. Melainkan memandang Pak Zaman
dan berharap orang tua ini mengerti apa yang bermain dalam kepalanya.
“Kamu nak tanya
tentang Zam?”
Tuesday, September 06, 2016
Black Swan 18
MEMANDANG wajah
Zam yang sedang sibuk menghadap skrin notebook itu, mengundang sayu dalam dada
Pak Zaman.
“Tak tidur lagi,
Zam?”
Monday, September 05, 2016
Black Swan 17
DAH dua hari dia
masuk kerja. Dah malam juga, batang
hidung Zam langsung tak nampak. Boleh jadi
sebab Pak Zaman dah sihat dan turun sendiri ke kedai. Jadinya, Zam tak muncul langsung. Sibuk dengan persiapan gamaknya.
Black Swan 16
ENTAH kenapa,
setelah sekian lama dia rasa nak mengintai di balik tingkap. Disingkap langsir dan bila dia memandang ke
taman permainan yang dah tak berupa taman itu, dahi Isra berkerut. Orang yang sama. Dia yakin.
Lelaki yang berjaket hitam, mengenakan topi hingga tak nampak
wajah. Jeans koyak. Duduk di atas bangku dan mendongak
sedikit.
Friday, September 02, 2016
Black Swan 15
TIDAK dapat
tidak, Arel hentikan keretanya bila Isra benar-benar berkeras nak dia berhenti
di situ. Entah manalah rumah gadis
ini. Rasa nak tahu meluap-luap. Tapi, apakan daya… Isra sepertinya tak sudi
untuk terima kehadiran dia.
Thursday, September 01, 2016
Black Swan 14
TIN nescafe yang
dibeli daripada vending machine itu dihulur untuk Arel. Zam labuhkan duduk di sisi Arel. Memandang ke depan. Tak menoleh langsung.
“Bila bertunang
dengan Isra?” Arel memecahkan sepi
antara mereka. Hanya memandang Zam
dengan ekor mata.
Monday, August 22, 2016
Black Swan 13
PENING kepala
dengan luahan hati Irah. Sejak malam tu,
langsung tak keluar lagi dah. Elok jugak
macam tu. Tak adalah dia risau sepanjang
masa. Tapi sekarang ni, masalah lain
pulak timbul sampaikan Irah marah dia tak sudah-sudah.
“Irah sampai
sekarang tak boleh terima dia tu perempuan, abang…” Tak dapat dia terima hakikat. Terkejut bukan kepalang.
Yang
menyelamatkan dia selama ini adalah seorang perempuan. Perasaan dia mendarat pada tempat yang
salah. Macam mana perempuan boleh
sebegitu gagah dan ganas? Tak boleh
terima dek akal.
Saturday, August 06, 2016
Black Swan 12
HATI Zam terasa
sebal. Lama dia perhatikan tingkah
doktor muda itu. Malah, soalan yang
diaju pada nurse, jelas menyapa telinganya.
Hutang apa lelaki itu pada Isra?
Dan, adakah Isra juga berhutang dengan doktor itu? Jika dia, dia akan lunaskan. Tapi, dia rasa lain macam. Cara doktor muda itu berkata-kata, nyata
bukan hutang wang ringgit. Atau kerana
lelaki itu Isra luka?
Sudah… kacau!
Zam patah
balik. Tidak mahu bertembung dan bila
doktor dan jururawat itu berlalu, dia masuk kembali. Tirai ditarik sedikit. Menyorok diri sendiri. Dia tarik kerusi dan duduk di sisi katil
Isra.
Black Swan 11
USAI solat
subuh, barulah dia temui kekuatan nak dihubungi Isra. Berkali-kali deringan tapi langsung tak
bersambut. Tak bangun solat ke budak
ni? Heh.
Situ pulak dia fikir. Jarum jam
sudah bergerak ke angka enam setengah pagi.
Zam mundar mandir dalam bilik. Kopiah
dicabut daripada kepala. Saat ini, ayah
muncul di muka pintu. Tersenyum.
“Tak dapat
telefon dia ke?”
“Err… telefon
siapa, yah?” Pandai dia berlakon
sedangkan pandangan ayah dah penuh syakwasangka.
