Showing posts with label CYK. Show all posts
Showing posts with label CYK. Show all posts

Tuesday, August 05, 2014

DIA... Cinta Yang Kucari (PayedPiya) Released!

Bismillah.  Dengan nama Allah.  
Syukur atas segala nikmat dan kurniaan-Nya.  
Here. may I present the cover of PayedPiya dalam DIA... Cinta Yang Kucari.
^_^


-------------------------
DIA... Cinta Yang Kucari
Harga SM : RM24 (RM21 belian di www.karyaseni.my)
Harga SS : RM27 (RM24 belian di www.karyaseni.my)

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED adalah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa ertinya sempurna yang sebenar-benarnya.

Monday, February 03, 2014

CInta Yang Kucari 19

KETAWA Luth meletus.  Telefon masih melekap ke telinga.  Ada ke Encik Palee ni cakap macam tu. 
“Okey ke sepanjang saya tak ada?  Ke dah terbalik Menara Maju tu?”  soal Palee lagi.  Berseloroh.  Saja teringat dekat Luth saat memandu memandangkan abah pun terlena. 

Monday, January 20, 2014

Cinta Yang Kucari (Teaser)

Don’t worry, my dear Luthfiya…”  Tawanya masih tersisa.  Dia mendongak memandang langit yang kelam.  “I won’t tell your future husband about that.  Promise!” 
“Kalau Encik Payed nak bagitahu dia pun, saya tak boleh nak halang.  Boleh jadi masa tu saya juga bersalah…”

Saturday, January 18, 2014

Cinta Yang Kucari 18

BAHU Encik Ahmad Fuad ditepuk.  Dia tergelak tapi tawar.  Niat diutarakan.  Andai benar seperti yang telah isterinya beritahu dan jika benar dijamin bahagia buat puteri yang tercinta, Encik Luthfi rela menyerahkannya.  Jika niat Luth berpindah itu masih ada, dia rela tapi biarlah ke teratak dan berbumbungkan kasih sayang dua orang sahabat lama dia dan isteri.

Friday, January 10, 2014

Cinta Yang Kucari 17

TELINGA terasa ketat dengan jeritan.  Luth angkat kelopak mata.  Lepas Subuh tadi, dia kembali lelap sebelum bangkit untuk ke tempat kerja.  Hari ni hari penting.  Dia kena temuduga personal assistant baru untuk Payed. 

Monday, January 06, 2014

Cinta Yang Kucari (random)

FINA sedang bersiap.  Pelawaan Payed diterima dengan  hati yang rela.  Malah bahagia berbunga-bunga.  Luth pula mundar-mandir di depan bilik Fina. 
Mahu dijengah, takut diherdik.  Takut lagi mama dan ayah risau bila Fina bertempik.  Sudahnya, dia hanya tunggu di depan pintu.  Dia tahu mama dan ayah tak izinkan Fina keluar tapi Fina, siapa mampu larang andai itu yang dia berkenan. 

Thursday, January 02, 2014

Cinta Yang Kucari 16

MATA Luth terkebil-kebil sendiri.  Memandang siling putih.  Dia kat mana?  Dia tak tahu.  Terasa berat kelopak mata hendak diangkat tapi mengenangkan diri yang bagai tak berpijak di bumi nyata sekejap tadi, Luth gagahkan diri membuka  mata. 

Wednesday, January 01, 2014

Cinta Yang Kucari 15

PAYAH juga tak ada kenderaan sendiri ni.  Rasanya, kalau tiga atau empat bulan lagi kerja dan dah tetap, dia nak ambil keretalah.  Biarpun ayah dan mama ada tawarkan kereta tapi dia tolak sopan.  Malas nak bercakar dengan Fina. 

Monday, December 30, 2013

Cinta Yang Kucari (randon iv)

BAHU Encik Bakri ditepuk.  Dia tergelak tapi tawar.  Niat diutarakan.  Andai benar seperti yang telah isterinya beritahu dan jika benar dijamin bahagia buat puteri yang tercinta, Encik Luthfi rela menyerahkannya.  Jika niat Luth berpindah itu masih ada, dia rela tapi biarlah ke teratak dan berbumbungkan kasih sayang dua orang sahabat lama dia dan isteri.

Sunday, December 29, 2013

Cinta Yang Kucari 14

HATI ibu mana tak risau.  Ini dah masuk kali ke berapa entah Fina nak pergi temuduga.  Tak pernah lagi dapat.  Kali terakhir dulu siap balik menyumpah seranah.  Tapi, syarikat yang sama panggil lagi dia datang temuduga. 