Black Swan 10
TELEFON ayah
dicapai. Senyum bila nombor yang dia
carik ada. Sesekali, dia pusing
belakang. Kotlah ayah muncul tiba-tiba
ke. Jenuh nak menjawab. Zam laju menyalin nombor telefon milik Isra. Jam dah bergerak ke angka dua pagi. Entah dah sampai rumah ke belum.
Risau pulak
dia. Apatah lagi bila pesanan ayah
berdengung.
“Zam dengar tak
ayah cakap ni…” Dia mengelamun
tadi.
Laju Zam
angguk. “Dengar, yah…”
Black Swan 9
MATA tua Pak
Zaman memandang Zam. Nampak mendung lain
macam aje. Sejak dulu, kalau balik cuti,
macam itulah perangai Zam. Bukan nak
kata Zam kena paksa turun jaga gerai. Tak…
Zam anak yang selalu dengar kata. Tapi,
entah berapa teballah rasa tak suka Zam pada Isra.
“Kamu ni muncung
sangat dah kenapa, Zam? Kamu bergaduh
dengan Isra lagi ke?” soalnya terbatuk
kecil.
“Eh, tak adalah,
ayah. Nak gaduh kenapa? Dia tu tak salah pun…” Zam menukar channel TV bila masa masih tak
boleh nak lelap.
Black Swan 8
MATA Irah
dipandang. Dikawal rasa amarah sebaik
mungkin agar tangan kasarnya tak hinggap pada pipi Irah. Arel pandang mata mama dan papa yang banyak
diam. Berapa kali nak cakap, jangan
dimanjakan sangat. Tengok sekarang… Irah
dan Isra nampak serupa tapi hakikatnya beza.
Dia tahu, Isra
tiada apa. Tapi, Irah… punyai
segalanya. Apa lagi yang buat Irah
memberontak begini.
“Irah tahu tak,
malam tadi pesakit abang kena tikam…”
“Hah?” Mama dan papa gamam. Terkejut.
Terus dia pandang Irah.
“Apa kena
mengena dengan Irah pulak?”
Wednesday, August 03, 2016
Black Swan 7
LIUR ditelan
berkali-kali menahan sakit. Isra ketuk
perlahan cermin kereta Arel tapi lelaki itu masih gamam memandangnya. Terkejut gamaknya. Kali ini, tangan kiri yang berwarna merah
mula naik menyentuh cermin kereta. Mata
tajam Arel semakin bulat. Bila lelaki
itu tolak pintu kereta, dia jatuh terduduk.
Tak mengaduh tak mengeluh. Hanya
menggigit bibir sendiri menahan sakit.
“Isra? Kenapa ni?”
Tiada lagi panggilan Cik. Rasa
tak sesuai nak bercik segala.
Arel
mencangkung. Tangan kiri Isra
dicapai. Darah tapi luka daripada
mana? Dia belek tubuh gadis itu dan
jaketnya koyak. Dada Arel berdebar demi
melihat lapisan baju yang juga koyak sepanjang sejengkal.
Saturday, July 30, 2016
Black Swan 6
TIGA pasang mata
saling memandang bila melihat Arel yang tersengguk di meja makan. Mama, papa dan Irah… masing-masing buat muka
pelik. Tak pernah-pernah lagi Arel
tersengguk di meja makan ni. Paling
tidak, makan dulu… lepas tu baru sambung rehat.
“Arel tak tidur
langsung ke dekat hospital?”
Friday, July 29, 2016
Black Swan 5
BAHU dilanggar
sedikit kasar. Isra pandang ke
sisi. Zam sedang berdiri di sisi
dia. dengan wajah kelat yang
pastinya.
“Nak kerja ke
nak termenung?”
Nafas dilepas
perlahan. “Kerja…” Isra terus ke meja, mengutip pinggan kotor
dan membersihkan meja.
Melihatkan Isra
yang bertambah dingin, Zam mendekat.
Pelanggan dah kurang ni. Dia baru
hari ni cuti semester. Terus turun bantu
ayah memandangkan ayah tak berapa nak sihat.
Dia kenal Isra dekat gerai inilah.
Pada cuti semester setahun yang lepas.
Sampai sekarang, Isra masih setia bekerja dengan ayahnya walaupun dia
tahu gaji yang dibayar, tak seberapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)