Cinta Yang Kucari (random iii)

Payed angguk malas.  Mata dilari ke arah lain.  Tak boleh selalu approach.  Nanti lari makin jauh.  Biarlah dia jadi patung andai rama-rama ini sudi hinggapi dia, setelah menganggap dia kayu mati.

Friday, December 27, 2013

Cinta Yang Kucari (random ii)

Tubuh Luth dipapah dan diletakkan cermat di atas sofa di lobby.  Nampak terlena.  Berat betul tekanan  yang dia bagi pada Luth. 
Betullah orang cakap, nak serang orang tak payah guna kekuatan.  Guna psikologi kesan dia lagi menakutkan.  Gamaknya, itulah kot yang terjadi pada Luth.  Tak payah cabul maruah, cabul minda aje dah boleh buat manusia tewas. 

Thursday, December 26, 2013

Cinta Yang Kucari (random i)

“Kenapa?”  Sepatah Luth menyoal. 
Apa salah dia pada Payed.  Dia tak tahu.  Dia Cuma tahu Payed adalah anak kenalan mama dan ayah.  Dia tak tahu lebih.  Dia tahu Palee dan Tuan Bakri baik tapi dia juga tak kata Payed jahat.  Tapi hari ni…

Tuesday, December 10, 2013

Cinta Yang Kucari 13

 RENUNGAN pada anak di depan tak lepas.  Melihatkan Luth yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja, Encik Luthfi rasa tak sedap hati.  Cuti dua hari ni, Luth tak banyak cakap.  Mujurlah Fina tak ada dekat rumah.  Ke rumah kawan dia.  Dapatlah rasa tenangnya rumah.  Kalau tidak, ada saja tak puas hati dengan Luth. 

Tuesday, December 03, 2013

Cinta Yang Kucari 12

MACAM kenal ajelah yang baru masuk tu.  Mata Puan Huda terus mengamati wajah yang ada di depan Payed.  Wajah yang jelas terperanjat dengan kemunculan anak bujangnya itu.  Rasanya telahan dia tepat.  Langkah Puan Huda maju lagi.  Kali ini tepat berdiri di hadapan gadis manis tersebut. 

Friday, November 29, 2013

Cinta Yang Kucari 11

BADAN panas meruap-ruap.  Kepala rasa nak pecah.  Tambah lagi sakit dengan jeritan Fina.  Luth capai bantal dan tekup muka.  Tak tahan dia.  Sekali lagi Fina jerit, lebur gegendang telinga.  Sungguh.  Apa lagi yang tak puas hati, tak tahulah.  Semua yang dia suka, Fina dah dapat.  Apa lagi yang tinggal.  Baju dia semua dah lusuh.  Pantang mama beli, Fina sebat.  Melainkan baju tu ayah yang hadiahkan, barulah Fina tak berani sentuh.

Thursday, November 28, 2013

Cinta Yang Kucari 10

GELAPNYA!  Macam malam!  Payed garu kepala yang tak gatal.  Matanya meliar mencari kelibat Luth tapi masih tak jumpa.  Cepat sungguh dia gerak.  Kakinya maju lagi ke depan dan berdiri di depan lobby bangunan. 

Tuesday, November 26, 2013

Cinta Yang Kucari 9

TAKBIR diangkat tenang.  Hati memuji kebesaran Ilahi.  Bibir bergerak tapi tiada patah kata yang terzahir.  Luth kusyuk bertemujanji dengan Pencipta.  Reda dan tekun mengerjakan apa yang disuruh. 

Saturday, November 23, 2013

Cinta Yang Kucari 8

TUBUH Payed hampir terkulai di depan pintu bilik Luth.  Kalau tak diingatkan di mana dia berada, mahu aje dia tendang pintu ni.  Biar pecah.  Senang dia nak keluar masuk.  Tak ada apa yang mampu menghalang.  Biar lepas bekam yang menggit hati bagai menghisap darah tak ubah macam puntianak yang kebuluran. 

Cinta Yang Kucari 7

MATA Encik Luthfi jatuh merenung mata bundar anak bongsunya yang nampak berkaca-kaca.  Bila jatuh ke dada Luth, nampak berat pulak helaan nafasnya.  Surat khabar dilipat kemas.  Kakinya menapak mendekati Luth yang sedang duduk di kerusi besi berwarna putih itu di depan pintu gelangsar yang ternganga lebar.  Dekat dengan ruang tamu.